Wednesday, May 1, 2013

Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif

Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif melalui pengiklananKempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) memperlihatkan cara berkempen oleh parti-parti politik yang lebih sengit dan kreatif melalui pengiklanan.

Walaupun ia bukan strategi baharu, penggunaannya dilihat begitu hebat pada pilihan raya umum kali ini dengan parti-parti politik kerajaan dan pembangkang berlumba-lumba mengoptimumkan kuasa pengiklanan untuk menjayakan kempen memancing undi untuk parti masing-masing.

Penyebaran mesej-mesej pada kempen PRU13 juga tidak terhad pada akhbar dan papan iklan di jalanan, tetapi juga melalui persembahan lagu dan klip video, pesanan ringkas di radio yang diterajui artis-artis popular.

Berlainan dengan PRU terdahulu yang lebih cenderung mempromosi calon dan parti bertanding, konsep yang digunapakai sekarang juga lebih berbentuk lembut serta bersahaja dan meliputi skop yang lebih besar, termasuk rekod kejayaan masing-masing.

"Pada pengamatan saya, iklan telah banyak digunakan sebagai "senjata" kempen kali ini.

"Iklan, khasnya yang sangat bagus memang tidak boleh dinafikan menpunyai kekuasan yang tinggi sebagai ejen yang mampu mempengaruhi pendapat seseorang dalam membuat keputusan," kata Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Melaka Prof Madya Dr Mohd Adnan Hashim.

Beliau yang mengkhusus dalam bidang komunikasi dan pengajian media juga berpandangan, pengiklanan secara teknik lembut adalah lebih berkesan dalam menyampaikan mesej-mesej tertentu parti politik kepada penggundi berbanding pendekatan "hard sell".

Mengambil contoh penggunaan lagu dan muzik, katanya, artis-artis yang menyokong sesebuah parti itu akan meluahkan sokongan mereka melalui saluran tersebut.

"Dan jika diamati, kalau melodi lagu tersebut sedap, ia akan berkumandang dalam fikiran kita, dan ini saya percaya sedikit sebanyak memberi kesan kepada individu tersebut," katanya kepada Bernama.

Barisan Nasional dilihat banyak menggunakan platform media arus perdana untuk mengiklan dan membawa mesej-mesej kempen mereka kepada pengundi manakala parti pembangkang pula menggunakan laman online seperti Youtube.

"Internet menyediakan ruang tanpa had yang memberi inspirasi kepada kreativiti dan mampu menarik perhatian generasi muda dan minat mereka untuk mengundi pada pilihan raya umum," kata pensyarah kewartawanan dari Universiti Tunku Abdul Rahman kampus Kampar, Teh Boon Teck.

Seorang penggiat industri pengiklanan tempatan yang mahu dikenali sebagai Nor sahaja, bagaimanapun, berpendapat iklan-iklan PRU sama ada di media cetak mahupun elektronik dan online tidak akan memberi impak besar kepada penggundi.

"Ia tidak akan dapat mempengaruhi keputusan pengundi kerana kebanyakan mereka telahpun memutuskan untuk siapa mereka akan undi," kata beliau.

Sementara itu, seorang suri rumah Florance Gompin berkata kaedah pendekatan berkempen melalui lagu dan klip video di televisyen dan radio bukan sahaja menghiburkan tetapi juga telah memberi kefahaman yang lebih jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.

"Misalnya macam Barisan Nasional, mereka iklankan di akhbar statistik-statistik kejayaan di bawah NKRA.

"Ia dapat menyampaikan informasi dalam cara yang padat dan senang difahami dan ini memberi peluang kepada masyarakat menilai secara menyeluruh prestasi kerajaan itu," katanya. - Bernama
xxx2

Komen Anda

89 Responses to " Kempen pilihan raya semakin sengit dan kreatif "
Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:26 AM

Polis akan mengguna pakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam memastikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berjalan lancar.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:26 AM

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman Datuk Razali Basri berkata individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh kempen PRU13 akan disiasat di bawah SOSMA dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:26 AM

"Antara seksyen dalam Kanun Keseksaan yang diguna pakai adalah Seksyen 124B iaitu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen di mana sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan Seksyen 124C iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen, boleh dihukum penjara selama 15 tahun," katanya kepada pemberita pada taklimat PRU13 di Bukit Aman di sini hari ini.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:26 AM

Katanya sebarang aktiviti menjejaskan ketenteraman awam yang berlaku sebelum bermulanya tempoh kempen akan mengguna pakai Akta Perhimpunan Aman 2012. Tempoh kempen bermula selepas penamaan calon sehingga 12 tengah malam sebelum hari pengundian.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mana-mana pihak, sama ada badan bukan kerajaan (NGO), penyokong mahupun parti politik yang ingin mengadakan perjumpaan atau ceramah perlu memaklumkan kepada polis kerana ia tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

"Perlu diingat, ketika ini sebarang aktiviti politik antaranya ceramah atau perjumpaan adalah termaktub di bawah akta berkenaan dan ia terpakai sehingga sebelum penamaaan calon. Bermula dari penamaan calon dan seterusnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 akan terpakai," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar akta tersebut.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

Katanya bagi memudahkan pihak media berhubung dengan polis Kuala Lumpur bagi mendapatkan sebarang maklumat, beliau berkata dua pegawai telah dilantik sebagai jurucakap.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

"Kita juga ada bilik gerakan atau pusat media yang beroperasi 24 jam dan telah aktif untuk melayan sebarang pertanyaan berhubung pilihan raya".


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:27 AM

Prestasi Barisan Nasional (BN) dilihat memberikan impak dan berpeluang memenangi kembali undi rakyat dan memberikan tekanan lebih kepada kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk menyaingi parti pemerintah itu.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

Pensyarah Geopolitik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, rekod menunjukkan kedua-dua parti telah menjalankan pentadbiran seperti yang diwar-warkan dalam manifesto masing-masing.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

Namun katanya, jika dilihat dari aspek menunaikan apa yang dijanjikan perkara itu dilihat didominasi oleh BN melalui program-program transformasi yang dijalankan di seluruh negara manakala prestasi kepimpinan PR di beberapa negeri yang berjaya ditawan pada 2008 dilihat menurun.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

“Di Selangor misalnya, beberapa pembangunan yang dirancang tidak dilaksanakan, pemberian bantuan tidak menyeluruh terutamanya yang berkaitan dengan ibu tunggal dan prestasi ini dilihat tidak sampai kepada sasaran.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

“Dari segi pembangunan memang nampak berlaku tapi bantuan kepada rakyat banyak berkurangan dan tidak mencapai sasaran yang dijanjikan,” katanya kepada Sinar Harian Online.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

Mengulas perkara sama, itu, Prof Madya Dr Ismail Sualman dari Universiti Teknologi Mara pula berpendapat, jika dilihat selepas 2008 hingga sekarang, wujud persaingan sengit di antara kedua-dua parti itu terutamanya menjelang PRU13.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

Katanya, wujud pencapaian prestasi yang agak sama rata dari segi populariti tetapi ada di sesetengah tempat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor, BN berjaya rampas kembali manakala, Pilihan Raya Kecil Sibu melihatkan BN hilang kerusi kepada pembangkang.


Hidup Di Sabah said...
May 2, 2013 at 11:28 AM

Mengulas perkara sama, PR pula dilihat perlu menyelesaikan masalah-masalah dalaman parti seperti di Selangor yang berhadapan dengan saman ibu tunggal, tuntutan air percuma, bantuan kepada warga emas dan janji kepada ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah tadika yang tidak dilunaskan.

“Manifesto Rakyat yang dilancarkan baru ini tidak nampak perbezaan dengan manifesto lalu. Semua benda sama, benda lama tak siap macam mana nak buat yang baru?” katanya lagi.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:03 PM

ARTIS BERKEMPEN

Dafi

Bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) semakin dapat dirasai dengan kini masa untuk ahli-ahli politik berkempen bagi memastikan parti masing-masing mencapai kemenangan, dan bagi penyanyi dan pelakon, Dafi turut tidak ketinggalan dalam dalam berkempen pada PRU kali ini.

Menurut Dafi, dia selalu turun padang bagi membantu bapanya yang merupakan menteri Perdagangan Dalam Negeri: Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaacob berkempen di kawasan Parlimen Bera.

Walaupun berasa penat, namun Dafi atau nama penuhnya Gadaffi Ismail Sabri menyatakan dia seronok dan teruja apabila dapat merasai pengalaman berpolitik.

"Dafi teruja dapat membantu ayah Dafi berkempen pada kali ini. kadangkala tu ada juga Dafi bernyanyi di pentas ceramah, itu pun kalau ada permintaan dari orang sekeliling dan itu salah satu cara Dafi membantu mereka. Penat tu memang penat, tapi ianya seronok," katanya

Aznil Hj Nawawi

Menjelang musim pilihan raya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, selebiriti popular, Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil adalah antara individu paling sibuk menjalankan kempen bagi menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi laman Twitter miliknya, pengacara itu telah turun ke sebelah utara semenanjung Malaysia untuk mengedarkan T-shirt yang bercetak tulisan Najib My PM 2013.
Bukan setakat di Pulau Pinang, malah Pak Nil turut singgah ke Gurun dan Tikam Batu untuk menemui peminat serta pengundi yang berada di sana.

Selebriti serba boleh itu, bersama rakan lain menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri (PM) kerana membawa banyak perubahan kepada Malaysia sehingga dikenali di mata dunia.

Kepimpinan PM juga telah membolehkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia hidup dalam suasana aman dan bersatu padu.

Bekas pengacara Akademi Fantasia itu menambah, sepanjang PM memegang tampuk kepimpinan kerajaan, banyak transformasi telah dilakukan beliau sehingga rakyat sama-sama dapat menikmati hasil kekayaan yang diperoleh dalam keadaan politik dan ekonomi yang stabil.

Justeru, Pak Nil menyeru semua pengundi untuk sama-sama mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara kerana sekiranya negara berada dalam keadaan kucar-kacir, maka rakyat juga yang akan menjadi mangsa.

"Jangan terlalu taksub dan fanatik kepada sesuatu pihak sehingga kita lupa akan tanggungjawab sebenar kita untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan. Kita perlu menunaikan kewajipan dengan penuh amanah demi negara tercinta", pesan pemenang gelaran Pengacara TV Lelaki Popular di ABPBH 2012 itu lagi.

Pada masa yang sama, Aznil turut memberi pesanan kepada semua pihak yang berkempen pada PRU13 ini untuk menjaga kata-kata.

Pastikan anda berkata-kata dengan lembut kerana esok anda mungkin perlu memakannya

Walaupun Aznil berkempen mewakili BN, tetapi tidak ada satu pun kenyataan tweet beliau yang memaki atau mengkritik secara keras terhadap pihak pembangkang.

Jika dibandingkan dengan Tweet sesetengah pihak, mereka lebih memuat naik kenyataan yang mengkritik pihak lawan.
Jelas menunjukkan ia merupakan pertandingan yang tidak sihat apabila menggunakan kritikan negatif bagi menjatuhkan sesetengah pihak.

Justeru, diharap supaya perjalanan kempen sepanjang PRU13 ini akan berlangsung dengan aman dan tidak berlaku sebarang kekerasan tidak kira di bilik-bilik gerakan mahupun laman-laman sosial di internet.





Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:05 PM

LAGI ARTIS SOKONG BN
Liza Abdullah dan Zila Jalil.
Ridzwan Hashim
Lan Pet Pet
Erra Fazira
Sazzy Falak
AC Mizal
Zizie Ezette


Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:14 PM

JAGA KESIHATAN KETIKA BERKEMPEN

Seorang pakar perunding kardiologi menyarankan calon-calon pilihan raya umum ke-13 (PRU13) supaya mengutamakan penjagaan kesihatan masing-masing dalam kesibukan mereka berkempen.

Datuk Dr Mohamed Rafiq Ibrahim Marican daripada Pusat Penjagaan Jantung Kuala Lumpur berkata selain mengambil pemakanan seimbang, mereka juga harus meluangkan masa untuk mendapatkan rehat secukupnya.
"Ketika berkempen, biasanya masa seolah-olah tidak mencukupi disebabkan terpaksa mengikuti jadual padat untuk aktiviti berkempen. Ekoran itu, ramai yang mengabaikan faktor pemakanan seimbang seperti tidak mengambil sarapan.

"Kesihatan penting dan merupakan antara penyumbang utama dalam membina keyakinan semasa berkempen. Sudah tentu rakyat tidak mahu memilih calon yang sering sakit," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Dr Mohamed Rafiq, yang juga Pensyarah Kardiologi dan Perubatan di Universiti Antarabangsa Quest di Perak, turut menasihatkan calon-calon PRU13 supaya banyak minum air dan mengambil makanan berkhasiat termasuk pemakanan tambahan menambah tenaga dan mengelak kekurangan air dalam badan.

"Bagi mereka yang mempunyai penyakit seperti lelah dan kencing manis, saya sarankan mereka supaya sentiasa membawa ubat-ubat berkaitan dan mengambilnya mengikut waktu yang ditetapkan," katanya.

Dr Mohamed Rafiq berkata setiap orang berpotensi untuk menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan darah tinggi tanpa sebarang tanda awal.

Justeru, katanya pengurusan stres juga amat penting kerana tekanan perasaan boleh mempengaruhi kesihatan seseorang.

"Akibat daripada perasaan terlalu gembira dan terlalu sedih, ia juga boleh mencetuskan penyakit darah tinggi dan sakit jantung.

"Biasalah ketika berkempen pelbagai perasaan akan timbul, sama ada terlalu gembira setelah mengetahui keputusan pada hari pengundian kerana dipilih ataupun yang kalah akan berasa susah hati," katanya.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata beliau mengambil pemakanan tambahan yang mencukupi bagi memastikan dirinya bertenaga sepanjang aktiviti berkempen.

Beliau mengakui jadual padat menantinya sepanjang tempoh berkempen selama 15 hari namun tidak mahu mengetepikan soal penjagaan kesihatan.

"Memang saya agak penat, tidur pun hanya dua atau tiga jam sehari. Untuk pastikan saya kekal bertenaga dan cergas, saya akan mengambil pemakanan tambahan setiap hari," katanya.

Beliau berkata semangatnya untuk mempertahan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya kecil 2010 turut didorong oleh isterinya, S. Shobana, yang membantunya berkempen.

Calon BN kerusi Parlimen Seputeh Nicole Wong Siaw Ting juga mengakui kepadatan jadual berkempen memang meletihkan tetapi beliau mengutamakan penjagaan kesihatannya berikutan baru tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak keduanya pada 18 Mac lepas.

"Saya pastikan minum banyak air masak untuk mengelakkan sakit tekak selain minuman teh ginseng bagi menambah tenaga," katanya.

Beliau bersyukur kerana suaminya Allan Kok sentiasa menemani beliau sepanjang tempoh berkempen dan memastikannya menjaga kesihatan.
Calon BN bagi keruis Parlimen Bandar Tun Razak Tan Kok Eng pula berkata sepanjang berkempen, beliau sukar mendapat rehat secukupnya.

"Sepanjang tempoh ini amat sukar bagi saya untuk mendapatkan rehat secukupnya dan isteri saya iaitu Chong Seat Fei sentiasa mengingatkan saya supaya bersarapan sebelum keluar rumah.

"Mujurlah hal makan minum saya diuruskan oleh ibu (Datin Seri Kok Mew Chan)," katanya.

Beliau mengakui sarapan amat penting bagi memastikan seseorang itu cergas dan bertenaga untuk melakukan aktiviti kempen.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 1:46 PM

Ingat anda akan kehilangan ramai peminat.... selepas pr menang..


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:41 PM

Since nomination day, Datuk Seri Najib Tun Razak has been going across the country to drive home Barisan Nasional's message of transformation.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:42 PM

It was past 4pm when Datuk Seri Najib Tun Razak arrived at SJKC Chung Hua 2 in Kuching for his fourth programme of the day.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:42 PM

After submitting his nomination papers and spending the first day of campaigning in his Pekan constituency, he has travelled to different corners of the country.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:43 PM

The caretaker Prime Minister has apologised to his constituents, telling them that he won't be around much as this is the first election he is leading Barisan Nasional's charge and he will have to help the coalition campaign elsewhere.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:43 PM

It is certainly a bonus to have him campaign in one's constituency for a Barisan candidate, Najib's presence is a morale and confidence booster. He is “the face” of the coalition and people genuinely like him.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:44 PM

Najib is aware of the general sentiment towards him and that is why, on several occasions, he has urged the people to back his “Barisan Team” if they love and support him.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:46 PM

“He gets a rock star welcome everywhere he goes. People want to see him up close and personal. You can imagine our disappointment when he couldn't make it to Kota Belud,” said incumbent MP Datuk Abdul Rahman Dahlan.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:46 PM

The PM has taken a slightly different campaign approach. While he takes time to explain the coalition's manifesto and warns them against the Opposition's pie-in-the-sky promises, he also address the voters' local concerns and shares what he has planned for them.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:47 PM

In Sabah, Najib has the same message for the different crowd their safety and the sovereignty of the state is assured under the Barisan government.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 3:53 PM

With campaigning entering its final leg, Najib is expected to step up the tempo. He will be covering several more states, especially in hardcore opposition areas, and will surely be making stops in Selangor before returning to Pekan to cast his vote on May 5.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:33 PM

Rilex nasihat gua jgn di layan macai2 BN mcm ni. Kalau nampak buat mcm takde je..:-)


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:36 PM

headhunter ni spesis makan taik..


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:36 PM

Pencacai UMNO ni sudah kehabisan modal utk berkempen,...isu lucah, isu fitnah semua mereka telah lakukan. Jadi apa pula cereta yg hendak mereka rekakan selepas ni, wallahualam.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:52 PM

Rancangan pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada saat-saat terakhir berkempen sehingga hari mengundi 5 Mei ini menunjukkan mereka tidak yakin dapat menawan Putrajaya berikutan gelombang sokongan rakyat kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:52 PM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau bimbang dengan trend muktahir yang boleh berlaku di mana-mana sahaja seolah-olah pembangkang tidak lagi mempunyai adab dan budaya berkempen dengan rakyat negara ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Beliau memberikan contoh insiden letupan semasa ceramah perdana anjuran BN Parlimen Nibong Tebal baru-baru ini yang mengakibatkan seorang petugas parti cedera diikuti kejadian Bilik Gerakan BN Jelapang, Ipoh dibaling dengan dua bom petrol oleh sekumpulan lelaki.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Muhyiddin berkata, pembangkang tidak sewajarnya merancang untuk berbuat sesuatu di luar batas undang-udang dan kesusilaan jika berasakan mempunyai peluang untuk menang seperti yang digembar-gemburkan pemimpin mereka.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak menafikan hak dan peluang rakyat untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi menentukan nasib masa depan mereka.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat bagaimanapun tidak perlu berasa bimbang untuk keluar mengundi kerana pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan keadaan sentiasa terkawal dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Beliau berkata, adalah penting bagi Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan cara untuk menguruskan pilihan raya.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Dalam pada itu, beliau berkata, ramalan kononnya pakatan pembangkang akan mendapat jumlah kerusi yang besar untuk membentuk kerajaan sebenarnya adalah psy war strategy (strategi perang saraf) atau tipu helah politik bagi mewujudakan kesangsian dalam kalangan rakyat.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Sebaliknya tegas Timbalan Perdana Menteri, BN bukan sahaja tidak pernah tua malah sentiasa muda dengan corak pemerintahan yang semasa. Katanya, tujuan pembangkang membuat tohmahan hanya untuk menarik sokongan rakyat supaya membuat perubahan dalam kepimpinan negara dengan memilih mereka dari parti yang masih baru.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:53 PM

Muhyiddin berkata, rakyat tidak perlu mengikut cakap pembangkang yang mahukan kepimpinan sekarang diubah kerana apa yang ada sekarang adalah baik.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:54 PM

Menurut Timbalan Perdana Menteri, BN menerusi aku janji yang lancarkan baru-baru ini berusaha untuk mempertingkatkan lagi segala bentuk pembangunan untuk rakyat.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:54 PM

Beliau berkata, pembangkang memang suka memberikan janji yang seronok untuk didengar oleh rakyat, tetapi tidak diketahui sama ada janji-janii itu boleh dilaksanakan jika mendapat peluang memerintah.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 5:54 PM

Katanya, apa yang berlaku di Selangor seharusnya menjadi iktibar kepada semua rakyat di mana pembangkang terbukti tidak mampu memerintah dan hanya sepuluh peratus sahaja daripada manifesto pilihan raya yang dijanjikan dapat dilaksanakan.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 7:18 PM

Persaingan adalah sesuatu yg sihat. Terutamanya dalam politik negara. Kenapa masih beranggapan rakyat tidak mahukan persaingan dalam politik? Kenapa perlu ditakutkan rakyat yg telah diberi hak untuk memilih wakil rakyat?

Sudah banyak kali PM mengingatkan BN. "Ubah sebelum kita diubah.... Transformasi.."

Persoalannya, apa yg telah diubah? Apa yg berubah? Apa yg ditransformasikan.

Saya taknak tanya pembangkang sebab pembangkang tidak pernah di beri kuasa di peringkat pusat.

Mari kita fikir dan renungkan. Sepanjang PM ambil-alih kuasa,
1. berapa org menteri yg diubahnya? Menteri pembuat dasar. Berapa byk dasar baru?
2. berapa tambahan wanita jadi menteri? Atau beliau yg jd menteri wanita?
3. berapa tambahan org muda jadi menteri? Atau ketua pemuda winnable candidate tidak layak jadi menteri?
4. pendatang asing bertambah atau berkurang dengan banyaknya? Yg sepatutnya balik, adakah mereka betul2 balik atau diberi MyKad dan kekal berniaga di sini?
5. lebih aman dan stabilkah Malaysia? Berkurang atau bertambahkah kes tembak mati rakyat Malaysia? Kali terakhir pencerobohan seperti Lahad Datu tu bila? Setahu saya komunis secara rasmi letak senjata 1989.
6. lebih adilkah siaran berita dan rancangan politik di media kawalan kerajaan yg dibiayai oleh wang rakyat? Atau lebih teruk dan berat sebelah? Media parti tak payah cakaplah. Bukan guna wang rakyat.
7. lebih ramaikah rakyat berpendapatan tinggi? Atau lebih ramai yg mengharapkan sedekah BR1M?
8. lebih banyakkah biasiswa dan tempat belajar di IPTA sebagai pelaburan kpd masa depan negara? Atau lebih banyakkah hutang yg perlu ditanggung rakyat kerana terpaksa belajar di IPTS?
9. lebih banyakkah monopoli perniagaan? Atau berkurangan? Proton ke mana? FELDA? 1MDB?
10. Cukupkah rumah kos rendah untuk dimiliki oleh rakyat atau sudah tiada rumah kos rendah? Di mana rakyat nak tinggal? Sewa seumur hidup? Jadi setinggan macam pendatang? Kalau layak BR1M bermakna tak mampu/layak dapat loan rumah baru yg rata2 berharga 150,000 ke atas.
11. Bertambahkah kampung Melayu atau berkurang kerana dirobohkan untuk pembangunan?
12. lebih murahkah harga kereta atau lebih mahal?
13. lebih murahkah harga tol PLUS setelah berbillion dikutip?

14. kenapa rakyat biasa masih lagi mesti ikut giliran utk menunaikan haji walaupun cukup wang simpanan sedangkan yg kaya-raya dan berkuasa boleh pergi setiap tahun. **Ini saya tambah sebab terkena batang hidung saya sendiri. Giliran saya lambat lagi. Entah ada umur lagi ke tidak.

Jawablah soalan di atas dengan jujur dan mengundilah untuk kerajaan yang lebih baik dan boleh dipercayai.

Akhir kata, pembangkang dah 12 kali kalah pilihanraya. Tak pernah menang pun. Takda huru-hara. Kenapa kalau BN kalah, mesti huru-hara? Kenapa BN berani mempertikaikan kredibiliti polis dan tentera kita menjaga keamanan negara? Kenapa Polis tidak mengambil tindakan terhadap calon BN yang menjaja huru-hara jika pembangkang menang?


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:05 PM

There are too many creative campaigns nowadays and I kinda annoyed with it


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:10 PM

Pilihan raya umum ke-13 ini amat penting kerana rakyat akan memilih sebuah kerajaan yang kuat bagi meneraju negara untuk tempoh lima tahun akan datang.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:11 PM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kekuatan sesebuah kerajaan yang dipilih itu pula dicerminkan menerusi saiz mandat yang diberi rakyat.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:15 PM

Apabila kita ada kerajaan yang kuat, kita akan memiliki tahap keselamatan terbaik dan ekonomi yang teguh.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:16 PM

Mohd Shafie memberi contoh keadaan di Jepun yang pernah meneraju ekonomi Asia namun dalam tempoh lima tahun lepas merudum selepas tujuh kali bertukar kerajaan


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:20 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berdasarkan petanda baik sokongan rakyat terhadap parti itu pada masa ini.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:21 PM

jentera BN di seluruh negara kini bergerak dengan lancar dan usaha kempen yang dijalankan menerima sokongan yang jelas daripada pengundi.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:21 PM

Kita jangkakan BN akan terus kekal dengan jumlah kerusi yang boleh dikatakan agak menggalakkan


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:21 PM

kawasan yang mempunyai majoriti kaum Cina juga telah menunjukkan peningkatan sokongan terhadap BN.


Anonymous said...
May 2, 2013 at 9:21 PM

BN akan meneruskan kempen dalam keadaan yang lebih rasional melalui pertemuan dengan para pengundi tanpa mengikut rentak dimainkan pembangkang.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:47 AM

SATU perkara menarik sepanjang kempen PRU-13 yang sudah seminggu berlangsung ini ialah kemampuan kewangan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk ke hulu dan ke hilir menjelajah seluruh negara dengan menaiki jet eksekutif dan helikopter.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:47 AM

Sedangkan di masa yang sama para pemimpin PR yang lain dari DAP dan PAS, kebanyakannya hanya mampu menaiki penerbangan biasa sahaja, sama ada menggunakan perkhidmatan Air Asia atau pun MAS.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:47 AM

Jarang yang ada menyewa pesawat atau helikopter peribadi seperti Anwar, kalau ada pun cuma segelintir itu pun melibatkan mereka yang benar-benar rapat dengan Anwar.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:47 AM

Kos sewaan per jam jet eksekutif dan helikopter itu bukannya murah, ia melibatkan perbelanjaan yang tinggi mencecah angka ribuan dan puluh ribu yang bukan calang-calang orang mampu menanggungnya apatah lagi bila hampir setiap hari kemudahan itu digunakan.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:47 AM

Dari satu sudut ia adalah satu kelebihan dalam melancarkan kempen pilihan raya PKR selain memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat, namun di masa yang sama ia juga melambangkan gaya hidup Anwar yang serba mewah.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Itu belum lagi dikira jumlah perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menampung pembelian lori kontena dan bas Jelajah Merdeka Rakyat serta segala kos tanggungan perjalanannya dari utara ke selatan.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Selain itu, gaji dan sara hidup berbelas orang pengawal peribadi Anwar termasuk empat orang yang diimport khas dari Filipina juga bukan kecil anak perbelanjaannya.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Ini menimbulkan persoalan dari mana Anwar memperoleh dana pilihan raya sepanjang kempen PRU 13 ini sehingga membolehkan dirinya menikmati semua kemudahan ini, nak dikatakan hasil dari duit tabungan sejak dari kecil, agak mustahil.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Hasil tabungan duit dari kecil itu kalau pun ada, nak menampung kos pembinaan banglo mewah Anwar yang berharga RM7 juta di Segambut itu pun tak terdaya, inikan pula untuk menyelesaikan kos pengangkutan Anwar dan keluarganya dalam kempen PRU-13.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Baru-baru ini timbul dakwaan mengenai dana asing yang mengalir masuk bagi menampung kempen pilihan raya PR, ada kebarangkalian gaya hidup mewah Anwar ini disebabkan dana tersebut. Itu tak mustahil jika dilihat keakraban pemimpin PKR itu dengan pihak asing.


headhunter said...
May 3, 2013 at 7:48 AM

Namun untuk mendapat kepastiannya, Anwar perlu tampil memberi penjelasan kepada umum supaya dapat merungkai tanda tanya. Kalau dapat dijelaskan lagi apa istimewa dirinya berbanding pemimpin PR yang lain sehingga sebegini hebat gaya hidup mewahnya, itu lebih baik.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:18 AM

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menggandakan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 yang kini masuk fasa terakhir dengan tempoh kempen berbaki dua hari sebelum dihentikan pada tengah malam Sabtu.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:18 AM

Penganalisis politik bagaimanapun berpendapat kempen fasa terakhir itu tidak mungkin akan mengubah pendirian pengundi yang secara umumnya sudah membuat pilihan masing-masing.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:19 AM

pengundi kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tanggungjawab pada hari pengundian Ahad ini.

"Kebanyakan pengundi sudah membuat keputusan. Kalau ada pun yang belum membuat keputusan, jumlah mereka ini agak kecil mungkin dalam sekitar lima hingga 10 peratus,


mantera said...
May 3, 2013 at 9:19 AM

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meneruskan siri jelajah kempennya ke serata negara dengan tumpuan kali ini di kawasan Parlimen Sepang, Kuala Langat, Kapar , Klang dan Puchong. Pada sebelah malam, Najib dijadual menyertai satu rapat umum Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Setiawangsa.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:19 AM

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula hari ini dijadual menghadiri beberapa program di serata Kedah sebelum kempen terakhir difahamkan akan bertumpu di Pulau Pinang pada Sabtu.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:19 AM

tempoh kempen yang tinggal dua hari ini sangat penting dan kritikal bagi BN dan Pakatan Rakyat.


mantera said...
May 3, 2013 at 9:20 AM

kempen BN dalam pilihan raya umum kali ini agak santai dan membayangkan keyakinan jentera parti pemerintah itu untuk memperbaiki keputusan berbanding pilihan raya umum lima tahun lalu.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:16 PM

Parti-parti politik dan penyokong diberi amaran agar tidak melakukan perbuatan khianat merosakkan bendera atau bahan-bahan kempen Pilihan Raya Umum Ke-13.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:16 PM

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mencetuskan provokasi dan huru-hara.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:17 PM

Beliau turut meminta semuapihak mematuhi peraturan polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:17 PM

"Mana-mana orang awam atau kumpulan penyokong calon tertentu yang terlibat dalam proses PRU-13 diminta patuhi arahan pihak berkuasa. Kita mahu pastikan keamanan dan keselamatan di Ledang sentiasa terjamin.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:18 PM

"Jangan cuba cetuskan kekecohan. Jangan rosakkan poster, bendera atau apa sahaja yang berkaitan dengan PRU-13. Kita mahu semua pihak mengikuti segala arahan dan undang-undang," katanya.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:19 PM

Sementara itu, berhubung permit pula, Harunmenasihatkan pihak penganjur atau calon supaya memohonnya lebih awal bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:20 PM

Katanya, sekiranya masih ada yang berceramah tanpa permit, mereka yang ingkar dan enggan mematuhi peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pilihan Raya 1958 termasuk pihak yang mengganggu gugat keselamatan.


Anonymous said...
May 3, 2013 at 1:20 PM

Dalam pada itu, kata Harun, pihaknya akan melakukan memantau setiap ceramah yang dilakukan dan menasihatkan semua pihak supaya tidak menyentuh sensiviti kaum atau agama dalam kempen-kempen mereka.


Kumar said...
May 4, 2013 at 8:23 AM

Masing-masing memainkan strategi untuk mendapatkan perhatian dan sambutan.


Chee said...
May 4, 2013 at 8:25 AM

Jangan merosakkan undang-undang yang sedia ada dan menyebabkan huru hara.


Kent said...
May 4, 2013 at 8:27 AM

Jangan bertindak mengikut emosi. Segala kekerasan dan keganasan harus dielakkan.


Peng Sen said...
May 4, 2013 at 8:28 AM

Kerajaan yang apakah yang rakyat perlukan?


Zein said...
May 4, 2013 at 8:43 AM

Kelemahan SPR harus dibaiki lagi.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx