Tuesday, August 31, 2010

APAKAH DOSA KAMI SEHINGGA DIHINA SEBEGINI?

SERAMAI enam orang pekerja asing Indonesia yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara merayu Konsulat Indonesia di Malaysia membela maruah mereka yang dihina oleh 100 orang Polis Malaysia yang menyerbu mereka di waktu subuh menjelang satu Ramadan dan menahan mereka di dalam lokap yang sempit selama empat hari tanpa sebarang kesalahan jenayah.


Turut mendukacitakan, kesemua isteri dan anak-anak mereka seramai 35 orang berusia antara 35 hari hingga 13 tahun turut disumbat ke dalam lokap yang sempit dan kotor bersama tahanan yang lain tanpa belas kasihan.


“Apa dosa kami pak? Kami cuma kerja ngikut arahan majikan. Kami nggak ada salah apa-apa pak. Kenapa kami ditangkap? Kasian anak-anak kami, kayak anjing dikandang (kurung) begitu,” ujar Bahlan Bin Pabe yang kesal kerana Konsol Indonesia di Tawau enggan membantu mereka walaupun majikan sudah melaporkan berhubung tangkapan mereka.


KEJAM.... Betapa kejamnya polis Malaysia kerana mengheret wanita dan kanak-kanak ke kancah jenayah sedangkan mereka tidak tahu apa-apa. Apakah kanak-kanak dan wanita ini dijadikan Sandera (Tebusan)?



Kata Bahlan, mereka diambil bekerja secara sah oleh Gabungan Saga Sdn.Bhd, konktraktor yang menguruskan kontrak perladangan dengan OKK Hassnar MP Ebrahim sejak tiga bulan lalu tidak menyangka polis Malaysia akan bertindak secara kasar tanpa perikemanusiaan, terutama terhadap wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.


“Mereka begitu tega jadikan kami sandera (tebusan) agar majikan kami tampil. Tetapi apabila majikan kami datang untuk bebaskan kami, mereka (polis) nggak apa-apa in majikan kami,” ujar Bahlan yang mendengar perbualan polis bahawa alasan mereka ditahan ialah untuk memaksa majikan datang ke balai polis bagi menghadapi dakwaan.


Kata Bahlan, beliau terkejut kerana tidak menyangka dakwaan rakan yang baru pulang dari Malaysia bahawa polis Malaysia kejam adalah benar kerana sebelum ini beliau mengganggap mereka sengaja mahu menakut-nakutkan beliau agar tidak datang ke Malaysia.


“Walau polisi (polis) beragama Islam, tapi nggak punyai perasaan sesama agama. Apalagi kami ngerjain ibadah puasa. Apa salah itu ibu-ibu dan anak-anak kok sama ditangkap kayak banjingan? Mereka kan nggak tau apa-apa. Kan baik kalau mereka biar saja di rumah. Biar kami saja yang digiring ke balai,” ujar Bahlan yang kesal kerana rayuan mereka tidak diendahkan polis Malaysia.

Kesemua mereka termasuk seorang lelaki warga tempatan, Mohammad Bin Awang ditahan di bawah Seksyen 448, Kanun Keseksaan berdasarkan Laporan Polis Kinabatangan/1487/2010.


Enam pekerja asing Indonesia yang menggunakan pas lawatan kerja sementara yang ditahan ialah;


01. Busry Bin Rahmat

02. Yusuf Duren

03. Jerry Bin Kassim

04. Jusman Bin Gasing

05. Bahlan Bin Pabe

06. Udin Bin Ary Sad

Manakala isteri pekerja yang ditahan terdiri daripada;

01. Harni Binti Lahari

02. Rosma Binti Made

03. Augustina Paulus

04. Faridah Bin Randu

05. Tina Bte Sukardi

06. Rosdianah Bte Made

07. Sudarmi Bte Made

08. Yusmah Bte Wahidin


KASIHAN....Betapa pilunya saudara mara ibu malang ini di Indonesia kerana mendapat khabar ibu yang masih dalam pantang dan anak kecil yang berusia 35 hari terpaksa bermalam di Lokap berlantaikan simen tanpa selimut. Masih adakah perikemanusiaan di kalangan polis?


Dalam pada itu, Krew Sabahkini.net berjaya menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim, pemilik benefisial tanah berkenaan untuk mendapatkan ulasan.

Menurut Hassnar, tiga hari sebelum puasa, beliau telah memberi cuti tanpa rekod kepada para pekerja ladang warganegara Indonesia selama tiga hari agar mereka dapat menyambut kedatangan Ramadan dengan selesa.


Namun menjelang subuh, 13 Ogos 2010, di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi satu battalion polis seramai 100 orang telah dikerah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir menangkap tujuh pekerja ladang termasuk seorang warga tempatan yang mempunyai pasport dan permit kerja yang sah.


Menurut OKK Hassnar, Polis mempunyai niat malafide menangkap para pekerjanya dan pekerja kontraktor pada subuh Jumaat agar dapat memberi tekanan kepada pekerja supaya berhenti kerja kerana mereka tidak dapat dijamin keluar selepas tempoh 24 jam kerana cuti umum.


“Sifat khianat Iblis dan otak Syaitan yang ada dalam kepala Pesuruh Jaya Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan menunjukkan betapa pengecutnya mereka kerana hanya berani menangkap pekerja yang tidak mampu melawan,” Ujar Hassnar dengan nada kesal dengan peristiwa melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Indonesia dan membakar bendera jalur gemilang kerana marah dengan layanan buruk kerajaan Malaysia terhadap warga Indonesia.


Menurut Hassnar, dua orang pegawai kanan polis (Noor Rashid dan Jaini) sewajarnya dipersalahkan kerana membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia dengan menahan mereka yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa.


“Mereka terlalu bacul kerana tidak berani menangkap saya, sebaliknya menangkap pekerja Indonesia yang mempunyai permit yang sah dengan pelbagai tuduhan palsu termasuk menceroboh tanah berhak milik,” kata Hassnar yang mendesak Ketua Polis Negara menukar dua pegawai polis ini yang telah disamannya kerana salah laku dan salahguna kuasa polis pada 2007.


Kata OKK Hassnar, Noor Rashid dan Jaini mungkin dalam keadaan terdesak terpaksa mengikut arahan ‘Taukey’ Cina (kemungkinan akibat sogokan) yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu melakukan kezaliman kepada warga Indonesia yang bekerja secara sah.


Sehubungan itu, OKK Hassnar meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman agar menjalankan siasatan kenapa Noor Rashid dan Jaini menyalah gunakuasa polis mengerah 100 orang polis menyerang ladangnya yang masih dalam pertikian mahkamah, sedangkan polis tidak mempunyai bidang kuasa menceroboh tanah berhak milik, apatah lagi jika masih dalam perbicaraan di Mahkamah Undang-Undang.


“Saya menggesa agar Konsol Indonesia campurtangan kerana warga negara mereka yang bekerja secara sah menerima layanan buruk daripada Polis Di Raja Malaysia yang langsung tidak berperi kemanusiaan,” kata OKK Hassnar yang mengakui sedang menyediakan laporan rasmi untuk dihantar kepada Konsol Indonesia dalam masa terdekat.


Menurut OKK Hassnar, kejadian ini mengulangi serangan polis pada 27 November 2007 di ladang berdekatan dengan kejadian terbaru. Ketika itu, Noor Rashid dan Jaini yang menerima arahan daripada ‘Mafia Perladangan’, Kwan Bersaudara (Kwantas Corporation Berhad) mengerahkan lebih 200 orang anggota polis pelbagai pangkat yang lengkap bersenjata menyerbu tanah bergeran dan menangkap 17 pekerja yang berdokumen dengan mencipta tuduhan palsu, kononnya mereka ‘mengadakan perhimpunan haram’.


Akibat daripada serbuan haram polis tersebut, OKK Hassnar telah memfailkan saman terhadap Noor Rashid, Jaini dan lebih 50 pegawai polis yang telah menyalahguna kuasa mereka menyerbu ladangnya yang mempunyai geran hak milik pada jam 2 pagi untuk merampas semua parang dan tombak yang digunakan untuk bekerja di ladang. Kes tersebut akan dibicarakan pada September 2010.



WAJAH..."Apakah mereka yang berjubah polis ini layak digelar manusia jika berperangai Iblis dan berwajah Syaitan?" kata OKK Hassnar.


“Saya amat sedih dengan sifat kebinatangan CP dan Jaini yang tidak berhati perut menyumbat wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa ke dalam lokap yang sempit dan berbau busuk seperti kandang babi dalam keadaan mereka berpuasa. Di mana Jabatan Kebajikan dan SUHAKAM?,” getus OKK Hassnar dengan nada kesal kerana polis Malaysia sengaja mencetus kemarahan agar warga Indonesia di Sabah memberontak.


Walaupun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah empat hari ditahan di lokap, namun kata OKK Hassnar, tidak dapat membasuh dosa ‘The Satanic Police’ Noor Rashid dan Jaini yang sewajarnya diberi hukuman berat dan digantung tugas masing-masing setelah beliau memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu awal tahun ini.

Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

Pimpinan PKR taja parti baru ?

Pemimpin tertentu dalam PKR Sabah yang terlibat dalam menubuhkan Parti baru dikenali sebagai Parti Cinta Sabah (PCS)dicadangkan menerima hukuman penggantungan satu tahun.

Demikian menurut Saifuddin Nasuition dalam satu kenyataan kepada pejabat KABAR sebentar tadi.

"Pejabat Setiausaha Agung PKR pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).

Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti megikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan 12 penama yang diadu sepertimana yang dilampirkan.

Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan selama satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos yang akan datang," jelas Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.

Kenyataan itu turut menyebut 12 penama itu diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos ini.

PKR di Sabah khususnya di Tenom kini kian hangat berhubung pemilihan parti November ini.

Difahamkan pemilihan PKR Sabah ketika ini wujud beberapa kumpulan yang bersaing untuk memenangkan proksi masing-masing seterusnya menentukan hala tuju PKR Sabah yang tidak habis-habis dilanda kemelut sejak dua tahun lalu.

Berikut ialah senarai 12 Penama yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.

1. Daniel John Jambun

2. Awang Ahmad Sah

3. Moses @ Mozes Michael Iking

4. Nicholas James Guntobon

5. Paul Kerangkas

6. Slvyester @ Balon Mujim

7. Innocent Makaji

8. Nasir Samie

9. Harry Kujukok Manisit

10. Rubbin bin Guribah

11. Gosibin Yosundang

12. Guandeee Kohoi.

Desas-desus setahun lalu juga mengaitkan PCS dengan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan turut dilaporkan di salah sebuah portal berita yang berpangkalan di negeri Sabah.

Malah, seorang pimpinan PKR Sabah ada mendedahkan senarai penaja PCS di laman sosial facebook, sejak setahun lalu.

Tidak lama selepas isu PCS timbul, pada Februari lalu muncul pula kumpulan tertentu di Sabah mahu menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) yang berhasrat meletakkan calonnya disemua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihanraya akan datang.

PPRS difahamkan diterajui oleh Datu Mohd.Arshad Abdul Mualap,33, seorang ahli perniagaan yang satu ketika dulu merupakan ahli UMNO di Sungai Sibuga dan Datu Zulkifli Tun Datu Mustapha.

Parti ini yang entah dari mana asal-usulnya mendakwa mempunyai kira 80,000 penyokong di 25 bahagian di sabah.

Peliknya, sidang media khas yang diadakan di Inanam pada 18 Februari 2010 itu dilihat malu-malu untuk mengumumkan senarai jawatankuasa mereka kepada wartawan yang hadir.

Bagi PCS pula, ia dikaitkan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang cenderung menyokong kerajaan negeri Sarawak jika menang dalam pilihanraya negeri kelak.

-Masdarwahid Blogspot

Kenapa perlu 'pusing U' dalam isu tenaga loji arang batu di Lahad Datu?

Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya ketika memberi taklimat di Kunak pada 21 November 2009 berhubung cadangan pembinaan loji tenaga arang batu yang dicadang di Silam, Lahad Datu

Apabila meneliti laporan-laporan media berhubung isu loji tenaga arang batu yang dicadangkan di Lahad Datu, terdapat beberapa 'penemuan' berhubung kenyataan-kenyataan yang diluahkan oleh pelbagai pihak. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah!

Para pembaca di luar sana juga tentunya maklum mengenai isu ini apabila mereka mengikuti setiap laporan dan perkembangan semasa berkaitan isu loji tenaga arang batu yang dicadang pembinaannya di kawasan Parlimen Silam (Sinakut, Lahad Datu).

Di Kunak pada 21 November 2009 yang lalu, telah diadakan satu program yang diberi nama Taklimat Bersama Pemimpin Komuniti diadakan di Dewan Masyarakat Sri Kunak anjuran Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kunak yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Susilo Sumarto dan Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya.

'Kedatangan' para ahli panel (SESB) pada ketika itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan respon daripada masyarakat Kunak tentang projek cadangan loji arang batu yang dicadang pembinaannya di Lahad Datu. Dalam tinjauan yang dilakukan, terdapat kemungkinan tidak sampai 200 orang yang hadir dalam sesi taklimat tersebut termasuk masyarakat daerah Kunak itu sendiri. - Ini mungkin boleh diambil kesimpulan bahawa dari peringkat awal lagi taklimat-taklimat dan perjumpaan bersama masyarakat mengenai projek tersebut sudah pun 'menolaknya' kerana bimbang apabila Loji tenaga arang batu dilaksanakan, ia memberi impak kepada kesihatan dan alam sekitar dalam jangka panjang termasuk kepada generasi berikutnya?.

Lebih memeranjatkan dalam sesi dialog yang diadakan di Dewan tersebut, seorang daripada responden yang hadir spontan mengemukakan pertanyaan kepada panel : "Mengapa loji tenaga arang batu tidak dibuat di Kunak?"
Ia suatu pertanyaan yang 'mendukacitakan' bagi pandangan peribadi saya. Saya tidak mengetahui sama ada responden yang mengemukakan pertanyaan itu memiliki ilmu dan pengetahuan tentang alam sekitar dan geografi serta hal berkaitannya?

Umum sudah mengetahui bahawa telah terdapat kilang perindustrian berhampiran pekan Kunak telah beroperasi berdekatan sebuah sekolah rendah termasuk perumahan penduduk di daerah itu yang jarak tidak sampai 100 meter!.. - lokasi yang tidak menepati kelulusan Jabatan Alam Sekitar kerana difahamkan sesebuah kilang yang didirikan seharusnya terletak 500 meter atau lebih dari lokasi perumahan atau bangunan lain . Itu adalah antara contoh jelas projek pembangunan yang tidak 'terancang' masa lalu di daerah Kunak kerana mengabaikan aspek tertentu termasuklah impak kesihatan kepada pengguna.

. Berbalik kepada sesi taklimat yang diadakan di Kunak pada November 2009 berkaitan Loji tenaga arang batu, Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya juga menyatakan dalam sesi tersebut bahawa, SESB juga akan memastikan yang Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) bagi projek itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab!.

Susulan dari sesi-sesi taklimat yang telah dijalankan oleh pihak-pihak berkaitan mengenai cadangan projek tenaga arang batu tersebut, pada 19 Ogos 2010, Jabatan Alam Sekitar menolak penilaian terperinci kesan terhadap alam sekitar (DEIA) berhubung pembinaan loji tenaga elektrik 300 megawatt itu yang berasaskan penggunaan arang batu.
Selepas itu, media kemudian melaporkan tentang perhimpunan oleh kira-kira 1,500 orang di Lahad Datu baru-baru ini yang mahu projek tenaga arang batu itu diteruskan juga.

Kronologi isu arang batu Lahad Datu ini seolah-olah dilihat seperti membentuk 'satu pusingan U' yang mana walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar telah menolak DEIA berkaitan projek berkenaan, namun terdapat pihak tertentu lagi yang 'menyokong' terhadap pembangunan projek tersebut.

Inilah mungkin Kewajaran yang perlu dipertahankan oleh Green SURF (Sabah Unite to Re-Power the Future) untuk meminta Jawatankuasa Bertindak Dewan Rakyat mengemukakan nama mereka yang didakwanya mahukan projek loji tenaga menggunakan kuasa arang batu diteruskan perlaksanaannya di Sinakut, Lahad Datu.

Oleh : Ibrahim Tabir

DOSA-DOSA YANG DIANGGAP BIASA : LAKI-LAKI MEMAKAI PERHIASAN EMAS

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

Ø£ُØ­ِÙ„َّ لإِÙ†َاثِ Ø£ُÙ…َّتِÙŠ الْØ­َرِÙŠْرُ ÙˆَالذَّÙ‡َبُ ÙˆَØ­ُرِّÙ…َ عَÙ„َÙ‰ Ø°ُÙƒُÙˆْرِÙ‡َا.

“Dihalalkan atas kaum wanita dari umatku sutera dan emas, (tetapi keduanya) diharamkan atas kaum lelaki mereka.”( Hadits marfu’ dari Abu Musa Al-Asy’ari, riwayat Imam Ahmad, 4/393; Shahihul Jami’, 207.)

Saat ini, di pasar atau di toko-toko banyak kita jumpai barang-barang konsumsi laki-laki yang terbuat dari emas. Seperti jam tangan, kaca mata, kancing baju, pena, rantai, medali, dan sebagainya dengan kadar emas yang berbeda-beda.

Ada pula yang sepuhan. Termasuk jenis kemungkaran dalam masalah ini adalah, hadiah yang diberikan pada sayembara-sayembara dan pertandingan-pertandingan, Misalnya, sepatu emas, jam tangan emas pria, dan sebagainya.

Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat cincin emas di tangan seorang laki-laki, maka serta merta beliau mencopot lalu membuangnya. Kemudian beliau bersabda,

“Salah seorang dari kamu sengaja (pergi) ke bara api, kemudian memakainya (mengenakannya) di tangannya! ”Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi, kepada lelaki itu dikatakan,

“Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah !” Ia menjawab, “Demi Allah, selamanya aku tidak akan mengambilnya, karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah membuangnya.”( Hadits riwayat Muslim, 3/1655.)

-CinaIslam (Khalid Idham Lim)

Kamus Oxford di internet

http://www.hongkongyoga.com/images/oxford%20dictionary.jpgLONDON: Walaupun sudah dicetak selama lebih satu abad, namun pada masa akan datang Kamus Bahasa Inggeris Oxford, panduan berguna bahasa Inggeris, boleh digunakan secara online.

Penerbit Oxford University Press berkata, permintaan pesat versi online kamus itu jauh melebihi versi cetakan.

Ketika proses menulis, menyunting atau mengumpul satu kamus habis disemak dan dinaik taraf kepada edisi terbaru yang mengambil masa bertahun-tahun, penerbit ragu sama ada masih ada pasaran untuk bentuk cetakan.

Kamus Bahasa Inggeris Oxford edisi online kini mendapat dua juta hits sebulan daripada pelanggan. Edisi cetakan terkini, jilid ke-20 berharga £750 (RM3,657.59) diterbitkan pada 1989, terjual kira-kira 30,000 set secara keseluruhannya. – Agensi

Peguam mahu mayat Jackson digali semula

Mayat Raja Pop, Michael Jackson mungkin digali semula dalam usaha untuk membuktikan doktornya tidak bersalah.

Peguam bagi Dr Conrad Murray bercadang untuk mencabar keputusan bedah siasat penyanyi itu, yang mendapatinya maut akibat terlebih ambil ubat penenang, Propofol.
Mereka ingin menunjukkan bahawa penyanyi berkenaan mati akibat penggunaan dadah jenis lain.
Antara cara mencari bukti ini ialah kesan suntikan jarum yang bukan dilakukan doktornya.

“Berita ini amat mengejutkan keluarga Jackson,” kata rakan keluarganya dipetik akhbar News of the World.

Pasukan guaman Murray berharap tuduhan menyebabkan kematian tanpa sengaja ke atas pakar jantung itu dapat digugurkan selepas mayatnya digali semula. – Agensi

Teo Nie Ching temui Tok Guru Nik Aziz.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Syeikh Mahmud Siyam di Masjid Rusila

http://buletinonline.net/images/stories/berita32/ceramahpalestin%20025.jpg

Bekas Imam masjid al-Aqsa, Dr. Muhammad Mahmud Siyam berkata Ramadhan adalah bulan yang diturunkan al-Quran, kemudiannya menjadi bulan 'Jihad' bagi menegakkan Islam diseluruh dunia.

Imam merajuk tak dapat gaji

MANAMA: Seorang imam yang tidak berpuas hati mengunci pintu sebuah masjid di Arab Saudi dan menghalang orang ramai bersolat, atas alasan beliau tidak dibayar gaji.

Akhbar harian Arab Saudi, Al Yaum melaporkan bahawa seorang dermawan sudah menawarkan untuk membayar gaji imam dari Sudan terbabit untuk mengetuai solat.

Bagaimanapun, penyumbang itu gagal menyediakan wang seperti dijanjikan menyebabkan imam itu mengambil tindakan mengunci masjid untuk meminta bayaran.

Cubaan oleh penduduk perkampungan kecil di Wadi Al Dawaser untuk memujuk imam membatalkan mogok atau sekurang-kurangnya membuka masjid supaya mereka boleh melakukan solat Isyak dan Tarawih tidak dapat mengubah pendiriannya, lapor akhbar, kelmarin. - Agensinsi

Monday, August 30, 2010

Pertandingan memasak kemaluan haiwan


OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin.

Pada pertandingan itu, para peserta yang terdiri daripada tukang masak akan memasak kemaluan pelbagai jenis haiwan seperti lembu jantan, unta, burung unta dan kanggaru.

"Tujuan festival ini ialah untuk kegembiraan, makanan dan keberanian," kata pakar tukang masak kemaluan haiwan yang merupakan penganjur festival itu, Ljubomir Erovic.

Di Serbia, makanan yang dimasak daripada kemaluan haiwan itu digelar buah pinggang putih. Kemaluan haiwan itu dianggap kaya dengan hormon tertosterone dan berkhasiat untuk lelaki.

"Kemaluan lembu jantan adalah yang terbaik," kata pemenang pertama pada tahun lalu, Zoltan Levai yang memasak kemaluan haiwan dengan dicampur sayur-sayuran.

Pengunjung-pengunjung festival itu akan memakan kemaluan haiwan tersebut dan meminum wain dan bir selain menyejukkan tubuh mereka dengan mandi di sebuah kawasan air terjun berdekatan. - AP

Bilik hotel dikelilingi ikan


MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.

Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.

Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.

Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan. - Agensi

BILA POLIS NAK TOLONG TANGKAP ALONG?

Saudara Pengarang,...PADA mulanya saya agak gembira kerana Polis Di Semenanjung Malaysia mula bertindak memberkas Along kerana memberi pinjam wang tanpa lesen dan melakukan keganasan ketika memungut hutang disebabkan mangsa tidak mampu membayar kadar bunga yang tinggi.
Namun agak berbeza di Sabah apabila saya lihat Along begitu mesra dengan pegawai kanan polis dan bebas menjalankan kegiatan termasuk mengiklan perniagaan mereka dengan menampal kertas di pondok bas, tiang elektrik, dinding bangunan dan sebagainya.

Adalah mustahil pihak polis yang melakukan rondaan setiap hari tidak nampak iklan yang dipasang Along dan boleh menghubungi mereka agar menanggalkan notis iklan berkenaan atau menasihati agar Along tidak menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Sebaliknya, saya lihat ada seorang Inspektor di Balai Polis Penampang turut menemani Along memungut hutang dalam keadaan memakai uniform polis sehingga membuatkan mangsa terpaksa menjelaskan bunga dan pokok pinjaman yang tinggi kepada Along yang sering datang mengugutnya.

Jika Along berleluasa di Sabah, apalah ertinya kita menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos ini jika kita masih dibelenggu oleh Along yang menggunakan pelbagai cara untuk memaksa mangsa meminjam dan membayar bunga yang tinggi sedangkan institusi kewangan yang ada semakin merosot dan terpaksa bergabung kerana tidak mampu untuk meneruskan perniagaan pinjaman wang secara sah kerana terpaksa bersaing dengan Along yang boleh menawarkan pinjaman segera daripada 2 jam hingga 24 jam!

Salam Hormat dan semoga polis membersihkan kawasan perumahan dan perniagaan daripada gejala Along.

HAMPIR JADI MANGSA ALONG

Bukan Muslim,Masjid Dan Mainan Politik

Saya amat bimbang apabila isu-isu agama dipolitikkan. Islam cuba ditafsirkan menurut kepentingan politik masing-masing. Hukum-hakam syarak menjadi mangsa. Permainan politik sanggup menggadaikan segalanya. Amat berbeza antara penilaian berteraskan politik kepartian dengan penilaian yang berasaskan metodologi ilmu dalam Islam.

Politik kepartian sering menilai isu atau sesuatu berasaskan kepentingan (political interest), persepsi dan prejudis. Sementara ilmu Islam yang sahih menilai sesuatu berdasarkan dalil dan fakta. Kebenaran dalam Islam itu buta warna parti atau kumpulan. Kebenaran itu kebenaran, tanpa mengira dari mana dan kepada siapa ia berpihak


Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Maidah, ayat 8).

Orang politik datang dan pergi. Parti politik juga demikian. Namun, Islam kekal abadi. Ia menjadi cahaya yang menyinari kehidupan manusia. Orang politik boleh musnah, parti juga boleh hancur. Manusia tidak semestinya bergantung kepada seseorang tokoh atau sesebuah parti. Namun, manusia sentiasa perlukan hidayah Islam yang membimbing ke jalan yang benar. Islam mesti kekal bersih, membimbing semua manusia. Malanglah jika orang politik sanggup mempertaruhkan Islam untuk survival mereka!

Tambah Keliru

Bukan muslim bertambah keliru dengan hukam-hakam berkaitan mereka yang dikeluarkan kebelakangan ini. Fatwa-fatwa ‘ala-Taliban’ yang menggambarkan sikap keras Islam terhadap pihak lain dicadang dan didendangkan oleh sesetengah media. ‘Juru-juru fatwa’ yang boleh ditekan suisnya oleh pihak politik bersedia menunggu. Islam dikaburkan oleh permainan yang seperti ini. Dalam Islam, hubungan dengan bukan muslim bermula dengan terang dahulu, setelah diperjelaskan dan masih ada permusuhan barulah tindakan ‘peperangan’ boleh diambil jika ada keperluan. Ini dalam masyarakat kita ‘perang dahulu’ tanpa sebarang penerangan awal yang jelas.

Saya telah ulas dalam banyak media tentang isu doa kebaikan kepada bukan muslim. Kini timbul pula isu bukan muslim masuk masjid. Ya, isu ini bermula dengan orang politik. Namun janganlah dalam keghairahan hendak menghentam musuh politik, fakta Islam pula yang dimangsakan. Jika kita enggan menerima mereka masuk, itu persoalan lain. Tetapi menggambarkan kepada mereka bahawa Islam melarang mereka sama sekali memasuki masjid, itu boleh menimbulkan salah faham. Islam ala melayu atau Islam yang ada dalam sejarahnya yang gemilang? Rasulullah menerima perwakilan dalam masjid, bagaimana tiba-tiba hari ini masjid diharamkan untuk mereka?!

Masuk Masjid

Ya, para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat tentang hukum bukan muslim masuk ke dalam masjid. Namun, majoriti fuqaha termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i berpendapat bahawa bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika ada keperluan untuk itu. Pendapat ini disokong oleh beberapa dalil yang kuat. Di samping, ia juga membantu memahamkan masyarakat bukan Islam mengenai Islam. Dalam negara yang berbilang agama seperti negara kita, pandangan ini bukan sahaja kuat dari segi dalilnya, ia juga memberikan kebaikan kepada dakwah Islam itu sendiri.

Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa:

Nabi s.a.w telah menghantar pasukan (skuad) tentera berkuda dan menawan Thumamah bin Athal yang merupakan kepimpinan Bani Hanifah dari Yamamah. Beliau dibawa ke Madinah dan diikat di tiang masjid Nabi s.a.w. Apabila Nabi s.a.w datang ke masjid dan melihatnya, baginda bertanya: “Apa yang ada engkau dapati wahai Thumamah?”

Jawabnya: “Bersamaku kebaikan, wahai Muhammad! Jika engkau membunuhku, engkau membunuh orang yang punyai darah (berhak dibunuh atau mungkin beliau meminta simpati), jika engkau memberi kurnia, engkau memberikan kurnia kepada orang yang berterima kasih. Jika engkau mahu harta, engkau boleh minta seberapa banyak yang engkau mahu”.

Lalu Nabi s.a.w meninggalkannya. Keesokannya Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati Wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan, jika engkau memberi kurnia, engkau memberi kurnia kepada orang yang berterima kasih”.

Nabi meninggalkannya. Keesokannya lagi Nabi s.a.w bertanya lagi: “Apa yang engkau dapati wahai Thumamah?”.

Jawabnya: “Seperti yang aku katakan kepadamu”.

Lalu Nabi s.a.w memerintahkan: “Bebaskan Thumamah”.

Lalu Thumamah pun keluar pergi ke mata air berdekatan masjid, beliau mandi, kemudian masuk semula ke masjid dan mengucapkan: “Aku bersaksi bahawa tiada ilah (yang diabdikan diri) melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Beliau juga berkata: “Wahai Muhammad! Demi Allah, duhulu tiada atas muka bumi yang lebih aku benci daripada engkau, sekarang berubah engkau telah menjadi orang yang paling aku sayangi. Demi Allah, dahulu tiada agama yang lebih aku benci dari agamamu, sekarang berubah agamamu menjadi agama yang paling aku sayangi. Demi Allah, tiada dahulu negara yang lebih aku benci dari negaramu, sekarang berubah negaramu menjadi negara yang paling aku sayangi..”.

Hadis di atas menunjukkan bagaimana Thumamah bin Athal seorang tawanan perang yang menentang kerajaan Nabi s.a.w dibawa masuk ke dalam masjid. Antara tujuannya, agar dia dapat melihat kehebatan ibadah dalam Islam. Sekalipun dia musuh dan tawanan perang, Nabi s.a.w menggunakan pendekatan yang menarik jiwanya sehingga dia akhirnya menganut Islam. Ini dengan cara menempatkannya dalam masjid dan baginda bertanya soalan selama tiga hari lalu memaafkannya. Kesan berada di masjid dan kemaafan Nabi s.a.w, akhirnya kepimpinan musuh tersebut menganut Islam. Hadis ini menjadi bukti bahawa orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid. Inilah pegangan kebanyakan ulama termasuk dalam Mazhab al-Syafi’i. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H):

“Hadis ini menunjukkan harus membawa orang kafir masuk ke dalam masjid. Mazhab Syafi’i mengharuskannya dengan izin muslim. Ini merangkumi kafir ahli kitab atau selain mereka”. (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 12/435, Beirut: Dar al-Khair).

Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi mengeluarkan hukum tentang bukan muslim masuk ke masjid seperti berikut:

“Pendapat yang tepat bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid untuk sesuatu kemaslahatan syariah atau sesuatu keperluan tertentu seperti mendengar sesuatu yang membawa masuk ke dalam Islam, atau keperluannya untuk minum air yang berada dalam masjid atau selainnya. Ini kerana Nabi s.a.w mengikat Thumamah bin Athal al-Hanafi dalam masjid sebelum dia menganut Islam, baginda juga menempatkan perwakilan Thaqif dan perwakilan Kristian Najran di masjid sebelum mereka menganut Islam. Ini kerana ada banyak faedah mereka memasuki masjid, antaranya; mendengar ucapan dan nasihat Nabi s.a.w, melihat orang bersolat dan membaca al-Quran dan berbagai faedah besar yang lain bagi sesiapa yang melazimi masjid”. (Fatawa al-Lajnah al-Daimah 6/276. Riyadh: Idarah al-Buhuth)

Luaskan Fungsi Masjid

Kita sepatutnya meluaskan fungsi masjid agar dapat menjadi ‘centre for Islamic Information’ yang mesra pelanggan. Masjid sepatutnya berfungsi menyampaikan Islam kepada setiap pihak; muslim dan bukan muslim. Di negara seperti Malaysia yang berbilang agama dan budaya, kaum muslimin perlulah aktif dan intraktif dalam menyampaikan mesej Islam. Jika masjid dijadikan zon larangan bagi orang bukan muslim sehingga tidak dapat mendekatinya, bilakah Islam akan dapat difahami oleh mereka. Sudahlah dalam negara ini banyak fatwa ala-taliban yang cuba menggambarkan seakan tiada rahmah antara muslim dan non-muslim, ditambah lagi dengan ditutup ruang untuk mereka mendengar ajaran Islam. Masjid digambarkan musuh mereka dan mereka dilarang menghampirinya. Sementara dalam masa yang sama ada pihak bukan Islam yang menjemput muslim dengan hormat ke tempat ibadah mereka serta menghulurkan berbagai bantuan. Akhirnya, kita terus bermusuhan tanpa mencari titik dakwah, atau sekurang-kurang noktah yang mengurangkan sangkaan salah terhadap agama hidayah ini. Ke manakah hala tuju Islam yang hendak kita bawa dalam negara ini?!

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Anwar: 12 ahli PKR Sabah yang digantung boleh rayu

Dua belas anggota PKR Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasa disiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.

"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini.

"Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di Kinarut semalam.

Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada pendaftar pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lalu ekoran rasa tidak puas hati naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah.

- Bernama

Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat

Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.

Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya. -MK

Sunday, August 29, 2010

SYABAS KERANA BERANI GANTUNG TROJAN HORSE!

PADA petang 26 Ogos 2010, khabar penggantungan 12 orang ahli PKR yang selama ini dikenali sebagai ‘Kumpulan Trojan Horse’ atau ‘Keldai Jeffrey’ bertiup ibarat padang lalang disembar api di musim kemarau di kalangan ahli setia PKR di seluruh Negeri Sabah.

“Alhamdullilah syukur sekarang barulah PKR boleh buat kerja dengan aman tanpa gangguan kumpulan perosak ini,” kata mantan Setiausaha PKR Cabang Batu Sapi, Abdullah Madon.

Menurut Abdullah, kehadiran kumpulan ini dalam PKR lebih banyak menyumbang kepada mengganggu urusan pentadbiran PKR bertujuan menghancurkan PKR dari dalam.

Tindakan yang diambil oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin parti, kata Abdullah, merupakan kali pertma pucuk pimpinan PKR membuat kerja dengan betul yang telah sekian lama dinanti-nanti ahli PKR di seluruh Sabah.

‘Mana boleh kita berunding dengan pengkhianat. Zaman dahulu hukuman ke atas pengkhianat ialah pancung kepala. Adalah tidak adil mereka hanya digantung selama 12 bulan jika dibanding dengan kerosakan kepada perjalanan PKR di Negeri Sabah yang selama ini telah mereka laksanakan,” tambah Abdullah lagi.

Apabila disoal mengenai kenyataan bekas Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Datuk Nahlan Damsal yang kononnya merasa kehairanan apabila dihubungi oleh Ketua Umum Parti, Abdullah berkata, AJK PKR Cabang Batu Sapi telah mengundi tidak percaya ke atas pimpinan Nahlan Damsal.

“Siapa percaya kepada pemimpin flop-shot itu?” tegas Abdullah, ringkas.

Abdullah berkata, jika PKR mahu berjaya wujudkan perubahan kepada lanskap politik Negeri Sabah, tindakan pertama perlu diambil oleh pucuk pimpinan Parti ialah mempastikan kumpulan perosak ini dipecat daripada parti.

“Siapa tidak tahu latar belakang ketua mereka? Lihat saja berapa banyak parti yang telah dianggotainya, mana satu yang tidak bergolak. Nasib baik UMNO membatalkan permohonannya menjadi ahli, jika tidak UMNO Sabah sudah lama berkubur,” tambah Abdullah lagi.

Oleh: ZIELAH A (sabahkini)

Restoran saji daging manusia?

BERLIN: Sebuah restoran baru memeranjatkan bakal pengunjung apabila melancarkan iklan meminta sumbangan anggota tubuh manusia dan membayangkan ia akan termasuk dalam menunya.
“Penderma dikehendaki. Jadi ahli hari ini,” menurut pengumuman dalam laman web Filme, sebuah restoran yang dijadual dibuka di Berlin, lapor akhbar Der Spiegel.

Menunya menyenaraikan pelbagai masakan yang didakwa berasal daripada tabiat makan kaum Waririca, penduduk di Amazon yang terkenal kerana memakan daging manusia.

Ia meminta bakal penderma mengisi borang dan menyenaraikan secara terperinci kesihatan dan tabiat senaman mereka sebelum menambah: “Selepas pemeriksaan perubatan, anda boleh memutuskan bahagian mana yang ingin anda derma!” Lokasi dan butiran terperinci Filme, yang juga mengiklankan jawatan untuk seorang ‘pakar bedah yang berfikiran terbuka,’ tidak didedahkan. Laman web itu menjelaskan: “Kami menganggap menjamu selera sebagai sebahagian daripada perbuatan spiritual di mana roh dan kekuatan manusia yang dimakan itu diberikan kepada tetamu.” Bagaimanapun, sebahagian besar penduduk Jerman percaya ia iklan palsu atau langkah untuk menarik perhatian. “Saya yakin ia hanya jenaka,” kata Naib Pengerusi Parti Kristian Demokrat Berlin, Michael Braun.

“Tetapi ia amat meloyakan lebih-lebih lagi seorang penduduk Berlin pernah dibunuh dan kemudian dimakan seorang lelaki, juga penduduk bandar raya itu, tidak lama dulu,” katanya.

Braun dipercayai merujuk kepada Armin Meiwes yang dihukum penjara seumur hidup pada 2006 selepas memakan daging Bern Jurgen Brandes yang secara sukarela menawarkan diri untuk menjadi mangsanya. - Agensi

SPRM SIASAT PENYELEWENGAN USIA

RATA-RATA ahli Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) mengimpikan badan agama yang ditubuhkan sejak tahun 1969 akan menjadi pelindung untuk memayungi umat Islam di Sabah. Begitulah tingginya harapan dan sandaran masyarakat Islam dan USIA telah bertungkus lumus bergerak ke arah itu. Namun setelah ia kini hampir 41 tahun usia penubuhannya, USIA dikatakan kini melangkah menuju penghujung usianya.

Malah ada yang mengibaratkan permasalahan yang menimpa badan itu bagaikan penyakit yang menyerang manusia, kalau ia terus dibiarkan begitu sahaja ia bakal menjadi barah yang boleh memusnahkan badan agama, yang sebelum ini banyak memberi sumbangan dalam pengembangan syiar Islam di negeri bawah bayu ini.

Ramai kalangan pemerhati berpendapat bahawa kemelut yang ada dalam USIA perlu dicegah dan diubati segera dengan menyingkirkan beberapa individu dalam pentadbiran tertingginya yang menjadi virus yang dibimbangi akan menamatkan riyawat hidup USIA.

Jangan sampai badan ini terkubur tanpa jasad sebab itu usaha perlu digemblengkan bagi menyelamatkannya daripada terus dimamah virus individu yang berkepentingan di dalamnya.

Paling menyedihkan baru-baru ini, badan agama yang boleh dikatakan menjadi kebanggaan umat Islam kerana perjuangannya menggerak aktiviti dakwah telah menjadi sasaran penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berlaku pada sebuah badan NGO Islam.

Walaupun ianya masih di peringkat siasatan dan belum ada sebarang keputusan mengenainya sama ada berlakunya kes-kes penyelewengan kewangan pertubuhan terutamanya yang mengaitkan individu tertentu yang berkepentingan; tetapi sebenarnya situasi ini sedikit-sebanyak telah mencalar imej dan nama baik USIA.

Semua ini berpunca daripada tindak-tanduk segelintir individu yang menjadi pentadbir dalam pertubuhan tersebut yang boleh diibaratkan ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’.

Tindakan SPRM untuk menyerbu pejabat badan itu di Sembulan difahamkan disebabkan wujudnya unsur penyelewengan kewangan pertubuhan tersebut yang disyaki disalahgunakan oleh pihak pentadbiran di mana USIA yang memperolehi sumber kewangan yang banyak hasil dari pembangunan tanah miliknya di 1Borneo bernilai jutaan ringgit.

Namun hanya tinggal ratusan ribu ringgit sahaja dalam akuan semasa USIA. Yang menjadi tanda tanya besar, ke mana sejumlah wang daripada puluhan juta itu telah dibelanjakan dalam tempoh yang singkat.

Ekoran itu timbul pelbagai keraguan yang menyebabkan SPRM tampil melihat apa yang sebenarnya berlaku dan seterusnya cuba merungkai kemelut melanda badan agama itu.

Sebelum ini USIA juga dikatakan telah memberikan hadiah atau mungkin boleh dianggap saguhati kepada beberapa ahli majlis tertingginya yang terpilih sebanyak RM10,000 seorang. Sesetengah yang lain difahamkan hanya menerima RM5,000, tetapi ada juga yang didakwa tidak menerima langsung.

Ada juga yang lain yang merasakan tidak wajar menerima habuan seperti itu mengambil keputusan mengembalikannya kepada USIA kerana sedar wang tersebut adalah hak milik (badan agama tersebut.

Bagaimanapun berdasarkan maklumat mereka yang mengembalikan habuan tersebut kepada USIA, kemasukan wang yang dikembalikan itu pula gagal dikesan dalam akuan USIA dan ini memberi petanda, wang tersebut mungkin telah tersangkut di pertengahan jalan.

Perkara inilah yang menimbulkan seribu tanda tanya yang mungkin hanya mampu dijawab oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Haji Abdullah Hussin yang kini terpaksa turun naik ke pejabat SPRM, gara-gara lesapnya wang dalam akaun pertubuhan berkenaan.

Beberapa ahli majlis tertinggi USIA yang enggan bersengkokol dengan kontroversi yang berlaku, memberitahu, biarlah kes ini disiasat oleh SPRM yang mana ketika ini masih dalam proses penyiasatan dan difahamkan kes itu juga dikatakan sudah dikemukakan ke ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk tindakan selajutnya.

Ekoran isu gawat tersebut, ada kalangan Ahli Majlis Tertinggi USIA mendesak agar Abdullah Hussin berundur dan meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana beliau sebagai peneraju utama dalam jentera pentadbiran USIA) dilihat telah gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sehingga membawa pertubuhan tersebut ke kancah penyelewengan yang sepatutnya tidak berlaku di dalam sesebuah badan agama.

Pada peringkat awal ini, mereka mencadangkan supaya Abdullah Hussin yang mencetuskan kontroversi itu seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya dan beliau wajar mengambil cuti rehat bagi melicinkan proses penyiasatan kes penyelewengan di dalam pertubuhan tersebut.

Bagaimanapun sehingga ini Yang Dipertuanya, Tun Haji Sakaran Dandai belum bersedia memberikan sebarang isyarat berhubung cadangan tersebut. Ini bermakna Abdullah masih lagi boleh meneruskan permainan dan percaturan di dalam pentadbiran USIA.

Sekiranya Abdullah direstui untuk mengambil cuti rehat, mungkin tiada masalah besar bagi USIA untuk mencari penggantinya buat sementara waktu memandangkan Datuk Haji Arshad Edris selaku Penolong Setiausaha Agung yang sememangnya berpengalaman boleh mengambil alih tugas tersebut.

Kebanyakan AMT juga mendakwa semenjak Abdullah Hussin dilantik menjadi Setiausaha Agung, pertubuhan tersebut menghadapi banyak kepincangan terutamanya dalam soal pentadbiran dan juga pengurusan kewangan yang tidak teratur dan tidak mengikut peraturan.

Menurut mereka, perbelanjaan yang tidak berhemah termasuklah perlaksanaan program yang tidak berjadual menjadikan ada program dakwah pertubuhan tersebut terpaksa berbelanja besar namun impaknya terhadap usaha memperkukuhkan gerakan dakwah dan Islamiah tidak membawa kesan positif terhadap masyarakat Islam.

Ia lebih menjurus kepada pembaziran dan menguntungkan kepada setengah pihak sahaja. Kekerapan pegawai-pegawai keluar daerah melaksanakan program,malah ada yang sepatutnya tidak perlu keluar daerah turut membuat tuntutan elaun perjalanan juga dianggap sebagai satu pembaziran kewangan USIA.

Projek Tanaman Gaharu yang dicetuskan oleh Abdullah Hussin bukannya keputusan Ahli Majlis Tertinggi juga dianggap sebagai projek pembaziran kerana dari segi pulangan ekonomi kepada ahli dan masyarakat Islam sebenarnya ianya tidak dapat memperkasakan ekonomi masyarakat Islam secara keseluruhannya.

Pemilihan syarikat pembekal benih gaharu tanpa sebarang sebutharga dengan penjualan sepohon benih gaharu mencecah RM9.00 sedangkan harga di pasaran boleh dibeli sekitar RM3.00 sepohon juga menimbulkan keraguan ditambah pula bekalannya ke bahagian tidak memenuhi keperluan yang diharapkan malah ada beberapa ahli sehingga kini belum mendapat sebarang bekalan dari pembekal menimbulkan tanda tanya dan selepas pengagehan ini tidak ada susulan projek yang dianggap hanya melepas batuk ditangga dan kesannya adalah pembaziran kepada kewangan (USIA)

AMT turut mendakwa sikap berlembut Tun Sakaran sebagai YDP USIA diambil kesempatan sepenuhnya oleh individu berkepentingan ini untuk melaksanakan agenda mereka khususnya yang boleh memberikan keuntungan untuk diri sendiri di mana Tun Sakaran diberikan penjelasan yang kurang tepat mengenai perjalanan program dan pentadbiran ibu pejabat USIA.

Natijahnya ketika ini pentadbiran ibu pejabat USIA berada dalam keadaan yang kucar-kacir dan dalam masa yang sama wujud pula kem-kem tertentu dalam pentadbiran di peringkat ibu pejabat yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Masalah ini semakin menjadi rumit apabila orang kedua yang cukup penting dalam jentera pentadbiran ibu pejabat iaitu Setiausaha Kerjanya, Misnan Warman yang tidak berwibawa dan komited dalam bidang tugasnya. Beliau sepatutnya sudah layak bersara, namun masih terus bekerja menjadikan jentera petabdiran USIA lemah dan tidak bermaya.

Bukti paling menyedihkan ialah apabila USIA telah menerima surat merah dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) berupa notis pengantungan ratusan cawangan-cawangan USIA di bebarapa bahagian di negeri ini

Masalah ini tidak dianggap serius oleh Abdullah dan Misnan selain kedua-dua individu ini cuba untuk menegakkan benang basah dan menampilkan keegoan dalam jentera pentadbiran dengan menekan beberapa pekerja di ibu pejabat, termasuklah memindahkan pegawai-pegawainya seperti bola dari satu unit ke unit lain. Dua pegawai ini amat bijak melakonkan watak mereka di hadapan YDP USIA.

Apapun kesimpulannya USIA kini boleh diibaratkan sedang menuju ambang penghujung usianya jika tidak ada tindakan drastik daripada pucuk kepimpinan tertinggi bagi menangani masalah yang sedang melanda badan agama itu ketika ini.

Ahli majlis tertinggi mungkin perlu bertanggungjawab melihat kepincangan ini dengan membuang rasa segan mereka kepada Tun Sakaran untuk menyuarakan pandangan dan nasihat mereka kepada pemimpin nombor satu USIA itu agar kelemahan dan masalah yang melanda ketika ini perlu ditangani dengan segera.

Salah satu jalan terbaik ialah dengan menyingkirkan mereka yang membawa imej busuk kepada USIA di mata masyarakat Islam di negeri ini. Lebih-lebih lagi dengan bilangan keahlian dianggarkan seramai 40,717 orang, USIA sepatutnya menjadi badan agama contoh di Sabah dan ia selayaknya dipertahankan di tahap kedudukan tersebut.

Tindakan orang terpenting dalam USIA, Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua (USIA) sebelum ini dikatakan ada kaitan dengan kekecewaan beliau dengan sikap pentadbiran USIA yang baginya tidak memperlihatkan ciri-ciri sikap amanah dan didikasi dalam melaksanakan tugas mereka.

Malah, ketika dalam satu mesyuarat dengan pegawai pegawai ibu pejabat USIA tidak lama dulu, Lajim menekankan betapa pentingnya soal pengurusan pentadbiran dan kewangan USIA diurus dan ditabirkan sebaik mungkin.

Bagaimanapun saranan Janang Gayuh itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa individu yang berkepentingan di ibu pejabat USIA, kerana itu, Lajim mengambil pendirian untuk mengundurkan diri dari pertubuhan berikan kerana beliau sebenarnya sudah terhidu unsur-unsur untuk mensabotaj beliau di dalam USIA itu sendiri.

Selepas mengucapkan sayonara kepada USIA, Lajim kini menjadi Pengerusi Perkim Sabah, pertubuhan yang kini diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Apakah Perkim Sabah akan menjadi pesaing USIA selepas ini, lebih-lebih lagi dengan keadaannya sekarang yang terlalu berserabut untuk menyelesaikan masalah dalaman?

Maklumat Lanjut di Sabahkini

Cabul: Lelaki tempatan didenda RM1,800 atau penjara 14 hari

TAWAU: Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun didenda RM 1,800 atau penjara 14 hari setelah disabit bersalah menggunakan kekerasan dengan niat mencabul ke atas seorang wanita, 15 Mei lalu.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Joan Lee berkata, tertuduh, Mohd Aidil Abas, didapati melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita berusia 26 tahun, pada tarikh tersebut di Simpang 3, Klinik Kesihatan Felda Umas.

Menurutnya, tertuduh bagaimanapun ditangkap keesokan harinya setelah mangsa membuat laporan polis berhubung insiden yang berlaku ke atasnya.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret kelmarin oleh Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Ferhansha Farene Mohd Firdaus.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang warga Indonesia, Beddu Benga, 43, dikenakan hukuman 8 bulan penjara kerana mencuri 4 tan kelapa sawit milik seorang pengadu, 27 Mei lepas.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Sungai Juragan Batu 17 Jalan Apas, mengakibatkan pengadu mengalami kerugian kira-kira RM2,000.

Tertuduh dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan mahkamah turut mengarahkan tertuduh diserahkan kepada Jabatan Imigresen sebaik hukuman selesai dijalankan. -NST

Buang air kecil atas sejadah

SEKUMPULAN pejuang hak asasi kebebasan beragama mengadakan perhimpunan aman menyokong kebebasan beragama di sebuah masjid di Queens, Jumaat lalu.
SEKUMPULAN pejuang hak asasi kebebasan beragama mengadakan perhimpunan aman menyokong kebebasan beragama di sebuah masjid di Queens, Jumaat lalu.


NEW YORK: Seorang lelaki membuang air kecil di atas sejadah di sebuah masjid di Queens, kelmarin dalam kejadian terbaru yang ditakrifkan sebagai insiden anti-Islam selepas seorang pemandu teksi cedera di badan kerana ditikam penumpangnya.
Dalam kejadian dilaporkan di masjid Iman di Steinway Street, Astoria, lelaki dikenali sebagai Omar Rivera itu menyerbu masuk ke dalam rumah ibadat itu ketika jemaah sedang melakukan solat Tarawih.

Rivera kemudian mengeluarkan kata-kata menghina Islam dan memberi isyarat lucah kepada jemaah termasuk menggelar mereka sebagai pengganas.

Dua jemaah kemudian bertindak sebelum berjaya menghalangnya dan meminta bantuan pihak berkuasa dengan menelefon 911.

Seorang saksi memberitahu akhbar New York Post, lelaki terbabit berada dalam keadaan mabuk dan membawa botol bir ke dalam masjid itu.

“Dia memberi isyarat lucah dan memaki hamun semua orang yang ada dalam masjid,” katanya.
Seorang jemaah, Mustapha Sadouki, memberitahu: “Dia gelar kami pengganas sedangkan dia yang masuk ke dalam masjid dan melakukan perbuatan itu”.

Rivera dikenakan dakwaan jenayah menceroboh. Ejen Biro Siasatan Persekutuan, Richard Kolko, pula menyatakan pihaknya tidak mengesan peningkatan jenayah kebencian agama terhadap orang Islam tahun ini, bagaimanapun tetap memandang serius semua aduan yang diterima.

Pengarah Hal Ehwal Masyarakat bagi Majlis Hubungan Amerika Islam (CAIR) cawangan New York, Faiza Ali, menyifatkan perbuatan menghina Islam dan pengikutnya di corong radio termasuk oleh ahli politik menjadi punca peningkatan sentimen anti-Islam di seluruh negara itu.

“Beberapa kejadian baru-baru ini menunjukkan kesan daripada perbuatan menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam,” katanya, ketika isu pembinaan masjid dekat lokasi 9/11 hangat diperkatakan.

Selain serangan terhadap pemandu teksi itu, Ahmed Sharif, pada hari yang sama sebuah masjid di daerah Madera, California, digeledah dengan satu mesej ditulis berbunyi ‘Wake up America, the enemy is here’ (Bangunlah Amerika, musuh sudah ada di sini).

Ia dipercayai perbuatan kumpulan ‘American Nationalist Brotherhood’. Malah, seketul batu bata juga dibaling terhadap masjid itu, minggu lalu. – Agensi

Umno tentang Majlis Fatwa

Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Keindahan Islam

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Isu Surau Al-Huda

Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini.

Oleh Teo Nie Ching

Thursday, August 26, 2010

Burung hantu kepala terbalik


PUEBLO, Amerika Syarikat (AS) - Bukan leher patah tetapi seekor burung hantu di AS gemar berpura-pura menterbalikkan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Telatah burung hantu yang nakal itu dirakamkan oleh seorang jurugambar hidupan liar AS, Rob Palmer di Colorado.

Burung hantu berusia enam minggu itu turut dirakamkan cuba mengejutkan adik beradiknya yang sedang tidur.

Ia mendekatkan kepalanya seolah-seolah mahu memberi ciuman pada adik beradiknya. - Agensi

BN BINA SEMAKIN BANYAK ‘PROJEK CEK TENDANG’?

TERBENGKALAI...inilah bangunan Pusat Internet Desa di Kg Pulong yang terbangkalai ditinggalkan kontraktor sejak 2008

SIASATAN segera perlu dijalankan ke atas pembinaan Pusat Internet Desa di Kg Pulong, kira-kira 15 kilometer pekan Tenom kerana projek yang sepatutnya dapat meningkatkan taraf celik komputer penduduk itu terbengkalai pembinaannya sejak 2008 yang disifatkan sebagai ‘Projek Cek Tendang’.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah memberitahu pihaknya difahamkan bahawa kontraktor yang sepatutnya menyiapkan projek berkenaan telah meninggalkan kerja-kerja pembinaan di separuh jalan dan tidak pernah muncul lagi.

“Sepatutnya pemantauan dibuat ke atas pembinaan Pusat Internet Desa itu agar dapat disiapkan. Kini projek berkenaan ditinggalkan terbiar dan menimbulkan tanda tanya bagaimana projek yang penting dan sudah mendapat peruntukan itu ditinggalkan terbiar, bagaikan cek tendang yang tidak dapat ditunaikan,” kata Jimmy.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap, tidak menolak kemungkinan bahawa projek itu telah melalui proses pelaksanaan yang tidak cekap sehingga menimbulkan masalah kepada sub-kontraktor pelaksana.

Menurut Jimmy, sekiranya benar projek berkenaan telah beralih tangan dari sebuaah syarikat kontraktor kepada kontraktor lain, bagaimana sub-kontraktor terakhir dapat menyiapkan pembinaan apabila jumlah peruntukan tidak lagi dapat menampung kos sebenar pembinaan.

Jimmy seterusnya meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang bertanggungjawab melantik kontraktor tersebut agar mencari jalan penyelesaian untuk menyiapkan pembinaan kemudahan internet desa itu.

Pusat Internet Desa amat diperlukan di kampung-kampung untuk dimanfaatkan oleh penduduk dan golongan belia agar tidak ketinggalan menggunakan media siber untuk memperolehi pelbagai maklumat yang berguna untuk kehidupan masa kini.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ISU PATI DIBINCANG BERSAMA PEMIMPIN BN

Barisan Nasional (BN) Sabah pada mesyuaratnya Selasa memutuskan agar hasil penemuan makmal khas yang diwujudkan untuk mengetahui masalah pendatang tanpa izin di negeri ini dibincangkan secara bersama di kalangan pemimpin BN negeri.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman berkata kesemua pemimpin parti komponen BN Sabah memandang serius isu pendatang tanpa izin yang menurut mereka memerlukan penyelesaian yang konkrit.

"Kabinet negeri sudah diberi taklimat mengenai makmal khas pendatang tanpa izin dan apa juga hasil cadangan (makmal itu), kita akan bincangkan bersama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini.

Beliau berkata ini menunjukkan kesungguhan BN negeri mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan itu.

Katanya pemimpin BN negeri turut membincangkan isu tanah terutama yang membabit kawasan tanah simpan yang didiami penduduk tempatan.

Musa berkata beliau telah memberi penjelasan tentang dasar kerajaan negeri yang memberi hak milik berkelompok kepada penduduk tempatan yang layak dan merancang untuk menukar status kawasan tanah simpanan kepada tanah kerajaan negeri.

Beliau berkata pendekatan seumpama itu akan membolehkan penduduk tempatan yang mendiami kawasan hutan simpan terus kekal tinggal di situ melalui pemberian hak milik berkelompok.

Katanya mesyuarat itu turut memutuskan agar jawatankuasa khas yang terdiri daripada parti komponen BN dibentuk bagi meneliti pelbagai isu yang membabitkan kepentingan bersama. -Sabahkini

Masalah kewangan punca utama cerai

Masalah kewangan dan kos sara hidup yang tinggi dikenal pasti sebagai punca utama kes perceraian pasangan muda di ibu kota.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali, berkata kebanyakan pasangan muda yang berusia 30 tahun ke bawah bercerai kerana kurang persediaan dalam memikul tanggungjawab berumah tangga terutama membabitkan soal kewangan.

Biasanya pasangan terbabit adalah mereka yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk memulakan hidup baru. Mereka khususnya suami tidak bersedia dalam aspek kewangan, lebih-lebih lagi sara hidup yang tinggi di ibu kota berbanding pendapatan yang mereka peroleh.

Selain pendapatan yang agak rendah, ada juga kes pasangan tidak mempunyai gaji sekali gus tidak berupaya menyusun perbelanjaan keluarga yang meliputi kos tempat tinggal, belanja harian selain kehendak lain, katanya kepada Sentral di sini.

Che Mat berkata, kebiasaannya pihak suami yang menghadapi masalah kewangan berikutan kira-kira 75 peratus isteri masih mengharapkan pasangan masing-masing membiaya sebahagian besar keperluan keluarga.

Lebih memburukkan keadaan apabila pasangan muda ini menyelesaikan masalah mereka bersendirian tanpa merujuk kepada mereka yang berpengalaman, katanya,

Selain faktor kewangan, katanya, perceraian juga berlaku akibat asas pendidikan agama yang longgar seperti tidak bersolat, tiada pegangan agama yang betul dan kurang pengetahuan dalam membentuk keluarga berasaskan ajaran Islam.
Mereka hanya bergantung kepada kursus praperkahwinan selama dua hari yang diwajibkan ke atas mereka.

Kursus itu sebenarnya belum cukup untuk menyediakan mereka untuk mengharungi kehidupan sebenar berumah tangga, katanya.

Sehubungan itu, katanya, mereka disaran mengukuhkan lagi pengetahuan dengan mengikuti pelbagai kursus lanjutan lain seperti kursus keibubapaan dan kursus berkaitan rumah tangga.

Beliau juga tidak menafikan pengaruh rakan dan campur tangan keluarga khususnya ibu bapa juga menjadi antara faktor keruntuhan rumah tangga pasangan muda di ibu kota.

Selain faktor itu, ada juga kes perceraian disebabkan suami atau isteri berlaku curang terhadap pasangan masing-masing, katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, bilangan kes perceraian di ibu kota yang direkodkan JAWI turun secara mendadak apabila sehingga Julai tahun ini hanya membabitkan 64 kes berbanding 1,828 kes sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata, pasangan yang berkahwin di ibu kota setiap tahun dianggarkan 20,000 orang dengan kira-kira 10,000 orang adalah golongan muda.

Tujuh tahun pertama usia perkahwinan adalah tempoh paling kritikal kerana hampir 28 peratus perceraian berlaku dalam jangka waktu berkenaan.

Kebanyakan kes perceraian dalam tempoh itu pula membabitkan pasangan muda berumur bawah 30 tahun ke bawah," katanya.

Beliau berkata, penurunan bilangan pasangan bercerai sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu adalah disebabkan kesan daripada pelbagai kempen dan penguatkuasaan berterusan dilaksanakan JAWI pada tahun lalu sehingga kini.

Antaranya, program Dakwah Bil Hal yang dilancarkan pada 2009; kempen Rakan Muda Masjid; kempen mengimarahkan masjid; kempen pasukan sukarelawan masjid selain program bertemu komuniti kurang bernasib baik dan bermasalah yang kesemuanya mensasarkan penyertaan golongan muda.

Semua kempen ini bermatlamat menangani krisis akhlak dan moral dalam kalangan generasi muda dan saya percaya dengan meningkatkan kekerapan siri ceramah serta kempen berkaitan untuk mereka, kesedaran mengenai kepentingan menerapkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam boleh ditingkatkan.

Ia sekali gus membantu JAWI menurunkan lagi kadar perceraian sehingga 15 peratus lagi menjelang 2015, katanya.

-BH

Wednesday, August 25, 2010

BANGUNAN TERBIAR SARANG MAKSIAT?

KERAJAAN Negeri Sabah disaran melupuskira semua bangunan usang dan merobohkannya daripada menjadi sarang maksiat seperti pusat penagihan dadah, perjudian, tempat melakukan hubungan seks liar dan pusat pembiakan tikus; serta menyakitkan mata memandang kerana mencacatkan kebersihan dan keceriaan bandar.

Seorang penduduk Tenom, yang hanya mahu dikenali sebagai Symirlo melahirkan saranan berkenaan setelah kecewa melihat keadaan bangunan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu dan mempersoalkan kewibawaan pegawai yang bertugas di daerah itu kerana kurang prihatin dengan kebersihan di kawasan bandar.

Menurut Symirlo, bangunan yang usang itu kini ditumbuhi semak samun sedangkan ia terletak di tengah-tengah bandar Tenom dan berdekatan kuaters para pegawai kerajaan negeri dan persekutuan.

“Saya tidak terfikir perkara ini boleh berlaku di Tenom, tambahan pula semua bangunan kerajaan negeri di bawah kendalian JKR,” ujar Symirlo yang bimbang dengan aduan orang awam bahawa ianya sering digunakan oleh penagih dadah dan remaja untuk melakukan seks liar di waktu malam.

Walaupun isu ini telah dibincangkan di dalam Facebook, namun JKR belum mengambil sebarang tindakan untuk memembersihkan bangunan berkenaan atau melupuskira dan merobohkannya.

Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI (sabahkini)

Monday, August 23, 2010

RAMAI PROFESIONAL SERTAI PKR TENOM

PELAN ‘Transformasi PKR’ Tenom yang diasaskan Ambrose Mail Mathew nampaknya semakin mendapat sambutan hangat akar umbi malah terdapat bekas beberapa pemimpin UMNO Bahagian di sini telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR dalam satu upacara ringkas di Sokid Villa, kediaman rasmi Naib Presiden PKR Kebangsaan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada minggu lepas.

Demikian dinyatakan mantan Penolong Pengarah Kastam Negeri Sabah, Richard Joe Jimmy yang telahpun mendapat semula keahliannya dalam PKR baru-baru ini, optimis bahawa PKR dan PR seakan-akan sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU13 akan datang ini.

Bagaimanapun kata Joe lagi, kekuatan PKR dan PR hanya akan dapat direalisasikan hasilnya, banyak bergantung kepada formula kesepakatan yang tulen oleh semua pemimpin tanpa mengira kelas dan warna kulit terus berganding bahu dan bekerjasama dalam satu pasukan; termasuk mengikis sikap yang lebih cenderung kepada sifat-sifat suka meragui dan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap diri seseorang.

“Saya bersetuju bahawa, wacana yang ditonjolkan Ambrose Mail sebelum ini yang berminat meletakkan pemimpin muda, berwibawa, berintergriti dan berpendidikan untuk membarisi kepimpinan bahagian selain pemimpin muka lama adalah langkah sebaik baiknya diketengahkan supaya saf kepimpinan bahagian lebih mantap dan berwibawa,” tegas Joe lagi.

Dalam pada itu, Yafta Musa, 40, bekas Penolong Setiausaha Bahagian Umno Tenom yang baru menyertai PKR ketika ditanya halatuju perjuangannya yang kini sudah berada dalam pembangkang, Yafta berkata, selepas ini sudah tentu ada yang berkata khususnya pemimpin Umno yang mendakwa bahawa penyertaannya dalam PKR semata-mata untuk mencari pangkat dan jawatan.

“Kita sendiri pun dapat lihat apa keupayaan pembangkang memberi saya pangkat dan jawatan yang perlu dimegah-megahkan, kalau pun ada, ia hanyalah jawatan dan pangkat dalam parti yang tiada dibayar apa-apa walau sesen pun tetapi bagi saya itu tidak mengapa dan yang penting kita mengajak rakyat menumbangkan kerajaan yang sudah lari daripada landasan sebenar seperti Umno dan BN,” kata Yafta yang berharap agar rakyat Sabah dapat menggantika kerajaan yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan baru, seperti PKR-PR yang benar-benar dapat membela rakyat dan mampu mengapungkan semula ekonomi negara yang sudah terjunam ke bawah sekarang.

Sehubungan itu kata Yafta, beliau bersetuju dengan pelawaan Ambrose Mail dan menyokong beliau kerana perjuangannya dilihat ada kesungguhan untuk menentang korupsi atau politik wang seperti yang diamalkan Umno dalam setiap kali pemilihan mereka.

Amalan korupsi dan pemimpin yang bekas pengamal korupsi, kata Yafta, tidak patut diberi peluang lagi dalam PKR, tetapi bukan bermaksud pemimpin yang dituduh dalam forum politik kerana tiada bukti yang jelas.

Yafta mengakui bahawa sebenarnya beliau telah menghantar borang keahliannya dalam PKR selepas PRU12 tetapi baru sekarang ini beliau mengaktifkan terus perjuangannya dalam PKR bersama-sama dengan muka baru, Dr Lehendry Kaunsir yang merupakan mantan Pengarah Hospital Daerah Tenom tetapi telah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam dan kini membuka Klinik Perubatan di Penampang.

Oleh: NUR NATASHA FAUZI (sabahkini)

Sunday, August 22, 2010

Ikan masin Indonesia disyaki ada pengawet mayat

JAKARTA - Sebuah badan bukan kerajaan, Yayasan Lembaga Konsumer Indonesia (YLKI) mendakwa, banyak ikan masin dijual didapati mengandungi bahan kimia formalin yang biasa digunakan untuk mengawet mayat.



Ketua YLKI wilayah Jambi, Warasdi berkata, pemantauan badan itu di pasar-pasar sekitar Sumatera menunjukkan keadaan kini semakin serius namun, mereka masih menjalankan kajian bagi menentukan tahap penggunaan bahan tersebut.

"Mudah sahaja untuk mengenal pasti ikan masin yang dikeringkan dengan formalin apabila ia didapati masih segar, tidak dihinggapi lalat dan isinya kenyal walaupun sudah agak lama," katanya kepada akhbar Kompas semalam.

Bulan lalu, Indonesia gempar apabila Kementerian Kelautan dan Perikanan membongkar banyak kes ikan patin yang dijual di wilayah Kalimantan Barat dekat sempadan Sarawak, Malaysia berisiko tinggi kerana mengandungi formalin. - Agensi

PEMIMPIN RASIS BELA SETINGGAN?

SEORANG Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokkan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah mengambil inisiatif berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah.

Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah.

“Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka,” demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.

Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi, pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.

Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg Lupak Meluas, Kg Sundang dan Kg BDC.

Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, Tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan Tanah Tanjung Tokong.

Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.

Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia.

Pengundi Sabah, kata Hj Hamzah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu!

Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)

Kerajaan Buruh tumbang di Australia

CANBERRA - Parti Buruh yang baru memerintah Australia sepenggal sejak 2007 lalu, semalam tewas tipis pada pilihan raya umum kebangsaan yang paling sengit dalam sejarah negara itu, namun lawannya, Perikatan Liberal gagal meraih majoriti mudah.



Sehingga pukul 11 malam tadi (waktu Malaysia), Buruh yang dipimpin Perdana Menteri, Julia Gillard sebagai wanita pertama mengetuai kerajaan sejak dua bulan lalu, hanya memenangi 70 kerusi manakala Liberal pimpinan Tony Abbott disahkan menerima 73 kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya Australia mengesahkan Liberal berjaya mendahului tiga kerusi di depan Buruh dan jika ia berterusan, Parlimen Australia buat kali pertama dalam masa 70 tahun, akan tergantung tanpa pemenang.

Dewan Rendah Parlimen ada 150 kerusi dan parti bertanding perlu memperoleh sekurang-kurangnya 76 kerusi bagi membentuk majoriti mudah. Buruh pada 2007 memiliki 83 kerusi berbanding Liberal cuma 65 kerusi.

Tinjauan umum menunjukkan Liberal mungkin membentuk kerajaan campuran dengan parti-parti kecil iaitu Nasional yang menang enam kerusi, Green (1) dan Bebas (4), seperti yang berlaku di Britain jika masih gagal meraih majoriti dua pertiga. - Agensi

LINE-UP BAKAL CALON PKR CABANG TENOM

KELMARIN Cabang PKR Tenom telah mengadakan mesyuarat pembentukan calon calon line-up untuk bertanding di Mesyuarat Pemilihan 2010 yang dijangka akan berlangsung pada 19 September 2010 di Hotel Perkasa, Tenom.

Mesyuarat pada hari ini juga telah menetapkan pencalonan untuk kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuk sayap AMK dan Wanita.

Barisan bakal calon-calon PKR Cabang Tenom adalah terdiri daripada 95% golongan anak-anak muda yang bakal memikul komitmen mereka yang tidak berbelah bahagi kepada pejuangan parti jika mereka berjaya dalam pemilihan yang akan datang kelak.

Dalam mesyuarat itu juga Gonsibin Yosundang selaku Pemangku Ketua Cabang PKR Tenom amat berpuashati dengan susun-atur calon-calon line-up yang di tetapkan adalah hasil perundingan dan persetujuan bersama oleh semua pihak yang hadir di mesyuarat kelmarin.

Setiap calon telah dipertimbangkan dan diperhalusi dengan sebaik mungkin serta mendapat persetujuan dari individu itu sendiri. Maka setelah melalui satu perbincangan yang panjang, maka PKR Cabang Tenom telah bersedia dengan barisan calon-calon line-up yang mantap dan berdinamik.

Gonsibin juga telah menyatakan pandangan dan hasratnya agar sekiranya barisan calon-calon line-up ini menang dalam Pemilihan 2010 kelak, kepentingan responsibiliti terhadap jawatan dan tugasan amatlah diutamakan. Jawatan yang disandang, sekiranya menang bukanlah satu batu loncatan untuk mencapai cita-cita yang negatif yang berasaskan kepentingan diri sendiri dan hanya akan bekerja apabila di minta dan bukannya datang dari kemahuan dan komitmen diri terhadap PKR itu sendiri.

Memegang jawatan dalam Cabang adalah merupakan suatu amanah suci yang diletakkan di bahu penyandangnya untuk melaksanakan tanggungjawab untuk merubah nasib hidup rakyat di daerah Tenom.

Maka kerana itulah sekiranya menang dalam Pemilihan 2010 kelak, beliau meminta janganlah disalah-gunakan amanah dan kepercayaan yang telah diberikan oleh keanggotaan PKR Cabang Tenom.

Halik Zaman yang turut hadir di mesyuarat itu turut memberikan pandangan beliau menyatakan, “jangan tanya apakah sumbangan PKR untuk anda sebaliknya tanyalah diri sendiri apakah sumbangan anda kepada PKR.”

Beliau juga berharap barisan line-up yang bakal dilahirkan pada Pemilihan 2010 kelak akan terbentuk satu barisan kepimpinan yang berwawasan dan mampu memberikan rakyat Tenom satu harapan baru untuk satu kehidupan yang lebih sempurna. ‘Lawan Tetap Lawan’ untuk merubah sebuah Kerajaan yang adil dan saksama.

Oleh : MISERY RAISIMIN (sabahkini)

Bapa rogol anak kena 60 tahun

KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

MUSA  (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar   Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan,  semalam.


Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa dilakukan pada Disember 2006 ketika mangsa berusia 16 tahun, di kawasan semak berdekatan Padang Golf Petra Jaya.

“Bagi kesalahan kedua, ketiga dan keempat yang berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.

“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.

Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.
Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.

Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

-BH