TAWAU: Sebanyak 33 daripada 207 majikan dikenakan kompaun oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada minggu pertama Ops Kesan dijalankan iaitu di antara 2 hingga 11 Jun 2010 lalu.
Pengurus Perkeso Tawau, Mariam Hassan, berkata tindakan terbabit diambil kerana kesemua majikan tersebut gagal mendaftarkan perusahaan atau pekerja mereka dalam tempoh yang ditetapkan.
Menurutnya, mereka dikenakan di kompaun mengikut Seksyen 4 dan 5, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Dalam hal sama, Mariam memberitahu bahawa Ops Kesan diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pihak majikan tentang tanggungjawab mereka mencarum serta menjamin hak-hak keselamatan sosial pekerja.
OPS Kesan jelasnya dijalankan serentak di seluruh negara di sepanjang Jun 2010 ini dan Perkeso Tawau menjalankan pemeriksaan ke atas majikan-majikan yang berada di daerah Tawau, Kunak dan Semporna.
“Kita berharap mana-mana majikan yang layak tetapi belum berdaftar dengan Perkeso agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Pendaftaran perusahaan atau pekerja katanya boleh dibuat di mana-mana kaunter Perkeso yang terdekat. -NST
Saturday, June 19, 2010
33 daripada 207 majikan dikompaun oleh Perkeso
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oleh itu, ikutlah undang2 dan peraturan yang telah ditetapkan..
ReplyDeletemajikan seharusnya patuh dengan undang2 yang telah diperuntukkan kerajaan, menjadi tanggungjawab majikan mencarum serta menjamin hak-hak keselamatan sosial pekerja.
ReplyDeletepihak majikan haruslah menunaikan tanggungjawab mereka..hak keselamatan sosial pekerja haruslah tidak dinafikan..
ReplyDeleteInilah akibatnya tidak menuruti undang2x..
ReplyDeleteThink of the consequences if you tend not to follow the rules and the laws.
ReplyDeleteundang-undang haruslah dipatuhi kalau tidak mahu dikenakan saman atau kompaun..
ReplyDeletekalau ikut undang-undangkan bagus. tidak juga bayar free kena kompaun pasal ikut suka hati tidak mahu mendaftar perusahaan dan pekerja. undang2 ada jadi kena ikutlah lain kali majikan.
ReplyDeleteI hope these 33 employers will learn their lessons and mistake and obey the law.
ReplyDeleteDo not ignore the rules...
ReplyDeletemajikan harus mendaftar pekerja mereka dengan perkeso untuk menjamin keselamatan pekerja.
ReplyDeleteMasa telah diberikan untuk mendaftar perusahaan atau pekerja mereka. Tindakan undang-undang adalah wajar dijatuhkan kepada mereka
Na tu lah, nakal kan. bah inilah padaraturan. Naa inilah padahnya kalau majikan tak ikut peraturan. So lepas ni saya harap majikan buatlah apa yg patut k.
ReplyDeletemasalahnya bayar perkeso ni mahal dan mengurus pula melecehkan.
ReplyDeletenasiblah 33 saja majikan yang tidak ikut peraturan mendaftar pekerja mereka kepada Perkeso, kalau 207 macamana?
ReplyDeleteCorporations should follow the correct procedures and rules whenever operating.
ReplyDeletePerkeso perlu kenakan kompaun kepada majikan yang tidak mendaftarkan perusahaan dan pekerja dalam tempoh yang ditetapkan terutamanya pihak-pihak kontraktor dari pelbagai perusahaan.
ReplyDeleteUntuk mengelak daripada dikenakan kompaun, majikan kenalah mendaftar kesemua pekerja dengan segera.
ReplyDeleteMaybe after this, employers will learn their lesson and register their workers accordingly.
ReplyDelete