Monday, June 28, 2010

PKR TENOM TERUS MENCARI AHLI BARU

ROMBONGAN PKR Cabang Tenom yang diketuai oleh Ketua Cabang Tenom, Gonsibin Yosundang telah disambut baik oleh penduduk kampung di pedalaman Ulu Tomani. Rombongan telah diraikan di salah sebuah rumah penduduk kampung di Ulu Tomani Kemabong, Tenom.


Penduduk kampung telah menyatakan rasa gembira mereka kerana kepimpinan PKR Cabang Tenom telah sudi menjenguk mereka yang hidup dalam serba kekurangan dari segi aspek kemudahan infrastruktur, pembangunan, ekonomi dan berbagai lagi aspek.

Segala kemudaratan ini telah mereka adukan kepada Wakil Rakyat namun sehingga berita ini ditulis, tiada tindakan diambil bagi mengatasi segala kerumitan permasalahan mereka ini.

Samuil Bin Sabi telah menyuarakan rasa kecewanya terhadap kepimpinan BN yang selama ini tidak pernah mempedulikan kesusahan dan permasalahan penduduk kampung berkenaan. Mungkin bagi wakil rakyat BN, penduduk kampung berkenaan tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada diri mereka maka kebajikan penduduk kampung itu terus diabaikan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

Apabila ditanya oleh krew Info & Komunikasi Negeri, apakah selama ini pernahkah wakil-wakil rakyat BN datang menjenguk mereka, jawab mereka, ada wakil rakyat melalui kawasan tanpa ada inisiatif untuk berhenti di kampung berkenaan untuk bertanya khabar mereka. Mereka terus dibiarkan.

Cabang PKR Tenom juga telah mengenalpasti beberapa permasalahan utama di kampung berkenaan. Menurut Ketua Cabang PKR Tenom, Gonsibin Yosudang, seandainya PKR berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat berjanji untuk menangani segala permasalahan penduduk kampung sebaik mungkin serta mengatasi masalah infrastruktur dan ekonomi penduduk kampung yang selama ini membelenggu kehidupan mereka. Kata-kata Gonsibin di sambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh dari penduduk kampung berkenaan.

Dalam ucapan singkat Ketua Info, Halik Zaman mengatakan bahawa kos hidup rakyat terus naik meningkat, sedang rakyat masih lagi ada miskin papa kedana. Kalau tidak sekarang rakyat merubah nasib, bila lagi?

“Kita mempunyai kuasa untuk menukar Kerajaan, kalau tidak dalam PRU13 nanti, bila lagi? Gunakan hak kita untuk memilih Kerajaan yang prihatin kepada kesusahan rakyat. Pakatan Rakyat berjanji untuk membantu rakyat yang terbaik dari yang baik,” kata Halik lagi.

Oleh : KREW SABAHKINI.NET

18 comments:
Write comments
  1. setiap detik2 manis ini dimulakan dengan janji.. rakyat perlu menilai sejauhmana mereka mampu menunaikan janji2 mereka, kerana dengan janji itulah rakyat akan lebih menderita.

    ReplyDelete
  2. pemimpin atasan BN perlu memandang serius dan mengambil tindakan terhadap sikap wakil2 rakyat yang tidak aktif dan bertindak lepas tangan terhadap setiap permasalahan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Inilah masalahnya sekiranya pemimpin BN ini kurang turun padang dan tidak ambil peduli akan permasalahan rakyat. Jangan hanya bertindak bila sudah tiba PRU13 nanti kerana ia akan menjejaskan BN di daerah ini.

    ReplyDelete
  4. Ada baiknya juga PKR berbuat demikian supaya BN ini akan terus berusaha dalam mempertahankan parti. Apa yang rakyat inginkan adalah permintaan mereka ditunaikan dan membela nasib mereka yang serba kekurangan seperti pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang sepatutnya ada di daerah ini dan dirasai oleh semua penduduk kampung dapat ditunaikan.

    ReplyDelete
  5. Perkara ini perlu pandang serius oleh pemimpin BN. Apa yang diperjelaskan dalam artikel ini nampak sangat kelemahan pemimpin BN yang tidak ambil tahu akan keperluan rakyat di daerah ini. Saya berpendapat ada baiknya sekiranya pemimpin BN ini sentiasa turun padang dan melihat sendiri keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  6. mula2 untuk meraih undi, janji2 yang dikatakan haruslah lebih manis dari gula..sudah jadi pemerintah, hidung mula tinggi, dahi mendongak ke langit...rakyat tetap akan diabaikan..sedangkan kerajaan telah melancarkan Amanah Saham Wawasan yang memperuntukkan sebanyak RM100juta bagi membantu rakyat miskin termasuk di sabah..diharap pemimpin komuniti (Ketua Kampung) di kampung tersebut agar memberikan maklumat kemiskinan yang dihadapi oleh penduduk setempat agar tindakan susulan dapat dilakukan..janji2 PR tersebut belum ada jaminannya tetapi Amanah Saham Wawasan ada jaminannya...fikir2 lah secara meluas...

    ReplyDelete
  7. Bu8at saja kamu fikir terbaik. Janganlah percaya kata kata orang yg melarang kamu.

    ReplyDelete
  8. Tunggu dan lihat saja la nest GE nanti. hehehe
    Rasanya pasti sengit persaingan krn masing2 akan cuba ketengahkan idealogi mereka utk menarik kepercayaan rakyat...
    Apapun semuanya nanti terpulang pada rakyat :)

    ReplyDelete
  9. Saya harap umno/bn/gov akan lebih berusaha utk kembalikan kepercayaan rakyat terhadap mereka :) hehehe

    ReplyDelete
  10. wawaa PKR tenom cuba untuk menjarum-jarum fikiran rakyat tenom untuk mencari pengundi. tapi PKR, janganlah fikir senang untuk semua ini. pengundian adalah rahsia, jadi fikiran mungkin dapat PKR mainkan hati rakyat tetap untuk BN..

    ReplyDelete
  11. BN perlu ambil serius perkara ini, jangan biarkan Tenom jatuh ketangan pembangkang!

    ReplyDelete
  12. nampaknya PRK menjadikan Tenom sebagai sasaran mereka, harap rakyat Tenom jgn mudah terpengaruh dgn propaganda PRK ini.

    ReplyDelete
  13. BN haruslah juga bertindak lebih aktif untuk memberi keyakinan rakyat.. jangan biarkan PKR meperbodohkan penduduk tenom.

    ReplyDelete
  14. undi adalah rahsia, rakyat saja yang tahu siapa mereka undi. jadi PKR jangan terlampau yakin dengan semua ini, rakyat tidak akan terpedaya dengan semua itu, mata rakyat PKR atau BN tapi dimata PEN undian nanti hanya BN saja ada.

    ReplyDelete
  15. PKR shouldn't be too overconfident. The people in Tenom might have a change of mind. Nevertheless, I do hope the best party win.

    ReplyDelete
  16. apapun, pada pilihanraya umum nanti baru kita tahu siapa pilihan rakyat terutamanya di Tenom.

    ReplyDelete
  17. BN jangan ketinggalan, bangkit dan menyerap golongan profesional muda menyertai BN.

    ReplyDelete
  18. Saya rasa semua politik parti juga berusaha menarik ahli baru. Tetapi kenapa hanya PKR Tenom yang selalu diberi perhatian dan paparan dalam blog ini?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.