Thursday, June 24, 2010

Dahulukan Reformasi Pendidikan Sebelum Pemansuhan Peperiksaan

Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak kerajaan agar memberi fokus kepada reformasi pendidikan negara sebelum melaksanakan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.

AMK Selangor melihat agenda reformasi pendidikan khususnya halatuju dan pemerkasaan pendidikan negara perlu diberi perhatian agar sistem pendidikan negara mampu mengangkat potensi pelajar yang lebih berkeyakinan, berakhalak tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.

Kita mencadangkan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan pendidikan negara, pembelajaran vokasional dan teknik boleh dimulakan seawal Tingkatan 1. Ianya untuk memastikan apabila pelajar tamat Tingkatan 5, mereka boleh menguasai kemahiran pada tahap yang lebih tinggi daripada sekarang. Justeru mereka lebih berdaya saing serta bersedia jika memasuki pasaran kerja.

AMK Selangor juga berharap agar para pelajar negara ini tidak dijadikan ujikaji perlaksanaan sesuatu dasar tanpa kajian mendalam daripada pakar-pakar dan pandangan rakyat. Apa yang lebih utama ialah kita mampu menyediakan pembelajaran untuk pelajar dapat bersaing di masa hadapan. Bukan sekadar memberi pengajaran yang akhirnya tidak dapat dipraktikkan dalam realiti kehidupan sebenar.

Kita juga menggesa kerajaan menumpukan kepada aspek reformasi pendidikan yang mendidik pelajar ke arah pembangunan insan yang cemerlang dalam semua aspek. Kebejatan sosial dan kemerosotan disiplin para pelajar perlu diperbaiki dan diambil perhatian dan bukan sekadar menumpukan aspek peperiksaan sahaja.

Justeru, kita yakin bahawa reformasi pendidikan itu perlu dilaksanakan segera agar Malaysia mampu melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global, inovatif dan berintegriti tinggi.

*Kenyataan media oleh Khairul Anuar Ahmad Zainuddin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor dari Parti Keadilan Rakyat.

15 comments:
Write comments
  1. Memang ada banyak perkara yang perlu diuruskan dahulu, bukan senang mahu memansuhkan sesuatu sistem yang telah digunakan berpuluh-puluh tahun.

    ReplyDelete
  2. reformasi pendidikan perlu dibuat bagi memastikan sistem pendidikan kita bertambah baik.

    ReplyDelete
  3. Sebelum kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan pemansuhan peperikassan, Kerajaan harus memberi fokus kepada reformasi pendidikan negara.

    ReplyDelete
  4. sebab itu cadangan ini masih dalam peringkat kajian.. kerajaan memerlukan masa untuk melakukan kajian yang menyeluruh memandangkan sistem pendidikan baru ini bakal menggantikan sistem terdahulu untuk satu jangka masa yang panjang. diharapkan kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan oleh AMK ini jika ianya dilihat mampu menyumbang kepada keberkesannan sistem pendidikan negara.

    ReplyDelete
  5. in haruslah diambil serius sebelum melaksanakan pemansuhan peperiksaan. kerajaan akan bertindak setelah mendapat persetujuan ramai. sekira ada bantahan, kerajaan mungkin akan memikirkannya terlebih dahulu. jadi apapun tindakkan kerajaan haruslah akan membawa kepada kebaikan akan datang.

    ReplyDelete
  6. pemansuhan peperiksaan UPSR dan SPM masih lagi dlm peringkat kajian, ia akan mengambil kira pendapt ramai. bagaimanapun keputusan yang diambil nanti akan dpt meningkatkan taraf pendidikan kita.

    ReplyDelete
  7. Pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR boleh dilaksanakan dengan mengadakan sistem pentaksiran berasaskan sekolah untuk menggantikan peperiksaan awam.

    ReplyDelete
  8. kajian perlu dilaksana terlebih dahulu sebelum pemansuhan UPSR dan PMR. sekiranya salah tindakkan akan memberi masalah kelak.

    ReplyDelete
  9. ya.. kajian perlu dibuat sebelum pemansuhan dilaksanakan.

    ReplyDelete
  10. I hope the Govt would reconsider otherwise trouble will come to their way.

    ReplyDelete
  11. Research before acting on it coz this is involving the students future as they will be our future leader.

    ReplyDelete
  12. Rasanya hal ni baru cadangan dan saya yakin kerajaan tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru - mereka pasti akan mengakji hal ni sedalam mungkin bagi memastikan masa depan sistem pendidikan negara kekal terpelihara :)

    ReplyDelete
  13. Apapun sama2 lah kita harapkan yang terbaik k.

    ReplyDelete
  14. Sistem pendidikan tempatan sememangnya memerlukan pembaikian serta reformasi kerana masih lagi tidak mencukupi standard. Diharapkan kementerian pelajaran akan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan Malaysia.

    ReplyDelete
  15. zaman sekarang kemahiran adalah penting. perkara ini harus dititik beratkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.