JOHANNESBURG: Belanda memulakan kempen Piala Dunia dengan nota kemenangan selepas menewaskan Denmark 2-0 dalam saingan Kumpulan E, semalam.
Finalis 1974 dan 1978 itu juga bertuah kerana dibantu jaringan sendiri pihak lawan serta gol pada lewat babak permainan oleh penyerang Liverpool, Dirk Kuyt buat mencetus keceriaan di kem mereka.
Barisan bintang itu adalah antara pasukan pilihan bagi edisi kali ini memenangi kejuaraan pada final 11 Julai ini di Stadium Soccer City tetapi anak didik Bert van Marwijk gagal menyerlah di gelanggang sama ini ketika Denmark berjaya bertahan dengan mantap.
Namun, van Marwijk menegur pemainnya untuk menunjukkan potensi sebenar selepas ini dan tidak mudah ‘terperangkap dengan sikap angkuh’ ciptaan sendiri seperti pernah disaksikan sebelum ini.
“Saya sudah berkali-kali menyebut sejak saya menjadi jurulatih dua tahun lalu bahawa kami tahu apa ertinya menjadi pilihan. Kami bermain hebat dan kreatif tapi hanya minta pemain tidak bersikap angkuh kerana ia boleh bawa padah.”
Belanda mendahului pada minit ke-46 berbekal tuah jaringan lawan apabila Simon Poulsen menanduk masuk bola yang terkena belakang rakan sepasukan, Daniel Agger apabila dia cuba untuk menyelamatkan hantaran lintang Robin van Persie. Kuyt menjadikan kedudukan 2-0 minit ke-85 selepas menolak masuk bola yang melantun dari jarak dekat. – AFP
Tuesday, June 15, 2010
Piala Dunia: Belanda 2, Denmark 0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.