POLOKWANE: Pemain simpanan, Javier Hernandez dan Cuauhtemoc Blanco masing-masing menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Mexico mengejutkan juara Piala Dunia 1998, Perancis untuk menang bergaya 2-0 di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi.
PENYERANG Mexico, Javier Hernandez (atas) memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pertama perlawanan Perancis menentang Mexico saingan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, awal pagi tadi. - Foto AFP
Hernandez yang menerima hantaran cantik daripada Rafael Marquez bijak memperdaya penjaga gol Perancis, Hugo Lloris sebelum menjaringkan gol pada minit ke-64. Ketika Perancis berusaha untuk bangkit semula, pemain Mexico, Blanco berjaya menjadikan kedudukan 2-0 selepas Mexico dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-74.
Mexico kini mengumpul empat mata bersama-sama Uruguay manakala Perancis dan Afrika Selatan masing-masing satu mata tetapi masih berpeluang untuk ke peringkat seterusnya. - AP
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.