Brazil mencatat kemenangan sulung pada Piala Dunia 2010 apabila menewaskan Korea Utara 2-1 dalam Kumpulan G di Stadium Ellis Park di sini.
PEMAIN Brazil, Kaka bersaing dengan pemain Korea Utara, Ri Kwang Chon dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. Brazil menang 2-1. - Foto AP
Gol Brazil dijaringkan oleh Maicon pada minit ke-55 dan Elano pada minit ke-72 sementara Korea Utara pula memperolehi gol sagu hati hasil rembatan kencang Ji Yun-Nam pada minit ke-89.
Brazil kini mendahului Kumpulan G dengan memungut tiga mata penuh diikuti oleh Portugal dan Ivory Coast yang masing-masing dengan satu mata, selepas kedua-duanya terikat tanpa jaringan dalam perlawanan sebelum ini.
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.