Wednesday, June 23, 2010

PKR TENOM DAPAT DITERIMA DARI PARTI LAWAN



PADA sebelah petang, satu lagi sessi penyertaan masuk PKR secara beramai-ramai dari beberapa kampung di daerah Tenom. Mereka yang hadir datang dari Kg Bangkulin Tomani, Kg Marais, Kg Kuala Tomani, Kg Kaparungan dan Kg Logot Ulu Tomani.

Ketua rombongan dari Kampung Merais, Tomani, Jeffrey Yahar mengatakan mereka menyertai PKR setelah mereka mengerti arahtuju Pakatan Rakyat dan selama mereka menyertai Parti Kerajaan mereka merasa ketinggalan dari perkembangan arus perdana ekonomi negara.

“Kami rasa ada sesuatu yang tidak kena pimpinan UMNO/BN," jelas Jeffrey.

Manakala, Ampangus Bin Rian dari Kampung Logot Ulu Tomani pula memberi tahu bahawa terlalu banyak pilih kasih dalam kepimpinan UMNO/BN berhubung soal tanah dan agehan rumah PPRT di daerah Tenom.

“Mana tidaknya, kroni-kroni YB-YB sahaja yang memonopoli kerana mereka ada kabel dengan orang atasan, kami yang tidak ada kabel cuma pandang dan lihat sahaja kerakusan mereka," kata Ampangus dengan nada kesal.

Seperti biasa, apabila mereka diajukan pertanyaan mengapa ingin menyertai PKR, rata-rata menjawab bahawa mereka telah puas diperalatkan oleh wakil-wakil rakyat BN yang hanya mengutamakan kepentingan sendiri dan kroni sahaja.

Penduduk kampung yang hadir juga merakamkan rasa kecewa kepada ketidak-pedulian wakil rakyat yang mewakili mereka selama ini. Mereka telah memberikan cukup ruang dan peluang kepada wakil-wakil rakyat BN untuk melaksanakan tugas mereka dengan jujur, namun setelah sekian lama mereka rasa peluang dan ruang yang mereka berikan tidak dimanafaatkan sepenuhnya untuk kepentingan pengundi yang telah bersusah-payah mengundi mereka.

Dari Kampung Kungkular, Tomani pula, Ansapar Undok mengeluh kerana kos hidup rakyat di kampung-kampung begitu melambung tinggi kerana harga barang dinaikkan sesuka hati tanpa kawalan sedangkan pendapatan mereka semakin merosot.

Wakil Rakyat BN disifatkan lebih menitik-beratkan kepentingan sendiri dan kroni-kroni. Semua permasalahan pengundi dianggap remeh, malah mahu melihat wajah mereka pun payah.

Bagaimana wakil-wakil rakyat BN ini mampu menjadi pemimpin yang baik sekiranya mereka gagal melaksanakan tugas dan amanat yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka selama ini.

Maka kerana itulah, mereka bertekad dan membulatkan semangat untuk menyertai PKR dan berharap PKR mampu merubah senario kemiskinan mereka seandainya berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan di Sabah.

Oleh : HALIK ZAMAN(sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. Wakil2x rakyat BN seharusnya melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan mengambil berat tentang isu2x yang dihadapi oleh penduduk kampung. Harap2x BN akan berusaha untuk menolong penduduk kampung.

    ReplyDelete
  2. wakil2 rakayt BN seharusnya melaksanakan tugasnya dgn baik, ia perlu peka dgn keadaan rakyat, jika ia mengabaikan rakyat, sokongan rakyat akan beralih kepada parti lain.

    ReplyDelete
  3. BN bertindaklah sebelum terlambat. jangan begitu yakin dengan kelebihan sendiri. kita harus berusaha untuk memberi keyakinan kepada rakyat tentang kebolehan seorang pemimpin. jadi jalankan tugas dengan baik dan jujur.

    ReplyDelete
  4. PKR hanya bergantung dengan kelemahan BN untuk meraih sokongan rakyat.. apa2pun teruskan usaha dan lihat apa yang bakal berlaku nanti..

    ReplyDelete
  5. BN perlu lakukan transformasi dalaman dan luaran jika ingin kekal di Sabah. pemimpin atasan perlu sentiasa memantau dan bertegas terhadap pemimpin di setiap daerah agar melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai penggerak kepada dasar2 dan program2 kerajaan diperingkat daerah dengan jujur dan adil.

    ReplyDelete
  6. ya.. BN perlu melakukan transformasi, rakyat pada masa kini inginkan pembaharuan, BN perlu peka terhadap kemahuan rakyat. BN juga perlu mendapatkan lebih ramai sokongan penduduk Tenom.

    ReplyDelete
  7. kelemahan itu haruslah ditutup untuk menyukarkan PKR untuk mencari kelemahan. tunjukkan kekuatan BN di mana, supaya PKR susah untuk melawan dan ini akan melemahkan PKR itu sendiri.

    ReplyDelete
  8. BN perlu memperbaiki kelemahan mereka jika ingin terus mejadi parti yang disokong rkyat.

    ReplyDelete
  9. BN perlu mengubah kesalahan memerintahan mereka jika mereka mahu dapat undi rakyat.

    ReplyDelete
  10. BN must change if they still want the people's supports and repent all the mistakes they have done.

    ReplyDelete
  11. Kalau mahu terus berkhidmat, kena memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan untuk mendapatkan kembali kepercayaan rakyat. Jika tidak, maka semuanya suda terlambat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.