Tuesday, September 30, 2014

Khairy bidas Tanggapan Dr Mahathir

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini tidak bersetuju dengan pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya Umno berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik.

Khairy yang juga menteri belia dan sukan berkata, Umno selama ini tidak pernah menghalang sesiapa untuk mengkritik pimpinannya termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan pada kepimpinan.

"Dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan pada beliau.

"Jadi tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik. Kita parti yang terbuka sekali menerima kritikan daripada ahli," katanya pada sidang media di Putrajaya.

Khairy diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani dan pada masa ini budaya dalam parti itu menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.

Diminta mengulas mengapa kritikan Mahathir itu timbul sekiranya Umno merupakan sebuah parti yang terbuka terhadap kritikan, Khairy berkata:

"Sudah pasti soalan itu patut ditujukan pada Tun Mahathir," katanya sambil ketawa kecil.

-mk

Penulis buku Pelacur mahu masuk DAP

Daripada penampilannya tidak siapa akan menyangka gadis berpurdah Jamila Rahim berminat menyertai DAP, sebuah parti yang sinonim dengan masyarakat Cina.

Tetapi itulah yang berlaku, Jamila yang lebih dikenali sebagai Melati Rahim, akan menyerahkan borang untuk menyertai DAP petang ini.

“Jika diteliti secara kasar perlembagaan DAP itu sendiri, humanisme atau dasar kemanusiaan diletakkan sebagai tunjang dan teras utama (parti itu),” katanya merujuk kepada pendekatan DAP mendekati golongan yang memerlukan.

Baginya, DAP lebih dekat dengan keadilan seperti digagaskan dalam Islam dan beliau juga tidak merasakan parti itu parti Cina yang anti-Islam.

Langkah Melati itu dilihat bukan sahaja mengejutkan golongan Melayu tetapi juga masyarakat Cina dalam DAP sendiri.

Bagaimanapun, jalannya kelihatan tidak sukar apabila akhbar web rasmi DAP dilihat secara perlahan-lahan mengetengahkan sosok menarik itu, termasuk wawancara berkaitan karyanya dan minatnya pada parti itu.

Akhbar DAP sifatkan 'Langkah Ninja'

Roketkini dalam wawancara terkininya menggambarkan tindakan Melati itu sebagai “Melati Move” atau “Langkah Ninja”.

Walaupun berpurdah, Melati mempunyai penampilan menarik dan penuh warna-warni apabila sering kelihatan dalam program-program aktivisme sekitar ibu kota, terutamanya bersama kumpulan dapur umum.

Pelajar 22 tahun diploma bahasa Inggeris di Universiti Selangor (Unisel) itu juga bergiat sebagai aktivis di rumah anak yatim dan terkenal melalui penerbitan novel berani Pelacur Kelas Pertama.

Kemasukan Melati itu dilihat sebahagian daripada projek DAP mendekati golongan Melayu.

Sebelum ini beberapa personaliti popular telah menyertainya, seperti Dyana Sofya Mohd Daud dan Young Syefura Othman.

Novel sulungnya Pelacur Kelas Pertama (kanan) keluaran penerbitan bebas Merpati Jingga mengisahkan seorang wanita yang terpaksa bekerja sebagai seorang pelacur.

Hasil jualan buku itu didermakannya kepada sebuah rumah anak yatim di Teluk Intan, Perak.

-mk

Amaran senario kuasa 'lebih teruk dari BN'?

Elemen progresif dalam PAS ikhlas mendukung nilai demokratik dan tidak melihat diri mereka sebagai alat untuk merampas kuasa kerajaan pusat, kata salah seorang wakil rakyat mereka.

ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib memberi amaran sesiapa yang berpendapat sebaliknya mungkin akan menyalahgunakan kuasa selepas mendapat kuasa.

"Maknanya, kita guna demokrasi dan pilihan raya tetapi bila kita dapat kuasa, kamu tekan rakyat dan jadi lebih teruk dari BN.

"Sesiapa yang cabar anda, anda buat akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan. Ini mentaliti yang saya takuti.

"Itu perbezaan di kalangan pemimpin, ahli PAS seperti kami dan mereka yang digelar ulama," kata beliau dalam temubual dengan Malaysiakini hujung minggu lalu.

Saari kini berdepan dengan tindakan displin kerana mengingkari arahan parti dan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis menteri besar Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melabel Saari sebagai "barua" semasa muktamar parti baru-baru ini.

Dalam bahagian pertama temubual Saari menerangkan bagaimana PAS dalam persimpangan antara "pemikiran lama dan baru."

"Ada beberapa ulama yang berfikiran dinamik dan mendukung idea demokrasi dan ada profesional yang sangat tertutup. Tentunya satu kumpulan mempunyai ramai ulama dan satu lagi terdiri dari ramai golongan professional dan demokrat," kata beliau.

-mk

Monday, September 29, 2014

DAP dianggap sudah ‘besar kepala’

SHAH ALAM: ” Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera.”

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.

“Apakah DAP tidak rasis apabila projek perumahan kos rendah atau mampu milik di Pulau Pinang oleh agensi kerajaan pusat tidak diberi kelulusan?” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.

Isu ini timbul apabila seorang pembeli rumah Bumiputra mendakwa harga rumah telah dimanipulasi oleh pemaju perumahan bukan Bumiputra yang meletakkan harga rumah terlalu tinggi.

Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
Beliau juga berkata, pihak DAP sudah ‘besar kepala’ apabila enggan mengiktiraf bahawa pembeli rumah Bumiputra juga mempunyai hak yang sama dengan bukan Bumiputra untuk dibela.

“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,

“Dan saya tidak akan menerima apa-apa nasihat daripada parti DAP yang saya anggap rasis,” jelasnya menerusi laman Twitter beliau.

Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

-fmt

PAS menunggu masa ditendang dari Pakatan?

PETALING JAYA : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS pada bila-bila masa akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat (PR) selepas tindakan membuli dan memalukan dari kepimpinan parti tersebut.

Beliau melihat tindakan yang dilakukan oleh PAS merupakan batu penghalang cita-cita DAP bagi menghapuskan keistimewaan orang Melayu dan cita-cita PKR untuk meletakkan Ketua Umumnya menjadi Perdana Menteri.

Katanya, ini dibuktikan dengan tindakan DAP menggugurkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dari PAS dan membekukan semua peruntukan untuknya. Ini juga bukti bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak boleh ditegur serta mahu menjadi ‘abang besar’ dalam PR.

“Apa yang dikatakan oleh Iszuree Ibrahim semasa muktamar PAS baru-baru ini jelas mengiyakan pandangan ramai pihak sebelum ini bahawa kerajaan DAP tidak pernah memikirkan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah di negeri itu.

“Malah, DAP menganggap anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang sebagai sampah yang bekerja keras selama ini untuk memenangkan calon DAP dan PKR di negeri ini semasa pilihan raya umum lalu,” katanya dalam entri www.umnobahagiancheras.blogspot.com .

Tambahnya, PAS perlu bangkit dari lena kerana terdapat usaha-usaha halus dan memalukan sedang dirancang oleh DAP dan PKR yang mahu menendang parti itu keluar dari PR pada bila-bila masa.

Beliau juga turut berasa hairan dengan kepimpinan PAS yang berdiam diri apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang menggelarkan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

“Saya mahu bertanya di sini adakah PAS telah termakan ‘nasi kangkang’ DAP dan PKR sampai sudah diperingkat diperbodohkan oleh kedua-dua parti sekutu itu masih mahu mendiamkan diri?

“Sampai bila pemimpin PAS mahu diperkotak-katikkan oleh DAP sehingga tidak berani untuk membuka mulut bagi mempertahankan diri apabila dibuli dengan sedemikian rupa.

“Mana maruah PAS sebagai parti yang kononnya mendominasi PR selama ini? Apa pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bila melihat anggota parti itu diberikan layanan buruk oleh PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang?,” soalnya.

Katanya, sampai bila PAS dilihat lemah dan tidak berwibawa apabila terus tunduk di telapak kaki DAP dan PKR yang mula mabuk kuasa.

-fmt

Dr M kritik budaya sokong Umno

Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada masa ini, kata bekas presiden Umno itu, budaya dalam parti menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.

“Ya, kerana pemimpin harus diberitahu pandangan lain. Seorang pemimpin tidak boleh lakukan apa saja yang beliau suka,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mahathir ditanya berhubung komen A Kadir Jasin, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP, yang berkata Umno terlalu lemah untuk menyingkirkan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

-mk

Polis mahu buru blogger seks sampai lubang cacing

Polis akan mencari Alvin Tan walau di mana pun penulis blog kontroversi berada.

“Dia (Alvin) ingat dia boleh lari.

“Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan caria dia hingg ake lubang cacing,” Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (bawah) dipetik sebagai berkata ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Harian itu juga dilaporkan berkata, perbuatannya menghina dan mencabar pihak berkuasa tidak boleh dimaafkan.

Alvin kini dikatakan berada di Los Angeles, Carlifornia berdasarkan lokasi kemas kini di laman sosial Facebook.

Beliau sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen menyerahkan sementara pasportnya atas alasan ingin ke Singapura untuk penggambaran sebuah filem dokumentari.

Alvin sebelum ini mencetuskan kontroversi melalui penyiaran didakwa mempersendakan bulan Ramadan dan gambar lucah bersama pasangannya di Internet.

Utusan juga melaporkan Alvin mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung babi serta menuduhnya menyalah guna kuasa sebagai pemimpin. -mk

Video remaja dibaham harimau

NEW DELHI - INDIA. Video kisah malang seorang remaja yang berdepan detik-detik mencemaskan sebelum maut dibaham seekor harimau putih masih terus menjadi perbualan hangat.

Lebih menyedihkan, sekeping gambar yang menunjukkan saat-saat akhir remaja itu kini mula menjadi viral di laman sosial dan video yang berdurasi dua minit 15 saat mula dimuat naik di laman sosial, Youtube.

Menerusi video tersebut, mangsa yang berada dalam ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa.

Memetik laporan AFP, rata-rata pengguna laman sosial meluahkan rasa simpati kepada remaja terbabit.

Laporan itu dipetik, harimau putih itu menyerang dan membunuh yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kandang yang menempatkan haiwan tersebut di sebuah zoo, di India.

Pengunjung yang turut sama berada di tempat kejadian cuba untuk membantu mangsa dengan membaling kayu serta batu, namun usaha mereka dilihat gagal.

Sebaliknya, harimau tersebut menerkam mangsa di bahagian leher.

-sinar harian

Sunday, September 28, 2014

Chong Wei tersekat di sukan Asia ditangan Lin Dan

JAGUH perseorangan badminton lelaki negara Datuk Lee Chong Wei disekat jaguh China dan musuh tradisinya Lin Dan pada peringkat separuh akhir Suka Asia ke-17 hari ini.

Chong Wei kalah 20-22, 21-12 dan 9-21 dalam masa satu jam 12 minit.

"Dalam set pertama pada kedudukan 16-14, saya merasa rileks mungkin sebab saya ingin permainan habis. Pada set ketiga pula, saya dapati Lin Dan sangat yakin. Pada kedudukan 7-2, saya susah untuk ikut rentak dia.

"Namun saya sudah buat yang terbaik dan saya terima kekalahan ini," katanya.

Pada set pertama, Chong Wei mendahului 16-14 sebelum hilang rentak dan menyebabkan Lin Dan menang 20-22.

Chong Wei kemudiannya berjaya mengawal permainan dan menang set kedua 21-12 menyebabkan rubber-game.

Namun beliau ketinggalan 2-7 dan gagal mengejar Lin Dan sehingga akhir perlawanan.

Lin Dan akan bertemu rakan sepasukan Chen Long di peringkt akhir setelah mengalahkan pemain Hong Kong, Wei Nan 21-6 dan 21-10 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir. - Bernama

Rogol kekasih dipenjara tujuh tahun

KOTA BHARU - Padah buat seorang buruh ladang kerana kesalahan merogol kekasihnya yang berusia 14 tahun, dia dihukum penjara tujun tahun dan dikenakan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, hari ini.

Hukuman diputuskan hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Sauti Abdullah, 20, selepas tertuduh mengaku salah atas tuduhan itu.

Tertuduh yang beralamat di Kuala Krai tersebut didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun 11 bulan di rumahnya di Bukit Sireh, Kuala Krai, antara jam 4.30 pagi hingga 5 petang, 13 Januari lalu.

Tertuduh sebelum itu pergi ke rumah mangsa pada awal pagi hari sama dan membawanya pulang ke rumah di alamat berkenaan.

Tibanya di rumah, tertuduh membawa masuk mangsa ke dalam sebuah bilik dan beberapa kali merogolnya sebelum kedua-dua mereka keluar dari rumah itu.

Bapa mangsa yang menyedari kehilangan anaknya kemudian mencari mangsa sebelum mangsa pulang ke rumah pada jam 5 petang dan memberitahu bapanya dia dirogol oleh tertuduh.

Pada prosiding itu, peguam, Mohamad Asyraf Zakaria merayu bagi pihak anak guamnya itu supaya mahkamah memutuskan hukuman ringan dengan alasan tertuduh dan mangsa adalah pasangan kekasih.

Katanya, insiden itu juga berlaku tanpa perancangan atau paksaan.

“Tertuduh ikhlas menginsafi kesalahan yang dilakukan. Kesalahan ini juga adalah kesalahan pertamanya dan dia masih muda. Hukuman penjara lama juga tidak akan dapat menghalang pasangan kekasih lain daripada membuat kesalahan,” katanya.

Alasan peguam berkenaan bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari yang memohon pihak mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi menyampaikan mesej kepada umum bahawa mahkamah mengambil serius kesalahan seperti itu.

“Mangsa hanya berumur 14 tahun, manakala tertuduh pula 20 tahun. Apa yang tidak dirancang, sedangkan mangsa diambil daripadanya rumah pada jam 4 pagi dan pulang hanya pada jam 5 petang.

“Mereka pasangan kekasih dengan perbezaan umur enam tahun. Tertuduh mengambil kesempatan terhadap mangsa atas nama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

-sinar harian

Abby Abadi sudah punya teman baru?

SEBUT sahaja nama selebriti ini, pastinya ramai yang mengaitkan dirinya dengan kisah-kisah kontroversi berhubung konflik antara bekas suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Namun, di sebalik kisah penceraian dan tuntutan hutang, Abby Abadi tidak menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk mengecap kegembiraan.

Malah, sejak akhir-akhir ini, Abby tidak keberatan untuk berkongsi wajah insan yang rapat dengannya termasuk di laman sosial.

Walaupun sebelum ini, Abby pernah menegaskan bahawa kehadiran Ustaz Khairul Azli ini sekadar teman biasa, namun kemesraan mereka jelas terpancar.

Menerusi beberapa foto yang dirakam ketika sambutan hari lahir temannya baru-baru ini, Abby turut memberi kejutan buat Khairul Azli.

Melihat kepada belon-belon berbentuk love dengan tulisan u are my sunshine itu, pastinya ramai yang mengagak pasangan ini bukanlah sekadar kawan biasa.

Pun begitu, Abby turut menjelaskan perkara ini di laman Instagram, agar ianya tidak membawa spekulasi liar di kalangan masyarakat mahupun peminat.

"Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara.

"Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman 'lagha' sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan.

"Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat," katanya yang mengakui akan bercerita lebih lanjut sekiranya diizinkan ALLAH SWT satu hari nanti.

Tambah Abby, berkenaan sambutan hari lahir itu, dia tidak merasakan ia sebagai satu kesilapan.

"Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.

"Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT.

"Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya. Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka
yang bukan-bukan," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Abby pernah memberitahu mereka sudah berkawan sejak empat tahun lalu di mana Khairul Azli merupakan tenaga pengajarnya dan anak-anak mengaji Al-Quran.

-sinar harian

Khalid : Sila siasat saya jika salah

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau mengalu-alukan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kesemua perjanjian yang ditandatanganinya.

Tegas Khalid, SPRM juga dialukan untuk menyiasat perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan Pembangunan di Canal City.

“Saya mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk menyemak dan menyiasat semua perjanjian yang ditandatangani semasa saya menjadi Datuk Menteri Besar Selangor.

“Ini termasuk perjanjian penstrukturan semula industri air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam saya akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini,” tulisnya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata Rabu ini beliau dan Exco Kerajaan Negeri yang baru akan mengadakan mesyuarat yang pertama.

“Saya dan rakan-rakan Exco daripada Pakatan Rakyat (PR) akan meneruskan usaha ini dan insyaallah hari Rabu ini kita akan adakan mesyuarat yang pertama untuk meneliti 4 perkara yang disebut oleh Anwar.

“4 perkara tersebut adalah mengenai, isu elaun gaji Menteri Besar, KIDEX, masalah air dan penjualan tanah,” katanya dalam satu sidang media selepas pertemuannya dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

-fmt

UMNO dan PAKATAN buli PAS?

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz menyatakan PAS dibuli oleh rakan Pakatan Rakyat mereka.

Dalam tulisan di Facebook beliau hari ini, anggota parlimen Pasir Mas itu berkata PKR dan DAP menyambung kerja "membuli" PAS selain Umno tanpa dilawan parti Islam itu sendiri.

"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula nak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi.

"Masih dalam Pakatan pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong Pakatan Rakyat agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya. Dibuli pun dia buat muka selamba saja.

Melawan pun macam tak melawan mana," kata beliau yang juga anak Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Beliau berkata DAP mula membuli PAS selepas mendapat kuasa dalam pilihan raya sebelum ini.

Beliau menasihati DAP agar tidak bongkak dan mengikut jejak langkah Umno sebelum ini.

"Macam Umno juga DAP ni. Gembira dan megah sangat bila dah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli dah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.

"Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.
Sementara itu Nik Abduh menyindir PKR yang turut cuba 'mencuri sambil membuli' PAS tetapi tidak menjadi.

"PKR pun nak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli. Nasib baik dalaman PKR tak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka di antara sesama mereka. Maka bulian mereka, walaupun pedih juga, tapi paling tak menjadi. Tak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah.. .

"Itulah PAS, seperti orang miskin hidupnya, sentiasa menjadi mangsa buli,"kata beliau.

Nik Abduh sebelum ini dikaitkan dengan beberapa pemimpin “ustaz muda” dalam PAS yang dikatakan mahu parti itu keluar dari Pakatan.

Sinar Harian pada 24 September lalu melaporkan Naib Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata PAS akan keluar dari Pakatan jika sudah tiba masanya.

Hal itu bagaimanapun dinafikan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Suhaizan menjelaskan, Khairil berkata demikian untuk mengelakkan tekanan-tekanan kepada PAS sehingga parti itu bertukar fikiran dan ia tiada kaitan dengan krisis menteri besar Selangor atau pelantikan exco negeri.

Suhaizan dalam kenyataan hari ini mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tetap akan bersama dengan Pakatan seperti diputuskan oleh muktamar 2008.

"Saya telah menghubungi ketua DAPSY dan ketua AMK untuk mempertemukan naib ketua Pemuda PAS dan ketua DAPSY Sarawak untuk menyelesaikan salah faham yang berlaku.

"Saya menasihatkan diri saya dan pimpinan PAS serta Pakatan agar mengelakkan memulakan atau bertindak balas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam Pakatan.

“Seperti kenyataan 'cerai' bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut," kata beliau.

DAP Sarawak sebelum ini mengumumkan untuk menghentikan kerjasama dengan PAS selagi parti Islam itu menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 di Kelantan.

-mk

UMNO bidas kerajaan DAP Pulau Pinang

Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima pakatan rakyat di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri.

"Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan Umno.

"DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka," katanya dalam satu kenyataan di George Town hari ini.

Semalam, akhbar melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree (atas) berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan.

Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010.

Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan.

Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008.

Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut.

"Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS?

"Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang," katanya.

Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional.

"Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang Adun PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai 'pengkhianat'.

"Jadi, kami Umno berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.

- Bernama

Wanita hamil berkecai digilis kereta api

Seorang wanita hamil tujuh bulan sempat memohon maaf sebelum ditemui maut di lintasan kereta api berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah, dekat sini, pagi tadi.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila serpihan anggota badannya ditemui dan dipercayai dilanggar kereta api.

Wanita itu dipercayai diseret kereta api barang dalam perjalanan dari Padang Besar ke Pulau Pinang sejauh 300 meter sebelum ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi.

Suami mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, isterinya keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 8 pagi namun masih tidak pulang sejam kemudian.

"Selalunya, isteri ke kedai dalam tempoh 10 minit sahaja, namun dia didapati tidak pulang ke kediaman seperti kebiasaannya meskipun sudah jam 9 pagi.

"Lalu, saya dan bapa mertua keluar mencarinya sekitar kampung, namun masih gagal sebelum pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini.

Namun, rakannya memaklumkan ada orang digilis kereta api sebaik mereka tiba di rumah sekitar jam 10 pagi menyebabkannya bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau terkejut apabila mengenal pasti mayat itu adalah isterinya melalui pakaian dan kunci miliknya.

Menurut suami mangsa lagi, mereka memiliki seorang anak lelaki berusia setahun setengah dan sedang menunggu kelahiran anak kedua dijangka dua bulan lagi.

Beliau berkata, isterinya sempat memohon maaf kepadanya dan kedua ibu bapa Allahyarham pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Al-Fatihah.

-sinar harian

Gambar anggota polis separuh bogel disiasat

GEORGETOWN : Seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang membuat laporan polis beliau di beritahu rakan-rakannya bahawa tersebar di internet dan applikasi Whatsapp foto wanita separuh bogel yang menyerupai dirinya.

Di dalam laporan polisnya, beliau menafikan wanita di dalam foto itu adalah dirinya walaupun wajah wanita tersebut menyerupai dirinya.

Di acara Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat di sini hari ini, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan mengenai perkara itu dan sedang menjejaki beberapa individu yang di duga dapat membantu siasatan.

“Kami menganggap serius walaupun anggota yang dalam usia 20-an itu menafikannya. Mungkin gambar wanita separuh bogel itu menyerupai mukanya, namun kepada yang mengenalinya akan tahu bahawa itu bukan dia,” kata Thaiveegan kepada pemberita.

Tambah beliau lagi, pihak polis sudah minta kerjasama dari SKMM untuk membantu mengesan pihak-pihak yang menyebar foto tersebut.

Kes itu sekarang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-fmt

Malaysia, Australia, China jalin kerjasama misi pencarian fasa kedua MH370

Malaysia, Australia dan China akan bekerjasama di bawah satu perjanjian tiga hala, dalam mengerahkan aset efektif bagi misi pencarian fasa kedua pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Mac lepas.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perjanjian antara ketiga-tiga negara itu melibatkan beberapa aset antaranya kapal.

Katanya, menerusi lawatannya ke China baru-baru ini, Malaysia dan China membincangkan mengenai aspek yang menjadi tumpuan utama iaitu fasa kedua dalam pencarian MH370.

"Saya sedang berbincang dengan China berhubung sumbangan yang akan dibuat pihaknya manakala Australia sudah mengeluarkan beberapa kapal daripada syarikat swastanya yang ditender untuk pencarian tersebut.

"Pada pencarian sebelum ini, saya hendak mengesahkan tiada satu negara pun yang menuntut satu sen daripada kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bukit Gantang 2014, di Perak, hari ini.

Beliau berkata, fasa kedua MH370 dijalankan bagi memberi keyakinan kepada keluarga penumpang dan anak kapal pencarian pesawat MH370 akan diteruskan sehingga ia ditemui.

Hishammuddin berkata, beberapa jawatankuasa juga ditubuhkan bagi menghadapi fasa kedua dalam membantu pencarian MH370.

"Jawantankuasa teknikal, jawatankuasa komunikasi dan jawatankuasa aset semua ini ditubuhkan dan diagihkan mengikut kementerian dan di Kementerian Pertahanan saya akan pastikan aset yang kita gunakan dalam misi itu dapat membantu pencarian," katanya.

Beliau berkata, kapal kepunyaan Petronas, Go Phoenix pada waktu ini sedang dalam perjalanan ke Perth, Australia untuk turut serta dalam pencarian pesawat MH370.

"Saya dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, insya-Allah bulan depan akan pergi ke Perth berjumpa dengan petugas Go Phoenix dan mereka yang terlibat untuk dapatkan maklumat butiran terkini," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian semasa melintasi ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi pada keesokan hari.

Sementara itu, Hishammuddin berkata pada waktu ini kawasan nahas pesawat MH17 masih belum dibenarkan masuk memandangkan kawasan itu sedang bergolak.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di Donetsk berhampiran sempadan Rusia. – Bernama,

Chong Wei berdepan Lin Dan esok di Sukan Asia

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki pada temasya Sukan Asia ke-17 di Incheon, Korea Selatan.

Pada perlawanan suku akhir yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium hari ini, Lee mendapat tentangan sengit daripada pemain Vietnam Nguyen Tien Minh apabila tewas set pertama 23-21.

Lee kembali menemui rentak, bangkit memenangi set kedua dan set penentuan 21-16 dan 21-17.

"Lawan memberi tentangan sengit pada set pertama dan dia beraksi dengan rentak tersendiri. Saya kembali mendapat rentak untuk set berikutnya.

"Saingan sengit ini bagus untuk saya, yang penting untuk kembalikan kecergasan," katanya yang enggan mengulas mengenai lawan yang bakal ditemui pada separuh akhir esok.

Lee bakal berdepan musuh tradisi dari negara tembok besar China, Lin Dan pada pertemuan separuh akhir esok.

Dalam aksi suku akhir yang lain, Lin Dan menundukkan lawannya Kenichi Tago dari Jepun 21-14 dan 21-18 manakala Chen Long menewaskan pemain tuan rumah Korea Son Wanho 21-16 dan 21-19 untuk berdepan pemain Hong Kong Wei Nan yang menewaskan Chou Chen Tien dari Taiwan 21-12, 18-21 dan 21-18.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem/Tan Wee Kiong terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas tewas kepada pasangan Korea Lee Yongdae/Yoo Yeonseong 6-21 dan 15-21 dalam perlawanan separuh akhir hari ini. – Bernama / TMI

Saturday, September 27, 2014

Pembedahan plastik bayi di serang biawak

JOHOR BAHRU : Nurhidayah Abdul Rahman, bayi yang berusia lapan bulan yang telah di serang oleh seekor biawak di Pulau Tioman Selasa lalu, memerlukan pembedahan plastik kerana parahnya luka diwajahnya yang akan mengakibat parut.



Bercakap kepada Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Pahang Datuk Johari Hussain berkata Menteri Besar Pahang sudah memberi komitmen untuk membiayai seluruh kos pembedahan tersebut.

“Datuk Seri Adnan Yaakob telah menyatakan bahawa kerajaan negeri Pahang akan menanggung sepenuhnya kos pembedahan plastik itu dan beliau (Adnan) sudah menyampaikannya hari ini melalui telefon kepada Abdul Rahman Ismail, bapa kepada Nurhidayah,” katanya sewaktu melawat Nurhidayah di Hospital Sultanah Aminah.

“Kami juga telah menyumbang kepada keluarga Abdul Rahman untuk meringankan beban kewangan mereka,” akhirinya.

Ekoran kejadian serangan itu, Nurhidayah mendapat 150 jahitan akibat cakaran dari seekor biawak di Pulau Tioman Selasa lalu di perumahan pekerja di sebuah pusat peranginan di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

-fmt

Jurujual ditahan kerana dakwa polis ‘monyet’ dalam Facebook

Seorang jurujual kereta ditangkap polis pagi ini kerana didakwa menghina anggota polis trafik dengan memanggil mereka 'monyet' melalui Facebook, lapor Harian Metro.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan reman selama tiga hari selepas ditahan di rumahnya di Taman Cheng Utama, Melaka, hanya selepas tengah malam hari ini berikutan laporan polis terhadap posting Facebook beliau.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah dilaporkan berkata telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik posting itu juga dirampas.

Menurut screenshot yang dilaporkan Harian Metro, pengguna media sosial itu didakwa menulis: Mereka "monyet" sedang mencari pendapatan tambahan.... pls berhati-hati di Melaka raya berhampiran bank Standard Chartered".

Akhbar itu melaporkan laporan polis dibuat terhadap pengguna Facebook yang dikenali sebagai Kent Tan, apabila orang ramai mendakwa posting itu menghina pasukan polis.

Siasatan mendedahkan posting itu dibuat tidak lama selepas dua polis trafik menghentikan kereta yang dipandu suspek di Taman Melaka Raya semalam sebelum tengah hari.

ACP Raja Shahrom dilaporkan berkata bahawa posting itu kemudian dimuat naik pada kira-kira 11:30 hari yang sama. –TMI

Benarkah Pemimpin PAS ada kepentingan di GLC S’gor melalui Khalid?

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS.

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?)

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana.

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi.

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya.

-gb

Kajang ke Pengkalan Kubor: Berkuburnya PR?

Pergolakan politik negeri Selangor semacam sudah sampai ke penamatnya dengan perlantikan Menteri Besar (MB) baru yang dikatakan telah meredakan ketegangan politik Pakatan Rakyat (PR) dengan pihak istana.

Kerusi yang sepatutnya menjadi milik Anwar Ibrahim (melalui Langkah Kajang) dan kemudian melobi kerusi itu untuk isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi akhirnya menjadi milik Mohamed Azmin Ali.

Percaturan strategi dan permainan politik MB baru ini sebenarnya harus diakui mantap dan tersusun berbanding langkah sumbang yang dibawa Pengarah Strategi parti itu sendiri.

Azmin Ali dan bayangan Khalid Ibrahim

Umum mengetahui bahawa Khalid Ibrahim seorang individu dan juga MB yang berintegriti tinggi dan memiliki rekod politik yang bersih. Legasi yang ditinggalkan oleh Khalid Ibrahim ini adalah bayangan hitam yang bakal mencabar kredibiliti Mohamed Azmin Ali sebagai MB Selangor yang ke-15.

Pembongkaran dokumen-dokumen melibatkan skandal rasuah MB baru ini sewaktu menjadi Setiausaha Sulit kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1995 dan siasatan kesnya yang dikatakan ditutup oleh Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas arahan Anwar Ibrahim itu sendiri tidak pula dinafikan secara langsung oleh Azmin mahupun Anwar.

Disini, kita berdepan dengan satu kemungkinan yang tidak pasti. Tentang bagaimana seorang Menteri Besar yang dituduh mempunyai rekod rasuah mampu mewujudkan sebuah pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang bersih dan telus?

Sementara itu, dalam 10 senarai baru Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, PAS hanya mendapat 3 tempat manakala PKR mendapat 4 sementara DAP kekal dengan 3 jawatan Exco. Walaupun jawatan Timbalan Speaker Dewan akan diberikan kepada PAS kerana dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilantik sebagai Exco, namun ini adalah satu tamparan hebat buat PAS yang sebenarnya mempunyai status quo dalam DUN Selangor dengan 15 kerusi berbanding PKR dan DAP.

Pemecatan Anwar Ibrahim

Tindakan drastik yang diambil Khalid Ibrahim pada hari terakhir beliau menjadi MB Selangor ialah dengan memecat Anwar Ibrahim dari jawatannya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan bergaji RM1. Banyak perkara yang menyelubungi isu ini yang tidak didedahkan kepada umum. Walaupun PR mencanangkan propaganda gaji RM1 dibayar kepada Anwar Ibrahim sepanjang menjawat jawatan ini, namun mereka gagal mendedahkan kos pentadbiran dan pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang.

Siapa pula yang akan menerajui jawatan ini kelak? Apakah Azmin Ali akan melantik semula Anwar Ibrahim dengan kadar bayaran gaji yang bersesuaian ataupun sudah ada calon lain untuk mengisi kekosongan itu? Sewaktu pilihan raya kecil Kajang, heboh dikatakan bahawa Rafizi Ramli adalah individu yang terbaik untuk menjawat jawatan tersebut namun melihatkan betapa haru-birunya keseluruhan strategi ‘Langkah Kajang’nya itu, adalah agak pesimistik mengandaikannyanaik menjadi Penasihat Ekonomi.

Pengkalan Kubor, berkuburnya PR?

Kecelakaan yang dilalui oleh PR di Selangor berterusan di Kelantan apabila kekalahan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor kepada Barisan Nasional dengan peningkatan majoriti daripada 1,736 kepada 2,635 undi kali ini.

PAS sebenarnya dihukum oleh rakan-rakan gabungannya sendiri. Ketidakhadiran Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sepanjang kempen PRK ini menimbulkan tanda tanya, ditahap mana sebenarnya semangat pakatan mereka.

Menariknya, yang beria-ria dengan Langkah Kajang adalah PKR dan DAP, yang mahukan Khalid Ibrahim berundur adalah PKR dan DAP, yang menerbitkan tohmahan dan tuduhan palsu terhadap Khalid Ibrahim adalah PKR dan DAP, yang mahu jadikan Wan Azizah sebagai MB Selangor adalah PKR dan DAP, yang mencabar Istana Selangor dengan menghantar satu nama calon MB adalah PKR dan DAP tetapi beban kesalahan diletakkan pada empat bekas Exco daripada PAS yang membantu pentadbiran Khalid Ibrahim ketika itu untuk memastikan tiada pilihanraya kecil negeri malah mereka dilabel pula sebagai pengkhianat oleh DAP.

Harus diakui bahawa kemenangan dengan majoriti yang besar oleh BN juga menjadi isyarat kuat pengundi yang menolak mainan persepsi PR melibatkan isu-isu semasa seperti GST, kenaikan kos sara hidup, royalti minyak dan sebagainya. Pengundi mahukan pembangunan dan soalnya apakah Kelantan dibawah pentadbiran PAS begitu lemah dalam soal pembangunan hinggakan pengundi menolak PAS?

Ironinya, PR cuba dan mahu untuk kuburkan BN tetapi ditimbus liang lahad yang digali oleh mereka sendiri.

-fmt

Friday, September 26, 2014

Malaysia, malapetaka untuk Sabah?

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Bingkor Jeffrey Kitingan melihat pelbagai justifikasi untuk Malaysia di Borneo, yang dikemukakan dalam media rasmi untuk Putrajaya, sebagai kekurangan merit.

“Ia seolah-olah Sabah tidak pernah maju dan jika bukan kerana pembentukan Malaysia tidak akan ada kemajuan dan pembangunan di Sabah,” kata Jeffrey yang juga Ketua Star Sabah.

Beliau menegaskan bahawa semua hujah-hujah itu telah runtuh kerana Sabah telah bertukar tempat dengan Sarawak dan kini menjadi negeri kedua temiskin dalam persekutuan manakala merendahkan martabat jirannya menjadi yang termiskin.

Beliau juga mengambil pengecualian terhadap kenyataan bahawa Sabah yang merdeka akan dicerobohi oleh jiran-jiran atau ditawan oleh militan Negara Islam (IS) dan mewujudkan pemerintahan khalifah Islam untuk kembali ke zaman kegelapan.

“Putrajaya berada dalam keadaan penafian. Mereka enggan menerima realiti bahawa Sabah kehilangan lebih daripada ia perolehi daripada bergabung dengan Sarawak dan Malaya untuk membentuk Malaysia, ” kata Jeffrey dalam memetik Brunei dan Singapura sebagai contoh untuk Sabah dan Sarawak contohi untuk memajukan diri mereka.

Beliau menerangkan bahawa dalam banyak aspek, kerosakan yang dialami oleh Sabah dan rakyat Sabah adalah hampir tidak dapat dipulihkan dan mungkin tidak boleh diperbaiki.

“Demografi Sabah telah berubah dengan pembersihan etnik melalui Projek IC Mahathir,” kata Jeffrey. “Kami telah kehilangan francais politik kita kepada pendatang tanpa izin yang berada dalam senarai daftar pemilih.”

“Adakah ia satu kejutan bahawa MNLF dan Abu Sayyaf di selatan Filipina menyokong militan IS apabila Perdana Menteri kita sendiri telah menyeru ahli UMNO untuk mencontohi militan IS?”

Mimpi buruk keselamatan di Sabah, kata Jeffrey, adalah raksasa yang dicipta oleh operasi rahsia kerajaan persekutuan di selatan Filipina untuk melatih dan melengkapkan pemberontak Islam termasuk MNLF dan Abu Sayyaf dengan senjata.

“Semua ini akan menjadi jelas jika Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diterbitkan,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa kerajaan persekutuan tidak boleh dipercayai dengan keselamatan Sabah.

-fmt

Majlis kahwin rosak angkara mak andam

SEREMBAN – Impian sepasang pengantin baharu untuk meraikan hari bahagia mereka minggu lalu, bertukar pengalaman ngeri apabila mereka ditipu mak andam.

Lebih teruk, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Zack, 42, dan Nina, 32, terpaksa membeli persalinan lain sebagai ganti disebabkan mak andam dinantikan hanya tiba 15 minit sebelum majlis persandingan bermula.

Menceritakan kejadian itu, Zack berkata, dia dan isteri membuat keputusan memilih mak andam berkenaan yang ditemui di pameran pengantin di pusat membeli-belah Terminal 2, Februari lalu selepas tertarik dengan pakej perkahwinan ditawarkan.

“Pakej ditawarkan meliputi pelamin, jurugambar, solekan dan lapan persalinan baju dengan hanya RM1,500. Selepas berbincang dengan isteri, kami telah pergi ke kedai mak andam itu di Seremban Jaya beberapa hari kemudian untuk membuat tempahan,” katanya.

Menurutnya, dia membayar deposit sebanyak RM450 pada 10 Februari lalu selepas membuat pilihan pelamin dan pakaian pengantin serta membuat bayaran tambahan RM700 pada 26 Mac lalu.

Namun, kata Zack, dia dan isteri mula berasa tidak sedap hati kerana sukar berurusan dengan wanita terbabit bagi membincangkan persediaan majlis perkahwinan mereka.

“Bila kita telefon mahu tengok baju dan buat fitting, dia beri alasan sibuk dan selalunya gagal untuk dihubungi. Tapi disebabkan kami telah membuat bayaran dan majlis perkahwinan pun tidak lama lagi, saya bersangka baik mungkin dia betul-betul sibuk," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perasaannya bertambah tertekan kerana sebaik saja hari dinantikan, pelamin dan pakaian diberikan tidak seperti dipesan.

“Saya pilih pelamin lain, tapi yang dia pasang pada majlis di rumah isteri saya macam pelamin budak tadika buat. Baju pula dia beri bukan yang kami pilih," katanya.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila pada majlis bertandang di rumahnya pula, dia dan isteri terpaksa memakai pakaian sendiri kerana wanita terbabit gagal dihubungi.

Zack berkata, suami kepada mak andam itu hanya tiba kira-kira 15 minit sebelum majlis bermula dan memberi alasan isterinya tidak dapat datang kerana terjatuh di dalam tandas.

“Bayangkan, tertekannya kami ketika itu. Tapi mahu buat macam mana, majlis perlu diteruskan kerana tetamu sudah dijemput.

“Mereka berjanji mahu memulangkan semula wang yang dibayar sebanyak RM1,150. Tapi tak tahulah macamana," katanya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, di sini.

-sinar harian

Polis didakwa dua tuduhan rasuah

IPOH - Seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,000 daripada seorang individu, Ogos lepas.

Mohd Azrol Azreen Abu Hasan, 26, yang bertugas di Batalion 2, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kulim, Kedah meminta suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap tiga warga Myanmar yang tidak mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

Dia meminta suapan itu melalui panggilan telefon di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pada 12 tengah hari, 31 Ogos lepas.

Sementara pada hari yang sama, tertuduh menerima suapan tersebut di Jalan Persiaran Meru Raya 5, Meru Raya di sini, pada 2.40 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 manakala bagi kesalahan menerima rasuah, dia didakwa di bawah Seksyen 17 (a) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Hakim Madihah Harullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi kesemua pertuduhan dengan dua penjamin dan menetapkan 28 Oktober depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

PR bergolak sebelum PRU 13 lagi?

Pergolakan parti-parti dalam PR terutamanya Pas dengan dua rakannya, PKR dan DAP telah berlaku sebelum PRU13 dan Langkah Kajang yang dilancarkan, awal tahun ini.

Mengakui wujudnya ketegangan dalam PR, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, konflik tersebut tidak perlu disembunyikan sebaliknya perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan ianya berlarutan.

“Memang ada ketegangan hubungan terutama antara Pas dengan dua rakan iaitu PKR dan DAP. Saya rasa itu tidak perlu disembunyikan atau kita nafikan kerana rakyat jelas nampak.

“Pandangan saya yang mungkin agak berbeza dengan orang lain ialah, jika kita ada masalah, kita perlu berterus terang sesama kita dan juga dengan rakyat. Kerana hanya dengan cara itu, ada harapan untuk selesaikan.

“Kita tidak boleh cuba sembunyikan atau beranggapan bahawa masalah itu akan pergi dengan sendiri. Ia lebih wajar diketahui dan diselesaikan kerana hanya apabila ia diketahui, baru ada penyelesaian. Daripada disimpan dan mungkin akan berulang pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas soal ketegangan yang berlaku dalam PR itu, Rafizi mendakwa, Pas tidak menepati perjanjian yang dibuat dalam PR sehingga menimbulkan rasa kurang senang rakan-rakan sekutunya.

“Ada isu yang dari segi... ada beberapa perkara yang tidak... perselisihan faham, ada rasa tidak senang akibat daripada Pas meletakkan calon tiga penjuru di beberapa tempat yang tidak menepati perjanjian PR. Maknanya semua itu telah berlaku sebelum PRU13.

“Jadi, memang ada persoalan yang menguji dari segi kepatuhan kepada keputusan yang dicapai di peringkat PR, sebelum itu pun. Ada orang yang berpendapat bahawa Langkah Kajang ini telah menyebabkan perselisihan itu nampak kepada umum,” katanya.

Sehubungan itu, beliau beranggapan, permasalahan yang tidak diselesaikan itu bakal menjadi barah buat PR terutama apabila menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sebab itu, saya berpendapat dan dari segi itu saya tegas dalam PKR dan PR, bahawa kalau kita rasa ada beberapa masalah yang perlu ditangani, masalah itu perlu ditangani sekarang, beberapa tahun sebelum PRU berlaku.

“Supaya apabila masalah itu diredakan ataupun selesai, kita boleh tumpukan kembali kepada isu-isu besar, isu-isu rakyat. Kerana akhirnya, apabila rakyat masuk mengundi, mereka akan membawa pertimbangan yang lebih besar iaitu kepada isu mereka yang diperjuangkan.

“Tetapi, kalau kita tidak menyelesaikan perbezaan pendapat itu dengan lebih awal, ia boleh berlarutan sehingga nak masuk PRU akan datang, itu yang akan menjadi risiko besar kepada PR. Kerana pada ketika itu, sentimen rakyat adalah kepada isu pada ketika itu,” katanya.

Perbezaan pendapat Pas dengan PKR dan DAP semakin jelas apabila krisis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu mengambil tempat.

Pas terus menyatakan penolakan terhadap calon yang dipersetujui PKR dan DAP yang juga merupakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Percanggahan kenyataan demi kenyataan terus berlaku meskipun menteri besar yang baharu telah dilantik Sultan Selangor, SultanSharfuddin Idris Shah, pada Selasa.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menjadi sasaran PKR dan DAP termasuk mendesak agar beliau memohon maaf kepada Wan Azizah.

-sinar harian

Pelajar perempuan hampir dilarikan kekasih

KOTA KINABALU - Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun hampir dilarikan oleh teman lelakinya dari sebuah sekolah menengah di Likas, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun tersebut menarik mangsa ke dalam kenderaan miliknya jenis Perodua Myvi dan membawa mangsa ke Taman Jaya Likas yang terletak kira-kira 100 meter dari sekolah itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata mangsa yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada 10 pagi tadi, mendakwa lelaki itu menampar dan menumbuknya.

"Siasatan lanjut mendapati pengadu dan suspek adalah pasangan kekasih sejak setahun lalu dan berkenalan melalui media sosial.

"Motif suspek berjumpa pengadu kerana suspek tidak berpuas hati pengadu mahu berpisah dengan suspek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Susulan itu, katanya, polis menahan suspek yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan pihaknya merampas Perodua Myvi miliknya dan jaket warna merah milik mangsa sebagai bahan bukti. - Bernama

PAS 'menang boo', kalah PRK & hilang jawatan

PAS tidak percaya kemerosotan undinya di Pengkalan Kubor angkara tiada sokongan Pakatan Rakyat. Bagi pemimpinnya Tuan Ibrahim Tuan Man, penambahan majoriti BN disebabkan gula-gula politik dan pengundinya dari luar daerah yang tidak kembali ke Kelantan.

Kerusi ini kembali ke tangan PAS atas alasan PKR tiada jentera di situ; lagi pula ia "dipinjamkan" kepada sekutunya. Demikian hujah PAS sewaktu PKR di Kelantan dan Terengganu berasa disisihkan dalam gabungan itu.

PAS percaya jika ia bertanding, ia boleh mengurangkan majoriti BN di kubu kuat Umno itu. Namun, akhirnya kerusi yang ditagihnya tidak membawa kesan positif, sebaliknya menjadi beban pula.

Apa pun hujahnya, seperti disuarakan oleh naib presiden PAS, ia tidak dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa kemerosotan itu juga boleh disandarkan pada reputasi PAS dan Pakatan yang tercalar dalam krisis Selangor.

PAS juga dilihat tidak istiqamah dengan keputusan awalnya dalam krisis menteri besar - walaupun muktamar di tengah-tengah krisis tersebut berslogankan 'Terus Beristiqamah'.

Presidennya Abdul Hadi Awang mengambil tiga keputusan yang "pelik" – daripada mencalonkan presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali kepada "akur keputusan istana" tetapi kemudian mencalonkan wakil-wakil rakyatnya sendiri.

Sikap sebegini mengundang kecaman dari dalam PAS dan menjolok keberangan penyokong Pakatan Rakyat, khususnya yang pro-Anwar Ibrahim dan setia bersama keputusan calon tunggal PKR.

Kritikan terbuka atau tersembunyi dari dalam PAS pula dijawab kumpulan pro-Abdul Hadi, termasuk sorakan mengejek 'boo' di muktamar, yang memanaskan lagi pertemuan di Batu Pahat. Sikap presiden dan riuh-rendah muktamar itu mencalarkan lagi imej parti.

Biarpun pada awalnya ‘Langkah Kajang’ itu ciptaan PKR bagi menyelesaikan persaingan dalaman, akhirnya perseteruan ketara muncul dalam PAS. Seolah-olahnya PKR hanya terkena selesema untuk beberapa hari tetapi jangkitan itu menyebab PAS demam kura berbulan-bulan.

Nasihat timbalan mursyidul am

Untuk mengurangkan kepanasan muktamar, tokoh ulama parti Haron Din berpesan pada perwakilan agar tidak membangkitkan isu-isu yang hanya boleh merekahkan lagi luka-luka di antara dua kumpulan dalam PAS.

Sebagai menghormati nasihat timbalan mursyidul am, perwakilan pada sebelah petang Jumaat dan barisan pemimpin atasannya pada esoknya cuba meredakan keadaan.

Namun, muktamar itu berakhir dengan ucapan ‘barua’ dan ‘broker’ Abdul Hadi. Ucapan yang pedas dan penuh emosi itu mengejutkan banyak pihak, dalam dan luar PAS, sekali gus membuka semula rekah dalam yang dideritai parti itu.

Sasarannya pada watak-watak utama yang pro-PKR sewaktu cuba menyelesaikan krisis Selangor, termasuk dua wakil rakyatnya Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Panas dengan serangan Abdul Hadi, Saari mencabar presidennya agar mendatangkan bukti beliau telah dibeli oleh PKR untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah.

Mantan tahanan ISA itu turut mengulangi pendirian sedia dipecat daripada PAS jika Abdul Hadi mempunyai bukti beliau telah dibeli dan bersedia didakwa di mahkamah jika benar terlibat dalam politik wang.

"Saya tak tahu apa maksud 'broker', 'barua', dicuri dan dibeli. Jadi PAS perlu jelaskan sebab sebelum ini tidak pernah dengar saya ini 'broker' atau 'barua' dan dibeli," Saari dipetik sebagai berkata.

"Dibeli ini, adakah dengan cara jual beli pantun macam itu, atau pun melibatkan wang ringgit?"

Hari ini, PAS kehilangan satu jawatan exco (daripada empat kepada tiga) pula akibat jumlah kerusinya yang "berkurangan".

Walaupun pemimpin PAS mendapat jawatan timbalan Speaker, menggantikan kuota PKR, menariknya kehilangan kerusi exco itu disabitkan dengan jumlah kerusi PAS kini dianggap "13 saja."

Umum melihat PKR yang paling kecil jumlah kerusinya di Selangor setelah Khalid Ibrahim dipecat – daripada 14 kepada 13 kerusi. Sementara DAP dan PAS masing-masing menguasai 15 kerusi dalam pilihan umum Mei 2013.

Namun, dalam krisis menteri besar Selangor, kuasa PAS berjaya dikurangkan sedikit kerana dua wakil rakyatnya, Saari dan Hasnul, dianggap telah berpaling menyokong calon PKR, Dr Wan Azizah.

PAS di barisan tercorot

Jadi, apabila presiden PKR berundur di saat-saat akhir dengan memberi laluan kepada timbalannya Azmin, maka menteri besar baru ini dengan "automatis" mengambil sokongan 30 wakil rakyat pro-Dr Wan Azizah. Malah, termasuk sokongan tambahan daripada "13 wakil rakyat PAS" yang menolak tokoh wanita itu.

DAP, yang selama ini mengekori sahaja keputusan PKR dalam krisis menteri besar, dengan senang hati menerima perubahan saat akhir rakan kongsinya – ia turut menggantikan Dr Wan Azizah dengan Azmin.

Akibat perpecahan dalaman PAS, PKR muncul sebagai parti terutuh di Selangor – dan sekali gus melayakkan ia mendapat empat kerusi exco dan jawatan eksekutif teratas.

Sewaktu PAS masih mengubat luka perpecahan akibat krisis Selangor, PKR pula cuba merapatkan saf dengan membawa masuk tokoh-tokoh muda yang berseberangan kepentingan.

Bekas timbalan speaker Nik Nazmi Nik Ahmad, yang bertembung dengan Amirudin Shari (Batu Caves) dan dianggap pendukung geng 'Langkah Kajang', dibawa bersama pasukan Azmin.

Berbeza dengan PAS, proses "penyatuan" dalam PKR lebih mudah dicapai kerana parti itu bertelagah kebanyakannya di belakang tabir media. Kelicikan kumpulan Azmin dan silat politik lawannya Saifuddin Nasution Ismail atau Rafizi Ramli tidak disorot media.

Tetapi tokoh-tokoh PAS melancarkan perang terbuka di media; pengikut masing-masing bersuara lantang di muktamar dan media sosial.

PKR juga berkongres di tengah-tengah kegawatan krisis Selangor tetapi ia tidak menjadikan persidangan itu pentas melancarkan perang terbuka. Malah kongres PKR dianggap lesu dan beku gara-gara sebilangan perwakilan dan penyokong membantah kumpulan 'Langkah Kajang'.

Dalam babak-babak ini, PAS muncul di barisan tercorot, sementara PKR mengatasi rakan kongsinya. Tetapi semua ini bukanlah lambang kepintaran politik PKR.

Semua ini lambang kesasauan politik PAS yang sarat dengan intrig politik dan pertarungan maut yang tidak selesai-selesai sejak 2008 – persaingan “kumpulan Erdogan” dan puak pro-ulama.

Persaingan sengit muncul setahun sebelum pemilihan tahun lepas dan muktamar di Johor baru-baru ini dijadikan pula gelanggang baru untuk persaingan jawatan di pemilihan berikutnya.

Jangan salahkan PKR apabila ia mengambil lebih kuasa di Selangor – PAS harus muhasabah, perpecahan dalaman hanya menatijahkan jegela Pak Kaduk, ‘menang sorak, kampung tergadai’.

-mk

BN Parti Penyogok Pengundi Selamanya?

PENGKALAN KUBOR: Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau redha dengan kekalahan calon PAS dalam PRK kali ini.

Tambah beliau masalah dalaman yang berlaku dan ketidakhadiran Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) bukan masalah utama punca kekalahan PAS di Pengkalan Kubor.

“Bagi DAP, mereka tidak datang mungkin mempunyai sebab-sebab yang tertentu, kerana faktor jumlah pengundi cina tidak ramai.

“Kita akan kaji polemik dalaman yang berlaku kita akan lihat semasa ‘post mortem’ nanti,” katanya.

Jelas beliau soal masalah dalaman parti tidak timbul kerana kebanyakkan semua wakil turun membantu calon PAS baik diperingkat bawah mahupun peringkat tinggi.

“Semua jentera turun dan bersungguh-sungguh membantu calon PAS untuk menang dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka,
“Memang tidak dinafikan perasaan sedih itu memang ada tetapi saya sebagi Pengarah PRK redha dengan ujian yang diberikan apa yang penting kita sudah usaha, berdoa dan ikhtiar, bagi saya setiap yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah,” ujar beliau.

Sementara itu calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera yang banyak membantu serta pengundi yang menyokong PAS,

“Setiap yang berlaku pasti ada kebaikannya, Insyallah sekiranya saya terus diberikan kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk menjadi penyelia DUN, saya akan terus berkhidmat untuk rakyat di sini walaupun saya tewas,” ujar Wan Rosdi dengan hati yang tenang.

Dalam PRK ini Wan Rosdi tewas kepada calon BN yang mendapat undi sebanyak 9,961 manakala beliau mendapat undi 7,326 dan calon bebas hanya mendapat undi sebanyak 38 undi.

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 79.10 peratus pada PRU lepas.
Jelas Tuan Ibrahim lagi, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat juga salah satu punca kekalahan PAS.
“Kebanyakkan masyarakat disini terdiri daripada mereka yang miskin, mereka disogok dengan barang-barang dan lain-lain sebelum mengundi mahupun selepas mengundi.

“Dalam PRK ini memang kita tidak nafi sukar untuk kita menang kerana PRK kali ini diibarat pertandingan diantara Malaysia dengan negeri yang memaksa PAS berdepan dengan pelbagai pihak termasuklah agensi besar kerajaan,” katanya.

Disamping itu faktor PRK ini dijalankan pada hari bekerja juga antara faktor kekalahan PAS kerana kebanyakkan mereka yang tinggal di luar Kelantan tidak dapat pulang mengundi.

-FMT

Pangkalan Kubor : Apakah PAS Akan Ditalkinkan selamanya?

Kemenangan BN dalam pilihan Raya Kecil (PRK) sememangnya sudah dijangka sejak awal lagi.

BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon Bebas pula mendapat 38 undi. BN menang dengan majoriti 2,635 undi

Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi apabila pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang tadi.

Walaupun pada hari kempen, kedua-dua parti dilihat hebat berperang poster dan kain rentang, namun ia bukan kayu ukur yang akan menentukan kemenangan mana-mana pihak.

Melihat kepada kesungguhan jentera BN daripada pimpinan tertinggi hingga akar umbinya yang turun padang untuk berkempen, keputusan itu tidak memeranjatkan.

Bahkan, kerja kuat yang ditunjukkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak putus-putus mengunjungi Pengkalan Kubor, akhirnya berbayar dengan kemenangan besar apabila majoriti undi BN bertambah hampir 1,000 undi.

Tidak dapat dinafikan juga, strategi yang digunakan oleh pengarah pilihannya, Datuk Seri Mustapa Mohamad berhasil. Malah, dengan pemilihan calon yang mempunyai perwatakan warak, juga dilihat mampu menarik perhatian pengundi.

Strategi BN yang menggunakan pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu-isu yang dibangkitkan PAS juga dilihat berjaya apabila mereka lebih banyak menjawab segala dakwaan yang dilemparkan PAS berbanding mencetuskan sebarang isu atau provokasi.

Malah, pilihan raya kecil kali ini juga merupakan antara yang paling tenang berbanding dengan yang lain. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga hanya menerima tiga laporan berhubung kesalahan semasa tempoh berkempen serta tiada kekecohan atau pergaduhan yang berlaku sepanjang PRK berlangsung.

Malah, berdasarkan keputusan pilihan raya kecil ini, ternyata penduduk setempat tidak begitu ambil peduli tentang isu royalti minyak Kelantan yang selama ini menjadi modal PAS untuk berkempen.

Isu-isu berkaitan agama serta menggunakan ketokohan bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga dilihat kurang berhasil.

Adakah ini mencerminkan kebimbangan Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebelum ini mengenai masa depan parti itu di Kelantan?

PAS juga dilihat tidak berani untuk 'menyentuh' pengundi masyarakat Siam walaupun mereka merupakan pengundi kedua terbesar selepas pengundi Melayu iaitu sebanyak 6.81 peratus.

Berbeza dengan BN di mana mereka sentiasa 'menyajikan' masyarakat Siam dengan pelbagai aktiviti.

Melihat kepada perkara ini, mungkin PAS selepas ini perlu mengubah atau menyesuaikan strategi mereka mendekati pengundi bukan Islam.

Selain itu, walaupun PAS menafikan ketiadaan pimpinan Pakatan serta masalah dalaman parti sebagai punca utama kekalahan, namun perkara itu tidak dapat menutup kepincangan yang berlaku apabila parti itu turut kalah di peti undi yang sebelum ini dimenangi mereka di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Telaga Bata.

Malah, jumlah pengundi di beberapa kawasan PDM yang dimenangi PAS sebelum ini juga merosot.

PAS mendakwa, kemerosotan undi itu berpunca daripada pengundi luar yang tidak pulang untuk mengundi. Namun dengan jumlah pengundi luar sekitar 2,000 ia masih tidak dapat memberi penjelasan sebenar tentang kemerosotan sokongan dan kalah peti undi Telaga Bata.

Walaupun PAS seringkali menafikan wujudnya masalah dalaman, namun kekurangan undi si beberapa kawasan peti undi, sedikit sebanyak memberitahu adanya pihak yang tidak keluar mengundi atau dalam erti kata lainnya 'memboikot' pilihan raya kecil berkenaan.

Ini dapat dilihat apabila wujudnya cakap-cakap yang mengatakan terdapat pemimpin tertinggi parti yang berasal dari negeri berkenaan kurang kelihatan sepanjang PRK Pengkalan Kubor ini berlangsung. Bagaimanapun, ketika ditanya perkara itu segera dinafikan PAS.

Justeru, selepas 12 hari berkempen dan BN mengekalkan kerusi itu dengan tambahan majoriti, maka di mana silapnya PAS?
Adakah ia disebabkan kurang sokongan rakan sekutu daripada Pakatan atau masalah dalaman parti yang menjadi punca kekalahan?

-mk

Thursday, September 25, 2014

Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan kerana merogol

KOTA KINABALU - Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita warga Filipina berusia 21 tahun di sebuah hotel di bandar Sandakan, pada awal pagi Isnin lepas.

Anggota keselamatan dari pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan awal pagi ini selepas wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 1 pagi itu, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang berpakaian seragam selepas dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Mangsa memberitahu ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu bahawa dokumen pengenalan dirinya masih dalam proses dan hanya memiliki salinan Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. - Bernama

Apakah Exco Selangor kekal PAS 4, DAP 3, PKR 3?

Komposisi ahli majlis mesyuarat kerajaan (Exco) bagi setiap parti Pakatan Rakyat (PR) kekal dan tidak berubah, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata PAS akan kekal mendapat 4 kerusi exco, manakala DAP ‎dan PKR masing-masing 3.

"Komposisi kekal. Nama yang dikemukakan semuanya diterima Sultan. Tidak ada satu pun yang ditolak," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika di Shah Alam hari ini.

Timbalan presiden PKR itu bagaimanapun enggan mendedahkan 10 exco terbabit, sebaliknya akan mengumumkan esok semasa majlis angkat sumpah.

"10 orang, komposisi kekal, esok saya akan umumkan.

"Saya bersyukur kerana Tuanku perkenan senarai yang saya persembahkan kepada Tuanku," katanya.

Azmin dilihat tiba di pintu masuk utama kira-kira pukul 2.40 petang dan meninggalkan perkarangan istana pukul 4.10 petang tadi.

Pelantikan barisan exco baru menimbulkan pertikaian apabila Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin semalam mencadangkan kepada Azmin supaya mengurangkan kerusi PAS.

Katanya PAS hanya layak diberikan "kerusi saguhati" kerana tidak menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, calon menteri besar yang menjadi pilihan PKR dan DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga menambah lagi kemelut apabila menyifatkan empat exco PAS yang enggan meletak jawatan dan terus mentadbir negeri bersama bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengkhianat.

Namun bekas exco Agama Sallehen Mukhyi membidas Lim yang tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan menyifatkan kenyataan ketua menteri itu ada kepentingan untuk mempertahankan kerajaan Pulau Pinang.

Selepas mempertahankan kemenangan PR di Selangor bagi penggal kedua, 10 exco yang dilantik adalah Datuk Teng Chang Khim, V Ganabatirau, Ean Yong Hian Wah, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen, Rodziah Ismail, Elizabeth Wong, dan Dr Daroyah Alwi.

Namun enam exco PKR dan DAP dipecat Khalid pada 12 Ogos lalu selepas didapati melanggar ikrar 10 Akujanji apabila mengeluarkan kenyataan mahu mengehadkan kuasa pemutus menteri besar dalam mesyuarat. –TMI

Pasangan kekasih lepas gian dalam kabin

DUNGUN– Tindakan sepasang kekasih melepaskan gian dalam kabin yang dijadikan tempat persembunyian mereka daripada pihak berkuasa membawa padah apabila lokasi itu diserbu polis, pagi semalam.

Serbuan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail dilakukan selepas maklumat risikan mendapati suspek lelaki, 28, terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun sebaik pintu kabin dibuka, seorang wanita didapati berada bersamanya dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sekeping wang kertas menyerupai mata wang RM100 dalam poket seluar suspek lelaki.

Siasatan awal, suspek lelaki yang berasal dari Kuala Terengganu tiada hubungan muhrim dengan wanita terbabit dan mereka dipercayai sering melepaskan gian bersama-sama di dalam kabin berkenaan.

Pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut dan hasil ujian air kencing, kedua-duanya didapati positif dadah methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan dan menurutnya pasangan itu kini sedang disiasat.

-Sinar harian

Pemuda PAS mahu keluar dari Pakatan?

PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) apabila sampai masanya, kata Naib Ketua Pemuda PAS Mohd Khairil Nizam Khiruddin yang mengatakan parti Islam itu sudah lama bersabar dengan kedegilan PKR dan DAP.

Khairil berkata, meninggalkan PR tidak mustahil bagi PAS walaupun tidak berasa ia akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

“Sejauh mana kesabaran kita dan saya yakin dan percaya, apabila tiba masanya untuk kami keluar daripada PR, kami akan keluar," katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.

“Sejarah membuktikan, biasanya yang keluar daripada PR ini bukan PAS tetapi rakan sekutu. Kami tetap setia dan apa tindakan PAS sekalipun, memang semuanya berlandaskan perjanjian dalam PR atau mana-mana pertubuhan dalam gabungan yang kami laksanakan,” katanya merujuk kepada tindakan DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) satu ketika dahulu.

Khairil bagaiamanpun berkata, PAS sepatutnya bersabar dengan "kedegilan" rakan-rakan sekutunya dalam PR, lapor portal itu lagi.

“Biasanya yang buat... yang kita katakan, yang ‘degil’ ini pada pendapat saya adalah daripada rakan-rakan kita. Tapi itulah kesabaran. PAS sebagai parti yang lama sepatutnya sabarlah.

“Ketegasan kami ialah kalau perlu rasanya untuk kami keluar, kami akan keluar. Tapi sekarang ini bukan masanya. Kami tetap setia dengan PR dan Umno berhati-hati, kami berada di Putrajaya, Insya Allah,” katanya seperti dilaporkan portal itu.

Kemelut menteri besar Selangor yang baru selesai dengan pelantikan Mohamed Azmin Ali bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyaksikan pergeseran hebat di antara PAS dengan PKR dan DAP.

PKR dan DAP sebelum ini bertegas hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Khalid akan tetapi PAS mempunyai pendirian berbeza.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata, Dr Wan Azizah tidak layak untuk memimpin negeri Selangor kerana tidak pandai berhujah di Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.

Hadi berkata, Islam menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin dan ianya tidak ada pada Dr Wan Azizah.

“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.

“Kalau daripada awalnya lagi dia (Dr Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.

“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)?" soal Hadi.

Sebelum ini, ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menuntut Hadi menarik balik kenyataannya yang mendakwa Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan menjadi menteri besar Selangor.

Semalam Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menggesa Presiden PAS agar memohon maaf kepada Presiden PKR di atas penghinaan yang dilemparkan terhadap Adun Kajang itu.

Zuraida berkata, permohonan maaf Hadi penting agar Pakatan Rakyat (PR) dapat terus bergerak ke depan.

"Kami berharap agar Hadi memohon maaf terhadap semua tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap presiden parti kita," kata ahli Parlimen Ampang itu dalam satu kenyataan.

"Kami tetap dengan pendirian wanita juga layak memegang jawatan menteri besar,” katanya. -TMI

Pemuda BN perang mulut dengan polis

PENGKALAN KUBOR: Satu pergaduhan mulut telah berlaku di hadapan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kedai Geting.

Pergaduhan mulut tersebut berlaku di antara anggota polis yang bertugas dan pemuda Barisan Nasional (BN).

Pergaduhan didakwa berpunca apabila pihak polis menegur pemuda tersebut kerana tidak memakai topi keledar sewaktu menaiki motosikal.

Walaubagaimanapun, pergaduhan mulut tersebut berjaya dikawal oleh pihak PDM dan juga pihak polis.

Sebelum ini, kawasan daerah mengundi Geting antara ‘hotspot’ tumpuan. Oleh yang demikian, kelihatan puluhan pihak polis ditempatkan bagi mengawal keadaan.

-fmt

Pengundi hantu muncul di PRK Pangkalan Kubor

Pemuda PAS mendakwa berjaya menahan seorang pengundi hantu dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, hari ini.

Dalam kenyataannya, pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS (Juham), Noorazmir Zakaria mendakwa pengundi itu memiliki kad pengenalan dan pasport Malaysia, namun mereka mengesyaki dia bukan warganegara Malaysia.

"Keraguan semakin memuncak apabila ketika disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu nombor kad pengenalan beliau, umur beliau dan alamat beliau di Pengkalan Kubor.

"Malah yang lebih aneh adalah pengundi tersebut juga tidak tahu nama DUN tempat beliau mengundi ini dan nama tempat UPU (unit peti undi) beliau mengundi.

"Namun, pengundi tersebut mengaku bahawa beliau memangkah calon BN," kenyataan Noorazmir dipetik.

Menurutnya lagi, pengundi meragukan itu ditangkap di pusat mengundi Bendang Pak Yong oleh anggota jentera pilihan raya PAS sebelum peguam Juham memeriksa kad pengenalannya dan menyoalnya.

"Berdasarkan rekod di dalam pasport beliau, beliau kerap berulang-alik ke Thailand.

"Apabila ditanya, beliau mengesahkan keluarga beliau menetap di Thailand dan kali pertama beliau mengundi adalah ketika pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini," katanya.

Pilihan raya kecil Pengkalan Kubor berlangsung hari ini selepas tempoh kempen selama 12 hari.

Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary.

Ia diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Dalam PRU ke-13 tahun lalu, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

-mk

Pengkalan Kubor: Pengundian bermula hari ini

Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.

Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.

Calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim mengundi di Sekolah kebangsaan Bendang Pak Yong pada jam 8.03 pagi.

Manakala calon BN Mat Razi Mat Ail mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan pada jam 8.30pagi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 54 peratus atau 12,945 pemilih telah keluar mengundi sehingga pukul 12 tengahari.

Sementara itu, Bernama melaporkan, penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa.

Pengundian awal pada 21 September lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).

Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.

Sementara itu,
pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

-mk

Azmin mungkin akan tumbang seperti Khalid?

Seorang penganalisis politik menjangka bahawa menteri besar Selangor yang baharu, Azmin Ali tidak akan mampu bertahan lama di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Laporan Sinar Harian menyebut, pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan meramalkan Azmin mungkin berdepan undi tidak percaya apabila sidang DUN bersidang pada November ini.

Jelasnya, majoriti ADUN Pakatan memusatkan sokongan pada presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Jadi dengan situasi semalam (kelmarin), walaupun Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Azmin sebagai menteri besar baharu, saya yakin Wan Azizah atau ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam.

"Mungkin boleh bertahan hingga November saja dan bila sidang DUN diadakan, kemungkinan besar ADUN akan membuat undi tidak percaya terhadap Azmin.

"Jika senario ini berlaku, Pakatan Rakyat juga harus disalahkan kerana suka membuat onar di Selangor," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Azmin mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada Selasa lalu dan beliau dijangka mengumumkan senarai exconya hari ini.

-mk

Wednesday, September 24, 2014

Azmin MB Selangor, satu cerita pelbagai berita?

Empat akhbar arus perdana memberikan gambaran berbeza hari ini tentang pelantikan Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor baharu.

Paling menarik, harian Utusan Malaysia dan Sinar Harian menggunakan tajuk yang berlawanan antara satu sama lain untuk muka depan mereka.

Dengan muka hadapan bertajuk “Azmin puji Khalid', Sinar Harian melaporkan timbalan presiden PKR itu memuji Khalid dan cara beliau mentadbir Selangor sebelum ini yang berfokuskan pada rakyat.

Sementara muka hadapan Utusan pula menggunakan tajuk “Azmin kritik Khalid”.

Ia menumpukan kepada kritikan Azmin terhadap keputusan terakhir Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menutup pejabat penasihat ekonomi Selangor di saat-saat akhir pentadbirannya.

Pejabat itu terletak di bawah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Harian bahasa Inggeris New Straits Times dengan tajuk “Bitterness over Azmin” memilih untuk menyerlahkan layanan yang diterima MB baharu itu dari partinya sendiri serta pemimpin Pakatan lain terhadap lantikannya.

NST melaporkan Azmin menerima layanan dingin dari pemimpin partinya sendiri menerusi media sosial.

Akhbar itu melaporkan yang Anwar dan pemimpin Parlimen DAP, Lim Kit Siang tidak memberikan sebarang ucapan tahniah menerusi akaun Twitter mereka.

Bagaimana pun, akhbar The Star memberikan gambaran yang lebih proaktif terhadap Azmin dengan berita muka depan “I'll get cracking”.

Akhbar milik MCA itu melaporkan keutamaan Azmin sebagai menteri besar baru adalah untuk mengurangkan kadar jenayah dan kes denggi di Selangor.

-mk

Empat Exco Selangor dari PAS letak jawatan

SHAH ALAM - Empat Exco Pas yang bersama dan menyokong pentadbiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan serta-merta semalam.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, bagi pihak empat Exco, mereka akan menurut amalan perlu meletak jawatan bersama Abdul Khalid dan ia merupakan amalan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Empat Exco Pas meletak jawatan serta-merta sebab kita dilantik bersama dengan Abdul Khalid, jadi bila beliau letak jawatan, kita semua pun perlu letak jawatan, ini memang amalan dalam kerajaan dan Exco baharu akan dilantik oleh menteri besar baharu.

"Kita juga mahu mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang diberi semua pihak selama ini, " katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau dalam pada itu berkata Pas Selangor sebenarnya menjadi penyelamat utama dalam krisis menteri besar hingga berjaya mengelakkan berlakunya pilihan raya negeri.

"Empat Exco Pas yang terus kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid sebenarnya membawa semangat dan prinsip PR sepanjang tempoh krisis berlaku.

"Empat orang Exco ini pada hakikatnya menjadi penyelamat dan menghalang dari berlakunya pilihan raya negeri kerana kita tetap kekal mendengar arahan Pas Pusat dan terus bersama kerajaan menteri besar (kini bekas), sekali gus menyelamatkan kerajaan negeri.

"Mereka juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno dan menyatakan kesediaan untuk meletak jawatan jika ada Adun Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

"Akhirnya, kemelut menteri besar ini sudah berakhir dan saya bersyukur ia berakhir dengan baik," katanya.

Beliau merujuk empat Exco Pas yang meletak jawatan itu melibatkan Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan beliau sendiri yang kekal bersama pentadbiran Abdul Khalid.

Semalam, Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Abdul Khalid di Istana Alam Shah.

Iskandar turut menzahirkan kesediaan Pas dalam bekerjasama dengan Mohamed Azmin dan yakin mampu bekerja dengan baik demi kebajikan dan kemajuan rakyat.

Sementara itu, Sallehen berkata, beliau tiada masalah jika bukan lagi Exco dan menyifatkan semua Adun Pas yang lain juga mempunyai kredibiliti masing-masing terpilih untuk menggantikannya.

“Saya seronok kalau nama saya digugurkan. Kuasa memilih barisan Exco adalah terletak pada menteri besar dan ia terpulang sama ada Azmin ingin mengekalkan empat Exco Pas yang lama atau melantik yang baharu.

“Cuma dalam parti saya rasa masih akan tetap mengekalkan Exco yang sedia ada sebab masing-masing sudah ada perancangan dan elok untuk meneruskannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar, di Istana Alam Shah, semalam.

Sementara itu beliau menyifatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai jahil dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor ketika membuat kenyataan mendakwa empat Exco Pas sebagai ‘pengkhianat’ kerana tidak meletak jawatan ketika pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

-sinar harian