Wednesday, December 31, 2014

Cerita minyak lagi, RON95 naik atau turun?

Harga petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada RM1.90 hingga RM1.95 seliter mulai 1 Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

“Harap peniaga-peniaga akan turunkan harga barang!” tambah Ahmad (kanan) di Twitter sebentar tadi.

RON95 kini dijual pada RM2.26 seliter manakala diesel pula RM2.23 seliter.

Ahmad pada 19 Disember lalu berkata harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari jika harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Katanya, harga runcit itu boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 seliter.

Bakal tenteramkan pengkritik

Penurunan harga itu, jika menjadi kenyataan, dilihat bakal mendiamkan pembangkang dan kumpulan pengkritik yang menjalankan kempen intensif menuntut harga RON95 diturunkan kepada RM1.90 seliter.

Kumpulan itu, dikenali sebagai TURUN, pada mulanya bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara esok malam sempena ambang tahun baru bagi memberi tekanan kepada kerajaan.

Ia bagaimanapun ditangguhkan ekoran banjir besar yang melanda beberapa negeri, terutamanya di Kelantan.

Pembangkang, melalui Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada 20 Disember berkata, pengguna menanggung harga tinggi untuk RON95 sedangkan harga purata bagi 15 hari pertama (kiri) Disember tahun ini kurang daripada RM2 seliter.

Kerajaan kini mengguna pakai kaedah apungan terkawal bagi menentukan harga minyak.

-mk

Tuesday, December 30, 2014

QZ8501: Kawasan mencari diperluas hari ini

Misteri kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 masih belum terungkai dengan tiada sebarang petunjuk diperoleh pasukan pencari yang akan memperluaskan kawasan pencarian
hari ini.

Pengurus Besar Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Trikora Harjo berkata operasi mencari diketuai Indonesia bersama-sama Singapura dan Malaysia di timur Lautan Jawa termasuk berhampiran Pulau Belitung, dihentikan pada lewat Isnin malam.

"Sehingga kini, saya dimaklumkan, 24 kapal laut dan beberapa pesawat udara tentera milik tiga negara ini telah menyertai misi mencari ini," katanya kepada pemberita pada lewat malam tadi.

Beliau berkata sehingga kini, tiada sebarang maklumat atau petunjuk ditemui selain turut menafikan ada minyak, objek mahu pun Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT) diperoleh dan ditemui pasukan pencari.

Sementara itu, Presiden Direktur PT AirAsia Indonesia, Sunu Widiatmoko yang turut menghadiri sidang akhbar itu berkata kemudahan bagi waris pesawat itu di lapangan terbang akan ditambah untuk keselesaan mereka ketika menunggu perkembangan terkini.

"Ini termasuk televisyen dan kemudahan istirehat supaya keluarga korban (mangsa) lebih selesa di sini.

"Mereka juga bersetuju sebulat suara untuk terus menetap di hotel-hotel berdekatan lapangan terbang untuk kemudahan mereka," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pusat Krisis Terminal 2 lapangan terbang mendapati pelbagai emosi dapat dilihat daripada riak wajah anggota keluarga dan waris pesawat malang itu.

Seorang daripada mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Solo berkata keluarganya tidak mahu berpindah atau berjauhan dari lapangan terbang ini kerana seolah-olah berasa dekat dengan anggota keluarganya yang hilang itu.

Menurutnya, inilah lokasi terakhir mereka meluangkan masa bersama-sama sebelum anggota terbabit menaiki pesawat tersebut.

Pesawat Airbus 320-200 bersama 162 orang di dalamnya terdiri daripada 149 penumpang Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura (1), Malaysia (1), United Kingdom (1), dan kru Indonesia (6) serta Perancis (1), yang dijadual tiba pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dari Surabaya, terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan pada Ahad.

- Bernama

Monday, December 29, 2014

Nak Salahkan siapa semua musibah ini?

Dalam kesibukan rakyat Malaysia berhadapan pelbagai dugaan dalam menghadapi banjir besar dan kehilangan pesawat AirAsia, dalam pada para pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tohmahan, catatan seorang yang mengakui sebagai Pegawai TLDM menjadi viral di media sosial.

Daripada tulisannya, menggambar beliau sebelum ini bukanlah penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tidak diketahui parti mana yang disokong beliau. Sama ada benar atau tidak keterangan dirinya bukanlah persoalan, tetapi maksud yang ingin disampaikannya wajar diberi perhatian oleh khalayak.

Seperkara yang jelas, beliau mengakui bahawa penilaiannya terhadap Najib telah berubah apabila diberitahu oleh seorang sahabatnya di Bahagian Perisikan akan tujuan sebenar Perdana Menteri bermain golf dengan Presiden Amerika Barrack Obama di Hawaii.

Bahagian Perisikan? Sewajarnya apa yang diketahui menjadi rahsia, atau lebih tepat lagi, ianya dirahsiakan. Tapi bila difikirkan, mungkin juga ia “terbocor” memandangkan situasi ketika itu (Jumaat lalu) agak kecoh, saling meletakkan kesalahan pada Najib, maka ada kewajaran menceritakan yang benar.

Blog kulihatlangitbiru.com memetik nukilan individu berkenaan, Pegawai TLDM bernama Ariffin Embong yang menyatakan bahawa antara tujuan utama Najib bertemu Obama iadalah membincangkan kestabilan rantau ASEAN daripada menjadi pusat pengganas antarabangsa yang boleh menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia terutamanya ketika kejatuhan nilai ringgit sekarang.

Ujarnya, Najib sedang menjalinkan hubungan rapat dengan AS untuk mengimbangi kuasa besar China yang semakin mendominasi perdagangan dunia selain berunding mengurangkan penggunaan wang negara untuk mencari ke mana hilangnya MH370 dengan menggunakan kepakaran dan teknologi Pentagon.

“Cukuplah Malaysia diperalatkan oleh Melbourne dengan kepakaran dan peralatan dasar laut mereka yang menjadi bebanan perbelanjaan negara,” katanya.

Penulis yang menghargai kemampuan Najib yang disifatkannya sebagai “buat kejutan menyelesaikan isu MH17 secara bijaksana di Ukraine.”

Katanya lagi, adalah tidak indah jika asyik mengecam dan mencari silap Perdana Menteri kerana kerana tidak menunjukkan wajah ketika banjir tempoh hari memandangkan barisan pentadbiran negara telah diamanahkan oleh Najib sebelum meninggalkan negara perlu menunjukkan kepimpinan yang berwibawa menangani banjir besar ini.

Beliau juga berpendapat, tidak perlu menuding jari kepada Najib sedangkan banjir besar bukannya berpunca daripada penyelewangan pentadbiran UMNO, tetapi PAS yang mentadbir Kelantan di mana berlakunya pembuangan sistem tadahan semulajadi dan menerangkan hutan secara rakus untuk kepentingan negeri mahupun peribadi.

“Pendapat peribadi saya adalah tidak perlu PM dikecam kerana tiada dalam negara kerana bah besar di beberapa negeri. Negara kita belum darurat lagi,” tambahnya.

Hakikat nyata, menurut penulis, peralatan canggih Pentagon diperlukan untuk pertahanan negara, malah jika mahu menyelam di dasar laut membuat kalibrasi data perubahan arus bawah laut dan ukuran retakan gua laut pun menggunakan system tercanggih dari AS.

“Saya merasakan tidak wajar orang berserban, pak lebai mengecam Najib kerana berlainan parti kerana isu ini. DAP biarlah mereka tetap tidak senang dengan PM beragama Islam, hanya bermuka-muka memperbodohkan Melayu Islam.

“Mungkin saya akan mati besok tiba-tiba menyokong tindakan Najib ke Hawaii yang dirancang sebelum banjir lagi,” tambahnya.

Penulis juga mengingatkan, jika sesuatu itu benar hendaklah tetap diakui kebenarannya kerana itu adalah janji seorang yang beragama Islam dengan Allah SWT sebagai Muslim.

“Viralkan catatan ini untuk kefahaman mereka di luar sana. Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas catatan ini. Mungkin catatan terakhir dari anak laut jika kami mati besok sebagai wira laut,” ujarnya.

Beliau yang memohon kemafaan jika nukilannya melukakan hati pembaca mengingatkan supaya “Hidup kita biarlah memberi manfaat pada orang lain, mati kita juga untuk manfaat umat Muhammad SAW. Semoga kita bertemu di syurga.”

-FMT

Sesi persekolahan 2015 ditangguh seminggu

Sesi persekolahan 2015 yang sepatutnya bermula pada 4 Januari ini ditangguhkan selama seminggu di seluruh negeri ekoran banjir buruk, umum Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menteri pendidikan itu berkata, dengan penangguhan itu tarikh baharu sesi bermula persekolahan 2015 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari, manakala negeri lain akan bermula pada 12 Januari.

"Sebagai menteri pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat kesukaran yang bakal dihadapi semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru, ibu bapa dan murid sekiranya persekolahan bagi 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri lain," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sehingga semalam pihaknya mendapati 340 sekolah daripada tujuh negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, penangguhan dibuat selepas mengambil kira faktor sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan.

Katanya, faktor keadaan guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan juga perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan.

"Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong-royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna," katanya.

Di Kelantan, mangsa banjir meningkat pagi ini kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi, menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan.

Begitu juga di Pahang yang mencatatkan peningkatan 33,225 mangsa berbanding 31,95 malam tadi, serta Perak 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi.

Manakala jumlah mangsa banjir turun di Terengganu dan Johor, masing-masing mencatatkan jumlah 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi serta Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Kelantan pada semalam sebagai cuti peristiwa berikutan banjir besar di negeri itu.

Jumlah mangsa banjir di 6 negeri terjejas, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan Selangor pagi ini adalah 225,731 orang. – TMI

Mangsa banjir cecah 225,731 orang

Jumlah mangsa banjir di enam negeri terjejas, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor dan Selangor pagi ini adalah 225,731 orang

Di Kelantan, mangsa banjir meningkat di Kelantan pagi ini kepada 151,072 orang berbanding 134,139 malam tadi.

Mangsa banjir di Pahang dan Perak turut meningkat pagi ini.

Pahang mencatatkan seramai 33,225 berbanding 31,095 malam tadi, Perak pula 7,813 orang berbanding 7,539 malam tadi, lapor Bernama.

Manakala jumlah mangsa banjir turun di Terengganu dan Johor pagi ini.

Terengganu catat 33,292 orang berbanding 36,210 malam tadi, Johor 328 orang berbanding 332 malam tadi.

Manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Terengganu pagi ini untuk meninjau keadaan banjir di negeri itu. -mk

Ahli perniagaan S'wak naiki QZ8501

Penumpang tunggal dari Malaysia dalam penerbangan AirAsia QZ8501 telah dikenal pasti sebagai Sii Chung Huei.

Menurut New Straits Times, Sii adalah seorang ahli perniagaan yang berpusat di Jakarta yang berasal dari Kuching.

Akhbar itu memetik saudara maranya mengesahkan mereka telah dimaklumkan oleh AirAsia mengenai Sii berada dalam penerbangan yang hilang itu.

Operasi mencari dan menyelamat masih belum memberikan apa-apa kemas kini mengenai kemajuan usaha mereka atau kesimpulan mereka mengenai nasib pesawat itu.

Pesawat ke Langkawi patah balik

Dalam satu insiden yang tidak berkaitan, Berita Harian melaporkan satu lagi penerbangan AirAsia AK6242 dari Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik kerana masalah teknikal.

Pesawat itu dilapor berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang.

Penumpang, Subash Elangovan dipetik sebagai berkata, juruterbang memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat itu mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan. -mk

Wednesday, December 24, 2014

PAS Berpecah Pula Isu HUDUD?

Perpecahan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) kini semakin melebar dengan isu hudud selepas perbezaan pendapat yang sangat ketara dalam isu pertukaran menteri besar Selangor sebelum ini.

Kenyataan Timbalan Mursyidul Am Datuk Dr Haron Din yang tahaluf siasi (kerjasama politik) antara PAS dengan DAP sudah 'koyak' apabila parti itu terus mempertikaikan hudud mendapat sokongan daripada menteri besar Kelantan yang juga pemangku ketua Dewan Ulama PAS.

Datuk Ahmad Yakub berkata, PAS bersedia menilai semula tahaluf siyasi yang dibuat antara parti komponen PR berikutan tindakan DAP yang berterusan mempertikaikan pelaksanaan hudud di Kelantan.

“Apa-apa perjanjian atau kerjasama boleh dinilai semula apabila menampakkan sesuatu tindakan yang mampu mencetuskan ketegangan.

“Penilaian semula ini supaya kita boleh melihat di mana titik tolak tahaluf siyasi itu dalam konteks yang sebenar,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik), semalam, lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, dalam Multaqa Ulama yang dianjurkan Dewan Ulama PAS di Alor Setar, cadangan mengkaji semula tahaluf siasi diluluskan dalam bentuk resolusi perhimpunan itu.

Namun ia mendapat tentangan sebahagian pimpinan PAS yang yakin kerjasama politik ini menguntungkan PAS.

Kini, perbezaan politik yang ketara sedang melanda PAS menyebabkan kepimpinannya dengan jelas berpecah kepada dua kumpulan, pro PR dan satu lagi mahu berpisah atau menjauhkan diri.

Pandangan Haron berkenaan tahaluf siasi yang koyak bukan datang begitu saja. Sebelum beliau, AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan berkata, tahaluf siyasi sudah memasuki fasa 'haram'.

Kedua-dua kenyataan ini disiarkan di muka depan media yang memusuhi PAS dan mahukan parti Islam itu berpecah iaitu Utusan Malaysia.

Kini pandangan mereka berdua disambut positif menteri besar Kelantan, individu yang dikira agak sederhana sebelum ini.

Dalam masa yang sama, beberapa pemimpin PAS berkata PAS pusat tidak dibawa berbincang dalam isu pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah yang akan dibuat melalui sidang khas Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 29 Disember ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad mengesahkan perkara tersebut tidak dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat terakhir pada 15 Disember baru-baru ini.

"Isu itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat terakhir.

"Kami hanya debat tentang rang yang sepatutnya dibawa ke Parlimen atau tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Mesyuarat terakhir PAS Pusat adalah pada 15 Disember sedangkan menteri besar Kelantan membuat pengumuman sidang khas itu pada 14 Disember iaitu sehari sebelum mesyuarat.

Seramai 23 daripada 38 ahli Jawatankuasa PAS Pusat jelas memihak kepada kerjasama dengan PR. Mereka ini dicop sebagai 'jebon' oleh pihak yang pro ulama dalam PAS.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata mereka tidak pernah bersetuju membawa Rang Undang-undang Persendirian Kelantan berkaitan hudud ke Parlimen.

Sedangkan Ahmad berkata, persidangan itu diadakan bagi mengkemaskini enakmen sedia ada sebelum dibawa untuk mendapat kelulusan di persidangan Parlimen.

“Pindaan itu untuk melayakkan Kelantan membawa usul persendirian ke Parlimen bagi membolehkan ia dijalankan di negeri ini.

“Private bill itu akan meminda Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan bagi mendapat kebenaran Parlimen untuk melaksanakan undang-undang tersebut di Kelantan," lapor laman web PAS.org.

Inilah suasana yang berlaku dalam PAS sekarang, kucar-kacir. Bukan sahaja antara PAS dengan PR tetapi juga dalam PAS sendiri.

Bagi seorang pemimpin kanan PAS yang selama ini selalu berusaha menjadi kuasa pendamai antara kumpulan yang berbeza ini, ia sudah membosankan.

"Biarlah, dah mereka nak pecah," kata beliau kepada The Malaysian Insider, jawapan yang membayangkan sudah hilangnya harapan untuk membentulkan apa yang tidak betul itu.

Apakah pemilihan pucuk kepimpinan PAS yang dijangka pada Jun tahun depan bakal memulihkan PAS atau masing-masing mengambil jalan sendiri selepas itu?

"Semua kini preparing for war," kata pemimpin PAS berkenaan yang bermaksud semua sedang bersedia untuk “berperang”, enam bulan dari sekarang.

Faktor penyatu sangat diperlukan oleh PAS dan perlu dicari segera sebelum nasi menjadi bubur dan tidak boleh diubat lagi. –TMI

Desak Najib berundur, Syed Rosli dakwa dapat sokongan?

Syed Rosli sebaliknya berkata, pengkhianat sebenar adalah pemimpin tertinggi parti yang menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng tanggungjawab mereka.

"Pelbagai gelaran diberi kepada saya, ‘musang berbulu ayam’, ‘gunting dalam lipatan’, ‘musuh dalam selimut’ dan sehingga mengelarkan saya pengkhianat.

"Mereka berjawatan tinggi di dalam parti dan kerajaanlah sebenarnya pengkhianat jika mereka amalkan korupsi, tidak jujur dan amanah. Siapalah saya nak khianati parti dan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sebaliknya mempertahankan tegurannya itu dibuat kerana sayangkan parti dan nasib agama, bangsa dan negara khususnya.

Katanya, ramai akar umbi Umno yang menyokong tindakannya mendesak Najib meletakkan jawatan, cuma mereka belum berani tampil ke hadapan menyatakan perkara sama.

"Sebenarnya ramai lagi yang menyokong. Saya tidak berseorangan dan saya yakin ramai bersependapat dengan saya .

"Saya juga banyak menerima panggilan telefon dan pesanan daripada pelbagai lapisan ahli Umno dan rakyat yang menyokong tetapi mereka takut hendak ke depan untuk menyatakan perkara yang sama," katanya.

Beliau juga menyeru ahli Umno supaya berdoa setiap kali selepas sembahyang agar negara dapat dilindungi daripada pemimpin Umno yang korup dan tidak amanah.

"Ayuh kita selamatkan nasib bangsa, agama dan negara. Lakukanlah semampu boleh dengan pelbagai cara pun selagi tidak melanggar peruntukan undang-undang negara," katanya.

Syed Rosli minggu lalu dalam surat terbukanya kepada Najib mendesak presiden Umno itu berundur secara terhormat sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) demi memberi nafas baru kepada parti.

Katanya, Umno ketika ini semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan kaum Cina dan India.

Surat itu dibuat selepas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap syarikat pelaburan negara 1MDB yang dikatakan mempunyai hutang sehingga RM40 bilion.

Syed Rosli semasa Pemilihan Umno 2013 bertanding merebut jawatan ketua Pemuda Umno menentang penyandang Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali. –tmi

ISMA macam Taliban, kata Pemuda MIC

MIC mendakwa NGO Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sama seperti kumpulan pengganas Taliban ekoran kenyataan bahawa orang Islam tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Natal kepada orang Kristian.

Ketua sayap pemudanya C Sivarraajh mengutuk ISMA sebagai mengamalkan "ketaksuban melampau" yang sama dengan cara Taliban yang prejudis.

"ISMA mengajar toleransi ala-Taliban dan ketaksuban. Mereka adalah racun kepada mana-mana masyarakat yang sederhana dan tidak boleh dibiarkan.

"Ketaksuban jenis ini tiada tempat di negara Malaysia yang mengamalkan kesederhanaan ini," kata Sivarrajh dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ISMA telah "dibutakan oleh kebencian" terhadap orang bukan Islam dan berniat untuk mewujudkan permusuhan di kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda MIC itu yakin bahawa sikap ISMA itu bukan mewakili "sebahagian besar umat Islam di Malaysia".

Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan turut menyelar pendirian ISMA berhubung ucapan Krismas itu.

Anggota parlimen Umno untuk Kota Belud itu juga menyifatkan ISMA "bukan pilihannya". -mk

Monday, December 22, 2014

Salam Al-Qaradawi buat rakyat Malaysia

Sarjana terkemuka Islam Dr Yusuf Al-Qaradawi menzahirkan perasaan terharu terhadap keprihatinan antarabangsa, termasuk Malaysia, yang menyatakan bantahan terhadap notis merah Polis Antarabangsa (Interpol) terhadapnya.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghubungi presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa itu malam tadi.

“Alhamdulillah, Sheikh Yusuf tetap bersemangat dan sekelumit pun tidak tergugat dengan gangguan ini,” kata Anwar.

Dalam kenyataannya tengah malam tadi, Anwar (kiri) juga merakamkan dukacitanya terhadap kezaliman Jeneral Abdel Fattah al-Sisi di Mesir yang mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang ulama muktabar.

“Justeru saya menggesa Interpol menarik balik notis merah yang telah dikeluarkan ke atas Sheikh Yusuf kerana jelas sekali tindakan tersebut tidak berasas dan hanya memperlihatkan Interpol diperalat oleh diktator yang zalim,” kata Anwar.

Interpol mengeluarkan waran tangkap terhadap Yusuf selepas dikaitkan dengan kegiatan kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diharamkan Mesir.

Malaysia patut gasak Interpol

Menurut laman webnya, notis merah terhadap Yusuf, 88, dikeluarkan selepas dikehendaki pihak berkuasa kehakiman Mesir untuk pendakwaan dan pensabitan hukuman.

Warganegara Mesir dan Qatar itu antaranya dituduh menghasut dan membantu pembunuhan antarabangsa, membantu banduan melepaskan diri daripada penjara, serta aktiviti vendalisme dan kecurian.

Langkah itu dilihat bakal mencetuskan perasaan tidak puas hati besar-besaran di hampir kesemua dunia Islam.

Sementara itu, mewakili Pakatan Rakyat, Anwar menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Malaysia mengambil pendirian serta ketetapan tegas membantah tindakan itu.

Lebih-lebih lagi, katanya, Yusuf pernah dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa pada 2009 serta dianugerahi ijazah kehormat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada 1996.

“Sumbangan beliau dalam dunia Islam tiada taranya, maka sewajarnya Malaysia selaku model negara Islam mendepani inisiatif mengasak Interpol agar bersikap profesional ke atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ketimbang menjadi alat sang penguasa desperado,” katanya.

Saturday, December 13, 2014

Pemimpin Umno lapor polis ke atas 1MDB

Seorang pemimpin bahagian Umno membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), firma pelaburan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dari Umno bahagian Batu Kawan membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang ini.

Bercakap kepada pemberita, Khairuddin berkata beliau berasa curiga dan ragu-ragu dengan pengurusan kewangan 1MDB yang didakwanya tidak telus.

1MDB menerima kritikan pelbagai pihak, termasuk Pakatan Rakyat, yang menyifatkan 1MDB sebagai "ibu segala skandal" dan juga bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengkritik keras badan pengurusan dana tersebut.

Laporan itu dibuat ke atas 1MDB dan lembaga pengarahnya.

Khairuddin juga memberi amaran bahawa beliau akan membuat laporan ke atas Najib sebagai menteri kewangan sekiranya tiada tindakan susulan diambil ke atas laporannya.

Sementara itu, dalam emel kepada Malaysiakini kemudian, 1MDB berkata ia yakin laporan polis itu tidak mempunyai asas perundangan.

Menurut emel itu lagi, pihaknya mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadap urusannya dan sebagai peluang untuk menangkis dakwaan jahat. -mk

Utusan disaman oleh MB Pahang

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman sivil RM15 juta ke atas akhbar Utusan Malaysia yang dimiliki partinya.

Saman itu difailkan atas satu tulisan lidah pengarang akhbar tersebut, Awang Selamat, bertajuk 'Hebat sangatkah Adnan?’

Adnan menamakan Utusan Melayu (M) Bhd sebagai defendan tunggal dan writ tersebut difailkan pada 5 Disember oleh firma Americk Sidhu di pejabat pendaftar sivil Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu ini dan dikemukakan kepada Utusan semalam.

Tulisan itu mendakwa Adnan sudah melebihi tempoh sebagai menteri besar.

Adnan yang merupakan anggota majlis tertinggi Umno menjadi MB Pahang selama 15 tahun, sejak 1999, yang menjadikannya seorang pemimpin Umno yang paling lama berkhidmat sebagai MB.

Utusan melancarkan serangan itu ke atas Adnan susulan kenyataan menteri besar tersebut berhubung tragedi banjir lumpur di Cameron Highlands pada bulan lalu.

MB Pahang itu berkata, tulisan Awang tersebut menyebabkan timbul tohmahan, cemuhan dan kebencian ke atasnya daripada orang awam.

Adnan mendakwa tulisan itu antara lainnya membawa maksud bahawa beliau tiada integriti, gagal melaksanakan tugas. -mk

Saturday, December 6, 2014

Tun Dr Mahathir kecewa dengan sikap Najib?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana penggantinya Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab kritikannya mengenai firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya, Najib tidak menjawab persoalan mengenai pelaburan 1MDB di bank luar pesisir Cayman Islands, yang disifatkannya sebagai satu “perjudian”.

Mahathir yang mengetuai pentadbiran negara selama 22 tahun itu berkata kerajaan sebelum ini akan menolak tawaran pelaburan berisiko tinggi seperti itu, walau dengan jaminan pulangan tinggi.

“Dahulu pun kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam dana lindung nilai (hedge fund) dengan jaminan pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.

“Harus diingat satu dari hedge fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis.

“Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan AS,” katanya lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tulisan itu menyimpulkan pemerhatiannya ke atas perjalanan perhimpunan agung Umno yang bersidang minggu lalu.

Mahathir turut membangkitkan bahawa Najib dalam ucapan di perhimpunan itu tidak menyentuh isu sistem pelajaran yang memisahkan golongan miskin dan kaya.

Beliau memberi nasihat bahawa kerajaan tidak boleh mengambil langkah popular dengan mempermudahkan kelulusan peperiksaan.

Selain itu, beliau turut menyatakan rasa kecewa kerana kerajaan masih tidak berganjak dengan pendirian mengenai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

"Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera.

"Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman negara," katanya.-mk



Isu IC palsu di Sabah terus jadi persoalan?

Kartel penghasilan kad pengenalan palsu secara tersusun atau berstruktur tidak lagi wujud di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kegiatan kartel yang mungkin wujud dahulu itu, dapat dibanteras hasil tindakan proaktif dan naziran ketat yang dilaksana kementerian dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Bagaimanapun, katanya, orang ramai diminta memaklumkan kepada kementerian sekiranya mempunyai maklumat kegiatan kartel sedemikian masih wujud serta individu yang menjalankan kegiatan tersebut.

"Jika masih ada individu yang terlibat, kami mahu orang ramai memaklumkan kepada kementerian atau JPN untuk tindakan pemantauan dan perundangan dapat segera dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi
peringkat kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) berhubung 'projek IC' yang dibentang Rabu lepas.

Laporan RCI itu mendapati pengeluaran kad pengenalan (IC) biru secara haram kepada pendatang asing di Sabah adalah didorong faktor kewangan.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika membentangkan laporan RCI itu berkata tidak ada dalam hasil siasatan suruhanjaya itu menunjukkan pengeluaran IC kepada pendatang asing dibuat atas kepentingan politik, khususnya
atas nama 'Projek IC'.

Ahmad Zahid dalam pada itu berkata susulan laporan RCI itu, kementeriannya akan mengambil tindakan dengan melakukan naziran terhadap jabatan yang terlibat dengan RCI iaitu JPN dan Jabatan Imigresen khususnya di Sabah, supaya permasalahan dalaman yang dahulunya berlaku, tidak berulang.

Selain itu, katanya pemegang kad pengenalan hijau akan dinilai berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi menentukan kedudukan mereka berdasarkan kepada syor yang akan diteliti jawatankuasa tetap RCI yang dipengerusikan oleh beliau bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

RCI dalam laporannya turut mengesyorkan sebuah jawatankuasa tetap mengenai PATI ditubuhkan yang akan melaporkan kepada jemaah menteri Kabinet yang dipengerusikan perdana menteri.

Pada masa sama, sebuah jawatankuasa kerja dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan juga akan ditubuhkan.

RCI ditubuhkan pada 11 Ogos 2012 antara lain diberi kuasa menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang telah diberi kad pengenalan atau kewarganegaraan.

Mengulas mengenai usaha penambahbaikan yang dilaksanakan JPN, Ahmad Zahid berkata JPN tidak lagi mengeluarkan sijil kelahiran kepada kanak-kanak yang tiada kerakyatan, khususnya di Sabah.

Sebaliknya, menurut beliau, JPN hanya memberi dokumen rekod kelahiran dengan menggunakan warna sijil yang berbeza.

"Ciri-ciri keselamatan MyKad juga ditingkatkan. JPN juga menjalankan pemantauan serta siasatan yang dibuat oleh pegawai penguatkuasaan berpakaian biasa bukan pakaian seragam," katanya.

-Bernama

Friday, December 5, 2014

RCI: Betulkah tiada motif politik

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mendapati pegawai polis yang ditugaskan untuk menyiasat pengeluaran kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tidak menyiasat sekiranya wujud motif lain daripada kewangan.

Menurut laporan itu, pegawai polis berkenaan, Ibrahim Zakaria, Badaruddin Ismail dan Ahmad Fauzan Mohd berpuas hati selepas membongkar motif kewangan untuk operasi digelar 'Projek IC' itu.

"Mereka menganggap, memadai jika dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara dan boleh tertakluk kepada penahanan mengikut ISA,” laporan itu dipetik.

Ia turut menggariskan bahawa pegawai polis terbabit tidak menyiasat sekiranya terdapat motif lain.

Suruhanjaya itu juga mendapat Projek IC “mungkin” wujud.

Ibrahim dilantik untuk menyiasat pengarah Jabatan Pendaftaran Negara pada masa itu, Datuk Abdul Rauf Sani, manakala Badaruddin menyoal siasatan pengganti Rauf, Ramli Kamarudin.

Ahmad Fauzan pula ditugaskan untuk menilai laporan risikan daripada soal siasat terbabit.

Menurut laporan RCI, ketiga-tiganya memberi keterangan kepada suruhanjaya itu bahawa kegiatan haram terbabit didapati hanya untuk tujuan kewangan.?

Polis bantuan, pemandu teksi bergasak

Satu rakaman video didakwa menunjukkan dua anggota polis bantuan bertumbuk dengan seorang pemandu teksi di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Johor Bahru mendapat perhatian meluas di Facebook.

Rakaman sepanjang lebih satu minit itu menunjukkan dua anggota tersebut memukul dan menendang pemandu teksi terbabit, yang bertindak melawan.

Video yang dimuatkan petang ini di beberapa laman Facebook popular seperti 'Sukan Star TV' dan 'What's Going On in Johor Baru' turut menunjukkan seorang anggota polis trafik muncul untuk meleraikan pergaduhan itu.

Seorang sumber yang dekat dengan individu dalam video berkenaan memberitahu Malaysiakini bahawa pemandu teksi tersebut pada awalnya meletakkan kenderaan di satu kawasan larangan.

“Polis bantuan itu beritahu pemandu teksi itu secara baik untuk memindahkannya ke kawasan lain, tapi pemandu teksi itu marah-marah.

“Dia kemudian mencabar anggota polis itu untuk membuka baju seragam dan memukul serta menendang (anggota polis bantuan),” kata sumber terbabit yang enggan dinamakan.

Katanya, kejadian tersebut berlaku pada hari Selasa lalu.

Sementara itu, ketua polis daerah Johor Bahru Selatan, Sulaiman Salleh berkata anggota terbabit sudah membuat laporan polis.

"Kejadian itu berlaku pada jam 8.45 pagi pada 2 Disember. Pemandu teksi 38 tahun itu ditahan pada hari sama dan direman selama dua hari," katanya.

Pemandu teksi itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan menghalan tugas rasmi penjawat awam dan Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan. -mk

Wednesday, December 3, 2014

Minta Habuan Seks Untuk Lulus Rumah PPRT

Seorang Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan meminta dan cuba memperoleh layanan seks sebagai dorongan untuk membantu meluluskan permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di negeri ini.

Bagi pertuduhan pertama, Heris Saad, 56, didakwa secara rasuah meminta suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk mempercepatkan proses permohonan rumah PPRT di Kentucky Fried Chicken, Jalan Limbong Kapal di sini pada 10 Nov lalu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Heris juga dituduh cuba memperoleh suapan berbentuk layanan seks daripada seorang ibu tunggal sebagai dorongan untuk tujuan sama pada 13 Nov lalu di Hotel Royale Jalan Putra di sini kira-kira pukul 2.45 petang.

Bagi pertuduhan pertama dia didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh, yang diwakili peguam Amir Faliq Mohd Jamil, mengangguk faham ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Hakim Azhar Mokhtar menetapkan 30 Dis ini untuk sebutan semula kes dan penyediaan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Syahrul Khuzaimi Amiruddin.

ADUN PAS, Umno tolak tuntutan timb speaker 2

ADUN PAS dan Umno menolak tuntutan yang dikemukakan oleh DAP untuk mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua bagi DUN Selangor.

ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata tiada keperluan melantik seorang lagi timbalan speaker kerana jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS, sudah memadai.

"Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tak perlu.

"Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas sesi sidang DUN bagi sesi pagi tamat.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Shamsudin Lias pula berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Beliau yang juga ADUN Sungai Burong turut mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan itu memandangkan terdapat ahli DAP - Hannah Yeoh - yang telah menjadi speaker sekaligus membazir wang rakyat.

"Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

"Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat," katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Tony berkata, pihaknya menuntut jawatan itu berdasarkan kesetiaan DAP kepada Pakatan Rakyat semasa krisis menteri besar berlaku.

Sementara itu Exco Pendidikan Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

ADUN Seri Setia itu juga berkata buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

"Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

"Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah," kata ketua AMK PKR.

-mk

Tuesday, December 2, 2014

Laporan RCI 'Projek IC' pada Rabu

Laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah yang dinanti-nantikan akhirnya dilapor akan dikeluarkan di Kota Kinabalu pada Rabu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa (kiri) berkata laporan itu akan diumumkan dalam sebuah acara bersama media di Kompleks Tabung Haji di negeri itu, lapor The Star.

Perdana menteri sebelum ini mengumumkan bahawa laporan itu akan diumumkan pada awal Disember, walaupun terdapat desakan supaya ia dikeluarkan semasa sidang parlimen baru-baru ini.

Maklumat berhubung pengeluaran laporan itu didedahkan oleh pemberitahuan Kementerian Penerangan pada Isnin, menurut laporan itu.

Cadangan oleh laporan itu akan dikaji oleh panel diketuai oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Joseph Tan Sri Pairin Kitingan. -mk

Monday, December 1, 2014

Blogger Umno bangang, serang kita balik, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.

Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam perkembangan lain, Najib mengumumkan Indeks Syariah Malaysia yang digerakkan Universiti Islam Antarabangsa dan Jakim akan dibentangkan pada Februari selepas mendapat pandangan pakar Islam.

Katanya, apabila Indeks Syariah itu diperkenalkan kelak, ia boleh dipanjangkan ke negara Islam lain supaya tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal negara di bawah Umno benar-benar menegakkan Islam.

“Bagaimana kita nak cari satu penilaian yang boleh menggambarkan hala tuju yang dibawa Umno dari dulu hingga sekarang berpandukan kepada tuntutan Islam sebenar?

“Maka lahirlah cadangan kita buat Indeks Syariah yang akan buat penilaian negara di bawah Umno ini menjaga agama, akal, keturunan, nyawa dan harta (iaitu) lima tuntutan maqasid syariah,” katanya. –TMI

Kenapa komponen BN masih setia pada Umno?'

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar parti komponen BN kerana masih setia dengan Umno, yang menurutnya hanya menunjukkan “penghinaan” ke atas kaum minoriti dalam perhimpunan agung parti itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP turut membangkitkan mengenai kenyataan ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mendakwa kejayaan masyarakat Cina di negeri itu berpunca daripada kegiatan haram.

"Jelas bahawa Umno tidak mahu lagi mendapatkan undi masyarakat Cina dan kini mahu melayan mereka dengan cemuhan, penipuan dan penghinaan.

"MCA, Gerakan dan MIC menunjukkan bahawa mereka tiada kehormatan dan harga diri kerana masih mahu menyokong parti yang rasis dan melampau yang membuli dan mengancam rakyat kebanyakan.

"Semua orang di Pulau Pinang boleh berjaya, sama ada Cina, Melayu atau India, jika mereka jujur dan bekerja keras.

"(Perbuatan) tuduh orang Cina yang berjaya sebagai individu yang terlibat dengan kegiatan haram adalah penghinaan dan cemuhan kepada mereka yang bersih, jujur dan rajin,” kata Lim dalam kenyataannya.

Tambahnya, Zaidi perlu tahu bahawa masalah jenayah berada bawah bidang kuasa polis dan bukannya kerajaan negeri.

Beliau juga menyeru agar laporan polis dibnuat ke atas pemimpin Umno itu kerana membuat “fitnah jenayah dan penipuan bersifat menghasut dengan niat jahat untuk membangkitkan kebencian kaum”. -mk

Friday, November 28, 2014

Dalam UMNO ada perjuangan 'punch card'?

Perwakilan Alor Gajah Mustafa Musa menghangatkan perbahasan Persidangan Agung Umno dengan mengkritik sikap anggota parti itu yang hanya hadir menunjukkan muka dalam program parti.

“Perjuangan menunjukkan diri kepada pemimpin untuk dinobatkan kepada adalah perjuangan yang bacul dan palsu,”katanya.

Golongan itu, katanya, hanya datang untuk “punch card” dan pulang tanpa sebarang pengisian.

“Benar bila presiden datang, timbalan presiden datang, naib presiden dan naib menteri datang, dewan kita penuh. Istilah (itu) punch card. Bila menteri balik semua pun hilang, betul?

“Yang tinggal cuma payung dan karipap. Yang goreng-goreng itu yang ditinggalkan, perjuangan apa ini?" katanya.

'Gambar pemimpin kita dipijak'

Sebelum itu, Mustafa membangkitkan keadaan Umno sekarang ini yang menurutnya semakin tenat dan perlu berubah.

“Saya dapati bahawa Umno semakin tenat adakah tuan-tuan bersetuju? Umno semakin tenat dalam erti kata jika kita tidak berubah maka tidak mustahil kita diubah,” katanya.

Tanpa menyentuh langsung insiden tertentu, beliau turut menyatakan kesedihannya terhadap insiden yang menyaksikan pemimpin Umno direndahkan.

“Pembangkang yang nyata-nyata memijak gambar pemimpin kita. Hiba hati saya lihat wajah pemimpin dikoyakkan.

"Hiba hati saya (apabila) Melayu dipermainkan. Hiba hati saya Islam dipersenda,” katanya.

Tuesday, November 25, 2014

Benarkah Sabah masih tidak selamat?

Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi.

“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi atas talian.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.

Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.

“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

-mk

Saturday, November 22, 2014

SPRM akan siasat ahli politik BN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan seorang hartawan China yang mendakwa pernah membayar sejumlah wang kepada ahli-ahli politik untuk operasi perlombongannya.

Kenyataan SPRM hari ini menyatakan, Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang pernah membayar kira-kira AS$100,000 kepada ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mereka mendapatkan gelaran Datuk, sekali gus memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu. SPRM akan bertemu dengan Li Yang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, menegaskan SPRM yang mengambil pelbagai pendekatan untuk membanteras rasuah tidak akan bertolak ansur dengan apa jua bentuk rasuah termasuk perbuatan meminta dan memberi rasuah.

“Dakwaan dibuat oleh Li Yang juga boleh merosakkan nama dan imej pihak istana di mana kemungkinan ada pihak tengah yang cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan,” ujarnya.

Beliau berkata, SPRM akan bertindak tegas jika benar wujud perbuatan meminta wang sogokan atau rasuah daripada ahli-ahli perniagaan bagi memudahkan operasi perniagaan. Ini terbukti dengan kes-kes yang pernah di bawah ke mahkamah sebelumnya.

Pada tahun lalu, seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan denda RM50,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta suapan RM5,000 sebagai dorongan membantu seorang individu memperoleh Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tegas beliau, SPRM juga ingin menegaskan bahawa jenayah rasuah hanya boleh diperangi habis-habisan sekiranya semua pihak memberi kerjasama dengan memberi maklumat dan bukti mencukupi.

-fmt

Masalah bekalan ikan di Sabah berkurang

KOTA KINABALU: Bekalan ikan di sekitar Kota Kinabalu dijangka terjejas berikutan tindakan para pemilik bot nelayan menghentikan operasi.

Persatuan Pemilik Bot Penangkap Ikan Kota Kinabalu (KKFBOA) menjelaskan, tindakan menghentikan operasi berikutan tekanan yuran yang tinggi dan mengelak kerugian yang lebih besar.

Pengerusinya, Simon Hung berkata, keputusan menghentikan operasi itu dibuat baru-baru ini dalam mesyuarat tergempar dan menggesa kerajaan campur tangan.

Beliau mendakwa, para pemilik terpaksa membayar yuran kira-kira RM1,800 sebulan selepas Pemasaran Perikanan Sabah (Safma) melantik sebuah syarikat persendirian untuk mengutip pelbagai yuran.

Tambahnya, selain pelbagai caj yang dikenakan, pengusaha dan pemilik bot juga berdepan dengan peningkatan harga diesel daripada RM1 kepada RM1.25 kemudian bertambah RM1.45 dan sekarang RM1.65 seliter dalam tempoh dua tahun.

“Harga diesel meningkat sehingga 65 peratus sejak dua tahun yang lalu dan ini merangkumi 60 peratus kos operasi kami. Selepas mengambil kira kos terbabit, ahli-ahli persatuan memutuskan untuk menghentikan operasi bagi mengelak kerugian,” katanya dalam suatu kenyataan.

Sehubungan itu, Hung menjangkakan bahawa bekalan ikan pada bulan-bulan akan datang akan berkurangan dengan Disember merupakan musim rendah bagi kegiatan menangkap ikan.

Beliau juga menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta pihak berkuasa SAFMA Sdn Bhd untuk meneliti masalah ini termasuk mengenakan bayaran yang sama dikenakan terhadap jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Kami menggunakan jeti itu selama 30 tahun dan ianya satu-satunya jeti yang ada di Kota Kinabalu. Kami sebenarnya tidak menentang pembayaran itu tetapi hanya jika kadarnya sama seperti yang dikenakan ke atas LKIM,” katanya menambah caj yang dikenaan juga sentiasa turun naik tanpa rundingan terlebih dahulu dibuat dengan pengusaha bot.

-fmt

Pendedahan pembantu dibayar RM2.6 juta cuma sandiwara Pakatan

Pendedahan mengenai pembayaran pampasan atau "golden handshake" bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar Selangor hanyalah sandiwara Pakatan Rakyat (PR) semata-mata kata Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor itu berkata, pendedahan yang dibuat Mohamed Azmin Ali itu bukanlah perkara baru kerana ia juga dilakukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa baru menjadi menteri besar Selangor.

Katanya Khalid ketika di awal pentadbirannya juga melakukan perkara sama dengan menuduh Barisan Nasional (BN) tidak telus terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Kerana menteri besar nak tunjuk dia ikhlas, nak tunjuk dia telus macamana Khalid Ibrahim buat dulu akhirnya ini semua wayang.

"Semua berlakon bila ada kuasa semua lupa, hari ini apa menteri besar buat. Saya tengok dia hanya banyak meneruskan apa yang dirancang Khalid dulu," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sunathon di Tangjung Karang hari ini.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

Ia turut diakui Azmin sendiri apabila tidak menolak berlakunya salah guna kuasa MBI mengenai nilai pampasan tersebut.

Khalid dalam reaksinya menjelaskan semua 8 bekas pembantunya itu layak mendapat habuan tersebut sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka.

Sementara itu, Noh ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kegagalan BN menawan Selangor adalah kerana ketiadaan ikon untuk menarik sokongan pengundi berkata PR juga tidak mempunyai ikon dalam parti mereka.

"Pembangkang ada ikon? Pendedahan bayaran pampasan yang dilaporkan bukan kita yang dedahkan, ia daripada pihak mereka sendiri.

"Khalid dulu kononnya ikon seorang pemimpin yang sangat telus tetapi hari ini apa jadi, saya percaya lebih banyak lagi penyelewengan Khalid akan didedahkan Azmin," katanya.

Noh berkata, sebagai parti yang berdaya saing kepimpinan negeri itu tidak menolak cadangan untuk menwujudkan ikon yang boleh diangkat dalam Umno.

"Sebab itu kita sentiasa terbuka mencari muka-muka baru dalam parti kita banyak menyasarkan program bersama anak muda dengan harapan agar mereka ini boleh menjadi ikon Umno Selangor kelak," katanya. –TMI

Wednesday, November 19, 2014

Harga petrol RON97 turun 20 seliter

Harga petrol RON97 akan turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam ini.

Ia turun 20 sen daripada RM2.75 seliter sekarang.

Ia telah disahkan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

Pada harga RM2.55 seliter, harga petrol RON97 hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang disubsidi kerajaan.

Kerajaan memberi subsidi 13 seb seliter bagi petrol RON95. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu di laman Twitternya.

"RON97 turun 20 sen seliter daripada RM2.75 kepada RM2.55 mulai tengah malam ini, 19 Nov," katanya.

Beliau turut menyertakan paparan salinan surat daripada Kementerian Kewangan kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu dalam laman Twitternya.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran. -mk

Tuesday, November 18, 2014

Caj arak dalam tiket, MAS tipu penumpang Islam?

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) mendakwa syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menipu penumpang Islam apabila mengenakan caj arak dalam tiket mereka.

Kenyataan itu susulan pendedahan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi baru-baru ini mengatakan harga tiket yang dibeli penumpang merangkumi semua kemudahan dalam pesawat termasuk makanan dan minuman.

"Memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam," kata presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid yang dipetik dalam Sinar Harian hari ini.

Langkah tersebut menyebabkan ramai pengguna Islam yang menggunakan penerbangan MAS tidak selesa dengan keadaan tersebut, kata Azmi.

"Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan berasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain.

"Harus diingat ada ramai bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS," katanya.

Beliau juga menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai isu tersebut dan membidas MAS dan Putrajaya kerana gagal menyediakan polisi mengikut landasan Islam walaupun sudah hampir 50 tahun syarikat penerbangan itu diterajui pengerusi beragama Islam.

"Kami berpendapat sangat pelik ketika MAS sudah berusia 50 tahun, polisi mengenai arak dan pakaian pramugari masih tidak dapat ditentukan kerajaan yang diterajui pengurusan beragama Islam.

"Tidak wajar memberi alasan yang khidmat MAS membawa semua penumpang termasuk bukan Islam menjadi sebab hidangan arak," katanya.

Syarikat penerbangan negara tersebut sedang melalui proses pemulihan selepas mencatat kerugian berturut, di samping berdepan dua tragedi yang mendapat perhatian dunia tahun ini.

Putrajaya juga terpaksa campur tangan dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan negara tersebut. – TMI

PAS Pula Desak DAP Keluar Pakatan?

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.

-mk

Benarkah Sabah masih tidak selamat untuk pelancong?

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.

Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.

"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.

"Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang mencadangkan agar kementerian meminta bantuan duta Malaysia mempromosikan kawasan tersebut.

"Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi, kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?" soalnya.

"Saya tidak mahu tanggung (akibatnya). Kalau saya bagi jaminan Sabah sudah selamat, berduyun-duyun (orang) datang. Dan kalau seorang kena culik, saya yang kena nanti," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Nazri berkata, pelancong lebih takut dengan insiden penculikan berbanding insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Pelancong merasakan penculikan di Sabah lebih menakutkan daripada insiden kapal terbang, sebab saya sendiri pun takut.

"Pada mereka MH370 boleh berlaku pada mana-mana penerbangan, tapi untuk ke Sabah, mereka (pelancong) takut sebab penculikan berlaku di sana," katanya.

"Saya sendiri tidak mahu ke Lahad Datu, tidak mahu cari pasal."

Pada tengah malam 16 Jun lepas, sekumpulan lelaki bersenjata api menyerbu rumah atas air yang didiami pengusaha kolam ikan Chan Sai Chiun di Kunak, Sabah sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa.

Selain Chan, seorang lagi rakyat Malaysia Konstabel Zakiah Aleip masih berada dalam tawanan penculik di Selatan Filipina selepas dilarikan dari Pulau Mabul di perairan Semporna pada 12 Julai lepas.

Penculik yang menculik Chan didakwa menuntut RM3 juta sebagai syarat pembebasan.

-TMI

Pesawat MAS Shanghai-KL patah balik

Sejumlah penumpang yang mahu ke Kuala Lumpur terkandas di Shanghai Sabtu lalu, selepas pesawat MH387 milik Malaysia Airlines (MAS) membuat pusingan balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.

Dalam e-mel balas kepada Malaysiakini hari ini, MAS mengesahkan bahawa pesawat itu berpatah balik ekoran anomali teknikal.

MH387 berlepas daripada Pudong di Shanghai pada jam 9.45 pagi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3.30 petang.

“Kapten operasi memutuskan untuk kembali ke lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga. Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 11.05 pagi,” kata MAS.

MAS tidak menjelaskan berhubung 'anomali teknikal' yang dimaksudkannya.

-mk

Monday, November 17, 2014

Kisah Warran Fernandes dapat hidayah peluk Islam

Semasa kecil, Impian saya adalah untuk jadi seorang Paderi. Di usia 11 tahun saya sertai sebagai Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dengan Paderi yang saya bantu, melihat dia menguruskan Upacara.

Di situ saya berkawan dengan seorang Remaja – Bernard 14 tahun, juga seorang Altar Boy. Dia seorang budak nakal tapi saya suka berkawan dgn dia. Pada satu hari, Bernard cuba curi duit Gereja & saya ada di situ pada ketika itu, akan tetapi kami dua ditangkap & terpaksa mengadap Paderi dan seorang lagi Paderi di kamar mereka.

Kedua-dua Paderi itu kata mencuri itu satu kesalahan, & perlu dihukum tapi jenis hukuman yang diberikan adalah di luar jangkaan saya. Bernard & saya dihukum secara seksual tapi yang didera teruk ialah Bernard & saya dipaksa melihat segalanya sebagai pengajaran.

Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada semua ketua Agama & lama kelamaan, Manusia. Akan tetapi saya yakin pada Agama sebab semua Agama mengajar kita . Bernard pula menjadi penagih dadah & mula menghabiskan masa di jalanraya.

Apabila saya beritahu arwah Ayah(seorang tentera) & keluarga, mereka tidak percaya, bagi mereka ini tentang kesucian Agama & mereka rasa saya tengah tutup kelakuan saya sendiri dengan menuduh orang seperti Bernard(yg dtg dari keluarga pecah belah). Yang percaya pada saya ialah arwah nenek Roselind Chia, & dialah saya menaruh segala harapan & kepercayaan, juga yang melindungi saya dari dunia luar & berduduk bersama dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.

Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13, dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia sekarang MICHAEL ONG duduk di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai Bangsa & Agama. Ada surau, kuil, tokong Cina & tak jauh ialah Gereja.

Di situ juga saya pelajari erti masyarakat majmuk & perpaduan. MICHAEL ONG & saya sering bercakap atas balkoni & saya sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen & beliau benar-benar merealisasikan impian dia untuk jadi Pereka Fesyen yang terkenal.

Saya tiada minat lagi pada Agama , lebih lagi bila kena dengar tazkirah Paderi yang sama melakukan gangguan seksual. Bernard pula tiada pilihan & terus menjadi pembantu Paderi manakala saya dilarang oleh Nenek.

Selepas itu saya sering ikut Bernard, melihat dunia dia & di situ lah saya pelajari hidup warna warni kotaraya…ramai Remaja yang pelbagai masalah dari dadah, keluarga pecah belah, seksual, gangsterism……….

Keluarga saya tetap memberi pendidikan pada saya sehingga masuk Kolej. Arwah Nenek pesan saya harus jadi seorang insan yang mulia dan bantu pada semua.

Bernard yang ketika ini sudah teruk dengan penagihan, pernah beritahu saya yang dia asyik dihukum oleh Paderi (saya dah faham jenis “hukuman” itu) & berkata,satu hari bila saya dah stabil, saya harus bantu pada golongan Remaja/kanak-kanak. Bernard lepas itu bunuh diri,overdose.

Sejurus selepas itu, saya terlibat dalam kemalangan, dan di situlah saya dapat Hidayah saya yang pertama, ketika saya didatangi oleh seseorg entity putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman Irrahim….adik jangan bimbang kerana pakcik akan junjung adik balik ke rumah” itu yang saya ingat.

Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya tidak ingat apa-apa dan terus rebah. Yang saya ingat, saya di Hospital dan kereta saya remuk didepan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar & berjalan balik ke rumah. Satu keajaiban. Selepas itu, selama 3 hari pertama di Hospital, bila jam 3 pagi, saya sering mendengar Azan, lalu didatangi oleh ramai org berbaju putih melawat.

Saya benar-benar tidak ingat saya akan mati & bila diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda. Saya membawa diri ke Penang utk kerja.

Selepas itu saya masih pergi ke Gereja, utk menunaikan kewajipan tapi jiwa saya tetap kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia saya hanya arwah nenek.

Setiap kali saya nak bercinta, ia tak kekal, sbb saya tak percaya ada nya Cinta. Dari bidang perhotelan, saya mula ceburi sbg Pengacara TV, utk SELAMAT PAGI MSIA, MSIA 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya berdepan dgn manusia, mula berpetah cakap.

Hidup saya penuh Glam & saya lupa diri… akan tetapi saya masih tidak mengenali Cinta. Disitu saya ditawarkan sbg Pengurus di sebuah resort terkemuka di Langkawi. Saya membawa diri pula ke Langkawi.

2005 pula adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika. Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika…arwah Nenek juga ingin ikut, tapi keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah.

Dia berkata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke Malaysia. Kami ke Amerika tanpa arwah Nenek dan disana saya dpt berita dia masuk wad. Apabila saya balik ke Malaysia, keesokkan hari, arwah nenek meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya dijadikan.

Jiwa saya mati, & saya benar-benar jadi sesat. Saya tak rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah.

Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai gejala sosial sehingga saya berdepan dgn Syaitan.

Saya dah jadi tak tentu arah krn saya sedar mata ketiga saya buka, saya boleh melihat benda2x & ini menakutkan bagi saya. Saya pernah mimpi baying bayangan ada nya Neraka. Pernah saya ditawarkan ilmu hitam.

Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Disitu lah saya jumpa rakan karib dunia & akhirat Husain Khalid.

Takdir jodoh yg ketemukan kita dua dimana beliau juga seorang yg kuat Agama. Saya masih ingat ramai org berpesan pada Husain supaya jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia tetap dekati saya. Dia lah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg lain, antara Jalan belakang atau depan saya.

Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuhnya dunia saya. Masa itu, Husain dah dapat kenaikkan pangkat. Tapi apa yg Husain lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya, ertinya persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami mula berniaga.

Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip yg dibuat oleh Husain & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak. Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En Badrul yg ajar kita selok belok dunia perniagaan.

Dari situ , lahirlah perniagaan perunding PEMASARAN, PERHUBUNGAN AWAM, PENJENAMAAN, MEDIA, KOMUNIKASI iaitu WHOSYN’SIGNATURE dgn klien pertama CHINTA RESTOLOUNGE ke SERI CHENANG RESORT & SPA LANGKAWI ke Hotels/Resorts, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia, Koporat, Stesen TV, Rumah Produksi, MAS.

Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha . Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya.. Dia yg merawat hati saya, keyakinan saya kembali berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah, hari-hari hantar kata-kata motivasi samada whatsapp, call atau Facebook.

Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga . Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani bersuara pendapat & hati saya.

Perkara yg membuatkan saya balik ke Allah ialah masa saya disuruh buat pemeriksaan badan..begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan kesihatan saya ok, ini akan jadi azam saya utk mula hidup baru

Husain banyak kembalikan keimanan saya. Kepercayaan pada Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(dimana keluarga saya skrg menetap) utk Krismas.

Disinilah saya dapat Hidayah kedua iaitu pengalaman dgn Puting Beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat member I amaran Puting Beliung akan datang, juga di kaca TV mula beri amaran. Ianya pukul 12 tgh hari , keluarga kami semua ke almari besar yg dibina dalam.

Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu, krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di luar Gelap segelap Gelapnya…tak boleh lihat apa2x dan bunyi kuat keretapi lalu yg terkeluar mulut saya ALLAHUAKBAR.

Saya bergegas ke almari, utk selindung & disitu saya dengar Azan. Apabila tiada bunyi keretapi, lalu buka pintu, diluar kembali cerah, panas terik.

Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda kawasan perumahan yg lain krn seandainya jika ia benar-benar diluar, saya sudah disedut keluar.

Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa MICHAEL ONG. Dia skrg sudah menjadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati.

Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya membantu dia. Di situ juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri.

Dialah yg mengajar saya utk kemas kini diri saya, & imej. 18hb Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah. Diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, dimana pemiliknya Dato Hushummuddin selaku saksi utama , juga Husain Khalid, dipermudahkan oleh Allah.

Sebelum itu saya ingin syahdah tetapi sentiasa ada halangan dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu & mcm2x lagi.

Pertemuan 17hb Julai ngan warga Koporat Komunikasi Karangkrag Media utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2x nya takdir pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama utk Kumpulan Media Karangkraf iaitu Upacar Syahadah di surau Karangkraf.

Pada hari ini saya benar2x faham erti cinta..cinta pada Allah dan mula mengenali cinta pada Manusia. Saya pelajari janganlah kita campur aduk Manusia, Bangsa,Politik, Organisasi dgn Agama. Agama tak pernah mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi.

Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada Manusia atau kepentingan sendiri tapi Cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri.

Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita hanya melihat tanpa berbuat apa2x. Janji saya pada Allah krn merealisasikan syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada Remaja/kanak2x…pada Yg Bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali Agama.

Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang EXCELLENCE IN PUBLIC RELATIONS (MEDIA RELATIONS) oleh HOSPITALITY ASIA AWARDS.

Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi , satu tangan panjang menghulurkan Quran pada saya & lalu mempimpin saya & tunjuk saya kat satu kawasan..dimana saya Nampak Org tengah Sedih, Gaduh, Keluarga Pecah Belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2x lagi, & saya juga Nampak Syaitan tgh mengintip saya.

Lalu tangan ini seolah tolak saya seolah menyuruh saya berjalan ngan Quran ke arah orang-orang itu semua…dan spt anda smua lihat, bermula lah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook, dan skrg mula diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah…. pada arwah Bernard & nenek, Roselind Chia, semoga berada di kalangan org2x berimanan…akhirnya segala kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya.

Pada smua ketua Agama, anda diamanatkan utk mengajar dan membawa semua kea rah kebaikkan, anda menjadi idola ramai org…JANGANLAH DISALAH GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA.

Pada Hari Ini, krn saya Memeluk Islam, dan dari keluarga saya ada Paderi & yg aktif dlm NGO Katholik/Kristian, maka mrk telah menekan keluarga saya utk tarik balik ke Katholik atas dasar saya dibancur & dimanupulasikan oleh NGO Islam.

Juga Keluarga, saudara Mara & kekawan dah pulaukan saya, apabila saya dah mula pulih balik dgn keluarga. Disini lah mula perjuangan saya utk merdeka kan mrk balik krn saya percaya silaturahim keluarga tidak boleh putus sbb ia dicipta dlm hati. Saya tetap tak menganas dan akan eratkan balik kami smua dgn akhlak & budi bicara berdasarkan nilai2x murni.

Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka, Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India, Serani, Eropah.

DI SINI JUGA MULA LAH OUT REACH & TAZKIRAH SAYA DI INSTTUSI PENGAJIAN & REMAJA/BUKAN ISLAM & TAK DI LUPA YG DI LUAR…JALANAN KOTA RAYA… & MENJALANKAN BEBERAPA PROJEK bersama Husain Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA(keluarga Melayu utk buat dodol), DEEPAVALI (keluarga India utk buat murukku),

TAHUN BARU CINA (utk buat kuih Cina surat cina, bentuk kipas) & dll…juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur soda iaitu POP THE SODA…, membantu anak2x Syurga dan bnyk lagi…segala kesyukuran pada Allah.

Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA & NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya sekarang lebih tabah apabila didatangi , iman kita kena kuat.

Yang benar
Adam Warren Fernandez Abdullah

MCA dan PERKASA cabar mencabar?

PERKASA hari ini menyifatkan MCA bertindak keterlaluan apabila mengkritik cadangan pembentukan Mahkamah Persekutuan Syariah yang sebanding dengan mahkamah sivil.

"Ia seolah mencabar umat Islam dan mencampuri urusan undang undang Islam yang termaktub di mahkamah syariah,” kata ketua wiranya Irwan Fahmi Ideris.

Pengerusi biro keharmonian agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker semalam berkata, beliau bimbang jika Mahkamah Persekutuan Syariah, seperti dicadangkan kerajaan, akan mengatasi Mahkamah Rayuan Sivil.

Katanya, penubuhan mahkamah itu juga melanggar peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut bahawa undang-undang paling tinggi adalah Perlembagaan dan undang-undang syariah hanya ke atas orang Islam.

Ti juga berkata, kecenderungan menganggap undang-undang Tuhan lebih tinggi berbanding undang-undang sekular adalah salah kerana “manusia tidak boleh dipercayai apabila berlagak seperti Tuhan.

Dalam kenyataannya hari ini, Irwan berkata, Ti tidak berhak campur tangan, apatah lagi mempertikaikan perihal perundangan Islam.

“Jangan cuba membangkitkan kemarahan umat Islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini.

"Jangan 'menghina' semata mata mahu meraih sokongan sahaja.” katanya.

Irwan juga menyifatkan kenyataan itu bertujuan meraih simpati kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan bangsa mereka sendiri.

-mk

Kapten San Jin Gu dan 37 rakannya peluk Islam

Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11 SF, pasukan pendamai PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini memang sebuah kisah silam.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim solat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan solat.

Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, beliau cuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktikkan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.

Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada rakan perajuritnya, beliau berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa beliau duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars/Islampos]

Harga rumah naik hingga 2% lepas GST

Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bermula 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan majlis penerangan CBP dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.

Beliau berkata antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

"Kerajaan Barisan Nasional juga dalam akujanji parti berhasrat mewujudkan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kementeriannya menyokong langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengheret peniaga yang didapati menaikkan harga barangan sesuka hati ke mahkamah berbanding tindakan mengenakan kompaun.

Beliau berkata ia berikutan terdapat usaha pihak tertentu menaikkan harga barang pada masa ini kerana barangan tersebut akan mengalami penurunan selepas perlaksanaan CBP.

"Sebanyak 54 peratus barangan dijangka mengalami penurunan harga selepas CBP, jadi ada usaha menaikkan harga barang tersebut sebelum CBP," katanya.

- Bernama

Saturday, November 15, 2014

BR1M Itu Rasuah Rakyat Untuk Undi BN?

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara sebab utama beliau menentang pemberian bantuan tunai pada skala besar seperti itu.

“Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

“Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga,” katanya dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc.

Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara.

“Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan,” tegasnya.

Menurutnya, selain kelihatan seperti rasuah, BR1M mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha.

“Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti.

Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik.

“Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera.

“Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk,” katanya.

Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik.

Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing.

Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara

“Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan.

“Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup,” katanya.

Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan.

Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat.

“Jadi mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik.

“Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat,” tegasnya.

Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. -SH

Malang jika BN kalah PRU14

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah menyeru ahli menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi memastikan Umno menang pilihan raya umum itu dan kekal relevan.

Laporan Umno Online menyebut bekas naib canselor UiTM itu berkata beliau bimbang orang Melayu terus gagal mentadbir Malaysia.

"Kegagalan UMNO dalam menangani masalah itu dibimbangi menjadikan orang Melayu tidak dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya parti itu dan BN kalah pada pilihan raya akan datang," laporan itu dipetik.

“Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan anggota perlu diselesaikan segera dengan bermuhasabah dan bersatu padu demi parti tanpa mengambil kira kepentingan peribadi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan itu.

Sehubungan itu Ibrahim berkata konvensyen Umno merupakan landasan terbaik supaya Umno menyedari cabaran politik dan isyarat untuk anggota parti bekerja bersungguh-sungguh demi survival parti.

Beliau juga mengingatkan anggota parti agar terus memenangi hati rakyat termasuk pengundi atas pagar seperti yang disuarakan presiden Umno, supaya mereka yakin dengan parti itu.

Ibrahim juga menggesa jentera parti terus memberi penerangan termasuk dasar tranformasi kerajaan supaya rakyat memberi sokongan tidak berbelah bagi pada Umno dan BN.

"Sekiranya Umno dan BN kalah pada PRU-14, maka saya rasa ia sesuatu yang gelap dan malang buat orang Melayu dan negara," katanya lagi.

Laporan itu menyebut, Ibrahim membangkitkan perkara itu susulan ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Umno Selangor baru-baru ini, selepas membentangkan kertas kerja bengkel politik di Konvensyen Umno Johor hari ini.

-mk

Seks: Pegawai kanan kerajaan direman

ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan di agensi kerajaan ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berupa habuan seks untuk meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin di sebuah hotel Jalan Putra di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Umzarul An-Nur Umar jam 11.05 pagi semalam.

Ketika ditahan, suspek didapati berdua-duaan bersama seorang janda berusia 20-an dipercayai mangsa yang terjerat dengan tipu daya lelaki itu.

Difahamkan, suspek mudah memerangkap mangsa apabila setiap permohonan untuk rumah di bawah skim PPRT perlu melalui borang ataupun surat.

Suspek akan memilih mangsa melalui gambar dalam borang permohonan, kemudian menghubungi pemohon berstatus janda bertemu di pejabatnya.

Suspek kemudiannya memperdayakan mangsa dengan memberitahu dia mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan untuk rumah di bawah skim terbabit.

Sebagai balasan untuk ‘kelulusan’ tersebut, dia akan meminta pemohon ibu tunggal ini untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Kegiatan keji suspek terbongkar apabila mangsa yang terpedaya mengadu kepada agensi individu terbabit bekerja setelah rumah dijanjikan tidak diperolehi walaupun suspek telah menerima habuan seks.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah, Raja Khan Raja Ahmad berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diterima pihaknya serta risikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan suspek ditahan sehingga 18 November ini.

-sinar harian