Apabila Ansari Abdullah jatuh ke laut dua kali sewaktu meniti jambatan kayu dalam lawatannya ke rumah-rumah pengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, bermacam cerita dibuat bukan sahaja di kedai-kedai kopi tetapi juga di alam maya internet. Cerita-cerita ini pula merebak menjadi teori konspirasi.
Ada yang meramalkan jatuh ke laut itu petanda buruk, ada pula kata ia baik. Yang menganggap petanda baik menambah pula dengan teori konspirasi — kononnya Ansari sebagai calon Parti Keadilan Rakyat berpeluang menang berikutan pertikaian dalaman Umno dan Barisan Nasional Sabah.
Bagi yang percaya dengan teori ini, mereka mendakwa kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman selaku Pengerusi BN negeri dan Ketua Perhubungan Umno negeri tidak mahu melihat calon BN Datin Linda Tsen dari Parti Bersatu Sabah menang.
Ini adalah kerana kekalahan calon PBS akan memberi kelebihan kepada Umno sebagai parti orang Melayu dan Bumiputera Islam untuk menuntut kerusi Batu Sapi yang mempunyai hampir 60 peratus pengundi Muslim dalam pilihan raya umum akan datang.
Cerita tentang Umno mahu mengambil beberapa kerusi milik komponen BN telah lama menjadi bahan debat kedai kopi di Sabah. Khabar-khabar angin ini bertiup lebih kencang apabila Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini bising mengenai usaha mahu mengambil kerusi komponen BN yang kalah PRU lalu.
Berbalik kepada teori tadi, andaian itu agak bermasalah kerana PRK Batu Sapi bukan pertandingan satu lawan satu. Dalam pertandingan tiga penjuru — BN, PKR dan Parti Maju Sabah — teori konspirasi itu mungkin meleset jika yang menang ialah SAPP yang meletakkan Presidennya Datuk Yong Teck Lee sebagai calon.
Jika Yong menang, Umno Sabah tidak lagi mempunyai alasan untuk merampas kembali kerusi Batu Sapi itu kerana ia hanya boleh membuat tuntutan jika pembangkang Muslim yang menang di Parlimen itu.
Satu lagi teori ialah dakwaan kononnya perebutan jawatan tertinggi politik di Sabah telah menyebabkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tidak mahu membantu Musa dalam kempen BN. Orang-orang Shafie dikatakan berkempen untuk Yong.
Kelemahan teori ini ialah jika sekadar untuk memalukan Musa dengan cara berkempen untuk Yong, semua pihak dalam BN akan menanggung malu besar jika Ansari yang menang. Apatah lagi Musa adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga dalam daerah Sandakan, bersama dengan Parlimen Batu Sapi, Sandakan dan Libaran.
Mungkin teori ini dibawakan oleh kumpulan tertentu yang mahu menghidupkan semula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau Usno yang telah dibubarkan setelah majoriti ahli dan pemimpinnya menyertai Umno pada awal 1990-an. Kumpulan ini dikatakan cuba menyediakan tapak baru untuk para pemimpin Umno Sabah yang tidak sebulu lagi dengan Musa dan Shafie.
Ada pula yang berteori kononnya Yong menyertai PRK Batu Sapi bagi menonjolkan kembali dirinya dalam dunia politik supaya dapat menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerima semula SAPP dalam dakapan BN.
Pada awal kempen, ada yang terasa benar andaian itu kerana Yong lebih banyak menghentam PKR dan pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kini Yong menyerang Musa dan mengheret kecamannya terhadap para pemimpin Umno, PBS dan parti-parti komponen BN Sabah yang lain.
Namun mereka yang percaya bahawa Yong tetap mahu memikat hati Najib telah mempertahankan andaian mereka dengan mengatakan ketua SAPP itu cuma menyerang kepimpinan BN Sabah, dan bukannya BN Pusat.
Lagi pula, mereka menganggap Yong terdesak untuk kembali kepada BN kerana daripada lima kerusi Dewan Undangan Negeri SAPP yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2008, dua daripadanya kini menjadi milik Gerakan.
Kedua-dua Adun dalam kawasan Parlimen Sandakan — Elopura dan Tanjung Papat — iaitu kawasan jiran Batu Sapi telah meninggalkan SAPP untuk menyertai Gerakan kerana tidak setuju dengan tindakan Yong membawa keluar parti dari BN selepas PRU 2008. Pada masa itu SAPP menyatakan ia tidak percaya kepada kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai alasan keluar BN.
Bagi Ansari pula, banyak diperkatakan tentang masalah kempen di peringkat tempatan. Beliau banyak diiringi para pemimpin PKR Pusat tetapi dikatakan tidak banyak dibantu oleh kumpulan-kumpulan PKR Sabah yang tidak sebulu dengannya.
Tumpuan para pemimpin PKR Pusat juga berbelah-bagi kerana mereka menghadapi cabaran besar dalam parti di mana pemilihan pimpinan sedang diadakan sekarang.
Tsen pula sebagai calon BN dianggap orang baru dalam percubaannya untuk ke Dewan Rakyat walau pun beliau adalah orang lama dalam politik kerana giat membantu mendiang suaminya Datuk Edmund Chong. Dengan bertanding, BN Sabah berharap Tsen dapat meraih undi popular dan undi simpati dari para penyokong suaminya yang meninggal dunia akibat kemalangan baru-baru ini yang mencetuskan PRK Batu Sapi.
Tsen dikritik oleh kumpulan-kumpulan yang mahu kepada ahli politik yang lebih berpengalaman bertanding, terutamanya mereka dari kalangan BN termasuk dari dalam PBS sendiri. Dengan ini, seorang wanita “low profile” tanpa heboh-heboh terpaksa berdepan dengan dua politikus/peguam yang hebat dengan pidato dan ceramah politik mereka.
Apa pun teori konspirasi yang ditimbulkan oleh batu-batu api di Batu Sapi, sama ada dari kawan atau lawan, PRK di kawasan timur laut Sabah ini menonjolkan sedikit perbezaan berbanding kempen pilihan raya di Semenanjung. Yang jarang kedengaran dalam kempen ini ialah soal ketuanan kaum dan agama serta ancaman kaum.
Mungkin Sabah lebih bersifat demokratik dalam amalan seharian di mana setiap kaum dan suku kaum sedar mereka bergantung antara satu sama lain dan pentingnya keharmonian hubungan antara kaum perlu dikekalkan. -M/Insider
Sunday, October 31, 2010
Batu api di Batu Sapi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
semuanya boleh jadi.. mungkin juga ada konspirasi sbb kalau tengok struktur jambatan pada jatuhan yg kedua, nampak mcm cantik dan kuat lagi struktur kayu tersebut. apapun, tak siapa tahu cerita yg sebenarnya. cuma Tuhan saja yg tahu.
ReplyDeletemacam-macam saja andaian yang dibuat. apa yang penting adalah pengundi perlu bijak menilai dan memilih caolon yang terbaik untuk kebaikan mereka.
ReplyDeleteberbagai bagai teori yang didengari dalam pilihanraya ini, sebagai pengundi jgn mudah terpenagruh dngn spekulasi2 yang timbul. kena bijak dalam menilainya.
ReplyDeletecalon SAPP dan PKR sememangnya berpengalaman dan telah pun mempunyai rekod2 politik tidak popular. ini patut menjadi pertimbangan rakyat samada terus meletakkan kepercayaan kepada mereka atau tidak.
ReplyDeleteelakkan mengundi calon berdasarkan kaum, bangsa, agama dan janji2 manis. buat pertimbangan sebaik2nya berdasarkan kemampuan, prestasi, dan reputasi.
ReplyDeletekelebihan itu adalah daripada rakyat itu sendiri nanti. Kita tidak tahu siapa sebenarnya yang mempunyai kelebihan. Jika kita tengok sendiri memang setiap parti ada kelebihan. Tapi rakyat yang menentukan kelebihan tersebut. Apa pun selamat berjuang untuk rakyat.
ReplyDeleteAnsari jatuh itu sudah takdir dia untuk jatuh. orang balik-balik lalu ditempat itu tidak pernah jatuh pun. tapi ini mungkin takdir Ansari untuk merasainya. Jadi ansari tidak perlulah menjadikan ini isu untuk memburukkan orang lain menutup kelemahan sendiri.
ReplyDeleteMemang pelbagai isu kita dengar jika politik kedaoi kopi. Bermacam-macam cerita keluar. Tapi kita tidak pasti apa kebenarannya. jadi apa yang penting sekarang kita mengharapkan semua rakyat Batu Sapi membuat satu keputusan yang terbaik untuk semua. jangan kita tersilap pilih nanti kerana bukan kita saja yang merana tapi seluruh rakyat Batu Sapi yang akan merana. Semoga menunaikan tanggungjawab yang penting untuk masa depan kita.
ReplyDeletePada pendapat saya, kemungkinan Ansari sabotage sendiri. Adakah patut 2x kali jatuh sedangkan ramai penduduk telah mengunakan jeti dan jambatan tersebut dan tiada satu pun pernah jatuh. Apapun, seperti yg dikomen oleh rakyat_mesia, hanya tuhan sahaja yang tahu.
ReplyDeletemacam-macam isu dan andaian timbul dalam suasana PRK. rakyat jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diperkatakan. buatlah pilihan berdasarkan kemampuan seseorang calon itu.
ReplyDeleteisu2 yang dibagkitkan dan pelbagai teori yang timbul menghangatkan lagi suasana pilihanraya Batu Sapi. dilihat ketiga calon ini bersungguh sungguh dalam berkempen dan meraih sokongan rkyat.
ReplyDeleteBagi pendapat saya, PBS akan tetap bertapak di Batu Sapi. Jika kita lihat bagaimana kepimpinan arwah Datuk Edmund di Batu Sapi yang tidak menimbulkan banyak isu, saya rasa Isterinya juga mampu memikul tanggungjawab itu.
ReplyDeleteMore intense competitions are going to rock your night.
ReplyDeleteSama ada konspirasi ataupun tidak, ini tidak penting. Yang penting adalah siapa yang akan mendapat sokongan rakyat nanti.
ReplyDeleteBaik kita tunggu dan lihat. PRK Batu Sapi hanya dua hari lagi.
ReplyDeleteramalan keputusan pr bt sapi.( maklumat sehingga 12.00 pm )
ReplyDeleteBN 8500
SAPP 6500
PKR 1700.
ADA MASA 2 HARI LAGI. KERJA KERAS UNTUK MENGUBAH ANGKA SEMASA
Kejutan demi kejutan berlaku di Batu Sapi.Masih terlalu awal untuk meneka siapakah bakal pemenang kali ini.
ReplyDeleteWah, apapun ramalan hanya ramlan saudara mohas.
ReplyDeleteHari ini merupakan hari rasmi untuk mengundi.Siapa bakal menjadi peneraju Batu Sapi nanti?
ReplyDeleteOh no, I can't wait for this thing to come.
ReplyDelete