Friday, June 18, 2010

Piala Dunia: Greece 2, Nigeria 1

BLOEMFONTEIN, Afrika Selatan: Greece menewaskan Nigeria 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, di Stadium Free State sebentar tadi.

PEMAIN Greece, Vasilis Torosidis menjaringkan gol menewaskan  penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama. - Foto AP
PEMAIN Greece, Vasilis Torosidis menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama. - Foto AP


Nigeria mendahului pada minit ke-16 menerusi gol Kalu Uche tetapi terpaksa beraksi dengan 10 pemain mulai minit ke-33 apabila Sani Kaita dilayangkan kad merah.
Greece mengambil kesempatan daripada kelebihan itu untuk meningkat serangan dan Dimitris Salpingidis menyamakan kedudukan pada minit ke-44.

Vassilis Torosidis menjadi wira Greece apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.

Ia adalah kemenangan pertama Greece dalam kejohanan Piala Dunia.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.