LONDON: Seorang wanita bersetuju menjadi ibu tumpang kepada cucu ketua al-Qaeda, Osama bin Laden, lapor media Britain, semalam.
MASIH GAGAL...ibu tumpang diupah Omar, Louise, akan menjalani ujian kehamilan tidak lama lagi.
Louise Pollard berkata, dia menjalani rawatan kesuburan untuk menerima sperma anak Osama, Omar, dengan pasangannya - wanita Britain - Felix Browne.
Sejak bernikah pada 2007, Omar dan Felix gagal mendapat zuriat sebelum menghubungi Louise, 24, melalui laman web.
Jika usaha itu berhasil, pemimpin al-Qaeda yang paling dikehendaki itu akan memperoleh cucu warga Britain.
Setakat ini, tiga cubaan dilakukan tetapi gagal.
Louise dijadual menjalani ujian kehamilan tidak lama lagi.
Jika negatif, dia berjanji melakukan cubaan keempat menggunakan telurnya sendiri untuk disenyawakan dengan sperma anak keempat Osama itu.
Setakat ini, Omar gagal dalam beberapa percubaan mendapatkan kewarganegaraan Britain, namun jika memiliki anak nanti, permohonannya mungkin menjadi lebih mudah.
Pada masa sama, kerajaan berkata, anak Omar nanti - jika kehamilan itu berjaya - tidak akan diberi kewarganegaraan automatik.
Media melaporkan, Omar amat sedih kerana Louise belum berjaya mengandungkan anaknya walaupun sebelum ini wanita terbabit menjadi ibu tumpang dua kali.
Ketika ini Omar dan Felix menetap di Qatar dan dipercayai Felix menjalani rawatan kesuburan di Emiriah Arab Bersatu.
Sumber berkata, Louise mengunjungi Dubai pada Mei dan awal bulan ini.
“Omar membiayai perjalanan Louise (bernilai hampir RM48,000) untuk tiket penerbangan dan penginapan,” katanya. - Agensi
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.