Monday, April 29, 2013

15,000 Di Tawau, Sabah Bakal Tumbang?

Sambutan luar biasa rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Tawau semalam sangat mencemaskan Umno Barisan Nasional.

Ini berikutan kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, kononnya Sabah dan Sarawak tidak mampu ditawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei ini.

Beliau menyatakan demikian susulan lautan 20,000 rakyat membanjiri ceramah Anwar di Sarawak Jumaat lalu.

Bimbang dengan sokongan rakyat itu, Najib turut bergegas bertemu penduduk Sarawak keesokan harinya.

Bagaimanapun, usaha Najib untuk meyakinkan penduduk Malaysia Timur itu gagal apabila kedatangan Anwar ke Sabah disambut ribuan rakyat.

Dua jalan menghala ke pejabat KEADILAN Tawau, iaitu lokasi ceramah Anwar berlangsung, terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada 15,000 penyokong yang tidak putus-putus hadir mendengar amanat pemimpin negara paling popular ketika ini.> (Lihat kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL)).

“Dengan sambutan kepada Pakatan Rakyat sebegini, Najib boleh kata; ‘Saya yakin Umno Barisan Nasional boleh menang’.

“Sebab RTM, TV3 tak akan siar semua ini. Memang tak boleh pakai…Bila (kita) boleh tengok semula RTM, TV3? 6 haribulan (Mei 2013), InsyaAllah…(lepas kita menang ke Putrajaya),” kata Anwar malam tadi, disambut sorakan gemuruh rakyat di Jalan Kuhara, Taman Gek Poh, Tawau.

Sementara itu, Pengarah Program Kempen Pilihan Raya KEADILAN Tawau, Thressia M Umar menyifatkan, kehadiran ribuan rakyat adalah kerana faktor populariti Anwar sendiri, selain gerak kerja jentera yang mula berkempen tiga hari selepas Anwar mengesahkan kehadirannya.

“Datuk Seri Anwar memang popular, Perdana Menteri Najib Razak datang pun jalan tak ditutup macam sekarang.

“Generasi muda terutama yang sudah mendengar ucapan dan ceramah beliau di tempat-tempat lain menerusi internet, tapi semuanya mahu mendengar dan melihat sendiri beliau berucap,” kata Thressia.

Anwar kemudiannya bergegas pulang ke Semenanjung pada jam 8 malam, untuk dua lagi siri ceramah di Setiawangsa dan Subang, malam tadi.

Sebelum itu, beliau menjelajah Gum-Gum, Sikom, Silam, Semporna dan Lahad Datu untuk menyampaikan amanat terakhir pilihan raya.

KEADILAN meletakkan Datuk Kong Hong Ming sebagai calon di Parlimen Tawau (P190).



xxx2

Komen Anda

84 Responses to " 15,000 Di Tawau, Sabah Bakal Tumbang? "
Anonymous said...
April 29, 2013 at 11:41 PM

Dengar ceramah Anuar beribu yang datang. Tapi bila Majlis tilawah Al Quran, tak sampai 1000 yang datang.


Anonymous said...
April 29, 2013 at 11:54 PM


ABAI=ASAL BUKAN ANUAR IBRAHIM
TIBAI-TOLAK INDIVIDU BERNAMA ANUAR IBRAHIM-PEMIMPIN YANG PERNAH DIPENJARAKAN SELAMA ENAM(6) TAHUN KERANA KESALAHAN RASUAH(MENYALAHGUNAKAN KUASA.

LAIN KALI LAH PR.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 12:19 AM

Bagus lah. Bila lagi nak tenggok muka Anuar Ibrahim.Mungkin itulah hari terakhir dia datang ke Tawau.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 12:41 AM

PALA HOTAK KAU PENJILAT UMNO BODOH,SOMBONG DAN BONGKAK SAMA MACAM PEMIMPIN NYA..
ITU LAH YG TELAH DI LATIH BERTUBI-TUBI OLEH REJIM PERASUAH UMNO/BN YG TELAH KAU DAPAT SELAMA INI..

TIADA LAIN DALAM KEPALA HOTAK PENJILAT DAN BARUA-BARUA UMNO DI SAJIKAN DENGAN UTAK LUCAH DAN SABUL YG DI IBARATKAN SEPERTI HAIWAN REPTILIA...

KAU LIHAT LAH DENGAN MATA KEPALA HOTAK KAU KENAPA PAKATAN RAKYAT TELAH DI TERIMA OLEH RAKYAT SABAH...
SEBAB INI LAH AKIBAT NYA BARUAH-BARUAH UMNO YG TELAH DI HAJARKAN UNTUK KAMU DENGAN SIKAP PENDENGKI,BUSUK HATI SAMPAI BERULAT,PENDENDAM BUTA,TIDAK MAU MENERIMA KEBENARAN DENGAN PENUH TAKAL SERTA BERPIKIRAN AMAT LUCAH,
INI LAH YG MENYEBABKAN RAKYAT AAAAAMMMAAAATTT... BENCI...MENENGUK MUKA URG-URG UMNO/BN..

AKU RASA KAU NI PUN DI KASI IC PALSU OLEH BN UNTUK TERUS MENYOKONG WALAU SEKALI PUN PEMIMPIN KAU TU MAKAN RASUAH...
ITU SEBAB NYA KAU NI PUN MENJADI SAMSENG TAIK BABI...
KETINGGALAN BAS SUDAH KAU NI JOO..!!!

SEKIRANYA BN AKAN DI BERI MANDAT 5 TAHUN LAGI BERMAKNA MALAYSIA AKAN MENGALAMI KEMEROSOTAN EKONOMI PALING KRITIKAL DI SEBABKAN PENYAMUN-PENYAMUN YG AKAN MENYALAH GUNAKAN HARTA RAKYAT YG TELAH DI AMANATKAN UNTUK PEMIMPIN,
BERMAKNA MALAYSIA AKAN MENJADI NEGARA JATUH MISIKIN DARI SEGI EKONOMI LAGI TERUK DARI NEGARA INDONESIA DAN FILIPINA..

WEII..BARUAH UMNO/BN BUKA MATA HATI KAU TU ANAK-ANAK KAU AKAN MENYALAHKAN KAU DI SEBABKAN SATU UNDI MU UNTUK BN KERANA TIADA PERUBAHAN YG AKAN KAU BUAT SELAMA HIDUP MU INI..
PERJUANGAN MU INI ADALAH SIA-SIA SAJA DI SEBABKAN KEBODOHAN MU UNTUK BERPIKIR HINGGA MENYEBABKAN ANAK-ANAK MU AKAN SUSAH MENCARI KERJA DI BUMI SABAH..
URG MAKAN NASI UNTUK MENJADIKAN DARAH-DAGING UNTUK BERPIKIR..
TETAPI KAU MAKAN NASI UNTUK MENJADI TAIK YG KAU BUANG DI JAMBAN...

PISANG EMAS BAWA BELAYAR,
MASAK SEBIJI DI DALAM SINKI,
HUTANG NEGARA HARUS DI BAYAR,
JANGAN BIARKAN ANAK KITA MEWARISI...

INI KALI LAAA...

BAYUMURNI....


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:06 AM

BETUL TU BAYU MURNI KITA SERUPA.TENGOK BETUL BETUL BAH.SEBELUM ITU PUN ANWAR ADA DATANG KE SANDAKAN SEMUA ORANG DATANG TAMPA BAYARAN LAINPULA DENGAN BN MAIN BAYAR.SEBAGAI CONTOH PARA PEKERJA ADUN GUM GUM DATUK ZAKARIA.PARA PEKERJA NYA BERMATIAN MEMASANG BENDERA DGN BAYARAN CUMA 30 SAJA DARI PAGI SAMPAI MALAM.DAN NASI BUNGKUS NASI PUTIH LAUK IKAN GORENG.KEDEKUT PUNYA YB.SUDAH PLAK NAK BAYAR MAIN JANJI JANJI.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:08 AM

Die hard BN masih tak insaf. Minggu depan gigit jari sendiri saja la kamu


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:12 AM

KEPADA PENGUNDI KHAS NYA BAGI DATUK JUSLI MAKLUMAN PASTIKAN DATUK INI TUMBANG UNDI LAH CALUN SAMA ADA PKR ATAU BEBAS CALUN BEBAS SAHAR SAKA YANG MANA BELIAU INI BEKAS AHLI UMNO YANG MANA SERING DI DUSTAI OLEH PUCUK KEPIMPINAN BN SABAH,UNTUK JADI CALUN.PADAHAL BELIAU INI BEKAS JUGA EXCO PEMUDA AMNO MALAYSIA DAN BERKEBOLEHAN SERTA TIDAK TAMAK MAKLUM ORANG KAMPUNG TETAPI TEGAS DAN AMANAH DAN BEKAS SEORANG GURU


Anonymous said...
April 30, 2013 at 6:57 AM

Tukang komen dari UMNO/BN ni bukan mahu menerima kebenaran, mereka cuma fikirkan kesenangan peribadi yang dia dapat bertali ikatan dengan UMNO/BN. Bila UMNO/BN jatuh, tali ini pun putus, habislah pulus, itulah sebabnya mereka berjuang mempertahankan supaya tidak putus. Jadi Bayumurni jangan heran kenapa begitu keadaannya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 9:45 AM

kami disuruh oleh pemimpin UMNO kami tuk menilai janji PR pada peribumi sabah. mmg ramai yg datang. ramai anti kerajaan termasuk guru guru.

ada juga rakan rakan kami yg juga disuruh datang oleh pemimpin BN bagi mendapat maklumat pilihanraya.

hasilnya, ndak ada kekuatan peribumi yang mahu diketengahkan DSAI. kami diajak membenci Kerajaan & DSAI lah yang mendakwa dirinya bagus.kami risau dengan buku jingga versi sabah yg menerima semua orang2 suluk filipin sebagai bangsa sabah jika PR menang. PR memberi autonomi pada sabah & sarawak yg akan diperintah sultan suluk..takutnya dgn fahaman pelik DSAI ini.

`siakap senuhung gelama ikan duri,
becakap membohong lama lama mencuri!!`

- dari kami yg datang tapi bukan meyokong PR.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 9:51 AM

DAP ndak memperjuang hak-hak peribumi Sabah.

PR menerima kerakyatan PATI (rujuk implisit dari buku jingga edisi Sabah) !!

Ds Anwar yg kahwin dgn Azizah terburu-buru di Siam pada 28 Feb 1980 di Siam, pas lapan bulan kemudian, dapat Izzah adalah manusia rakus.. rakus..rakus..tikuuussss


Anonymous said...
April 30, 2013 at 9:57 AM

Anwar adalah pamimpin yang datang sekali sekala di Tawau.. Anwar bukan membuat jasa pada raayat, tapi sentiasa membuat kacau!!

taburi janji dan sentiasa mengata itu ini salah.. dia ndakpernah salah! aku doa supaya kita semua memberi mandat pada Anwar menjadi pensyarah di U.K selepas ini! moga Anwar bertambah baik dengan menjadi pengajar selepas ini.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:42 AM

foto.. copy & paste!!

jangan menipu jumlah yg terlalu ramai..orang yg pegi memang tau ia ndak ramai. aku ada foto jugak, bhaa. bangku banyak kosong apa cerr??

*aku jugak datang


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:51 AM

Heheheheh kami UMNO buduh diKudat dah berapa pengal BN perintah taik pembagunan takdak tapi kami dipaksa undi BN juga,Kota Marudu dan Kota Belud dah jauh meningalkan pembagunan Kudat,malah perkerjaan pun kurang akibat ketinggalan kemajuan tapi kami disuap cerita dongeng indah bila menang taik kucing pun takde sial.Ini KALILAH TUKAR YB BN DI kUDAT PEMALAS,MAKAN GAJI BUTA TIADA BUAT KERJA.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:52 AM

yupp..copy & pasted.i ada gambar & film banyak kerusi yg kosong (lebih 2000 biji). ramai Cina.. pensyarah ipg pun ada. guru-guru bugis banyak. pas Anuwar bercakap dalam 30 minit, dia pulang

Dasar-dasar bumiputra kurang disebut. mengata itu ini saja. macam biasa, dia lah yg terbaik among yg lain. PAS makin teruk. DAP kondemn PAS. pemimpin PKR (Anwar, Azmin, Izzah, Badrul Amin..dll) dijerat dgn pellbagai skandal oleh para peguam DAP (mereka kata - yess! he did it!!).Siapa PM, ye?

aku di atas pagar makin percaya CM Musa & PM Najib


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:54 AM

BETUL KUDAT AMAT TERTINGGAL SEGI PEMBAGUNAN.TUKAR KUBURKAN BN DI KUDAT JANGAN 2 KALI KITA DIBODOHKAN BN/UMNO NIE.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:01 AM

Beribu2 pun belum tentu semuanya akan undi pakatan rakyat.orang yang datang tidak semestinya boleh disimpulkan sebagai bilangan pengundi.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:02 AM

Saja mau tengok Anwar secara live tu..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:05 AM

Anwar datang bila PRU dekat ja.kalau bukan sebab tekanan untuk memancing undi, mana la Anwar mau datang Sabah.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:11 AM

Apa cer..1200 ahli PKR mengumumkan keluar parti yang diadakan di Safira Club, Seberang Jaya.Program anjuran Sdr Ponnusamy iaitu Bekas pembantu khas Anwar Ibrahim sendiri??


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:13 AM

Dikatakan keputusan itu dibuat selepas mereka kecewa dengan sikap pemimpin parti itu terutamanya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak menjaga kepentingan masyarakat India di negeri ini dan di Permatang Pauh khasnya.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:15 AM

Patutlah Anwar terfikir tidak mau bertanding di Permatang Pauh.Rupanya penyokong beliau di sana makin sedikit rupanya.apa lagi ramai dari kaum India ni hilang kepercayan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:17 AM

Sekarang nak terbang ke Sabah Sarawak pula untuk dapatkan sokongan.belum pasti Sabah Sarawak pun akan bagi sokongan.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:20 AM

Ni lagi di Sabah, empat Ketua Cabang PKR mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO. Mereka termasuklah Ketua Cabang Sandakan, Mazhary Nasir, Saidil Simoi (Kota Belud), Irianshah Yunus (Kalabakan) dan Abdul Zainal Atin serta Timbalannya, Zainuddin Hassan (Putatan).


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:22 AM

Mereka ni meninggalkan PKR kerana mereka tidak boleh membuat sebarang keputusan secara bersendirian apabila semuanya dikawal sepenuhnya oleh PKR pusat dan Anwar Ibrahim.Macam mana pula kalau sudah jadi PM?lagilah melampau..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:23 AM

Beginilah lumrah dunia politik.pelbagai karenah untuk mendapat dan mengekalkan kuasa.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:50 AM

kita saksikan taburan duit Anwar `yg mendakwa bersih` pada pengundi2 di permatang pauh bila popularitinya memang dah merudum di saat ini.

pemimpin ini selaluhilang bila ada masalah setempat!

aku, sebagai pengundi di permatang pauh akan mengundi BN pula!! tobat ndak mo dengar crita2 anehnya yg mengata itu, mengata ini. inikalilah!!


Ini Kalilah!! Tukar! said...
April 30, 2013 at 12:30 PM

Hello!! kpd barua2 bn ataupun penyokong tegar bn yg mmg telah diracuni tv3, rtm n utusan meloya~~ sudah terang lagi bersuluh ramai org dtg, kalau btul x ramai, silakan tunjuk gambar yg kamu nyatakan tu, teda guna juga klo kamu mo mencaci maki ataupun menilai keburukan Pr, sdgkan Pr sbelum ni pun x prnh lg memerintah Sabah, apa hak kamu utk mengatakan DSAI tu x prnh menunaikan janji~~

Bn prnah ka tunaikan tanggungjawab mereka, xyahla kata Pr x prnh tunaikan janji, sbb mrk tidak prnah pun diberi peluang utk memerintah Sabah~ bikin malu jak kamu semua ni, ckp x pkai otak~ pkir2 la, kita spattnya negeri yg kaya sbb byk sumber2 alam, tp, kita plak dikategorikan sbg negara plg miskin d Malaysia, apa kes??!!

ak xnk menyusahkan diri ak, jd ak ttp undi PR~~ x rugi apa2 pun.. just 5 tahun jak, bila lg nak bg peluang??!! xkn bn jak~~ bn dah memerintah slama 55 thn, still Sabah ni sgt miskin!! dahla byk pilak and PTI sana2 sini.. hissh!! kamu ni xda pikiran ka??

klo x puas ati slps Pr jd kerajaan, silakan la kamu mengundi Bn kamu tu~~ suka sgt kan?? minyak naik, harga barangan naik, hutang ptptn, suka kan?? ahahah!! suka sgt hidup miskin~~ amik ko!


mantera said...
April 30, 2013 at 1:44 PM

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung akan kembali kepada BN pada pilihan raya umum ini.


mantera said...
April 30, 2013 at 1:44 PM

Menurutnya keyakinan itu berdasarkan sambutan masyarakat terhadap calon BN bagi DUN berkenaan Fung Len Fui, terutama kaum Cina yang memanfaatkan tempoh berkempen ini untuk mengemukakan masalah mereka kepada Fung.


mantera said...
April 30, 2013 at 1:44 PM

BN Tawau juga optimis dapat mempertahankan kerusi DUN Apas dan Balung serta kerusi Parlimen Tawau,


Peace No War said...
April 30, 2013 at 1:45 PM

Mengapa perlu kutuk-mengutuk antara sesama hanya disebabkan sentimen politik yang berbeza. Ok, kalau mmg betul ramai penyokong yg dtg mmg ramailah, tidak boleh dinafikan lagi tetapi perlu diingat bukan himpunan atau lautan manusia yg menghadiri kempen menjadi penentu kemenangan akan tetapi di hari mengundi nanti.

Masih ada pengundi yang di atas pagar, maka untuk mendapat lebih banyak maklumat dan melihat kepimpinan parti tersebut ada dikalangan mereka ini yang akan menghadiri kempen BN ataupun PKR. Bukankah ini negara demokrasi?. Mengapa tidak melihat isu2 politik dari kedua-dua sudut parti BN & PKR. Selamilah permasalahan yg benar2 dihadapi di tempat anda, gunalah kesempatan bertemu pemimpin ini untuk menyuarakan sebarang permintaan atau pandangan. I

Ingat emosi memainkan peranan dalam tempoh pilihanraya ini, kita berpolitik biarlah cara sihat. Samada PKR atau BN yang menang apa yg penting turunlah mengundi bagi memastikan parti yang anda sokong boleh memenangi PRU-13. Tak usah banyak bicara, 5 mei nanti kita turun mengundi!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:50 PM

Rakyat Perlu Tolak Slogan ‘Ubah Ini Kalilah’ – Muhyiddin

"Negara yang kini aman, selamat, ekonomi kukuh serta rakyat bersatu-padu perlu dikekalkan dan sehubungan itu rakyat perlu menolak slogan “Ubah Ini Kalilah” yang dilaungkan pembangkang" Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tiada jaminan pakatan pembangkang mampu melaksanakan slogan itu sedangkan janji dalam manifesto mereka pada pilihan raya lepas tidak mampu ditunaikan.

Struktur negara yang dibangunkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cukup molek kerana fokus kepada kebajikan semua kaum dan mencakupi segala hal termasuk dalam bidang agama.

“Saya bertanya…apakah pembangkang boleh menjamin sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita nikmati pada hari ini. Negara kini berada dalam keadaan aman, selamat, ekonomi yang baik, rakyat bersatu-padu,”

Beliau berkata walaupun rakyat di Malaysia mempunyai latar belakang berbeza tetapi berkat kesungguhan kepimpinan BN terdahulu sampai ke hari ini, mampu untuk mewujudkan persefahaman dan muafakat antara kaum dengan setiap kaum diwakili dalam kerajaan.

“Semua kaum diwakili, isu-isu yang menyentuh tentang hak dan kepentingan pelbagai kaum dilihat secara lebih dekat dan langkah-langkah diambil untuk membantu golongan-golongan yang lemah,”


Anonymous said...
April 30, 2013 at 1:50 PM


"Momentum jentera kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) di seluruh negara dalam tempoh beberapa hari ini semakin meningkat berbanding pembangkang yang nampaknya saling bercanggah pendapat" PM

Keadaan itu dapat disaksikan apabila rakan-rakan sekutu dalam pembangkang saling bercanggah pendapat dalam soal pokok dan utama dan ia merupakan petanda pakatan pembangkang satu pakatan yang terlalu rapuh dan tidak berdaya maju.

“Kalau kita ada masalah, pembangkang lagi banyak masalah. Saya nak kata (BN) tidak ada masalah, itu tidak betul.
"Tetapi saya nak letakkan dalam perspektif pembangkang lagi banyak masalah. Setidak-tidaknya kita tiada komponen parti lawan sama komponen parti"


Anonymous said...
April 30, 2013 at 2:50 PM

Komen-KOmen penyokong PR menunjukkan kelemahan mereka berfikir. Mereka ini terlalu mudah diperbodohkan oleh Ketua Pemimpin Pembangkang yang semakin hari semakin terdesak dan menunggu hari saja untuk career politiknya ditalkinkan oleh rakyat sabah yang berfikiran waras. Hakikanya majoriti rakyat sabah adalah rakyat yang tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. Penyokong PR sangat peracaya dengan pembohongan Ketua Pemimpin pembangkang konon kalau PR menang harga barang akan turun. Itu tandanya Ketua Pembangkang dan penyokong-penyongnya tidak memahami erti ekonomi pasaran bebas. Mereka tidak memahami atau sengaja tidak mahu memahami Hukum Permintaan dan Hukum Penawaran dalam pasaran bebas. Mereka ini cetek ilmu dan tidak mahu menerima hakikat bahawa turun naik harga barang sebahagian besarnya dipengeruhi oleh faktor-faktor luaran terutamanya dari KOS PENGELUARAN. Maknanya, jika kos pengeluaran meningkatr bererti harga bagi barang keluaran juga akan meningkat kerana apa? kerana Syarikat-syarkat pengeluaran barangan pn mahu juga untung. Dinegara-negara maju seperti Amerika, Francis, UK dll harga barangan sentiasa naik walau pun pemerintahan berubah. Sekurang-kurangnya di Malaysia atas kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kerajaan BN tlh berusaha mengwujudkan kedai 1Malaysia yg menawarkan harga yg murah disamping dasar-dasar yang bgi menyeragamkan harga barang-barang di Semenanjung dan di Sabah dan di Sarawak.
Majoriti rakyat Malaysia khususnya dan rakyat Sabah umumnya tahu yang Ketua Pemimpin Pembangkang seorang pemimpin yang gagal menyelasaikan krisis ekonomi. Jalan singkat yang cuba digunakannya ialah meminta bantuan IMF(International Monetary Fund). Sedangkan IMF dikuasai ole Georege Soros- penyagak mata wang antarabngsa yg ingin melihat Malaysia tunduk dan patuh kpd mereka. Rakyat Malaysia amat berbangga kerana masih mempunyai Tun Mahathir yg mnjdi PM masa krisis ekonomi. Kebijaksaan beliau tlh menyelamatkan Malaysia dari jatuh bangkrap.

Kalau sekadar menjajakan ke hulu kje hiliur dengan janji-janji "esok PR menang harga barang akan turun" pengemis jual botol pun pandai.

LAIN KALI LAH PR.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:15 PM

Dacing! Dacing!! Dacing!!! Dacinggg!!!! Daacinggggggg!!!!!!!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:34 PM

ANUAR SENGAJA MAU BIKIN KACAU SABAH DAN SARAWAK.SB SEMENANAJUNG DIA DA BERJAYA BUAT KUCAR KACIR.JGN JADI SEPERTI SSTGH NEGARA.GARA2 NAK TUKAR KERAJAAN SEDIA ADA.NASIB RAKYAT MENDERITA.BEBUNUH STAP HARI.EKONOMI MERUDUM.HILANG PEKERJAAN..XDA POLITIK YG BERSIH D DUNUA NI.BIARPN DAKWAAN PR BN X BAGUS MEMERINTAH,TAPI NEGARA MASIH SELAMAT.RAKYAT MASIH HIDUP SELESA.EKONOMI PULA MAKIN BEKEMBANG.JD KNPA PERLU TUKAR??????????????


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:48 PM

salam terimakasih penyokong pr sabah. kami pr gembira kerana rakyat menerima kami pr yg tak punya apa2 tapi ada integriti dalam perjuangan utk rakyat malaysia yg berbilang kaum. dari ramalan kami pr mampu menang paling kurang 12 kerusi palimen di negeri sabah pru13 ini. kami yakin mampu menang sampai putrajaya n bentuk kerajaan . kami berharap pegawai penerangan berkerja kuat lg supaya ramai lg rakyat sabah faham perlunya perubahan pada kali ini demi rakyat malaysia. reformasi.....tabbir.....amin.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:49 PM

HUUUUUU...15000 ORANG DATANG??????MAKSUDNYA 15000 ORANG LAH DA KENA KELENTONG OLEH ANUAR..LICIK BTL ANUAR.SAMPAI DPT TIPU BEGITU RAMAI MANUSIA YG ADA AKAL DALAM MASA BEBERAPA JAM SAJA.HAHAHAHAHAHAHA..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 3:56 PM

ANUAR BIKIN BACAT...


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:10 PM

JGN BIKIN PANAS YA...KAMI YG DATANG TU BUKAN NAK SOKONG ANUAR DAN PR.TAPI SAJA NAK BUANG MASA SB BORING DDK KT RUMAH.NAK AMBIL MOOD KEJAP TGK MUKA ANUAR.HUHUHU..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:12 PM

APA TUMBANG-TUMBANG????INGAT NI POKOK SAWIT KA...TUMBANG SB NK TANAM BARU...


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:19 PM

Yg datang ramairamai tu tak semestinya undi PR


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:33 PM

ya la sekurang-kurang minda rakyat terbuka dari hasutan umno


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:57 PM

Amacam ini? semua orang muda pergi dengar ceramah PR. Orang tua yang hayat tinggal beberapa tahun sahaja yang mahu dengar ceramah BN. Tulah UMNO / BN you mengganggap orang muda ini bodoh sekarang dah tahu dahkan siapa yang bodoh sebenarnya. Tukarkan orang bodoh kepada orang pintar pada PRU akan datang. Said NO to UMNO.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 4:58 PM

Nampaknya telah timbul kesedaran kepada rakyat Sabah dan Sarawak bahawa perlunya kerajaan persekutuan ditumbangkan demi menyelamatkan wang negara daripada dirompak oleh pemimpin UMNO/BN.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 5:35 PM

AKU SOKONG KUAT BN KERANA DENGAN MENGUNDI BN PENJAGA TANDAS PUN AKAN DISERAHKAN PADA ORANG MALAYA MACAM SEKARANG MOHON PERMIT BAS SEKOLAH PUN KENA DILULUSKAN DIPUTRAJAYA! Orang Sabah bodohkan tak boleh luluskan permit bas sekolah? Inilah perjuangan UMNO!


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:14 PM

kita ni sudah lama dlm bn, sebab itu, pemikiran belum berani tranformasi diri masih takut dgn persepsi dan mungkin juga x mahu mengadaikan masa depan. sebenarnya tuan2 persoalan ini cuma perkara ke 2 sja. soal utama sekali ialah sikap angkuh, sombong, bangang bebal, masih bersikap pak anggguk dan banyakkk lg yg bermain-main dlm kepala kalian..tidak berjaya membuka minda secara total.asyik menilai kebaikan satu pihak sahaja, cubalah berlapang dada,merungkai rahasia diri tuan-tuan tu siapa mahu baik /buruknya kembali juga kepada yg maha esa. tambah dosa sahaja dgr fitnah dari golongan2 yg mahu berkuasa sampai mati.. sebenarnya ajak lah fikiran utk membina pencerahan minda yg lebih bersikap positif.. Kalau slogan INI KALI LAH sudah betul-betul mahu berubah tidak ada satu kuasa pun yg boleh menghalang.. kecuali dengan MENIPU..hakikatnya begitulah sikap hamba tuhan di alam ini..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:19 PM

Kalau slogan INI KALI LAH sudah betul-betul mahu berubah tidak ada satu kuasa pun yg boleh menghalang.. kecuali dengan MENIPU..hakikatnya begitulah sikap hamba tuhan di alam ini..


Anonymous said...
April 30, 2013 at 8:21 PM

UMNO ini pun sudah tidak relevan lagi...SAKIT...TUA.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 10:00 PM

Komen yang panjang lebar di atas ada sebut seolah-olah orang yang hadir ceramah PR tu terlalu mudah diperbodohkan DSAI Ketua Pembangkang. Sebenarnya merekalah orang-orang pintar lagi bijaksana kerana sebelum mengundi mereka mahu dengar dari kedua belah pihak, bukan macam penyokong tegar BN setiap ayat yang menteri BN ditulis semula main ikut saja, kalau Mahathir kata Anuar mau pinjam IMF mereka pun tulis macam itu, wal hal yang sebenarnya bukan begitu.


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:39 PM

LOL people..hahaha..i was there and the number is not even reached 2k..lol..And mostly west malaysian and some BN people who wanna hear all the bushit and rediclous promised he made..lol..Inikalilah no more Road Demosntration,No More Anuar Spring..Ini kali lah..salamat malam Anuar


Anonymous said...
April 30, 2013 at 11:40 PM

Menipu jee ler kerja korang..lol..


zaini zai said...
April 30, 2013 at 11:42 PM This comment has been removed by the author.

Anonymous said...
May 1, 2013 at 12:09 AM

Budaya org kita mana berani mau tukar2. Jalan rusak ka. Tiada pembangunan ka.wakil rakyat x kerja ka. Itu wakil rakyat lama juga pilih. Tapi saya ini kalilah. Org lain biarlah..


Anonymous said...
May 1, 2013 at 6:33 AM

komen panjang-panjang fikiran tahap lembu...katak bawah tempurung..


Anonymous said...
May 1, 2013 at 6:37 AM

Tugas kita ialah untuk memilih mana-mana pemimpin yang baik, tidak kira dari Pakatan ataupun dari BN. Negara sedang dalam ketandusan kepimpinan. Jangan kita lakukan seperti Dr Mahathir dahulu dalam mana beliau telah mencantas semua pemimpin berwibawa sehinggakan UMNO sudah ketandusan kepimpinan dan tidak lagi dihormati rakyat.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 6:39 AM

Tetapi yang menghairankan semua kenapa pula Dr Mahathir yang mendapat liputan yang meluas dalam media massa perdana sedangkan Khairylah yang lebih berdaya untuk membawa anak-anak muda yang ramai-ramai sedang dalam pencarian ini. Tetapi, apa nak buat UMNO sememangnya begitu. Dari sudut ini nampak jelas Najib tidak berapa pandai untuk menilai prestasi di kalangan pimpinan UMNO itu sendiri kerana beliau sendiri berprestasi yang meragukan.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 7:39 AM

Alhamdulillah, semakin ramai yg terbuka hati untuk melihat kebenaran.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 7:40 AM

insyaAllah pakatan rakyat menang pru13. ini kalilah!


arafat said...
May 1, 2013 at 9:49 AM

PR harus brtindak mnghalang 'hantu2' drp Sabah yg telah dan akan dterbangkn khas ke Selangor utk PRU ke 13 nanti. TGanu pon katanya dah sampai jugak. Itu guna etnik Khan ramai2 dSabah guna utk mnyelamatkn BN utk menang lagi dan brpeluang rembat hasil bumi utk anak isteri bg tempoh 5 tahun lagi. Smpai next elction ke 14..BR1m dtg lagi. Yg pasti duit BR1M yg dah dibagi dulu..duit kita yg BN mnta melalui kenaikan harga barang runcit setiap hari. Kita tak perasan dan kalau perasan pon..apa yg kita mampu lakukan.


Anonymous said...
May 1, 2013 at 8:28 PM

xapala klu da mcm tu..masing2 ada taktik nk menang.psl hrga brg naik.itu da jd isu global.jd jgnla mmbazir..byk kn berpusa.jd kurg jg belnja runcit..


Anonymous said...
May 1, 2013 at 9:32 PM

dia ceramah dia punya pasal lah. dia mahu jadi PM..kalau dia di terima rakyat dia punya pasal lah. itu bakat dia..tuan2 ada bakat kah macam dia..lu pikir lah sendiri.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 12:39 AM

kami undi PR


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:32 AM

ANWAR DIHALAU DI MASJID TELUK BAHANG, PULAU PINANG


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutu politiknya, Penasihat DAP Lim Kit Siang menerima nasib sama selepas 'tidak diterima' penduduk setempat ketika berkempen di Pulau Pinang dan Johor semalam.


Anwar diminta meninggalkan Masjid Jamek Teluk Bahang, Pulau Pinang setelah selesai menunaikan solat maghrib ketika cuba memberi tazkirah politik di masjid itu.
Beberapa ahli jawatankuasa yang tidak selesa dengan tindakan Anwar itu kemudiannya meminta beliau meninggalkan masjid tersebut.


Dalam kejadian yang menimpa Anwar kira-kira pukul 7.40 malam pula, kehadiran beliau dari awal lagi tidak mendapat keizinan ahli jawatankuasa masjid berkenaan selain dibantah penduduk.


Walau bagaimanapun, selepas tindakan Anwar itu ditegur, pengawal peribadinya bertindak seperti samseng dengan memarahi penduduk dan memasuki masjid tanpa membuka kasut. Pengawal peribadi Anwar menggertak dan mengungut kepada AJK masjid tersebut.


Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Negeri, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, sebelum kejadian itu, beliau menerima panggilan daripada Setiausaha Kariah Masjid berkenaan, Adzhar Ahmad yang meminta bantuannya menasihati Anwar supaya beredar dari masjid tersebut.


"Saya bertemu Anwar dan bercakap secara baik dengan beliau tetapi tidak diendahkan. Itu yang menyebabkan penduduk berang.


"Dalam saya cuba menasihati Anwar supaya beredar kerana risau perkara tidak diingin berlaku, saya terdengar kekecohan di luar masjid dan mendapati pengawal peribadi Anwar dengan tidak beradab bergaduh dengan penduduk," katanya.


shah said...
May 2, 2013 at 10:00 AM

Rakyat hari-hari kena kelentong dan ditipu oleh tv3 dan rtm...sejak dari buaian lagi...dan mungkin juga sampai mati...sehingga menghasilkan pencacai-pencapai tegar BN yang tidak sedar diri dan tidak boleh berfikir. Pemimpin-peminpin BN dari dahulu kala lagi kerja merompak harta negara dan wang rakyat... Orang-orang yang sedar dan boleh berfikir dengan baik sahaja akan menolak BN. Ini Kalilah... jangan kita diperbodohkan selama-lamanya.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:25 PM

Tiap kali pilihanraya....bertaburanlah wang dari langit masuk poket penyokong BN...mahu duit 100?, 200? 500? Boleeeh asal pangkah BN. Begitulah politik wang sejak 40 tahun yang lalu...penyokong- penyokong BN kenyang dengan wang rasuah dari peringkat tertinggi sampai serendah-rendahnya...sampai buta hati...dan selama- lamanyalah buta hati dan bengap. Seperti anjing kurap yang dilempar roti oleh tuannya...sampai mati anjing tu jaga tuannya.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:38 PM

Ucapan-ucapan pemimpin BN macam hampas...kadang- kadang macam budak2...senang saja nak jawab balik...budak sekolahpun boleh jawab...sebab tu cabaran debat tidak pernah disahut. Dalam tv berdegar-degar temberangnya...dia tahu pembangkan tak boleh jawab dalam tv....ajak berdebat hilang telur 2 bijik. Macam tu ka pemimpin yang disanjungi, berwibawa dan berjiwa rakyat?


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:46 PM

pemimpin BN diajar supaya bercakap ikut fakta. tepati janji! jangan cakap semberono sahaja.

apa guna cakap hebat, tapi jumpa pun payah! janji2 memang haprak!! sampai diusir dari masjid sebab jarang bersolat di sana?!!

Anuar boleh menipu sini sana. asik jual minyak sahaja dalam mengejar impian jadi PM! demi berkuasa, lihat saja Permatang Pauh yg lupa ditunaikan janji!

mungkin ada perkara gempak di sana dalam membolihkan Anuar naik jadi PM. Pengawal Keselamatan sahaja pakar tempur, pakar bom, pakar senjata & pengikut2nya gangsters!! kemudian tuduh pihak BN pula gangsters.. apa? selama ini Dacing yg diundi mama, bapa, pakcik kita ni sabagitu ka? Memang sanggup kita kata mama, bapa, pakcik makcik kita yg berfikir untuk kabaikan kita & undi Dacing ini BODOH??!!

tengokla, silap2 gaya calon BN nanti dibom oleh pihak tertentu & Anuar dengan kepintarannya berhelah akan sentiasa terselamat! Anuar sanggup buat apa sahaja. DAP pun melalui berita di luar negara, menerima lebih 300 juta US dalam menjahanamkan kepimpinan yg nampak berprinsip & tak mudah sokong merika.

Apa guna tembirang, parcaya & curahkan setempayan air, bah??!! Kemerapuan Anuar menggerunkan

aku yg atas pagar ni....lain kalilah!!


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:55 PM

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. KEMPEN-KEMPEN DAHSYAT MENYEBABKAN ADA YG EGO DAN MENGAKU RAJA. KERJA / JANJI X BUAT PUN X PA ASALKAN HEBAT BERKEMPEN! ANDA PATUT MENYESAL SEBAB BODOH TIDAK MENCATAT KERJA BAKTI MEREKA INI PADA RAKYAT SEBELUM PRU 13.

DIGNITY INTERNATIONAL SUPPORT SIAPA DARI SINGAPORE? SIAPA YG UNTUNG DARI PEPERANGAN ANWAR DENGAN BN DALAM MENGEJAR IMPIAN JADI PM INI?

KALKULUSNYA MUDAH, AMBIL PELUANG & `NAIK SETINGKAT LAGI` DI KALA ANWAR MEREBUT KUASA.

**ATAS PAGAR YG SENTIASA MENDAPAT BERITA LUAR NEGARA.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:00 PM

Anonymous, 2 May 2013 at 4:55 PM.

catat juga dosa & kesalahan pemimpin2 politik, bha!! jangan bergempita buat perhimpunan sana sini sj! huhuhu

LAINKALILA!!!


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:11 PM

INI KALI LAH... KASI KUBURKAN BN, BIAR DIA TAU MALAYSIA X PERLUKAN ORANG YG RASUAH N KOROPSI SEBAGAI PEMIMPIN. MALAYSIA MAUKAN ORANG YG JUJUR DAN AMANAH DAN BUKAN YG PENTINGKAN BINI HINGGAKAN SANGGUP MAKAN DUIT RAKYAT, ASALKAN BINI N KRONI KENYANG DAN KAYA RAYA.... RAKYAT HANYA DI GULA GULAKAN DENGAN RM500 TP YG DI ROMPAK DARI RAKYAT BERJUTA JUTA RM... BODO LA PENGUNDI BN. MASIH LG MAU PEMIMPIN YG SEBEGITU, KALI NI KITA TUKAR KEPIMPINAN NEGARA.... KUBURKAN BN.... ABCD ASAL BUKAN CAP DACING....


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:13 PM

ABCD.... ASAL BUKAN CAP DACING....


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:49 PM

Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:51 PM

BN wajib menerima hakikat bahawa PR mempunyai nisbah pemimpin muda dan berpelajaran yang lebih besar daripadanya. Ini menyebabkan PR dilihat sebagai lebih mesra generasi muda.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:51 PM

Kesimpulannya, BN sudah sampai ke persimpangan yang sangat mencabar. Tersalah pusing, BN mungkin berubah daripada MASIH berkuasa kepada TELAH hilang kuasa. Diukur daripada undi popular, pembangkang sudah ada bilangan dan momentum. Yang mereka tidak ada adalah bilangan kerusi. Cabaran kepada BN lebih getir seandainya parti-parti Pakatan Rakyat bijak dan tepat mengatur serta membahagikan kerusi. Wallahualam.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:37 PM

X ada rugi pun rakyat sabah 55 TAHUN vs 5 TAHUN.. INI KALI LAH


Anonymous said...
May 3, 2013 at 11:42 AM

Ingat BN- Ingat Barang Naik
Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
Ingat BN- Ingat Minyak Naik
Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
Ingat BN- Ingat video porno
Ingat BN- Ingat Lembu kondo
Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
Jadi Kita sokonglah BN


Anonymous said...
May 17, 2013 at 10:46 PM

bodoh !! sekarang apa naikk? BN menang dan segalanya naik! pui!!!yang senang dan kaya tak terasa apa-apa pun bila ada kenaikan yang dibuat BN..di sabah ni kita semua masih mundur dan susah! bukan tak pandai belajar tapi tak da duit mau sambung belajar!!!Lepas tu pinjam PTPTN dan bila keluar universiti bukannya senang cari kerja di sabah ni! apa sebab? kerana negeri ini adalah negeri yg termiskin di malaysia bodoh..!!!


Anonymous said...
May 17, 2013 at 10:55 PM

Sial betul ini PTI!!! Bn menang dengan menipu!! pui!nasib baik PR menang 13 kerusi dun di sabah kalau tidak BN akan menjadi Sangat Sombong.Maklumlah sabah ni dianggap deposit tetap! kalau tak buat kerja betul-betul pun mereka fikir rakyat akan TATAP undi mereka.Nah kali ni apa? ...BN tak boleh main-main guli lagi kali ni....hahahha!! kalau main guli lagi, PRU 14 kamu TATAP tumbang di sabah!!pui!!!waktu mau mengundi baru sibuk kasi tengok muka...selama ini ada ni yb BN tengok kamu ka?wah hebat betul kalau minta duit ya....hahahha bangang betul!!!Isu PTI pun belum selesai!!!


Anonymous said...
July 20, 2013 at 8:11 AM

Dear Anonymous said...
May 17, 2013 at 10:55 PM

The truth is you people didn't want to accept the defeat haha serve you right, opposition party will never win in Malaysia GE-13


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:32 AM

The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) has revised upward, Malaysia’s gross domestic product (GDP) growth for 2011 to 4.9 per cent from 4.6 per cent, supported by an encouraging improvement in the previous quarter.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:32 AM

Its executive director, Dr Zakariah Abdul Rashid said strong domestic demand continued to be the main driver of growth for the local economy last year, despite global economic uncertainties.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:32 AM

MIER has also forecast this year’s GDP to be at 3.7 per cent as compared to that of the government at 5.0 per cent.


Anonymous said...
November 9, 2013 at 10:33 AM

MIER, in its executive summary report, said that if the global economic situation did not deteriorate significantly on account of the Euro zone debt crisis, it is unlikely that the government would launch an economic stimulus package.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx