Thursday, June 10, 2010

‘TOL HARAM’ DI TERMINAL WAWASAN PLAZA?



STATUS tapak terminal bas bandaraya di Wawasan Plaza, Kota Kinabalu menimbulkan seribu tanda tanya selepas ia dipercayai masih dalam proses perundangan untuk menentukan pemiliknya yang sah. Ini berikutan pertikaian beberapa syarikat individu yang mendakwa menjadi pemilik sebenar dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang sebelum ini dikenali sebagai MPKK atau Majlis Perbandaran Kota Kinabalu.

Sejauh mana penentusahan status tanah tersebut dilakukan mengikut perundangan tidak dapat diketahui sehingga ini. Namun, Pengarah Jabatan Pelaburan dan Pengurusan Harta DBKK, Noorliza Awang Talip, yang disifatkan orang paling berkuasa dalam terminal itu pernah menyatakan dalam pertemuan dengan pemilik-pemilik bas yang menggunakan kemudahan terminal tersebut bahawa ia masih lagi dalam proses perundangan.

Oleh kerana itu, DBKK masih menanti keputusan mengenai siapa sebenar pemilik tapak tanah itu, yang sudah beberapa tahun digunakan sebagai terminal bas dan hasil kutipan tentunya sudah mencecah jutaan ringgit. Sama ada ia masuk terus dalam kantung DBKK atau sebaliknya, itu satu persoalan lagi.

Di pihak Jabatan Tanah dan Ukur pula yang sepatutnya boleh menceritakan tentang status sebenar tanah tersebut, mereka mengambil sikap mendiamkan diri walaupun tidak lama dahulu, ada kalangan pemilik bas melalui laporan media telah meminta jabatan berkenaan memperjelaskan kedudukan tapak tanah itu yang diistillahkan oleh DBKK sebagai terminal bas bandaraya sementara.

Jika benar bahawa status tapak tanah itu belum diputuskan lagi tentang siapa empunyanya yang sebenar, pihak DBKK sepatutnya tidak mengenakan bayaran tol masuk ke terminal berkenaan kepada pemilik-pemilik bas kerana ia boleh dianggap kutipan tersebut boleh dianggap dilakukan secara haram.

Sebahagian besar pengusaha yang menggunakan terminal itu mempersoalkan tindakan DBKK membuat kutipan setiap kali memasukinya kerana jika DBKK bukan pemilik tanah tersebut, siapakah yang memberikan mereka kuasa untuk membuat kutipan tol masuk?

"Kalau DBKK boleh membuktikan mereka mempunyai 'surat kuasa' untuk mengenakan caj masuk, saya fikir mungkin barulah mereka boleh membuat kutipan dan tiada pihak yang akan mempertikaikannya," dakwa Felix K, pengusaha dari Putatan.

Sebelum ini, ramai kalangan pengusaha turut meragui tindakan DBKK mengenakan bayaran masuk ke terminal berkenaan walaupun mereka dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kemudahan yang disediakan kerajaan itu.

Kemudahan terminal seharusnya disediakan secara percuma kepada pengguna dan sebarang kutipan untuk memasukinya yang dilakukan oleh DBKK hendaklah diperjelaskan secara munasabah supaya ia tidak menimbul pertikaian.

"Kita juga mahu Jabatan Tanah dan Ukur tampil memberi penjelasan mengenai status tapak terminal berkenaan sama ada ia dimiliki oleh syarikat individu atau DBKK. Ini penting bagi membolehkan pengusaha dan pengguna mendapat gambaran dalih oleh kakitangan DBKK terutama di Jabatan Pelaburan dan Pengurusan Hartanya," kata beliau.

Pernah juga sebelum ini, seorang kakitangan jabatan berkenaan didakwa berasa tidak senang dan marah-marah apabila membaca laporan akhbar tentang pengguna ingin tahu mengenai kedudukan sebenar tapak terminal itu, yang memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang mereka hendak sembunyi daripada pengetahuan umum.

Mungkin masanya sudah tiba bagi DBKK menghentikan kutipan bayaran masuk ke terminal berkenaan yang dikenakan kepada pemilik bas sementara menunggu penentusahan pemilik sah tapak tanah tersebut. Jika ia diteruskan juga maka pihak berwajib haruslah meneliti di mana ada keperluan untuk mengambil tindakan yang perlu.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

21 comments:
Write comments
  1. Just boycott the tols. Remember at Lintas Plaza? They boycott the tolls over there last time, now they stopped operating.

    ReplyDelete
  2. ika benar bahawa status tapak tanah itu belum diputuskan lagi tentang siapa pemilik yang sebenar, pihak DBKK sepatutnya tidak mengenakan bayaran tol masuk ke terminal berkenaan.

    ReplyDelete
  3. sa rasa sebelum disahkan pemilik tanah terminal bas tersebut, tiada mana2 pihak yang berhak mengutip bayaran masuk...ini tidak ubah seperti samseng yang meminta wang perlindungan...harus ada penjelasan dari pihak yang berkenaan...jangan lah mengambil kesempatan dan berlagak seperti tuan tanah sebelum keluar geran yang mengesahkan pemilik sebenar...diharap perkara ini diambil serius oleh pihak berwajib demi kebaikan bersama...

    ReplyDelete
  4. apa logiknya pembukaan tol di terminal yang dikenakan terhadap pengusaha2 bas? ini benar2 menyusahkan.. saya setuju dengan roxy, boikot mungkin boleh selesaikan masalah ini jika tiada respon dari pihak DBKK.

    ReplyDelete
  5. diharapkan ada tindakan selepas ini bagi mengelakkan ianya berterusan kerana dikhuatiri ketidakmampuan DBKK menyelesaikan masalah ini akan menjejaskan imej mereka dan kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  6. saya setuju juga kata 2718 tu, nanti nama DBKK pula yang akan terjejas dengan perkara ini. Apa guna tol itu sebenarnya kalau masalah begini yang timbul sekarang. Memang patut boikot di lakukan, mungkin dengan cara ini dapat menyelesaikan masalah yang di hadapi dan dapat memberi pihak berkuasa untuk mendapat jawapan yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  7. jika belum dapat disahkan pemilik kawasan tanah terminal itu, kenapa pengusaha bas kena membayar tol setiap hari? tol tidak harus dikenakan jika begitu.

    ReplyDelete
  8. Itu lah masalahnya sekarang..jadi maksudnya tol tu janganlah di buat dan patut dimansuhkan..kerana, pemilik tanah tidak tahu tapi orang yang tidak berkenaan pula yang dapat untung..mana boleh macam itu..maka, Pihak berkuasa haruslah mencari jawapan secepat mungkin untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  9. DBKK harus bertindak, jangan sampai mereka yang tidak sepatutnya mendapat keuntungan, meraih keuntungan itu. Kata putus untuk statu tol itu amat diperlukan dalam masa yang terdekat!

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan roxy tu, kita patut boikot ja. tak perlulah bayar tol di jika memasuki terminal wawasan tu. pemilik tanah itu harus dikesan terlebih dahulu sebelum mengenakan tol.

    ReplyDelete
  11. iya betul tu songkilou..orang yang tidak kena mengena ni dapat untuk..klu kerajaan yang dapat tidak apa..saya setuju juga..tau juga duit itu d mana..ini tidak tahu siapa yang dapat..

    ReplyDelete
  12. Saya pun hairan kenapa bulih ada tol di sana..Patut diboikot..

    ReplyDelete
  13. I wonder who is the real owner of that piece of land. he/she should come forward.

    ReplyDelete
  14. If the authorities does not take action, the people must take this into our own hands, boycott it!

    ReplyDelete
  15. apa2pun diharapkan selepas ini pihak DBKK tampil membuat penjelasan berkenaan dengan aduan ini agar tidak menimbulkan pertikaian.

    ReplyDelete
  16. Sah atau tak kawasan tu milik DBKK bagi saya mmg tak payah la ba guna tol. Bukan apa kesian ba segala driver bas... Sudahlah pendapatan dorang kurang gara2 city bas menguasai b/raya; terpaksa bayar tol lagi. adiiii...

    ReplyDelete
  17. Tadi time pulang perhentian bas dekat lampu trafik (wawasan plaza - terminal wawasan), kena blok - tak boleh parking kunun. Aduii, my fren terpaksa masuk ke terminal baru dapat turunkan saya... hhmmmm
    Mungkin gara2 ada yg boikot tak mahu masuk di terminal kot terus dorang buat camni kan. hehehheee

    ReplyDelete
  18. Saya tertarik dengan cerita ni oo. Saya pun mahu tahu siapa punya kawasan ni. kalau takda org punya, saya mahu pohon ni tanah la. hehhee

    ReplyDelete
  19. ooh saya baru tau pula tol di Lintas plaza tu kena boikot...
    Naa, saya harap pihak2 yg berkaiatan tampil lah segera bgtau hal sebenar jgn paksa pengusaha bas ni boikot tol pula.. nanti susah mau naik bas lagi, gara2 semua bas nda mo jalan.

    ReplyDelete
  20. Setiap persoalan yang diutarakan oleh rakyat harus dijawab. Jangan senyap saja sebab ia akan mengundang pelbagai spekulasi. huhuhu
    Apapun saya harap hal ni selesai dgn baik tanpa boikot-memboikot.

    ReplyDelete
  21. Hopefully the DBKK will clarify and resolve this issue soon.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.