Thursday, June 17, 2010

TIADA PATI DAPAT MYKAD ?

BERIKUT adalah pertanyaan lisan (Rujukan 2710) daripada YB Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (DWMB) Ahli Parlimen Tuaran di Dewan Rakyat hari ini, 16 Jun 2010 kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien.

SOALAN:

DWMB bertanya kepada MENTERI DALAM NEGERI minta menyatakan keterangan selanjutnya mengenai Jabatan Pendaftaran Negara bahawa ‘tiada MyKad telah diberi kepada pendatang haram’ sedangkan adalah menjadi fakta dengan bukti bahawa beribu pendatang haram di Sabah telah memperolehi kad kerakyatan.

JAWAPAN MENTERI DALAM NEGERI:

Tuan Yang Dipertua (TYD), Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli YB Tuaran yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk Makluman ahli Yang Berhormat, Kerajaan hanya mengeluarkan Kad Pengenalan MyKad kepada warganegara yang layak mengikut peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan.

Adalah disahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara tidak pernah mengeluarkan Kad Pengenalan kepada pendatang haram atau mana-mana orang yang tidak mempunyai status taraf warganegara.

TYD, Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat bukti bahawa beribu-ribu pendatang haram di Sabah yang dikeluarkan MyKad sepertimana yang dinyatakan olei Ahli YB Tuaran, Kementerian memohon kerjasama Ahli YB supaya memberi maklumat-maklumat lengkap terus kepada saya untuk disiasat dan diambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai yang dimaksudkan. -Sabahkini

24 comments:
Write comments
  1. There are some officers who are willing to approve IC in exchange of bribes.

    ReplyDelete
  2. mykad hanya untuk rakyat tempatan sahaja, mmg perlu disiasat jika terdapat pemberian mykad kepada warga asing.

    ReplyDelete
  3. mykad hanya untuk rakyat Mlaysia. kerajaan haruslah bersedar tentang masalah yang sedang timbul sekarang dalam masyarakat.

    ReplyDelete
  4. ini mungkin ada orang tengah menjual kMykad. Kalau kerajaan tidak mungkin akan membuat silap dalam hal ini. kerana kerajaan akan memberikan kepada yang layak sahaja yang dapat MYkad ini.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya ikut undang2 perlakuan memberikan Mykad kepada warga asing adalah salah. Dan jika YB Tuaran tahu akan kejadian tersebut berlaku, kenapa tidak laporkan segera kepada pihak yang bertanggungjawab kerana ini akan dapat menyelesaikan masalah ini. Tapi kena ingat mestilah mempunyai bukti yang kukuh untuk membuat sesuatu tuduhan . Jangan hanya sekadar ayat untuk diucapkan kerana ianya tidak akan membawa apa2 hasil.

    ReplyDelete
  6. I don't believe that the government would do such thing. There must be someone behind all this.

    ReplyDelete
  7. This issues need a throughout investigation & to say that there are no foreigner have been issued a mykad based on the reports from the NRD alone is not sufficient...Maybe the government can set up a special task team to investigate & clarify this thing once & for all because this issues is potentially can be manipulate by the opposition if the government fail to manage it properly...

    But i believe the current government right now is trying to solve the MyKad problem right now....

    ReplyDelete
  8. We can say that in GOvt there are the rule that need to be follow and it is to be just nice. But the thing is we cannot trust 100% the personal to follow the rule. So, it is possible to them to break the rule. Need further investigation!

    ReplyDelete
  9. dengan berpandukan peraturan, akta dan perlembagaan Malaysia, kerajaan tidak mungkin melakukannya. namun, berdasarkan realiti amat sukar kita nafikan bahawa perkara ini telahpun berlaku. oleh itu, kita tidak boleh salahkan kerajaan 100% kerana pasti ada individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam hal ini.

    ReplyDelete
  10. mana2 pihak yang bersungguh2 ingin mengatasi masalah ini, tolong berusaha sediakan bukti dan maklumat, bukannya berusaha mengajukan soalan bertubi2. kementerian telahpun menunjukkan kerjasama, oleh itu YB tersebut juga perlu berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  11. pemberian mykad tidak dibenarkan sama sekali kepada orang asing, walaubagaimanapun byk dakwaan bahawa ramai warga asing yang telah memiliki mykad, perkara ini perlu disiasat dgn segera bagi memastikan tiada pemalsuan mykad berlaku.

    ReplyDelete
  12. isu pemilikan MYkad dikalangan warga asing perlu disiasat dan diselesaikan degn segera.

    ReplyDelete
  13. macam mana warga asing boleh dapat MYkad..itu mesti di siasat dan di selesaikan. ini akan merebak kalau tidak ditangani..

    ReplyDelete
  14. beri nama warga asing yang ada maykad. yang tidak memenuhi :

    peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Perlembagaan Persekutuan.

    Pihak kerajaan akan buat penyiasatan.

    ReplyDelete
  15. I hope there are no traitors in the immigration department who sells MyKad's to immigrants. There should be some investigation and monitoring to prevent such a thing occurring.

    ReplyDelete
  16. baru2 ini ada kenyataan berkenaan dengan MyKad klon di Sabah. oleh itu, mana2 pihak tidak boleh menyalahkan JPN semata2 berhubung dengan kes ini kerana sudah tentu JPN terikat dengan prosedur2 pengeluaran MyKad. yang paling penting sekarang beri kerjasama seperti yang disarankan..

    ReplyDelete
  17. MyKad yang dikatakan antara dokumen pengenalan tercanggih di dunia juga tidak terkecuali dari masalah pengklonan terutama di sabah..KDM harus menjalankan siasatan yang terperinci yang membentangkannya kepada umum..

    ReplyDelete
  18. seharusnya menteri KDM, mengambil serius akan hal ini dan bukannya berselindung..patut segera menjalankan siasatan yang menyeluruh disebabkan isu ini berkait rapat dengan keselamatan negara..harap pihak berkenaan akan memberikan perhatian sewajarnya berhubung dengan isu ini.

    ReplyDelete
  19. Siapa yang mengetahui hal sebegini perlu la laporkan segera kepada pihak berkuasa agar tindakan serius boleh diambil serta merta.

    ReplyDelete
  20. Perkara ini perlu disiasat dengan segera.

    ReplyDelete
  21. Every mischief, there will always be a Mastermind. Investigate and find out who is the Mastermind behind all this.

    ReplyDelete
  22. No PATI have MyKad? Impossible..PATI were given MyKad as the officers wants bribes. So, exchange system in process. Whoever does this, is a traitor and shouldn't be forgiven.

    ReplyDelete
  23. Please do investigate this issue immediately.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.