Friday, November 28, 2014

Dalam UMNO ada perjuangan 'punch card'?

Perwakilan Alor Gajah Mustafa Musa menghangatkan perbahasan Persidangan Agung Umno dengan mengkritik sikap anggota parti itu yang hanya hadir menunjukkan muka dalam program parti.

“Perjuangan menunjukkan diri kepada pemimpin untuk dinobatkan kepada adalah perjuangan yang bacul dan palsu,”katanya.

Golongan itu, katanya, hanya datang untuk “punch card” dan pulang tanpa sebarang pengisian.

“Benar bila presiden datang, timbalan presiden datang, naib presiden dan naib menteri datang, dewan kita penuh. Istilah (itu) punch card. Bila menteri balik semua pun hilang, betul?

“Yang tinggal cuma payung dan karipap. Yang goreng-goreng itu yang ditinggalkan, perjuangan apa ini?" katanya.

'Gambar pemimpin kita dipijak'

Sebelum itu, Mustafa membangkitkan keadaan Umno sekarang ini yang menurutnya semakin tenat dan perlu berubah.

“Saya dapati bahawa Umno semakin tenat adakah tuan-tuan bersetuju? Umno semakin tenat dalam erti kata jika kita tidak berubah maka tidak mustahil kita diubah,” katanya.

Tanpa menyentuh langsung insiden tertentu, beliau turut menyatakan kesedihannya terhadap insiden yang menyaksikan pemimpin Umno direndahkan.

“Pembangkang yang nyata-nyata memijak gambar pemimpin kita. Hiba hati saya lihat wajah pemimpin dikoyakkan.

"Hiba hati saya (apabila) Melayu dipermainkan. Hiba hati saya Islam dipersenda,” katanya.

Tuesday, November 25, 2014

Benarkah Sabah masih tidak selamat?

Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi.

“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi atas talian.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.

Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.

“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

-mk

Saturday, November 22, 2014

SPRM akan siasat ahli politik BN

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius kenyataan seorang hartawan China yang mendakwa pernah membayar sejumlah wang kepada ahli-ahli politik untuk operasi perlombongannya.

Kenyataan SPRM hari ini menyatakan, Ketua Eksekutif CAA Resources, Li Yang pernah membayar kira-kira AS$100,000 kepada ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mereka mendapatkan gelaran Datuk, sekali gus memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu. SPRM akan bertemu dengan Li Yang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, menegaskan SPRM yang mengambil pelbagai pendekatan untuk membanteras rasuah tidak akan bertolak ansur dengan apa jua bentuk rasuah termasuk perbuatan meminta dan memberi rasuah.

“Dakwaan dibuat oleh Li Yang juga boleh merosakkan nama dan imej pihak istana di mana kemungkinan ada pihak tengah yang cuba mengambil kesempatan meminta wang daripada ahli-ahli perniagaan,” ujarnya.

Beliau berkata, SPRM akan bertindak tegas jika benar wujud perbuatan meminta wang sogokan atau rasuah daripada ahli-ahli perniagaan bagi memudahkan operasi perniagaan. Ini terbukti dengan kes-kes yang pernah di bawah ke mahkamah sebelumnya.

Pada tahun lalu, seorang kontraktor dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan denda RM50,000 kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 iaitu meminta suapan RM5,000 sebagai dorongan membantu seorang individu memperoleh Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tegas beliau, SPRM juga ingin menegaskan bahawa jenayah rasuah hanya boleh diperangi habis-habisan sekiranya semua pihak memberi kerjasama dengan memberi maklumat dan bukti mencukupi.

-fmt

Masalah bekalan ikan di Sabah berkurang

KOTA KINABALU: Bekalan ikan di sekitar Kota Kinabalu dijangka terjejas berikutan tindakan para pemilik bot nelayan menghentikan operasi.

Persatuan Pemilik Bot Penangkap Ikan Kota Kinabalu (KKFBOA) menjelaskan, tindakan menghentikan operasi berikutan tekanan yuran yang tinggi dan mengelak kerugian yang lebih besar.

Pengerusinya, Simon Hung berkata, keputusan menghentikan operasi itu dibuat baru-baru ini dalam mesyuarat tergempar dan menggesa kerajaan campur tangan.

Beliau mendakwa, para pemilik terpaksa membayar yuran kira-kira RM1,800 sebulan selepas Pemasaran Perikanan Sabah (Safma) melantik sebuah syarikat persendirian untuk mengutip pelbagai yuran.

Tambahnya, selain pelbagai caj yang dikenakan, pengusaha dan pemilik bot juga berdepan dengan peningkatan harga diesel daripada RM1 kepada RM1.25 kemudian bertambah RM1.45 dan sekarang RM1.65 seliter dalam tempoh dua tahun.

“Harga diesel meningkat sehingga 65 peratus sejak dua tahun yang lalu dan ini merangkumi 60 peratus kos operasi kami. Selepas mengambil kira kos terbabit, ahli-ahli persatuan memutuskan untuk menghentikan operasi bagi mengelak kerugian,” katanya dalam suatu kenyataan.

Sehubungan itu, Hung menjangkakan bahawa bekalan ikan pada bulan-bulan akan datang akan berkurangan dengan Disember merupakan musim rendah bagi kegiatan menangkap ikan.

Beliau juga menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta pihak berkuasa SAFMA Sdn Bhd untuk meneliti masalah ini termasuk mengenakan bayaran yang sama dikenakan terhadap jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Kami menggunakan jeti itu selama 30 tahun dan ianya satu-satunya jeti yang ada di Kota Kinabalu. Kami sebenarnya tidak menentang pembayaran itu tetapi hanya jika kadarnya sama seperti yang dikenakan ke atas LKIM,” katanya menambah caj yang dikenaan juga sentiasa turun naik tanpa rundingan terlebih dahulu dibuat dengan pengusaha bot.

-fmt

Pendedahan pembantu dibayar RM2.6 juta cuma sandiwara Pakatan

Pendedahan mengenai pembayaran pampasan atau "golden handshake" bernilai RM2.6 juta kepada lapan pembantu bekas menteri besar Selangor hanyalah sandiwara Pakatan Rakyat (PR) semata-mata kata Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor itu berkata, pendedahan yang dibuat Mohamed Azmin Ali itu bukanlah perkara baru kerana ia juga dilakukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa baru menjadi menteri besar Selangor.

Katanya Khalid ketika di awal pentadbirannya juga melakukan perkara sama dengan menuduh Barisan Nasional (BN) tidak telus terlibat dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Kerana menteri besar nak tunjuk dia ikhlas, nak tunjuk dia telus macamana Khalid Ibrahim buat dulu akhirnya ini semua wayang.

"Semua berlakon bila ada kuasa semua lupa, hari ini apa menteri besar buat. Saya tengok dia hanya banyak meneruskan apa yang dirancang Khalid dulu," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sunathon di Tangjung Karang hari ini.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan pembayaran tersebut dibuat di penghujung tempoh perkhidmatan Khalid sebelum Azmin mengambil alih jawatan menteri besar Selangor.

Antara yang dilaporkan menerima bayaran tersebut adalah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Faekah Husin yang didakwa menerima RM695,400, bekas Setiausaha Akhbar Abdul Khalid, Arfa’ezah Abdul Aziz (RM413,000) dan Setiausaha Politik, Mustapa Mohd Talib (RM265,000).

Ia turut diakui Azmin sendiri apabila tidak menolak berlakunya salah guna kuasa MBI mengenai nilai pampasan tersebut.

Khalid dalam reaksinya menjelaskan semua 8 bekas pembantunya itu layak mendapat habuan tersebut sebagai balasan atas jasa dan pengorbanan mereka.

Sementara itu, Noh ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kegagalan BN menawan Selangor adalah kerana ketiadaan ikon untuk menarik sokongan pengundi berkata PR juga tidak mempunyai ikon dalam parti mereka.

"Pembangkang ada ikon? Pendedahan bayaran pampasan yang dilaporkan bukan kita yang dedahkan, ia daripada pihak mereka sendiri.

"Khalid dulu kononnya ikon seorang pemimpin yang sangat telus tetapi hari ini apa jadi, saya percaya lebih banyak lagi penyelewengan Khalid akan didedahkan Azmin," katanya.

Noh berkata, sebagai parti yang berdaya saing kepimpinan negeri itu tidak menolak cadangan untuk menwujudkan ikon yang boleh diangkat dalam Umno.

"Sebab itu kita sentiasa terbuka mencari muka-muka baru dalam parti kita banyak menyasarkan program bersama anak muda dengan harapan agar mereka ini boleh menjadi ikon Umno Selangor kelak," katanya. –TMI

Wednesday, November 19, 2014

Harga petrol RON97 turun 20 seliter

Harga petrol RON97 akan turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam ini.

Ia turun 20 sen daripada RM2.75 seliter sekarang.

Ia telah disahkan oleh Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia.

Pada harga RM2.55 seliter, harga petrol RON97 hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang disubsidi kerajaan.

Kerajaan memberi subsidi 13 seb seliter bagi petrol RON95. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengesahkan perkara itu di laman Twitternya.

"RON97 turun 20 sen seliter daripada RM2.75 kepada RM2.55 mulai tengah malam ini, 19 Nov," katanya.

Beliau turut menyertakan paparan salinan surat daripada Kementerian Kewangan kepada Petronas Dagangan Berhad berhubung penurunan harga bahan api itu dalam laman Twitternya.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran. -mk

Tuesday, November 18, 2014

Caj arak dalam tiket, MAS tipu penumpang Islam?

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) mendakwa syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menipu penumpang Islam apabila mengenakan caj arak dalam tiket mereka.

Kenyataan itu susulan pendedahan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi baru-baru ini mengatakan harga tiket yang dibeli penumpang merangkumi semua kemudahan dalam pesawat termasuk makanan dan minuman.

"Memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam," kata presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid yang dipetik dalam Sinar Harian hari ini.

Langkah tersebut menyebabkan ramai pengguna Islam yang menggunakan penerbangan MAS tidak selesa dengan keadaan tersebut, kata Azmi.

"Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan berasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain.

"Harus diingat ada ramai bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS," katanya.

Beliau juga menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai isu tersebut dan membidas MAS dan Putrajaya kerana gagal menyediakan polisi mengikut landasan Islam walaupun sudah hampir 50 tahun syarikat penerbangan itu diterajui pengerusi beragama Islam.

"Kami berpendapat sangat pelik ketika MAS sudah berusia 50 tahun, polisi mengenai arak dan pakaian pramugari masih tidak dapat ditentukan kerajaan yang diterajui pengurusan beragama Islam.

"Tidak wajar memberi alasan yang khidmat MAS membawa semua penumpang termasuk bukan Islam menjadi sebab hidangan arak," katanya.

Syarikat penerbangan negara tersebut sedang melalui proses pemulihan selepas mencatat kerugian berturut, di samping berdepan dua tragedi yang mendapat perhatian dunia tahun ini.

Putrajaya juga terpaksa campur tangan dalam usaha memulihkan syarikat penerbangan negara tersebut. – TMI

PAS Pula Desak DAP Keluar Pakatan?

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengingatkan DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman PAS.

Katanya, DAP dialu-alukan meninggalkan Pakatan Rakyat jika tidak senang dengan parti Islam itu, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Laporan itu juga menyebut, timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan itu berkata DAP tidak perlu mencari jalan menggunakan "isu kecil" untuk menyingkirkan PAS dari gabungan parti pembangkang itu.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar Pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar Pakatan, keluarlah. Jangan desak PAS untuk keluar Pakatan,” kata seperti dilapor dalam akhbar itu hari ini.

Mohd Amar mengulas resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang mendesak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mohd Amar hadir selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menempelak tindakan pemimpin DAP yang mempersoalkan kegagalan Hadi hadir ke mesyuarat itu kerana keuzuran.

Bekas menteri besar Kelantan itu menyifatkan tindakan mempersoalkan ketidakhadiran presiden PAS itu sebagai "kerja orang bodoh".

Malah, Hadi sebelum itu turut mempertahankan tindakannya dan terpulang kepada beliau untuk hadir atau tidak perlu diminta hadir ke mesyuarat berkenaan.

-mk

Benarkah Sabah masih tidak selamat untuk pelancong?

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata enggan mengambil risiko mempromosikan Sabah selagi kes penculikan melibatkan pelancong asing di negeri itu masih belum selesai.

Menteri pelancongan itu berkata beliau sendiri tidak mahu pergi ke Lahad Datu buat masa ini, apatah lagi menggesa duta Malaysia di luar negara mempromosikan kawasan pelancongan yang masih belum selamat itu.

"Saya tidak berani hendak bagi jaminan Sabah selamat sedangkan ada lagi dua kes penculikan masih belum selesai.

"Saya tidak akan cakap dengan duta-duta kita (supaya) yakinkan pelancong luar datang ke Sabah... saya tidak akan buat," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Nazri berkata demikian menjawab isu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid yang mencadangkan agar kementerian meminta bantuan duta Malaysia mempromosikan kawasan tersebut.

"Macam mana saya hendak yakinkan orang kalau kes itu tidak selesai lagi, kes itu turut melibatkan anggota polis, konstabel yang bertugas menjaga perairan Sipadan. Adakah itu selamat?" soalnya.

"Saya tidak mahu tanggung (akibatnya). Kalau saya bagi jaminan Sabah sudah selamat, berduyun-duyun (orang) datang. Dan kalau seorang kena culik, saya yang kena nanti," kata Ahli Parlimen Padang Rengas itu.

Nazri berkata, pelancong lebih takut dengan insiden penculikan berbanding insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

"Pelancong merasakan penculikan di Sabah lebih menakutkan daripada insiden kapal terbang, sebab saya sendiri pun takut.

"Pada mereka MH370 boleh berlaku pada mana-mana penerbangan, tapi untuk ke Sabah, mereka (pelancong) takut sebab penculikan berlaku di sana," katanya.

"Saya sendiri tidak mahu ke Lahad Datu, tidak mahu cari pasal."

Pada tengah malam 16 Jun lepas, sekumpulan lelaki bersenjata api menyerbu rumah atas air yang didiami pengusaha kolam ikan Chan Sai Chiun di Kunak, Sabah sebelum melarikannya dengan sebuah bot laju menghala ke perairan antarabangsa.

Selain Chan, seorang lagi rakyat Malaysia Konstabel Zakiah Aleip masih berada dalam tawanan penculik di Selatan Filipina selepas dilarikan dari Pulau Mabul di perairan Semporna pada 12 Julai lepas.

Penculik yang menculik Chan didakwa menuntut RM3 juta sebagai syarat pembebasan.

-TMI

Pesawat MAS Shanghai-KL patah balik

Sejumlah penumpang yang mahu ke Kuala Lumpur terkandas di Shanghai Sabtu lalu, selepas pesawat MH387 milik Malaysia Airlines (MAS) membuat pusingan balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong.

Dalam e-mel balas kepada Malaysiakini hari ini, MAS mengesahkan bahawa pesawat itu berpatah balik ekoran anomali teknikal.

MH387 berlepas daripada Pudong di Shanghai pada jam 9.45 pagi dan sepatutnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 3.30 petang.

“Kapten operasi memutuskan untuk kembali ke lapangan terbang sebagai langkah berjaga-jaga. Pesawat itu mendarat dengan selamat pada 11.05 pagi,” kata MAS.

MAS tidak menjelaskan berhubung 'anomali teknikal' yang dimaksudkannya.

-mk

Monday, November 17, 2014

Kisah Warran Fernandes dapat hidayah peluk Islam

Semasa kecil, Impian saya adalah untuk jadi seorang Paderi. Di usia 11 tahun saya sertai sebagai Altar Boy (pembantu Paderi) & begitu kagum dengan Paderi yang saya bantu, melihat dia menguruskan Upacara.

Di situ saya berkawan dengan seorang Remaja – Bernard 14 tahun, juga seorang Altar Boy. Dia seorang budak nakal tapi saya suka berkawan dgn dia. Pada satu hari, Bernard cuba curi duit Gereja & saya ada di situ pada ketika itu, akan tetapi kami dua ditangkap & terpaksa mengadap Paderi dan seorang lagi Paderi di kamar mereka.

Kedua-dua Paderi itu kata mencuri itu satu kesalahan, & perlu dihukum tapi jenis hukuman yang diberikan adalah di luar jangkaan saya. Bernard & saya dihukum secara seksual tapi yang didera teruk ialah Bernard & saya dipaksa melihat segalanya sebagai pengajaran.

Selepas itu dunia kami tukar. Saya hilang keyakinan pada semua ketua Agama & lama kelamaan, Manusia. Akan tetapi saya yakin pada Agama sebab semua Agama mengajar kita . Bernard pula menjadi penagih dadah & mula menghabiskan masa di jalanraya.

Apabila saya beritahu arwah Ayah(seorang tentera) & keluarga, mereka tidak percaya, bagi mereka ini tentang kesucian Agama & mereka rasa saya tengah tutup kelakuan saya sendiri dengan menuduh orang seperti Bernard(yg dtg dari keluarga pecah belah). Yang percaya pada saya ialah arwah nenek Roselind Chia, & dialah saya menaruh segala harapan & kepercayaan, juga yang melindungi saya dari dunia luar & berduduk bersama dia di Rumah Pangsa Loke Yew, jauh dari keluarga.

Ketika di Loke Yew Flats, arwah nenek duduk di tingkat 13, dan jiran saya, pereka fesyen terkenal di Malaysia sekarang MICHAEL ONG duduk di tingkat 12. Loke Yew Flats ini pelbagai Bangsa & Agama. Ada surau, kuil, tokong Cina & tak jauh ialah Gereja.

Di situ juga saya pelajari erti masyarakat majmuk & perpaduan. MICHAEL ONG & saya sering bercakap atas balkoni & saya sentiasa kagum minatnya utk menjadi pereka fesyen & beliau benar-benar merealisasikan impian dia untuk jadi Pereka Fesyen yang terkenal.

Saya tiada minat lagi pada Agama , lebih lagi bila kena dengar tazkirah Paderi yang sama melakukan gangguan seksual. Bernard pula tiada pilihan & terus menjadi pembantu Paderi manakala saya dilarang oleh Nenek.

Selepas itu saya sering ikut Bernard, melihat dunia dia & di situ lah saya pelajari hidup warna warni kotaraya…ramai Remaja yang pelbagai masalah dari dadah, keluarga pecah belah, seksual, gangsterism……….

Keluarga saya tetap memberi pendidikan pada saya sehingga masuk Kolej. Arwah Nenek pesan saya harus jadi seorang insan yang mulia dan bantu pada semua.

Bernard yang ketika ini sudah teruk dengan penagihan, pernah beritahu saya yang dia asyik dihukum oleh Paderi (saya dah faham jenis “hukuman” itu) & berkata,satu hari bila saya dah stabil, saya harus bantu pada golongan Remaja/kanak-kanak. Bernard lepas itu bunuh diri,overdose.

Sejurus selepas itu, saya terlibat dalam kemalangan, dan di situlah saya dapat Hidayah saya yang pertama, ketika saya didatangi oleh seseorg entity putih, tinggi orangnya dan mengucap “Bismillah irrahman Irrahim….adik jangan bimbang kerana pakcik akan junjung adik balik ke rumah” itu yang saya ingat.

Apabila saya sampai rumah keluarga di Kelana Jaya, saya tidak ingat apa-apa dan terus rebah. Yang saya ingat, saya di Hospital dan kereta saya remuk didepan. Pihak polis hairan bagaimana saya dpt keluar & berjalan balik ke rumah. Satu keajaiban. Selepas itu, selama 3 hari pertama di Hospital, bila jam 3 pagi, saya sering mendengar Azan, lalu didatangi oleh ramai org berbaju putih melawat.

Saya benar-benar tidak ingat saya akan mati & bila diceritakan pada keluarga, mrk anggap itu mainan minda. Saya membawa diri ke Penang utk kerja.

Selepas itu saya masih pergi ke Gereja, utk menunaikan kewajipan tapi jiwa saya tetap kosong. Saya tidak mengerti apa itu Cinta. Dunia saya hanya arwah nenek.

Setiap kali saya nak bercinta, ia tak kekal, sbb saya tak percaya ada nya Cinta. Dari bidang perhotelan, saya mula ceburi sbg Pengacara TV, utk SELAMAT PAGI MSIA, MSIA 2020, dll. Ini mengembalikan keyakinan saya berdepan dgn manusia, mula berpetah cakap.

Hidup saya penuh Glam & saya lupa diri… akan tetapi saya masih tidak mengenali Cinta. Disitu saya ditawarkan sbg Pengurus di sebuah resort terkemuka di Langkawi. Saya membawa diri pula ke Langkawi.

2005 pula adik bongsu saya berkahwin dgn org Amerika. Keluarga smua buat persiapan utk ke Amerika…arwah Nenek juga ingin ikut, tapi keluarga melarang krn arwah Nenek ketika itu sakit tapi dia tetap nak ikut krn tak boleh berpisah dari saya. Kami memujuk dia utk bersabar krn saya hanya ke Amerika seminggu, tapi walau pun seminggu, dia tak sanggup berpisah.

Dia berkata pada saya, dia akan mati apabila saya balik ke Malaysia. Kami ke Amerika tanpa arwah Nenek dan disana saya dpt berita dia masuk wad. Apabila saya balik ke Malaysia, keesokkan hari, arwah nenek meninggal dunia. Dunia saya runtuh, serba salah saya dijadikan.

Jiwa saya mati, & saya benar-benar jadi sesat. Saya tak rapat lagi dgn keluarga, kami berpecah belah. Kerja saya tak tentu arah.

Saya tak reti apa maksud cinta dan terlibat dlm pelbagai gejala sosial sehingga saya berdepan dgn Syaitan.

Saya dah jadi tak tentu arah krn saya sedar mata ketiga saya buka, saya boleh melihat benda2x & ini menakutkan bagi saya. Saya pernah mimpi baying bayangan ada nya Neraka. Pernah saya ditawarkan ilmu hitam.

Tahun 2009 saya balik ke Selangor, mula bekerja di hotel terkemuka. Jiwa saya tetap kosong & tak terurus. Disitu lah saya jumpa rakan karib dunia & akhirat Husain Khalid.

Takdir jodoh yg ketemukan kita dua dimana beliau juga seorang yg kuat Agama. Saya masih ingat ramai org berpesan pada Husain supaya jangan dekati saya krn saya ini pengaruh tak baik, tak terurus, akan tetapi dia tetap dekati saya. Dia lah seorang kawan yg berjalan dengan saya, bukan yg lain, antara Jalan belakang atau depan saya.

Akibat tidak terurus, saya dibuang kerja. Ketika itu runtuhnya dunia saya. Masa itu, Husain dah dapat kenaikkan pangkat. Tapi apa yg Husain lakukan selepas itu, benar-benar buka hati & minda saya, ertinya persahabatan. Beliau tolak jawatan, henti kerja utk beri sokongan moral. Kami mula berniaga.

Pada mulanya, kami ingin buat perniagaan biskut cokelat chip yg dibuat oleh Husain & dipasarkan oleh saya. Mmg pesanan cookies, banyak. Kemudian kami diambil kerja seketika di syarikat pengurusan Tg Rhu Resort Langkawi iaitu Signforce Hospitality dibawah didikan Managing Director, En Badrul yg ajar kita selok belok dunia perniagaan.

Dari situ , lahirlah perniagaan perunding PEMASARAN, PERHUBUNGAN AWAM, PENJENAMAAN, MEDIA, KOMUNIKASI iaitu WHOSYN’SIGNATURE dgn klien pertama CHINTA RESTOLOUNGE ke SERI CHENANG RESORT & SPA LANGKAWI ke Hotels/Resorts, LADA(Langkawi Development Authority), Tourism Malaysia, Koporat, Stesen TV, Rumah Produksi, MAS.

Ketika itu juga saya mula berkawan baik dgn Dr Anuradha . Dia banyak beri perangsang hidup, keyakinan pada saya.. Dia yg merawat hati saya, keyakinan saya kembali berdepan dunia. Sehingga hari ini, dia lah, hari-hari hantar kata-kata motivasi samada whatsapp, call atau Facebook.

Dia banyak tolong pulihkan hubungan saya dengan keluarga . Saya pelajari bnyk ttg kehidupan dari beliau. Dia yg mula buat saya berani bersuara pendapat & hati saya.

Perkara yg membuatkan saya balik ke Allah ialah masa saya disuruh buat pemeriksaan badan..begitu takut saya dgn segala keputusan krn apa yg berlaku pada saya, tapi saya janji pada Allah, jika segala keputusan kesihatan saya ok, ini akan jadi azam saya utk mula hidup baru

Husain banyak kembalikan keimanan saya. Kepercayaan pada Allah. Pada tahun 2012, dia galakkan saya ke Amerika(dimana keluarga saya skrg menetap) utk Krismas.

Disinilah saya dapat Hidayah kedua iaitu pengalaman dgn Puting Beliung yg melanda kawasan rumah keluarga. Siren yg kuat member I amaran Puting Beliung akan datang, juga di kaca TV mula beri amaran. Ianya pukul 12 tgh hari , keluarga kami semua ke almari besar yg dibina dalam.

Ketika keluarga bergegas, saya tergerak hati utk buka pintu, krn kedengaran bunyi keretapi bergerak di luar. Apabila saya buka pintu, di luar Gelap segelap Gelapnya…tak boleh lihat apa2x dan bunyi kuat keretapi lalu yg terkeluar mulut saya ALLAHUAKBAR.

Saya bergegas ke almari, utk selindung & disitu saya dengar Azan. Apabila tiada bunyi keretapi, lalu buka pintu, diluar kembali cerah, panas terik.

Rupanya apa saya alami adalah sisa puting beliung yg melanda kawasan perumahan yg lain krn seandainya jika ia benar-benar diluar, saya sudah disedut keluar.

Saya kemudian balik ke Malaysia, terjumpa MICHAEL ONG. Dia skrg sudah menjadi pereka fesyen yg terkenal. Kami berbicara dari hati ke hati.

Memandangkan dia dah capai impian, dia ingin menyumbang pada yg daif, mengeratkan perpaduan antara bangsa, lalu saya membantu dia. Di situ juga saya pelajari berkemas & keyakinan diri.

Dialah yg mengajar saya utk kemas kini diri saya, & imej. 18hb Julai 2014, saya syahadah dgn nama Adam Warren Fernandez Abdullah. Diuruskan oleh Kumpulan Karangkraf Media, dimana pemiliknya Dato Hushummuddin selaku saksi utama , juga Husain Khalid, dipermudahkan oleh Allah.

Sebelum itu saya ingin syahdah tetapi sentiasa ada halangan dari kalangan orang-orang Muslim yg kata saya kena pelajari Quran dulu & mcm2x lagi.

Pertemuan 17hb Julai ngan warga Koporat Komunikasi Karangkrag Media utk menghantar dodol raya yg dipesan mrk, rupa2x nya takdir pertemuan perbincangan ttg minat mrk utk melaksanakan buat kali pertama utk Kumpulan Media Karangkraf iaitu Upacar Syahadah di surau Karangkraf.

Pada hari ini saya benar2x faham erti cinta..cinta pada Allah dan mula mengenali cinta pada Manusia. Saya pelajari janganlah kita campur aduk Manusia, Bangsa,Politik, Organisasi dgn Agama. Agama tak pernah mengajar kita perkauman, membunuh, mendera dan pelbagai lagi.

Penghijrahan saya bukannya berdasarkan cinta pada Manusia atau kepentingan sendiri tapi Cinta pada Allah. Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri.

Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.

Dunia ini sgt bahaya bukan krn keganasan tapi apabila kita hanya melihat tanpa berbuat apa2x. Janji saya pada Allah krn merealisasikan syahadah saya ialah utk tazkirah & reach out pada Remaja/kanak2x…pada Yg Bukan Islam yg minat Islam dan juga pada semua yg ingin mengenali Agama.

Saya dah bermula dengan taklimat tazkirah di institusi pengajian. Saya juga dapat beberapa pengiktirafan dan menang EXCELLENCE IN PUBLIC RELATIONS (MEDIA RELATIONS) oleh HOSPITALITY ASIA AWARDS.

Saya bersyukur krn kali ni bila saya bersahabat saya bersahabat krn Allah. Selepas syahadah, mlm itu saya mimpi , satu tangan panjang menghulurkan Quran pada saya & lalu mempimpin saya & tunjuk saya kat satu kawasan..dimana saya Nampak Org tengah Sedih, Gaduh, Keluarga Pecah Belah & ramai remaja yg tak tentu arah, mcm2x lagi, & saya juga Nampak Syaitan tgh mengintip saya.

Lalu tangan ini seolah tolak saya seolah menyuruh saya berjalan ngan Quran ke arah orang-orang itu semua…dan spt anda smua lihat, bermula lah saya aktif berdakwah secara pasif di Facebook, dan skrg mula diundang ke institusi Pengajian utk beri tazkirah…. pada arwah Bernard & nenek, Roselind Chia, semoga berada di kalangan org2x berimanan…akhirnya segala kesyukuran pada Allah, yg baik dari Allah, yg buruk dari saya.

Pada smua ketua Agama, anda diamanatkan utk mengajar dan membawa semua kea rah kebaikkan, anda menjadi idola ramai org…JANGANLAH DISALAH GUNAKAN AMANAT ANDA KRN IA BOLEH MENGHANCURKAN HIDUP INSAN YG LEMAH. HANYA SETITIK NILA BOLEH ROSAK SUSU SEBELANGA.

Pada Hari Ini, krn saya Memeluk Islam, dan dari keluarga saya ada Paderi & yg aktif dlm NGO Katholik/Kristian, maka mrk telah menekan keluarga saya utk tarik balik ke Katholik atas dasar saya dibancur & dimanupulasikan oleh NGO Islam.

Juga Keluarga, saudara Mara & kekawan dah pulaukan saya, apabila saya dah mula pulih balik dgn keluarga. Disini lah mula perjuangan saya utk merdeka kan mrk balik krn saya percaya silaturahim keluarga tidak boleh putus sbb ia dicipta dlm hati. Saya tetap tak menganas dan akan eratkan balik kami smua dgn akhlak & budi bicara berdasarkan nilai2x murni.

Saya rindu & cinta keluarga saya yg terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Ibu saya – Filipino Serani, Arwah ayah Portugis Melaka, Arwah Nenek (Belah ibu) – Baba Cina, Sepupu & Saudara Mara – Cina, India, Serani, Eropah.

DI SINI JUGA MULA LAH OUT REACH & TAZKIRAH SAYA DI INSTTUSI PENGAJIAN & REMAJA/BUKAN ISLAM & TAK DI LUPA YG DI LUAR…JALANAN KOTA RAYA… & MENJALANKAN BEBERAPA PROJEK bersama Husain Khalid, terutama dlm membantu keluarga daif dlm memasarkan hasil produk buatan mrk sempena perayaan, misalnya HARI RAYA(keluarga Melayu utk buat dodol), DEEPAVALI (keluarga India utk buat murukku),

TAHUN BARU CINA (utk buat kuih Cina surat cina, bentuk kipas) & dll…juga pemasaran produk minuman tropika buah buahan yg dicampur soda iaitu POP THE SODA…, membantu anak2x Syurga dan bnyk lagi…segala kesyukuran pada Allah.

Satu saja saya nak kata mmg ADA WUJUDNYA SYURGA & NERAKA, MALAIKAT & IBLIS…saya sekarang lebih tabah apabila didatangi , iman kita kena kuat.

Yang benar
Adam Warren Fernandez Abdullah

MCA dan PERKASA cabar mencabar?

PERKASA hari ini menyifatkan MCA bertindak keterlaluan apabila mengkritik cadangan pembentukan Mahkamah Persekutuan Syariah yang sebanding dengan mahkamah sivil.

"Ia seolah mencabar umat Islam dan mencampuri urusan undang undang Islam yang termaktub di mahkamah syariah,” kata ketua wiranya Irwan Fahmi Ideris.

Pengerusi biro keharmonian agama MCA Datuk Seri Ti Lian Ker semalam berkata, beliau bimbang jika Mahkamah Persekutuan Syariah, seperti dicadangkan kerajaan, akan mengatasi Mahkamah Rayuan Sivil.

Katanya, penubuhan mahkamah itu juga melanggar peruntukan dalam Perlembagaan yang menyebut bahawa undang-undang paling tinggi adalah Perlembagaan dan undang-undang syariah hanya ke atas orang Islam.

Ti juga berkata, kecenderungan menganggap undang-undang Tuhan lebih tinggi berbanding undang-undang sekular adalah salah kerana “manusia tidak boleh dipercayai apabila berlagak seperti Tuhan.

Dalam kenyataannya hari ini, Irwan berkata, Ti tidak berhak campur tangan, apatah lagi mempertikaikan perihal perundangan Islam.

“Jangan cuba membangkitkan kemarahan umat Islam dengan mencabar institusi perundangan islam di negara ini.

"Jangan 'menghina' semata mata mahu meraih sokongan sahaja.” katanya.

Irwan juga menyifatkan kenyataan itu bertujuan meraih simpati kerana kegagalan mereka meraih undi serta sokongan bangsa mereka sendiri.

-mk

Kapten San Jin Gu dan 37 rakannya peluk Islam

Kapten San Jin-Gu adalah salah seorang komandan Brigade-11 SF, pasukan pendamai PBB dari Korea Selatan yang ditugaskan di Irak. Ini memang sebuah kisah silam.

Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Irak Utara. Ketika bertugas di wilayah tersebut, ia sering mengamati orang-orang muslim solat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan solat.

Kerana dihinggapi rasa ingin tahu, beliau cuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktikkan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya.

Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yang ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan hal yang sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada rakan perajuritnya, beliau berkata: “Aku telah menemukan cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa beliau duga, secara spontan 37 prajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam. [sahabatstars/Islampos]

Harga rumah naik hingga 2% lepas GST

Harga rumah di seluruh negara dijangka meningkat hanya antara satu hingga dua peratus dan bukannya tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) bermula 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata angka itu berdasarkan kiraan yang dilakukan Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Kenaikannya hanya satu hingga dua peratus sahaja dan bukannya tiga peratus seperti yang diumumkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan majlis penerangan CBP dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di Alor Gajah, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh dan Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri KPKT Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai kenaikan harga rumah sebanyak tiga peratus berdasarkan kajian yang dilakukan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). Jangkaan itu berasaskan kenaikan harga bahan binaan selepas perlaksanaan cukai tersebut.

Ahmad bagaimanapun berkata kenaikan itu tidak begitu ketara dan hanya bersifat sementara kerana kerajaan telah melaksanakan beberapa kaedah bagi mengekang kenaikan harga rumah sejak Bajet 2014 lepas.

Beliau berkata antara kaedah tersebut termasuk meningkatkan Cukai Keuntungan Harta Tanah daripada 15 peratus kepada 30 peratus; meningkatkan harga rumah daripada RM500,000 kepada RM1 juta bagi pembeli asing dan melarang pemaju perumahan melaksanakan projek yang berciri Skim Pemaju Tanggung Faedah bagi mengelakkan pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah.

"Kerajaan Barisan Nasional juga dalam akujanji parti berhasrat mewujudkan satu juta rumah mampu milik dalam masa lima tahun ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata kementeriannya menyokong langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengheret peniaga yang didapati menaikkan harga barangan sesuka hati ke mahkamah berbanding tindakan mengenakan kompaun.

Beliau berkata ia berikutan terdapat usaha pihak tertentu menaikkan harga barang pada masa ini kerana barangan tersebut akan mengalami penurunan selepas perlaksanaan CBP.

"Sebanyak 54 peratus barangan dijangka mengalami penurunan harga selepas CBP, jadi ada usaha menaikkan harga barang tersebut sebelum CBP," katanya.

- Bernama

Saturday, November 15, 2014

BR1M Itu Rasuah Rakyat Untuk Undi BN?

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara sebab utama beliau menentang pemberian bantuan tunai pada skala besar seperti itu.

“Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

“Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga,” katanya dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc.

Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara.

“Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan,” tegasnya.

Menurutnya, selain kelihatan seperti rasuah, BR1M mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha.

“Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran,” katanya.

Menurutnya, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti.

Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik.

“Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera.

“Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk,” katanya.

Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik.

Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing.

Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara

“Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan.

“Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup,” katanya.

Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan.

Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat.

“Jadi mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik.

“Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat,” tegasnya.

Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. -SH

Malang jika BN kalah PRU14

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah menyeru ahli menyelesaikan masalah dalaman dengan segera bagi memastikan Umno menang pilihan raya umum itu dan kekal relevan.

Laporan Umno Online menyebut bekas naib canselor UiTM itu berkata beliau bimbang orang Melayu terus gagal mentadbir Malaysia.

"Kegagalan UMNO dalam menangani masalah itu dibimbangi menjadikan orang Melayu tidak dapat memerintah negara ini buat selama-lamanya sekiranya parti itu dan BN kalah pada pilihan raya akan datang," laporan itu dipetik.

“Masalah dalaman khususnya perpaduan dalam kalangan anggota perlu diselesaikan segera dengan bermuhasabah dan bersatu padu demi parti tanpa mengambil kira kepentingan peribadi,” katanya lagi seperti dipetik dalam laporan itu.

Sehubungan itu Ibrahim berkata konvensyen Umno merupakan landasan terbaik supaya Umno menyedari cabaran politik dan isyarat untuk anggota parti bekerja bersungguh-sungguh demi survival parti.

Beliau juga mengingatkan anggota parti agar terus memenangi hati rakyat termasuk pengundi atas pagar seperti yang disuarakan presiden Umno, supaya mereka yakin dengan parti itu.

Ibrahim juga menggesa jentera parti terus memberi penerangan termasuk dasar tranformasi kerajaan supaya rakyat memberi sokongan tidak berbelah bagi pada Umno dan BN.

"Sekiranya Umno dan BN kalah pada PRU-14, maka saya rasa ia sesuatu yang gelap dan malang buat orang Melayu dan negara," katanya lagi.

Laporan itu menyebut, Ibrahim membangkitkan perkara itu susulan ingatan Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Umno Selangor baru-baru ini, selepas membentangkan kertas kerja bengkel politik di Konvensyen Umno Johor hari ini.

-mk

Seks: Pegawai kanan kerajaan direman

ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan di agensi kerajaan ditahan reman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes rasuah berupa habuan seks untuk meluluskan permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 2 petang kelmarin di sebuah hotel Jalan Putra di sini, dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk mendapatkan perintah reman yang dikeluarkan oleh Majistret Umzarul An-Nur Umar jam 11.05 pagi semalam.

Ketika ditahan, suspek didapati berdua-duaan bersama seorang janda berusia 20-an dipercayai mangsa yang terjerat dengan tipu daya lelaki itu.

Difahamkan, suspek mudah memerangkap mangsa apabila setiap permohonan untuk rumah di bawah skim PPRT perlu melalui borang ataupun surat.

Suspek akan memilih mangsa melalui gambar dalam borang permohonan, kemudian menghubungi pemohon berstatus janda bertemu di pejabatnya.

Suspek kemudiannya memperdayakan mangsa dengan memberitahu dia mempunyai kuasa untuk meluluskan permohonan untuk rumah di bawah skim terbabit.

Sebagai balasan untuk ‘kelulusan’ tersebut, dia akan meminta pemohon ibu tunggal ini untuk mengadakan hubungan seks dengannya.

Kegiatan keji suspek terbongkar apabila mangsa yang terpedaya mengadu kepada agensi individu terbabit bekerja setelah rumah dijanjikan tidak diperolehi walaupun suspek telah menerima habuan seks.

Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kedah, Raja Khan Raja Ahmad berkata, tangkapan dibuat hasil maklumat yang diterima pihaknya serta risikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan suspek ditahan sehingga 18 November ini.

-sinar harian

Benarkah Penyerahan Bible permainan politik PR?

PETALING JAYA : Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang menyifatkan penyerahan semula Bible versi Bahasa Melayu kepada Persatuan Bible Malaysia (PBM) merupakan permainan politik kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Beliau berkata, sebelum ini pihak kerajaan PR di Selangor menyalahkan kerajaan Persekutuan dengan mendakwa rampasan Bible itu terletak di bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

“Mereka (kerajaan PR) cuba alihkan isu ini seolah-olah tindakan merampas kitab Bible ini bukan di bidang kuasa mereka dengan menyalahkan kerajaan Persekutan.

“Ini adalah satu pembohongan, sebenarnya perkara ini di bidang kuasa PR. Mereka telah memberikan gambaran kepada rakyat bahawa semua tindakan merampas dan menyimpan kitab Bible ini bukan di bidang kuasa mereka,” katanya ketika dihubungi FMT semalam.

Beliau berkata, dakwaan kerajaan PR terhadap rampasan Bible itu terletak di bidang kuasa kerajaan Persekutuan adalah tidak tepat dan ia dapat dilihat dengan jelas bahawa keputusan penyerahan semula Bible semalam terletak di tangan Menteri Besar.

Beliau juga berharap kerajaan PR tidak mengulangi kesilapan seperti itu dan bersikap lebih terbuka pada masa depan serta menyelesaikan isu lain seperti isu fatwa berkaitan Sisters In Islam (SIS).

Semalam, Kerajaan Selangor telah memulangkan kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Ketua Biskop, Datuk Bolly Lapok mengadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

-fmt

Friday, November 14, 2014

Penjarakan Anwar rosakkan Najib lebih teruk dari Dr M

Hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Persekutuan jika masih tetap berpegang kepada sabitan kes liwat hanya akan menjejaskan Barisan Nasional (BN), bahkan mungkin lebih teruk daripada ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadikan ketua pembangkang itu sebagai musuh, lapor The Edge Review hari ini.

Memenjarakan Anwar hanya akan menyebabkan BN kehilangan undi kerana rakyat Malaysia dilihat sudah penat dengan permainan kerajaan terhadap ketua pembangkang dalam tempoh 16 tahun ini, di mana kes liwat terbarunya juga berlaku ketika penentangan ahli politik pembangkang dan badan lain terhadap penggunaan Akta Hasutan.

"Dalam suasana ini, keputusan bersalah Anwar hanya akan menyebabkan ketua pembangkang itu dilihat sebagai syahid politik di peringkat antarabangsa dan seterusnya menjejaskan imej Malaysia di luar negara di mana ia sudah terkesan sejak kebelakangan ini kerana pendakwaan besar- besaran kerajaan melumpuhkan ahli politik pembangkang dengan menggunakan akta drakonian itu," memetik dari artikel The Edge Review bertajuk, "Hounding Of Anwar Ibrahim takes a toll on Malaysia."

Anwar sedang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan bagi rayuan membatalkan sabitan liwat terhadap bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mahkamah Tinggi yang membicarakan kes ini melepaskan beliau, namun Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Dalam rayuannya kepada mahkamah tertinggi, pihak pendakwa juga memfailkan rayuan balas untuk memanjangkan lagi hukuman penjara.

Majalah digital mingguan itu berkata sekiranya Anwar dipenjarakan, ia akan menyaksikan peningkatan sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan ahli Umno.

Ia juga akan menyebabkan Pakatan Rakyat berdepan masalah, di mana The Edge Review mendakwa perikatan parti sedang bergelut untuk mengekalkan penyatuan masyarakat dalam isu agama dan kaum.

Bagaimanapun, dengan memetik penganalisis ia berkata, dengan memenjarakan Anwar, ia umpama pemimpin itu sanggup berbuat apa sahaja demi memperbaiki imej politiknya yang tercalar di kalangan rakyat Malaysia dan tidak mustahil menjadi lebih teruk daripada apa yang dilakukan Dr Mahathir.

Ini kerana Najib juga berdepan dengan penolakan sokongan dari dalam Umno, tambahan pula parti itu bakal mengadakan perhimpunan agung tahunan hujung bulan ini.

Najib diserang beberapa veteren parti, terutama Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin apabila kedua mereka menyalahkan Najib atas penolakan Umno.

Dr Mahathir juga dilihat begitu lantang mengkritik polisi kerajaan di bawah pentadbiran Najib.

The Edge Review berkata Umno kini berdepan dengan pergelutan kelangsungan yang menyaksikan kehilangan sokongan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Meskipun dapat mengekalkan majoriti di parlimen, namun kalah undi popular kepada Pakatan.

Orang Melayu mula meninggalkan Umno pada tahun 1998 apabila Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dan seterusnya pendakwaan kes liwatnya yang pertama.

Sejak itu, hampir dua dekad penganalisis melihat pendakwaaan Anwar sebagai satu kes serius dan insiden malang bagi Malaysia, kata The Edge Review.

"Terlalu banyak kerosakan berlaku dalam sistem kerana kempen tersebut," memetik daripada kenyataan komentar dan pengkaji politik Bridget Welsh.

"Meskipun Umno dan Barisan Nasional menafikan kritikan mereka menggunakan Akta Hasutan, namun pokoknya ia membuktikan kepada Anwar pendakwaannya itu kerana ketakutan Umno dan melihatnya sebagai ancaman terbesar untuk mereka terus ditampuk kuasa," tambahnya.

Sabitan Mahkamah Persekutuan akan dipantau pelabur antarabangsa kerana wujudnya kebimbangan mengenai tadbir urus dan demokrasi bagi negara Asia seperti Thailand, Singapura dan Indonesia selain Malaysia. –TMI

S'gor serah kembali Bible yang dirampas

Setelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penyerahan itu turut disaksikan Menteri Besar Azmin Ali yang berpakaian baju Melayu warna kelabu lengkap bersampin dan bersongkok.

Bolly turut ditemani Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Dr Herman Shastri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Sementara itu, sambil mengucapkan syukur dan penghargaan kepada baginda dan semua pihak yang terlibat kerana telah mencapai penyelesaian yang baik dalam isu Bible menerusi usaha ikhlas dan menghormati sensitiviti agama dan masyarakat.

"Seperti yang saya katakan beberapa kali sejak memegang jawatan menteri besar, pentadbiran ini akan mengusahakan pelbagai cara untuk menambahbaik dan memupuk persefahaman kaum dan agama di Selangor.

"Sebagai salah satu perkara utama dalam usul ini, saya telah berikrar untuk memulangkan Bible tersebut kepada pihak Kristian kerana ia milik mereka.

"Kini, terima kasih kerana kebijaksanaan dan pandangan jauh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, ia telah menjadi realiti," katanya dalam satu kenyataan.

Memetik sepotong ayat al-Quran dan pandangan ulama Dr Yusuf al-Qardhawi yang menyaran supaya menjadi masyarakat dan negara yang adil, Azmin berkata penyerahan kitab Bible itu sebagai "pengaplikasian konsep keadilan dan kesederhanaan" yang dituntut dalam Islam.

Tegasnya, semua pihak perlu menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negeri itu dan sentimen pelampau, provokasi kaum dan fanatik agama tidak akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran Selangor.

"Islam adalah rahmatan lil alamin - rahmat untuk semua manusia, dan pentadbiran saya akan terus menyebarkan ajaran Islam dan mempamerkan Selangor sebagai teladan dalam menyokong kesederhanaan dan keadilan," katanya.

Pada 2 Januari lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 321 Bible bahasa Melayu dan Iban dari Persatuan Bible Malaysia (BSM) bagi membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988.

Namun pada 11 Jun, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan.

-mk

DAP terus bertelagah dengan PAS?

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menasihati DAP agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan tentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, DAP tidak perlu mengenakan tekanan untuk memaksa Hadi yang berada dalam keadaan uzur untuk ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

"Saya harap rakan-rakan DAP harus berhati-hati dalam buat kenyataan.

"Dia (Hadi) mempunyai alasan kesihatan (kerana tidak hadir ke mesyuarat)," kata MP Pokok Sena itu sewaktu ditemui pemberita di bangunan Parlimen.

Menurutnya, PAS sendiri tidak pernah memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk sentiasa hadir ke sidang Dewan Rakyat.

"Kita tak gesa pun Lim Guan Eng hadir ke Parlimen. Kenyataan begitu tidak begitu cermat. Harap DAP beri perhatian kepada perkara ini," katanya lagi.

Beliau merujuk kepada gesaa DAP mutakhir ini agar Hadi hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat.

Hadi sebelum ini sering menghantar wakil sahaja – timbalan presiden Mohamad Sabu dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali ke mesyuarat tersebut.-mk

Thursday, November 13, 2014

Kerajaan ambil tindakan penjawat awam curi RM1 juta

Kerajaan akan mengambil tindakan disiplin kepada penjawat awam yang menggelapkan hampir RM1 juta daripada Jabatan Akauntan Negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Katanya, Jabatan Akauntan lewat mengambil sebarang tindakan kerana menunggu siasatan polis tetapi selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara, jabatan berkenaan akan mengambil tindakan disiplin kepada pegawai tersebut.

“Kementerian Kewangan berpandangan kita tidak wajar mengambil tindakan disiplin atau surcaj sebelum siasatan polis selesai,” katanya semasa sesi town hall Laporan Ketua Audit Negara 2013 di Kuala Lumpur hari ini.

“Bagaimanapun, pada 18 September 2014, Peguam Negara menasihatkan tidak perlu menunggu siasatan polis selesai, tindakan disiplin boleh diambil.

“Hari berikutnya, kementerian mengeluarkan surat kepada Jabatan Akauntan untuk mengambil tindakan disiplin dan saya dimaklumkan pagi ini jabatan sudah mengambil langkah menjalankan tindakan itu,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 mendapati pegawai itu dilepaskan walaupun beberapa laporan polis dibuat terhadap beliau bagi dua kejadian – pada 3 Mac dan 10 Mac 2011 – selepas kerugian diketahui.

Pegawai itu terlepas dengan wang yang tidak dituntut berjumlah RM995,031.

"Seorang pegawai mengendalikan dana penipuan dan penyelewengan dari 27 Ogos 2008 hingga 21 Disember 2010, melibatkan RM995,031 wang tidak dituntut dan tiada tindakan undang-undang diambil walaupun laporan polis dibuat terhadapnya.

"Kehilangan itu juga dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Mac tahun yang sama," kata Laporan Ketua Audit Negara.

Laporan yang dikeluarkan di Parlimen pada hari Isnin, berkata polis menyempurnakan siasatan berhubung kes itu.

Kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dengan cadangan mendakwa suspek kerana memalsukan akaun di bawah Seksyen 477A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Satu jawatankuasa siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu mendapati suspek adalah seorang kerani pentadbiran Gred N17 di Jabatan Dana dan Pengurusan Sekuriti Akauntan Negara.

Mereka juga mendapati pegawai itu juga memalsukan dokumen sokongan untuk wang dengan mengkategorikannya sebagai "bayaran tidak wajar" berjumlah RM827,781.46.

Pegawai itu juga membuat pembayaran berjumlah RM106,955.35 kepada pelbagai individu dan tidak boleh ditentukan sama ada jumlah baki daripada RM60,294.50 adalah bayaran sebenar.

Semua wang dipindahkan melalui Pemindahan Dana Elektronik.

Walaupun disyorkan dipecat dan didenda oleh panel siasatan pada 22 April, 2011, Laporan Ketua Audit Negara mendapati pegawai itu sebaliknya ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Pembangunan Perakaunan bermula pada 9 Januari 2012.

Pada Mac tahun lepas, Kementerian Kewangan memberi kelulusan menghapuskan RM995,031 yang hilang tetapi mengeluarkan arahan tindakan tatatertib dan surcaj akan diambil terhadap pegawai itu. –TMI

Kempen boikot TV luar jangkaan, selebriti hadir

Kempen Switch Off’14 ‘Rancangan tergendala’ mendapat sambutan di luar jangkaan apabila hampir 3,000 orang hadir termasuk selebriti terkenal dan para karyawan seni.

Program yang diadakan di Dataran Zoo Negara, Hulu Kelang Selangor malam semalam dibanjiri dengan penyokong yang majoritinya berpakaian serba hitam sebagai solidariti terhadap kempen itu.

Antara selebriti popular yang hadir ialah Fauziah Nawi, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Fizz Fairuz, Afdlin Shauki, Mustafa Kamal, Norish Karman, Kopratasa, Eddie Hamid dan A Aida.

Kempen itu untuk menzahirkan 11 tuntutan gabungan 11 persatuan artis dan industri kreatif berlangsung dengan aman dan santai sambil dihidangkan beberapa persembahan dari artis jemputan.

Acara yang berlangsung tiga jam bermula jam 8 malam, dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan disusuli dengan tarian singa dan persembahan ‘silat panglima’.

Kemudian penyokong dihidang dengan ‘gimik’ perasmian kempen dengan kemunculan dua buah helikopter kawalan jauh yang membawa mafla ‘Switch Off’ 14’.

Salah sebuah helikopter kawalan jauh itu membawa alat kawalan jauh televisyen sebagai simbol untuk mematikan TV bagi meneruskan program rancangan tergendala tersebut.

Turut hadir menyokong program itu Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau berkata sepanjang beliau pernah menjadi pengerusi biro kebudayaan dan kesenian pergerakan itu, ramai yang mengetahui perjuangannya dalam industri itu.

Sketsa Grup Poyo

Katanya, beliau sentiasa menyokong kumpulan anak seni dalam memperjuangkan hak mereka dan sedia menjadi "jambatan" antara penggiat seni dan kerajaan.

“Untuk maklumat semua, saya akan sentiasa bersama anda dan saya akan membawa perkara ini kepada kerajaan bagi memaklumkan tentang tujuan kempen ini.

“Semoga perjuangan anda dapat diteruskan pada masa akan datang dan saya bersedia menjadi jambatan untuk pihak anda kepada kerajaan," kata Jamawi yang diringi tepukan gemuruh hadirin.

Kemudian acara diteruskan dengan persembahan sketsa dari kumpulan Teater Grup Poyo.

Dalam sketsa itu, mereka melakonkan mengenai kepayahan para pelakon dan pekerja industri seni antaranya terpaksa berkerja lebih masa, jadual tidak menentu dan bayaran rendah.

Himpunan malam tadi turut diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada pelakon terkenal Datuk Ahmad Tarmimi Siregar dan Fauziah Nawi.

Penganjur juga tidak menyangka kehadiran penyokong mencecah hampir 3,000 orang berbanding jangkaan 1,000 sebelum ini, malah tempat duduk yang disediakan juga tidak mencukupi.

Bagaimanapun ia tidak menghalang pengunjung yang hadir dan ada di antara mereka sanggup berdiri dan duduk di sekitar ruang dataran itu.

Walaupun hujan lebat membasahi dataran itu, namun masih ada hadiran yang menunggu sehingga program selesai tidak lama kemudian, dan ada juga yang bertempiaran lari mencari tempat berteduh.

-mk

Tuesday, November 11, 2014

Niat jahat jika persempadanan semula?

BERSIH 2.0 mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjalankan proses persempadanan semula pada musim perayaan yang akan datang.

Jawatankuasa pemandu gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu mengingatkan bahawa 25 Disember merupakan cuti Krismas, diikuti sambutan tahun baru pada 1 Januari dan tahun baru Cina pada Februari.

“Jelas bahawa sekiranya persempadanan dijalankan ketika tempoh-tempoh ini, ia akan mengganggu penglibatan pengundi, dan SPR akan dilihat sebagai berniat jahat dalam menafikan penyertaan umum,” kata BERSIH.

BERSIH juga berkata, dalam keadaan begitu, SPR mesti menanggung tanggungjawab bagi “apa-apa pergolakan politik” yang terhasil.

Dalam kenyataannya hari ini, BERSIH juga memberi amaran kepada SPR agar tidak menjalankan persempadanan semula secara tergesa-gesa.

Ini kerana, kata gabungan itu, proses itu akan memberi kesan dalam penentuan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan datang.

“ Demokrasi bukannya permainan untuk mengejutkan pihak yang bukan berkuasa.,” kata BERSIH.

Sementara itu, BERSIH juga berkata SPR, yang didakwanya selama ini gagal melaksanakan tugasnya, kini berpeluang memperbaikinya dengan tidak menjadikan tarikh proses itu permainan teka-teki.

BERSIH juga mengulangi seruannya supaya SPR mengumumkan rancangan keseluruhan bagi persempadanan semula seawal mungkin.

Katanya, ia supaya orang awam digalakkan menyertai proses itu seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Keterbukaan SPR dalam hal ini menjadi amat penting memandangkan orang ramai hanya mempunyai 30 hari di bawah undang-undang yang sedia ada untuk mengambil bahagian dalam proses ini, walhal mereka sepatutnya diberi sebanyak masa yang mungkin untuk meneliti cadangan SPR yang akan memberi kesan terhadap keputusan PRU14 dan PRU15,” katanya. 

-mk

Monday, November 10, 2014

BN kurang memihak Orang Asal Sabah

KOTA KINABALU: Pemilik tanah adat di negeri ini semakin bimbang yang mereka akan kehilangan tanah adat anak negeri (NCR) kepada orang luar gara-gara dasar Kerajaan Barisan Nasional yang ‘pilih kasih.’

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (Star Sabah) Jeffrey Kitingan berkata, dasar kerajaan Umno dalam memilih syarikat yang ada kaitan dengannya dari segi politik memburukkan lagi keadaan.

“Dasar Kerajaan Umno BN kurang memihak kepada Orang Asal Sabah dan lebih suka memilih syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan politik,” katanya di sesi dialog dengan penduduk Kampung Malinsau di Ranau.

Keadaan ini menyebabkan penduduk Sabah, terutama pemilik tanah adat semakin bimbang tanah adat mereka akan jatuh di tangan orang luar ini.

Mereka juga mendakwa semakin kerap menghadapi masalah tanah berikutan tanah semakin berkurangan dan pada masa yang sama, undang-undang yang sepatutnya melindungi hak-hak adat juga semakin dicabar, katanya.

Penduduk di Kampung Malinsau terbabit dalam perebutan tanah seluas 1,150 ekar dengan sebuah syarikat dari semenanjung. Sebahagian besar tanah terbabit sudah ditanam dengan pokok getah yang menjadi sumber pendapatan penduduk asal.

Menurut Jeffrey, ada banyak lagi kes membabitkan rampasan tanah di seluruh Sabah termasuk Pitas, Telupid, Tongod, Kunak, Sook, Sepulut dan Tenom.

Melihat kes itu dari pandangan Ordinan Tanah, pentadbiran tanah dan dasar-dasar tanah, Jeffrey berkata, beliau akan membentangkan usul di bawah Rang Undang-undang Persendirian dalam sidang dewan undangan Sabah akan datang.

Beliau akan menggesa supaya pindaan dalam ordinan tanah dibuat bagi menjelaskan lagi peruntukan tertentu seperti definasi NCR dan keputusan pengarah Jabatan Tanah dan Ukur yang mesti boleh dirayu.

Beliau akan mencadangkan sebuah tribunal tanah ditubuhkan sebagai sebuah mekanisme untuk menyelesaikan pertikaian tanah dan dengan syarat-syarat dalam geran Tanah Adat mesti dipinda bagi membenarkannya diguna bagi tujuan komersial dan industri, selain daripada pertanian.

Yayasan Tanah Adat juga mesti diwujudkan sebagai saluran untuk membantu dan menjaga kepentingan penduduk asal dari segi ekonomi dan sosial, katanya.

“Saya yakin yang wakil rakyat yang lain dan kerajaan Sabah akan menyokong usul ini demi untuk kepentingan rakyat semua terutama penduduk asal Sabah,” kata Jeffrey.

-fmt

UMS bukti universti boneka parti politik

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol berkata tindakan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengumumkan ‘Blackout’ sempena pidato mahasiswa menunjukkan universiti hanya bobeka politik.

Menurut beliau, pada malam ini sepatutnya beliau dan rakan-rakan aktivis mahasiswa akan memasuki kampus UMS untuk teruskan jelajah ‘Reformasi Mahasiswa’.

“Namun apa mendukacitakan UMS sudah umumkan ‘Blackout’ sama seperti di UM.

“Tindakan ini seolah-olah Universiti takut pada bayang-bayang sendiri, malah membuktikan lagi bahawa Universiti hanya boneka parti politik,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Kata Fahmi, beliau amat kecewa dengan keadaan yang berlaku di universiti di Malaysia.

“Perubahan secara total perlu dilakukan bagi menyelamatkan institusi ilmu ini. Ayuh bangkit anak muda, selamatkan institusi ilmu,” ujarnya.

Sebelum ini, Fahmi meminta supaya pihak Universiti Malaya (UM) menangguhkan sekurang-kurangnya dua minggu dalam prosiding dikenakan tindakan.

Fahmi antara lapan mahasiswa UM yang dihadap ke lembaga tatatertib kerana menganjurkan himpunan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu.

-fmt

Chong Wei nafi guna bahan larangan

Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berkata beliau tidak pernah menggunakan bahan larangan sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.

Pemain nombor satu dunia itu, yang disahkan positif dalam sampel B ujian antidoping Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone', mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya atas sokongan tidak berbelah bahagi pada masa sukar ketika ini.

"Ada begitu banyak persoalan yang tidak dijawab dan saya harap untuk membersihkan nama saya dalam masa terdekat. Saya tidak sama sekali menipu atau bergantung kepada bahan larangan," katanya di laman sosial Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz menggesa pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga panel pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) membuat keputusan kes itu.

"Adalah amat tidak sesuai untuk membuat ulasan lanjut dengan tidak menghormati prosedur BWF dan tindakan ini mungkin akan menjejaskan peluang atlet kita dalam proses sebutan kes.

"Saya benar-benar memahami dan menghormati keinginan masyarakat untuk dimaklumkan tetapi untuk mengimbangi antara keperluan dan keperluan kritikal bagi mengekalkan integriti siasatan terperinci yang dijalankan adalah perkara yang amat penting," kata Dr Ramlan dalam kenyataan di laman Facebook ISN hari ini.

Beliau berkata, adalah penting bagi orang ramai menghormati privasi atlet dalam berdepan dengan cabaran besar kepada nama baik dan reputasinya.

Dr Ramlan meminta pihak tertentu tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat Lee.

"Kami tidak merasa terdorong untuk memartabatkan sungutan yang negatif, tidak bertanggungjawab dan tidak produktif dengan sebarang respons kepada mereka pada ketika ini. Kami lebih rela untuk menumpukan usaha bagi terus membantu atlet kita dalam masa yang penuh sukar ini.

"Kami akan melakukannya dengan baik untuk menyokong atlet itu yang memberikan banyak kegembiraan kepada kita semua dengan hasil pencapaian selama bertahun-tahun. Lebih baik kami berdiri di belakangnya dan sabar menunggu proses ini diselesaikan dengan kebanyakan persoalan jika tidak semua akan dijawab," kata Dr Ramlan.

Lee berdepan penggantungan selama 2 tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukumannya. – Bernama

Khalid Ibrahim kembali bersama PAS?

Selepas dua bulan menghilang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka bakal menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Taski, bersempena namanya dengan bantuan PAS di kawasan Bandar Tun Razak bagi melaksanakan program "Sajian Rakyat" yang dirancangnya.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insider oleh individu yang terlibat secara langsung dalam mesyuarat antara ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bersama PAS yang dijalankan minggu lalu Taman Jaya, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur berhubung penubuhan NGO tersebut.


"Khalid akan bergerak menggunakan NGO dan beliau meminta bantuan PAS Bandar Tun Razak untuk melaksanakannya," kata Roslan Baharom (gambar), 59, kepada The Malaysian Insider.

Roslan yang ditemui ketika tinjauan di kawasan Parlimen yang dimenangi Khalid dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu berkata, PAS Wilayah Persekutuan turut memberikan kebenaran cawangan parti Islam dalam komponen Pakatan Rakyat (PR) itu membantu Khalid.

Roslan, yang merupakan wakil masyarakat dari Zon C di Bandar Tun Razak berkata, tindakan PAS dan Khalid bergerak atas nama NGO itu bertujuan bagi mengelakkan berlakunya krisis antara PKR dan PAS, selepas Khalid dipecat sebagai anggota PKR pada 9 Ogos lalu.

"Kita bergerak menggunakan nama NGO, bukan mewakili parti," kata pesara kakitangan awam itu.

Beliau berkata, antara rancangan Taski adalah menganjurkan Sajian Rakyat seminggu sekali dengan peruntukan sebanyak RM5,000 yang diperuntukkan Khalid untuk setiap program.

"Kita belum membuat keputusan. Kalau seminggu sekali kami tidak sanggup, kami ada program sendiri juga," kata Roslan.

"Tetapi itu peruntukan daripada Khalid sendiri," katanya.

Lokasi pertama Sajian Rakyat juga katanya dijangka akan dilakukan di kawasan perumahan Flat Paya Permai.

"Mesyuarat sudah dijalankan beberapa kali dan saya sendiri hadir dalam mesyuarat penubuhan NGO itu," katanya.

Turut difahamkan, Taski bakal digerakkan 15 individu yang pernah bekerja bersama-sama Khalid ketika beliau menjadi menteri besar Selangor sebelum ini.

Mereka termasuklah bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Faekah Husin, yang kini merupakan pegawai khas Khalid di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

Faekah dalam satu kenyataan sebelum ini berkata Khalid masih lagi ingin memberikan khidmatnya kepada rakyat, dan akan meneruskan tugas wakil rakyat selepas berehat selama dua minggu.

Khalid dipecat sebagai ahli PKR apabila enggan melepaskan jawatan menteri besar Selangor, apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin menggantikan beliau dengan isterinya, yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Krisis berkenaan turut memberi kesan kepada hubungan PAS dengan PKR dan DAP apabila parti Islam itu enggan mencalonkan Dr Wan Azizah sedangkan PKR dan DAP bersepakat menamakan beliau sebagai calon tunggal.

PAS sebaliknya menurut titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mengkehendaki PR menghantar lebih daripada dua nama untuk baginda pertimbangkan sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.

Krisis berkenaan tamat apabila Mohamed Azmin Ali, yang juga timbalan presiden PKR dilantik menggantikan Khalid sebagai menteri besar.

"Beliau (Khalid) juga dijangka bakal membuka pusat khidmat rakyat tidak lama lagi di Bandar Tun Razak," kata Roslan.

Faekah dilaporkan berkata, Sajian Rakyat akan bermula minggu hadapan sebagai usaha Khalid mendekati komuniti dan rakyat di kawasannya dan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Malah, Faekah juga menolak khabar angin yang mengatakan Khalid akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat di DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak.

-tmi

Utusan kritik si 'angkuh' Adnan Yaakob

Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh akhbar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat “Datuk Seri” dalam tulisan itu, Utusan mengkritik “keangkuhannya” terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.

“Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

“Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya,” tulis Awang Selamat.

Tulisan berjudul “Hebat Sangatkah Adnan?” itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

-mk

Friday, November 7, 2014

Buli: Siapa budak singlet hitam itu?

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial.

Kalangan mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu.

Pelaku tersebut dilihat bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Laman Facebook Zuraimi Ngah, yang merupakan antara terawal memuatnaik video itu, dipenuhi komen orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Pengguna Facebook Ramizu Ibrahim berkata “Pihak berwajib tolong siasat..Polis tunggu apa lagi.”

Ct Dzaharriah pula berkata “Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.”

Rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindakan pelajar bersinglet hitam yang dipaparkan di dalam video berdurasi 4 minit 36 saat itu.

Ada yang menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama di mana dipercayai kejadian itu berlaku.

Pengguna Facebook Az Lan berkata, “Buat rasa takut kita ibu-bapa nak hantar anak ke sekolah asrama”.

Video yang dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit itu bermula dengan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama.

Namun dengan tidak semena-mena, seorang pelajar tiba-tiba meluru dari belakang dan menendang salah seorang pelajar yang sedang beratur.

Bermula daripada itu, pelaku yang memakai singlet hitam terus bertindak ganas menendang pelajar-pelajar yang berbaris, seorang demi seorang tanpa dicabar mangsa-mangsa terbabit.

Video itu telah dikongsi lebih 9,000 kali sejak ia dimuat naik. -astroawani

Penyokong Anwar demo terkena semburan

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke khemah untuk bersolat bersama penyokongnya, orang ramai yang berada berhampiran ketua pembangkang itu dikejutkan dengan semburan pemedih mata.

Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu mengakibatkan beberapa orang penyokong dan petugas media batuk serta pedih mata.

Bagaimanapun, orang ramai serta petugas media yang terkena semburan itu tidak tahu individu yang melakukannya.

Sementara itu, polis menahan tiga penjual buku kartun Zunar mengenai Anwar.

Mereka ditahan sekitar jam 7 malam, kata Zunar atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque.

Zunar memberitahu Malaysiakini beliau menerima panggilan dari salah
seorang penjual buku itu yang mereka ditangkap dan dibawa ke balai polis Putrajaya.

Buku kartun yang bertajuk "Komplot Penjara Anwar" juga dirampas oleh pihak polis.

"Mereka memberitahu saya bahawa mereka ditangkap di bawah Akta Penerbitan dan Mesin Cetak," kata Zunar, ketika dalam perjalanan ke balai polis.

Mereka yang ditangkap telah dikenal pasti sebagai Norliza Mohd Kasim, Ridzaldy Rafie dan Raja Norita.

Zunar berkata menangkap penjual buku dan merampas buku-buku itu bercanggah dengan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Awal bulan ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara membatalkan pengharaman dua buku Zunar "1 Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun".

Zunar berkata walaupun penghakiman itu adalah untuk dua buku tersebut, tetapi kerajaan sepatutnya mengambil penghakiman itu pada prinsipnya.

"Ini menunjukkan mereka tidak menghormati mahkamah. Jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut, anda boleh saman saya. Tapi jangan larang semua buku," tegasnya.

-mk

Kuiz seluar dalam Saiful jadi tarikan

Suasana di perkarangan Istana Kehakiman bertukar meriah pagi ini apabila para pemimpin PKR menganjurkan pertandingan kuiz bersama kira-kira 200 orang para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peserta perhimpunan berjaya menjawab soalan yang berkirsar mengenai fakta kes perbicaraan terbabit turut membawa pulang hadiah berbentuk hamper daripada penganjur.

Pertandingan kuiz tersebut diadili oleh kartunis popular Zunar, yang turut memakai jubah hitam dan juga rambut palsu putih seperti seorang hakim.

Para peserta berkenaan antara lainnya ditanya mengenai jenama dan saiz seluar dalam Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes Liwat II.

Rata-rata para penyokong Anwar yang berada di perkarangan Istana Kehakiman diperhatikan mengikuti kuiz tersebut dalam suasana gembira.

Kuiz berkenaan berlangsung selama kira-kira 15 minit dan akan bersambung petang ini apabila persidangan mahkamah diteruskan semula.

Sementara itu, di satu sudut lagi, seramai kira-kira 30 orang penyokong Saiful cuba menarik perhatian dengan bersorak dan melaungkan slogan "Tangkap Anwar" dan "Anwar Peliwat".

Mereka turut memainkan rakaman ceramah daripada penceramah popular Ustaz Azhar Idrus melalui pembesar suara berhububg hukum sumpah mubahalah.

Ia bagi membangkitkan persepsi ke atas Anwar yang tetap enggan bersumpah bagi menunjukkan beliau tidak melakukan perbuatan liwat seperti yang didakwa di mahkamah.

-mk

Thursday, November 6, 2014

Dr M: Pemimpin Umno S'gor harus berundur

Pemimpin Umno Selangor yang terbabit dalam kegagalan parti itu dalam dua pilihan raya umum yang lalu, perlu berundur, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pemimpin-pemimpin Umno Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13. Mereka perlu undur," tulis Dr Mahathir dalam blog beliau hari ini.

Umno Selangor dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pilihan raya umum lepas dan kini digantikan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Minggu lepas Najib berkata beliau "letih dan malu" setiap kali partinya disebut sebagai pembangkang di Selangor.

Menurut Dr Mahathir, menerima ramai ahli baru termasuk yang berbakat adalah perubahan utama yang perlu dilakukan oleh Umno Selangor.

"Hari ini untuk mendapat calon menteri besar di kalangan pemimpin Umno pun tidak ada. Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihanraya," katanya.

Beliau juga berkata perlunya memberi tumpuan kepada Generasi-Y di mana 2.5 juta pengundi muda akan mengundi dalam PRU14.

Bagaimanapun, katanya, ahli baru perlu juga ditapis oleh badan yang terdiri dari veteran Umno termasuk dan bahagian lain.

"Tapisan diperlukan kerana ada makhluk perosak yang ingin peralat Umno untuk agenda peribadi mereka," tambahnya.

Beliau juga berkata Umno mengikis sebagai parti rasuah dan oleh itu "jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung".

-mk

Pemuda PAS mahu SIS diharamkan

Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau kesal kerana SIS semakin berani mencabar asas Islam.

Katanya, pertubuhan itu juga mempermain-mainkan usaha penguatkuasaan seperti hukuman ke atas wanita Islam yang tidak bertudung di Kelantan.

"Kesemua tindak-tanduk dan pendirian SIS mewajarkan ia diharamkan serta merta tanpa kompromi lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kedegilan SIS itu kini mencetus polemik fahaman dan pegangan umat Islam.

“SIS juga mencabar fatwa pengharamannya oleh Jawatankuasa Fatwa MAIS sebelum ini kerana berpegang kepada pluralisme dan liberalisme agama.

“Secara terang nyata juga, SIS telah mencabar akidah Islamiyah apabila turut mempromosikan pemikiran Yahudi dan Nasrani dengan menyatakan manusia sebagai anak-anak Allah.

“Bermakna SIS menolak keesaan Allah,” kata Muhammad Khalil dalam kenyataannya.

Fatwa berkenaan mewartakan SIS sebagai pertubuhan haram kerana didakwa menganuti dan menyebarkan fahaman agama "liberal dan pluralisme."

“DPPM berpendirian tegas bahawa usaha yang giat dikembangkan SIS dengan menyebarkan fahaman liberal atas nama Islam adalah satu kesesatan terang lagi nyata.

“Ia sama sekali tidak mencapai tujuan Islam diturunkan untuk manusia akhir zaman serta membuka kewenangan kepercayaan, pegangan dan amalan, yakni penyimpangan dari syariat dan manhaj Islam sebenar,” katanya lagi.

Khalil seterusnya mendakwa, SIS diasaskan oleh Amina Wadud yang menurutnya dianggap sebagai tokoh “sesat” oleh “hampir semua ulama”.

“Asas Islam yang disesatkan Amina kepada umum dan pernah menimbulkan kontroversi seluruh dunia rupa-rupanya disambung di negara ini menerusi wadah SIS,” katanya lagi.

-mk

Tuesday, November 4, 2014

Belasah dan tikam bapa tiri

Nusajaya: Dua beradik berusia 30-an ditahan selepas disyaki membelasah dan menikam bapa tirinya di sebuah rumah di Selesa Jaya, Nusajaya tengah malam semalam.

Suspek ditahan tidak jauh dari lokasi selepas kejadian berlaku jam 12.52 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, mangsa yang juga berusia lingkungan 30-an cedera di belakang badan dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Menurutnya, pihaknya berjaya merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek dan sebatang besi membelasah mangsa.

Katanya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

-mymetro

Bunuh dan rogol mayat rakan

SEORANG lelaki bertindak kejam apabila membunuh kemudian merogol mayat teman serumahnya sendiri dalam satu kejadian di Orange County, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menurut laporan polis, Bryan Santana melakukan jenayah itu dengan mencekik dan menikam leher Shelby Fazio.

Selepas merogol mayat gadis berusia 23 tahun itu, Santana yang bekerja sebagai penghantar piza merancang untuk membunuh seorang lagi teman serumahnya, John Heermance.

Namun, Heermance terselamat apabila berjaya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketika memberi keterangan, Heermance berkata dia baru pulang ke rumah tersebut dan terkejut melihat lantai dan dinding dipenuhi darah sebelum terserempak dengan Santana yang sedang mencuci tangannya yang berlumuran darah.

Kata Heermance lagi, Santana cuba menyerangnya menggunakan semburan lada dan pisau.

Santana diberkas polis sebaik sahaja dia selesai memotong rambutnya di kedai gunting berhampiran, beberapa jam selepas pembunuhan tersebut dalam laporan Daily Mail.

-sinar harian

Lelaki Inggeris bunuh dua wanita Hong Kong

PENEMUAN dua mayat wanita di sebuah apartmen di Hong Kong membawa kepada penangkapan seorang lelaki Inggeris yang disyaki sebagai suspek utama dalam pembunuhan tersebut.
Kejadian berlaku di wilayah Wan Chai, Sabtu lalu.

Menurut polis, mangsa pertama iaitu wanita berusia dalam lingkungan 25 hingga 30 tahun ditemui terbaring diruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian leher dan punggung.

Manakala mayat kedua ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di balkoni.

Kedua-dua wanita tersebut dipercayai sebagai pelacur dan dibunuh selang sehari. Ketika ditemui, keadaan mayat mula mereput.

Sumber polis berkata: "Ketika ditemui, keadaan mayat mula mereput. Terdapat kesan kelar pada leher, kami percaya suspek cuba memenggal kepala mangsa."

Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menjumpai sejumlah kecil kokain.

Suspek dikenali sebagai Rurik Jutting, berusia 29 tahun dan bekerja sebagai pegawai bank.

Semalam, dia telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas kesalahan membunuh dalam laporan The Guardian.

-sinar harian