Tuesday, July 31, 2012

Jawatan Kosong KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama pendeknya KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.

Caruman adalah wang yang dikreditkan ke akaun individu ahli di KWSP. Amaun tersebut terdiri daripada caruman pekerja dan caruman majikan dan dikira berdasarkan gaji bulanan pekerja. Kadar caruman semasa adalah mengikut upah/gaji bulanan diterima.Bagi pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah caruman pekerja sebanyak 11% dipotong daripada gaji bulanan mereka, manakala caruman syer majikan sebanyak 13%. Bagi pekerja yang menerima upah/gaji melebihi RM5,000 caruman pekerja kekal 11% manakala 12% adalah caruman oleh majikan.

Jawatan Kosong dalam KWSP ialah :

1. CREATIVE DESIGNER

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 9 Ogos 2012

Jawatan Kosong Kementerian Pengajian Tinggi



Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) ingin menjemput warga Malaysia yang berdedikasi tinggi, berwawasan, berdaya saing, kreatif dan inovatif bagi mengisi kekosongan yang disenaraikan seperti berikut:

1. EKSEKUTIF
2. EKSEKUTIF KEWANGAN


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2012

Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji

Untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan dan kemudahan kepada bakal-bakal haji, dalam tahun 1969 perbadanan tersebut dicantumkan dengan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji yang beroperasi di Pulau Pinang dan dengan itu lahirlah Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, yang ditubuhkan di bawah Akta 8, Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Lembaga Tabung Haji kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Seiring dengan visi dan misi TH, permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam dan berkelayakan bagi mengisi jawatan seperti berikut:

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Tabung Haji :-

1. Pengurus Nasihat Korporat & Gubalan (Kontrak)
2. Pengurus Unit Sekretarial (Kontrak)
3. Pengurus Unit Litigasi (Kontrak)
4. Eksekutif Unit Sekretarial (Kontrak)
5. Kerani
6. Eksekutif Portfolio Ekuiti (Kontrak)

MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan: 3 Ogos 2012

Lajim Ukin - Tinggalkan Kapal BN Yang Bakal Tenggelam

Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Seri Panglima Lajim Ukim mengajak rakyat Sabah supaya meninggalkan ‘kapal Barisan Nasional (BN) yang bocor’ dan bakal tenggelam.

Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.

“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.

Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi KEADILAN Sabah, Thamrin Jaini; bekas menteri Kabinet, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan pimpinan KEADILAN lain.

Lajim menyifatkan tindakan itu perlu kerana Umno BN selama ini membuli rakyat Sabah dengan mengabaikan mereka lantaran menganggap mereka sebagai pengundi ‘deposit tetap’.

“Umno BN buat sesuka hati mereka sebab kita dipandang sebagai fixed deposit (deposit tetap). Saya beri amaran kepda BN, jangan buli rakyat Sabah lagi,” katanya.

Setiap kali Lajim mengajak penyokongnya menukar kerajaan, orang ramai akan bersorak dengan melaungkan ‘Tuuukar’ -slogan PPS dan Angkatan Perubahan Sabah (APS).

“Sabah kaya dengan hasil balak dan minyak banyak tapi yang kaya adalah kroni Umno di Sabah dan Semenanjung. Rakyat Sabah tetap sama – miskin,” katanya.

Lajim juga menegaskan sokongannya terhadap Pakatan Rakyat bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi kebajikan rakyat Sabah.

“Saya sudah kaya tapi apakah rakyat Sabah juga kaya? Tidak. Mereka masih miskin. Dulu, saya sokong Umno masuk ke Sabah dulu, sebab mahu tolong rakyat tapi tidak, nampaknya.

“Ada yang tuduh, pembangkang beli saya. Apa sangatlah duit pembangkang. Yang sibuk mahu beli ialah BN,” katanya. -KD

Jadikan al-Quran petunjuk sepanjang zaman

ALHAMDULILLAH kita telah memasuki Ramadan yang baru, setelah beberapa kali Ramadan meninggalkan kita. Ramadan disebut saumun atau siaam yang bermaksud menahan diri.

Menahan diri bermaksud menjaga diri daripada melanggar perkara yang boleh membatalkan puasa malah menahan diri daripada semua perkara-perkara ‘lagha’.

Sebab itu Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak boleh meninggalkan perkataanperkataan palsu dan beramal dengan perkara-perkara palsu, maka Allah tidak berhajat padanya untuk berpuasa.”

Ramadan bulan fyang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang bermaksud “ Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami dalam bulan Shaaban dan sampaikan kami, panjangkan umur kami sehingga tiba Ramadan.”

Hadis ini memberi makna Ramadan ditunggu dengan penuh lahap, dengan rasa kesyukuran untuk mengambil peluang dengan datangnya Ramadan ini menjadikan kita orang yang telah sampai kepada maksud bagi ibadat itu dengan menahan diri.

Dalam Islam boleh dikatakan semua ibadat-ibadat kukuh diberikan istilah yang amat sesuai dengan tujuan pensyariatannya.

Contohnya seperti solat, istilahnya bermaksud doa yang bermaksud memohon kepada Allah sungguh-sungguh agar kita menjadi hamba-Nya yang pergantungan kita hanya kepada Allah.

Sebab itu sembahyang diulang-diulang menjadi suatu hubungan yang intim dan kukuh antar manusia dengan Allah.

Zakat, istilah yang sama yang bermaksud penyucian bukan sahaja menyuci harta tetapi menyuci jiwa daripada yang tidak baik. Haji, sebagai contoh bermaksud niat yang bersih hendak mengunjungi rumah Allah bagi mencapai darjat keampunan yang paling tinggi.

Daripada zahir, puasa nampak seperti seolah-olah mendera diri. Walaupun dikatakan mendera diri, ia dilakukan kerana Allah. Dalam dunia ini ramai orang yang mendera dirinya.

Tetapi penderaan itu kerana dunia. Contohnya orang yang ingin menguruskan badannya, kena regim yang ekstrim. Hendak membina badan, kena latihan yang lasak, makanan yang dikawal.

Selain itu, hendak pandai bermain kena berlatih bersungguh-sungguh, berbulanbulan dan mungkin bertahuntahun.

Kesemua ini dilakukan kerana tujuan keduniaan. Dunia yang fana, akhirnya semua akan ditinggalkan.

Tetapi manusia tetap patuh dan utuh demi mencapai kehendak keduniaan.

Sedangkan puasa ianya dibuat kerana Allah. Dalam satu hadis qudsi Allah menyebut yang bermaksud: “Sesungguhnya puasa itu dilakukan untuk aku, dan akulah yang akan membalasnya.”

Puasa adalah medan latihan hakiki untuk mempertingkatkan daya tahan nafsu bagi melawan kehendak duniawi untuk mencapai tahap kekuatan rohani yang tinggi serta untuk mencapai darjah ketakwaan kepada Allah.

Inilah yang disebut dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum daripada kamu.

Dengannya kamu akan bertakwa kepada Allah. Ketakwaan itu adalah matlamat yang paling tinggi.”

Oleh kerana itu puasa dilakukan kerana mentaati perintah Allah. Insan yang mentaati perintah Allah atau insan mukmin dan muslim, ada yang melakukan ketaatan itu secara paksa atau turut-turutan atau dilakukan dengan cara tidak bersemangat.

Seperti didesak oleh satu pihak, tidak menjiwai amalan itu dengan hati yang benar-benar patuh kepada Allah.

Ibadah puasa ini untuk mencapai tahap ketakwaan dengan bersungguh-sungguh meninggalkan segala yang dilarang dan melakukan segala yang dituntut. Ramadan dikenali juga dengan Shahrul Maghfirah iaitu bulan keampunan.

Allah menyediakan peluang yang begitu terbuka untuk insan muslim mendapat keampunan Allah. Dalam satu hadis Nabi menyebut yang bermaksud: “Alangkah hairan dan ajaibnya bagi orang mukmin yang sempat sampai ke Ramadan, apabila habis Ramadan dia tidak mendapat peluang keampunan Allah”.

Ini juga disebut dalam hadis lain yang bermaksud: “Ramadan awalnya rahmah, dipertengahannya keampunan, dan diakhirnya membebaskan diri daripada api neraka.”

Rebutlah peluang ini untuk Allah selalu mengampuni dosa-dosa kita. Seolah-olah habis Ramadan, habislah dosa kita. Dengan syarat kita hayati Ramadan dengan disebut Ramadan Shahrul Quran.

Kalau Allah telah memilih Ramadan bulan turunnya Quran dan Quran itu menjadi hidayah dan petunjuk kepada manusia dan juga menjelaskan sejelasjelasnya mana yang Allah suruh, yang Allah redha. Mana yang Allah larang untuk dijauhi, yang disuruh untuk ditaati.

Oleh DR HARON DIN
>> Penulis ialah Timbalan Mursyidul Am PAS.

Persenda Umno, Lajim diberi surat tunjuk sebab

Ibupejabat Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Datuk Seri Lajim Ukin mengapa beliau tidak boleh dipecat berikutan pengumuman peletakan semua jawatan dalam Umno dan BN pada 28 Julai lalu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Lajim perlu menjawab surat tunjuk sebab tersebut dalam tempoh 14 hari untuk dipertimbangkan tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam Perlembagaan Umno, lapor Umno Online.

“Umno memandang serius apa yang dilakukan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin khususnya dalam pengisytiharan gerakan ‘Pakatan Perubahan Sabah’ (PPS) selain hubungan akrab dengan pakatan pembangkang yang seolah-olah mempersenda kepimpinan dalam Umno,” katanya.

Jelasnya, Fasa; 20.8 Perlembagaan Umno telah menetapkan bahawa semua ahlinya hendaklah cintakan parti serta patuh kepada perlembagaan dan tataetika ahli, selain sentiasa memelihara nama baik dan maruah parti.

“Apa yang berlaku ini adalah isu dalaman yang bersifat peribadi membabitkan Lajim dan orang-orang tertentu dalam kancah politik negeri.

"Maka ia tidak sewajarnya dikaitkan dengan parti yang telah banyak berjasa kepada negara dan rakyat keseluruhannya,” tegas Tengku Adnan.

Lajim telah mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Umno bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuatkuasa serta merta Sabtu lalu.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan ahli Umno.-MK

Abby Masuk PAS, Kontrak jadi duta tudung ditamatkan

Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.

"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas. -mk

Status Terakhir BB Eksekutif TV9 Sebelum Ditemui Mati

"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir yang sempat dicatat seorang Eksekutif Pentadbiran sebuah stesen televisyen swasta, Syaleza Jaffar, 31, sebelum ditemui mati dalam bilik di kediamannya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, dekat sini, kelmarin.

Gambar: Status BB milik mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat, lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Menurut sumber, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam, menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.

“Suami mangsa menghubungi ambulans yang tiba jam 10.30 malam. Pemeriksaan lanjut mendapati dia telah meninggal dunia,” katanya.

Difahamkan jiran mangsa juga terdengar bunyi pertengkaran beberapa jam sebelum kejadian. Ia berkemungkinan berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan.

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.

Suami mangsa yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota, buat laporan dan memberi keterangan kepada polis.

Mayat Syaleza dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu.

"Peringkat awal kes diklasifikasikan mati mengejut, namun siasatan diteruskan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak,” katanya. -SH

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS

PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.

-HD

Kereta Hilang Selepas Alat Kawalan Jauh Tidak Berfungsi

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur. Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote).

Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ. -Muhammad Hanifa Hamdzah

Monday, July 30, 2012

Tabung simpanan tetap BN sudah retak

PENGUMUMAN Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin yang beliau menarik diri daripada Umno dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pastinya bukan berita yang diharapkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak.

Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan. Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu. Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Mohd Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. Wallahualam.

-Oleh A Kadir Jasin

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.

sumber: http://www.exelroze.info

........
http://anakharimau.blogspot.com/

Tsunami Politik Sabah Bermula, Bumburing Keluar BN

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional (BN) dan akan menyertai Pakatan Rakyat (PR) dipercayai melalui parti Angkatan Perubahan Sabah yang baru diumumkan penubuhannya.

Gambar: Pelancaran "Angkatan Perubahan Sabah"....Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran)...

Ahli Parlimen Tuaran itu juga berkata beliau akan menjelajah ke seluruh negeri Sabah untuk membantu PR memenangi negeri itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Antara punca beliau keluar dari BN ialah kerana kegagalan kerajaan pusat dan kerajaan negeri memantau pendatang tanpa izin (PTI).

“Ini adalah ibu bagi segala masalah yang ada dalam negeri Sabah,” kata Wilfred yang berucap melalui siaran langsung dari laman web UStream TV Merdeka Rakyat.

Menurut Bumburing, peningkatan PTI adalah sekitar 390 peratus iaitu lebih tinggi dari Sarawak iaitu 146 peratus, jauh lebih tinggi dari kadar nasional.

“Dasar BN terhadap PTI ini sangat bahaya kerana berlakunya jenayah, menyukarkan penduduk asal mendapatkan peluang pekerjaan, dan mengancam keselamatan negara.

“Pada zaman Dr M (Tun Dr Mahathir Mohamad) dahulu, dasar memberi kad pengenalan kepada PTI kepada warga asing diberi sewenang-wenangnya.

“Pada sidang Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ada mengumumkan bahawa dia akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tentang isu PTI ini, tapi sudah tiga kali beliau ke Sabah, namun tidak ada pengumuman ketika beliau di Sabah.

“Dan lebih 250,000 PTI ini datang mengundi bertopengkan nama sebagai orang asli Sabah seperti Kadazan Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya,” kata beliau yang merupakan bekas Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO).

Beliau juga berkata bahawa sikap kerajaan negeri yang suka menghalau warga sendiri menyebabkan rakyat seperti pelarian di dalam negeri sendiri.

“Apabila rakyat mohon geran tanah, kerajaan negeri tak bagi, tapi hantar bulldozer untuk runtuhkan rumah,” kata Bumburing lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, Bumburing adalah salah satu contoh orang yang berani dan sanggup melepaskan semua kesenangan demi rakyat.

“Saya pernah berkata bahawa ada kejutan dari Sabah.

“Tetapi, kejutan yang saya maksudkan bukan sekadar Wilfred Bumburing atau Lajim Ukin, kejutan sebenar ialah datang dari rakyat Sabah sendiri,” katanya yang disambut dengan tepukan dan sorakan dari masyarakat Kadazan-Dusun dan Murut yang hadir dalam majlis di Tuaran hari ini. -TMI



Video streaming by Ustream

Rais tarik balik logo Hari Merdeka

Selepas diserang kiri dan kanan akhirnya Datuk Seri Rais Yatim menarik balik logo hari kemerdekaan negara yang ke 55.

Namun, Rais berhelah bahawa "Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi."

Rais berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia sepertimana sambutan pada tahun lepas.

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati".

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September.

Pelbagai pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.

Selain logo, turut dikritik adalah lagu temanya serta temanya.

Namun sehingga kini, lagu dan slogan itu masih dikekalkan.


Lagu tema


Sejak ia dilancarkan awal bulan ini, dan dimuat naik pelbagai pihak di Youtube, hanya kritikan-kritikan pedas memenuhi ruang komen termasuk mereka yang memilih 'dislike'.

Ada antara mereka memberi komen bahawa lirik lagu tersebut langsung tidak relevan dengan kemerdekaan apatah lagi untuk menanam semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Sepanjang-panjang lirik ini, satu pun tak ada sebut perkataan Merdeka. Kata lagu tema Hari Kebangsaan," komen seorang pengunjung youtube.

"Kalau Tunku Abdul Rahman hidup lagi mesti dia menyesal," tambah yang lain.


Tema


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar) antara pengkritik utama tema Hari Kemerdekaan kali ini.

Kadir yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan berkata, tema perayaan hari kemerdekaan disifatkannya sebagai kempen pilihan raya BN.

Tema hari kemerdekaan tahun ialah Janji Ditepati.

"Ianya begitu terang dan terbuka tanpa sorok-sorok. Ini jelas membuktikan sikap kerajaan yang begitu ego dan begitu yakin tentang kedudukannya.

"Ianya tidak peduli sama sekali dengan perasaan pihak rakyat keseluruhannya. Ianya seakan-akan perayaan kemerdekaan juga telah menjadi hak BN," katanya dalam kenyataan akhbarnya.

-HD

Berwaspada Dengan Aktiviti Di Facebook

Semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tengok video-video kekejaman di Palestin dan Syria, jangan ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihar didalam Metro atau KOSMO.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.

Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara.

Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.

Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriman. Tentukan hanya orang-orang tertentu saja yang boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag.


Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samada ianya akan mengancam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah. Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target.

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukkan anda bersendiri. Seperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mendedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dengan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambo profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yang tak patut tu delete sahaja !


* Nampak paranoid, tapi kalau korang tengok sendiri baru korang tau. Jangan salahkan pihak berkuasa. Kita sendiri yang expose maklumat peribadi. -Pak Arab/Khairul Amree/suntingan -GB

Sunday, July 29, 2012

Kawan Najib Akan Sertai Pas?

PAS bakal menerima seorang lagi warga baru apabila seorang lagi orang kuat Umno akan mengistyhar menyertai Pas.

Tokoh itu sudah pun begitu mesra dengan Pas dan menyertai majlis-majlis Pas selama ini tetapi masih belum terbuka menyertai Pas. Namun sempena dengan Ramadhan atas semangat perang Badar, tokoh berkenaan telah mengambil keputusan nekad akan menyertai Pas di dalam Ramadhan ini juga.

Katanya dia telah membuat istikharah akhirnya Tuhan menunjukkan bulan kepadanya.

Satu majlis penyerahan borang Pas akan dilakukan tidak lama lagi.

Dengan penyertaan tokoh ini ia memberi tekanan dan aib besar kepada Umno. Dunia akan melihat Umno sudah tidak dipercayai bukan saja oleh anak-anak muda, golongan cerdik pandai tetapi oleh ahlinya sendiri. Tokoh berkenaan pernah menjawat beberapa jawatan dalam parti dan juga menjadi ahli Parlimen.

Tokoh ini juga sebelum ini merupakan kawan rapat kepada presiden Umno, Ha Najib Razak.

Mudah-mudahan dengan penyertaan tokoh berkenaan ia akan menambahkan kekuatan Pas dan ahli baru itu pula akan mendedahkan lebih banyak lagi kepincangan parti yang disertai sejak lebih 50 tahun itu untuk dijadikan maklumat dan panduan kepada umum.

-Petikan Merah Tinta & MSO

Benar Sungguh Kritikan Mat Sabu?

KIRA-KIRA setahun yang lalu, sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis.

Mat Sabu menekankan isu lain, tetapi dek kerana manipulasi media pemerintah, rakyat tertumpu kepada isu komunis pula yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih berlangsung sehingga sekarang.

Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara.

Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), rakyat negara kita ini masih duduk di atas pokok.

Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55.

Kesilapan pertama bermula dengan pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati". Meskipun kritikan lantang diberikan di atas pemilihan tema yang mirip kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?).

Hatta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga meluahkan rasa 'meluat'nya dengan pemilihan tema yang jelas tidak neutral dan "tidak mengalu-alukan" penglibatan semua rakyat termasuklah penyokong parti pembangkang.

Belum selesai kesilapan pertama, kesilapan kedua dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "selekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet.

Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini? Tema yang syok sendiri dan logo yang menyedihkan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti pemerintah.

Diundang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun sarjana kangkung mengatakan negara tidak pernah dijajah).

Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu nukilan Rais Yatim itu? Rasanya baru sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa zaman bodek sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan oleh Rais Yatim.

Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya.

Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

Salam Hormat,

ANTI MANIPULASI

Penganalisis: Sentimen pengundi sebenar tidak ditunjukkan

Penganalisis telah mempertikaikan hasil kajian badan tinjauan bebas yang menunjukkan penurunan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan parti pemerintah Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU). Hasil kajian itu dikatakan tidak menggambarkan sentimen sebenar pengundi.

Khamis lalu, Merdeka Center menyatakan penilaian terhadap kelulusan Najib turun satu peratus kepada 64 peratus pada bulan Jun tetapi penilaian kelulusan terhadap BN menurun enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dan penurunan paling tampak adalah antara pengundi Melayu.

Penganalisis politik memberitahu The Malaysian Insider bahawa penurunan dalam penilaian bukanlah satu penunjuk tepat bagaimana prestasi BN pada PRU 13 kerana responden yang dikaji, terhad jumlahnya.

“Isu-isu yang berkenaan dengan rating biasanya bersifat sementara,” kata Prof Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar (gambar) dari Universiti Malaya (UM).

“Sebab isu ini dihadam untuk disegerakan impaknya seperti pemberian bonus, pemberian kupon ataupun voucher itu semua adalah bersifat sementara,” kata pemangku Ketua Jabatan Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa universiti terkemuka itu.

“Itu sebab rating perdana menteri boleh turun naik dalam waktu yang singkat dan tidak semestinya mempengaruhi pilihan raya kerana bila tiba pilihanraya isu dah tidak panas lagi,” kata Mohamad ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Selain itu, Mohamad juga berkata, sokongan terhadap prestasi PM, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh diterjemahkan menjadi sokongan kepada BN oleh kerana populariti peribadi Najib belum tentu mempengaruhi BN secara keseluruhan.

“Sokongan terhadap prestasi Najib tidak boleh terjemahkan menjadi sokongan terhadap BN.

“Sebab Najib adalah peribadi persendirian yang belum tentu mempengaruhi kedudukan BN secara keseluruhan.

“Kenaikan atau penurunan persepsi terhadap Najib belum tentu boleh diterjemahkan menjadi kenaikan atau penurunan sokongan terhadap BN,” katanya lagi.

Najib menjadi PM keenam negara selepas jawatan diserahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi kepadanya pada April 2009, setahun selepas BN hilang penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen dan empat buah negeri. Beliau memerlukan mandat peribadi dalam PRU akan datang dan berharap untuk meningkatkan prestasi BN berbanding PRU 2008.

Pengarah Eksekutif Institut Asas Kajian Kemasyarakatan (INSKA), Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa hasil kajian Merdeka Center terhadap prestasi Najib sebagai tidak tepat.

Menurut Anuar, sokongan politik bukanlah seperti pasaran saham yang boleh turun naik dalam masa yang begitu singkat.

“Macam mana sokongan terhadap PM turun dan naik mendadak dalam masa setahun?

“Sokongan bukanlah sejenis komoditi atau harga saham,” katanya.

Pengarah Eksekutif INSKA itu juga tidak bersetuju dengan hasil kajian Merdeka Center yang mengatakan berlakunya penurunan sokongan orang-orang Melayu kepada BN.

“Saya rasa survey ini tidak tepat.

“Saya percaya sokongan orang-orang Melayu masih lagi bersama BN, atau lebih spesifik lagi bersama Umno,” katanya lagi.

Menurut Anuar lagi, masalah utama BN kini adalah parti-parti komponen yang lain seperti MCA, Gerakan dan MIC tidak berkerja keras sepertimana yang dilakukan oleh Umno.

Sementara itu, Prof Dr Jayum A. Jawan, pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, berkata, adalah tidak tepat jika Merdeka Center menyatakan bahawa sokongan masyarakat Cina kepada PM meningkat kerana itu tidak menggambarkan situasi sebenar di lapangan.

Menurut Dr Jayum lagi, pada PRU akan datang, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat (PR) lebih kuat berbanding dengan PRU 2008.

"Dari pengalaman saya turun kebawah mengajar dan menghadiri forum-forum baik sebagai pembicara atau peserta, saya rasakan hasil kajian yang dibuat oleh Merdeka Center ini tidak begitu tepat.

"Saya tidak fikir pengundi Cina akan kembali menyokong Barisan Nasional.

"Ini adalah kerana sentimen kemarahan mereka (masyarakat Cina) terlalu tinggi terhadap BN kerana terlalu banyak isu yang gagal diselesaikan oleh kerajaan.

"Dalam pilihan raya akan datang, peratusan masyarakat Cina yang mengundi pembangkang lebih tinggi berbanding pilihan raya tahun 2008," kata Jayum ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Walaubagaimanapun, menurut Mohamad badan-badan kajian dan survey seperti Merdeka Center, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) bagus kerana sekurang-kurangnya, kerajaan kini mendengar pandangan dari badan-badan bebas.

“Kerajaan kini tidak hanya mendengar laporan perisikan atau cawangan khas sahaja.

“Third opinion atau pandangan tambahan itu bagus, mereka ini bebas.

“Tetapi survey mereka ini juga terhad dan dibatasi oleh responden yang mungkin tidak mewakili pandangan secara keseluruhannya,” katanya lagi.

Tinjauan pendapat Merdeka Center yang dijalankan di kalangan pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan bahawa kepuasan terhadap prestasi PM keenam merosot di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing daripada 79 peratus kepada 75 peratus, dan daripada 72 peratus kepada 69 peratus.

Walau bagaimanapun, pemimpin pembangkang melihat keputusan kaji selidik itu menunjukkan persepsi pengundi alternatif terhadap BN selepas memerintah lebih daripada setengah abad.

Tony Pua dari DAP dan sekutunya dari PKR, Rafizi Ramli berkata menimbang dari keputusan kaji selidik itu, populariti peribadi Najib adalah tidak mungkin dapat menyelamatkan kapal BN yang hampir tenggelam dalam PRU 13, berdasarkan sokongan merosot di kalangan pengundi Melayu, yang merupakan kaum terbesar iaitu sebanyak lebih 60 peratus daripada jumlah populasi rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berjumlah 28 juta orang.

-TMI

Ijazah Palsu: Penjawat Awam Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas- KSN



Mana-mana penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan pembelian ijazah secara tidak sah akan dikenakan tindakan tegas, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Bagaimanapun beliau mengesahkan setakat ini belum ada laporan mengenai penjawat awam terlibat dengan kegiatan itu.

"Sekarang ini polis sedang siasat, sekiranya ada pegawai atau kakitangan yang memperolehi ijazah ini secara tidak sah tindakan akan diambil. Bentuk tindakan…kita akan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.

"Setakat ini belum ada laporan yang menyatakan penjawat awam terlibat. Jadi kita akan tunggu laporan daripada pihak polis mengenainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Transformasi Pegawai ke luar negara dan Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa kebakaran kediaman pelajar Malaysia di Iowa, Amerika Syarikat di Akademi Kenegaraan pada Sabtu.

Baru-baru ini sebuah akhbar Bahasa Melayu membongkarkan kegiatan sindiket menjual sijil-sijil dan ijazah palsu bernilai hampir RM5 juta yang mula beroperasi sejak 2003.

Sindiket tersebut menjual sijil-sijil berkenaan secara dalam talian dengan menawarkan segulung ijazah sarjana muda pada harga RM6,500, sarjana RM8,500 dan doktor falsafah (PhD) RM10,500 dengan tambahan RM1,000 sebagai bayaran untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Sindiket yang mendakwa kesemua sijil itu dikeluarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta dikatakan akan bergabung dengan lima universiti yang dikenal pasti sebagai Universiti Rock Hampton dan Universiti Antarabangsa Harvey di Amerika Syarikat (AS) bersama-sama dengan Universiti Cannington Brook dan Universiti Glastonbury di United Kingdom serta Universiti Charles Molnar.

Dalam perkembangan lain, Dr Ali berkata seramai 117 pegawai yang akan ke luar negara untuk menyambung pengajian dalam program sarjana dan doktor falsafah.

"Kita berharap mereka akan jadi pelajar yang cemerlang sekaligus mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

"Saya juga telah menasihatkan mereka supaya menjadi duta Malaysia di luar negara," katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan daripada sektor swasta sebanyak RM1,578 (USD500) kepada setiap penuntut yang terlibat dalam insiden kebakaran di sebuah blok pangsapuri di South Meadow Apartments, di Ames, Iowa, Amerika Syarikat, pada Ahad lepas.

"Ini merupakan susulan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyeru supaya pihak swasta mengambil bahagian di dalam aktiviti seperti ini sempena Ramadan mulia ini.

"Secara tidak langsung dapat menggandingkan pihak kerajaan serta swasta dalam menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat," katanya.

Dr Ali berkata kerajaan juga akan memberi bantuan kepada setiap penuntut terbabit berjumlah antara RM6,313 dan RM7,892 (USD2,000-USD2,500).

Menurutnya daripada 17 penuntut terbabit, 10 adalah penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), enam ditaja Mara manakala seorang penuntut persendirian. "Bantuan yang sama akan diberi kepada penuntut persendirian memandangkan keluarga penuntut itu menanggung beban yang sama seperti penuntut tajaan kerajaan," katanya.

Sejurus selepas kebakaran itu, katanya sebanyak RM13,132 (USD4160) dikumpul melalui kutipan derma Biro Agama dan Kebajikan Kedutaan Besar Malaysia, Washington, Pertubuhan Malaysian Islamik Study Group serta orang persendirian. "Kementerian Luar Negeri bersama agensi lain sentiasa memantau keadaan penuntut-penuntut tersebut serta memberi bantuan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing," katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri juga telah meminta Duta Khas ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaludin Jarjis untuk menyelaras bantuan kepada penuntut terbabit.

Sementara itu, penuntut tajaan JPA Hazwan Izzuddin Hashim, 21, berasa amat bersyukur serta berterima kasih kepada pihak swasta yang tampil menghulurkan sumbangan kepada beliau dan penuntut lain.

"Syukur, ini merupakan rezeki Ramadan setelah saya menerima dugaan kerugian akibat kebakaran baru-baru ini," kata pelajar tahun dua jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu.

Land disputes leading to violence – Jeffrey

PINANGAH: State Reform Party (STAR) is warning that the many land disputes happening in many parts of Sabah is becoming more serious and showing indications that they will eventually lead to violence if the government continues to turn a blind eye on them.

In his speech at a land rights demonstration here on Thursday, STAR Sabah chairman, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, expressed his utter disappointment that the state government has been neglecting the people despite the fact that the problem has been happening in many years already.

“I can’t understand why the government is not doing much to help our native people who are being chased out of their lands knowing that land matters is within the power and responsibility of the state government,” he said. “Then BN government has been promising to help our people and to protect their rights but it seems to be favouring the big companies instead of the poor people.”

Taking the case of the on-going land problem in Pinangah, in which the people’s NCR land has been approved to a company, Jeffrey lamented that the government is yet to fully respond to the people’s grievances – there is still a huge swath of land yet to be reinstated to the native owners. The area involved is 9,000 acres within the Maxland area, not yet including those under the ownership of two companies. He revealed that in many areas where such problems are happening, the companies are using foreigners to chase the locals away from their lands.

“In Sukau earlier this year, we have a case where the company bulldozers came to bulldoze the people’s houses, and foreigners came to threaten the locals to abandon their village,” he said. “Bloodshed was avoided only because the Tombonuo villages were patient and didn’t retaliate.”

He said the poor people now have to resort to going to court to claim their rights, but being poor they are hampered by financial constraint to hire lawyers, and limited by lack of documentation, hence they are at the mercy of the legal system, of the apathetic government inaction, and of the companies who are using foreigners.

He added that the method of giving communal titles to the villagers is now seen as an unacceptable and temporary solution by the villagers because in the end they become mere participants in the development of the land by companies, and not as owners.

“In this way the whole approach is a clever way of taking away their land, a form of hidden land robbery,” Jeffrey said. “The people have also got fed up with hamper handouts. They want permanent solutions to their problems, not keep getting cooking oil, packets of rice, salted fish and so once in a while. To them this has become an insult because they feel they are being treated like idiots and beggars.”

He pointed out again that this is the result of the state government being controlled by Umno. “Although the state Umno leaders are locals they are still being controlled by the central Umno in the Peninsular which makes the important decisions,” he said. “If the BN/Umno government is truly sincere to help Sabahans, the first thing they need to do is respond to the people’s plea for help with the land problems, or they will face the ire of the people in the coming general election.”

Jeffrey also related his bad experience of visiting Pinangah, going there by boat and coming back by road. “It was a very sad journey, seeing children walking to and from school over dirty roads barefooted for many miles, seeing houses without walls, and the road condition was the worst I have ever seen in my life,” he lamented. “It was not just a case of going over potholes but actual lakes on the road!

“And I wondered what the government has been doing, and what does it mean by ‘Janji ditepati,’ ‘the opposition can only make empty promises,’ and ‘People first performance now.’

“I forgot I was in Sabah because I felt I was in some fourth-world country,” he said.

Also present at the demonstration was the head of the land demand committee, Petrus Eng and his assistant, Aimeh Siman.

Ada Usaha singkirkan Mat Sabu?

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak tahu apa-apa mengenai desas-desus pemimpin tertentu tidak menyenangi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang dalam pilihan raya umum akan datang.

NONEMahfuz ketika ditemui selepas sidang media di ibu pejabat parti berkata, setiap calon yang bertanding bagi mana-mana kawasan ditentukan oleh PAS Pusat.

Selain itu, ketika ditanya mengenai usaha-usaha pihak tertentu yang tidak mahu Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bertanding di kawasan itu, Mahfuz berkata beliau tidak tahu.

"Mana ada. Saya pun tak tahu (mengenai isu ini). Kenapa ada usaha nak singkir pula sedangkan yang menentukan soal siapa calon yang nak bertanding semua ialah PAS Pusat.

"Krisis? tak ada krisis PAS Kedah. Tak ada. Saya pun tak tahu benda ini. Saya belum baca," katanya ketika ditanya Malaysiakini.

Jumaat lalu, Malaysiakini melaporkan, mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan Pendang yang memutuskan untuk menawarkan Mat Sabu bertanding kerusi Parlimen berkenaan tidak disenangi pemimpin tertentu negeri itu.

NONEBagaimanapun menurut sumber yang rapat dengan PAS Pendang, mereka gagal memujuk PAS kawasan itu suapaya menukarkan keputusan tersebut dengan mengekalkan penyandangnya Dr Hayati Othman.

Dalam pada itu lagi, ketika ditanya siapakah calon yang sesuai untuk bertanding di kawasan Parlimen itu, Mahfuz dengan nada berseloroh berkata, sesiapa calon pun boleh bertanding di kawasan itu.

Beliau juga berkata, tidak ada mana-mana pihak yang boleh membuat keputusan siapa akan bertanding di sesuatu kawasan melainkan PAS Pusat.

"Bagi saya calon semua (ditentukan) Pusat. Tak ada orang boleh menolak orang itu ini. Semua orang pun sesuai bertanding di Pendang. Sumber itu tak betul," kata Mahfuz lagi.

-MK

Mahkamah Tolak Permohonan Lynas Corporation

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak permohonan Lynas Corporation Limited dan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk mendapatkan injunksi terhadap pertubuhan ‘Hentikan Lynas Selamatkan Malaysia’ (SMSL) dan lima pihak lagi daripada terus menerbitkan artikel terhadap Lynas.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O’Hara mengetepikan permohonan Lynas dengan kos RM5,000.

Dalam keputusannya, Hakim O’Hara berkata mahkamah, pada peringkat ini, tidak dapat menyimpulkan sama ada kenyataan itu adalah fitnah atau sebaliknya, sehinggalah mahkamah mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh.

Hakim mendapati kepentingan awam adalah elemen yang relevan dan bersetuju dengan hujah defendan bahawa orang ramai mempunyai hak terhadap maklumat itu.

“Keterangan afidavit di hadapan saya tidak cukup untuk menyakinkan mahkamah bahawa defendan akan gagal dalam perbicaraan,” katanya.

Dalam permohonan injunksi itu, Lynas memohon supaya defendan menarik balik artikel bertajuk ‘Civil Society Organisations Joint Statement on Lynas Issue: SMLS Malaysian NGO statement Against Lynas’ dari laman blognya sehingga kes saman itu diselesaikan.

Pada 19 April, Lynas Corporation of Sydney, Australia, dan Lynas Malaysia memfailkan saman itu terhadap SMSL Sdn Bhd dan dua pengarahnya, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow, serta tiga sukarelawan iaitu Hang Chong Leung, Lee Chow Fong dan Ismail Abu Bakar, berhubung artikel berbaur fitnah yang disiarkan dalam laman webnya pada 22 Mac.

Selepas keputusan itu, peguam defendan, Datuk Bastian Pius Vendargon memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan memohon supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos bagi pengurusan kes.

Sementara itu jurucakap SMSL, Tan Bun Teet melahirkan kegembiraan ke atas keputusan mahkamah dan menyifatkan ia satu kemenangan ke atas perjuangan rakyat san SMSL menentang Lynas.

Keputusan itu turut diraikan lebih 100 penyokong terdiri daripada penduduk Kuantan dan wakil-wakil organisasi masyarakat dengan membawa sepanduk untuk menujukkan perpaduan mereka terhadap tindakan fitnah Lynas.

“Ia adalah keputusan menggembirakan semua pihak. Kami lega dengan keputusan mahkamah sekaligus membuktikan kebebasan bersuara untuk menyatakan kebimbangan kami terhadap kerajaan dalam menjaga kepentingan orang ramai dan negara,” katanya. -selangorku

Lajim Ukin Isytihar Letak Jawatan Umno

Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. -SH

Warner Music Terbit Album Sempena Aidilfitri

DI atas sambutan yang menggalakkan terhadap lagu-lagu raya malar segar, Warner Music Malaysia mengambil inisiatif dengan menerbitkan album khas sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Album yang berjudul Pilihan Hari Raya memuatkan sebanyak 23 buah lagu raya oleh barisan artis popular lama dan baru tanah air.

Antara lagu-lagu raya terbaik pilihan sepanjang zaman adalah Selamat Hari Raya dendangan Saloma, Salam Aidilfitri (Jamal Abdillah), dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Dendang Perantau (P.Ramlee) dan Tangan Kuhulur Maaf Kupohon (Al Mizan).

Walaupun lagu-lagu lama sering menjadi tarikan utama, Warner tetap memeriahkan industri muzik dengan sebuah lagu baru berjudul Kemaafan Lebaran yang menampilkan Firdaus, Faris (Awanband) dan Youk (Bunkface).

Sebagai sebuah lagu rancak dengan ‘mood’ pop, Kemaafan Lebaran berinspirasikan elemen moden, sekaligus menyumbang kesegaran pada koleksi lagu-lagu raya yang sedia ada.

Album ini turut memuatkan sebuah lagu mix nyanyian DJ Dave iaitu Menjelang Hari Raya dengan penampilan istimewa Steve Thornton, DJ Nabila & Feeraz.

Dalam pada itu, lagu-lagu lain yang turut dimuatkan ialah Takbir Raya, Seloka Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Berhari Raya dan Bila Takbir Bergema.

Bagi yang ingin mendapatkan nada dering lagu-lagu daripada album ini, ia boleh didapati secara ekslusif oleh pengguna Celcom dengan hanya mendail *888*164166# dan tekan call/send, ataupun dengan melayari http://www.thecube.my.

Sementara itu, pihak Warner turut menampilkan album kompilasi VCD khas dengan memuatkan 14 buah klip video oleh artis-artis popular tanah air.

Antara klip-klip video yang dimuatkan ialah Salam Aidilfitri nyanyian Jamal Abdillah, Gurindam Di Pagi Syawal (Jay Jay), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Salam Dunia (M.Nasir), Kurniaan Di Hari Raya (Femini) dan Bingkisan Untuk Perwira (Khadijah Ibrahim).

-Mstar

Perasmian Gilang Gemilang Olimpik London

Great Britain selaku tuan rumah mempersembahkan gabungan suasana tradisional dan moden bagi menggambarkan proses transformasi yang dilaluinya sebagai latarbelakang kepada acara pembukaan rasmi gilang-gemilang Sukan Olimpik ke-30.

Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London.

Ribuan peserta mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mempersonakan selama dua jam.

london olympics opening 2012 dancersDengan bertemakan 'Isles of Wonder', digambarkan transformasi yang dialami negara tersebut bermula dari zaman
revolusi perindustrian di abad ke-18 sehinggalah ia mencapai pemodenan dan perubahan pesat.

Mengakhiri segmen pertama, lima bulatan yang melambangkan simbol Olimpik dinaikkan di tengah-tengah stadium sebelum ketibaan Ratu Elizabeth 11 pada 9.30 malam.

Persembahan seterusnya berupa kesenian moden dengan dua watak terkenal filem James Bond and Mr Bean mencuri perhatian.

Pada pukul 10.30 malam, perarakan kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian pun bermula didahuli oleh kontinjen Afghanistan.

Kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlet dan pegawai dengan diketuai Chef de Mission Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong anak Pamg berarak lalu pada 11.13 malam.

Kontinjen Malaysia, bagi peserta lelakinya memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna 'Harimau Malaya' serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik London, Sebastian Coe dalam ucapannya mengalu-alukan para peserta ke kejohanan terbesar dunia itu.

"Dalam tempoh dua minggu ini, kami akan menunjukkan bandar raya hebat London. London 2012 akan menyaksikan yang paling terbaik daripada kita." katanya.

london olympics opening 2012 stadiumPresiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Jacques Rogge
pula mengucapkan tahniah kepada London yang menerima kunjungan dunia.

"Di sinilah lahirnya sukan moden. London menjadi bandar raya pertama secara rasmi yang menganjurkan Sukan Olimpik moden sebanyak tiga kali, terdahulu pada 1908 dan 1948," katanya.

Ratu Elizabeth kemudiannya merasmikan pembukaan Olimpik London.

Pemenang pingat gangsa acara taekwondo wanita pada Olimpik Beijing 2008, Sarah Stevenson mengangkat sumpah bagi pihak atlet.

Selepas dibawa hampir 12,800 km, obor Olimpik akhirnya dibawa memasuki stadium pada 12.35 pagi.

Sekumpulan tujuh orang atlet muda Britain kemudiannya membawa obor di sekeliling stadium dan menyalakan kawah obor Olimpik. Maka bermulah Sukan Olimpik London.

- Bernama

Video : http://www.youtube.com/watch?v=4As0e4de-rI&feature=relmfu

Saturday, July 28, 2012

MP BN jemput Anwar ke pelancaran SRF

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran satu pergerakan politik baru oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

NONEPergerakan tersebut dikenali dengan nama Angkatan Perubahan Sabah (Sabah Reform Front - SRF).

Tamrin ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan bahawa Anwar akan berada di Sabah pada hujung minggu ini atas jemputan tersebut.

Jelasnya acara tersebut bukan program anjuran PKR mahupun Pakatan Rakyat tetapi dianjurkan oleh dua MP berkenaan.


"Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah," katanya yang menambah, salah satu program itu akan diadakan di Tuaran dan satu lagi di Beaufort.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

"Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah," katanya.

-MK

Lagu Propaganda 1Malaysia Jadi Lagu Tema Hari Merdeka

Selepas kontroversi slogan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 ‘Janji Ditepati’ yang didakwa hanya untuk meraih sokongan kepada Barisan Nasional (BN), kini lagu temanya turut menimbulkan persoalan yang sama.

Lagu ‘Janji Ditepati’ yang dimuat naik dalam laman video sosial YouTube mengandungi lirik ‘Janji sudah ditepati, Kini masa balas budi’.

Lirik lagu 3:35 minit itu turut memuatkan baris ayat ‘Ini janji kita BR1M 1Malaysia’, ‘Kata kita dikota ‘, dan ‘Kedai 1Malaysia’.

Macam malam ikut siang
macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji APa? Janji 1Malaysia
Janji Siapa? Janji kita
Janji Apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Manakala klip video tersebut memaparkan beberapa keping gambar slaid program 1Malaysia termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik Bergerak 1Malaysia, serta Skim Amanah Rakyat (Sara) 1Malaysia.

Slogan ‘Janji Ditepati’ sebelum ini mendapat reaksi negatif terutamanya Pakatan Rakyat yang mendakwa ia tidak menggambarkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan hanya untuk meraih undi untuk pilihan raya.

Pakatan Rakyat sehubungan itu memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan menukar slogan itu sebelum mencadangkan satu tema lain yang lebih inklusif untuk semua.

Namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam reaksinya berkata bukan satu kesalahan menggunakan slogan “Janji Ditepati” sebagai tema kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan BN menunaikan janji-janjinya. -FMT


Bubar parlimen sebelum Hari Kemerdekaan?

Tidak banyak masa yang tinggal untuk Perdana Menteri Najib Razak. Ramai yang berkata, seandainya pilihan raya umum ke-13 tidak diadakan pada September tahun ini, maka ia kemungkinan besar akan jatuh pada awal tahun depan.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah membuat satu analisa berdasarkan tarikh pembubaran parlimen, hari pencalonan dan pengundian untuk 12 PRU dari tahun 1959 hingga 2008, sejak kemerdekaan. Analisa ini mendapati, daripada 12 kali pembubaran parlimen, enam kali berlaku pada awal tahun, iaitu Februari, Mac atau April; empat kali pada pertengahan tahun, iaitu Jun atau Julai, dan dua kali pada akhir tahun, iaitu Oktober atau November.

Beberapa bulan lalu ketika Najib mengumumkan pembentangan Belanjawan 2013 pada 28 September, ramai mula meramalkan tarikh PRU 13 berkisarkan tarikh ini. Padahal, tarikh pembentangan belanjawan telah ditetapkan sebelum bermulanya Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12. Ketika Abdullah Ahmad Badawi menyandang jawatan Menteri Kewangan, tarikh pembentangan belanjawan juga diawalkan dari Oktober (secara tradisional) kepada 29 Ogos, disebabkan bulan puasa dan faktor teknikal yang lain.

Untuk meramalkan tarikh pembubaran parlimen dari sudut teknikal, selain mengambil kira tempoh dari hari penamaan calon hingga pengundian, iaitu tempoh kempen, kita juga perlu mengambil kira bilangan hari dari pembubaran parlimen hinggalah hari pencalonan. Dalam tempoh ini, aktiviti rasmi yang paling mustahak adalah pengumuman pembubaran parlimen selepas PM menghadap DYMM Yang Dipertuan Agong, dan pengumuman tarikh hari pencalonan dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Secara ringkas, ia diperlihatkan dalam tiga pola untuk 12 PRU yang telah diadakan.

Yang pertama, dari PRU 1959 hingga 1969. Dalam tiga PRU yang diadakan ini, dari hari pembubaran parlimen sehingga pencalonan, purata tempohnya adalah 19 hari. Tempoh kempen adalah sama, iaitu 35 hari. Oleh itu, jumlahnya adalah 54 hari. Yang kedua, dari PRU 1974 hingga 1995. Dalam enam PRU yang diadakan, dari hari pembubaran parlimen sehingga hari pencalonan, puratanya adalah 8 hari, dengan tempoh kempen secara puratanya 13 hari. Oleh itu, jumlahnya adalah 21 hari. Ketiga, dari PRU 1999 hingga 2008. Dalam tiga PRU yang diadakan, dari hari pembubaran parlimen sehingga hari pencalonan, puratanya adalah 10 hari. Tempoh kempen hampir sama, dengan purata 10 hari. Oleh itu, jumlahnya adalah 20 hari.

Darurat diisytiharkan selepas tragedi 13 Mei 1969, dan parlimen kembali beroperasi hanya pada tahun 1971. Namun, tempoh kempen sebanyak 35 hari sebelum tragedi 13 Mei telah dikurangkan secara mendadak kepada 16 hari dalam PRU 1974, atau secara puratanya 13 hari untuk enam PRU selanjutnya. Bukan itu sahaja, mungkin apa yang diabaikan, tempoh antara pembubaran parlimen dan pencalonan juga berkurang dari purata 19 hari kepada 8 hari.

Dengan kata lain, dari pembubaran parlimen hingga hari pengundian, tempohnya telah berkurang dari 54 hari kepada 21 hari, iaitu dikurangkan 33 hari - maknanya satu bulan!

Hari ini, apabila kami menuntut tempoh kempen yang lebih panjang, dan tidak membincangkan tempoh dari pembubaran parlimen hingga hari pencalonan - maka regim Najib dan SPR yang licik dalam permainan politiknya, boleh memanjangkan tempoh kempen kepada 14 hari, pada masa yang sama, mengurangkan tempoh dari hari pembubaran parlimen ke hari pencalonan kepada 8 hari. Maka, tempoh dari pembubaran parlimen ke pengundian hanya sejumlah 22 hari, sekadar dua hari lebih daripada 20 hari dalam tiga PRU yang terdekat.

Atau, mereka memanjangkan tempoh kempen kepada 17 hari (tempoh kempen yang terpanjang selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU tahun 1978), dan kemudian memendekkan tempoh dari tarikh pembubaran parlimen hingga hari pencalonan kepada 5 hari (tempoh terpendek dari hari pembubaran parlimen ke pencalonan selepas tragedi 13 Mei 1969, iaitu PRU 1986), jadi tempoh antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian tetap sama, iaitu 22 hari!

Jikalau PRU jatuh pada September - kita andaikan 16 September adalah hari pengundian (hanya ramalan), dan andaikan 22 hari antara pembubaran parlimen hingga hari pengundian, maka parlimen perlu dibubarkan paling lewat pada 25 Ogos, iaitu beberapa hari selepas Hari Raya Puasa.

Jadi, tindakan regim Najib menjadikan slogan kempen Barisan Nasional "1Malaysia Janji Ditepati" sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia jelas telah hijack sambutan hari kemerdekaan. Najib cuba wujudkan suasana feel good dengan gelombang sambutan kemerdekaan. Ia bagai bayang dalam air, bagai mimpi dalam khayalan. Padahalnya, umpama program transformasi Najib, tidak memiliki sebarang makna yang konkrit.

Jadi, seandainya parlimen tidak dibubarkan kelak, maka saya akan menulis lagi untuk mengulas mengapa transformasi kerajaan Najib juga bagai bayang dalam air, tidak membantu untuk kemajuan negara demokrasi.

*Ooi Heng ialah Pengarah badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview bahasa Melayu dan bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 25 Julai 2012.

Kajian Politik UMM Menghabiskan Beras

Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga diajuk-ajukan sebagai Universiti Umno Malaysia telah membuat kajian politik di negeri itu untuk mengetahui pandangan orang ramai mengenai beberapa perkara. Dua perkara yang menarik serta dijadikan fokus, siapakah tokoh Umno paling layak untuk menjadi Menteri Besar Kedah, dan kedua sejauh mana sokongan orang ramai kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Pas kini.

Kajian itu menunjukkan Mukhriz Mahathir adalah tokoh paling layak untuk menjadi MB Kedah kerana Mukhriz dikatakan orang yang boleh menyelesaikan masalah rakyat di negeri itu. Mukhriz juga dianggap sebagai orang yang rajin menemui rakyat. Apakah penyifatan Mukhriz sebegitu hanya berdasarkan kepada 'kerajinan' calon ketua Pemuda Umno yang kalah itu semata-mata?

Pemilihan Mukhriz itu sekaligus menafikan beberapa nama lain yang disebut-sebut bakal menjadi MB Kedah sekiranya UBN menang. Mereka ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga ketua penerangan Umno Kedah Mohd Jamil Khir Bahrom, Pengerusi Umno Kedah, Ahmad Bashah Md Hanafiah dan bekas Mb Mahadzir Khalid.

Keputusan mengenai kajian itu diumumkan oleh seorang profesor bernama Rohana Yusof.

Apabila membaca laporan ini saya tersenyum kambing bersendirian bukan kerana apa, nampak sangat laporan berkenaan dibuat mengikut kehendak politik pihak tertentu dan bukan kajian bebas dan adil. Apabila nama Mukhriz disebut dan layak jadi MB, saya dapat merasakan kajian itu disengajakan dan ia mempunyai motif tersendiri.

Kalau kajian setakat hendak meletakkan Mukhriz sebagai bakal MN atau pun mahu menggambarkan kerajaan Pakatan lemah sebenarnya UMM tidak payah suasah payah membuat kajian itu dan menggunakan mahasiswa serta menghabiskan.

Lama sebelum ini saya sudah membuat ramalan yang akhirnya Mukhiz si anak Mahathir Mohamad itu akan ditimbangkan sebagai bakal MB Kedah. Saya tidak mempunyai banyak teori tetapi cukup setakat melihat kepada keghairahan Mahathir dalam mencatur dari dalam rumahnya mengenai kedudukan Mukhriz di Kedah.

Secara logiknya saja Mahathir sebagai orang politik apa lagi cita-cita dan nafsu politiknya tidak pernah luput pasti mahukan ada seseorang mewarisi puasaka politiknya. Mahathir amat arif dalam dunia politik, atau dengan memiliki kuasa politik seseorang itu mendapat apa saja yang ia kehendakki hatta harta rakyat atau isteri orang.

Mahathir sudah pun mengecapi nikmati itu selama 22 tahun dan dia tidak pernah puas dengan apa yang ada. Jadi tidak hairan kalau beliau beriya mencatur dan menyediakan galah untuk anaknya panjat ke atas kemudian menjadi sepertinya. Mahathir sedar dia mempunyai berlautan harta benda yang harus dijaga sebaik mungkin. Harta yang diperoeleh dalam politik hanya perlu dijaga dan dikawal oleh kuasa politik.

Sekiranya Mukhriz naik ke atas kedudukan harta benda, maruah serta nama baiknya (yang sebenarnya jahat) dapat dipertahankan. Mahathir mempunyai harapan tinggi dengan Mukhriz bermula sebagai MB Kedah dia diharap akan menapak ke atas menjadi Timbalan Presiden Umno kemudian menjadi TPM tatkala ayam jagoh Mahathir Muhyuddin Mohd Yassin (ah terlupa Udin anak Yassin) menjadi PM kelak.

Mudah sahaja teori mengenai bagaimana Mahathir hendak meletakkan anaknya di bekas kerusi yang ditakhtai selama 22 tahun itu hendak difahami.

Bagi Mahatthir game ini tidak akan menjadi kesalahan sebaliknya semacam mendacarnya. Mahathir akan merasakan dia sebagai bekas MB tidak sempurna kalau cita-cita itu tidak menjadi kenyataan. Dia selamanya akan malu dan kalau mati matanya tidak akan tertutup kalau Mukhiz tidak sampai ke tahap dikehendaki.

Dia akan merasa tercabar serta malu dengan pencapaian bekas dua PM Razak Hussein dan Hussein Onn yang mana keduanya telah berjaya meletakkan anak mereka ditempat hari ini sebagai pewarisi tahkta politik di negara ini. Razak anaknya Najib telah menjadi PM, manakala Hussein anaknya Hishamuddin kini sedang menuju ke jalan itu itu.

Kesimpulannya kajian dibuat UMM itu dengan menamakan Mukhriz sebagai layak menjadi MB Kedah adalah kajian menghabiskan beras semata-mata dan ia tidak lebih daripada kajian politik yang mungkin menerima upahan demi mencapai cita-cita Mahathir Mohamed.

Oleh Mohd Sayuti Omar

Populariti Najib Terus Merudum

Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di kalangan pengundi di Semenanjung berada pada paras 64 peratus berbanding 65 peratus pada Mei lalu.

Penemuan ini hasil kendalian Merdeka Center yang diumumkan pada hari ini.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu dan India masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.

Bagaimanapun sokongan pengundi Cina telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.

“Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi-pengundi Cina,” kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dalam kenyataan media.

Ujar beliau, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang ekonomi negara khususnya di kalangan responden India.

“Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama) Datuk S. Ambiga,” kata beliau lagi.

Kaji selidik itu menunjukkan pandangan pengundi kerajaan terus merosot dengan 42 peratus daripada responden melaporkan bahawa “mereka gembira dengan kerajaan”, penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian yang dijalankan pada pertengahan Mei 2012.

Pungutan suara itu berkata penurunan itu amat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana jawapan dari orang-orang yang berkata ‘gembira’ dengan kerajaan menurun dari 65 peratus Mei kepada 58 peratus pada Jun 2012.

“Pada pandangan kami, penurunan itu mungkin mempunyai kurang kaitan dengan politik atau persepsi mereka terhadap Perdana Menteri tetapi dengan bagaimana pengundi melihat ekonomi, melaksanakan dan kesannya terhadap kehidupan mereka,” katanya.

Kajian yang sama mendapati bahawa kebimbangan terhadap isu-isu ekonomi, terutamanya kos sara hidup dan gaji, adalah teratas di minda pengundi, 39 peratus daripada mereka berbanding dengan 33 peratus Mei 2012.

Ini diikuti oleh kebimbangan terhadap jenayah dan masalah sosial di 12 satu isu peratus dan politik pada lapan peratus.

Kaji selidik itu mendapati bahawa peningkatan kebimbangan terhadap ekonomi mungkin juga menjejaskan prospek negara dengan 54 peratus menyatakan negara ini diketuai di landasan yang betul berbanding 58 peratus pada April 2012.

Kaji selidik yang telah dijalankan oleh Merdeka Center antara 22 dan 29 Jun di kalangan 1010 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus responden berbangsa India yang telah ditemubual melalui telefon. -selangorku

PRU13: Pengundi Cina tersinggung, BN sukar

Barisan Nasional (BN) bakal menghadapi kesukaran untuk menang majoriti dua pertiga termasuk menawan negeri pantai barat berpunca daripada undi daripada kaum Cina dalam pilihan raya umum akan datang.

Ahli Panel, Zainon Ahmad (gambar) dari akhbar The Sun berkata, kesukaran ini berlaku akibat kelantangan pemimpin Umno dan BN yang menyatakan mereka boleh mendapat majoriti dua pertiga hanya berbekalkan undi Melayu selepas menang besar dalam pilihan raya umum 2004.

Menurutnya, ini membuatkan bangsa lain tersinggung dan mengubah landskap politik negara dalam pilihan raya umum 2008 apabila BN kehilangan empat negeri.

“Parti pemerintah harus memberikan perhatian mengenai perkara ini, jika tidak ada negeri yang akan kecundang seperti Negeri Sembilan, Johor dan gagal untuk merampas semula negeri ditawan pembangkang.

“Kegagalan ini juga berpunca daripada janji BN tidak ditunaikan, kerana leka dengan kemenangan diperoleh,” katanya dalam persidangan Meja Bulat anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) pusingan ketiga yang bertajuk ‘Dari PRU-12 ke PRU-13: BN lawan PR, Satu Penilaian’.

Sementara itu ahli panel terakhir, Prof Dr Teo Kok Seong berkata, masyarakat Cina sukar untuk menerima perkara berkaitan dengan perkauman ditimbulkan mana-mana pihak sama.

Katanya, bagi masyarakat itu, sistem pendidikan bahasa Cina amat dititik beratkan dan harus diberi keutamaan.

“Selama ini masyarakat beranggapan bahawa kaum Cina lebih mementingkan ekonomi daripada pelajaran dan ia tidak benar kerana bagi mereka sistem pendidikan Cina harus diberi keutamaan.

“Bagi mereka ekonomi adalah keperluan kedua, walaupun banyak pihak menyatakan kaum Cina lebih mementingkan ekonomi,” katanya.

Kok Seong berkata, perkara ketiga menjadi keutamaan kaum tersebut adalah isu berkaitan dengan perkauman.

Menurutnya, walaupun pelbagai sistem diperkenalkan oleh kerajaan yang memperuntukkan pembahagian kepada semua kaum, tetapi masyarakat Cina masih beranggapan ia tidak adil.

“Mereka beranggapan sistem yang diperkenalkan itu lebih menjurus kepada Umno kerana majoritinya bangsa Melayu yang menguasainya.

“Ini termasuk jawatan di dalam Kabinet, sistem pentadbiran negara atau apa jua jawatan yang diperkenalkan kerajaan,” katanya. -SH

Lajim Didesak letak jawatan kabinet

Ketua Umno bahagian Cheras, Datuk menuntut supaya MP Beaufort Datuk Lajim Ukin yang kini dianggapnya "gunting dalam lipatan" supaya meletak jawatan di dalam kabinet serta-merta.

NONEKatanya, MP Umno itu perlu berbuat demikian sekiranya benar-benar ingin keluar daripada parti.

"Adalah tidak wajar beliau masih berada di dalam kabinet kerajaan persekutuan sedangkan tindak-tanduknya dianggap seperti gunting dalam lipatan," kata pemimpin Umno yang lantang bersuara itu.

Syed Ali (kanan) berkata, beliau bimbang Lajim akan dituduh sengaja menggunakan kemudahan di pejabat timbalan menteri kementerian berkenaan untuk meneruskan siri kempen politik beliau untuk menjatuhkan BN di Sabah.

“Cara terbaik jika dia pemimpin bermoral adalah letak jawatan sebagai timbalan menteri dengan serta-merta jika sahih akan masuk pembangkang,” kata Syed Ali dalam blog rasmi Umno bahagiannya.

NONEKenyataannya itu timbul ekoran tindakan Lajim (kiri) meletak jawatan sebagai ketua Umno cawangan Kerambai Kebatu selepas beliau menyatakan hasratnya untuk tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai ketua Umno bahagian Beaufort.

Lajim juga awal minggu ini telah mengadakan satu pertemuan dengan mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.

-MK

Pergolakan Sabah Mangkin Kejatuhan BN

Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik kerana apa yang berlaku di Sabah itu bukan saja memberi kesan kepada politik negeri bawah bayu itu sahaja tetapi juga kepada perkembangan di Malaysia seluruhnya. Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing secara tiba-tiba mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran dan dijangka akan mengumumkan masa depan politiknya pada Ahad ini.

Tetapi ramai pemerhati meramalkan beliau akan keluar dari UPKO dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat. Di masa yang sama, timbul juga desas-desus sebuah parti baru yang dikenali Barisan Pembaharuan Sabah sedang dalam proses penubuhan dan dijangka diumumkan secara rasmi di di Dalit, Tuaran Ahad ini.

Di masa yang sama, Anwar Ibrahim juga dikhabarkan akan menghadiri satu perhimpunan rakyat di Tuaran, juga Ahad ini.

Berlakunya tiga peristiwa Ahad ini di Tuaran iaitu Wilfred akan mengumumkan masa depan politiknya, desas-desus penubuhan parti baru dan kehadiran Anwar dalam satu perhimpunan khas, tentunya bukan suatu kebetulan atau suratan takdir semata-mata.

Ia adalah perancangan untuk mencetuskan tsunami politik di Sabah dan seterusnya membawa perubahan kepada kedudukan UMNO, BN serta Najib.

Dalam pada itu, di hari yang sama Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi BN Tuaran minggu lalu, seorang lagi pemimpin UMNO Sabah iaitu Lajim Ukim, seorang timbalan menteri kerajaan pusat dan ahli MT UMNO pula mengunjungi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu.


Lajim sebelum ini telah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua UMNO Cawangan dan sudah mengumumkan tidak lagi mahu mempertahankan jawatan Ketua UMNO Beaufort yang disandangnya. Sebagaimana Wilfred, Lajim juga sudah dikaitkan dengan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan mempunyai hubungan yang dingin dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dari segi politiknya, pertemuan seorang timbalan menteri dan ahli MT UMNO dengan Nik Aziz itu pastinya memberi pelbagai makna dan persepsi. Ia bukanlah pertemuan kerana ada program kementerian atau kebetulan ada lawatan rasmi ke Kelantan. Lajim menemui Nik Aziz semata-mata atas kapasiti peribadinya yang ingin berbual dan bertukar-tukar pandangan dengan Mursyidul Am Pas itu.

Di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu pula, angin makin kuat bertiup mengatakan bahawa kedua-dua pemimpn itu akan meninggalkan BN dan menyokong PR dalam piliharaya akan datang. Jika Wilfred dikaitkan dengan parti baru, Lajim dikhabarkan kemungkinan akan menyertai Pas atau PKR.

Jika penghijrahan kedua-dua pemimpin itu menjadi nyata, ia tentunya boleh mencetuskan tsunami yang bukan saja boleh merubah senario politik Sabah tetapi juga Malaysia kerana berdasarkan pilihanraya lalu, kemenangan BN banyak disumbangkan oleh jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak.

Kebiasaannya selepas dua pemimpin ini mengumumkan menyertai PR, ia akan disusuli pula pemimpin lain dari pelbagai peringkat pula. Jika ini berlaku, perubahan memang sukar ditahan lagi.

Senario di Sabah yang mahu kepada perubahan juga berikutan limpahan maklumat yang diterima oleh rakyat negeri itu. Bersandarkan senario semasa itu, Pengarah UiTM Sabah, Arnold Puyok meramalkan BN Sabah akan tewas lebih daripada 60 peratus kerusi Parlimennya atau sekurang-kurangnya 14 dari 22 kerusi.

Ini bermakna kedudukan Sabah sebagai deposit tetap bagi BN akan berubah. Sejarah politik Sabah memang sudah beberapa kali mengalami perubahan daripada USNO, Berjaya, PBS dan kini UMNO. Atas dasar itu, perubahan kepada PR pula bukanlah sesuatu yang mustahil. Cumanya jika selama ini hanya perubahan peringkat negeri, kali ini ia membabitkan Pusat juga.

UMMO sendiri menyedari hakikat itu. Sebab itu, sebaik tersebarnya berita Wilfred mengumumkan perletakan jawatannya dan mungkin beralih arah, begitu juga dengan Lajim, segera kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan politik ke Sabah Sabtu ini.

Selain meninjau perkembangan semasa politik di negeri itu, tidak mustahil Muhyiddin akan mencari masa berusaha menemui kedua-dua pemimpin itu bagi memujuknya supaya membatalkan segala hasrat untuk bertalak kasih dengan BN itu. Mungkin pelbagai tawaran dan janji akan dilimpahkan supaya kedua mereka terus kekal bersama BN.

UMNO tentunya menyedari kehilangan 7 hingga 10 kerusi sahaja di Sabah sudah merupakan ancaman besar baginya. Lebih-lebih lagi jika perubahan di Sabah itu turut pula menjangkit ke Sarawak yang turut menyebabkan BN hilang beberapa kerusi lagi di negeri pimpinan Taib Mahmud itu.

Kerana itu kebarangkalian timbulnya elemen yang boleh mencetuskan tsunami di Sabah akan cuba dihalang sedaya upaya sebab kemenangan di Sabah dan Sarawaklah talian hayat terakhir bagi BN untuk mempertahankan kuasa.

Jika Wilfred dan Lajim dapat dipujuk, tsunami politik di Sabah mungkin dapat dikurangkan kesannya dan harapan BN untuk terus berkuasa masih ada.

Cumanya, adakah masih laku segala pujuk rayu disisi Wilfred dan Lajim yang sudah dikira veteran dalam politik Sabah itu? -Shahbudin Hussin

_______________________________

Penulis pernah menjadi wartawan beberapa akhbar di tahun 80an dan 90an, pernah juga berkhidmat di MARA. Pada tahun 1996-2000 menjadi Setiausaha Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Pemuda Umno Malaysia dan 2004-2008 menjadi Naib Ketua Pemuda dan AJK Umno Bahagian Wangsa Maju. Telah menghasilkan dua buah buku politik bertajuk Najib PM Terakhir…dan Kesilapan-Kesilapan Najib.Beliau memiliki laman blog di shahbudindotcom.blogspot.com