Thursday, May 9, 2013

Tamak Punca Beberapa DUN Di Selangor Kalah?

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan), yang terdiri dari gabungan PAS, DAP dan PKR, di Selangor semakin kuat.

Pakatan semakin kuat walaupun usaha untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang paling kaya itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pencapaian PAS paling memberangsangkan apabila berjaya memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya lapan DUN pada tahun 2008.

DAP pula menambah dua kerusi iaitu daripada 13 DUN pada PRU-12 kepada 15 DUN pada PRU-13 Ahad lepas.

Namun PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008.

Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.

Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.

PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.

Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.

Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.

Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.

Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi PAS.

Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.

Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.

Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.

Pakatan lawan Pakatan

Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.

Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.

Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.

Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.

Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.

Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.

Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan. -FMT
xxx2

Komen Anda

117 Responses to " Tamak Punca Beberapa DUN Di Selangor Kalah? "
Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:42 AM

Tamak apa lgi ni. Kan dah dapat 2/3. Masih tak puas hati kah Azmin? Bersyukurlah sekurang-kurangnya dah bergelar YB.


Local Sabahan said...
May 10, 2013 at 8:01 AM

Pertama sifat Tamak dan kedua Azmin ni ada cita2 tersembunyi.Bayangkan apa yg terjadi dengan calon2 PKR yang sokong oleh Azmin,semuanya lingkup.contohnya di Labuan..Apa sudah jadi???baru tau...Phuiii...


Local Sabahan said...
May 10, 2013 at 8:16 AM

Baru Padan muka kau Datu Wahid Hussin serta Ketua cabang.Apa kau rasa sekarang? belum menang sudah ego no.1 waktu penamaan calon perangai macam orang Gila, lapas tu hina calon PAS dan terlompat lompat macam monyet.nah kamu pigilah minta duit sama Tan Sri!!!Gara2 kamu berdualah PKR yg kami sayang kalah dan gara2 kamu jugalah harga minyak naik..bodoh punya Datu dan ketua cabang...


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:28 AM

Sekalipun kalah di sejumlah kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada gabungan PAS-PKR-DAP, kawasan-kawasan di bahagian utara Selangor kekal sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:29 AM

Prestasi yang dicatatkan BN di empat kawasan Parlimen di bahagian utara negeri ini tetap membanggakan untuk terus membakar semangat para anggota parti itu kerana selain menang di kerusi-kerusi pilihan raya, calon-calon BN pada umumnya turut berhasil meningkatkan majoriti undi kemenangan mereka.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:30 AM

Di kawasan Parlimen Tanjong Karang misalnya, BN menyapu bersih kesemua kerusi iaitu satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan jumlah majoriti undi kemenangan yang bertambah baik.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:39 AM

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor menang dengan majoriti 4,394 undi berbanding majoriti undi 3,820 pada 2008, dalam pertandingan tiga penjuru


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:54 AM

Ketika ditanya mengenai prestasi lebih baik calon-calon BN di bahagian utara Selangor, Noh berkata pencapaian itu adalah penghargaan masyarakat tempatan kepada mereka dan justeru mereka berjanji akan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:55 AM

BN juga berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Sabak Bernam serta satu daripada dua kerusi DUN di bawahnya iaitu Sungai Air Tawar, tetapi kalah tipis untuk kerusi DUN Sabak kepada calon dari PR.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:56 AM

Di kawasan Parlimen Kuala Selangor, prestasi calon-calon BN tidak kurang hebatnya apabila mereka merampas kembali kerusi Parlimen Kuala Selangor dan dua daripada tiga kerusi DUN dari tangan parti lawan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:57 AM

Calon muka baharu BN bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor Datuk Imorhizam Ibrahim dan Jakiran Jacomah calon BN bagi kerusi DUN Bukit Melawati merebut kembali kerusi-kerusi itu dari parti lawan walaupun mereka masing-masing hanya mencatat majoriti undi sebanyak 460 dan 806.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 10:58 AM

Orang lama di DUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro pula menang dengan majoriti lebih baik iaitu 2,834 undi berbanding majoriti 1,476 undi yang diperoleh beliau pada PRU12.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:04 AM

Seorang lagi calon muka baharu BN, Budiman Mohd Zohdi pula berjaya memastikan legasi penguasaan BN di kerusi DUN Sungai Panjang dengan menewaskan calon PAS Mohd Fadzin Taslimin dengan majoriti 2,183 undi.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:31 PM

Ketika semua parti-parti politik membuat pecutan terakhir menuju pilihanraya, Nurul Izzah pula membuat pecutan terakhir untuk menyelamatkan dirinya dari ditendang oleh Azmin Ali. Menurut sumber, malam sebelum PRU13, Nurul Izzah telah menghantar sekurang-kurangnya 20 orang untuk ‘berkempen’ agar tidak memberi undi kepada Azmin di DUN Bukit Antarabangsa. Arahannya berbunyi lebih kurang seperti berikut, biar Azmin menang di Parlimen Gombak tak apa, tetapi jangan dimenangkan di DUN.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:31 PM

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sakit hati Nurul Izzah kepada Azmin dan keluarga kerana melukakan hati ibunya sudah tidak dapat dibendung lagi. Ibunya sendiri, Wan Azizah langsung tidak mampu bertentang mata dengan Azmin kerana terlalu sedih mengenangkan Anwar lebih sayangkan lelaki itu suami isteri, berbanding isterinya yang sah. Sebelum ini, Anwar lebih awal mengumumkan Wan Azizah tidak bertanding, tetapi kemudiannya, Nurul Izzah telah bertindak menafikannya.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:31 PM

Ketiadaan Wan Azizah beberapa lama sehingga ramai tertanya-tanya ke manakah sang Presiden walaupun kempen telah bermula, membuktikan bahawa Anwar benar-benar lebih menyayangi Azmin dari Azizah.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:32 PM

Justeru, sebagai seorang anak ‘solehah’, Nurul Izzah mengatur langkah sendiri untuk menjatuhkan kekasih bapanya itu. Beliau tidak sanggup melihat Azmin menjadi Menteri Besar dan seterusnya ‘membunuh’ semua orang dari kem ibunya. Nurul Izzah perlu menyekat kemaraan Azmin yang nampaknya sudah begitu melampau akibat terlalu dimanjakan oleh Anwar.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:32 PM

Pada pilihan raya umum 2008, Azmin berjaya memenangi kerusi Parlimen Gombak menewaskan saingan calon dari BN, Said Anuar Said Ahmad. Beliau mendapat undian sebanyak 40,334 undi dengan majoriti undi adalah sebanyak 6,867. Manakala, bagi kerusi Dun Bukit Antarabangsa, Azmin menerima undian sebanyak 11,731 undi menewaskan calon BN, Haslina Mohd Zerain dengan majoriti 1,381 undi.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:32 PM

Kali ini, Azmin berhadapan dengan Mohamad Nadzim Bin Ibrahim dari BN iaitu seorang peguam dan juga setiausaha syarikat. Dan nampaknya sebelum berhadapan dengan Mohd Nadzim, Azmin perlu terlebih dahulu berhadapan dengan Nurul Izzah. Kita pasti, jika Anwar mendapat tahu berita ini, tentu beliau bertambah pening dengan anak perempuannya ini.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:32 PM

Mana tidaknya, sudahlah kerusi sendiri hampir pasti akan terlepas, bukannya Izzah hendak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan kerusinya, tetapi hendak dipastikan pula agar kerusi orang lain turut terlepas sama. Bagaimanapun, kita faham bahawa Anwar tidak boleh marah kerana beliaulah yang membentuk kedua-duanya iaitu Izzah dan juga Azmin. Kedua-dua personaliti ini menjadi begitu rakus kerana berpegang teguh kepada kepimpinan melalui tauladan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:32 PM

Kerakusan telah menyebabkan Nurul Izzah sering bertindak sembrono. Beliau sebelum ini turut cuba memerangkap kerajaan agar mendedahkan maklumat pertahanan kepada dunia. Malah, kerana tidak berfikir sebelum bercakap, beliau juga telah mentafsir ayat mengenai kebebasan beragama sebagai bermaksud Umat Islam juga berhak menukar agama. Tindakan ini ternyata memakan dirinya dan juga parti.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:33 PM

Nurul Izzah juga turut mendedahkan kebodohannya apabila cuba mengulas dan menyerang kerajaan dalam isu Lahad Datu. Dari rakaman youtube ceramahnya, kita mendapat tahu bahawa Nurul Izzah yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin negara ini sebenarnya langsung tidak tahu mengenai sejarah pasukan keselamatan mahupun tugas-tugas mereka sekarang. Rupa-rupanya selama ini Nurul Izzah menyangkakan yang kerja pasukan Cawangan Khas adalah untuk mencari orang hilang!?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:33 PM

Dan dalam tempoh berkempen ini, Nurul Izzah buat kerja bodoh lagi apabila cuba mempertikai dakwat kekal yang diperjuangkan partinya. Susah payah beliau merakam orang mencuci jari setelah mengundi tetapi akhirnya, orang itu sendiri mendedahkan bahawa Nurul Izzah telah memerangkapnya. Kita faham bahawa penyokong-penyokong PKR akan mempercayai apa saja, tetapi tidakkah Nurul Izzah sendiri merasa malu dengan taktik bodoh ini?


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:33 PM

Telah kita beritahu dahulu bahawa dakwat kekal hanya digunakan di negara-negara dunia ketiga dan Malaysia tidak perlu berbalik ke belakang kerana kita punya cara yang lebih canggih dari itu. Namun, PR sanggup berdemonstrasi memperjudikan nasib dan nyawa penyokongnya demi dakwat kekal. Maka, bagi mendiamkan Nurul Izzah dan Ambiga, SPR pun bersetuju untuk menggunakan sistem itu disamping sistem sedia ada.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:33 PM

Tetapi, kini Nurul Izzah dan juga Ambiga ingin menentang dakwat kekal pula. Benarlah kata orang, apabila slogannya ialah ‘lawan tetap lawan’, maka tentulah mereka akan terus melawan walaupun tiada apa yang perlu di lawan. Sebelum terus berlawan, mungkin Nurul Izzah perlu melihat dulu apa yang bakal dilawannya. Beliau kini berhadapan dengan Datuk Raja Nong Chik yang cukup dekat dengan rakyat. Pada tahun 2008, Izzah mengatasi Shahriazt sebanyak 2,895 undi daripada 56,650 pengundi. Kali ini, jumlah pengundi Lembah Pantai adalah 72,533 yang mana sebahagiannya disangkakan Izzah sebagai ‘pengundi hantu’. Bagaimanapun, Izzah tidak lagi memainkan isu ini setelah pengundi tersebut sendiri tampil memberitahu Izzah bahawa mereka adalah ‘manusia dan bukan hantu’.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:33 PM

Mungkin Izzah telah menyedari bahawa beliau tidak akan mampu melawan Raja Nong Chik, maka kerana itulah beliau pun menghalakan senjata ke arah Azmin Ali semata-mata untuk menepati slogan ‘lawan tetap lawan’.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 12:43 PM

apalah PR ni, dah menang di Selangor masih lagi tidak puat hati..


gag said...
May 10, 2013 at 2:11 PM

Kenyataan Mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, tindakan PKR meletakkan dua tokoh penting di Selangor – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bertanding dua kerusi iaitu parlimen dan kerusi negeri adalah strategi yang baik. Akan tetapi timbul pula isu perebutan kuasa. PKR tak habis-habis dengan isu dalaman.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 2:14 PM

PANAS, SIKAP TAMAK & TOLERANSI PEMIMPIN PKR
Beliau berkata, tindakan itu untuk meredakan rasa tidak puas hati penyokong antara kedua-dua pemimpin itu.

“Di antara penyokong Azmin dan Khalid masing-masing tidak puas hati. Kumpulan penyokong Azmin mahu Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menggantikan tempat Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Lagi-lagi isu dalaman


gag said...
May 10, 2013 at 2:15 PM

PANAS, SIKAP TAMAK & TOLERANSI PEMIMPIN PKR

“Pengaruh Azmin terhadap Anwar lebih besar berbanding Khalid, bagaimanapun bergantung juga kepada Sultan Selangor sama ada boleh menerima Azmin atau tidak,”

Lagi-lagi isu Dalaman


Anonymous said...
May 10, 2013 at 2:30 PM

PANAS, SIKAP TAMAK & TOLERANSI PEMIMPIN PKR

Azmin Ali tidak hadir perhimpunan semalam di Stadium Kelana Jaya yang dipelopori Anwar Ibrahim.. Lebih mengejutkan, Azmin Ali minta PR dan Anwar terima keputusan PRU 13 dengan hati terbuka. Azmin minta Pakatan Rakyat TERIMA KEPUTUSAN PRU 13 SEBAGAI RAKYAT.

Lagi-lagi isu Dalaman


Anonymous said...
May 10, 2013 at 2:32 PM

PANAS, SIKAP TAMAK & TOLERANSI PEMIMPIN PKR

Rakyat dah jemu dengan usaha mengheret mereka ke dalam kancah politk PR gara2 kegagalan PR tawan kerajaan pusat, ujar Azmin. Daripada menyalahkan keputusan PRU13, Azmin Ali suruh PR muhasabah diri (scrutinize yourself)

Lagi-lagi isu Dalaman


Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:30 PM

Salam,

1. Yang menang jangan seronok sangat.
2. Hutang negara dah cecah RM550 Billion.
3. Jumlah rakyat malaysia 28juta.
4. Cuba kira RM550Bil bahagi 28juta orang
5. Maknanya seminit bayi yg baru lahir tadi dah berhutang lebih kurang RM17ribu.
6. Maknanya kalau semua rakyat malaysia keluarkan RM17ribu seorang untuk bayar hutang negara masih tak cukup.
6.5 kebanyakan melayu bandar dan kaum cina dah pandai kira.. so depa tak pilih BN
7. Bayangkan kalau Petronas rugi tahun ni... hehehe wasalam la
8. Terpaksa kerajaan potong subsidi dan naikan cukai
9. Berdoalah agar business petronas lancar dan boleh buat untung
10. Nasib baik rakyat malaysia kurang cerdik berpolitik, so selamat najib and BN utk PRU13.
11. PRU14 tak pasti lagi..
12. Ada ke orang nak ganti datuk Najib jadi PM dan pikul beban hutang negara ni?
13 Muhyiddin pun fikir 100 kali dan jadi tak sehebat masa nak minta Pak Lah turun tahta dulu

*Maafkan saya kalau fakta saya salah


Anonymous said...
May 10, 2013 at 8:35 PM

Ini cadangan saya:-

1. Cari pelapis muda dalam kabinet kerajaan.

2. Kekalkan PM Najib sepenggal lagi.

3. Muhyiddin tidak mantap menjadi PM Malaysia. (Hujah tak tepat dan cermat..)

4. Hadkan campurtangan Rosmah dalam kerajaan. (Meluat dan antara faktor kurang sokongan).

5. Jangan bermusuh dgn kaum cina.. ( we won't win.. )

6. Fokus mantapkan ekonomi dan kurangkan penindasan terhadap selain UMNO dan pejawat awam. (Malapetaka Ali Rustam jadikan tauladan..)


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:44 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu bertanggungjawab ekoran kehilangan kerusi Kota Damansara yang ditandingi calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) menggunakan lambang PKR kerana beliau yang memberi watikah bagi membolehkan calon PAS bertanding di kawasan tersebut, kata Azmin Ali.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:44 PM

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, tindakan PAS meletakkan calon mereka di kerusi berkenaan mengakibatkan PKR kehilangan kerusi yang menjadi miliknya pada Pilihan Raya 2008 di kawasan berkenaan yang mana menurutnya telah diputuskan secara kolektif sebelum penamaan calon.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:45 PM

"Tapi malangnya PAS ganggu dan calon PAS itu tidak akan boleh bertanding di Kota Damansara tanpa watikah daripada Presiden.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:45 PM

... jadi Presiden PAS harus bertanggungjawab sepenuhnya berhubung perkara tersebut.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:45 PM

"Keputusan yang dicapai secara kolektif hasil perbincangan di peringkat negeri dan nasional, PAS dan PSM tidak seharusnya mengganggu di Semenyih dan Kota Damansara kerana ia adalah keputusan yang telah ditetapkan sebelum hari penamaan calon," tegas Azmin yang ditemui pemberita di Ibu Pejabat PKR hari ini.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:45 PM

Jelas Azmin lagi, tanpa krisis yang berlaku di kerusi tersebut, PKR sudah pasti akan berjaya menambah bilangan kerusi mereka.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:46 PM

"Jadi sepatutnya PKR ada 16 kerusi kalau tidak diganggu oleh kawan kami sendiri. Jadi mereka harus dipersalahkan untuk itu," tegasnya, merujuk kepada Kerusi negeri di Semenyih dan Kota Damansara.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:46 PM

Kerusi Kota Damansara yang menyaksikan pertandingan enam penjuru antara PKR, PAS, dan PSM termasuk tiga calon bebas tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 yang menyaksikan calon BN, Halimaton Saadiah memenangi kerusi terbabit.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:46 PM

"Dan kita melihat kenyataan Dr Rani dan juga Khalid Samad jelas, mereka bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di Kota Damansara kerana ada masalah dalaman PAS yang mengganggu PKR di Kota Damansara dan beliau telah nyatakan secara terbuka bahawa PAS mengambil tanggungjawab," kata Azmin merujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman dan juga ahli Parlimen Shah Alam,


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:46 PM

Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun telah diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim dari PSM.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:55 PM

Azerbaijan sees Malaysia as an advanced Muslim country and regards it as the “Tiger of Southeast Asia,” backed by good economic reforms and rapid development, Azerbaijan Ambassador-Designate to Malaysia, Prof Dr Qaley Allahverdiyev, said.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:56 PM

He said Malaysia’s 25th ranking in the 2012-2013 Global Competitive Index of the World Economic Forum (WEF) had attracted Azerbaijan, which was ranked 46th, to expand ties with Malaysia.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:56 PM

“We want to be like Malaysia and at the same level as Malaysia. Malaysia and Azerbaijan are two Muslim countries that practise democracy extensively and we see Malaysia as the “Tiger of Southeast Asia” and we want to be the “Tiger of Caucasus,” he said.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:56 PM

Najib yang juga Pengerusi BN turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada para pengundi serta semua pihak kerana memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN untuk terus mentadbir negara.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:56 PM

He said this to Bernama in an inverview in conjunction with the 90th anniversary of Azerbaijan’s National Leader Heydar Aliyev on May 10. Aliyev was Azerbaijan’s president from 1993 to 2003 after leading the Soviet Azerbaijan from 1969 to 1982, the first ever Muslim being represented in the top Soviet establishment.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, BN berjaya mengekalkan mandat untuk memerintah kerajaan pusat dengan majoriti mudah apabila memperoleh 133 kerusi Parlimen.
Najib juga berkata beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjayanya selama ini.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

Azerbaijan’s current president is Aliyev’s son, Ilham, who won the presidential election on Oct 15, 2003, after his father stood down from the presidency in early October the same year.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

"Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

Allahverdiyev said Azerbaijan had recently decided to expand ties with Asean countries and regarded Malaysia as one of the leaders in the region, noting that the two countries already had good political relations.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

“Now, we want to pursue more good business relations in the various sectors, including petrochemical apart from tourism and culture,” he said.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:57 PM

"Sepanjang empat tahun yang lalu, saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:58 PM

"Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan pelaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu," katanya.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:58 PM

He also said total trade turnover between Azerbaijan and Malaysia last year stood at almost US$400 million (RM1.19 billion), with Malaysia’s imports from Azerbaijan valued at US$370 million (RM1.10 billion), with the bulk of the imports being crude oil at 442,000 tonnes.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:59 PM

Total exports from Malaysia to Azerbaijan stood at US$14.15 million (RM42.13 million), with fuel and chemical components being the largest contributor at US$4.1 million (RM12.21 million) and palm oil at US$3.3 million (RM9.83 million).


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:59 PM

In 2012, about 290 Malaysians travelled to Azerbaijan for business and work, especially in the petrochemical sector, he said, adding that currently there are some 50 Azerbaijan citizens in Malaysia who are mostly students and also in the business sector.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 11:59 PM

As for tourism, First Secretary at the Azerbaijan’s Embassy, Vasif Abutalibov, said Azerbaijan had started building new infrastructures for its tourism sector on the shores of Caspian Sea and hopes that more Malaysians would visit Azerbaijan.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:00 AM

Tourism in both countries, he said, could be enhanced if Malaysia Airlines (MAS) commenced a direct flight to Baku, the country’s capital, once a week, which would also enable businessmen from both countries to look for business opportunities, adding that currently there are no direct flights from Kuala Lumpur to Baku.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:01 AM

Vasif said that having the direct flight was appropriate as Azerbaijan’s Silk Way Airlines and MAS’ air cargo unit, MASkargo, signed a deal in February this year to cooperate on mutual freight network development, which would turn Baku into MASkargo’s freight hub in east Europe.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:01 AM

The Azerbaijan Embassy will celebrate the anniversary of the late national leader with a reception tonight.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:01 AM

Allahverdiyev said Aliyev had always been a staunch proponent of a progressive society and developed country and that his policies had always been in favour of the people, adding that the poverty line in Azerbaijan dwindled to six per cent from 50 per cent during his dynamic leadership.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:01 AM

Najib turut mengakui bahawa PRU13 merupakan pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:49 AM

Sebelum PRU-13, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang membayangkan akan mengundur diri daripada pentas politik Malaysia dan akan kembali mengajar jika Pakatan Pembangkang ‘KALAH’ dalam PRU-13.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:50 AM

Malah, dengan nada bersahaja Anwar akan memberikan kuasa dan jawatan yang disandangnya itu sebagai Ketua Pembangkang kepada pemimpin muda dengan membayangkan Rafizi Ramli sebagai penggantinya jika beliau mengambil keputusan bersara. Namun, itu semuanya hanya janji-janji PALSU Anwar yang kini dilihat semakin tertekan dengan cita-citanya menuju Putrajaya.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:50 AM

Melihat kekalahan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 dan peningkatan undi Cina yang diterima Pakatan Pembangkang khususnya DAP, Anwar mengambil kesempatan dengan memuji kaum Cina yang menyokong Pakatan Pembangkang dan menemplak pengundi Melayu dan Bumiputera kerana tidak mengundi Pakatan Pembangkang.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:50 AM

Sentimen kecinaan terus dimainkan Anwar di Stadium Kelana Jaya apabila 80 peratus daripada yang hadir terdiri daripada masyarakat Cina manakala 10 peratus lagi masing-masingnya orang Melayu dan India. Jelas bahawa kaum Cina di Malaysia kini sudah termakan dengan ideologi Cina untuk Cina yang diketengahkan DAP dan Lim Kit Siang.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:50 AM

Dengan ketidakjadian Anwar Ibrahim bersara daripada politik, jelas menggambar bahawa Anwar dan Pakatan Pembangkang kini sedang merancang untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat menerusi Arab Spring. Ini tidak mustahil apabila mendengar ucapan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Pembangkang di Stadium Kelana Jaya yang berupa hasutan kepada rakyat hingga boleh menimbulkan huru-hara.


headhunter said...
May 11, 2013 at 7:50 AM

Kita mengharapkan agar pasukan polis boleh bertindak segera sebelum kekacauan Arab Spring yang diinginkan Pakatan Pembangkang.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 9:14 AM

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih? TAMAK HALOBA!

Nampaknya tak cukup ruang di Tropicana untuk Azmin berperang dengan Anwar.. laman Twitter pula diguna untuk meneruskan peperangan..

Tweet dari Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali di atas dipercayai ditujukan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selasa lalu.

Menurut apa yang tersiar dilaman Twitter milik beliau itu, Azmin Ali mempersoalkan akan kegagalan Pakatan Rakyat pada PRU13 yang lalu dan penjelasan mengenainya akan dilakukan dalam masa terdekat.

Azmin juga dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya semalam kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya.

Esok, 11 pagi Azmin akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang berkaitan tweet tersebut dan jawatan MB Selangor.

Yang menariknya ianya tidak akan diadakan di ibu pejabat PKR.. tetapi di De Palma Hotel..


Anonymous said...
May 11, 2013 at 9:16 AM

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih? TAMAK HALOBA!


Pejabat Timbalan Presiden KEADILAN

Salam hormat,

Adalah dimaklumkan bahawa YB Mohamed Azmin Ali akan mengadakan satu sidang media khas seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 Mei 2013 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : De Palma Hotel, Ampang

Justeru, kami mengalu - alukan semua warga media untuk hadir sama dalam sidang media tersebut.

Sekian, terima kasih.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 9:17 AM

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih? TAMAK HALOBA!


Kenapa nak buat sidang Media di De Palma Hotel tu??.. nak keluar PKR ke?.. takkanlah kerana tak puas hati dengan pembahagian EXCO nak keluar PKR kot..

Nih pendapat aku... Berselisih pendapat adalah perkara biasa dan ianya adalah satu amalan yang baik bagi mencari apakah yang terbaik.

Tetapi jika penyelesaiannya masih tiada, sebagai seorang salah seorang dari pemimpin tertinggi dalam PKR, Azmin Ali sewajarnya mengawal kemarahannya dengan sebaik mungkin, bukannya menyerang DS Anwar Ibrahim dilaman sosial.

Ianya hanya akan mendedahkan kepincangan yang ada dalam PKR kepada puak-puak UG dan juga UMNO..

Tapi menurut Sinar.. Azmin Ali kata dia nak selamatkan PKR..


Anonymous said...
May 11, 2013 at 9:18 AM

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih? TAMAK HALOBA!

SHAH ALAM – Timbalan Presiden PKR, Mohammed Azmin Ali tekad mahu menyelamatkan parti itu dari sebarang amalan nepotisme yang boleh menghilangkan kepercayaan rakyat.

Katanya, atas kemenangan besar Pakatan Rakyat (PR) di Selangor, beliau akan memastikan menteri besar yang akan menerajui negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan.

“Atas mandat besar yang diberikan oleh rakyat di Selangor saya mahu pastikan MB adalah seorang yang tidak boleh dicucuk hidung dan ditarik oleh mana-mana pihak yang berkepentingan,” katanya kepada Sinar Harian.

Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dengan tegas berkata, beliau akan terus menerajui PKR untuk membangunkan kepimpinan yang bersih, tegas, dan tuntas dalam membuat keputusan.

“Saya bertekad untuk menyelamatkan PKR daripada amalan nepotisme,” katanya.

Dalam pada itu Azmin yang Pengerusi PKR Selangor menafikan khabar angin yang dimainkan pihak tertentu yang mendakwa beliau akan meninggalkan parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar.

“Saya tidak akan meninggalkan perjuangan murni ini dan sesekali tidak akan mengkhianati amanah rakyat yang mahukan perubahan.

“PKR sebati dengan roh dan prinsip perjuangan saya,” katanya.

Mengenai calon menteri besar yang dikatakan sewajarnya diberikan kepada pemimpin Pas, beliau berkata, kerusi menteri besar adalah milik PKR yang akan diwakili individu daripada parti itu.

“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh mendabik dada dengan kemenangan besar PR di Selangor.

“Kejayaan di Selangor ini adalah hasil muafakat PR yang utuh di pelbagai peringkat. Faktor penyumbang kemenangan besar PR di Selangor adalah adalah hasil dasar bersama PR. Ia adalah hasil kerja pimpinan dan anggota parti PR di peringkat daerah dan kampung,” katanya ~


Anonymous said...
May 11, 2013 at 9:19 AM

Azmin Ali nak keluar PKR ke nih? TAMAK HALOBA!


ISH..ISH..ISH... BN MCM NI KEW? TAK KAN? JADI, KESIMPULANNYA, BN IS THE BEST!!! PERGGGGG...



Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:46 AM

Azmin ALi nak saman Anwar? Gempak weii


Anonymous said...
May 11, 2013 at 11:59 AM

Tamaha punya pasal laini lucu benerrr eh


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:24 PM

Azmin ALi nampaknya berhempas pulas ke derr sudah skrg haha


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:26 PM

As I have said they are merely here for attention


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:30 PM

Azmin Ali enough is enough


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:31 PM

Mampus la PKR kali ni


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:35 PM

PKR memang tamak pun


Anonymous said...
May 11, 2013 at 12:35 PM

Lihat saja banyak kes berlaku gara2 ini semua


Khairul said...
May 14, 2013 at 8:22 AM

Banyak juga sindiket penipuan dikesan.


Fanny said...
May 14, 2013 at 8:22 AM

Opposition has do the best in Penang and Selangor.


Pang said...
May 14, 2013 at 8:23 AM

Kenapa pula pembangkang boleh kalah di Perak? Trengganu? Johor?


Shinia said...
May 14, 2013 at 8:25 AM

Ketegangan antara kaum dan bangsa juga disebabkan oleh pihak yang tertentu yang adanya agenda tidak diketahui.


Ryus said...
May 14, 2013 at 8:29 AM

PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.

Pencapaian PKR tidak sebaik yang dijangka. Malah DAP mencapai kemenangan yang mantap.


Anonymous said...
May 14, 2013 at 10:08 AM

kita dah berusaha sehabis daya, tpi takdir tuhan menentu segala! apa guna menang sorak, kampung habis digadaikan?

BN bukan bertuankan si rasis & chauvinis DAP! BN, walau tidak majoriti di Selangor,tetapi ada peningkatan. Tahniah


Anonymous said...
May 14, 2013 at 10:23 AM

Anonymous, May 14, 2013 at 10:08 am

peningkatan semangat & jati diri?? hahaha.

no money, no bicara pasal perjuangan!!!!! DAP kuat sebab Melayu dipecah2kan & ada pemimpinnya diberi duit bulanan oleh DAP. itu pasalla Pemimpin PAS ada berkeras x mo wujudkan `perpaduang` dgn BN.

x caye? mu tanya Mat Sabu yg kerap ke pejabat CM Penang!! xpun Mahfuz..atau Khalid Samad..atau Hj Hadi..atau Zamil, `si pemberi duit halal`...DAP adalah tokong!! DAP adalah Raja dalam politik, cuma x dpt sokongan total dari peribumi shj..itu sebab DAP pergunakan pihak lain dalam menguat kedudukannya. DAP ada pejabat besar di Singapore & ayam tambatan LKY. Dananya lebi 1 Billion.


aku yg mengundi PR ada bukti,pun..tapi `masyuukk` jg dengan DAP! bye


Anonymous said...
May 14, 2013 at 10:32 AM

upah kerja pasang bendera dengan BN dapat 200. kerja dengan PR dapat upah 2000!! duit segera semasa PRU13, lhoo.

itu belum blogger yg digaji sekurang kurangnya 3000 ringgit sebulan! bermacam kemudahan dapat. baik aku kerja bersungguh sungguh dengan PR.

aku juga tengah tunggu isyarat dari PR mau protes di Sabah! PR pandai takel orang. apa salah nya jika dibayar? lumayan sangat, bahh

hidup PR!!!


*aku ndak kacau orang lain


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:50 AM

Bukan satu rahsia lagi cita-cita Azmin Ali untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:50 AM

Dari segi kelayakan politik, sudah tentu TS Khalid Ibrahim yang ditolak sendiri orang PKR di tempatnya tidak menandingi kehebatan Azmin Ali.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:51 AM

Kaliber dan kepimpinan Azmin Ali lebih jauh baik dari TS Khalid ibrahim yang mengharapkan sokongan Wan Azizah dan Nurul Izzah.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:51 AM

Rakyat menantikan apakah kesudahan drama ini? Kekecewaan sudah diluahkan. Malah Azwan Ali juga sudah melancarkan perang saraf menyokong Azmin Ali sebagai Menteri Besar.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:51 AM

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.” Dalam mesej tweetnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:51 AM

“Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:51 AM

Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:52 AM

“Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:52 AM

“

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:52 AM

“Gagal ke Putrajaya. Salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:52 AM

Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:52 AM

Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:53 AM

Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:53 AM

Zuraida memberitahu Antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:53 AM

PERBALAHAN parti-parti komponen di Selangor berhubung jawatan Menteri Besar khabarnya semakin hangat. Sumber laman ini memaklumkan bahawa walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan di Bandar Tun Razak 15 April lepas bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal dalam jawatan tersebut, tapi ada perkembangan terbaru apabila PAS dikatakan turut menunjukkan minat.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:53 AM

Sebab itu tempoh 1 minggu diperlukan untuk menyelesaikan semua masalah tersebut.

Ini masalah apabila Pakatan Rakyat tidak didaftarkan, arahan Anwar tidak langsung dipatuhi. Kalau Anwar dah kata Khalid, Khalidlah, kenapa pula PAS mahu masuk campur juga?


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:54 AM

Cadangan ini bagaimanapun ditolak sepenuhnya oleh DAP yang tidak mahu parti yang berunsurkan perjuangan Islam itu mengetuai kerajaan negeri Selangor. DAP khabarnya telah bersetuju dengan cadangan Anwar agar Khalid dilantik semula tapi ditolak bulat-bulat oleh PAS pula.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:54 AM

Maka itu laman ini berpandangan, adalah lebih baik Azmin Ali dipilih sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Walaupun Azmin diketahui ada banyak masalah peribadi yang membelenggu dirinya, tapi semua itu tidak begitu menjejaskan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar nanti.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:54 AM

Selain itu, pemilihan Azmin dapat meredakan ketegangan antara masing-masing PAS dan DAP.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:55 AM

DAP perlu mengalah kerana jika tidak, PAS akan memilih untuk bekerjasama dengan BN.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:55 AM

Walaupun perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi ia membolehkan BN memperolehi sokongan 2/3 di Parlimen!!


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:56 AM

Justeru memang wajarlah Azmin dilantik ke jawatan tersebut. PAS dan DAP mungkin boleh berbincang untuk jawatan lain dalam Exco. Pergaduhan yang tidak akan ada kesudahan..


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:56 AM

Peluang itu banyak kerana Exco sebelum ini dibebankan dengan terlalu banyak portfolio sehingga menjejaskan prestasi masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:56 AM

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi amaran agar krisis PKR Selangor ditamatkan segera untuk membolehkan pembentukan kerajaan baru dibentuk semula. Semakin bermasalah betul di Selangor iin. Hahaha semakin parah sekarang ini PR kerana berebut kuasa pemerintahan.


Hidup Di Sabah said...
May 16, 2013 at 7:59 AM

Selangor akan lebih cepat daripada kita (kerajaan Pulau Pinang), tetapi masih ada masalah. Masalah mereka yang gilakan kuasa yang sudah lama ditunggu-tunggu. Memang malang Azmin tidak dapat apa yang dia inginkan sama seperti Anwar.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx