Wednesday, May 1, 2013

Bagaimana Kertas Undi Keluar Dua Kali?

PAS Kawasan Temerloh hari ini membuat laporan polis berikutan berlaku pengeluaran kertas undi dua kali kepada tujuh pengundi pos yang merupakan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS Temerloh, Hassan Omar berkata, akibat pertindihan nama daripada senarai pemilih undi pos itu, pihaknya mengsyaki boleh berlaku manipulasi termasuk di kawasan-kawasan lain seluruh negara.

Beliau yang ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Temerloh berkata, PAS Temerloh membuat laporan polis mengenai ‘penipuan’ tersebut mendesak satu siasatan rapi kerana jika dibiarkan akan menyebabkan pengundian berganda bagi seseorang pengundi.

“Kejadian ini disedari agen calon PAS bagi Parlimen Temerloh, Roslan Ahmad, pada tengahari 23 April lalu semasa terlibat menjadi wakil calon ketika proses pengeluaran kertas undi pos.

“Roslan seorang yang berpengalaman dan berjaya mengesan pertindihan nama tujuh pemilih dan mendesak supaya dibatalkan tujuh nama tersebut daripada menerima kertas undi pos kedua,” ujarnya.

Hassan berkata, PAS juga mendesak polis menyiasat sistem pengkalan data SPR yang mungkin terdapat percubaan untuk menipu dan pecah amanah dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 ini.

Beliau juga mendesak, supaya sistem undi pos dikaji semula dan dihapuskan sama seperti tuntutan NGO Bersih, kerana wujudnya ruang-ruang tidak adil, boleh dimanipulasi dan berat sebelah dalam sistem demokrasi.
xxx2

Komen Anda

48 Responses to " Bagaimana Kertas Undi Keluar Dua Kali? "
Anonymous said...
May 1, 2013 at 12:39 PM

YA ALLAH YA TUHAM KU TURUN KAN LAH BALA DAN MUSIBAH KEPADA MEREKA MERAKA YANG MELAKUKAN KECURANGAN DALAM PRU 13 INI.YA ALLAH SESUNGGUH NYA TIADA YANG MAHA MENGATAHUI MELAINKAN ENGKAU YA ALLAH.BERILAH HIDAYAH MU KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENJADI RAKYAT YANG TERBAIK DI MUKA BUMI MU INI.AMIN


Anonymous said...
May 1, 2013 at 1:18 PM

PAKATAN CARILAH BUKTI UNTUK MENJAHANAMKAN SPR NIH.... UNDI POS ADALAH SENJATA MEREKA MENIPU... ADA KAWAN KATA ORANG TU DAH UNDI POS TAPI DIA PULANG JUGA UNTUK MENGUNDI LAGI KALI KEDUA.... NIH APA NIH MENIPU HIDUP2 KA...


Anonymous said...
May 1, 2013 at 1:19 PM

jadi semua org yg nakkan keadilan kena fight utk hapuskan undi pos, hapuskan undi posssssssssssss!!!!

1 badan bertindak secara sistematik kena usaha desak hapus, mungkin bersih boleh tapi kena fight fight fight berterusan dan mati2an, khusus utk undi pos ni saja dulu + pengundi hantu. sebab dah terbentang undi pos ni + undi hantu lah musuh kita no satu, dgn undi pos, kumpulan org zalim, penyamun, perompak, pembunuh dan penjual arak dan semua yg jahat2 tu dpt jadi pemimpin negara, dah jadi pemimpin yg memegang kuasa, alamat habis reta negara dirompak, rakyat ditipu hidup2, dan macam2 bala akan turun.

dah terlambat? entahlah.. kenapa pimpinan PR kita yg kita harap tak boleh berfikir lebih advance dlm hal berlawan dlm padang yg tak rata. jgn kita asyik kena buli manjang.

kes undi pos lebih tu boleh saman SPR kat mahkamah? biar penerusi + timbalan masuk penjara baru padan muka, kelentong sgt selama ni, bongkak bercakap, daftar pemilih bersih kononnnn.. sebenarnya penipu.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 2:57 PM

JANJI BERSIH


jika berlaku penipuan


maka janji bersih akan

membuat 3 tuntutan




1 - tidak akan mengitiraf keputusan pru13

2 - menuntut spr di mansuh

3 - wujudkan spr baru untuk menjalankan pru sekali lagi


Anonymous said...
May 1, 2013 at 4:25 PM

Memang pekerja SPR ni jahat dan layak dipanggil binatang aje.Berapa sen sgt la diua dapat jika dibandingkan siksaan ALLAH di ahri akhirat kelak.Tak malu ke dia bagi makan anak bini dia orang dengan penipuan?. Sedarlah pekerja SPR dan pengerusinya sekali,kau akan mampos dan bkn boleh tongkat langit.Adakagh SPR ni nak jadi FIRAUN pulak.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 9:40 PM

pos..pos..pos lagi kalau tidak pos x hidup lah dia orang ni.


ZAKARIA SULAIMAN said...
May 2, 2013 at 5:25 AM

Apa dah jd dgn SPR? Byk penyelewengan berlaku, cerita lain buat lain. SPR kn cucuk hidung oleh org2 ttentu. Benci penipuan begini..


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:38 AM

Meskipun timbul pelbagai persepsi bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) paling sengit, getir dan mencabar, namun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap yakin proses pilihan raya itu akan berlangsung dengan lancar, bersih dan terbaik.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:39 AM


Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika memberi jaminan itu berkata, ini berdasarkan pelbagai langkah serta perubahan yang dilakukan setelah mendapat cadangan daripada jawatankuasa khas dalam usaha mengemaskini serta memperbaiki proses pilihan raya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:39 AM

Beliau memberitahu, pembaharuan itu antaranya penggunaan dakwat kekal, undi awal, wujudnya akses media bagi parti-parti politik, pemerhati antarabangsa dan syarat pemakaian pas untuk memasuki pusat-pusat mengundi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:39 AM


Jelasnya, begitu juga dengan para petugas media yang dibenarkan mengundi pos, selain kelonggaran kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang boleh ditemani rakan berbanding hanya saudara mara, sebelum ini.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:39 AM


"Apabila banyak pembaikan itu, takkanlah pilihan raya ini akan menjadi yang terburuk. Sebagai Pengerusi SPR, saya berhasrat menjadikan pilihan raya kali ini yang terbaik dengan adanya kerjasama padu daripada seluruh warga SPR dan pegawai serta penolong pegawai pengurus pilihan raya negeri.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:39 AM



"Dakwaan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 paling sengit, ganas, mencabar dan getir, itu hanya tanggapan. Mungkin betul mencabar kerana masing-masing ingin mempertahankan kerusi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:40 AM

Tapi saya beri jaminan, walaupun getir dan panas, ia akan jadi pilihan raya umum yang terbaik," ujarnya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:40 AM



Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutup program Taklimat Kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Zon Timur di Hotel Primula Beach Resort di sini hari ini.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:40 AM

Taklimat dua hari itu disertai lebih 300 para peserta dari negeri Pantai Timur yang bermula semalam.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:41 AM


Yang turut hadir Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah; Penasihat Undang-undang, Mohd. Azhar Mohd. Yusof serta Pengarah SPR negeri, Fakhrul Razi Ab. Wahab.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:41 AM



Mengulas lanjut dalam sidang akhbar selepas itu, Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum akan datang tidak akan menjadi yang terburuk jika semua pihak terutama pembangkang sentiasa mematuhi peraturan serta arahan ditetapkan.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:41 AM

Kali ini tak akan menjadi yang terburuk, sekiranya kita semua ikut undang-undang, ikut arahan polis, PRU-13 akan jadi yang terbaik," jelasnya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:41 AM

Beliau turut memberikan jaminan bahawa SPR akan memastikan proses pengiraan undi pada pilihan raya umum akan datang berjalan lancar, tidak seperti mana yang berlaku kesilapan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP bulan lalu.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:41 AM

Dalam perkembangan berkaitan, SPR buat pertama kalinya akan melantik 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati perjalanan PRU-13 tidak lama lagi.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

Abdul Aziz berkata, pada masa sama, para pemerhati luar negara juga akan dilantik khususnya dari kalangan negara ASEAN kecuali Brunei, Singapura, Kemboja dan Laos.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

Kesemua 16 NGO tempatan itu jelas beliau, terdiri daripada wakil bagi zon Semenanjung, Sarawak dan Sabah.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

Katanya, zon Semenanjung akan diwakili oleh Institute for Democracy and Economic (Ideas), Merdeka Centre, Center for Public Policy Study dan Majlis Belia Malaysia (MBM).


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

"Zon Sarawak pula diwakili Pertubuhan Belia Islam Nasional (Pembina), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak, Saberkas, Sibu Chinese Chambers of Commerce and Industry.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

"Begitu juga Persatuan Melanau Sibu, Persatuan Cina Miri, Persatuan Dayak Miri dan Federation of Orang Ulu Association Malaysia manakala Sabah diwakili Persatuan Sejarah Malaysia, Majlis Belia Sabah serta Persatuan Cina Sabah," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

Mengenai pemerhati antarabangsa, Abdul Aziz berkata, langkah selanjutnya akan diuruskan oleh Kementerian Luar.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:42 AM

"Untuk wakil-wakil negara ASEAN, pihak Wisma Putra akan nasihatkan SPR dan ia belum pasti bila. Tapi setakat ini belum dimuktamadkan oleh Kementerian Luar," jelasnya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 10:43 AM


Beliau turut menarik perhatian bahawa pihaknya percaya jumlah pemilih berdaftar akan meningkat menjadi 13.3 juta orang berbanding seramai 13.1 juta orang pada suku ketiga tahun lalu.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:41 PM

hal ini kena disiasat dan diperjelaskan


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:02 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih boleh mengesan pengundi awal yang cuba mengundi semula, Ahad ini kerana dakwat kekal yang dicalit di jari mereka tidak hilang 100 peratus.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:03 PM

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata saki baki dakwat kekal itu masih boleh dilihat di kulit dan celah kuku sekali gus memudahkan petugas mengesan cubaan mengundi dua kali.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:03 PM

Selain itu, katanya, mustahil berlaku penyelewengan itu kerana nama pengundi awal tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi Ahad ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:04 PM

“SPR jamin dakwat kekal tidak akan hilang 100 peratus walaupun botol dakwat tidak digoncang, akan ada saki baki dakwat di kulit dan celah kuku, malah orang yang mengundi semalam (kelmarin), nama mereka sudah tiada dalam daftar pemilih 5 Mei ini,” katanya kepada BH.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:05 PM

Wan Ahmad menegaskan SPR akan tetap menggunakan dakwat kekal, Ahad ini kerana ia selaras kehendak undang-undang berdasarkan syor dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan pindaan undang-undang perlu dilakukan jika ada pihak yang membantah penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian biasa nanti.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:06 PM

Beliau berkata, mengambil kira kejadian kelmarin, SPR akan memastikan petugas mematuhi cara penggunaan dengan menggoncang botol dakwat kekal untuk memastikan kandungan ‘silver nitrate’ bercampur dengan kandungan bahan pewarna dan herba kerana dakwat kekal itu disimpan lama sehingga menyebabkan kandungannya mendap.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:00 PM

The EC has to begin its preparations for the elections well before the Parliament is dissolved.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:00 PM

Besides the registering of voters, cleaning up the roll and delineation of constituency boundaries, the EC must embark on the whole logistics of conducting the elections nationwide.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:00 PM

The time to unleash the whole machinery is short. This is so as the Election Commission has only 60 days after the dissolution of Parliament to conduct the elections.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:01 PM

The EC has said that it has started training its officials since October 2011 for GE13. Many of the election officers will be in categories of returning officers, presiding officers and polling clerks, and election campaign enforcement officers. Some of them will work in a support capacity such general workers, ushers, and drivers.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:02 PM

According to the EC, about 240,000 election workers will deployed to help in the process of conducting GE13 and over 8,000 public premises consisting of schools, civic centres and multi-purpose halls have been vetted as possible polling centres sites.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:02 PM

The EC will have to ensure that all polling centres that are to be gazetted are within easy access of voters through the clearly defined electoral constituencies that have been delimited by the Commission.
In remote areas, the EC is expected to use about 60 helicopters and light aircraft, besides boats to carry election workers to polling stations, especially in Sabah and Sarawak.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:31 PM

Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?
2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?
3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?
4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?
5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.
6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.
7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?
8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?
9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?
10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.
11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?
12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?
13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?

14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?


Jason said...
May 3, 2013 at 9:43 PM

PRU masih tidak menyakinkan.


Mark said...
May 3, 2013 at 9:44 PM

Senarai pengundi perlu dikemas kini.


Birunda said...
May 3, 2013 at 9:47 PM

Kami menanti perkembangan selanjutnya apakah tindakan akan diambil.


Elesha said...
May 3, 2013 at 9:51 PM

Dalam perkembangan berkaitan, SPR buat pertama kalinya akan melantik 16 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan sebagai pemerhati perjalanan PRU-13 tidak lama lagi.

Tindakan ini adalah cara yang baik juga.


Don said...
May 3, 2013 at 9:55 PM

SPR tidak menyakinkan. Banyak juga penyelewengan.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx