PENYERTAAN mantan Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) cawangan kampung Batu Tiningkang, Laibit bin Asik kepada Parti Keadilan memecah tembok PBS-BN yang dikatakan kebal di kawasan Melalap, Sabah.
Laibit ketika dihubungi Sabahkini.net berkata, beliau membuat keputusan menyertai pembangkang melalui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai tanda protes beliau kepada Kerajaan BN yang gagal melunaskan segala janji pada pilihanraya Ke-12 untuk memperbaiki jalan dan banyak lagi perkara lain.
Laibit menyandang jawatan Ketua Pemuda sejak penubuhan PBS, baru kali pertamanya berpindah parti kerana kecewa dengan cara kerajaan BN mentadbir Sabah kerana tidak mengikut keperluan dan aspirasi rakyat, seperti ungkapan yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, “Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.”
Menurut Laibit, jalan raya mereka terlalu teruk apabila hujan dan nyaris keluarganya menjadi mangsa kerana kereta yang dipandu adiknya terbabas ke kawasan gaung kerana jalan terlalu licin.
Apabila diasak pertanyaan dari Sabahkini.net, siapakah yang salah dalam perkara itu, Labit berkata, sebenarnya penduduk kampung tidak juga memberi tekanan semata-mata kepada wakil rakyat kerana beliau juga telah bersetuju meluluskan semua permohonan daripada JKKK.
Bagaimanapun, tegas Laibit, mungkin semua itu berpunca daripada kelemahan jabatan berkaitan, ditokoh tambah pula oleh pekerja di jabatan-jabatan kerajaan Tenom yang majoritinya orang umno-BN dan mereka tahu kawasan PBS menjadi satu faktor kurang mendapat perhatian.
“JKKK tidak ada kekuatan untuk mendesak kepada Jabatan Kerajaan kerana kuasa JKKK terhad, berbanding dengan kuasa Wakil Rakyat,” kata Laibit yang agak berang dengan pentadbiran Kerajaan BN.
Ditanya Sabahkini.net lagi, sekiranya Pakatan Rakyat memerintah adakah masalah penduduk kampung Batu Tiningkang dapat diselesikan?
“Saya tidak memikirkan semua itu kerana PKR tidak meletakkan janji seperti dijanjikan oleh BN, namun penduduk kampung sudah tentu itulah harapan mereka setelah berlaku transformasi,” ujar Laibit lagi.
Kerajaan UMNO-BN masih mengamalkan berat sebelah dan gagal mengamalkan konsep perkongsian kuasa, khususnya di Pejabat Daerah yang majoriti kakitangannya penyokong UMNO dan perkara ini dibiarkan sahaja sekian lama sekalipun Setiausaha Kerajaan Negeri mengetahui ketidak seimbangan ini berlaku.
Oleh: HJ.WAHAB TIMPAI.(sabahkini)
Friday, June 25, 2010
PBS MEMECAH TEMBOK TRADISINYA?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Emmm memang la di pejabat daerah rata2 semua penyokong UMNO sebab bekerja sama kerajaan, Tapi yang pasti diluar saja UMNO tapi ingat masa mengundi, undi adalah rahsia.
ReplyDeleteWakil rakyat kena perhatikan apa yang berlaku dan cuba siasat perkara sebenar. Jangan kerana anda, nama lain2 pihak pula kena tempiasnya.
ReplyDeletebeliau sepatutnya berusaha mendesak agar masalah2 tersebut diberikan perhatian.. tindakan keluar parti ini sama sahaja tidak melakukan apa2 dan lepas tangan..
ReplyDeletemungkin beliau memang mempunyai niat untuk keluar parti kerana tidak memperolehi sebarang ganjaran sepanjang menyertai PBS..dan menggunakan isu ini sebagai alasan..
ReplyDeleteSaya setuju dengan 2718. Tindakan beliau keluar dari parti semata-mata tanda protes bukannya akan menyelesaikan masalah2x tersebut. Beliau sepatutnya mencari jln untuk membuat masalah-masalah tersebut diberikan perhatian.
ReplyDeleteorang yang keluar parti ini sebenarnya adalah lemah dalam perjuangannya.
ReplyDeletewakil rakyat kena peka dgn keadaan penduduk, ia juga harslah adil dalam pentadbirannya. sikap berat sebelah tidak harus ada.
ReplyDeletetidak semestinya wakil rakyat bersalah dalam hal ini...punca kepada masalah ini harus disiasat dan diteliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan kepada mana2 pihak..
ReplyDeletehak penduduk haruslah di utamakan. oleh itu, wakil rakyat haruslah menjalankan tugas yang diamanahkan. tapi tidak ada yang bersalah dalam kes ini, cuma perlukan siasatan dilakukan untuk memastika kebenarannya.
ReplyDeleteSelalunya berlaku perkara macam ini...
ReplyDeleteAs the people's representative, it is advisable that the people needs comes first. But then again we don't the real and main story behind this so it's better to keep quiet and wait and see..:D
ReplyDeleteAlasan saja!!! Kalau betul mahu berjuang utk rakyat buktikanlah dengan cari jalan penyelesaian dan bukannya keluar parti. huhuhu
ReplyDeleteApapun saya harap agar hal ni disiasat dan diseleseaikan segera demi kebaikan bersama.
ReplyDeletejika PKR gagal memenuhi janji. adakah akan keluar parti lagi? dan seterusnya tindakan yang sama kepada parti-parti lain.
ReplyDeleteini bukan perjuangan untuk rakyat. mungkin kejadian kemalangan oleh adiknya memang harus diberi perhatian. tetapi pada pendapat saya, keluar parti adalah bukan tindakan yang betul
jalan raya di Sabah memang bukan dalam keadaan yang baik. Pihak kerajaan harus memperbaiki jalan raya. ia melibatkan nyawa rakyat
ReplyDeleteBagi saya beliau sepatutnya menyuarakan perkara ini kepada pihak tertentu bagi menyelesikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya keluar parti dan mengharapkan parti2 lain dapat memenuhi permintaan rakyat
ReplyDeleteMasalah jalan raya yang tidak selamat digunakan ini sebenarnya berlaku bukan di Tenom saja tapi di daerah2 lain juga turut mengalami masalah yang sama. Diharapkan pelbagai kemudahan dapat disediakan terutamanya di kawasan peladaman.
ReplyDeleteDiharapkan RMK-10 ini kerajaan dapat memperuntukan pelbagai pembangunan dan kemudahan di negeri ini agar dapat memenuhi kehendak rakyat.
ReplyDeleteLebihkan usaha untuk memajukan bangsa Sabah. Walaupun telah banyak perubahan di Sabah akan tetapi, banyak lagi benda yang perlu diberi tumpuan.
ReplyDelete