Wednesday, May 1, 2013

Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni!

Di Malaysia, projek pembinaan lebuhraya merupakan satu lapangan perniagaan yang berisiko rendah dan sangat menguntungkan syarikat konsesi. Akan tetapi, projek sebegini dikhususkan untuk kroni-kroni BN sahaja.

Contohnya, syarikat PLUS yang membelanjakan RM 5.9 bilion untuk membina Lebuhraya Utara-Selatan, namun sehingga 31 Disember 2010, telah mengutip tol sebanyak RM18.3billion. Bagi setiap ringgit yang dikutip, syarikat konsesi memperoleh untung bersih sebanyak 52 sen!

Tambahan pula, kadar tol akan dinaikkan sebanyak 5% setiap 3 tahun bermula 2016. Mengikut terma konsesi, bayaran tol akan dikutip sehingga 2038 - ini bukan saja membebankan kita tetapi juga anak cucu kita.

Ceritanya sama dengan syarikat-syarikat konsesi yang lain seperti Lebuharaya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Cheras-Kajang, Lebuhraya Port Dickson, Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Karak.

Di bawah BN, tol akan diteruskan di lebuhraya-lebuhraya yang baru seperti Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru (EDL) dan Lebuhraya Pantai Barat Taiping - Banting (WCE). Masing-masing akan mengutip tol untuk tempoh 34 dan 60 tahun.

Hakikatnya, jika rasuah dan penyelewengan dikurangkan, kerajaan boleh membeli balik lebuhraya, menghentikan syarikat konsesi daripada mengaut keuntungan yang melampau, dan memansuhkan tol dalam jangka masa yang paling singkat.

Ini adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. Jika PR berjaya mengambil alih kuasa di Putrajaya, rakyat akan menikmati perkhidmatan lebuhraya percuma!

Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia!
xxx2

Komen Anda

49 Responses to " Hapuskan TOL Yang Merompak Rakyat Untuk Suap Kroni! "
Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:29 AM

SENAG SAHAJ BAGI MENYELESAIKAN MASAALAH INI TUKAR TUKAR TUKAR


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:30 AM

Akhbar the New Straits Times kelmarin ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:30 AM

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:30 AM

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:30 AM

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:31 AM

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci. Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:31 AM

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:31 AM

Pada ketika itu, akan terduduk dan terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan. Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya sifat bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:33 AM

Selain mahu menghapuskan PTPTN (yang akan kita bincangkan dalam tulisan lain), Pakatan juga berjanji kononnya untuk mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:33 AM

Janji seperti ini sememangnya mampu menambat hati sesiapa sahaja kerana setiap rakyat pasti mengidamkan kemudahan lebuhraya yang percuma tanpa dikenakan sebarang tol tetapi pada masa sama lebuhraya berkenaan mestilah serba lengkap dan perkhidmatannya berkelas pertama. Adalah amat mustahil untuk memenuhi kedua-dua kehendak ini secara serentak. Namun kerajaan Barisan Nasional berjaya melaksanakan sistem tol pada kadar paling minima dan mengekang kenaikannya dari semasa ke semasa dengan memikirkan beban rakyat.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:34 AM

Dianggarkan kos untuk mengambil alih kesemua 19 syarikat konsesi lebuh raya yang ada di Malaysia ketika ini akan menelan belanja antara RM50 billion hingga RM100 billion. Apa akan tejadi kepada syarikat-syarikat ini jika mereka menggunakan RM 100 bilion untuk mengambil alih kosensi ini dan tidak dibenarkan mengutip tol? Jawapannya mudah sekali - BANGKRAP!


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:35 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah semalam.

Sumber: http://assassincyber.blogspot.com/2012/03/najib-dah-hapuskan-tol-lim-guan-eng.html#ixzz2S6CA1WxS
Under Creative Commons License: Attribution


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:35 AM

Perdana Menteri berkata, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:36 AM

"Ini adalah usaha dan perjuangan kerajaan Barisan Nasional sejak 2009 lagi dan hari ini kerajaan jadikan kenyataan," katanya pada majlis pecah tanah projek Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Bandar Sungai Long di sini.

Perdana Menteri berkata ia juga adalah merupakan janji yang pernah diungkapkan pada 21 Ogos 2011 supaya Jabatan Kerja Raya (JKR) mengkaji kadar tol di lebuh raya itu untuk meringankan beban pengguna.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:36 AM


Ini bermakna pengguna lebuh raya Cheras-Kajang hanya akan membayar RM1.90 tol untuk perjalanan 2 hala. Pengurangan sebanyak 50%.

Jika seorang pekerja berulang-alik dari rumah ke tempat kerja melalui lebuh raya Cheras-Kajang maka, dalam sebulan akan mendapat penjimatan sebanyak RM41.80. Dalam setahun penjimatan sebanyak RM501.60.

Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 10:47 AM

mus sabah.. wal fitnatu asyaddu minal khotr


Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:42 PM

Pemburu kepala akan penngal kepalanya sendiri setelah tol ini ini d hapuskan...


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:00 PM

The Government has kept to its promise of stopping toll collections at sites where the concession agreements have ended.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:01 PM

The toll plaza in Cheras was dismantled in September 2003 followed by the ones in Jalan Pahang and Jalan Kuching, while compensation of RM331.7mil was paid before the toll in Senai was closed in 2004, he said.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:03 PM

“We've kept our bargain and closed the toll plazas after the expiry of the concession period,” he told reporters yesterday.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:06 PM

He said toll collection at the 17.5km point of the North Klang Straits Bypass linking Bukit Raja and Port Klang would cease in 2009.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:06 PM

Samy Vellu said the next toll increase is scheduled for Jan 1, 2008. Among the highways scheduled to raise tolls are the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway, North-South Expressway, Elite, Kulim-Butterworth highway, Second Link in Johor, Seremban-Port Dickson Highway, North Klang Straits Expressway and the Penang Bridge.


shah said...
May 2, 2013 at 4:02 PM

Inilah namanya kerajaan yang prihatin dan menjaga kebajikan rakyat...'rakyat didahulukan' untuk disusahkan...kroni lebih diutamakan kekayaannya...kroni-kroni tu suku sakat diarangla juga. Belakang kira masuk 20%%%%%...gua tolong lu...lu tolong gua la. Rakyat apa diarang peduli...lama-lama senyapla tu. Beli kereta separuh harga cukai kerajaan....aduss sakit hati 9 tahun bayar kereta dengan keringat yang diperah...sudahla bayar roadtax, lesen memandu, tol dan lain- lain. Ini kalilah...


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:20 PM

BN membebankan rakyat, menyuap kroni hingga kenyang, Mahathir tak lena nak jaga Koperat


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:22 PM

Hanya orang guna lutut untuk berfikir bukan guna otak dan hati sudah keras macam batu sahaja bahkan lagi keras lagi sahaja yang akan cakap tol itu bagus. Kesian kpd si anon yang cakap tol bagus tu, hati kau dah keras dah pun walaupun you cakap taukey tamak haloba kaut untung berlebihan, you still berpendapat tol itu bagus yakni you still setuju dengan tindakan kerajaan UMNO.

Tol hanya sesuai dijalankan bagi negara yang sudah tiada sumber lain untuk meningkatkan pendapatan negara. Remember negara kita masih ada minyak dan memegang ranking tertinggi pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia. So adalah tidak munasabah langsung kerajaan BN / UMNO sanggup beri syarikat kroni buat lebuhraya sedangkan kerajaan boleh buat lebuhraya sendiri kerana sumber pendapatan negara banyak.

Said NO to UMNO supaya projek yang tidak munasabah seperti pembinaan lebuh raya tidak diberi kepada kroni dan ensure kerajaan sendiri yang buat lebuhraya dan jalanraya kerana i yakin kerajaan yang tidak terlibat rasuah boleh buat lebuhraya sendiri tanpa perlu syarikat konsensi.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:16 PM

Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?
2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?
3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?
4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?
5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.
6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.
7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?
8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?
9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?
10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.
11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?
12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?
13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?

14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:27 PM

TOL=TIBAI ORANG LALU
PELAKSANA TOL DINAMAKAN TOLOL BIN BAHLOL
HANYA LEBUHRAYA KE NERAKA DAN KE SYURGA SAHAJA YANG TIADA TOL.



bayar tol said...
May 3, 2013 at 2:31 AM

Why do we have to pay toll reason #1:

Tolls are collected to pay for upkeep on highways and bridges.


bayar tol said...
May 3, 2013 at 2:34 AM

Why do we have to pay toll reason #2:

Tolls are a form of user tax that usually pays for the cost of road construction and maintenance without raising taxes on non-users.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 9:39 AM

jgn mudah percaya pada janji pakatan nak hapuskan tol, janji pakatan hnya bertujuan tarik sokongan


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:40 PM

Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:41 PM

Sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:42 PM

“Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya,” kata Mahathir.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:43 PM

Mengambil contoh di Eropah, Dr Mahathir berkata ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:43 PM

Rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:44 PM

“Kalau kita nak jadi bankrap, bolehlah kita beri semua… kita jangan kutip cukai, lepas itu bagi pendidikan percuma, lebuh raya percuma, semuanya… kerajaan akan muflis, mana nak cari duit.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:22 PM

Salah satu daripada janji Pakatan Rakyat yang paling menarik dan paling mendapat perhatian daripada pecacai-pecacai mereka ialah JANJI UNTUK MENGHAPUSKAN TOL. Bukan main lagi bersorak puak-puak pecacai dengan janji itu. Konon-kononnya kalau Pakatan Rakyat menang Putrajaya, maka tak adalah tol di lebuh raya lagi. Bukan itu sahaja, lebuhraya yang menjadi nadi pengangkutan dan perhubungan di Malaysia akan percuma di semua tempat. Betulkah atau ianya satu lagi janji yang tidak akan ditepati?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Kita boleh perhatikan apa yang berlaku di Selangor, contohnya... Selangor dan Pulau Pinang, Kelantan serta Kedah menerima peruntukan MARIS sama seperti negeri-negeri yang lain. Berbeza dengan negeri-negeri lain, keadaan jalanraya di seluruh negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan itu, memang berada dalam keadaan yang amat daif. Penyelenggaraan dan pembaikian yang seharusnya dilaksanakan setiap tahun, hanya dilakukan pada beberapa bulan terakhir sebelum PRU13. Itu pun kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat berlagak dan bercakap besar seolah-olah merekalah yang mengeluarkan segala peruntukan dan perbelanjaan.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Yang pasti, tiada jalan raya atau lebuhraya baru yang dibina oleh negeri-negeri berkenaan sungguhpun Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa ke atas tanah yang tidak boleh dicabar oleh Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Barisan Nasional.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Sudahlah peruntukan MARIS disebat dan disapu, jalan-jalan baru juga tidak dibina di seluruh negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat. Alasan yang kerapkali diberikan oleh para pecacai untuk menjawab kelemahan dan kepincangan tersebut ialah, mereka tidak menguasai Putrajaya. Jadi, bila tidak menguasai Putrajaya, maka mereka pun tidak boleh membina sebatang jalan raya pun. Sesuatu yang amat bersalahan sama sekali!


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Di Pulau Pinang dan Selangor terdapat lebuhraya bertol. Walaupun berjanji akan menghapuskan tol, namun tiada satu pun tol yang dimansuhkan di Pulau Pinang dan Selangor. Selangor mempunyai beberapa batang lebuhraya bertol yang telah dibina pada zaman Barisan Nasional, tetapi tol masih tetap dikutip dan Kerajaan Negeri langsung tidak mencari jalan untuk membayar ganti rugi kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan bagi mengambilalih lebuh-lebuhraya tersebut.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Apa yang dilakukan hanyalah mencipta retorik dan cerita-cerita angin yang sedap didengar. Kalau lebuhraya-lebuhraya di negeri pun tidak mampu dipercumakan oleh Kerajaan Negeri Pakatan, bagaimana mungkin mereka boleh mempercumakan semua lebuhraya di Malaysia?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:23 PM

Pakatan Rakyat boleh menyalahkan syarikat-syarikat konsesi dan demi menyedapkan telinga, dikatakan pula, syarikat konsesi tersebut adalah milik kroni. Sedangkan tanpa syarikat-syarikat konsesi berkenaan, tidak sebatang lebuhraya pun akan wujud di negara ini. Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim sendiri pun tidak pernah bercita-cita untuk menghapuskan tol kerana ia akan menjejaskan pendapatan negeri menerusi cukai dan premium tanah.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:24 PM

Menariknya, sifir semudah itu pun tidak mampu difikirkan oleh pecacai Pakatan Rakyat yang seronok bersorak dan bertepuk tangan sambil membangga-banggakan cerita dongeng Pakatan Rakyat yang mahu menghapuskan TOL.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 2:24 PM

Mengapa tidak mereka bertanya kepada Lim Guan Eng, mengapa Tol Sungai Nyior tidak dihapuskan terus sehingga ke penghujung pentadbirannya? Mengapa pula Khalid Ibrahim tidak memutuskan untuk mempercumakan Lebuhraya LKSA yang dimiliki oleh anak syarikat negeri dan diuruskan pula oleh adiknya sendiri?


Anonymous said...
May 3, 2013 at 4:59 PM

MENGAPA LIM GUAN ENG TIDAK HAPUS KAN TOL SUNGAI NYIOR?
SEBAB LIM GUAN ENG PEMIMPIN TOLOL.

MENGAPA PR TIDAK MENUNAIKAN JANJI MEREKA DI SELANGOR?
SEBAB PEMIMPIN PKR TOLOL




Anonymous said...
May 3, 2013 at 6:16 PM

BRO KOMEN NAMPAK BODOH ..ITU JER FAKTA YANG KO ADA???


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:04 PM

Productive economic partnerships are being established at a rapid rate, and I am determined to see this continue.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:04 PM

With the UTC, Najib said the service delivery system would be transformed to become more efficient and innovative to fulfil the aspirations and wishes of the people.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx