MICHAEL Bradley menjaringkan gol penyamaan Amerika  Syarikat ketika menentang Slovenia dalam perlawanan Kumpulan C, Piala  Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto  AFP
 JOHANNESBURG, Afrika Selatan: Slovenia dan Amerika Syarikat seri 2-2 pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park sebentar tadi.
Slovenia mendahului menerusi jaringan Valter Birsa pada minit ke-13 dan Zlatan Ljubijankic pada minit ke-42.
AS merapat jurang gol menerusi jaringan Landon Donovan pada minit ke-48 sebelum Michael Bradley menyamakan kedudukan pada minit ke-82.




No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.