Friday, June 18, 2010

Fiesta Yang Gagal, Najib Dimalukan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan merasmikan Program Karnival Kelantan Fiesta semalam di Kota Bahru telah meninggalkan program tersebut dan terus pulang ke Kuala Lumpur tanpa menghadiri tapak fiesta dan merasmikannya.

Tindakan mengejut Najib disebabkan mahu mengelak malu kerana kehadiran pengunjung perasmian fiesta tidak sampai 300 orang. Insiden amat memalukan ini dianggap satu sambutan yang amat teruk pada majlis yang di hadiri oleh seorang pemimpin berstatus Perdana Menteri.

Program Perasmian Kelantan Fiesta yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu diteruskan juga oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohamed selain terpaksa menggunakan pembesar suara mudah alih kerana disebabkan kerosakkan sistem audio.

Sebelum itu satu kenyataan telah dikeluarkan oleh Pengerusi Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan pada satu sidang media petang semalam memberitahu bahawa kerajaan negeri akan memulau karnival tersebut kerana penganjur telah mungkir janji dengan tidak membenarkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap pada majlis perasmian malam ini.

Menurut lagi keputusan memulaukan perasmian itu diambil kerana penganjur bersama, syarikat Red Carpet juga telah memungkiri beberapa perjanjian ketika mesyuarat bersama kerajaan negeri.

Mereka yang sebelum itu telah bersetuju perasmian disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, manakala ucapan aluan dari Nik Abdul Aziz selaku tuan rumah dan ucapan dari Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Takiyuddin memberitahu pada 13 Jun lalu, kerajaan negeri menerima arahan daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) memaklumkan bahawa pejabat Perdana Menteri tidak membenarkan Menteri Besar berucap pada majlis perasmian karnival tersebut.

Beliau juga memberitahu tindakan tersebut telah memalukan Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar dan juga tuan rumah.

Sehubungan itu, Takiyuddin yang juga Ahli Dewan Uundangan Negeru Bunut Payong berkata mesyuarat exco juga memutuskan untuk menarik diri daripada program itu yang berlangsung sehingga 19 Jun ini.

Namun katanya, kerajaan negeri tidak akan menghalang sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang Fiesta Kelantan selama tiga hari itu selagi ia memenuhi syarat yang diluluskan pihak berkuasa tempatan. -SK

11 comments:
Write comments
  1. H1N1 is still ongoing, people are encouraged to keep away from crowded places.

    ReplyDelete
  2. fiesta ini tidak akan gagal kalau apa yang telah dirancang diteruskan. tapi ini sebaliknya berlaku jadi ini menyebabkan kurang pengunjung datang ke fiesta itu.

    ReplyDelete
  3. The show must go on even though there is only less than 300 people attend.

    ReplyDelete
  4. mmg memalukan jika 300 orang ja yang hadir dalam majlis tersebut. bagaimanapun majlis tersebut tetap juga diteruskan. apapun harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Upacara perasmian sedikit terjejas bukan disebabkan tindakan Najib atau kerosakan sistem audio, tapi disebabkan hujan lebat yang turut menyebabkan bekalan elektrik di dalam stadium terputus.

    ReplyDelete
  6. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada asalnya dijadualkan merasmikannya tidak dapat hadir adalah atas sebab yang tidak dapat dielakkan. bukan disebabkan kehadiran pengunjung perasmian fiesta yang tidak sampai 300 orang. berdasarkan laporan utusan online, kehadiran lebih dari 500 orang pengunjung walaupun cuaca kurang mengizinkan.

    ReplyDelete
  7. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_02.htm

    sila lihat laporan dari utusan..

    ReplyDelete
  8. I wonder where did Sabah daily got their source from..
    Despite of the bad weather, people are still willing to come and show support.. 500 (or >300) people is far better than having anyone attend.

    ReplyDelete
  9. sorry slight error: 500 (or >300) people is far better than having *no one* to attend the fiesta...

    ReplyDelete
  10. PM tidak dapat datang bukan kerna kurang orang tapi ada sebab lain. lagi pun pada masa itu bekalan terputus dan hujan lebat lagi. karnival ini dapat sambutan hangat pula dari masyarakat setempat. ramai juga orang datang kalau sudah orang cakap sambutan hangat mungkin lebih dari 300 orang juga itu.

    ReplyDelete
  11. This is actually a minor issue, we have bigger problems that required our attentions.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.