Friday, June 18, 2010

SPRM BEBASKAN 'THE TOUCHABLE UNDERWEAR' HARI INI

RAJA Penggubahan Wang Haram Asia yang sebelum ini dikenali sebagai ‘The Untouchable’ dan diturunkan status Mafianya sebagai ‘The Touchable Underwear’ Michael Chia Tien Foh telah dibebaskan setelah sepuluh hari dalam tahanan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya.

Mr Underwear yang dibebaskan sekitar jam 10 pagi tadi masih berada di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang tadi dipercayai terpaksa membayar wang jaminan tunai sebanyak RM100,000 kepada SPRM sebelum dibebaskan.

Bagaimanapun gundiknya, Yap Wai Lin @ Kiki Yap masih diburu SPRM kerana belum menyerah diri sekitar jam 8 malam tadi dan dipercayai masih bersembunyi di Peranchis sekalipun SPRM meminta bantuan Interpol untuk mengesan ‘The Incredible’ Kiki Yap.

Mr Underwear telah diberkas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong pada 14 Ogos 2008 ketika cuba menyeludup keluar wang sejumlah $16 juta dollar Singapura dalam briefcasenya ketika mahu menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sejak daripada itu, Mr Underwear menjadi cukup popular sehingga peminatnya membuat blog khas, http://duntouchable.blogspot.com untuk merakamkan seluruh kejayaan 'Mr Underwear' selama ini.

Persoalannya, siapakah target SPRM seterusnya kerana antara mereka yang dikehendaki ialah Pengurus Besarnya, Frank Han Kang Kong; Akauntannya Lim Sie Eng; Pengawal Akaun Peribadinya, Thomas Yong selepas seorang akauntannya, Wong Siau Yee diberkas SPRM pada 8 Jun 2010 lalu?

Namun berita yang amat mengejutkan diterima daripada Koresponden Sabahkini.net di Keningau, bahawa sekitar jam 3 petang tadi Ketua Pengawal Peribadi Mr Underwear, Chan Mun Bang @ Sai Pao yang sebelum ini pernah dipenjara selama empat bulan di Peranchis kerana kes penipuan Kad Kredit; kini berada di Tambunan untuk bersembunyi di sebuah rumah yang agak terpencil kerana beliau turut diburu SPRM kerana terlibat dengan rangkaian penggubahan wang haram, kongsi gelap dan along.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. Hopefully the SPRM will be able to find those criminals that are involved in this case.

    ReplyDelete
  2. kes ini memang kes yang berprofail tinggi, harap SPRM dapat menyelesaikan kes ini dgn segera.

    ReplyDelete
  3. siasatan masih giat dijalankan oleh MACC berhubung dengan kes ini..diharap tiada lagi khabar2 angin daripada media atau orang perseorangan yang mengaitkan kes ini dengan CM sabah..tiada sebarang bukti yang kukuh yang menyokong khabar2 angin ini..

    ReplyDelete
  4. siasatan MACC berhubung dengan kes ini haruslah tidak diganggu atau dipengaruhi oleh mana2 individu atau kumpulan..harap MACC menjalankan tugas mereka dengan baik, jujur, bersih dan amanah...

    ReplyDelete
  5. i hope the MACC will strive to carry out their investigation independently without fear or favour from anyone.. good luck..

    ReplyDelete
  6. betul, siasatan masih dilakukan tapi apa pun kes ini jangan ada kabar angin lagi melibatkan KM tentang kes ini. bukti smpai sekarang belum ada kaitan dengan KM. jadi jangan mahu sebarkan kabar yang tidak betul lagi.

    ReplyDelete
  7. 'THE TOUCHABLE UNDERWEAR' telah dibebaskan, bagaimanapun siasatan tetap juga akan diteruskan. harap SPRM dpt menyelesaikan kes ini yang dianggap sebagai kes berprofail tinggi.

    ReplyDelete
  8. walaupun telah dibebaskan bukan bermaksud SPRM berdiam diri. SPRM akan terus mencari kebenaran dalam kes ini.

    ReplyDelete
  9. ya.. wlaupun dia telah dibebaskan, namun siasatan akan terus dijalankan. dalang kes ini tidak akan terlepas.

    ReplyDelete
  10. dengan kedudukan kewangan negara. ditambah lagi dengan masalah-masalah ini. SPRM harus berusaha mengurangkan masalah penggubahan wang haram, kongsi gelap dan along.

    ReplyDelete
  11. I hope that the MACC has done their job in investigating the case thoroughly.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.