Sunday, June 13, 2010

Peniaga perlu mohon lesen runcit barangan kawalan

KENINGAU: Para peniaga di daerah ini perlu memohon lesen runcit barangan kawalan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini.

Ketua Cawangan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), A. Runji Abd. Hamid, berkata permohonan lesen itu adalah percuma kepada semua peniaga.

Walau bagaimanapun katanya, hanya mereka yang sudah mempunyai lesen berniaga yang boleh memohon.

“Pengeluaran lesen runcit barangan kawalan itu meletakkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peniaga,” katanya kepada New Sabah Times ketika dihubungi kelmarin.

Katanya, peniaga yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan diambil tindakan.

A. Runji berkata, dengan adanya lesen runcit barangan kawalan itu, pihak KPDNKK mudah membuat pemantauan kerana mereka yang memiliki lesen itu sahaja yang boleh menjual barangan kawalan seperti gula dan sebagainya.

Beliau berkata, semua peniaga yang menjual gula wajib mendapatkan lesen runcit barangan kawalan.

“Jika terdapat individu yang menjual gula tanpa lesen runcit barangan kawalan, pihak KPDNKK tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” tegasnya.

Mengulas mengenai tindakan segelintir peniaga yang menaikkan harga gula sehingga RM3.00 sekilo A. Runji berkata, pihaknya akan membuat pemantauan dan mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.

Dalam hal ini katanya, para pengguna perlu memberi kerjasama dan membuat aduan jika terdapat peniaga menaikkan harga gula dengan sewenang-wenangnya. -NST

14 comments:
Write comments
  1. It shows that the government are listening to the people. Now the license are free for businessmen. No extra cost for them. However, as consumers we must also do our part in reporting any misconduct from unethical businessmen so that actions will be taken against them.

    ReplyDelete
  2. Satu tindakan yang amat memberansangkan. Semoga tindakan yang diambil akan dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyrakat.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. pemberian lesen itu adalah secara percuma, peniaga perlu membuat permohonan lesen itu dengan segera. adanya lesen ini, kerajaan mudah memantau penjualan barang terkawal di negara kita.

    ReplyDelete
  5. peniaga tidak perlu lagi rasa terbeban dengan lesen barangan kawalan kerana ianya boleh dipohon secara percuma. diharapkan usaha ini benar2 dapat memudahkan pihak KPDNKK untuk membuat pemantauan serta dapat mengurangkan kes sorok barang dan kes peniaga menaikan harga barang di Sabah..

    ReplyDelete
  6. peniaga boleh mendapatkan lesen tersebut secara percuma..tindakan yang tegas harus dikenakan terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan seperti gula..hak sebagai pengguna harus dipertahankan agar tidak menjadi mangsa kepada ketamakan dan kerakusan segelintir peniaga...

    ReplyDelete
  7. ini bukan membebankan kepada peniaga an, jadi pohonlah lesen itu cepat dan hanya percuma untuk memohon lesen tersebut. harap perniaga yang menjual barang terkawal akan memohon lesen dan syarat sudah di tetapkan.

    ReplyDelete
  8. kerajaan telah memberi kesenangan kepada peniaga dengan memohon lesen perniagaan barangan terkawal dengan percuma. ini bermakna perkara ino tidak membebankan peniaga pun langsung. harap perniaga yang menjual barangan terkawal ini akan membuat lesen tersebt. kerjasama perniaga amatlah di harapkan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  9. perniaga haruslah mengikut undang2 yang telah diberikan. kepada yang menjual barangan yang terkawal haruslah memohon lesen perniagaan barangan terkawal. kerajaan tidak memberi beban kepada peniaga, kerana lesen tersebut hanya percuma. betapa prihatinnya kerajaan dengan peniaga barang terkawal.

    ReplyDelete
  10. lesen barangan kawalan ini perlu bagi memastikan kerajaa daapt memenatau penjualan barang2 terkawal ini. kepada peniaga2 mohonlah lesen ini dgn segera, ia percuma sahaja.

    ReplyDelete
  11. At least, the price for control stuffs can be monitored by having seller to apply for license.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. jika kerajaan telah menetapkan perlu ada lesen untuk penjualan barangan kawalan, para peniaga kenalah patuh, lesen ini perlulah dipohon dgn segera. lagipun ia adalah percuma

    ReplyDelete
  14. Hopefully the government will continue to listen to the people's voices and plights and come up with a better way for the people, the country and the government.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.