Wednesday, May 1, 2013

Tsunami dari Selatan!

Slogan "Ini kalilah" dan "Ubah" dilihat berjaya mencetuskan tsunami politik kali kedua terhadap BN. Jika tsunami terbesar pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dikatakan bermula empat hari sebelum pilihan raya tersebut, tsunami kali ini dilihat bermula sejak Jumaat lalu, iaitu 26 April.

Ketika tersebar berita dari sumber dalaman Umno yang menyatakan jentera Umno Selangor "hampir lumpuh" dan Wanita Umno pula "tidak bersemangat", tinjauan ke beberapa tempat di seluruh negara menyaksikan arus perubahan semakin dekat di hati rakyat dan kecenderungan untuk memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) nyata semakin ketara.

Bagi AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, apa yang berlaku itu adalah hasil dari arus bawah dari Selatan.

"Undercurrent from the South," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu.

Beliau merujuk kepada kebangkitan luar biasa rakyat Johor menentang BN. Dr Mohd Hatta yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Krai mengakui "undercurrent" dari Selatan itu bukan sahaja memberi kesan dan manfaat yang besar kepada Kuala Krai, malah seluruh Kelantan.

Di Johor, sambutan puluhan ribu kepada ceramah-ceramah Pakatan semakin menjadi fenomena terutama menjelang PRU13. Sedangkan dahulu, seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, lebih banyak pokok yang "mendengar" ceramah pembangkang berbanding orang.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan kawasan Dun Nusajaya dilihat memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat Melayu di negeri itu untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan.

Di kalangan masyarakat Cina pula, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah membentuk gelombang tsunami yang jauh lebih "gigantic" di kalangan masyarakat Cina.

Melihat kehadiran beliau akan mengakibatkan kecederaan yang parah teramat parah kepada penguasaan Umno-BN di negeri yang mereka megahkan sebagai kubu mereka itu, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dipertaruhkan menentang Kit Siang di kerus. Pada Umno, MCA tidak boleh diharap lagi dan hanya menjadi bebanan.

Dalam tidak tentu arah dan latah yang berpanjangan kerana terpaksa bertarung dengan Kit Siang, Abdul Ghani terus berpaut kepada sentimen perkauman yang "crude" atau kasar untuk menahan arus kebangkitan rakyat itu sehingga dilaporkan bahawa "habis hilang sifat gentleman" beliau.

Jika tsunami di Johor itu hanya terbatas kepada kaum Cina sahaja, tentulah BN tidak gabra dan menggelabah.

The Malaysian Insider melaporkan, pengundi Melayu Johor bersedia mengundi calon bukan Melayu.

Salahuddin pula memberitahu, banyak kawasan penempatan Melayu yang sebelum ini tidak dapat ditembusi kini tidak lagi menjadi "kawasan terlarang" kepada pemimpin dan petugas Pakatan. Malah, ceramah-ceramah berjaya diadakan di kawasan tersebut, sebahagian besarnya menerima sambutan ribuan hadirin.

"Kalau ada banyak yang datang dengan kereta, van dan sebagainya, kita boleh kata itu orang luar. Tetapi kalau banyak yang datang menaiki motosikal dan basikal, itu tandanya sambutan yang kita terima adalah dari penduduk tempatan," kata Salahuddin yang tidak dapat berbual panjang kerana tergesa-gesa untuk menyambut kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang turun ke Johor untuk menambahkan bisa kempen Pakatan di negeri itu.

Di Shah Alam, peluang calon PAS, Khalid Abdul Samad untuk mempertahan kerusi Parlimen Shah Alam dilihat semakin cerah apabila calon BN, Dato' Zulkifli Nordin menghadapi jalan berliku-liku. Sebaik sahaja diketahui beliau akan bertanding pada malam sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon-calon BN Selangor pada 16 April lalu, tiga bilik gerakan yang dikendalikan oleh petugas-petugas Umno di situ telah ditutup.

Apabila Zulkifli mencuba nasib melawat masjid-masjid dan surau-surau di dalam kawasan Parlimen berkenaan, sambutan yang diterima Naib Presiden Perkasa itu amat dingin. Umpamanya, ketika melawat sebuah surau di Seksyen 7, hanya seorang sahaja ahli jemaaah surau itu yang bersalaman dengannya, iatu seorang yang bergelar datuk.

Lebih malang lagi, pencalonan beliau menjadi bahan ketawa dan bahan gurauan di kalangan sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk di pejabat-pejabat di situ.

Di kalangan pengundi India pula, mereka bukan sahaja amat marah dengan penghinaan Zulkifli terhadap kepercayaan mereka malah perbuatan pemimpin Umno termasuk dari Shah Alam yang memijak kepala lembu dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri juga amat menyakitkan hati mereka.

Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India supaya jangan mengundi Zulkifli.

Sebelum itu, Penasihat Strategik MIC, S Vell Paari dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' G palanivel supaya menyampaikan kebimbangan kepada Najib tentang kebimbangan BN akan kehilangan 50 hingga 70 peratus masyarakat India berikutan pencalonan Zulkifli.

Najib ternyata tidak mempedulikan pandangan Vell Paari yang juga anak kepada bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu.

Begitu juga di Sepang, di mana kira-kira 18 peratus pengundinya adalah dari kaum India. Sentimen kemarahan akibat tindakan mencalonkan Zulkifli di Shah Alam dilihat merebak ke Sepang.

Ketika PAS mempertaruhkan antara calon utamanya, iaitu AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon BN di situ iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Dato' Mohd Zin Mohamed menghadapi pemberontakan dalaman.

Dua tokoh Umno Bahagian Sepang, iaitu Ahli Jawatankuasanya, Hanapiah Mohamad dan bekas Adun Dengkil, Dato' Suhaimi Mohd Ghazali mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat "hendak jatuhkan Zin".

Pada masa sama, bertebaran SMS kepada pengundi Sepang khususnya ahli-ahli Umno. Mengambil kira sebahagian besar yang menerima SMS itu adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong, dipercayai SMS itu disebarkan orang Umno sendiri.

Memburukkan keadaan, tersebar pula berita cawangan-cawangan Umno akan dibubarkan, bukan sahaja di Sepang tetapi di seluruh Selangor. Tidak kira sama ada perkara itu berlaku atau tidak, ia dilihat menjejaskan nama dan peluang Mohd Zin kerana rancangan pembubaran cawangan-cawangan Umno itu dikaitkan dengan kemarahan terhadapnya.

Di Kedah, perpecahan sesama Umno meletakkan tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu yang bertanding di Pendang dan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena dijangka dapat mengetepikan calon BN.

Walaupun BN meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail dalam percubaan merampas kerusi Pokok Sena yang sebelum ini disandang Mahfuz, tetapi perpecahan dalam Umno seluruh Kedah antara puak yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan puak yang menentangnya memberikan kelebihan kepada Pakatan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sering dilaporkan sebagai pemimpin puak yang tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir di Kedah.

Ahmad Bashah adalah orang yang dilaporkan paling tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir kerana terlalu mengidam hendak meletakkan anaknya, Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang di negeri itu.

Selain perpecahan parah sesama Umno, antara berita baik kepada Pakatan di Kedah ialah kehadiran lebih ramai kaum wanita ke majlis-majlis yang diadakan oleh pakatan itu. "Wanita-wanita ramai yang datang ke program-program kita," kata Mohd Nasir Mustafa yang mempertahankan Dun Kubang Rotan.

Menambahkan parah ialah apabila masyarakat Siam di Kedah yang tidak bersama dalam ombak tsunami 2008 dan dianggap "fix deposit" BN di Kedah kali ini berubah apabila sokongan kaum minoriti itu semakin kuat kepaqda Pakatan terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi tersebut.

Di kawasan Parlimen Raub, peluang calon DAP di situ, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dilihat semakin menjanjikan apabila diambil kira sambutan pengundi Melayu di situ kepada bekas Adun Pulau Manis, dalam kawasan Pekan itu.

Penyokong tradisi Umno di situ dilaporkan lebih cenderung kepada Arif Sabri yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan berbanding calon BN, Dato' Hoh Khai Mun.

Di belakang tabir, tersebar cakap-cakap bahawa Umno Raub berharap calon MCA itu kalah bagi memolehkan mereka mengambil alih kerusi Parlimen Raub seperti yang dilakukan parti itu di Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.

Di kalangan masyarakat Cina yang membentuk 43.51 peratus pengundi di situ, peluang calon BN awal-awal lagi dilihat gelap berikutan penentangan mereka terhadap operasi sebuah kilang memproses emas di Bukit Koman, dekat Raub yang mereka bimbangi akan mengakibatkan terjejasnya kesihatan penduduk kerana keracunan sainida.

Kumpulan pejuang alam sekitar di Raub, Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) telah pun membuat kenyataan terbuka meminta penduduk Raub supaya jangan mengundi calon BN.

“Kami menggesa pengundi Raub untuk menolak calon ini yang tidak jujur dan telah berkali-kali berbohong kepada masyarakat Raub.

“Khai Mun sebelum ini menuduh penduduk Bukit Koman mengidap penyakit kulit kerana menggunakan “sabun yang salah” dan bukan akibat keracunan sainida. Beliau mengelirukan rakyat untuk melindungi kerjasama antara pegawai-pegawai kerajaan dengan ahli perniagaan yang tidak beretika,” kata BCAC dalam satu kenyataan medianya.

Di kalangan pengundi undi India pula, sentimen dan kemarahan yang menjalar ke seluruh negara akibat tindakan BN mencalonkan Zulkifli Nordin di Shah Alam dijangka memberi kesan yang besar kepada BN.

-Oleh ABDUL AZIZ MUSTAFA
xxx2

Komen Anda

69 Responses to " Tsunami dari Selatan! "
headhunter said...
May 2, 2013 at 10:52 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Politik adalah satu perkara yang kompleks, di mana bukan mudah bagi seseorang untuk memahaminya jika tidak benar-benar terlibat di dalamnya.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:52 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Singapura memang menjadi sebagai 'port' untuk pembangkang seperti cina DAP (Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming) untuk berbincang bagaimana hendak merampas tanah Melayu sebagaimana yang berlaku di Singapura.
Anwar Ibrahim juga kerap kali menggunakan negara Singapura dan Indonesia untuk mengadakan mesyuarat sulit pakatan pembangkang termasuk PAS. Dalam berapa kali mereka turun ke Singapura, perisik Singapura tetap meramalkan UMNO/BN akan menang besar dalam PRU13 nanti kerana berbagai faktor.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:54 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

ANTARA FAKTOR KENAPA BN TETAP DIRAMALKAN AKAN MENANG PRU13:

- Perdana Menteri yang bakal dilantik penuh dengan masalah moral yang tidak dapat dielakkan, orang Melayu dan cina tidak suka kepada pemimpin yang penuh bermasalah.


- Kempen Pakatan Pembangkang yang dianggap kempen 'tong kosong' juga terus diperhatikan oleh pengundi


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:54 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

ANTARA FAKTOR KENAPA BN TETAP DIRAMALKAN AKAN MENANG PRU13:


- Parti yang kononnya mempertahankan Islam kini melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka.


- Penipuan demi penipuan telah dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang umpamanya tragedi di kampung buah Pala, masih tersemat dihati pengundi India.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:54 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

ANTARA FAKTOR KENAPA BN TETAP DIRAMALKAN AKAN MENANG PRU13:


- Perbicaraan saman oleh Anwar Ibrahim terhadap Nallakarupan juga dilihat penghijrahan besar pengundi kepada UMNO/BN, apabila semua perkara yang jijik yang dilakukan oleh bakal PM pakatan Pembangkang akan dinilai oleh pengundi. Saman terhadap Nallakarupan merupakan satu kesilapan besar buat Anwar dan pakatan pembangkang.


- Kejujuran Dato' Sri Mohd Najib turun padang membantu rakyat dilihat sebagai faktor utama kemenangan besar UMNO/BN


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:55 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

ANTARA FAKTOR KENAPA BN TETAP DIRAMALKAN AKAN MENANG PRU13:


- Dalam isu tanah di negeri Kelantan dan isu NFC, Shahrizat Jalil walaupun tidak mempunyai sebarang kaitan dalam NFC tetapi meletakkan jawatan, ini membuktikan BN lebih jujur berbanding cina DAP apabila Ngeh mendapat tanah 10,526 ekar di Kelantan, dimana 100% pemegang saham dalam syarikat Upayapadu Sdn. Bhd adalah Ngeh Koo Ham yang juga pengerusi DAP/Pakatan pembangkang Perak.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:55 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

ANTARA FAKTOR KENAPA BN TETAP DIRAMALKAN AKAN MENANG PRU13:


- Pakatan pembangkang telah merancang utuk mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sebaik sahaja keputusan PRU13 berpihak kepada UMNO/BN. Mereka akan menjadikan Malaysia seperti negara-negara di Arab, sehingga UMNO/BN tunduk kepada mereka. Ramai penyokong Pakatan Pembangkang yang diarah berbuat demikian kini mula berpaling tadah kerana mereka tahu pemimpin mereka tidak jujur.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:56 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Di dalam politik, jarang sekali ada sesuatu yang jelas, selalunya kabur atau berwana-warni. Walaupun ada yang menyatakan bahawa orang Melayu hebat dalam berpolitik, tetapi kehebatan berpolitik tanpa pengetahuan yang luas tidak mampu menjamin kemenangan mahupun ‘survival’ bangsa ini.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:56 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Hari ini, masih ramai dari orang Melayu yang berpolitik dalam gelap atau dalam tempurung. Kerana itu, mereka mudah terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan musuh-musuh yang licik dan jauh lebih kehadapan. Ramai dari kita yang tidak dapat memahami kaitan antara politik negara dengan rangkaian percaturan politik dunia.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:56 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Sedangkan, tangan-tangan negara yang kuat telah jauh menjangkau mencaturkan politik dunia seawal kurun ke-13 lagi. Jika sebelum itu, negara yang kuat hanya berminat untuk menyerang dan menakluk negara yang lemah secara langsung, tetapi mereka kemudiannya mempelajari cara lain yang lebih ‘selamat’ dan ‘kemas’ untuk menakluk, iaitu melalui percaturan politik.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:56 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Caranya ialah dengan menyamar sebagai kawan, melantik pemimpin boneka, memeras ugut dan menekan melalui pasaran atau mengarah dan memaksa tanpa perlu berbuat apa-apa. Melalui cara inilah, negara-negara ini akhirnya muncul sebagai kuasa besar dunia.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:57 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Kita punya bukti mengenai campurtangan kuasa besar, Amerika Syarikat terutamanya, dalam politik dunia seawal tahun 1960-an. Beberapa bekas pemimpin mereka, termasuk bekas-bekas perisik yang terlibat di dalamnya telah pun mendedahkan perkara ini setelah dilanda penyesalan atau keinsafan.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:57 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Suka atau tidak, akibat kita gagal menguasai ilmu seperti mereka, maka kita kini berada dalam keadaan di mana kita tidak dapat mengelak dari mengiktiraf kepentingan kuasa-kuasa besar ini dalam politik negara.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:57 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Namun, kebijaksanaan, sifat amanah serta tanggungjawab yang tinggi dalam barisan kepimpinan negara, telah berjaya memastikan Malaysia terus kekal sebagai negara yang bebas, berdaulat serta aman, makmur dan maju.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:57 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Hari ini, kita berdiri teguh sebagai sebuah negara yang bermaruah dan berkredibiliti untuk bersikap lantang, menegur dan memberi pendapat kepada kuasa-kuasa besar dunia. Sedikit sebanyak, suara kita tetap didengar, dan adakalanya digeruni oleh mereka, selain dikagumi atau diteladani oleh negara-negara kecil lain.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:57 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Ini terbukti dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja yang baru lalu, di mana Datuk Seri Najib telah menuntut Amerika Syarikat bertindak segera menghentikan serangan Israel ke atas Gaza.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:58 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Apa yang membanggakan ialah, Presiden Obama bukan sahaja mengambil maklum teguran tersebut dan membuat panggilan telefon terus ke Israel bagi menyampaikannya, tetapi lebih dari itu, satu pertemuan empat mata telah dibuat dengan Dato’ Seri Najib.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:58 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Pertemuan tersebut adalah satu-satunya pertemuan empat mata yang diadakan antara Obama dengan pemimpin ASEAN sekali gus, membuktikan bahawa Malaysia punya signifikannya yang tersendiri dalam politik dunia dan bahawa kepimpinan Malaysia diiktiraf dan dihormati oleh negara kecil dan besar.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:58 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Dalam pertemuan tersebut, pemimpin kuasa dunia itu telah menyampaikan pandangannya bahawa Amerika percaya yang BN akan kekal memerintah dan program transformasi Dato’ Seri Najib telah benar-benar berjaya.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:58 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Lebih menarik ialah pandangan yang sama juga disampaikan oleh kuasa besar ke-2 dunia, iaitu China. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah menyatakan demikian secara terbuka di samping mengulangi keyakinannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan Malaysia, yang dianggap sebagai sahabat paling dipercayai di rantau ini.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:58 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Memahami signifikan pandangan kuasa besar terhadap keputusan pilihanraya sesebuah negara ialah dari segi kehebatan perisikan mereka, iaitu elemen asas yang meletakkan mereka sebagai kuasa besar. Perisikan mereka jarang tersilap dalam membuat perkiraan. Untuk itu, kita perlu faham bahawa ‘kesilapan’, jika ada dalam kamus perisikan mereka, sepertimana tersilap mengebom penempatan awam dan bukan kubu tentera di Iraq, kemungkinan besar bukan satu kesilapan tetapi disengajakan.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:59 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Dan apabila kuasa besar menyatakan yang BN menang besar, maka kemungkinan perisikan mereka silap memberi maklumat adalah amat tipis sekali. Justeru, pembangkang mungkin perlu lupakan sahaja hasrat untuk menawan Putrajaya dalam PRU kali ini. Selain kuasa besar, turut menyatakan keyakinan bahawa BN akan memenangi PRU kali ini ialah Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:59 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Kedua-dua pemimpin jiran ini amat ‘dekat’ dengan politik Malaysia memandangkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah satu personaliti yang tidak asing lagi bagi mereka. Indonesia, bagaikan negara kedua Anwar yang digunakan sebagai pentas untuk meluahkan segala kebenciannya terhadap negaranya sendiri. Singapura pula adalah tempat di mana beliau sering masuk ‘perangkap’ sepertimana yang didedahkan oleh laman Wikileaks.


headhunter said...
May 2, 2013 at 10:59 AM

PEMIMPIN-PEMIMPIN BESAR SINGAPURA, AMERIKA, CHINA DAN INDONESIA YAKIN BN AKAN TETAP MEMERINTAH SELEPAS PRU13

Dengan itu, kita pasti pemimpin-pemimpin ini bukan bercakap ‘di atas angin’ tetapi berdasarkan maklumat risikan, pemerhatian dan fakta-fakta jelas. Nampaknya eloklah Anwar, Kit Siang, Karpal, Nik Aziz, Hadi Awang semuanya duduk dan fikirkan semula strategi mereka, ataupun pakatan mereka atau lebih baik lagi, nasib mereka selepas pilihanraya ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 11:26 AM

headhunter ada masalah kali selalu lawan arus rayat kekadang nampak pandai tapi selalu/kerap nampak palui dan kantoi,aku cadangkan periksa dekat bukit padang otak tu semoga beransur pulih dan jangan lupa makan ubat.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 2:08 PM

saya rasa headhunter ini calonlah. Hidup Headhunter


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:13 PM

A quiet campaign in Kota Kinabalu turned heated last night as SAPP president Yong Teck Lee and a group of supporters stormed a Pakatan Rakyat event to sit in the front row.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:14 PM

Crossing over from an SAPP event across the street, Yong received boos from Pakatan supporters present at the venue in the SAPP stronghold of Fohsang, close to the city centre.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:14 PM

Although initially cordial by shaking hands with Pakatan candidates, things took a turn for the worse when Yong started raising his voice against PKR leader Dr Chong Eng Leong. “You know it is not true!” he said, before moving closer to Chong.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:15 PM

It is understood that Yong was unhappy with Chong’s claim that he had benefited from the alleged IC-for-votes scheme which resulted in an election petition over the Likas results in 1999. Both had contested against each other then, but Yong won against Chong, who was then contesting on the PBS ticket. In 2001, the High Court found against Yong.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:15 PM

Yong and his supporters barged into the Pakatan event when they overheard Chong implicating the former in Project IC, from the SAPP event across the street, where 1,000 were in attendance. An altercation was averted last night due to police intervention but the audience of 1,000 at the Pakatan ceramah continued to boo the SAPP man and chanted “debate! debate!”.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:16 PM

Yong had asked the organisers for a debate between himself and Chong, but this request was rejected.Things got even more heated when an SAPP representatives approached DAP’s Kapayan candidate Dr Edwin Bosi when Bosi was speaking, apparently asking to address the audience.But Bosi only signalled to him to keep quiet.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:16 PM

Although SAPP has been nipping at DAP’s heels from day one of the campaign, the DAP has up to this week been reluctant to butt heads with the Sabah party.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:19 PM

Rallies by all parties in Kota Kinabalu had, in the initial part of the campaign, only attracted several hundred but more and more are flooding to the events.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:20 PM

The total of 2,000 at the outdoor event by SAPP and DAP in Fohsang is an indicator of anti-establishment sentiments.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:22 PM

At the Hakka Hall this morning, about 1,000 attended the DAP event despite it being a working day, as the Pakatan campaign picks up momentum three days to the polls.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:50 PM

Ada setengah pihak meramalkan yang BN pula akan menerima kemenangan kecil dan mereka membuat andaian masing-masing mengikut keyakinan masing-masing. Begitu lah keadaannya sekarang dan tidak ada siapa yang benar-benar tahu apa keputusan sebenarnya sehinggalah kita saksikan pada tengah malam 5hb ini.Apa yang saya hendak sebut dalam posting ini, mana-mana pihak yang akan memenangi pilihanraya kali ini wajar memenanginya dengan kemenangan besar, kerana jika kemenangan tipis berlaku tidak ada pihak mampu menubuhkan satu kerajaan yang stabil dan kukuh. Mana-mana pihak pun tidak boleh mendabik dada mengakui rakyat menyebelahi mereka.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:51 PM

Kita telah melihat apa yang berlaku sekarang ini di mana BN telah gagal untuk mendapatkan kemenangan yang sebenarnya kerana telah di nafikan kemenangan dua per tiga itu dalam pilihanraya yang lalu (2008). Kelemahan sokongan itulah yang melanjutkan permasalahan politik negara sehingga kini BN terpaksa berhempas pulas mempertahankan arus perubahan seterusnya dari pihak pembangkang. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam empat buah negeri telah memberikan asas yang kuat bagi Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan tambahan bagi melengkapkan kejayaan yang telah di capai dalam pilihanraya yang lalu.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:52 PM

Sekarang kedudukan begitu seimbang dan selalu saya sebut yang akan tewas ialah pihak yang melakukan kesilapan perhitungan bukannya kerana kekurangan sokongan. Mengikut ‘survey’ dari UMR Research dari Sydney, Australia, BN sedang mendapat sokongan sebanyak 49 peratus dan Pakatan pula mendapat 48 peratus setakat semalam. Hanya tiga peratus sahaja undi yang masih terawang-awang. Ia bermakna BN hanya memerlukan 2 peratus untuk mendapatkan kemenangan tipis dan Pakatan Rakyat perlu 3 peratus sokongan tambahan untuk memenangi pilihanraya kali ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:52 PM

Kemana pun arah sokongan 3 peratus lagi undi di awang-awangan ini ia akan tetap membuahkan sebuah kerajaan yang tidak kuat. ‘Consequence’ sangat besar terhadap taraf kestabilan yang akan di alami oleh pihak mana yang memenangi pilihanraya ini. Jika kita berada di dalam sebuah kerajaan ‘minority’ seperti ini, tidak ada sesuatu yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang bagi negara kita.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:53 PM

Keadaan ini bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini. BN itu sendiri tercetus dari perpecahan yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. BN telah membawa semua pihak berselindung di bawah BN dalam mana sebanyak 13 parti yang berpecah-pecah telah di satukan dibawah BN itu termasuk parti Gerakan yang semasa itu adalah sebuah parti pembangkang yang menguasai kerajaan Pulau Pinang. Hanya DAP sahaja tertinggal di luar BN dan nyata ia telah memberikan kestabilan selama hampir empat puluh tahun.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:55 PM

Jika tidak kerana budaya yang menyongsangkan nilai dan semangat BN itu oleh Dr Mahathir dahulu, mungkin keadaan seperti ini tidak akan wujud dan rakyat masih bersatu padu seperti BN dahulu.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 4:56 PM

Yang pasti tidak ada pihak yang akan memenangi pilihanraya ini secara mutlak. Maka adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk melakukan pembaharuan dengan semua pihak bersatu diantara satu pihak dengan pihak yang lain, ‘minus’ mereka yang korup dan rasuah serta menjadikan tiada penyalahgunaan kuasa sebagai budaya dalam mentadbir negara.Berikan kepercayaan kepada seorang yang benar-benar mampu melakukan pelan penyatuan ini kerana untuk melakukannya ia terpaksa dikendalikan oleh seorang yang berwibawa dan tidak boleh diberikan kepada mana-mana pimpinan yang sedang berperang maut dalam pilihanraya ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:29 PM

Tanya penjawat awam termasuk guru, Parti manakah yang akan anda undi ? Mereka berbisik, " Kami undi PR kerana Kerajaan BN telah menambahkan beban kerja kami"( merujuk kepada KPI dan PBS). Kita undi Pakatan Rakyat sebagai tanda protes bukan sokong pembangkang cuma untuk menyedarkan Kerajaan BN, JANGAN DERA KAKITANGAN AWAM.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:56 PM

Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:57 PM

Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 6:59 PM

Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:00 PM

Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat).


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:00 PM

Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:04 PM

Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada. Nombor siri saya ialah Ee Say Say (244). Kalau nak tikam ekor bolehlah cuba. Tapi orang Islam tak boleh, berdosa.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:07 PM

Bukan bila jadin wakil rakyat/EXCO/MB/KM/Menteri pun berlumba-lumba berebut rezeki dengan rakyat.Tamak haloba.Rakyat yang terpaksa hempas pulas sebaliknya yang ada kuasa mudah dengan jalan pintas urusan mereka.Rakyat pun tak rela selamanya dengan BRIM atau lainnya.Berilah mereka peluang dan rezeki yang adil.Rakyat hendak berdikari.
Tolaklah mana-mana calon low class yang tak sesuai masa kini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:15 PM

Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?
2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?
3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?
4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?
5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.
6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.
7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?
8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?
9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?
10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.
11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?
12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?
13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?

14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?


Anonymous said...
May 2, 2013 at 8:27 PM

POLITIK ITU TIDAK LAH KOMPLEKS SGT UNTUK DIFAHAMI. IA MELIBATKAN PERSOALAN SIAPA? MAHU APA? BILA? DAN BAGAMANA?

SIAPA?=Ini mlbtkan pmimpin/calon yg brtnding.
MENDAPAT APA?=Pmimpin/calon mahukan undi utk berkuasa. skrng KUASA ditgn rakyat.
BILA?= masa pilihnraya, jumlah undi itulah yg akn menentukan SIAPA?MENDAPAT APA?
BAGAIMANA?=Untuk mendptkan KUASA itu brbagai jnji ditabur:FAKTA,AUTA,FITNAH dll ditabur mlalui kempen.

SLPS PRU MAKA TRJAWAP LAH SEPENUNYA PERSOALN SIAPA? MENDAPAT APA? BILA? DAN BAGAIMANA?

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA,
YANG MENARIK ITU UNDI,
YANG MEWAH ITU KUASA.









Anonymous said...
May 3, 2013 at 9:24 AM

pemgundian akan berlangsung 2 hari lagi, kita tunggu keputusannya


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:27 PM

Rakyat yang layak mengundi di negara ini diminta menggunakan peluang dan kuasa yang ada di tangan mereka untuk memilih pemimpin yang terbaik demi masa depan generasi akan datang.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:28 PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, jika tersilap perhitungan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini, ia akan memberi kesan kepada mereka dalam tempoh masa lima tahun ini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:29 PM

“Ini bukan perkara remeh, mudah atau enteng. Kita tak boleh buat keputusan secara semborono. Kuasa terletak pada rakyat untuk lima tahun akan datang, kuasa yang ada pada tangan akan tentukan nasib (kita).


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:29 PM

“Kita ada tiga pilihan untuk Perdana Menteri, sama ada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Najib Tun Razak. Pilihlah Najib untuk terus memimpin dan menjadi Perdana Menteri,” katanya.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:30 PM

Muhyiddin menambah, peringatan itu perlu diberi olehnya kerana pembangkang ketika ini sedang berceramah dengan menabur pelbagai janji manis selain menjaja manifesto mereka yang jika dilaksanakan boleh merosakkan negara.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:31 PM

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam bidang pendidikan, kerajaan akan berlaku adil kepada penduduk luar bandar yang mana mereka akan mendapat kemudahan yang sama dengan penduduk di bandar.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:32 PM

"Kerajaan BN sememangnya sentiasa memberi keutamaan soal pelajaran walau terpaksa melabur berbilion ringgit kerana kita tahu masa depan negara bergantung kepada generasi muda yang akhirnya akan menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.


Huat said...
May 4, 2013 at 9:21 AM

Tidak dapat dijangkakan apa akan berlaku.


Shinia said...
May 4, 2013 at 9:23 AM

Undilah dengan bijak agar kerajaan yang terbaik dapat dipilih.


LLS said...
May 4, 2013 at 9:23 AM

Rakyat sudah sedar sekarang.


kelvin said...
May 4, 2013 at 9:25 AM

Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India supaya jangan mengundi Zulkifli.

Kami menanti bagaimanakah pilihan rakyat India. Adakah beliau berjaya menyerukan dan menambat hati kaum india?


DaYA said...
May 4, 2013 at 9:25 AM

Another great challenge in Johor. Wish the people vote wisely and making a better option.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:38 PM

Japanese firms have confirmed that they will invest RM3.8 billion in Malaysia between this year and 2012 in various sectors, reflecting Tokyo’s continuing faith in Malaysia as a top-notch investment destination in the region, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Thursday.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:38 PM

The long-term investments include Tokuyama Corporation of Japan’s project in Bintulu, Sarawak, which manufactures polysilicon, a material used to make solar cells and electronics.


Anonymous said...
November 12, 2013 at 3:38 PM

Najib, who is also Finance Minister, also held a bilateral meeting yesterday with Japan’s Foreign Minister Takeaki Matsumoto as well as productive discussions with captains of industry from the Japan-Malaysia Economic Association (Jameca).


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx