Thursday, May 9, 2013

Beberapa Pemimpin Umno Sanggah Kenyataan Najib

Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) sebagai akibat dari berlakunya ‘tsunami Cina’ disanggah oleh para pemimpin Umno sendiri.

Terbaru, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berpendapat adalah tidak wajar untuk mengaitkan keputusan PRU13 lalu sebagai isu perkauman.

Katanya, adalah tidak adil untuk menuduh dan menyalahkan kaum tertentu terhadap keputusan PRU13 lalu dan perkara itu tidak boleh dibiarkan berlaku.

“Kita tidak boleh membiarkan sebarang percubaan untuk menjadikan keputusan pilihan raya sebagai isu perkauman. Tindakan tuduh-menuduh dan menyalahkan mana-mana komuniti adalah tidak adil dan tidak memberi manfaat,” katanya.

Semalam, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa semua pihak berhenti dari menuding jari dan memainkan isu perkauman selepas PRU13, yang jelas merujuk kepada kenyataan Najib itu.

Khairy meminta semua pihak bertenang dan sesiapa pun tidak harus lekas membuat kesimpulan dan menyalahkan sesuatu kaum.

Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan bahawa bukan bangsa Cina sahaja yang memihak kepada pembangkang, perubahan juga berlaku di kawasan-kawasan bandar.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang tewas di Parlimen Temerloh menggesa rakyat supaya menjauhi dari bersikap rasis berhubung keputusan PRU13 dan beliau yakin rakyat tidak mengundi berdasarkan sentimen perkauman.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, rakyat sebaliknya mengundi berdasarkan prospek pembangunan seperti isu-isu utama seperti insfrastruktur dan kebajikan.

Saifuddin berkata, walaupun beliau tewas di kawasan majoriti Cina tetapi para pengundi bukannya anti Melayu dan sama ada mereka mengundinya (Saifuddin) atau tidak, rakyat telah membuat pilihan yang bijak.

Apa lagi Cina mahu

Ketika diasak oleh para wartawan mengenai apa komen beliau tentang tajuk muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Apa lagi Cina mahu” Selasa lalu, Najib cuba mengelak dan menyatakan anda patut lihat apa kata akhbar-akhbar Cina pula, apa yang dilaporkan bukannya semua betul.

Kenyataan Najib yang berbaur perkauman ini adalah satu percubaan untuk menyalahkan orang-orang Cina yang ramai sudah beralih dan menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 dan beliau enggan menyalahkan diri sendiri maupun partinya, Umno-BN.

Mungkin kerana sudah menyedari akan kesilapannya, semalam Najib melalui Twitternya berkata, tugas beliau seterusnya adalah untuk mengharmonikan isu perkauman.

“Tugas saya seterusnya ialah mengharmonikan isu-isu perkauman. Kami perlu mendekati lain-lainnya dalam penyatuan nasional dan kesederhanaan,” katanya.

Tetapi beliau tidak dapat menerima kenyataan bahawa bukan sahaja masyarakat Cina menolak kepimpinannya tetapi orang-orang Melayu dan masyarakat India terutama di bandar secara keseluruhan sudah menolak Umno-BN.

Jika diambil kira jumlah undi untuk Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata BN telah tewas dalam PRU13. Untuk 222 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat memperolehi 5,623,984 undi manakala BN memperoleh 5,237,699 undi.

Untuk 505 kerusi DUN pula, Pakatan Rakyat memperoleh 4,879,699 undi manakala BN memperoleh 4,513,997 undi.

Prestasi BN di bawah Najib juga merudum teruk berbanding prestasi BN pada PRU12 di bawah Abdullah Badawi. Semasa Pak Lah BN memenangi 140 kerusi parlimen dan semasa Najib BN mendapat 133 kerusi iaitu kehilangan sebanyak tujuh kerusi Parlimen.

Ini berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mendapat 82 kerusi Parlimen pada 2008, telah meningkat kepada 89 kerusi pada 2013; penambahan sebanyak tujuh kerusi.

Untuk kerusi DUN pula, semasa Pak Lah, BN memenangi 344 kerusi DUN tetapi semasa Najib, jumlah kerusi DUN yang dimenangi BN merosot teruk; tinggal hanya 275 kerusi.

Berbanding dengan prestasi Pakatan Rakyat, kerusi DUN yang dimenangi pada tahun 2008 ialah sebanyak 161 kerusi dan meningkat kepada 230 kerusi pada PRU13, pertambahan sebanyak 71 kerusi. -FMT
xxx2

Komen Anda

126 Responses to " Beberapa Pemimpin Umno Sanggah Kenyataan Najib "
Anonymous said...
May 10, 2013 at 3:41 AM

BODOH DAN BEBALNYA PM HARAMJADAH NI...KAH KAH KAH


Anonymous said...
May 10, 2013 at 7:49 AM

mulut bercabang..susah nak pecaya


hamid said...
May 10, 2013 at 11:21 AM

Kepimpinan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) menolak golongan ekstrem termasuklah golongan cauvinis yang mempergunakan isu perkauman bagi mengelirukan rakyat terutamanya pengundi.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:22 AM

Penganalisis politik tempatan, Prof Datuk Abdul Halim Sidek melihat keputusan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dilanda ‘tsunami Cina’ adalah hasil daripada wujudnya sentimen yang digunakan oleh pihak tertentu bagi memperoleh kuasa.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:23 AM

“Cauvinis adalah amat bahaya kerana ia menunjukkan pendirian dan semangat yang melampau dalam memperjuangkan kepentingan kaum walhal selama lebih 55 tahun pentadbiran BN, negara ini diterapkan dengan semangat perpaduan yang tinggi, kesatuan dan kebersamaan kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berteraskan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya,” katanya


hamid said...
May 10, 2013 at 11:23 AM

Beliau yang juga pensyarah undang-undang di Universiti Malaysia Kelantan menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menganggap pengundi Cina ditipu pakatan pembangkang kononnya mampu mengubah kerajaan hingga terdorong mengundi parti terbabit khususnya DAP, namun usaha tersebut gagal dan kerajaan BN sehingga kini tidak tumbang serta masih kekal selepas selesai PRU.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:24 AM

“BN sebagai kerajaan yang bertanggungjawab sentiasa melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa terutamanya dalam aspek perpaduan dan permuafakatan malah Perlembagaan yang kita dukung juga amat jelas dengan menetapkan kepentingan semua kaum tertulis di dalamnya.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:24 AM

“Perlembagaan kita didukung dengan falsafah-falsafah yang dapat mewujudkan keharmonian termasuklah prinsip Rukun Negara, sebelum ini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menyusun semula masyarakat dan menghapuskan jurang antara kaum dan terkini yang diperkenalkan oleh PM kita dalam pentadbiran negara ialah dasar transformasi.”


hamid said...
May 10, 2013 at 11:25 AM

Tegas beliau, melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan lain-lain lagi, pelbagai pembaharuan dilaksanakan yang mana ia membawa hasil positif kepada keseluruhan masyarakat termasuklah pelbagai bantuan perbelanjaan dan sokongan dari kerajaan.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:25 AM

“Program-program yang dilaksanakan oleh BN dibuat tanpa mengambil kira keturunan, bangsa dan perbezaan yang ada tetapi nampaknya ia tidak dihargai dan cuba ditumbangkan oleh orang yang pernah dibantu oleh BN sendiri selama ini.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:25 AM

“Pakatan pembangkang berjaya memainkan sentimen perkauman terhadap sokongan bangsa Cina sehinggakan undi mereka beralih arah dengan melabelkan provokasi sedangkan yang bersifat rasis bukan BN atau UMNO.”


hamid said...
May 10, 2013 at 11:26 AM

Beliau berkata, meskipun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang namun BN juga berjaya mendapat sokongan padu golongan bumiputera, orang Melayu, India dan masyarakat bumiputera di Sabah dan Sarawak.


hamid said...
May 10, 2013 at 11:26 AM

“BN adalah parti yang dianggotai oleh kompenan pelbagai kaum dan rekod pentadbirannya sejak merdeka dapat dilihat termasuklah kepada semua anggotanya, mempunyai ruang bersuara, membuat keputusan dan menjadi calon dalam pilihan raya termasuklah di kawasan majoriti Melayu sendiri.”


hamid said...
May 10, 2013 at 11:26 AM

Berdasarkan keputusan PRU, sokongan orang Melayu kepada BN semakin kukuh berbanding pilihan raya umum 2008 selepas jumlah kerusi UMNO berjaya ditingkatkan daripada sebanyak 77 kepada 88 sementara sokongan daripada bangsa lain termasuk Iban, Kadazan mahupun orang India turut bertambah yang menjadikan kerajaan masih kekal sebagai kerajaan BN.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:54 AM

wahai org melayu BN sial ko mmg sial.nak halau orang cina balik cina.ko ingat ko asal malaysia ke.ko pon patut balik indon la dasar Oi melayu BN merempat,bodoh punya melayu BN.ko jage mulut ko yer melayu BN.Jgn nk wujudkan isu perkauman.UMNO mmg parti recist.cakap berdegang degung hidup melayu.bila org cina tak sokong mulalah isu tak mengenang budi ko keluarkan.Aku melayu PR dan org cina hanya mahukan perubahan kepada yang lebih baik,kami benci kronisma serta penindasan rakyat secara halus.Harapan kami hanya mahu malaysia baru yang mengangkat martabat rakyat.Bukan berpolitik hanya untuk mengumpul kekayaan untuk diri sendiri.Tapi ingatlah wahai orang UMNO orang cina sudah hilang kepercayaan kepada kamu dan akan tolak BN sampai bila2.hahahahhahahahahahaahha rasakan gelombang perubahan sudah terpancar hanya retak menunggu belahhhh.Hancur UMNO BE END.............Takbirrrrrrrr.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:42 PM

BN kena berusaha dalam mendapatkan semula sokongan kaum cina


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:57 PM

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan mengatakan keputusan Pilihan Raya 2013 tidak sah, tidak adil dan sebagainya, negara luar seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara jiran dari Singapura terus-terusan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya mengekalkan kerajaan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:58 PM

Pemangku timbalan jurucakap di Jabatan Negara Amerika, Patrick Ventrell turut merakamkan ucapan tahniah kepada Najib kerana kejayaan tersebut serta berkata Amerika berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan baharu setelah ia dibentuk. Mereka turut meluahkan rasa puas hati melihat rakyat Malaysia bebas memilih pemimpin mereka sendiri.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:59 PM

Sementara itu, ada juga beberapa pemimpin lain seperti PM Britain, David Cameron, PM Australia Julia Gillard dan PM Thailand Yingluck Shinawatra yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan Najib mempertahankan kuasa BN mentadbir Malaysia.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:00 PM

Selain itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong juga diberitakan telah menelefon Najib bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Lee berkata beliau tidak sabar-sabar untuk terus bekerjasama dengan Najib bagi mengukuhkan hubungan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:00 PM

Jika negara-negara luar m,engiktiraf Malaysia, menjalankan pilihan raya yang adil, kenapa sukar sangat untuk Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke013, sebaliknya menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:03 PM

Anwar perlu memiukirkan logik tuduhan dan dakwaan-dakwaannya bahawa SPR membantu BN menipu dalam pilihan raya, sedangkan jika benar SPR bersubahat bersama BN, Selangor dan Pulau Pinang dengan mudak akan ditawan BN, dan BN sudah pasti akan beroleh majoriti dua pertiga kerusi parlimen dengan mudah.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:03 PM

Anwar sebenarnya telah habis modal untuk dijaja kepada penyokong Pakatan Rakyat lantas menggunakan isu yang tidak masuk akal untuk mengekalkan sokongan demi menutup kesalahan mereka. Malah untuk mencapai tujuannya itu< Anwar ketika ceramah di Stadium Kelana jaya juga ebrjanji akan menganjurkan lebih banyak demonstrasi dan himpunan besar-besaran untuk menuntut SPR menjalankan pilihan raya dengan lebih adil dan telus.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 1:04 PM

Ini sekaligus menimbulkan persoalan bahawa mereka cuba mewujudkan ‘fenomena Arab Spring’ yang akan menyaksikan netara kacau bilau dan porak peranda dengan kehancuran yang diwujudkan Pakata Rakyat. Mereka juga mendesak kerajaan Najib berundur kerana tidak sah dan mendakwa SPR talam dua muka kepada Najib.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 7:13 PM

Kita bermain suatu permainan yang mana kita tahu dan sedari bahawa peraturannya berat sebelah tetapi kita tetap bermain. Yang hairan kenapa pihak yang menang "merajuk"?
Salahkah kebanyakan Cina tidak mengundi Melayu atau Cina dalam BN? Adakah dengan mengundi Melayu atau Cina dalam BN, barulah dikatakan bangsa yang bersyukur? Adakah dengan mnegundi Melayu atau Cina dalam PR dicop sebagai pengkhianat negara?
Aku memang sifat para penyokong tegar UMNO. Kadang-kadang kasihan melihat tutur depa seolah-olah tidak berilmu pengetahuan. Lebih suka berbicara dengan perasaan dari berbicara secar ilmiah.
Depa (Cina dan Melayu dalam BN) menuduh DAP menipu Cina dengan menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin berlaku (pada mata depa)? Aku tak percaya sebab tak kan semua Cina di Malaysia ni "buta". Jangan lupa bahawa Cina ni ialah satu kaum yang cukup calculative. Sentiasa "mengira" untuk masa depan anak-anak mereka.
UMNO/MCA/... dalam BN sehingga hari ini masih tak faham akan tuntutan golongan muda hari ini. Yang depa tu timbulkan ialah perkauman. Sedangkan masyarakat hari ini amat benci pada ketidakadilan, rasuah yang melampau, kenyataan rasis yang bodoh dan bangang, jawapan pemimpin-pemimipin yang seolah-olah anggap rakyat ni bodoh, sombong dan angkuh pemimpin, cubaan rasuah rakyat dengan BR1M, cubaan merosakkan "mata hati" rakyat dengan mempersembahkan video-video fitnah seks, ...
Bila berbicara tentang video seks Tok Pa, yang kita hairan ialah kenapa pihak yang merakam video itu tidak menghubungi polis atau jabatan agama tetapi sebaliknya menghebohkan video tersebut di internet. Nampaknya niat jahat mereka. Sepatutnya depa panggil pihak berkuasa datang dan serbu tempat Tok Pa melakukan "kecurangan". Kan Polis tu budak suruhan depa. Kalau aku, aku akan tangkap Tok Pa secara "RED HANDED". Lepas tu, Tok Pa akan hilang terus dari arena politik negara.
Begitu juga dengan "sumpah" Kaki Dubur Pol. Manusia laknatullah ni sudah menggunakan kaabah sebagai tempat menabur fitnah. Inilah Melayu Pertama yang mempermainkan kaabah. Melayu yang lain .... ikut tumpang sama. Lepas ni, kita patut membuka TANAH PERKUBURAN MELAYU bagi puak ni sebab depa dah tak layak disimpan di TANAH PERKUBURAN ISLAM. Haramjadah punya manusia, buat malu umat Islam sejagat. Ya, Allah swt, ya Tuhan ku, kau binasakanlah manusia jahat ini. Tunjukkanlah kehebatanMu, ya, Allah swt agar tiada lagi manusia di Tanah Melayu ini mempermainkan agama Kau. Insyaallah.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:52 PM

Apa Cina mahu?

Senang saja jawap soalan ni.

Cina mahu Anwar, tak mau Najib.
Cina mahu PAS, tak mau UMNO.
Cina mahu DAP, tak mau MCA.
CIna mahu PR, tak mau BN.
Cina mahu Besih, tak mau Kotor.
Cina mahu undi bersama Melayu, India dan lain bangsa warganegara Malaysia, tak mau undi bersama Bangladesh dan rakyak negara luar.
Cina mahu hidup bersama Melayu, India dan lain-lain warganegara Malaysia untuk maju bersama-sama.

Cina hanya 20% dalam Malaysia.
PR dapat 50.3%, BN dapat 46.8%.
Kata la semua 20% Cina undi PR, jadi mana yang lagi 30.3% itu?

Lagi pun bukan full 20% Cina undi DAP. Ada banyak Cina undi PKR dan PAS juga. (saya undi PKR)

Itu pun belum kira yang sikit undi kepada BN. Ini BUKAN Tsunami Cina, ini Tsunami BN.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:39 PM

Politik Malaysia 15 tahun dulu penuh dengan ‘pencerahan’, terutama bila ada pertembungan idealogi antara PAS dan UMNO. Maklumlah, waktu itu PAS dan DAP relatifnya 2 parti berbeza, PKR pula baru wujud dan kurang pengaruh.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:39 PM

Apa maksud pencerahan? Bila UMNO bangkang hudud, perlu dicerahkan bahawa hudud yang ditentang bukan hudud Islam, tapi hudud PAS, Islam yang dipersoalkan juga bukan Islam yang dibawa Nabi Muhammad saw, tapi Islam sesat PAS.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:39 PM

Tapi bila PAS bergabung dalam Pakatan Rakyat, isu pencerahan ini tidak lagi wujud kerana hudud bukan perjuangan, Islam hanya sampingan, yang utama pada PAS hari ini ialah impian ke Putrajaya. Buat satu ketika, semua kita cakap satu bahasa.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:40 PM

Hari ini isu pencerahan timbul semula, cuma bukan melibatkan PAS lagi sebaliknya DAP. Semuanya setelah keputusan pilihanraya umum ke 13 baru-baru ini menyaksikan pemulauan besar-besaran orang Cina lanjutan hasutan berbaur perkauman DAP terhadap parti-parti komponen BN sehingga calon-calonnya ditolak sepenuhnya oleh orang Cina, walaupun dari kalangan bangsa mereka sendiri.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:40 PM

Tindakan yang mengundang pertanyaan banyak pihak, apa dosa BN terhadap komuniti tersebut?
Pertanyaan dalam bentuk tajuk utama akhbar Utusan Malaysia kelmarin dan susulan berbentuk sokongan dari Perdana Menteri, diputar belitkan parti pembangkang terutama DAP dengan gambaran seolah-olah membuktikan komuniti Cina akan dipinggir BN untuk tempoh 5 tahun yang akan datang.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:40 PM

Anwar yang cuba menyembunyikan kelemahannya menguasai undi Melayu, selain cuba mengelakkan perbalahan dalam soal jawatan MB di Selangor timbul di permukaan, mengambil peluang ini untuk menjadi hero dengan menjanjikan harapan palsu kepada masyarakat Cina – bahawa keputusan pilihanraya ini belum muktamad dan Pakatan Rakyat masih ada peluang dan orang Cina tidak akan tertindas, kononnya.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:40 PM

Justeru, penulis ingin membuat pencerahan disini bahawa BN tidak mendiskriminasi orang Cina seperti dakyah Anwar Ibrahim dan DAP.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:40 PM

Cuma atas pilihan komuniti itu sendiri, orang cina tidak mahu bersama-sama kerajaan dan dengan itu segala polisi yang akan diputuskan nanti adalah mengikut kehendak kabinet yang akan dibentuk tanpa penyertaan wakil-wakil MCA dan Gerakan yang menolak jawatan dalam kerajaan kerana prestasi buruk dalam PRU 13 yang lalu. Ini bukan balas dendam, ini bukan cerita penganiayaan, tapi demi menghormati kehendak masyarakat cina sendiri.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:41 PM

Tapi taklah sampai tak makan, orang Cina bijak berniaga dan mampu menguruskan hidup tanpa bergantung pada kerajaan. Hanya perkara-perkara berkaitan polisi kerajaan itu sahajalah dimana masyarakat Cina tidak ada penyertaan, apatah lagi terlibat dalam membuat keputusan.
Menganiaya? Tidak sekali.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:41 PM

Jangan salahkan BN kenapa perkara ini terjadi, BN sendiri pun hanya dapat 3% undi cina, bakinya diserahkan tanpa belah bagi kepada Pakatan Rakyat. So, serve you right!!


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:11 AM

Jika sekebun sayur didapati berulat, adakah kita akan memusnahkan kesemuanya??? Sedangkan kita bergantung hidup pada hasil jualan sayur tersebut. Dalam mengatasi dilemma ini, rakan kita mengesyorkan untuk musnahkan semuanya. Ada pula menyarankan agar buang sayur yang teruk dijangkiti sahaja. Apakah pilihan kita??? Tentu memilih untuk mengambil syor yang kedua. Demikian juga halnya dalam politik...tumbangnya sesebuah kerajaan tidak memberi jaminan kelangsungan nikmat yang kini dikecapi akan berlanjutan. Apatah lagi bertambah baik. Jadi, sebaiknya kita bantu untuk merawatnya dengan menjadi ahli atau melalui persatuan bukan kerajaan (NGO). Sejarh telah membuktikan bahawa tumbangnya Saddam Hussein telah mengakibatkan rakyat menderita berpanjangan, berbanding semasa ia masih ditadbir olehnya. Rakyat Iraq menduduki status 10 tertinggi dalam kebajikan kesihatan. Kini lihat ia sebuah negara yang kaya pada hasil, tetapi miskin pada kemakmuran, keharmonian & keamanan. Lihat pula ekonomi Greece, Itali & Sepanyol akibat pengaruh konsep KERAJAAN RAKYAT berasaskan DICTATORSHIP TO DEMOCRACY....MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:17 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Hampir 97% pengundi Cina mengundi untuk menolak Barisan Nasional pada PRU13. Walaupun telah diberikan pelbagai bantuan dan janji, namun penolakan tetap berlaku, bahkan mereka sepakat untuk menolak pemimpin dari kalangan mereka sendiri semata-mata untuk berpayung di bawah DAP yang dilihat lebih vokal membela nasib masyarakat Cina di negara ini berbanding MCA, GERAKAN dan PPP.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:17 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Sebut sahaja sebarang permintaan mereka yang tidak dikabulkan… sehinggakan bantuan untuk sekolah vernakular mereka juga telah diluluskan oleh Kerajaan UMNO walaupun Perlembagaan Malaysia menggariskan bahawa sekolah-sekolah berkenaan dibenarkan wujud tanpa bantuan daripada kerajaan. Dan anehnya pula, sekolah-sekolah vernakular berada dalam keadaan jauh lebih selesa dan lebih hebat berbanding sekolah-sekolah kebangsaan bantuan penuh kerajaan.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:47 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Justeru, di sana sini sudah timbul kenyataan bahawa masyarakat Cina tidak berterima kasih dan tidak boleh dipercayai langsung. Benarkah kenyataan tersebut? Atau ianya sekadar satu keluhan kecewa daripada para pemimpin yang sebelum ini mengamalkan sikap menyusu kera di hutan, anak di rumah mati kelaparan?


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:48 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Dari awal tahun 2008 lagi, DAP telah memainkan peranan utama dalam mendapatkan dan mengumpulkan pengundi-pengundi muda Cina sebanyak mungkin. Mereka begitu aktif memberikan kesedaran kepada generasi muda itu tentang pentingnya mereka memilih DAP sebagai tempat bergantung.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:48 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

DAP juga acapkali menyuarakan pelbagai isu yang sebenarnya merujuk kepada mereka sendiri seperti masalah rasuah dengan menggambarkan rasuah itu lebih rapat dengan para pemimpin Melayu berbanding mana-mana kaum di Malaysia.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:48 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Contoh terbaik ialah bagaimana UMNO dan RASUAH telah diperkembarkan serta seiring. Itu yang telah diterapkan dan didoktrinkan semenjak dari awal lagi. Tepisan-tepisan yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional kelihatan begitu lemah dan sambil lewa. Sebarang tuduhan yang dilemparkan oleh DAP dan Pakatan Rakyat, dibiarkan begitu sahaja dengan harapan, ia akan senyap dan hilang begitu sahaja.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:48 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Pemikiran yang sebenarnya amat ketinggalan memandangkan sekarang ini, interaksi antara tukang propaganda dan orang awam boleh berlaku dengan begitu mudah. Sebarang berita, termasuklah berita fitnah dan palsu boleh diperbesar-besarkan dan dijadikan seolah-olah ianya realiti menerusi interaksi sosial yang tidak pernah berhenti walau sedetik pun.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:49 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Pergantungan maklumat kepada media-media tradisional sudah lama berkubur, bahkan akhbar, radio dan televisyen dilihat sebagai tidak relevan untuk saluran maklumat kepada generasi muda yang mahukan berita lebih pantas dan lebih dekat dengan kemahuan mereka.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:49 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Memang benar, masyarakat Cina telah menolak Barisan Nasional. Namun pada masa yang sama, kelompok kedua terbesar yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua. Kelompok ini sangat besar jumlahnya, bahkan mereka merupakan kelompok majoriti untuk PRU kali ini.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:49 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Gambaran dan amaran awal telah diberikan membabitkan kelompok berkenaan tetapi nampaknya ia telah dipandang mudah. Biarpun di Kedah dan Kelantan umpamanya, kelompok tersebut dikesan bergiat aktif menentang pentadbiran PAS, namun di negeri-negeri lain yang turut menyumbangkan kerusi-kerusi Parlimen untuk Barisan Nasional, mereka telah dibiarkan untuk dipengaruhi oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dan PKR.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:49 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Dari awal lagi, PKR dan DAP telah menubuhkan pasukan yang menguasai media sosial seperti Facebook, YouTube, portal, SMS blasting mahupun blog. Pasukan berkenaan amat tersusun, sistematik dan bijak menggunakan sebarang kesempatan bagi mengumpul seramai mungkin golongan muda yang diketahui berjiwa rebellious dan anti-establishment.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:49 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

RED BEAN ARMY misalnya, merupakan pasukan penguasa media siber yang sangat efektif dan terbiar daripada pengawalan serta pemantauan Barisan Nasional. Sepanjang 2008 sehingga 2013, pasukan ini menguasai medium berbahasa Inggeris dan sekarang, sebaik-baik sahaja PRU13 berakhir, mereka dikesan mulai memasuki medium berbahasa Melayu.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:50 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Biarpun Barisan Nasional terutama sekali UMNO dan MCA juga mempunyai pasukan siber mereka yang tersendiri, tetapi penyusunan gerak kerja tidak sehebat pasukan siber daripada PKR mahupun DAP. Apatah lagi, pasukan siber dari UMNO dan MCA terikat dengan kempen 'gentleman' berbanding Pakatan yang lebih 'robust' dan dipenuhi fitnah.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:50 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Tidak dapat dinafikan, memang agak aneh apabila para pemimpin yang bekerja dan parti yang bertungkus lumus untuk rakyat ditolak, sedangkan Pakatan Rakyat yang lebih banyak berkempen, berceramah dan langsung tidak menghiraukan masalah rakyat, meskipun sebahagian daripada mereka telah terpilih sebagai wakil rakyat, lebih disanjung dan menang pula dalam PRU13.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:50 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Dengan kata lain, bekerja keras sahaja, terutama di kawasan-kawasan bandar, tidak cukup untuk Barisan Nasional memikat undi dan pengaruh daripada kalangan pengundi. Sesuatu yang lebih kuat diperlukan untuk menggamit sokongan yang telah hilang dan kian pudar.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:50 AM

masyarakat Cina yang menolak Barisan Nasional adalah kelompok pengundi kali pertama dan pengundi kali kedua

Justeru dalam tempoh masa lima tahun ini, Barisan Nasional, khususnya UMNO, MCA dan GERAKAN perlu berganding bahu dengan menyasarkan golongan majoriti bagi mengembalikan semula kegemilangan parti gabungan tersebut. Suka atau tdak, PRU14 nanti jauh lebih sengit dan teknologi yang digunakan juga jauh lebih hebat berbanding PRU13.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:51 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Tahun 2007, Perdana Menteri pada waktu itu, Abdullah Badawi menyatakan lehairan berhubung kehilangan 50, 000 rakyat China yang datang ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:52 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Sehingga ke hari ini misteri berkenaan tidak pernah terungkai. 50,000 pendatang tersebut bagaikan ditelan tanah, hilang ghaib tanpa bekas.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:52 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Banci Penduduk yang dilakukan pada tahun 2010 menyaksikan bagaimana sebahagian daripada samseng-samseng bermata sepet menghalang bancian dilakukan di kawasan-kawasan yang menjadi sarang pendatang dari China.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:52 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Kemenangan besar DAP dan pendaftaran pengundi-pengundi baru dalam jumlah yang besar melibatkan pengundi Cina oleh parti tersebut, juga mendatangkan tandatanya dan misteri yang tidak berkesudahan.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:53 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Apabila DAP mempertikaikan tentang pengundi hantu ia seolah-olah memberikan indikasi yang DAP sedang menyembunyikan sesuatu tentang kehilangan 50, 000 rakyat China di Pulau Pinang sahaja.


headhunter said...
May 11, 2013 at 8:53 AM

50000 PENDATANG WARGA CHINA DISOROKKAN OLEH DAP????

Sehingga kini Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara masih lagi mendiamkan diri dan pada masa yang sama juga enggan melakukan operasi besar-besaran. Apakah power benar 50, 000 rakyat China tersebut ataupun memang ada tangan ghaib DAP di dalamnya?


Anonymous said...
May 11, 2013 at 10:58 AM

Rata-rata pengundi Cina terperangkap dengan dakyah serta ‘cerita fantasi’ DAP untuk mengubah kerajaan sedia ada, malah berjaya meyakinkan kaum tersebut bahawa mereka akan mendominasi semua perkara di negara ini.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 10:59 AM

Bekas Ketua Cawangan DAP Taman Seri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa, DAP juga bertanggungjawab menggunakan isu perkauman serta slogan ‘ubah’ sehingga mendorong masyarakat Cina mengundi parti tersebut.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 10:59 AM

“Bukan masyarakat Cina tidak mengenang budi tetapi pemikiran mereka telah diracun sehingga keliru. Bayangkan apakah perasaan kami andainya parti cauvinis seperti DAP membuat kami seperti orang asing di negara sendiri.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:00 AM

“Sangkaan mereka (pengundi Cina), pada pilihan raya ini pembangkang sudah memiliki kekuatan untuk mengubah kerajaan. Hanya dengan mengundi pembangkang, masa depan mereka akan terjamin," katanya.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:01 AM

Beliau mengulas reaksi pelbagai pihak termasuk bukan Melayu yang mendakwa DAP sengaja menggunakan isu perkauman untuk meraih undi sehingga menjejaskan keharmonian sedia ada.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyebut, pengundi Cina ditipu kononnya pembangkang mampu mengubah kerajaan sehingga terdorong mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:02 AM

Menurut Tuan Tat, DAP telah dibantu oleh segelintir media berbahasa Cina dan media sosial yang saban hari mengeluarkan artikel serta kenyataan berbaur perkauman dan diskriminasi.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:02 AM

Bagaimana orang Cina tidak terbakar semangat mereka? Apatah lagi jika dijanjikan dengan kehidupan lebih ‘mewah’ dari sekarang? Mestilah termakan dengan semua tipu muslihat ini.

Sekarang DAP akan terus berdrama untuk memastikan keseluruhan masyarakat Cina bersimpati dengan nasib mereka tidak berjaya menukar kerajaan. Perasaan marah dan tidak puas hati serta kebencian terhadap kerajaan akan ditanam secara perlahan," ujarnya.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:03 AM

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass berkata, pemikiran pengundi Cina seolah-olah telah berjaya dikawal oleh DAP sehingga mereka sanggup mengundi sesiapa sahaja yang menggunakan lambang roket.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:03 AM

Pengundi Cina mengundi dengan membuta tuli hanya kerana lambang roket, mereka tidak peduli sama ada calon itu benar-benar layak menjadi wakil rakyat atau sebaliknya.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:04 AM

“Tidak hairanlah sekiranya kita lihat begitu ramai calon BN (Barisan Nasional) yang hebat dan mempunyai rekod cemerlang sebagai pemimpin tumbang kepada calon DAP yang tidak seberapa dalam membela nasib rakyat," tegasnya.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:05 AM

Jelas David Dass, pembangkang telah berjaya menanam stigma bahawa UMNO menguasai BN sehingga pemimpin-pemimpin Cina dan India dalam parti komponen tidak boleh bersuara.

Namun, David Dass berkata, DAP dan pembangkang tidak berjaya memperalatkan undi masyarakat India dengan tipu helah mereka.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:05 AM

“Pada 2008, pembangkang berjaya mendapat lebih banyak kerusi kerana melakukan manipulasi dalam isu kewarganegaraan, pendidikan dan dakwaan merobohkan rumah ibadat.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:06 AM

“Namun, sepanjang lima tahun lepas, mereka gagal membela nasib masyarakat India sehingga hampir semua mereka mengundi BN," ujarnya.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:48 PM

Situasi selepas Pasca PRU13 ni buat rakyat makin resah gelisah dengan kenaikan harga barang.

Kalau saya jadi PM, saya akan tiru manifesto yang dibuat oleh PR. Biarlah orang lain nak kata apa. Janji yang senang ialah rakyat!

Apakah Najib berani????


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:49 PM

Dengan kenyataan Najib 7 dosa besar Kerajaan PAS Kelantan, 7 kerusi parlimen BN lesap. Dlm PRU14 akan datang, berapa lagi dosa besar yang belum sempat disebut....kali itu lah...


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:50 PM

Apakah dia ‘the unthinkable’ itu? Biarlah Najib melakukannya. Orang ramai, termasuk diri saya mungkin tidak tahu jawapannya. ‘The unthinkable’ itu mestilah tindakan yang boleh membawa imej UMNO dan BN itu ke arah ‘ambience’ politik baru yang akan mampu membuatkan rakyat keluar dari situasi politik yang terlalu membebankan pemikiran rakyat yang berfikir.

Kita mahukan situasi baru dan ‘environment’ yang baru yang diharap dapat mewujudkan sasaran dan tanda arah baru kepada masa depan negara.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 3:07 PM

Hanya keberanian pimpinan BN khususnya UMNO dan Najib sendiri, memungkinkan BN akan dapat bertahan selepas ini. Bagi saya pimpinan BN terutamanya UMNO terpaksa melakukan ‘the unthinkable’ untuk menentukan mereka masih berkuasa. Apa dia yang dikatakan tindakan ‘unthinkable’ itu bergantung kepada inovasi politik yang drastik yang akan dilakukan oleh pimpinan UMNO pada hari ini.

Bagi negeri-negeri Timur Malaysia BN mungkin boleh bertahan lagi kerana rasuah masih menjadi mainan dan merupakan benteng pertahanan yang ampuh BN di sana. Di Semenanjung isu rasuah menjadi isu yang telah banyak melemahkan sokongan terhadap pimpinan yang ada, di Sarawak dan juga di Sabah jelas yang rasuah itu pula menjadi benteng pertahanan kepada BN.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 6:48 PM

PRU13 ini, Pakatan Rakyat mendapat 5.6 juta undi popular aka 51.32 peratus, berbanding BN yang memperolehi 5.3 juta undi aka 48.67 peratus sahaja.

Kesimpulan, majoriti rakyat sudah menyokong Pakatan Rakyat, tetapi BN boleh perintah negara.

Apakah isyaratnya?


Muhyiddin Yassin akan jadi perdana menteri dalam masa terdekat sungguhpun Najib baru dimahsyurkan semula sebagai perdana menteri hari ini.

Tanya lah Dr. Mahathir Mohamad...

"Lagi lambat Muhyiddin jadi PM, lagi lambat lah anak mahathir jadi Timbalan...," kata Datuk B, ahli politik Kedah melalui telefon sebentar tadi.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 9:59 PM

Buat apa la nak bising2 lagi


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:02 PM

The Malays need to be more aggressive to strengthen political and economic power in order not to be regarded as a weak race in their own country.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:03 PM

Former appeals court judge Datuk Mohd Noor Abdullah said Malay rights enshrined in the federal constitution have to be defended and the Malay leadership does not have to be apologetic to the other races.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:04 PM

Efforts should be made to retain Malay political power and to increase Malay reserve land in urban areas and increase economic share to 67 percent in 10 years.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:05 PM

Although the Malays have a special position in this country, they only own about 20 percent of the economy.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:06 PM

Mohd Noor warned the Malays to reject corruption because it can destroy their dignity and weaken the nation.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:13 PM

Prime Minister and Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak's call to party members to acknowledge and redress their weaknesses has received support from Umno's top leaders.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:14 PM

Party vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the labelling of Umno as 'racist' should be studied as the party, being the backbone of the Barisan Nasional (BN), had to unite all communities.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:15 PM

Umno members must not be arrogant. What we should do is to shoulder the trust and responsibilities and carry out the pledges


Anonymous said...
May 12, 2013 at 10:17 PM


Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said Umno must find the special factor that would strengthen the party, apart from keeping its struggles alive so that it would continue to remain as the people's choice.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 10:11 AM

Orang cina tolak MCA kerana presidennya pelakon video lucah itu saja.


Yusri said...
May 13, 2013 at 2:18 PM

MCA harus jelas dengan masalah yang dihadapi.


Ramlie said...
May 13, 2013 at 2:19 PM

Melayu juga menolak UMNO, kenapa?


Mogan said...
May 13, 2013 at 2:44 PM

Siapakah yang menetus rasis selepas PRu13?


Linda said...
May 13, 2013 at 2:45 PM

Kenapa pula Chinese yang menyebabkan Tsunami? Tidakkah Melayu dan India juga sokong Anwar?


Khairul said...
May 13, 2013 at 2:46 PM

MCA harus keluar dari BN.


Anonymous said...
May 14, 2013 at 8:21 PM

najib total failed - projek menawan Selangor telah gagal setelah berjuta-juta duit dibelanjakan untuk buat iklan TV- Sayangi Selangor - Yakini BEEND. Selangor akan kekal dibawah Pakatan Rakyat untuk selama-lamanya seperti Kelantan kerana ledakan maklumat media sosial. Hanya orang-orang di pendalaman dan ulu-ulu sungai yang masih menjadi lubuk penyokong BN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:07 AM

Kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kulai dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Bukit Batu dan Senai disifatkan sebagai kelemahan jentera BN sendiri dalam menyusun strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:07 AM

Satu-satunya calon BN yang menang di kawasan DUN Parlimen itu iaitu di kerusi DUN Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata, BN di peringkat nasional dan negeri mahupun Parlimen itu sendiri perlu melakukan 'post-mortem' untuk mengetahui punca kekalahan teruk itu.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:07 AM

"Kajian terperinci perlu dilakukan oleh para pemimpin BN di Parlimen ini bagi memastikan punca kekalahan secara keseluruhan terutamanya di kawasan bandar.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:07 AM

"Walaupun kemenangan berpihak kepada saya, tetapi jelas saya mengalami kekalahan teruk di kawasan bandar yang majoritinya didiami pengundi Cina. Penolakan kaum ini terhadap kepimpinan BN perlu dikenal pasti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:08 AM

Dalam masa sama, calon DUN Senai, Tang Nai Soon berkata, bukan sahaja kerusi BN di bawah Parlimen Kulai, malah kebanyakan kerusi BN yang tewas di Johor dan seluruh negara adalah kawasan yang mempunyai peratusan kaum Cina yang tinggi.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:08 AM

Katanya, strategi untuk mendekati semua kaum untuk menarik undi mereka telah dilakukan tetapi tetap tidak berpihak kepada BN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:08 AM

"Saya tidak menyalahkan pengundi kerana itu hak mereka memilih. Cuma saya bingung, apa sebenarnya yang mereka mahukan supaya kita (BN) diterima dengan baik.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:08 AM

"Selepas ini MCA khususnya kena berbincang sebaik mungkin mengenai penerimaan kaum Cina terhadap parti ini. Kena cari formula baharu bagi menambat semula hati pengundi Cina," katanya selepas diumumkan kalah kepada calon DAP, Wong Shu Qi dengan majoriti 11,227.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:08 AM

Biarpun kalah, Nai Soon menasihatkan wakil-wakil BN yang tewas tidak lupa untuk terus menabur bakti kepada penduduk setempat kerana kekalahan kali ini bukanlah untuk selama-lamanya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:09 AM

"Kalau bukan kita yang menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang, anggaplah jasa yang kita berikan sepanjang lima tahun mendatang sebagai bonus untuk BN kembali merampas kerusi yang kita tewas," tambahnya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:09 AM

Tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) memberikan pelbagai kenangan kepada parti politik yang bertanding. Bagi Barisan Nasional (BN), keputusan 133 kerusi Parlimen, kemenangan majoriti mudah mampu diterjemahkan melalui pembentukan Kerajaan Pusat. Namun bagi pakatan pembangkang pula, pencapaian 87 kerusi Parlimen sekadar memenuhi tradisi sebagai pembangkang dalam negara.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:09 AM

Persoalannya, mengapa pengundi Cina beralih kepada pakatan pembangkang terutama DAP? Satu penyelidikan dan kajian serius perlu dilakukan untuk mencari jawapannya. Masyarakat Cina tidak lagi yakin dengan MCA dan GERAKAN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:09 AM

Isu hilang kepercayaan dan keyakinan kepada MCA dan GERAKAN bukan perkara baru, malahan pada PRU-12, tsunami politik telah berlaku. Namun kedua-dua parti berkenaan tidak pernah belajar daripada kesilapan.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:09 AM

BN telah berhadapan dengan kemenangan majoriti mudah sebanyak tiga kali sepanjang memimpin negara selama 56 tahun merdeka. Ia berlaku pada PRU 1959, diikuti pada 2008 dan PRU-13 sekali lagi BN hanya mampu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Kemenangan 140 kerusi Parlimen pada PRU-12, telah berkurangan kepada 133 kerusi pada PRU-13.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:10 AM

Persoalannya kini adakah benar kaum Cina berpaling tadah mengundi DAP secara besar-besaran hingga dikatakan berlaku tsunami pengundi Cina di negara ini? Benarkah masyarakat Cina sudah hilang kepercayaan kepada MCA dan GERAKAN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:10 AM

Perkembangan ini menunjukkan masyarakat kian serius untuk menentukan wakil rakyat yang sepatutnya memimpin mereka, di samping mengharapkan kerajaan terbaik untuk terus mengurus tadbir negara ini.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:10 AM

Penurunan kerusi BN daripada 140 pada PRU-12 kepada 133 pada PRU-13, menandakan BN sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan daripada kalangan pengundi Cina. Maka parti yang harus bertanggungjawab adalah MCA dan GERAKAN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:10 AM

Kedua-dua parti wajar membuat penyelidikan dan kajian sebaik mungkin serta membentuk strategi jangka pendek dan panjang untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN pada PRU-14.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:11 AM

Sekiranya kepimpinan MCA Pusat, negeri mahupun cawangan mulai bertindak negatif dan menutup cawangan masing-masing, keadaan ini akan memberikan merit kepada pakatan pembangkang khususnya DAP untuk mengambil alih tugas MCA dan GERAKAN untuk terus meyakinkan rakyat agar berhijrah kepada DAP buat selama-lamanya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:11 AM

Antara persoalan yang dikenal pasti dalam kalangan pengundi Cina melalui temubual secara bersemuka, menjelaskan mereka tidak gemar dengan pucuk pimpinan MCA Pusat yang dikatakan mengalami permasalahan integriti.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:11 AM

Ada juga dalam kalangan pengundi Cina yang berani mengatakan mereka tidak akan mengundi BN khususnya di kawasan bandar, contohnya di Bandar Melaka mahupun di Parlimen Kota Melaka. Wujud juga dari kalangan pengundi Cina mahu memperlihatkan kuasa Cina dapat diseimbangkan melalui parti yang lebih agresif dan lantang.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:11 AM

Mereka melihat MCA adalah parti yang bersifat sederhana dan hanya mampu mengikut kehendak kerajaan, sedangkan DAP dilihat mampu menjadi suara rakyat akar umbi untuk menuntut hak masyarakat Cina, khususnya dari aspek perniagaan, keusahawanan dan ekonomi.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:11 AM

Tidak kurang juga yang menyatakan wujud elemen rasuah dan tiada integriti untuk mendapatkan pelbagai projek serta berurus niaga dengan orang tengah.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:12 AM

Banyak perkara yang perlu dikaji sebaiknya mengenai perkara ini. Pendekatan terpaksa melobi dan membayar sejumlah wang pendahuluan untuk mendapatkan projek dan bersemuka dengan pemimpin telah tersebar dalam kalangan majoriti pengundi Cina setempat.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:12 AM

Pendekatan DAP pula, sentiasa menunggu peluang untuk memancing undi telah berjaya memikat hati pengundi Cina pada PRU-13 untuk mengundi mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:12 AM

Isu pengundi Cina beralih angin kepada DAP adalah disebabkan mereka hilang kepercayaan kepada MCA dan GERAKAN kerana pemimpinnya tidak mampu memberikan keyakinan kepada pengundi Cina di peringkat akar umbi, bukannya disebabkan DAP lebih dominan dan wibawa.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:13 AM

Apa pula yang perlu dilakukan oleh masyarakat Melayu untuk memastikan Melayu bersatu? Perkara yang paling mudah adalah semua pemimpin Melayu perlu bersatu hati dan berdamai terlebih dahulu. Jika pemimpin Melayu berdamai, khususnya antara UMNO, PAS dan PKR, maka rakyat dan seluruh penyokong dan ahli parti akan berdamai dan bersatu hati.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:13 AM

Kedua pegang pada akidah Islamiah. Jangan curiga, fitnah mefitnah dan berpecah belah antara satu sama lain. Jangan pula ada yang cuba cantas mencantas sesama sendiri. Hakikatnya masyarakat Melayu langsung tidak mahu belajar daripada sejarah, sedangkan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pernah jatuh disebabkan fitnah dan perpecahan di kalangan umat Melayu dan Islam.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:13 AM

Semangat gagasan 1Malaysia dan nasionalisme perlu diterjemahkan secara serius dan konsisten dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:13 AM

Walau apa pun berlaku, semua kaum di negara ini janganlah mudah melatah hingga menyebabkan berlaku jurang perkauman dengan ketara. Mengapa isu itu harus timbul selepas 56 tahun negara mencapai kemerdekaan.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:14 AM

Apa yang membimbangkan ialah masyarakat di negara ini akan menjadi lebih ekstrem dan berlaku perpecahan kaum yang ketara.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 10:14 AM

Sarjana, pensyarah dan pemimpin politik perlu lebih bertanggungjawab dan rasional. Jangan mengusutkan lagi keadaan dan memberikan pandangan yang ekstrem sehingga mempengaruhi rakyat bertindak berdasarkan sentimen perkauman.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx