Friday, March 21, 2014

FMFA : Penganjur edar kondom kepada pengunjung konsert?

Kematian enam anak muda didakwa akibat pengambilan dadah berlebihan pada acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) minggu lalu mengejutkan rakyat Malaysia.

Konsert berkenaan didakwa turut dicemari dengan ‘pemberian’ kondom yang menyebabkan berlakunya pergaulan bebas tanpa batasan.

Kondom berkenaan yang diletakkan dalam pek ringkas berwarna hitam yang tertera logo ‘Future Music Asia 2014′ dengan tema ‘Party Hard, Party Safe, Take Care’.

Pek berkenaan diletakkan satu kondom serta memaparkan cara penggunaan.

Keadaan ini nyata memburukan imej negara yang lebih menumpukan kepada prospek kehadiran pelancong sehingga sanggup membenarkan anak muda menggunakan barang terlarang dan berhibur secara bebas.

Dalam kejadian berkenaan, enam individu meninggal dunia sementara tiga yang lain kritikal ketika berhibur dalam acara itu. Semuanya adalah rakyat Malaysia berumur antara 21 dan 28 tahun.

Difahamkan konsert tiga hari itu mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan selain dijangka menarik lebih 80,000 peminat untuk melihat barisan lebih 70 band dan artis dijadual membuat persembahan pada 13-15 Mac 2014.

Ekoran kejadian berkenaan, konsert itu terpaksa dibatalkan dan hanya berlangsung satu hari.

FMFA mendapat dokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menerusi Malaysia Major Events sebuah bahagian di bawah agensi Kementerian tersebut iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau. -FMT

Akhbar Taiwan dakwa Malaysia bohong tentang MH370?

Kita ketepikan buat seketika apa ideologi politik kita dalam memerhatikan isu kehilangan MH370 ini...Kita perhatikan dari sudut yang lebih luas iaitu dari kacamata dunia..

Jika kita sering membaca laporan-laporan yang disiarkan oleh media-media dari negara China mengenai insiden kehilangan MH370 ini, kita akan dapat melihat pihak mereka mula meragui apa saja tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa negara kita.



Dan jika perkara ini masih gagal negara kita tangani.. pasti hubungan diplomatik antara negara kita dan juga negara China akan keruh..

Negara mananakah yang akan peroleh keuntungan dari kekeruhan hubungan ini???

Ini adalah antara laporan media dari negara China.. bacalah tapi dalam masa yang sama tolong fikirkan jawapan bagi soalan aku di atas..

PORTAL berita Taiwan, Want China Time menyifatkan Malaysia sebagai berbohong mengenai maklumat tentang pesawat MH370 yang didedahkan oleh kerajaan kepada umum.

Portal itu memetik pendedahan bercanggah oleh salah seorang pegawai Malaysia yang terlibat dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Pegawai yang enggan dikenali itu mendakwa, pihak tentera sebenarnya mengetahui malah mengekori pesawat MH370 melalui radar lebih sejam selepas ia terputus hubungan dengan menara kawalan. Pada 8 Mac lalu.

Pegawai itu dilaporkan telah mendedahkan kepada sebuah portal China, Tencent bahawa walaupun dakwaan asal mengatakan mereka tidak pasti, pihak tentera Malaysia sebenarnya benar-benar tahu bahawa pesawat yang dipantau oleh mereka adalah pesawat MH370‎. ‎

Pihak tentera dilaporkan turut memantau ketika pesawat Boeing 777 itu naik secara mendadak kepada ketinggian 43,000 kaki melangkaui ketinggian dibenarkan dan membuat lencongan tajam ke arah barat sebelum turun mendadak kepada ketinggian 23,000 kaki ke arah Pulau Pinang.

Pesawat tersebut kemudiannya naik semula kepada ketinggian 35,000 kaki sambil menuju ke arah barat laut menuju ke Lautan Hindi, dengan bacaan akhir radar menunjukkan bahawa ia berada di atas ruang udara daratan kecil Pulau Perak yang berada di Selat Melaka sekitar jam 2:40am.

Terjemahan setrusnya silalah baca di SINI
Ini laporan penuh..


Malaysia lied about MH370; plane may be in Somalia or Mongolia: official 
A Malaysian official involved in the search for missing Malaysia Airlines flight MH370 has contradicted public claims from the Malaysian government by saying that its military knowingly and continuously tracked the plane on radar for more than an hour after communication with ground control was severed in the early hours of March 8. 
The anonymous air force official told Chinese web portal Tencent that despite initial claims that they could not be certain, the Malaysian military knew very well that the plane they were tracking on radar was flight MH370 and followed it as it climbed above the Boeing 777's approved altitude of 45,000ft and took a sharp turn to the west before descending unevenly to 23,000ft on the approach to the island of Penang. The plane then climbed back to 35,000ft and headed northwest towards the Indian Ocean, with the final reading showing it above the tiny island of Pulau Perak in the Strait of Malacca at around 2.40am. 
Though they had known this all along, Malaysian authorities did not reveal this crucial information until March 15, a week after the plane's disappearance, the official said. It also meant that Malaysia knew from the beginning that the plane — if it had crashed — was likely in the Strait of Malacca region on the west side of the country as opposed to the South China Sea on the east side, where dozens of ships and aircraft from other countries searched fruitlessly for days, the official added. 
The first public announcement made by Malaysia Airlines CEO Ahmad Jauhari Yahya on Saturday morning was that the plane had remained in contact until 2:40am, but the timing was subsequently changed to 1:20am, just as communications was being handed over from Malaysian air traffic controllers to their counterparts in Vietnam. 
It has since been revealed that the plane's transponder was "deliberately" switched off at 1:21am and that it had completely vanished off Malaysian civilian radar screens at roughly 1:30am. But if the official's claims are to be believed, then Malaysian authorities knew exactly where the plane was and what it was doing for another 70 minutes. 
The official's revelations about Malaysia's knowledge about the flight's true last point of contact are also consistent with why Datuk Azharuddin Abdul Rahman, director-general of the Malaysia's Department of Civil Aviation, said "there are some things that I can tell you and some things that I can't" when explaining why the search was being expanded to the Strait of Malacca on March 11. In fact, the official said, Malaysia had been secretly searching that region all along. 
Meanwhile, the number of countries involved in the search, as it enters its ninth day, has expanded from 14 to 25 and will take in large tracts of land crossing 11 countries as well as deep and remote areas of ocean. The new focus comes after the Malaysian prime minister, Najib Razak, declared Saturday that satellite "pings" received nearly seven hours after takeoff placed flight MH370 in two possible flight corridors: one between Thailand and Kazakhstan, and another between Indonesia and the southern Indian Ocean. 
Another Malaysian air force official told Tencent that flight MH370 could have flown west as far as Somalia or north past Thailand and Myanmar to the southern part of Mongolia. The chosen flight path would have been close to the borders of several countries, where radar detection is relatively weak, the official added. 
Whoever among the 239 people on board that hijacked MH370 must have been very familiar with the geography near Malaysia as well the capabilities of both civilian and military radar, the official said, adding that it is common knowledge in the aviation industry that both Somalia and southern Mongolia are places that do not require government permission to perform a landing. Somalia is effectively in a state of anarchy due to civil war, while Mongolia has several secret airports providing safe landing strips for smugglers, the official added ~ Want China Times

MH370 : Malaysia halang wartawan antarabangsa buat liputan?

Inikah yang dimaksudkan sebagai sehabis telus oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu?

Beliau telah menegaskan, kerajaan telah sehabis telus sehingga sanggup mengetepikan kepentingan negara apabila berkongsi data pasukan tentera dalam usaha mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

“Itu adalah arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari awal lagi, bahawa kita akan menjadi setelus yang boleh namun dengan syarat maklumat yang telah disahkan dan tidak menjejaskan siasatan.

Tetapi apa yang berlaku kepada wartawan dari BRITISH Broadcasting (BBC) ini adalah sebaliknya..

BBC melalui akaun twitter rasminya mendakwa wartawan sumber berita berpengaruh Britain itu dihalang dari membuat liputan Sidang Media berkenaan pesawat MH370. ‎



Difahamkan wartawan BBC terpaksa berdepan dengan 'tembok polis' (Barisan Polis) yang tidak membenarkan mereka membuat liputan sidang media secara langsung.

Wartawan BBC dilaporkan tidak dibenar membuat liputan berikutan terdapat sebahagian keluarga penumpang MH370 yang ‎cuba merempuh masuk cuba menemui Dato Hishamuddin Tun Hussein, berikutan sudah hilang sabar untuk mendapatkan maklumat tentang keluarga mereka.


Tindakan menghalang wartawan asing daripada membuat liputan ini lebih memburukkan nama negara.

Walaupun Malaysia dilihat cuba nak 'quarantine' insiden keluarga penumpang yang marah dengan Malaysia, perbuatan itu tidak akan menambah baik keadaan.

Daripada hanya satu cerita yang mencemar imej negara, iaitu keluarga penumpang MH370‎ marah dengan kerajaan, kini tambah lagi satu berita yang burukkan nama negara,

 "Malaysia halang wartawan antarabangsa buat liputan"~ MiLo SuaM

Australia yakin dapat sahkan serpihan dalam 2-3 hari

Kerajaan Australia yakin dapat memberi pengesahan berhubung status serpihan yang dikesan satelit sebaik sahaja pihak tenteranya berjaya menjejak objek yang dimaksudkan. - Gambar Reuters.Australia menjangkakan dapat memberi pengesahan segera berhubung sama ada serpihan dilihat adalah daripada pesawat MH370, kata satu laporan.

Bagaimanapun, usaha pertama pesawat peninjau untuk menjejak objek berkenaan gagal disebabkan cuaca buruk.

Pihak berkuasa akan mengetahui kemungkinan serpihan itu daripada pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370 dalam masa "dua atau tiga hari", Australia Associated Press memetik Menteri Pertahanan David Johnston berkata di Jakarta.

Namun, pesawat Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), Orion P -3C dihantar hari Khamis untuk menyiasat kemungkinan bangkai Boeing 777 gagal mengesan sebarang serpihan, kata Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Pesawat pemerhati P -3C Orion dihantar ke zon carian Lautan Hindi lebih kurang 2,500 kilometer barat daya Perth selepas Australia mendedahkan kehadiran dua objek di laut yang berkemungkinan ada hubungan dengan pesawat MH370.

"Anak-anak kapal P3 RAAF tidak dapat mengesan serpihan. Awan dan hujan mengehadkan penglihatan," kata AMSA pada status Twitter. "Pesawat akan dihantar untuk meneruskan pencarian #MH370."

Tiga buah pesawat lagi – dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat – akan memeriksa kawasan di mana imej satelit yang diambil Ahad menunjukkan dua objek, salah satunya bersaiz 24 meter.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberitahu parlimen imej mewakili "maklumat baru dan boleh dipercayai " tetapi menegaskan sebarang kaitan dengan pesawat MH370 masih perlu disahkan. Malaysia juga berkata maklumat yang diberi adalah boleh “dipercayai” tetapi menegaskan masih terlalu awal diberitahu.

Ia "memerlukan semalaman untuk kami mengesahkan dan menyokong pernyataan itu", kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada pemberita di Kuala Lumpur, sambil menambah usaha mencari dan menyelamat menyeluruh akan berterusan pada masa yang sama.

Pada masa ini, terdapat 18 kapal, 29 pesawat dan enam helikopter dikerahkan dalam pencarian bersama-sama ke dua koridor yang meliputi selatan Lautan Hindi ke Asia Tengah. - AFP / TMI

Australia Temui 2 Objek Besar Disyaki Serpihan MH370

Imej 24 meter tenggelam timbul di permukaan air, mungkin serpihan pesawat, kata Australia

Dua imej yang ditemui oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.

Autralia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.

Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.

Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters.

Menurut kenyataan AMSA, imej itu diambil oleh satelit dan boleh jadi ia tidak berkaitan dengan MH370.

Penilaian terhadap imej ini yang dibuat oleh Geospatial-Intelligence Organisation Australia yang memberikan indikasi ia mungkin serpihan pesawat MH370 kerana ia termasuk dalam kawasan carian yang menjadi fokus kepada pasukan pencari dan penyelamat.

Imej ini diambil dari dalam kawasan pencarian yang ditetapkan dua hari lalu.

Australia mengetuai carian di bahagian selatan koridor selatan, dengan bantuan daripada Tentera Laut Amerika Syarikat.

Kawasan pencarian semakin kecil berdasarkan data pengesan satelit dan analisis cuaca dan arus, tetapi ia masih meliputi kawasan seluas 600,000 km persegi, kira-kira saiz Sepanyol dan Belanda.

Pencarian Boeing 777-200ER sebelum ini memberi tumpuan kepada dua koridor; satu menuju ke utara melalui darat dari Laos ke arah Laut Caspian, dan kedua ke arah selatan, di seluruh Lautan Hindi dari barat pulau Sumatera Indonesia di barat Australia.

"Andaian sekarang ialah ia pergi ke arah selatan, dan ke hujung koridor selatan itu," kata sumber yang rapat dengan penyiasatan itu kepada Reuters.

Pandangan itu adalah berdasarkan ketiadaan tanda daripada negara di sepanjang koridor utara bahawa pesawat memasuki ruang udara mereka, dan kegagalan untuk mencari kesan bangkai dalam pencarian di bahagian atas koridor selatan. -TMI



Wednesday, March 19, 2014

Video Konsert FMFA Yang Mengakibatkan 6 Maut

erikut dipaparkan video Konsert FMFA 2014 yang mendapat restu Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, yang telah mengakibatkan 6 orang maut dan berbelas yang lain mendapat rawatan akibat dadah.

Mengapa GB katakan konsert ini mendapat restu Kementerian pelancongan dan Kebudayaan kerajaan Malaysia? Gambar berikut menjelaskannya:



Malah Sekretariat Visit Malaysia 2014 di bawah kementerian pelancongan & Kebudayaan juga masih terus "menyokong penuh" penganjuran aktiviti maksiat tersebut seklaipun telah ada kematian. Pengurus Besar Sekretariat Visit MY, Nor Yahati Awang menyatakan:

"Tapi kita sokong because event ni sebenarnya VERY GOOD FOR VISIT MALAYSIA sebab ramai pelancong yang datang..."



Ini video Konsert tersebut.. Bagaimana penonton nak bertenaga untuk terkinja-kinja berjoget selama 3 hari kalau bukan bersumber dari pil-pil khayal... Jelas dan nyata.. Ini bukan konsert nyanyian semata-mata tapi parti liar yang dianjurkan secara besar-besaran.... Kerajaan patut buat kajian dari awal benda sebegini sebelum diberi permit penganjuran.... -fb TV PRU13

Batalkan satu lagi pesta liar: Life in Color Malaysia

Negara gempar apabila berita 6 orang terbunuh dan 3 orang berada dalam keadaan kritikal ekoran pengambilan dadah berlebihan sewaktu mereka menghadiri Konsert Future Music Festival Asia anjuran Live Scape Sdn Bhd di Stadium Bukit Jalil pada 13 dan 14 Mac yang lalu sebelum dibatalkan pada 15 Mac 2014.

Saya difahamkan pada hari pertama berlangsungnya Konsert tersebut telah berlakunya penangkapan kerana pengambilan dadah tetapi konsert itu tetap diteruskan sehingga berlaku insiden yang sangat memalukan pada hari kedua konsert tersebut, melibatkan anak bangsa sendiri yang beragama Islam.

Mengharapkan serik dengan apa yang berlaku, saya mendesak supaya Kerajaan Malaysia membatalkan satu lagi pesta liar Life in Color Malaysia yang dianjurkan oleh Furture Sound Asia dan Zouk dan ianya Supported by Malaysia Major Events Division Of Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) di bawah Ministry Of Tourism and Culture Malaysia pula Served by Heineken sebuah syarikat arak.

Pesta liar ini akan berlangsung pada 19 April 2014 di Go Kart Circuit Sepang International Circuit dan pastinya ia akan mencetus kemurkaan Allah swt dan sekaligus bakal mengundang bala dan musibah kepada negara ini.

Memetik ungkapan sahabat saya Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dari Pasir Mas laman sosialnya : "Kamu haramkan dadah, kamu halalkan konsert dadah. Kamu haramkan anak zina, kamu halalkan pergaulan bebas. Kamu mahu syurga, kamu bergerak ke neraka."

NASRUDIN HASSAN
HARAKAH

MH370 : Media asing libatkan Anwar?

Penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan pesawat MH370 diibaratkan oleh Datuk Seri Hishammuddin (dua dari kanan) sebagai isu yang di politikkan oleh media asing. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 18 Mac, 2014..Dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Katanya isu politik merupakan perkara kedua kerana fokus Putrajaya kini tertumpu ke arah misi mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

"Isu politik ini hanya dibangkitkan oleh media asing, kami masih kekal merentasi fahaman politik," kata Hishammuddin dengan tegas pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

"Pencarian adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini."

Beliau juga menggesa seluruh rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan politik ketika berdepan situasi krisis dalam kehilangan MH370.

"Saya gesa semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan dan bersatu ketika saat sukar ini, memandangkan fokus kita sekarang adalah mencari pesawat dan 239 nyawa," kata Hishammuddin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sidang media khasnya petang Sabtu lalu mengatakan siasatan kini beralih dan tertumpu kepada anak kapal pesawat berdasarkan petunjuk baru.

Menafikan bahawa terdapat unsur rampasan, Najib berkata, pesawat MH370 berpatah balik ke arah barat selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu.

Akhbar tabloid Britian Daily Mail melaporkan pada Ahad kemungkinan juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mensabotaj pesawat kerana kecewa Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider, walaupun Zaharie merupakan anggota seumur hidup PKR, perkara ini mustahil untuk berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai orang.

Selepas lebih seminggu gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

MH370 yang membawa 227 penumpang termasuk 12 anak kapal hilang daripada radar selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang dalam perjalanan ke Beijing. – TMI

Pasangan Suami Isteri Di Bogor Ini Tahu Lokasi Jatuhnya MH370

Sudah lebih dari seminggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang hubungan pada Sabtu (8/3/2014) lalu. Pencarian pun terus dilakukan, namun sampai dengan saat ini belum ada titik terang dimana kedudukan pesawat yang membawa 239 penumpang dan kru pesawat itu.

Pasangan suami isteri Fajar Sahri (58) dan Winarti (52)di Bogor, Indonesia turut mengikuti perkembangan proses pencarian pesawat yang juga berpenumpang warga negara Indonesia tersebut. Keduanya, yang mengaku diberi anugerah mampu berkomunikasi dengan alam ghaib, merasa prihatin dengan musibah tersebut dan bermaksud membantu dengan cara yang mereka dapat.

"Ya kita hanya memberikan maklumat, sebagai sesama harus saling membantu. Kami tidak mengharapkan apa-apa," ujar Fajar saat ditemui Tribun di kediamannya di Jalan Batara Nombor 93, Kampung Parikolot, Ciluar, Bogor, Ahad (16/3/2014).

Menurut Fajar maklumat yang mereka peroleh menyebutkan pesawat berada di titik berikut (Latitud Utara 7 darjah 47'47.90" Longitud Timur 105 darjah 13'39.59" Elev -30m. Ketinggian mata 5 m. Atau berada di sekitar selatan ibukota Vietnam, Ho Chi Minh.

Keduanya kemudian menuturkan bagaimana proses mereka mendapatkan maklumat terkait kedudukan pesawat sampai dengan titik koordinatnya. Menurut Fajar, sang isteri mengetahui lokasi pesawat setelah melakukan komunikasi dengan kru pesawat nahas tersebut.

Winarti menyatakan memang memiliki kemampuan khusus untuk berkomunikasi dengan hal-hal ghaib dan sudah beberapa kali terjadi dan terbukti.

Fajar menuturkan, pada hari Khamis (13/3/2014) siang, selesai melaksanakan solat Zuhur, Winarti memohon doa agar dapat diberi petunjuk mengenai kedudukan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370.

Tiba-tiba muncul sosok seorang lelaki dengan pakaian layaknya seorang kru pesawat datang dan berkomunikasi dengan Winarti. "Mungkin co-pilot atau siapa, yang jelas pakai seragam," tuturnya.

Lelaki itu kemudian menuturkan kepada Winarti bagaimana pesawat tersebut tiba-tiba mati seluruh perangkatnya ketika melintas di Laut China Selatan, tepatnya sebelah selatan Vietnam.

Pesawat yang tiba-tiba kehilangan kuasa secara total itu kemudian jatuh dan tenggelam ke dasar laut, lengkap dengan para penumpang dan kru kapal di dalamnya. Jeritan teriakan takbir pun terdengar ketika pesawat mula jatuh ke laut.

"Pesawatnya utuh, tidak meledak, tidak ada serpihan apa-apa. Penumpang masih duduk di kerusi masing-masing dengan tali pinggang keselamatan terpasang," ujar Winarti yang mengaku sempat diberi penglihatan keadaan pesawat di dasar laut.

Winarti menuturkan semua penumpang sudah dalam keadaan meninggal dunia di kerusi masing-masing, dengan tali pinggang masih terpasang. Ia mengaku ketika diberi penglihatan itu tak sanggup menahan air matanya yang tumpah melihat pemandangan memilukan tersebut, apalagi Winarti sempat melihat dua orang anak kecil di antara penumpang yang terbunuh.

Terlebih lagi si lelaki berpakaian awak kapal itu kemudian sempat menitipkan pesanan kepadanya untuk disampaikan kepada anak perempuannya yang masih kecil.

"Dia kirim salam buat anakku sambil tersenyum. Anaknya itu rambutnya keriting-keriting, anak perempuan sekitar umur 7-9 tahun," tambahnya.

Menurut Winarti, pada saat berkomunikasi yang pertama itu, ia tidak sempat mendapatkan lokasi jatuhnya pesawat. Titik koordinat lokasi baru ia dapatkan pada Jumaat dinihari, ketika ia kembali melakukan komunikasi dengan awak kapal Malaysia Airlines itu setelah melakukan solat Tahajud.

Winarti meyatakan, komunikasi yang kedua ia lakukan bukan dengan orang yang sama ketika melakukan komunikasi pertama. Pada saat komunikasi kedua itu, lelaki berbeza yang kemudian ia tahu adalah pilot pesawat Zahari Ahmad Shah.

Dari Zahari inilah kemudian Winarti dan Fajar memperoleh koordinat yang mereka duga adalah lokasi jatuhnya pesawat nahas tersebut. Ia juga menuturkan bagaimana pesawat yang awalnya mengarah ke utara sempat berbelok ke arah barat sebelum kemudian berputar ke arah timur dan terjatuh.

"Makanya badan pesawat itu menghadap timur," ujar Fajar.

Arah pesawat yang goyang dan kemudian terjatuh, menurut Fajar kemungkinan diakibatkan arus magnet yang kuat di dasar laut di sekitar lokasi jatuhnya pesawat. Pesawat itu kemudian tiba-tiba mati total dan jatuh tenggelam ke dalam laut.

Zahari juga mengatakan kepada Winarti bahwa dunia itu penuh keajaiban, entah apa maksudya Winarti sendiri tidak tahu.

"Ya mungkin maksudnya, apa yang tidak mungkin jadi mungkin, yang penting cari dulu. Saya juga tidak tahu artinya," ujarnya Sempat Melapor ke Danlanud

Fajar mengaku hanya berniat membantu proses pencarian pesawat yang telah memakan waktu lebih dari seminggu itu. Ia menyebut dirinya tidak memiliki maksud apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat diketemukan dan keluarga korban boleh lebih lega dan ikhlas menerima kenyataan.

Untuk itu, Fajar menyebut dirinya sudah melaporkan maklumat yang ia dapat itu ke beberapa pihak yang ia anggap memiliki akses untuk menggunakan maklumat tersebut untuk menemukan pesawat tersebut.

"Saya sudah hubungi Komandan Lanud Soewondo Kolonel SM Handoko serta duta besar di Vietnam Bambang Tarsanto (Konsult Jenderal di Ho Chi Minh City) melalui sms," katanya.

Selain itu ia juga sempat melaporkan kesebuah stesyen television swasta (TvOne) dan diberitahu akan diberi kesempatan tampil live setelah menunggu persetujuan salah seorang penanggung jawab program. Namun setelah menunggu lama, justeru yang ditunggu itu pulang dan ia tidak diberi tahu apa-apa.

Fajar mengatakan dirinya sama sekali tidak mengharapkan apa-apa, yang terpenting baginya adalah pesawat dapat segera ditemukan.

Mengenai kemampuan berkomunikasi dengan hal-hal ghaib, Fajar mengaku tidak menjalani ritual apapun, ia dan isterinya hanya diberi tanggung jawab oleh tuhan untuk bersama-sama membantu.

"Saya pernah bantu teman cari anak perempuannya yang hilang, dan hasil maklumat yang didapat itu benar. Saya dan isteri juga pernah mendapat maklumat soal kedudukan mata air di Banyuwangi, dan ternyata benar-benar terbukti,"ujarnya. -alihbahasa dari tribunnews oleh GB

Monday, March 17, 2014

Future Music Festival Asia: Malapetaka yang dicari

Sudah jatuh ditimpa tangga, peribahasa yang tepat menggambarkan nasib yang menimpa Malaysia dalam tempoh seminggu yang berlalu. Misteri kehilangan MH370 masih belum selesai, tiba-tiba Malaysia dikejutkan pula dengan kematian tragis aset negara, sehingga kini 6 orang semuanya, berpunca daripada pengambilan dadah terlebih dos.

Kematian adalah biasa untuk golongan tua senja, tetapi "luar biasa" untuk golongan muda belia. Apatah lagi punca kematian adalah dadah yang merupakan musuh nombor satu negara. Ditambah derita apabila kematian terjadi di sebuah acara hiburan melampau yang dibuat secara tertutup. Ini mengundang pelbagai reaksi masyarakat yang cakna. Malapetaka apa ini?

Pandangan saya, tragedi ini hanyalah sekelumit daripada lambakan masalah sosial yang berlegar di kalangan anak muda Malaysia. Dadah, walaupun diisytihar musuh nombor satu negara masih berjalan secara terbuka, sehinggakan pengalaman sendiri mendengar pengakuan peserta pusat serenti masih boleh mendapatkan bekalan di dalam pusat sendiri.

Betapa gagalnya kita menangani masalah ini. Seks bebas berlaku depan mata kita dibuktikan dengan pendaftaran kelahiran bayi tanpa bapa yang jumlahnya bukan sedikit dan kes pembungan bayi yang dilaporkan bagaikan tiada noktah. Bila semuanya akan berhenti?

Sebuah tamadun manusia dan juga pembangunan negara bergantung harap kepada keutuhan belia anak muda sebagai "pucuk muda" yang akan tumbuh segar menggantikan "daun tua" yang akan gugur akhirnya. Pembinaan belia negara sewajarnya menjadi agenda nasional nombor satu negara yang bukan hanya berkosmetik merancang, tetapi harus bersungguh-sungguh melaksanakan di lapangan dan terus menerus mendidik anak muda mereka supaya mereka kenal mana intan yang mana kaca.

Realitinya, kita melihat kesungguhan mendidik golongan belia negara ini tidak bersungguh. Di suatu tangan kita berikan mereka madu, di satu tangan yang lain kita beri mereka racun. Bagaimana sepohon pokok dapat membesar jika kita berikan baja dan racun serentak. Pastinya akan layu dan mati kerana itu hukum alam. Air tidak boleh bercampur dengan minyak. Mesti ikut tatacara pendidikan manusia dan alam.

Cukup sebagai pemerhatian kecil, melihat rancangan di kotak bersuara televisyen, lambakan rancangan realiti yang mencari bakat penyanyi, filem aksi ganas yang terlampau, promosi gaya hidup tanpa batasan lelaki dan wanita dan slot acara yang mengagungkan kecintaan dunia disumbat masuk ke dalam minda belia. Tapi pada masa sama, di sekolah diajarkan mata pelajaran akhlak mulia. Tidakkah ini konflik yang kusut di dalam jiwa anak muda. Ke mana hala tuju pembinaan generasi muda kita.

Terkesan dengan pandangan seorang cendekiawan agama mengatakan bahawa setiap manusia ini lahir dalam keadaan suci bersih daripada dosa dan sifat buruk. Maka ibu bapalah yang mencorakkan apa bentuk sahsiah anak-anak mereka. Di dalam keluarga di rumah, ibu dan ayah yang menentukan produk anak mereka. Di dalam masyarakat, ketua masyarakat adalah ibu bapanya. Begitu juga negeri, ketua negeri adalah "ibu bapa" yang bertanggunjawab menentukan warna-warni yang terhasil daripada kain putih jiwa rakyatnya.

Begitulah juga ketua negara. Kita semua ada peranan dan watak yang perlu dimainkan di dalam proses pendidikan belia ini. Sebiji kek yang sedap pastinya terhasil daripada bahan-bahan terpilih kualitinya dan diuli oleh tangan pembuat kek yang berkemahiran.

Kematian 6 belia di festival muzik ini adalah tamparan kepada semua pihak yang diamanahkan menjaga belia. Penjaga di rumah, penjaga masyarakat, penjaga negeri sehinggalah penjaga negara harus bermuhasabah dan koreksi diri di mana silapnya. Tidak perlu menuding jari kepada orang lain. Satu jari yang menunjuk "engkau yang bersalah" 4 jari lagi mengisyaratkan "aku" juga bersalah. Perlu ada keikhlasan dan kesungguhan kita semua untuk memastikan aset negara yang tiada nilainya ini terus ditatang dan diisi jiwa mereka dengan bahan berkualiti dan membina dan hentikan menyogok mereka dengan sampah jijik dan hina.

Tidak pernah ada istilah terlambat dalam membuat kebaikan, ayuh seluruh rakyat, kita berganding bahu, berpimpinan tangan untuk terus memastikan belia Malaysia menjadi belia harapan agama dan nusa. Kepada belia, sedarlah bahawa di atas pundak anda, terpikul cita-cita dan harapan, seluruh rakyat untuk mewarisi negara tercinta, agar terus dipelihara dan dipacu agar dihormati kawan dan lawan. –.

* Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Islam Kedah (Promis).

PKR lawan BN di Balingian

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili mengumumkan bekas Pegawai Daerah Dalat Yussibnosh Balo sebagai calon BN dan ahli perniagaan Abdul Jalil Bujang sebagai calon PKR.

Pengumuman dibuat kira-kira 10.16 pagi selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra di sini Isnin.

Shafrie berkata kertas pencalonan Yussibnosh, 48, diterima pada 9.03 pagi sementara kertas pencalonan Abdul Jalil, 55, pada 9.14 pagi.

Abdul Jalil (tengah), diapit Baru Bian dan Azmin Ali ketika diumumkan sebagai calon PKR dalam PRK Balingian.

Pencalonan Yussibnosh dicadang oleh Ardiman Matan @ Henry dan disokong Fauziah Adeni sementara Abdul Jalil dicadang oleh Matek Geram @ Matek Maxi dan disokong oleh Basri Bahari, katanya.

PRK DUN Balingian diadakan selepas dikosongkan penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga telah bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak pada 28 Feb lepas.

Pengundian PRK Balingian ditetapkan 29 Mac ini.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau berpuas hati dengan kelancaran keseluruhan proses penamaan calon hari ini.

Menurutnya kelancaran proses penamaan calon itu merupakan antara yang terbaik pernah dijalankan di negara ini dan yakin keadaan itu akan berterusan semasa tempoh berkempen dan pada hari pengundian.

"Tidak ada apa-apa perkara luar biasa yang berlaku dan penyokong-penyokong kedua-dua belah pihak masing-masingnya telah menunjukkan mereka menghormati cara hidup dan nilai-nilai masyarakat setempat," katanya kepada pemberita.

Abdul Aziz berkata SPR akan turut menggerakkan tiga pasukan petugas untuk memantau aktiviti berkempen kedua-dua calon yang bertanding.

DUN Balingian yang terletak di kawasan tengah Sarawak mempunyai 13,366 pemilih berdaftar dengan majoriti daripada mereka berketurunan Melanau. - Bernama

Felixia Seru Ambil Iktibar Daripada Insiden #FMFA 2014



SALAH satu sebab mengapa saya tinggalkan hidup dahulu dan bertekad menutup aurat dan mengenali agama adalah kerana saya dah serik melihat kawan-kawan saya yang asyik bergelumang dadah, parti-parti liar, serta mabuk tidak tentu arah,” kata bekas model, Felixia Yeap hari ini berkenaan kejadian yang menimpa enam peserta konsert Future Music Festival Asia (FMFA) 2014 yang maut akibat mengambil dadah ketika menyertai konsert tersebut.

Menurutnya, perlakuan tersebut telah memperlihatkan bahawa seseorang itu seperti tiada haluan dalam hidup dan merugikan diri mereka sendiri.

“Pada pandangan saya mereka ini seperti tiada haluan hidup.

“Secara jujurnya, walaupun susah untuk dipercayai, saya memang tidak minum (minuman keras -ed) walaupun dari dahulu lagi, atau terikut-ikut sekali dengan semua itu.

“…tetapi setakat melihat kehidupan orang di sekeliling saya seperti itu, sudah cukup membuatkan jiwa saya merasa kosong.

Felixia menganggap mereka yang masih berseronok dengan benda tidak berfaedah sebagai seperti tiada haluan hidup.

“Semoga kita boleh ambil iktibar dari kejadian FMFA yang telah meragut beberapa nyawa baru-baru ini,” katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya.


Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah Universiti di Utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di Konsert FMFA yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Antara wajah yang maut:


Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22; Victor Wong E Hern, 26; Sabreena Kamaruddin, 21; M Suresh, 28; Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam linkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohamad Salleh berkata, ekoran hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan. -SH

Teori pesawat dirampas guna 'telefon bimbit'

LONDON - Pakar-pakar keselamatan bimbang kemungkinan pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) dirampas menggunakan 'telefon bimbit', lapor akhbar Daily Express semalam.

Beberapa pakar perisikan percaya pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kemungkinan dikawal oleh sebuah alat kawalan jauh.

Akhbar Daily Express melaporkan bahawa kelajuan pesawat, ketinggian atau arah juga boleh ditukar menggunakan isyarat elektronik.
Mereka yang disyaki terlibat dalam rampasan itu kemungkinan kumpulan pengganas atau sebuah negara asing.

..................
World's first cyber hijack: Was missing Malaysia Airlines flight hacked with mobile phone?

The search is continuing for missing the missing Malaysian Airlines flight

The search is continuing for missing the missing Malaysian Airlines flight [Ap]

British anti-terror expert Dr Sally Leivesley said last night: “It might well be the world’s first cyber hijack.”
Dr Leivesley, a former Home Office scientific adviser, said the hackers could change the plane’s speed, altitude and direction by sending radio signals to its flight management system. It could then be landed or made to crash by remote control. Possible culprits include criminal gangs, terrorists or a foreign power.
The chilling new theory emerged as the hunt for the missing Malaysia Airways Boeing 777 with 239 people on board became the biggest air-sea search in history.
More than a week after Flight MH370 vanished en route from Kuala Lumpur to Beijing, Malaysian police began searching the captain and co-pilot’s homes as it was finally confirmed that the disappearance was a “deliberate act”.
Dr Leivesley, who runs her own company training businesses and governments to counter terrorist attacks, told the Sunday Express she believes a framework of malicious codes, triggered by a mobile phone, would have been able to override the aircraft’s security software.
“There appears to be an element of planning from someone with a very sophisticated systems engineering understanding,” she said.
“This is a very early version of what I would call a smart plane, a fly-by-wire aircraft controlled by electronic signals.
“It is looking more and more likely that the control of some systems was taken over in a deceptive manner, either manually, so someone sitting in a seat overriding the autopilot, or via a remote device turning off or overwhelming the systems.
“A mobile phone could have been used to do so or a USB stick.
“When the plane is air-side, you can insert a set of commands and codes that may initiate, on signal, a set of processes.”
Dr Leivesley said the hacking threat was laid bare late last year at a science conference in China.
malaysia airlines, missing plane, plane, missing, disappeared, crash, flight mh370, terrorist, terrorism, hijacked, hijack, mobile phone

A well-wisher hangs up messages of support at Kuala Lumpur International Airport [EPA]
It might well be the world’s first cyber hijack
Dr Sally Leivesley, British anti-terror expert
She explained: “What we are finding now is that it is possible with a mobile phone to initiate a signal to a preset piece of malicious software, or malware, in the computer that ­initiates a whole set of instructions.
“It is possible for hackers, be they part of organised crime or with government backgrounds, to get into the main computer network of the plane through the inflight, onboard entertainment system.
“If you have got any connections whatsoever between the computing systems, you can jump across and you can get into the flight critical ­system.
“To really protect your computer systems, you do not let anything ­connect with them and you would keep the inflight systems totally in their own loop so nothing whatsoever connects.
“There are now a number of ways, however, in which the gap between those systems and a handheld device like a mobile phone can be overcome.”
Last April, German security consultant Hugo Teso, who is also a commercial pilot, unveiled a way to hijack a plane remotely using a phone.
Addressing the Hack In The Box security summit in Amsterdam, he said he had spent three years dev­eloping a series of malicious codes on a mobile phone app called PlaneSploit that hacked into an aircraft’s security system.
With the cream of the global intelligence community, America’s huge satellite arsenal and 14 different nations now involved in the search for the missing plane, there is also a growing belief that answers to many of the questions might lie in the private world of 53-year-old pilot Zaharie Ahmad Shah. Police have been standing guard outside the father-of-three’s home since the flight vanished but yesterday saw the first extensive search inside.
Diaries, personal papers, computer files and the flight simulator that Captain Zaharie had built himself, and which he had proudly shown off on the internet, will all undergo detailed forensic analysis. Any data held on the simulator’s computer might give an indication whether the pilot had planned a trial run of events prior to the ill-fated flight to Beijing.
Police also began searching the home of the 27-year-old co-pilot Fariq Abdul Hamid.
He was described by his family as a “good boy, good Muslim, humble and quiet” although photographs have emerged in recent days of him inviting two attractive women into the cockpit during a flight three years ago.
malaysia airlines, missing plane, plane, missing, disappeared, crash, flight mh370, terrorist, terrorism, hijacked, hijack, mobile phone

A Malaysian Maritime Enforcement Agency pilot studies a map of the area [REUTERS]

The fact that Malaysia’s Prime Minister Najib Razak has taken personal charge of the investigation highlights the government’s efforts to appease international criticism of the search, particularly from China.
Yesterday Najib gave the firmest indication to date that the cause of the plane’s disappearance was down to someone on board, revealing how investigators now believe the Aircraft and Communications Addressing and Reporting System had been dis­abled, followed by the switching off of the transponder used to communicate with air traffic control.
At the same time, the flight also deviated wildly from its intended course north to Beijing, tracking west over the Malaysian peninsula before veering north westwards across the Straits of Malacca. “These movements are consistent with deliberate action by someone on the plane,” said Najib. “Clearly the search for MH370 has entered a new phase.
“In view of this latest development, the Malaysian authorities have refocused their investigation into the crew and passengers on board.
“The investigations team is making further calculations which will indicate how far the aircraft may have flown after the last point of ­contact.”
He said the plane’s last communication with a satellite was in one of two possible “corridors”.
One arcs northwards towards Thailand through to the border of the central Asian countries Kazakhstan and Turkmenistan. It could indicate that the aircraft may have been hijacked with the intention of flying it to somewhere in Asia.
This northern route would have taken the plane through areas with extremist Islamist groups and unstable governments, as well as remote, sparsely populated areas.
The region, however, also contains American military bases with powerful surveillance capabilities.
The second route arcs into the vast Indian Ocean. With a fuel load intended for only a six-hour flight to Beijing, any journey across the ­thousands of miles of open water, with an average depth of 12,762ft, could have resulted only in the aircraft ditching in the sea.

Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat

Penyiasatan terhadap pesawat MH370 yang hilang masih belum dapat membuktikan juruterbang sengaja membawa pesawat Boeing 777-200ER itu ke satu destinasi lain, lapor portal Daily Beast.

Dalam satu artikel bertajuk "The baseless rush to blame the pilots of Flight 370", wartawan portal Clive Irving berkata terdapat sedikit maklumat yang dicemari oleh prestasi pihak berkuasa Malaysia.

"Mereka seperti sekumpulan anggota polis di tempat kejadian yang mendakwa apa yang mereka temui dan apa yang tidak bagi mendapat perhatian.

"Menyedihkan perdana menteri sendiri mengeluarkan teori tidak berasas: juruterbang yang melakukannya," katanya.

Unit perisikan Amerika Syarikat (AS) dan kerajaan Malaysia mendakwa seseorang dalam kokpit sengaja mengubah haluan pesawat selepas ia gagal dikesan radar pada 8 Mac sewaktu pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dalam perjalanan menuju ke Beijing.

Namun pesawat yang dinanti itu tidak pulang selepas 10 hari berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Irving berkata, terdapat dua bukti kukuh dalam kehilangan pesawat milik MAS itu.

“Selepas pertukaran rutin terakhirnya dengan menara kawalan, juruterbang tidak menghantar isyarat Mayday atau kecemasan. Kata-kata akhir yang diucapkan juga tenang dan normal: ‘Baik, selamat malam.’

“Transponder yang menghubungkan pesawat dengan dunia luar melalui penghantaran dan penerimaan maklumat melalui kedudukannya, dimatikan.

“Ringkasnya, dua faktor ini menyebabkan Boeing 777 boleh hilang. Kemungkinan atas sebab reka bentuk, gangguan manusia atau kegagalan teknikal,” katanya.

Artikel tersebut turut menyebut dua kaedah bagi pesawat secara automatik melaporkan perkembangannya dan satu daripadanya melalui Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS).

“Dalam kes pesawat MH370, tiada mesej yang dihantar ke Boeing dan pembuat enjin Rolls Royce bagi menyatakan masalah,” katanya.

Katanya, seminggu kemudian didapati Boeing 777 turut dihubungkan ke sistem satelit yang beroperasi di London oleh Inmarsat.

“Untuk beberapa jam selepas sistem komunikasi lain terhenti, pesawat menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit,” katanya.

Irving juga membangkitkan berkaitan isu kebolehan pesawat memantau dan melapor keadaan namun jumlah dan kualiti maklumat mungkin berbeza jika MH370 merupakan pesawat Airbus dan bukan Boeing.

“Kokpit pesawat Boeing dan Airbus berbeza daripada segi bagaimana pesawat itu diarahkan. Boeing 777 berpegang kepada idea tradisional di mana juruterbang berkuasa kepada pesawat.

“Manakala, Airbus lebih meletakkan kepercayaan kepada sistem pengurusan penerbangan berkomputer kerana ingin mengurangkan kesilapan manusia.

“Tiada laporan keselamatan mana-mana syarikat mendakwa lebih baik daripada pesaing,” katanya.

Beliau turut mengkritik penganalisis di televisyen yang mengeksploitasi fakta simulator kapten di rumahnya bagi mempraktikkan belok kiri.

“Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan salah seorang juruterbang paling lama dengan 18,000 jam di dalam kokpit. Beliau tidak perlu berlatih untuk membelok kerana sudah banyak kali melakukannya.

“Simulator mungkin digunakannya bagi membolehkannya terbiasa dengan perisian baru sistem 777. Juruterbang biasa menggunakan simulator bagi menambah kepakaran,” katanya.

Katanya, hasil penyiasatan hanya akan dapat diperoleh selepas bertahun-tahun ia dijalankan.

“Sekarang pelbagai kemahiran diperlukan seperti saintifik, forensik, pengurusan, ketenteraan, undang-undang dan politik. Ia melibatkan perbezaan bahasa dan budaya.

“Kerja penyiasatan yang dijalankan setakat ini tidak memberangsangkan,” katanya.

Beliau mengulas Putrajaya yang memohon bantuan 25 negara bagi meluaskan operasi pencarian.

“Kini, kebanyakan negara diminta memeriksa rekod radar sama ada melintasi koridor udara antarabangsa atau ketenteraan,” katanya. -TMI

Dr M : Malaysia perlu bersedia berdepan krisis kewangan

Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan satu lagi krisis kewangan dunia yang dijangka berlaku berikutan kenaikan harga dan kurang kuasa membeli.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed (gambar) berkata negara perlu merangka strategi berdasarkan pengalaman lalu dan mencari punca krisis.

"Dengan krisis kewangan semasa dan yang lepas, kita perlu meneliti dan seterusnya mencari idea-idea mengenai cara bagi menyediakan diri kita untuk mengatasinya," katanya pada sidang akhbar selepas sesi meja bulat antarabangsa Yayasan Kepimpinan Perdana, mengenai “Bertahan Dalam Krisis Kewangan Global Akan Datang”, di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya peringkat pertama akan melibatkan memahami mekanisme dan apabila dicapai, krisis berkenaan boleh diuruskan.

"Saya bekas doktor dan pendekatan kita perlu seperti seorang doktor," katanya.

Sesi meja bulat itu membincangkan cara-cara untuk mengatasi krisis kewangan dan hasilnya akan dikemukakan kepada kerajaan.

Sesi itu dianjurkan Yayasan Kepimpinan Perdana dan ditaja oleh YTL Corp Bhd, Malaysia Airlines, Bina Puri, Westports, AmBank, UEM dan Bank Rakyat.

Pesertanya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar, Timbalan Pengerusi Khazanah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi AmBank Tan Sri Azman Hashim, Pengarah Urusan YTL Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping, Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik, Pengerusi/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Symphony Life Tan Sri Azman Yahya dan Pengerusi ISIS Tan Sri Jawhar Hassan.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata beliau sedih dengan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, sejak 8 Mac lepas.

"Anehnya ia tidak boleh dikesan melalui satelit dengan 20 negara membantu dalam usaha mencari dan menyelamat," katanya. – Bernama

Najib Ditegur Kerana Tuduh Juruterbang Larikan Pesawat



China mengkritik Malaysia lagi berhubung maklumat bercanggah yang diberikan berhubung kehilangan pesawat MH370, dengan media tempatan dan pengguna sosial media semakin skeptikal ketika misi mencari dan menyelamat masuk hari ke-10.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan bahawa kehilangan pesawat Malaysia Airlines mungkin ‘sengaja’ dan pesawat itu terbang beberapa jam lagi selepas meninggalkan laluan asalnya untuk ke Beijing.

Dalam editorialnya, akhbar China Daily mempersoalkan mengapa pengumuman dari Kuala Lumpr itu hanya datang selepas lebih seminggu pesawat itu lesap dan tertanya-tanya sama ada Malaysia berkongsi semua maklumat yang dikumpul, atau tidak.

“Percanggahan dan maklumat sedikit demi sedikit yang diberikan oleh kerajaan dan Malaysia Airlines menyukarkan usaha mencari dan keseluruhan insiden itu jadi lebih misteri,” tulis akhbar itu.

“Apa lagi yang Malaysia tahu tetapi belum dikongsi dengan dunia,” katanya.

Dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara Malaysia, dan Beijing bersikap kritikal terhadap perkongsian maklumat daripada Malaysia – kekhuatiran yang semakin meningkat kerana bimbang pesawat itu mungkin dirampas.

“Adalah amat penting sebarang kekeliruan yang mungkin dieksploitasi oleh perampas atau pengganas dikenal pasti secepat mungkin kerana kita perlu mencari perancangan tindak balas,” lapor China Daily.

Ketua fakulti Pengajian Cina Kontemporari di Universiti Nottingham, Yao Shujie yang menulis di akhbar Global Times di China berkata, Malaysia “hilang autoriti dan kredibiliti” kerana maklum balasnya yang kelam-kabut.

“Kekurangan kekuatan dan pengalaman mengendalikan insiden itu menyebabkan kerajaan Malaysia tidak berdaya dan kepenatan dengan menafikan pelbagai khabar angin.

“Jika misi mencari itu terus tidak membawa hasil walaupun selepas mengikut maklumat baru, lebih baik Malaysia serahkan kuasa perintahnya kepada operasi menyelamat antarabangsa,” tulis Yao.

Kehilangan pesawat itu kekal menjadi topik paling hangat didebatkan di jaringan sosial, dengan kebanyakan pengguna Sina Weibo, iaitu laman sosial China mirip Twitter, melaungkan kebimbangan selepas maklumat berkenaan diberikan oleh kerajaan Malaysia.

“Mengapa baru sekarang mereka sahkan ia mungkin dirampas?”

“Malaysia, apa lagi yang anda sembunyikan,” tulis seorang pengguna Sina Weibo pagi ini ketika mengulas perkembangan terbaru yang didedahkan Malaysia.

Posting lain ialah:”Saya semakin kecewa dengan Malaysia dan kerajaan mereka yang tidak boleh dipercayai. Saya tidak merancang pergi ke sana pada masa depan.”

Minggu lalu, salah satu mesej yang tersebar luas ialah posting yang tertulis:”Vietnam terus menemui sesuatu. Malaysia Airlines asyik menafikan. China masih terus menghantar pasukan penyelamat.”

Hari ini, mesej terbaru yang tersebar luas di internet ialah:”Malaysia menyampaikan maklumat tidak benar sepanjang minggu. Vietnam dapat penemuan tidak berguna. China memberikan berita bernilai minggu ini.” -TMI

Saturday, March 15, 2014

Misteri Dalam Radar TUDM Adalah Pesawat MH370

Titik misteri yang dikesan dalam radar Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) sekitar ruang udara di utara Malaysia sebelum hilang disahkan sebagai pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang sejak Sabtu lalu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengesahan pesawat tersebut dibuat berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh dari penyedia data servis satelit.

“Berdasarkan data kasar dari satelit yang diperoleh, kami boleh mengesahkan disini bahawa pesawat tersebut adalah pesawat MH370 dan pengesahan ini dilakukan setelah hasil penelitian data-data dari pihak-pihak yang terlibat seperti FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia,” kata Najib dalam satu sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang tadi.

Meskipun terdapat laporan media mengatakan bahawa pesawat tersebut dirampas, Najib menyatakan bahawa mereka menyiasat segala kemungkinan yang ada.

Najib menerangkan dalam fasa pertama pencarian pesawat tersebut, data radar dari TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang tidak dapat disahkan jenisnya telah berpatah balik dan telah melalui laluan penerbangan melewati Selat Melaka.

“Berdasarkan maklumat penting itu juga, kita telah menggerakkan operasi mencari dan menyelamat itu merangkumi kawasan Selat Melaka hingga ke Laut Andaman dan menerusi data dari satelit juga, kami boleh merumuskan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Kedudukan (ACARS) telah dimatikan sebelum pesawat tersebut sampai di ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan tidak lama itu pula, ‘transponder’ pesawat tersebut pula dimatikan berhampiran ruang komunikasi udara sempadan Malaysia dan Vietnam,”.

Di saat itulah juga, radar utama TUDM menunjukkan bahawa terdapat sebuah pesawat yang dipercayai adalah pesawat MH370 telah terbang ke arah barat dan berpatah balik ke Semenanjung Malaysia sebelum bertukar arah ke barat daya, namun jenis dan identiti pesawat tersebut tidak dapat disahkan,”.

Gerakan pesawat tersebut sangat konsisten seperti seseorang yang sangat mahir mengendalikan penerbangan dan sengaja mengubah haluan pesawat tersebut.

Menurut data tersebut juga, komunikasi terakhir antara pesawat tersebut dengan satelit adalah direkodkan pada jam 8.11 pagi (waktu Malaysia) pada Sabtu lalu dan pasukan penyiasat kini membuat kiraan untuk mengetahui kejauhan pesawat tersebut terbang setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu tercatat.

Beliau menambah, pihaknya bagaimanapun tidak dapat mengesahkan kedudukan sebenar pesawat tersebut setelah komunikasi terakhir dengan satelit itu dilakukan.

Dengan data terbaru yang konsisten dengan komunikasi pesawat dan satelit itu, penguasa penerbangan Malaysia dan antarabangsa telah membuat satu ketetapan bahawa pesawat tersebut berkemungkinan berada antara satu dari dua koridor penerbangan disitu.

“Koridor yang dimaskudkan itu adalah koridor utara yang menjangkau sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan yang merangkumi Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi dan pasukan penyiasat kini sedang meneliti informasi tersebut,”.

Dengan perkembangan informasi dari satelit itu, gerakan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan telah dihentikan dan fasa mencari dan menyelamat itu kini telah diubah penggunaan asset-aset yang terlibat.

“Kami kini bekerjasama dengan negara-negara yang relevan berdasarkan informasi tersebut terutama dalam perkongsian maklumat pencarian termasuk data dari radar,” kata Najib lagi. -astroawani



Keluarga mangsa MH370 rasa ada sesuatu yang disembunyikan?

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan keluarga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.



Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

"Tiada yang menjerit tetapi saya dapat melihat raut wajah mereka. Malah saya dan anggota keluarga lain cuba yang terbaik untuk bersabar. Ibu meminta kami untuk tidak membuat hal. Jadi kita menghormati permintaannya itu," kata Zulkifli .

Beliau tiba di sini dengan nenek Muhammad Razahan dua malam lalu untuk memberi sokongan moral kepada abang dan kakak iparnya.

Turut bersetuju sentimen yang sama adalah waris warga Ukraine, Chustrak Oleg Ukraine, 45, dan Deineka Sergii Ukraine, 45.

Lelaki yang enggan namanya disiarkan berkata, apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap.

"Kami mahu lebih. Ia tidak lengkap," katanya.

Warga Ukraine, Muhammad Razahan dan isteri adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal adalah antara penumpang yang ditakdirkan untuk berada dalam pesawat malang MH370 itu.

Lebih 100 ahli keluarga penumpang MH370 ditempatkan di Hotel Everly sementara menanti perkembangan terkini mengenai pesawat yang hilang.

Daripada 239 orang penumpang, 38 daripada mereka adalah warga Malaysia, 159 warga China dan selebihnya dari 12 negara lain termasuk Indonesia dan India.

Najib awal hari ini berkata pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan di luar Indonesia di selatan selepas bukti menunjukkan hubungan terakhir adalah pada jam 8:11 di utara Selat Melaka.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan hubungan komunikasi dimatikan adalah disengajakan tetapi tidak mengatakan ia satu rampasan pesawat .

Penyiasat mengesahkan pesawat dikesan radar tentera adalah pesawat milik MAS MH370, selepas komunikasi mungkin dimatikan sebelum ia sampai di pantai timur Malaysia seminggu lalu, Reuters memetik Najib sebagai berkata.

"Walaupun laporan media mengatakan pesawat itu dirampas, saya ingin menegaskan, kami masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 tersasar daripada laluan asal," kata Najib, membaca kenyataan bertulisnya di sidang akhbar yang dipenuhi pengamal media.

Beliau berkata, satelit mengatakan pesawat Boeing 777- 200ER (9M- MRO) berada di salah satu daripada dua koridor: di bahagian utara Thailand hingga ke Kazakhstan, atau di bahagian selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa laporan sebelum ini memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mengesahkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dirampas.

~ The Malaysian Insider

Pakar percaya MH370 belum terhempas

Pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu yang menimbulkan 1001 pertanyaan sehingga kini (14 Mac), dipercayai masih lagi belum terhempas, tegas pakar penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Katanya, kesimpulan sama ada pesawat itu terhempas atau tidak hanya boleh diberi sehingga bangkai pesawat itu ditemui, tetapi sehingga sekarang ia jejaknya masih belum dikesan oleh mana-mana pasukan pencari dan penyelamat.

Dr Samsuri berkata, andaian ini dibuat kerana sehingga kini tidak terdapat sebarang isyarat daripada pesawat itu yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih itu.

Katanya, MH370 sebenarnya boleh mengesan dan menghantar isyarat kepada pusat kawalan sekiranya pesawat itu terhempas, apabila ia menyentuh tanah di bumi atau air lautan.

“Ia direka begitu. Tapi tiada isyarat itu. Ini bermakna ia tidak terhempas. Semua pihak harus memberikan harapan bahawa pesawat itu belum lagi terhempas,” katanya.

Beliau juga yakin, pesawat berkenaan tidak dirampas kerana setelah tujuh hari ianya hilang, tiada sesiapa pun yang mendakwa merampas pesawat berkenaan atau menyiarkan apa-apa tuntutan melalui website, YouTube, instagram atau lain-lain laman sosial kepada pihak sasaran. Katanya, jika diteliti rekod 10 tahun lalu, perampas tidak berlengah untuk me ngaku dan menyatakan tuntutannya.

Ketika diwawancara 14 Mac lalu di Pejabat Harakah, Dr Samsuri yang juga bekas pakar rujuk (penasihat) kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dalam bidang Aeroangkasa 2007-2008 berkata, jika berlaku rampasan, ia pasti ada mukadimahnya yang turut menjelaskan kenapa pesawat itu dirampas.

“Untuk dikatakan berlakunya rampasan, saya tak yakin. Opsyen yang pertama tidak terhempas, opsyen kedua tidak dirampas.

Beliau berkata, jika pesawat itu mendarat di manamana lokasi atau di pangkalan tentera, ia masih lagi boleh dikesan oleh pelbagai pihak.

Dalam dunia moden sekarang, jelas Dr Samsuri yang juga Setiausaha Politik Kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberitahu, susah hendak disembunyikan pesawat sebesar itu jika ia dirampas dan berada di lokasi tertentu termasuk di pangkalan tentera kerana terdapatnya pengesan satelit.

“Malah kedudukan kita sekarang pun ada satelit AS yang boleh kesan, apatah lagi kapal terbang yang saiznya jauh lebih besar daripada tubuh kita.

“Penjelasan daripada segi ilmu penerbangan dan sains teknologi, nampaknya masih lagi gagal menjawab misteri ini,” ujarnya.

Beliau yang juga bekas Prof Madya Jabatan Kejuruteraan Aeroangkasa, Fakulti Kejuruteraan, UPM itu berkata, sekiranya pesawat itu disembunyikan di mana-mana lapangan terbang, ia pasti dapat dikesan, tambahan pula usaha mencarinya kini sudah ke peringkat multinasional yang turut melibatkan negara kuasa besar China dan Amerika.

Jika ia tidak dapat dikesan oleh Amerika, tegasnya, ia pasti akan dapat dikesan oleh negara lain termasuk China jika ia disembunyikan di mana-mana lapangan terbang rahsia sekalipun.

Disebabkan keadaan ini, beliau mahu usaha mencari dan menyelamat pesawat serta para penumpang dan anak kapal mesti diteruskan kerana kejadian yang berlaku sangat-sangat di luar kawalan manusia.

“Sebenarnya, naluri pertama bagi seorang juruterbang, sekiranya apa saja masalah sekecil-kecilnya terjadi, dia akan terus berkomunikasi dengan menara kawalan, tetapi ini tidak berlaku.

“Itu saja sudah cukup untuk memberikan gambaran dan tanda tanya kenapa ia tidak berkomunikasi?” soal beliau.

Lima Maut Di Pesta Festival Future Music Asia

Lima dilaporkan meninggal dunia ketika menghadiri Festival Future Music Asia (FMFA) 2014 yang berlangsung di Stadium tertutup Bukit Jalil malam tadi.

"Lima yang meninggal dunia termasuk tiga berbangsa Melayu, seorang Cina dan seorang India. Seorang meninggal dunia di tapak konsert, manakala seorang lagi dalam perjalanan ke hosiptal, manakala tiga yang lain meninggal dunia di hospital. Mereka berusia sekitar 21 sehingga 28 tahun," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh.

Manakala empat yang lain dilaporkan dalam keadaan kritikal dipercayai turut mengambil dadah berlebihan. Dua dari mereka adalah warga tempatan manakala dua yang lain warga Singapura.

Polis percaya dadah diperolehi sebelum mamasuki stadium.

“Keempat-empat yang kritikal telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),” menurut polis.

Susulan itu konsert hari ketiga yang seharusnya berlangsung malam ini dibatalkan.

Sepanjang dua hari festival berlangsung yang bermula Khamis lalu, polis turut menahan 22 individu yang dikaitkan dengan dadah.

“Pasukan narkotik dari ibu pejabat Bali Polis Cheras telah menahan tiga individu warga asing yang memiliki pil ecstasy pada hari pertama festival. 12 lagi warga asing dan tujuh rakyat tempatan ditahan pada hari berikutnya kerana dikaitkan dengan dadah.”

Festival yang diberikan jolokan pesta muzik elektronik terbesar di Asia Tenggara itu menampilkan nama-nama besar muzik antarabangsa termasuk pemenang anugerah Grammy seperti Pharell Williams, Macklemore & Ryan Lewis dan ramai lagi. -astroawani

Jais ambil tindakan undang-undang terhadap Raja Bomoh

"Raja Bomoh" yang melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini, kononnya bagi membantu usaha mengesan kehilangan pesawat MH370, bakal dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Antara ritual yang dilakukan oleh Raja Bomoh yang menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat Islam yang dikatakan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. - Gambar The Malaysian Insider.

Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata tindakan itu akan dikenakan ke atas Ibrahim Mat Zin, 80, jika siasatan Jais mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.

"Jais menerima banyak aduan daripada orang ramai, termasuk melalui laman sesawang dan Facebook Jais, berhubung perbuatan dia.

"Merujuk kepada aduan itu, Jais sedang meneliti dan menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor," katanya kepada pemberita di Shah Alam.

Rabu lepas, Ibrahim dilapor melakukan ritual ala-ala "tikar terbang" dengan disertai beberapa lelaki memegang dua biji kelapa yang tidak diketahui fungsinya.

Dua hari sebelum itu, Ibrahim turut muncul di KLIA melakukan ritual menggunakan bubu mata pancing.

Mengulas lanjut, Ahmad Zaharin berkata pihaknya juga masih melakukan pemantauan di KLIA bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang. - Bernama

Bekas Timbalan Menteri Shariff Omar Sertai PKR

Kajang: Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), sejak hampir setahun selepas beliau dipecat dari Umno. Gambar fail.

"Saya datang dari Pulau Pinang untuk menyuarakan sokongan saya kepada Pakatan Rakyat. Saya merasakan ini adalah satu panggilan," katanya kepada hadirin pada ceramah di Stadium Kajang di sini, Jumaat.

Selain Mohd Shariff, lima pemimpin bahagian Umno turut menyertai parti itu.

Mohd Shariff, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Tasek Gelugor selama enam penggal.

Beliau secara automatik dipecat dari Umno selepas menghantar borang penamaan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai calon bebas pada April tahun lepas.

Turut hadir pada majlis ceramah itu ialah calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Hatta Ramli. -mstar

Friday, March 14, 2014

‘Raja bomoh’ mahu tampar Khairy Jamaluddin

'Raja bomoh' Ibrahim Mat Zain (tengah) bersama pembantunya di KLIA Rabu lepas bersedia menjalankan upacara mencari pesawat MH370. Hari ini, Ibrahim mengancam untuk menampar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin atas 'tweet' menggesa agar raja bomoh itu ditangkap. – Gambar fail."Raja bomoh" Ibrahim Mat Zain yang kini menjadi perhatian media antarabangsa mengancam untuk menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.

Ibrahim marah dengan kenyataan Khairy yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau itu melalui akaun Twitternya, @khairykj.

"Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin hari ini. Saya cabar dia.

“Letak jawatan jadi menteri dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita berlawan," kata Ibrahim dalam satu klip video YouTube disiarkan blog www.suara.tv.

"Saya tampar dia macam (semudah menampar) buaya nanti, baru dia tahu," katanya.

Ibrahim yang sebelum ini mengugut untuk menyaman pihak yang mengatakan beliau bercanggah dengan ajaran Islam berkata akan mengemukakan saman sebanyak RM100 juta sekiranya Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno itu mengulangi kenyataannya.

"Saya bagitahu Khairy, kalau dia buat lagi saya nak saman dia RM100 juta. Menjatuhkan imej Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zain.

"Anak murid saya seramai beberapa juta orang akan sanggup ke depan ke mahkamah," katanya.

Khairy pada 12 Mac lalu menulis di akaun Twitter @khairykj, "bomoh permaidani sakti" itu perlu ditangkap kerana "memalukan" negara.

Ibrahim pada Isnin mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.

Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yasin.

Beliau muncul sekali lagi pada hari Rabu dan bersama tiga orang pembantu yang diarahkannya supaya duduk bersila dalam satu barisan di atas satu pengalas, diperhatikan orang ramai.

Ibrahim yang melakukan ritual untuk membantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di KLIA menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja," katanya. – TMI

PRK Kajang :Pemimpin Umno Serah Borang Sertai PR

Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.

Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan 'keluar Umno masuk Pakatan' ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar.

Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.

Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.

SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi 'Langkah Kajang'.

Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat 'Wancana AMK' yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda SAMM

Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman

Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.



Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia.

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan.

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan.

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar

Saintis China kait gegaran dengan MH370



Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.

Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.

"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.

Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.

Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam. -MK

Tok Bomoh Ugut Saman Orang Yang Tuduh Amalannya Khurafat!

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.

Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. -TMI

Thursday, March 13, 2014

Satelit China Temui Bangkai Pesawat Disyaki MH370

Sebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut", yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut.

Tiga imej satelit, yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri negara China, telah muncul bagi menunjukkan serpihan bangkai yang berada di laut pada hari Ahad - sehari selepas pesawat yang membawa 239 orang hilang.

Imej ini, pertama kali dikeluarkan oleh CCTV Amerika, menunjukkan satu objek di lautan dikesan oleh satelit China pada hari Ahad.

Satelit itu menemukan tiga tompok yang berlainan saiz, yang terbesar bersaiz 24m kali 22m.

Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan.

Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang.

Seorang bekas pegawai keselamatan Penerbangan Amerika berkata imej-imej berkenaan merupakan satu petunjuk kuat yang pertama yang ditemui selaras dengan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Peter Goelz , bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, memberitahu CNN: "Ini (imej) adalah satu bukti kukuh yang kita ada setakat ini di mana ia beada di laluan penerbangan yang betul." -news.com.au







MH370 : Hishamuddin diserang wartawan asing?

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein diserang wartawan media antarabangsa ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau dan beberapa agensi kerajaan didapati bercanggah antara satu sama lain.



Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kejadian serangan media antarabangsa terhadap Hishamuddin itu berlaku dalam sidang media harian insiden kehilangan pesawat MAS MH370 yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), petang semalam.

“Kalau inilah berlaku, maka Umno tidak ada kepimpinan yang telus sebab itu dalam sidang media yang kita saksikan, media antarabangsa menyerang Hishamuddin dengan mengatakan Kerajaan Malaysia tidak jujur, tidak telus dalam memberi maklumat insiden MH370.

“Rumusan saya adalah menteri Umno ini tidak biasa berdepan dengan media antarabangsa. Dia cuma biasa jawab dengan Utusan Malaysia, TV3 dan RTM. Dia tak biasa dengan CNN, BBC, Al-Jazera dan media antarabangsa lain tetapi yang dia boleh tipu dengan Utusan serta TV3.

“Sebab itu bila ada lebih 50 media antarabangsa berkampung di KLIA, dia tidak boleh jawab kerana Perdana Menteri terlalu lemah, jelek dan tidak mampu menangani krisis yang dihadapi rakyat,” katanya dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang diadakan di Taman Mesra, di sini, semalam.

Beliau turut menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat menolak usul tergempar yang dibawa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar untuk membincangkan insiden MH370 sebagai tidak wajar.

“Kita mahu membincangkan kenyataan yang dikeluarkan setiap agensi yang bercanggah. Polis keluar kenyataan berbeza daripada Jabatan Penerbangan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Menteri Pengangkutan.

“Speaker Dewan Rakyat dengan mudah menolak usul terbabit dengan mengatakan cukuplah simpati yang ditunjukkan Perdana Menteri, tidak perlu kita bahas.

“Kita bukan mahu kenyataan daripada satu atau dua individu tetapi ingin Dewan Rakyat sebagai tempat yang tinggi dalam sistem kenegaraan membincangkan isu ini supaya boleh bersama dalam operasi mencari dan menyelamat dengan membantu memberi sedikit kelegaan serta mengurangkan keresahan keluarga mereka,” katanya.

Pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas

Seorang pekerja pelantar minyak mendakwa melihat pesawat MH370 terhempas semasa bekerja di selatan pantai Vietnam.

Laporan menyatakan lelaki itu menghantar email kepada majikannya menyatakan dia menyaksikan kemalangan itu.

“Saya percaya saya melihat kapal terbang Malaysia Airlines terhempas. Masa kejadian yang sama,” kata lelaki itu dalam e-mel.

“Saya cuba untuk menghubungi pegawai-pegawai Malaysia dan Vietnam beberapa hari lepas. Tetapi saya tidak tahu jika mesej saya telah diterima atau belum.” Pegawai Vietnam mengesahkan mereka menerima e-mel tersebut.

Dia juga menyatakan koordinat GPS lokasi beliau dan lokasi anggaran di mana beliau melihat pesawat tersebut.

Sumber
dialogua.com

Guna Bomoh Malukan Malaysia Dimata Dunia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.

"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.

"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.

Curi perhatian

Bomoh yang dimaksudkan, Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.

MH370: Media Antarabangsa Lapor Pemimpin Malaysia "Tak Ada Otak"?

Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan “tikar terbang” yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. -TMI

Guna bomoh cari MH370 bertentangan ajaran Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa memohon kepada Allah yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang www.islam.gov.my.

"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama

Warga Siber Persoal Adakah Foto Ini Tulen?



Semalam pihak polis telah mendedahkan foto dua individu yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport curi. Namun, dua foto berkenaan diragui dan telah mendapat pelbagai ulasan dan kritikan di laman sosial.

Gambar tersebut adalah "screencapture" dari video yang disebarkan.

Begitu aneh, bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan latar lantainya sama.

Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah berlainan. Bahagian kaki itu serupa sangat dan seperti di"photoshop"kan.

Semalam polis mendedahkan identiti pemuda berkenaan, dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya dan yang kedua juga warga Iran bernama Delajar Syed Mohamad Reza, 30.

Selain dari foto yang mencerigakan itu, pemuda itu nampaknya tidak menepati dengan ciri-ciri yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang menyatakan "kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.".

Malah mengikut Azharuddin, pemuda itu "berkulit hitam" dan tanyanya: "Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"

Pihak polis perlu tampil menjelaskannya sebelum lebih ramai membuat tanggapan bahawa ia adalah sekeping gambar palsu.

Ini mengingatkan kita tentang Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Menteri Pertahanan) yang menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang dipertikaikan.



Apa hal sebenar di belakang semua ini?