Ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat mempunyai apa yang diperlukan untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi DAP Sarawak - yang berjaya menumpaskan calon BN untuk merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, percaya 'keajaiban Sibu' akan terserlah ke seluruh negeri itu.
"Kami amat yakin untuk menghadapi pilihan raya negeri," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata, Matlamatnya ialah untuk memenangi 36 kerusi - lebih separuh daripada 70 kerusi DUN di Sarawak.
"Kita mensasarkan untuk menguasai negeri ini, tetapi saya harus mengakui ada kesulitan tertentu," katanya.
"Sekiranya kita tidak berjaya menawan negeri ini, kita mensasarkan 24 kerusi untuk menafikan kerajaan BN majoriti dua pertiga.
"Ini bukanlah mudah, tetapi ia boleh dicapai..." tambahnya. -MK
Tuesday, June 22, 2010
'Pakatan boleh tawan Sarawak'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BN have to respond to this. They must work hard to gain confidence of the people in Sarawak.
ReplyDeletepakatan boleh tawan sarawak???wahh hebat juga pakatan ini. belum apa-apa sudah cakap dapat tawan sarawak. ingat senangkah pakatan..ingat sarawak itu tidak ada rakyat kah cakap senang saja mahu tawan. BN tetap akan berusaha untuk menetang pakatan dan menangani masalah ini, jadi jangan pakatan begitu yakin. rakyat yang tentukan.
ReplyDeleteBN perlu memandang serius saingan yang ditunjukkan oleh Pakatan ini.. mungkin sokongan rakyat terhadap BN masih kuat, namun BN perlu sentiasa berjaga2 bagi menghadapi sebarang kemungkinan. lakukan yang terbaik untuk rakyat..
ReplyDeletenampaknya pakatan rakyat ni begitu yakin bahwa mereka dpt tawan sarawak. apapun keputusannya kita akan tahu pada piliharaya umum nanti.
ReplyDeletejangan yakin sangat pakatan..BN pasti boleh menentang dan mempertahankan sarawak milik mereka.
ReplyDeleteBN harus berusaha untuk menentang pakatan..apa2x pun, may the best party win..
ReplyDeleteBN cepat bangun dan mempertahankan kubu mereka. Terlampau over-confident juga tidak baik.
ReplyDeleteBN pasti tidak akan melepaskan Sarawak begitu mudah kepada pakatan, BN akan mengukuhkan jentera mereka untuk menghadapi pilihanraya umum nanti.
ReplyDeletekita lihat ja pada pilihanraya umum ke 13 nanti, di situ baru kita tau siapa yang rakyat sokong.
ReplyDeleteNever be too confident, if PR wanted to win for sure then they must not stop working for it. Things still might change, so don't be arrogant about it.
ReplyDeleteConfidence cannot determine everything. Be humble.
ReplyDeleteRakyat akan tengok prestasi sesuatu parti, tak berguna jika hanya bercakap kosong.
ReplyDelete