Lagi GAMBAR & VIDEO Himpunan Tolak Penipuan PRU13

Dianggarkan 120,000 orang hadir di dalam perhimpunan "Pidato Suara Rakyat Suara Keramat - TOLAK PENIPUAN PRU13" yang diadakan malam tadi, satu perhimpunan terbesar Pakatan Rakyat berbanding perhimpunan-perhimpunan lain mutakhir ini.

Kesesakan lalulintas dari Kelana Jaya sehingga sejauh tol NPE berhampiran Sunway. Menurut Peta Trafik Google, seluruh Petaling Jaya mengalami kesesakan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang berucap di pentas memberi amaran kepada Utusan Malaysia supaya tidak memainkan isu perkauman.

Katanya, bukan sahaja orang Cina tetapi Melayu juga menyokong Pakatan.

Suasana bingit dengan sorakan dan tiupan vuvuzela, sambil melaungkan "Najib, tipu", "Ubah".

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Anwar berkata, beliau kagum dengan kehadiran spontan walaupun perhimpunan itu hanya dipanggil pada hari Isnin.

"Saya tidak akan berhenti sehingga kita sampai ke Putrajaya, sehingga kita dedahkan semua (penipuan) dan tuntut Putrajaya untuk rakyat.

"Mereka berhak mendapatkannya kerana kita, Pakatan, menang undi popular," katanya.

Anwar kemudiannya mengumumkan bahawa satu lagi perhimpunan pada hari Sabtu di Pulau Pinang, serta merancang untuk turut mengadakanya di Ipoh pada hari Jumaat.


















DILUAR NEGARA


MELBOURNE


SINGAPURA







TAIPEI
SHARE

Milan Tomic

Hi. I’m Designer of Blog Magic. I’m CEO/Founder of ThemeXpose. I’m Creative Art Director, Web Designer, UI/UX Designer, Interaction Designer, Industrial Designer, Web Developer, Business Enthusiast, StartUp Enthusiast, Speaker, Writer and Photographer. Inspired to make things looks better.

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment

63 comments:

  1. Uiiiina!!!! ramainya, Hebat btul konsert Anwar ye. Hebat ko Anwar. Najib memang ta boleh lawan kalau soal protes memprotes ni. Memang Anwar layak jadi Ketua Pembangkang hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Sebelum hari pengundian pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kononnya ada usaha membawa masuk ramai pengundi hantu ke Selangor bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

    Dakwaan sama turut dibuat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meletakkan angka kononnya lebih 40,000 pengundi hantu dibawa dari Bangladesh, Sabah dan Sarawak, dengan Selangor sebagai sasaran utama

    ReplyDelete
  3. Tetapi bila keputusan PRU13 memihak kepada parti PAS, PKR dan DAP di negeri ini dengan mandat majoriti dua pertiga, faktor pengundi hantu ini tiba-tiba tidak berbangkit sekurang-kurangnya di kawasan yang mereka menang.

    Logiknya jika benar ada pengundi hantu, merekalah yang memenangkan calon-calon parti Pakatan Rakyat ini. Kenapa bila kemenangan di pihak mereka, tuduhan itu tidak terpakai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  4. Hakikatnya bila PR memperoleh mandat itu, faktor pengundi hantu yang mahu dijadikan sebab kepada kemenangan BN, sudah tidak terpakai. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin telah menegaskan dakwaan itu hanyalah penipuan PR.

    “Kalau ikut logik, hendak bawa 40,000 (warga) Bangladesh (perlu) menggunakan pesawat Boeing 747 yang hanya boleh memuatkan 400 orang … bererti 100 buah pesawat terpaksa mendarat untuk membawa warga Bangladesh ini mengundi,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Sehingga kini tiada bukti diketengahkan pembangkang kerana dakwaan itu sememangnya tidak berasas dan mereka sudah tentunya tidak mahu memanjangkan lagi kisah Bangladesh ini kerana tempelaknya kepada mereka semula.

    PRU13 menyaksikan PAS dan DAP masing-masing memperolehi 15 kerusi dewan undangan negeri manakala PKR memperolehi 14 kerusi di Selangor. BN yang telah difitnah dengan pengundi hantu, hanya memperoleh 12 kerusi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  6. Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin politik veteran dan ahli akademik yang ditemubual Bernama pada 2 Mei lepas telah menghidu strategi penipuan pengundi hantu itu, yang disifatkan mereka sebagai permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan.

    Mereka sependapat bahawa serangan itu bertujuan menggambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.

    ReplyDelete
  7. Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu dijadikan senjata bagi menyemai perasaan ‘sakit hati’ kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

    Impak permainan psikologi meraih simpati ini jelas dilihat dengan kemenangan besar PR di Selangor, malah BN pula memperoleh bilangan kerusi yang sedikit kerana secara realitinya tiada siapa yang mahu menggunakan pengundi hantu untuk kalah, apatah lagi kalah dengan majoriti besar.

    ReplyDelete
  8. Namun sehingga semalam, tanpa rasa bersalah dan malu PR tetap mempertahan penipuannya itu dan kali ini lebih kepada mendakwa SPR gagal melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil khususnya di Selangor.

    Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa antara kerusi yang ‘dicemari’ dengan aduan salah laku ketika pengundian termasuk pengundi hantu itu ialah kerusi parlimen Shah Alam dan tiga kerusi dewan undangan negeri (DUN) iaitu Meru, Sekinchan dan Ijok.

    ReplyDelete
  9. Jika benar pengundi hantu wujud di empat kawasan itu, maka logiknya pengundi hantu ini menyumbang kepada kemenangan ketiga-tiga parti, iaitu PAS bagi kerusi parlimen Shah Alam dan kerusi DUN Meru, manakala PKR dan DAP masing-masing menang kerusi DUN Sekinchan dan kerusi DUN Ijok.

    Malah mereka menang dengan majoriti selesa di kerusi Parlimen Shah Alam menyaksikan Khalid Abdul Samad menang dengan majoriti 10,939 undi, DUN Meru Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman menang dengan majoriti 9,079 dan kerusi DUN Sekinchan menyaksikan Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng See Lim menang majoriti undi 2,239.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  10. Namun apabila ditanya sama ada ketiga-tiga parti itu akan mengemukakan petisyen pilihan raya ke atas keputusan di Selangor khususnya empat kerusi itu, Azmin berdolak dalik dalam memberikan jawapan.

    Setelah diasak wartawan, beliau berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji aduan yang diterima terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  11. Pandai pula mereka mahu mengkaji dahulu sebelum bertindak atau bercakap apabila terkena batang hidung sendiri.

    Penipuan isu pengundi hantu oleh PR ini sepatutnya menuntut rakyat, terutama yang menyokong atau percaya secara melulu tanpa menimbangkan logik tuduhan itu, lebih berhati-hati dalam reaksi dan tindakan mereka untuk tidak mengeruhkan dan menghuru-harakan proses demokrasi negara dalam memilih pemimpin dan kerajaan melalui PRU yang telus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro. .
      Tak tumbuh tak melata tak tumbuh orang tak kata. Memang ada pengundi warga asing yang mengundi. Itu apa Bro? Para pengundi sendiri nampak di pusat pengundian. Itu yang buat orang ramai marah .

      Delete
  12. PR sesuka hati ja kata ada penipuan dalam PRU, mereka hnya akan anggap ia adil jika mereka menang

    ReplyDelete
  13. Jadi PM: Biarlah Anwar Berangan

    - Cita-cita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri disifatkan sebagai angan-angan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

    Menurut Hishammuddin, angan-angan yang disimpan oleh ketua pembangkang itu sejak tahun 2009 tidak akan berjaya kerana pembangkang mengamalkan bidaya politik yang tidak sihat.

    "Dia (Anwar) berangan sejak 16 September 2009 lagi.Biarlah dia berangan-angan. Ia tidak akan berjaya akibat daripada budaya politik kebencian, perkauman yang membawa kepada perpecahan amalan pembangkang pasti akan ditolak majoriti rakyat Malaysia.

    "Ini (politik kebencian, perkauman, perpecahan) adalah budaya politik yang tidak sihat. Orang ramai boleh nilai sendiri. Umpama di Kahang kawasan Sembrong ini, mereka (pembangkang) menerima saya tetapi tidak terima MIC, ini contoh cara politik perkauman," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Felda Ulu Penggeli di sini hari ini.

    Hadir sama calon Barisan Nasional (BN) Dun Kahang, R Vidyanathan.

    Tambah Hishammuddin yang juga merupakan calon BN Parlimen Sembrong, politik pembangkang berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang lebih menjurus kepada perpaduan.

    Bahkan BN dilihat pilihan yang bijak untuk pengundi menjelang 5 Mei ini kerana agenda transformasi yang dibawa parti itu bercorak mensejahterakan rakyat serta memajukan negara.

    Tambahan pula dengan 'Aku Janji' atau manifesto BN yang dilihat akan membawa perubahan positif kepada rakyat seterusnya mengemudi negara ke arah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  14. Media sosial menjadi benteng utama kepada pekatan pembangkang untuk melancarkan serangan terhadap Barisan Nasional bagi memyebarkan segala agenda mereka dan juga fitnah kepada BN.

    ReplyDelete
  15. Antara strategi-strategi mereka ialah dengan menyebarkan cerita berkenaan isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah yang disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial.

    ReplyDelete
  16. Segala jenis cerita itu disebarkan bagi memastikan agenda mereka dan fahaman mereka dapat disampaikan dan meresapi segenap lapisan otak masyarakat yang mudah terpdeaya dengan dakyah mereka ini.

    ReplyDelete
  17. Namun malangnya, memang wujud dan ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua finah dan penipuan tanpa usul periksa. Tanpa melakukan timbang tara dan penyelidikan terlebih dahulu bagi memastikan kebenaran di sebalik setiap cerita yang direka pembangkang.

    Kalau mahu difikirkan, jika benarlah adanya pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Kemukakan buktinya agar rakyat tidak terus tertipu walaupun memang ramai sudah maklum niat pakatan rakyat ini hanyalah untuk berpakat menipu.

    ReplyDelete
  18. Cuba difikirkan, adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN menang tipis dan tewas undi popular? Semak semula keputusan pilihan raya yang masih segar dan belum masuk seminggu lagi berlalu.

    Barisan Nasional secara sahnya menang tipis menentang pakatan dengan hanya meraih 5,237,699 undi jika dibandingkan pakatan rakyat iaitu gabuangan PKR, PAS dan DAP yang berjaya memperoleh 5625,984 undi di kerus parlimen,.

    Kita dah boleh nampak disitu bahawa sekarang ini SPR telah menjalankan pilihan raya dengans eadilnya dan buktinya mereka berjaya menang dalam meraih kategori undi popular berbanding Barisan Nasional dengan beza sebanyak 386,285 undi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pengundi hantu ini. Tetapi di sesetengah kawasan para pengundi telah menghalang hantu hantu ini dari mengundi. Dan juga di sesetengah kawasan jumlah pengundi tidak mampu menghalang kebangkitan rakyat yang mengundi PR. Kalau tiada sudah tentu PR menang lebih besar.

      Delete
  19. Itu baru isu pengundi hantu, isu gangguna bekalan elektrik juga tidak kurang kecohnya sehinggakan ramai yang melakukan protes secara simbolik untuk merujuk kepada insiden black out it.

    Namun, isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, sendiri. Malangnya, ramai lagi yang masih percaya dengan kejadian tersebut. Rasanya mungkin ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

    Dekat Facebook, pekerja SPR sendiri telah membidas apa yang digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat ini, mana taknya, pukul lima, ejen parti pembangkang ini awal-awal lagi dah bersedia dengan lampu suluh dan lampu kecemasan, takut berlaku gangguan bekalan elektrik katanya. Nampak sangat mereka dah ada rancangan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  20. Itulah yang sedihnya, sebab ramai rakyat telah tertipu dan tidak nampak perkara-perkara yang sebegini. Tak bolah nak salahkan mereka, sebab mereka sendiri tak ada di tempat kejadian.

    Namun, tak mustahil dari kalangan penyokong Anwar sendiri tahu perkara sebenarnya, tetapi mengambil pendekatan untuk menipu berjemaah dengan tok imam mereka iaitu Anwar Ibrahim, sebab takut perjuangan kantoi separuh jalan agaknya. Habis semua dah terjangkit dengan budaya menipu si Anwar ini.

    ReplyDelete
  21. Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh? Mereka itu sendiri terdiri dari agensi pilihan raya dari negara masing-masing. Mereka datang daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain dan mereka memang memuji dengan sistem PRU negara kita.

    Yang tak fahamnya, kenapalah ANwar ini sibuk sangat nak menyalak tak setuju dengan keputusan PRU. Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM. Sebab memang itu agenda utama dia, jadi bila dah gagal lagi, meroyanlah. Dulu, masa disoal wartawan antarabangsa, beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri. Beliau cakap macam itu sebab yakin nak berjaya kali ini, tapi dah memang takdir beliau gagal sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Pemerhati asing kat semua pusat pengundian? Ada? Kalau setakat anuar ib sahaja tentu lah sikit je yang datang membantah. Ingat yang datang tu bodoh ke?

      Delete
  22. memang hebat pengkaji macai umno. napa tak kaji minyak turun. bangang. memang sedih jadi pakatan. pakatan tak mau bagi duit sebab politik wang. kalau macai umno tunggu sampai jam 3pagi. memang adil. lagi satu, pakatan ada 21 hari untuk membantah. itu hak pakatan. jika terbukti ada unsur meragukan memang dah bidang mereka. wacha...

    ReplyDelete
  23. Perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat di Kelana Jaya malam tadi sangat berjaya. Jumlah kehadiran tidak kurang daripada 80,000 orang dan ini bukannya satu isu kecil yang boleh ditangani dengan mudah. Jika dibayangkan jumlah yang sebegini, sesiapa pun tidak boleh menafikan keresahan orang ramai terhadap tuduhan ‘massive fraud’ yang berlaku di dalam PRU 13 yang baru selesai itu.

    ReplyDelete
  24. Apa yang jelas sekarang pihak Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya kerana mereka menuduh PRU kali ini adalah pilihanraya yang penuh dengan penipuan. Sekarang bukan lagi masanya untuk semua pihak balas-membalas dan berbahas dari kedua-dua belah pihak tetapi apa yang perlu dilakukan sekarang ialah cara bagaimana hendak mendapatkan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  25. Pihak kerajaan khususnya pihak pimpinan UMNO yang berada di dalam kerajaan sudah tidak boleh melakukan usaha perdamaian dan mencari penyelesaiannya. Siapa sahaja dalam kepimpinan UMNO, maksud saya dalam Majlis Tertinggi parti dan kerajaan tidak boleh mencari penyelesaiannya kerana mereka adalah pihak yang sedang menghadapi tuduhan rakyat yang ramai ini.

    ReplyDelete
  26. Satu fakta yang hakiki, BN sememangnya tidak boleh bertahan lagi dengan keadaan pimpinan BN yang ada sekarang ini. BN sedang dalam kedudukan bertahan dan ini adalah disebabkan oleh kelalaian yang begitu lama oleh pihak kerajaan dan parti yang memerintah. Kita tidak menjangka yang rakyat boleh keluar dan bertindak berhimpun setiap minggu kerana politik. Kelalaian UMNO selama inilah yang membuahkan budaya politik yang hampir ganas ini.

    ReplyDelete
  27. Isyarat kepada UMNO sudah lama diberikan kepada parti pemerintah ini. Tetapi mereka tidak mahu mengambil isu kemarahan rakyat ini dengan serius sehinggakan rakyat sudah sanggup menghabiskan masa berhimpun dan berhimpun. Bagi Anwar Ibrahim, berdemonstrasi dan berhimpun ini sememangnya sudah menjadi kemahiran beliau sejak beliau dalam usia muda di kampus dahulu. “Anwar is just swimming with the flow,” kata seorang rakan yang juga rapat dengan Anwar.

    ReplyDelete
  28. TERIMA KASIH MENGUNDI BN DAN 5 TAHUN BEKAL DIHARUNGI KAMI SEDIA MENERIMA SEGALA KENAIKAN BARANG,AES DAN SEBAGAINYA SETIAP LANGKAH KERAJAAN UCAPKAN TK.

    ReplyDelete
  29. Betul tu bairlah kita derita asalkan pak menteri kaya raya,apa pun aku mampu kerana ekonomi aku kukuh tapi orang kampung yang undi bN tu rasakan dan hati2 tanah kamu juga bekal lesap hehehehe.

    ReplyDelete
  30. Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

    ReplyDelete
  31. Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kenyataan orang sombong yang lupa diri. Nanti bila dia pencen dia akan dihantui oleh dosa dosa kesilapan dia. dia lupa hak parti bertanding untuk membantah. Sejarah membuktikan keputusan Adun Likas yang di cabar dan terbukti tidak sah mampu mengubah keputusan SPR. Dah lupa?

      Delete
  32. Beliau berkata sebaliknya calon atau mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.

    ReplyDelete
  33. "Selepas diwartakan dalam tempoh 21, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan rayaitu tidak sah.

    ReplyDelete
  34. "Dengan itu barulah boleh diadakan pilihan raya semula. Tetapi jika dibuat perjumpaan atau perhimpunan seperti Rabu malam, yang saya pun tak tahu apa maksud dia, sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa yang boleh mengakibatkan pilihan raya diadakan semula," katanya selepas ditemu ramah Radio24 di Wisma Bernama pada Rabu.

    ReplyDelete
  35. Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas perhimpunan haram pembangkang di Stadium Kelana Jaya, yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU13 Ahad lepas.

    ReplyDelete
  36. Di sebalik pelbagai tuduhan seperti isu dakwat kekal, pengundi hantu, orang asing diguna sebagai pengundi dan bekalan elektrik terputus, Abdul Aziz berkata beliau yakin PRU13 berlangsung secara bersih serta teratur, dan SPR sama sekali tidak terbabit membantu mana-mana pihak memenangi pengundian.

    ReplyDelete
  37. "Saya ingin nyatakan bahawa pilihan raya yang diadakan adalah begitu saksama, yang menang bukan sebab ditolong SPR, dan yang kalah bukan kerana tidak dibantu SPR, yang menentukan kalah menang di Malaysia ialah pengundi berdaftar yang mengundi," katanya.

    ReplyDelete
  38. Berdasarkan rekod, jumlah tertinggi petisyen berhubung keputusan PRU yang diterima SPR ialah pada 1999 iaitu 40 diikuti lebih 30 petisyen pada 2004.

    ReplyDelete
  39. Jumlah petisyen menurun kepada 26 pada 2008, walaupun ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  40. Himpunan Black Out ini tidak akan mempengaruhi keputusan pilihan raya, jadi janganlah buang masa untuk membuat perkara yang sia-sia ini.

    ReplyDelete
  41. Mana-mana calon yang tewas dalam pilihan raya boleh menggunakan saluran undang-undang bagi menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan tersebut.

    Penasihat dan Pengamal Undang-undang, Datuk Hafarizam Harun berkata, calon tersebut boleh mengemukakan petisyen melalui Akta Pilihan Raya 1958 yang mana ia memberi peluang untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

    ReplyDelete
  42. Cara sedemikian katanya, merupakan satu kaedah yang paling wajar, berbanding dengan menuduh tanpa bukti seterusnya melakukan rusuhan, demonstrasi dan sebagainya.

    "Sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya, Akta Kesalahan Pilihanraya memberi ruang dan peluang kepada mana-mana calon yang kalah untuk bawa perkara ini ke mahkamah melalui petisyen pilihanraya.

    ReplyDelete
  43. "Isu itu (dakwat kekal) sepatutnya telah pun dibangkitkan sewaktu SPR duduk bersama wakil parti politik kerajaan dan pembangkang sewaktu apabila mereka mahu memperkenalkan dawat kekal. Tapi setelah jadi undang-undang, tidak boleh lagi dipertikaikan, kecuali pergi ke parlimen untuk pinda dan batalkan.

    ReplyDelete
  44. Sementara itu, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, pakatan sememangnya akan merangka strategi serta mencari ruang dan peluang bagi membantah keputusan yang nyata tidak menepati sasaran mereka.

    Katanya, perkara tersebut sememangnya dapat dijangka.

    ReplyDelete
  45. "Mereka (PR) menjangkakan bahawa mereka akan dapat keputusan yang baik dan seterusnya berjaya menawan Putrajaya. Namun keputusan yang berlaku itu adalah sebaliknya.

    "Sebab itulah kita lihat mereka cuba mencari ruang-ruang di mana mereka boleh menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  46. Mcm ni lah Najib. Kerajaan kamu yg baru di isytiharkan adalah kerajaan 'haram'. Apa pun yg kamu cakap, ia x akan mengubah apa2, bahawa kemenangan umno/bn adalah jelas cara palsu & haram. Kamu boleh mendabik dada bahawa 'kami bn telah menang'. Walhal, kemenangan kamu itu adalah x sah. & yg menangkan kamu itu adalah warga2 asing, pengundi2 hantu, penukaran peti undi, rasuah dll cara penipuan. Kami majoriti rakyat Malaysia x sesekali halalkan kemenangan ini. Maka kamu semua yg menang secara x sah, selamat makan gaji hasil duit haram. Kami akan terus berjuang sehingga akan tertegak kerajaan rakyat, yg bakal berlaku x lama lagi, insya Allah. x ada apa2 yg boleh dibanggakan dgn kerajaan haram bn ini, krn statusnya pun dah HARAM. Umno/bn sbnarnya kalah dlm menang, & Pakatan sbnarnya menang dlm kekalahan. Krn walaupun bn menang, hakikatnya sokongan rakyat tiada. & walaupun PR kalah diatas kertas, hakikatnya sokongan rakyat padu dibelakang mereka. Itulah faktanya...

    ReplyDelete
  47. Kami tetap berbangga, walaupun kami kalah (yg sepatutnya kami menang), sbnarnya sokongan padu rakyat adalah dibelakang kami. Umno/bn pula, walaupun menang, sbnarnya kalah fizikal, moral & spiritual. Kemenangan palsu hanya dibaluti sumpah seranah rakyat yg x redha dgn kemenangan ini. justeru, walaupun kamu diisytiharkan menang, jiwa tiap kamu x akan tenang krn telah disumpah & dilaknati oleh rakyat Malaysia, dek krn menafikan hak mereka utk memilih kerajaan yg sah. Tahniah...

    ReplyDelete
  48. Banyak juga sokongan Anwar dalam himpunan tersebut.

    ReplyDelete
  49. Pengundi hantu tidak dapat dinafikan lagi.

    ReplyDelete
  50. Apa akan terjadi dalam tempoh 5 tahun ini?

    ReplyDelete
  51. PRU13 yang kotor yang menyebabkan perhimpunan beratus ribuan orang.

    ReplyDelete
  52. SPR tidak menegakkan keadilan malah memberi isyarat berat sebelah.

    ReplyDelete
  53. ANWAR IBRAHIM PENJENAYAH DEMOKRASI DI MALAYSIA!! TIDAK MENGHORMATI KEPUTUSAN SIMBOLIK RAAYAT YG TIDAK MEMILIHNYA SEBAGAI PM. TIDAK PERCAYA KEPADA KUASA - QADA` & QADAR ALLAH

    ReplyDelete
  54. hi, my name is hamzah nazari. i am a reporter for The Malay Mail & I was in bentong covering elections.


    I was in the dewan penjumlahan from around 6 or 7pm till 2am with my fellow reporters, dap candidates, spr staff and police. There was no blackout. A lot of stuff happened, but there was no blackout!

    ReplyDelete
  55. Selepas gagal menawan Putrajaya dengan ketinggalan jauh di belakang DAP (38 kerusi), Anwar semakin terdesak melepaskan kekecewaannya di hadapan penyokong tegarnya di Kelana Jaya, malangnya ditempelak dan dimalukan oleh Azmin Ali dan Datuk Harun Taib.


    Anwar menuduh UMNO guna wang untuk membeli undi, walhal semasa perhimpunan di Tawau, Anwar dan PKR telah membayar RM50.00 kepada sesiapa yang hadir mendengar ceramah dan perhimpunan Anwar. Perkara ini diceritakan oleh beberapa orang penerima wang RM50.00 kepada krew Mymassa di Sabah semalam.


    Katanya, "orang datang ceramah Anwar bukan mahu dengar ceramah Anwar, tetapi mahu dapat wang RM50.00 seorang siapa-siapa yang datang".


    Ada di antara penerima wang itu Pendatang Asing atau Pekerja Asing dari Filipina dan Indonesia! Lihatlah Anwar sendiri membayar warga asing untuk meramaikan majlisnya!


    Maka tidak hairanlah bahawa di Semenanjung Malaysia, Anwar dan PKR melakukan modus yang sama,"dia yang ambil Bangla, dia yang beri IC Palsu kepada Bangla, dia bawa Bangla naik Bas, dia suruh Bangla berbaris dan dia pura-pura tangkap Bangla depan siber troopers dia". Anwar yg mahu naik cepat ini, memang sentiasa mengamalkan politik wang!! Beliau pernah menghuruharakan politik UMNO dengan taburan wang. Perkara ini kami berjaya dedahkan di http://mymassa.blogspot.com/2013/05/rahsia-bocor-pengundi-hantu-bangla.html


    Kami sedia memberikan bukti penerima ini kepada pihak SPR , IDEAS, PEMANTAU malah pihak berkuasa. Kalaupun nak siasat, pasti akan berjumpa lebih ramai orang yang dibelibayar oleh Anwar dan PKR supaya meramaikan majlis ceramah Anwar di Tawau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.