Wednesday, May 8, 2013

Pemerhati : PRU13 Tidak Bebas Sepenuhnya

Laporan awal oleh dua NGO yang dipilih selaku pemerhati pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang baru lalu menyatakan bahawa pilihan raya itu berjalan secara "separa" bersih tetapi tidak adil.

Walau bagaimanapun, mereka tidak mempersalahkan sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi merujuk kepada laporan media pro-Barisan Nasional dan "kerajaan sementara" yang menyalahguna kemudahan awam.

Sebagai seorang pengamat tidak rasmi PRU-13, saya setuju dengan apa yang disebut oleh kedua-dua NGO itu, iaitu CPPS/Asli dan Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs).

Saya pernah menulis dalam blog ini mengenai betapa berat sebelahnya media arus perdana yang dimiliki atau dikawal oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan media rasmi milik kerajaan terutama televisyen dan agensi berita. Saya menyatakan bahawa media elektronik Singapura, Channel News Asia (CNA) jauh lebih adil dan profesional dalam laporan PRU-13.

Kegagalan BN untuk memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat bahkan lebih buruk daripada pencapaian PRU-12 ketika dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut berpunca daripada sikap dan peranan media arus perdana yang terlampau berat sebelah sehingga orang naik jemu dan meluat dengan apa yang dihidangkan setiap hari. Mereka memilih media alternatif dan media luar negara.

BN juga melakukan kesilapan besar apabila menyangka dengan menabur bantuan dan sumbangan kepada rakyat melalui slogan 1Malaysia akan membuahkan hasil lumayan, iaitu sokongan rakyat. Kepimpinan BN lupa bahawa zaman menabur wang dan menghulur gula-gula kepada rakyat sudah berakhir. Rakyat terima apa yang diberi tetapi apabila ke pusat mengundi, mereka tahu nak pangkah siapa dan parti mana.

Selain itu, BN dan UMNO khususnya, begitu cepat dan lantang mempersalahkan pihak lain atas kekalahan atau kekecewaan tetapi enggan melihat kelemahan dan kesilapan sendiri. Perangai sedemikian mesti dihentikan dan mereka kena terima hakikat sebenar.

Sebagai contoh, UMNO mempersalahkan "tsunami Cina" dan hasutan DAP sedangkan kemenangan hampir semua calon Pakatan Rakyat bukan atas sokongan pengundi Cina semata-mata tetapi pengundi Melayu dan India. Pengundi Cina cuma 30 peratus sahaja dan Pakatan Rakyat memperolehi sokongan 51 peratus pengundi jika dilihat dari sudut undi popular.

Apabila memperkatakan undi popular, kita dapati bahawa BN kalah kepada PR. Tetapi, dalam sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia, undi popular bukan penentu. Yang menentukan kemenangan ialah jumlah kerusi sama ada di Dewan Rakyat bagi peringkat Kerajaan Persekutuan dan Dewan-Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

Pada PRU-13, BN memperolehi 5,237,699 undi popular manakalan PR 5,623,984.

Pecahan undi popular yang diperolehi oleh tiga buah parti dalam gabungan PR adalah: 2,254,328 untuk PKR; 1,736,267 untuk DAP dan 1,633,389 untuk PAS. Jika dilihat jumlah undi popular untuk PR, kita dapati bahawa PKR memperolehi undi terbanyak dan undi untuk DAP dan PAS dibezakan sebanyak 102,878 undi yang memihak kepada DAP. Ini menunjukkan bahawa tidak berlaku "tsunami Cina" tetapi "tsunami perbandaran" seperti yang dinyatakan oleh banyak pihak yang berkecuali.

BN dan UMNO, khususnya, mesti melihat ke dalam dan benar-benar cari kelemahan dan kesilapan yang dilakukan, termasuk memilih Zulkifli Nordin sebagai calon dan secara tidak langsung menyokong Ibrahim Ali selain beberapa faktor lain yang menyumbang kepada pencapaian buruk mereka berbanding dengan PRU-12.

Sementara itu, kedudukan Datuk Seri Mohamad Najib Abdul Razak selaku presiden UMNO dan pengerusi BN agak rapuh kerana beliau gagal memperbaiki pencapaian parti pada PRU-13 berbanding dengan PRU-12. Pencapaian kali ini adalah yang paling buruk selepas 1969.

http://kudaranggi.blogspot.com/
xxx2

Komen Anda

83 Responses to " Pemerhati : PRU13 Tidak Bebas Sepenuhnya "
Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:21 AM

Perlantikan Pemerhati Barung

Pelantikan Pemerhati Barung adalah berdasarkan kepada subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Pihak yang bertanggungjawab melantik Pemerhati Barung adalah Calon atau Ejen Pilihan Raya.

Tugas dan tanggung-jawab Pemerhati Barung adalah untuk membantu Calon bagi membuat pemerhatian perlaksanaan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR supaya ianya berjalan mengikut undang-undang yang ditetapkan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:22 AM

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung menjalankan Tugas

PERTAMA: Sebelum memulakan tugas Pemerhati Barung hendaklah menyerahkan kepadaPenyelia PusatMengund i(PP) dokumen sepert iyang berikut:

-Surat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

-Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah ditandatangani
-Dokumen pengenalan diri


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:23 AM

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung menjalankan Tugas

PERTAMA: Sebelum memulakan tugas Pemerhati Barung hendaklah menyerahkan kepadaPenyelia PusatMengund i(PP) dokumen sepert iyang berikut:

-Surat pelantikan sebagai Pemerhati Barung yang ditandatangani oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya.

-Borang Sumpah Kerahsiaan (Borang A) yang telah ditandatangani

-Dokumen pengenalan diri


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:24 AM

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung menjalankan Tugas

KEDUA: Seseorang Pemerhati Barung yang dilantik boleh menjalankan tugas sepanjang proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR atau secara bergilir-gilir.

Bagi Pemerhati Barung yang bertugas secara bergilir-gilir ia hendaklah bertugas sekurang-kurangnya dua jam sebelum digantikan dengan ejen lain.(Subseksyen 26A(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954)


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:24 AM

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum Pemerhati Barung menjalankan Tugas

KETIGA: Semasa proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR diadakan, hanya seorang Pemerhati Barung bagi setiap calon boleh menjalankan tugas di sesuatu Pusat Mengundi.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:27 AM

KELAYAKAN PEMERHATI BARUNG

Kelayakan seseorang Pemerhati Barung adalah seperti yang berikut:

Umur tidak kurang daripada 21tahun

Warganegara Malaysia

Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan keganasan atau kecurangan oleh mahkamah

Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan Atas apa-apa kesalahan atau telah dilepaskan dari penjara setelah menjalani hukuman pemenjaraan

Bukan seorang yang didaftarkan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959

Dalam tempoh 5 tahun sebaik sebelum hari penamaan calon, ia tidak disabitkan di Atas suatu kesalahan di bawah subseksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan Persamaan dalam mana-mana undang-undang yang lain

Bukan seorang yang mengenainya suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen 66

Akta Pertubuhan 1966 atau peruntukan persamaan dalam mana-mana undang- undang yang lain

Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan (Subseksyen 13 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:28 AM

Pemerhati Pilihan Raya Adalah seseorang ataupun sebuah badan yang diluluskan oleh SPR untuk memerhati proses pilihan raya di tempat-tempat urusan pilihan raya yang Ditetapkan oleh SPR dan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh SPR.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:28 AM

Pemerhati Barung adalah seseorang yang dilantik oleh Calon atau Ejen Pilihan Raya bagi mewakili Calon untuk menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.(Subseksyen 26A(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:29 AM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG PADA HARI MENGUNDI

Tugas Pemerhatu Barung Sebelum Proses Semakan Daftar Pemilih Di barung SPR Bermula

Pemerhati Barung perlu mengetahui kedudukan dan Lokasi Barung SPR di Pusat Mengundi di mana mereka bertugas.

Pemerhati Barung hendaklah hadir di Barung SPR lebih awal daripada masa mengundi


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:29 AM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG SEMASA PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI BARUNG SPR

Memastikan Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) atau cakera padat (CD) yangb digunakan adalah DPPR atau CD yang khusus untuk Pusat Mengundi berkenaan.

Pemerhati Barung hendaklah menyaksikan proses semakan Daftar Pemilih di Barung SPR berjalan mengikut Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:30 AM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG SEMASA PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI BARUNG SPR

Memastikan Pemilih yang hadir untuk semakan Daftar Pemilih di Barung SPR mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti yang berikut:

a. Kad Pengenalan/My Kad;

b. Resit Pengenalan Sementara (JPN.KP09/Resit Gantian Kad
Pengenalan);


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:31 AM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG SEMASA PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI BARUNG SPR

Memastikan Pemilih yang hadir untuk semakan Daftar Pemilih di Barung SPR mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti yang berikut:

c. Dokumen Pengenalan (JPN.KP11/Resit Kehilangan Kad Pengenalan) yang dikeluarkan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara;

d. Pasport Antarabangsa


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:31 AM

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PEMERHATI BARUNG SEMASA PROSES SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI BARUNG SPR

Memastikan Pemilih yang hadir untuk semakan Daftar Pemilih di Barung SPR mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah seperti yang berikut:

e. Lesen memandu yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan bergambar; dan

f. Kad jabatan yang dikeluarkan oleh Jabatan/pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan dan gambar


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:32 AM

Pemerhati Barung hendaklah memerhati pelaksanaan proses semakan oleh Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) mengikut Buku Daftar Pemilih atau CD yang dibekalkan kepada KPDP


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:32 AM

Sekiranya terdapat salah laku yang dilakukan oleh KPDP, Pemerhati Barung hendaklah memaklumkan kepada Penyelia Pusat Mengundi untuk tindakan lanjut.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:32 AM

Pemerhati boleh membuat apa-apa teguran dengan mengemukkan secara bertulis serta alasan kepada keputusan yang dibuat oleh Penyelia Pusat Mengundi. (Arahan atau keputusan yang dibuat oleh penyelia Pusat Mengundi hendaklah dipatuhi dan dihormati)


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:32 AM

Penyelia Pusat mengundi berhak untuk tidak membenarkan mana-mana Pemerhati Barung berada di dalam Pusat Mengundi sekiranya tidak mematuhi arahan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:33 AM

LARANGAN KE ATAS PEMERHATI BARUNG SEMASA BERADA DI BARUNG SPR

Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan:

Mempamerkan apa-apa simbol parti atau sebarang bentuk tulisan atau rayuan yang ada kaitan dengan pilihan raya pada pakaian, topi, kasut atau apa-apa barang lain.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:35 AM

LARANGAN KE ATAS PEMERHATI BARUNG SEMASA BERADA DI BARUNG SPR

Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan:

Merokok dan juga membawa senjata-senjata yang merbahaya


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:35 AM

LARANGAN KE ATAS PEMERHATI BARUNG SEMASA BERADA DI BARUNG SPR

Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan:

Bertengkar atau bertelagah dengan mana-mana pihak.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:36 AM

LARANGAN KE ATAS PEMERHATI BARUNG SEMASA BERADA DI BARUNG SPR

Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan:

Menggunakan telefon bimbit.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:36 AM

LARANGAN KE ATAS PEMERHATI BARUNG SEMASA BERADA DI BARUNG SPR

Pemerhati Barung adalah tidak dibenarkan:

Mengganggu kelancaran proses semakan Daftar Pemilih


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:40 AM

Seramai 18 pemerhati antarabangsa yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13), berpeluang meninjau persiapan pusat pengundian di sekitar ibu negara


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:42 AM

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 18 pemerhati itu terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:42 AM

"Pemerhati asing ini juga akan memantau proses pengundian beberapa kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Gombak, Titiwangsa dan Setiawangsa, termasuk proses pengiraan undi, di Putrajaya esok,"


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:43 AM

Selain memantau proses pengundian, SPR juga berharap agar peluang ini digunakan pemerhati asing dan petugas tempatan untuk bertukar pandangan demi menambah baik perjalanan PRU akan datang,


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:43 AM

Menurut Wan Ahmad, sebelum ini, negara terbabit pernah menjemput pegawai SPR Malaysia sebagai pemerhati pada pilihan raya umum di negara masing-masing.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:44 AM

"Daripada maklum balas, pemerhati asing ini begitu kagum bagaimana PRU di negara ini mampu dilaksana dalam masa sehari dan keputusan boleh diketahui seawal 7.30 malam,"


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:44 AM

Mengulas mengenai pemerhati asing tidak dibawa ke kawasan kerusi panas semasa proses PRU berlangsung, beliau berkata ia tidak dilakukan atas faktor keselamatan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:44 AM

Pada PRU kali ini, SPR turut melantik seramai 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini, berintegriti.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:45 AM

Senator bebas Australia Nick Xenophon ialah seorang yang berat sebelah, tidak profesional dan hanya memihak kepada sebuah parti sahaja, justeru itu tidak layak menjadi pemerhati pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:45 AM

SPR pernah mengadakan perbincangan dengan Xenophon atas jemputan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi perkara yang ditimbulkannya sama seperti isu yang dibangkitkan parti pembangkang.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:45 AM

"Jadi pemerhati patut bebas, tidak berat sebelah, yang tidak betul tegur walaupun siapa buat salah...Bila bias (dia) tidak dapat hendak jadi pemerhati yang adil dan saksama. Dia mewakili parti politik tertentu, (untuk) jadi pemerhati tidak bolehlah begitu," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:45 AM

"Saya percaya negara dia pun (Australia) tidak suka kalau Malaysia beritahu perdana menterinya supaya melantik Malaysia jadi pemerhati atas sebab (kononnya)banyak perkara tidak betul berlaku, itu maknanya kita sudah campur tangan dalam kedaulatan negara lain,"


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:46 AM

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata isu-isu yang cuba dibangkitkan Xenophon adalah isu yang sama yang disuarakan oleh parti pembangkang.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:46 AM

"Untuk makluman, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar pernah mengadakan perjumpaan dengan dia. Pertanyaan serta keraguannya boleh dikatakan tidak berbeza langsung dengan perkara-perkara yang selalu ditimbulkan parti politik (pembangkang), seratus peratus serupa.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:47 AM

"Walaupun sama, kami tetap beri penjelasan kepada mereka," katanya.Menurutnya antara isu yang dibangkitkan ialah persempadanan kawasan pilihan raya dan daftar pemilih.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 9:47 AM

"Saya sendiri pernah terangkan isu itu kepada Duta Australia ke Malaysia...beliau faham dan mengatakan beliau tidak bermaksud untuk campur tangan dalam sistem kita, tetapi cuma untuk pemahaman beliau sahaja,"


mantera said...
May 9, 2013 at 2:13 PM

tiga badan pemantau proses Pilihan Raya Umum ke-13, Ahad lalu, mengakui keputusan PRU-13 mempunyai kredibiliti serta boleh dipercayai.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:14 PM

Institut Hubungan Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS) serta Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) turut mengakui ia dilaksanakan dengan baik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbanding pilihan raya umum sebelum ini.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:14 PM

Pengerusi CPPS, Tan Sri Ramon V Navaratnam, berkata secara keseluruhan keputusan pilihan raya yang diumumkan Isnin lalu adalah sah dan perlu diterima semua pihak.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:14 PM

Katanya, walaupun ada beberapa kesalahan kecil dilaporkan, keseluruhan proses pengundian berjalan lancar dan urusan mengundi tidak tergendala walaupun tidak 100 peratus sempurna.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:14 PM

Secara keseluruhan, keputusan yang diumumkan boleh dipercayai walaupun terdapat beberapa kecaman terutama dalam media sosial berhubung proses pilihan raya yang berlangsung.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:14 PM

Selain itu, BN (Barisan Nasional) juga tidak berhadapan dengan situasi Parlimen tergantung, sebaliknya parti itu berjaya mendapat majoriti yang ketara pada pilihan raya kali ini," katanya


mantera said...
May 9, 2013 at 2:15 PM

Navaratnam berkata, sepanjang pemerhatian pihaknya di beberapa tempat mengundi sekitar Lembah Klang, tiada sebarang penipuan dikesan, malah setiap proses berjalan lancar dengan dipantau ejen parti masing-masing sepanjang masa.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:15 PM

Katanya, dalam memastikan SPR terus diberi kepercayaan oleh masyarakat umum, ahli badan itu juga perlu dilantik secara telus daripada kalangan mereka yang mahir lagi pakar dalam bidang berkenaan.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:15 PM

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Dr Michael Yeoh, berkata umum tidak wajar mempertikaikan keputusan PRU-13 kerana ia terbukti mempunyai kredibiliti.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:15 PM

Walaupun begitu, pada hakikatnya, tiada sistem yang sempurna di dunia ini, pasti ada kesilapan manusia atau kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan.


mantera said...
May 9, 2013 at 2:15 PM

Justeru, SPR perlu berfungsi sebagai badan bebas dan mengambil kira semua syor dan cadangan yang dikemukakan pemerhati pilihan raya supaya suruhanjaya ini dapat mengendalikan pilihan raya seterusnya dengan lebih bersih, telus lagi adil,” katanya.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 2:50 PM

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata 18 pemerhati antarabangsa yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang terdiri daripada masing-masing enam wakil dari Indonesia dan Thailand, masing-masing dua dari Myanmar dan Kemboja serta dua wakil Sekretariat Asean yang juga merupakan petugas SPR di negara mereka.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 2:52 PM

Selain memantau proses pengundian, SPR juga berharap agar peluang ini digunakan pemerhati asing dan petugas tempatan untuk bertukar pandangan demi menambah baik perjalanan PRU akan datang, katanya.Menurut Wan Ahmad, sebelum ini, negara terbabit pernah menjemput pegawai SPR Malaysia sebagai pemerhati pada pilihan raya umum di negara masing-masing.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 2:54 PM

Mengulas mengenai pemerhati asing tidak dibawa ke kawasan kerusi panas semasa proses PRU berlangsung, beliau berkata ia tidak dilakukan atas faktor keselamatan.

Pada PRU kali ini, SPR turut melantik seramai 1,200 pemerhati tempatan terdiri daripada 17 Pertubuhan Bukan Kerajaan untuk memastikan proses perjalanan pilihan raya di negara ini, berintegriti.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:30 PM

Election 2013 has laid bare the declining influence of Tun Dr Mahathir Mohamad as a political force, an analysis of where and how he campaigned has showed.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:31 PM

The former prime minister campaigned incessantly but Barisan Nasional (BN) candidates whom he backed or shared his ideals - such as the controversial Zulkifli Noordin and Ibrahim Ali - all lost.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:31 PM

Many analysts and BN politicians have said that his incessant playing of the race card for the Election 2013 campaign saw support for him deplete.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:31 PM

“He still has his niche group of supporters in the Malays, they wouldn’t simply demonise leaders whom they feel have been there for them long enough.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:32 PM

“But yes... at times, it may be true that his time is over. What he says, how he says it, may not have traction among the younger generation, in the urban areas. But let us not forget - he is not the PM of the day,” Sabah Umno secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan said.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:32 PM

But other leaders were not so kind, believing the 87-year-old Dr Mahathir should finally enjoy his retirement and stay out of current day politics where they say he is fast growing irrelevant.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:32 PM

They said that in the age of social media politics, Dr Mahathir’s influence is waning quickly as Malaysians prefer the more liberal, moderate and inclusive brand of politics brought by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:33 PM

Dr Mahathir’s strong support base among the traditional, older Malay voters would likely be insufficient to win the votes for Barisan Nasional (BN) again. They said that it would be the fast-growing urban, middle-class and young voters who will soon form a larger part of the electorate.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:34 PM

And going by the vote trend of Election 2013, it is this key demographic that BN must win over if it wants to return with an even stronger mandate in the next general election. “I hope by looking at the analysis of the elections, he will realise that his time is over,” said Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) chief executive Wan Saiful Wan Jan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 8:34 PM

“He should leave the administration of this country to the new generation of politicians led by Najib.
“He has had his time and he has done tremendous things but his day in politics is over. Before he destroys his legacy, perhaps it is time to leave gracefully,” he added.


Anonymous said...
May 10, 2013 at 9:45 AM

Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya. Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat. Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.

Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’. Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.

Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik. Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000. Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.

Kemerosotan sokongan tentunya merupakan tamparan hebat kepada seorang politikus tegar seperti Anwar. Apatah lagi yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan keputusan yang memalukan itu, Anwar seharusnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang sebagaimana seorang pemimpin yang bermaruah.

Namun, kita tahu bahawa ‘maruah’ sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar. Anwar mungkin mempunyai ‘ego’, tetapi bukan ‘maruah’. Malah, walaupun kekalahannya adalah jelas, Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.

Sedangkan, kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon. Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri. Bagaimanapun, Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya.

Bagi seorang yang popularitinya sendiri telah merosot di tempat sendiri, Anwar seharusnya berfikir dua kali sebelum membawa hujah ini. Ini kerana jika mengikut undi terhadap dirinya sendiri, sudah jelas bahawa Anwar tidak popular lagi, begitu juga dengan partinya. Malah, media antarabangsa yang sebelum ini memujinya juga sudah mula sinis terhadapnya.

Dalam dua tiga hari sebelum dan selepas pilihanraya, media barat pantas menyedari perwatakan Anwar yang penuh dengan ‘lakonan’ sehinggakan Financial Times menggambarkannya sebagai penghibur kelab malam. Seorang wartawan lain, Nile Bowie pula mendedahkan strategi politik Anwar yang dirujuknya sebagai ‘mempolitikkan penipuan’ kerana terlebih dahulu menuduh SPR tidak telus dan menggerakkan protes, lama sebelum pilihanraya berlangsung lagi.

Nampaknya sebagai ‘penghibur’ juga Anwar tidak popular kerana tidak mampu menarik hati wartawan barat itu. Justeru, sebagai pemimpin tentulah jauh lebih tidak layak lagi.

Namun, menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil. Sedangkan jika mengikut populariti, jawatan tersebut perlu diserah kepada DAP yang memenangi sehingga 38 kerusi iaitu satu peningkatan yang banyak dari 28 kerusi dalam PRU-12.

Oleh itu, sebelum Anwar mengerahkan penyokongnya memprotes di jalanraya, beliau harus terlebih dahulu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP. Apa gunanya berhujah atas alasan populariti jika tidak berani bertindak berdasarkan hujahnya sendiri?


Ryus said...
May 10, 2013 at 3:27 PM

Rumusan, PRU kali ini tidak bersih dan tidak amanah.


Selvi said...
May 10, 2013 at 3:28 PM

Anwar akan dedahkan lebih banyak bukti pru yang tidak bersih. Kami menantikan sahaja.


Kelvin said...
May 10, 2013 at 3:29 PM

SPR juga diragui.


You Haop said...
May 10, 2013 at 3:30 PM

Serahkan bukti yang sah jika ada. Tuduhan tanpa bukti tidak menyakinkan.


Xiaang said...
May 10, 2013 at 3:36 PM

Lebih baik jika SPR ditugaskan oleh wakil negara lain.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:09 PM

Nak warning dgn SPR ..kami sebagai penyokong PR tetap berdiri teguh dengan pendirian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa SPR tidak melaksanakan apa-apa penambahbaikan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).Paling penting tuduhan utama DSAI adalah penipuan oleh SPR secara nyata dan jelas.Jangan tuduh pemimpin kami "pembohong".Kalau DSAI bohong adakah kami penyokong yang cerdik dan bijak sanggup berhujan dan bersusahpayah datang untuk memberi sokongan.???


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:10 PM

SPR cakap Anwar penipu..?? hehe cam xkena ajer...sapa tipu sapa..??


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:24 PM

Siapa lagi Kalau bukan SPR,kan SPR tu kuda tunggangan BN,..apa yang BN mahu pasti SPR akan ikut,kini rakyat telah tahu pembohongan BN pada pilihanraya tempoh hari melalui bukti2 yang tersiar melalui YouTube, sebagai contoh dipusatkan pengundian Puterjaya, asalnya tong2 yang ada semasa pengundian telah bertambah selepas blackout ditempat pengundian,memang jelas ini satu penipuan yang menjijikkan dari puak BN.


Anonymous said...
May 11, 2013 at 2:26 PM

SPR > SI PENIPU RAKYAT


Anonymous said...
May 11, 2013 at 6:57 PM

"You Haop said...
May 10, 2013 at 3:30 PM
Serahkan bukti yang sah jika ada. Tuduhan tanpa bukti tidak menyakinkan."

Dakwat tidak kekal satu bukti nyata dan sahih. Itu baru isu dakwat, gagap sudah SPR.


Anonymous said...
May 12, 2013 at 9:57 AM

Matlamat perkumpulan adalah:-

● Sekiranya menang, meraikan kemenangan PR
● Sekiranya kalah, menunjukkan gerakan rakyat yang mahukan pilihanraya yang adil.
● Sekiranya berlaku kekecohan, untuk perkara 1 dan 2, kedua-duanya adalah salah BN.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:03 AM

Apa yang tidak bebas?


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:06 AM

Banyak juga berita mcm ni timbul


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:08 AM

Over 30 experts and 1,500 delegates are expected to attend the 17th Asia Oil and Gas Conference (AOGC 2013) to discuss major energy issues and their implications to the industry.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:09 AM

Petronas and AOGCC said the conference, themed "Our World, Our Energy, Our Destiny', will be held at the Kuala Lumpur Convention Centre here from June 9 to 11.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:10 AM

Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia) has announced the re-opening of the solar photovoltaic (PV) quota applications due to high number of unsuccessful applications received in the earlier release.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:11 AM

Chief Executive Officer Badriyah Abd Malek said only about 50 per cent of the applications had fulfilled the requirements mandated by SEDA Malaysia and were thus successful.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:12 AM

Last April, SEDA Malaysia released 20 MW of solar PV quota for the non-individuals under the 500 kilowatt category.


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:14 AM

lIHAT APA BAKAL TERJADI


Anonymous said...
May 13, 2013 at 12:15 AM

pergaduhan akan berlaku


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx