WALAUPUN ‘The Touchable Mr Underwear’, Michael Tien Foh yang selama ini berbangga dengan prinsip ‘Ada Wang Semua Boleh Jadi’ dan berjaya membeli Jabatan Perhutanan Sabah, Yayasan Sabah dan memilik peribadikan semua hutan simpan di Sabah; namun tidak mampu membeli kerakyatan Australia.
Laporan bertubi-tubi Sabahkini.net telah mensirnakan peluang Mr Underwear untuk menjadi ‘Warga Australia’ sebagaimana kejayaan yang ditempa oleh rakan subahatnya dalam Skandal Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan, Ngui Ing Chuang dan Freddy Lim Nyuk Sang.
Menurut maklumat daripada koresponden Sabahkini.net di Melbourne, permohonan kewarganegaraan, termasuk taraf penduduk tetap ‘Mr Underwear’ sekeluarga telah ditolak oleh Kerajaan Australia kerana rekod buruk beliau dalam kes jenayah serantau terutama setelah kes penangkapan beliau di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 disiarkan secara meluas di Australia.
Walaupun kedua anaknya, Chia Chee Chun dan Chia Chee Hung telah dipindahkan ke Melbourne dan bersekolah di sana, namun Kerajaan Australia tetap menolak permohonan ‘Mr Underwear’ dan isterinya Yap Loo Mein; sekalipun Ngui dan Freddy memberikan sokongan sepenuhnya.
Bagaimanapun Sabahkini.net masih menyiasat sama ada kesemua wangnya yang disimpan di Hong Kong dan Singapura yang bernilai lebih USD8 billion berjaya dipindahkan ke bank Australia atau tidak; belum dapat dikenalpasti ekoran penolakan kewarganegaraannya oleh Kerajaan Australia.
Sehingga kini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gagal membekukan sebarang harta ‘Mr Underwear’ yang disimpan di dalam dan di luar negara, sekalipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) berjaya membekukan sejumlah USD137 juta daripada $16 juta dollar Singapura yang dirampas daripada ‘Mr Underwear’ ketika cuba menyeludup keluar wang tersebut melalui Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008.
Kejayaan ICAC ini amat memalukan SPRM yang tidak dapat menyentuh walau ‘satu sen dibelah tujuh’ wang dan harta ‘Mr Underwear’ kerana budaya kerja ICAC begitu mengkagumkan apabila dapat mengesan kegiatan ‘Mr Underwear’ menyerbu semua ‘Money Changer’ untuk membeli wang kertas dominasi $10,000 dollar Singapura kerana kecanggihan rangkaian pengawasan sehingga berjaya menangkap ‘Mr Underwear’ bersama $16 juta dollar dalam ‘briefcase’ Louis Vutton kesukaannya.
Dalam pada itu, SPRM telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Gundik ‘Mr Underwear’, Yap Siaw Lin @ Kiki ‘Chicken’ Yap yang kini dipercayai masih bersembunyi di sebuah rumah mewah di Toulouse, Peranchis.
SPRM turut menangkap semula Andrew Lim Nyuk Foh yang dibebaskan sebelum ini dan dikehendaki melapor diri setiap hari di Ibu Pejabat SPRM kerana SPRM tidak berpuas hati dengan keterangan yang diberikan; apatah lagi jet yang didaftarkan atas namanya digunakan untuk menyeludup keluar ‘Mr Underwear’ ke Hong Kong sebelum dipintas jet pejuang TUDM dan dipaksa mendarat di KLIA.
Sementara itu, Krew Sabahkini.net di Sandakan berjaya merakam perbualan bapa ‘Mr Underwear’, Chia Nyet Min (pelat Cina) dengan seorang rakannya seperti berikut;
“Lulu waktu tok mat, maika piala natuk abu tilus naik no.1. Sudah bilanja 20-30m. tak tau apa hal sikalang dia kena tangkap. Tak patutlah. Haiya simua mau lui lah. kasih banyiak takut. Dapat banyiak lui. Nanti lu tengok simua tak ala hal..lui punya hal lah. Lu olang tiak tau politik”.
Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)
Tuesday, June 22, 2010
PERMOHONAN KERAKYATAN ‘MR UNDERWEAR’ DITOLAK!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
maknanya SPRM perlu lebih banyak belajar dari ICAC.. apa2pun teruskan usaha dan selesaikan kes high profile ini secepat mungkin..
ReplyDeleteSiasatan mestilah secara menyeluruh agar tidak ada lagi hal yang tertinggal.
ReplyDeletenampaknya 'MR Underwear' tidak dpt menjadi warga Australia, dia tidak lari selagi siasatan belum selesai.
ReplyDeleteSPRM should learn from ICAC...Hopefully SPRM manage to solve this case as soon as possible.
ReplyDeletesiasatan haruslah dibuat lebih teliti dan terperinci. untuk kes ini haruslah diselesaikan dengan secepat yang mungkin. cari maklumat dan bukti yang kukuh.
ReplyDeleteSPRM perlu lebih bijak dalam menyiasat kes yang berprofail tinggi seperti ini. kehebatan ICAC perlu dijadi sebagai contoh.
ReplyDeletebagaimana sabahkini.net boleh mendapatkan maklumat mengenai kes ini secara terperinci? adakah berlaku kebocoran maklumat atau terdapat orang yang sengaja memberikan maklumat2 tersebut?
ReplyDeleteICAC memang patut mdijadikan contoh oleh SPRM. bertindak dengan cekap dan dapat menumpaskan jenayah dengan mudah. SPRM pasti boleh melakukan yang terbaik untuk kes jenayah.
ReplyDeleteKesainnya dapat gelakan tu...
ReplyDeleteMr. Underwear...what a funny nickname... mcm santut soi ja.I'm glad that the government in Australia didn't grant him the citizenship. Hopefully the SPRM will be able to find a strong evidence to close this case.
ReplyDeletePunya soi tue nickname..Woi SabahKini! Teda nama lain ka?
ReplyDeleteAnyway, I hope SPRM can find stronger links or evidence connected to the case.
Informations given to SabahKini is quite suspicious. Hurm. Besides, I hope this case will be solve soon.
ReplyDeletethe immigration department should learn from Australia. Don't approve citizenship for any Tom, Dick or Harry that came along.
ReplyDeleteSabahkini juga la kalau bab mengukuhkan gosip. hehhehee
ReplyDeleteAppaun saya harap hal ni disiasat sedalam mungkin dan selesaikanlah segera.
Nama gelaran pun lucu. hahhahaa
ReplyDeletekreatif juga penulis ni bagi nama mcm ni kan. hehe