Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Monday, January 28, 2019

CAMERON HIGHLAND : MANOGARAN PERLU DI AMBIL TINDAKAN..?



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini menimbang untuk mengambil tindakan terhadap calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ia berkenaan tindakan Manogaran memakai baju yang memaparkan logo PH di pusat mengundi ketika PRK Cameron Highlands, 26 Januari lalu.

NGO pilihan raya Bersih sebelum ini menggesa SPR membuat laporan polis terhadap timbalan pengerusi DAP Pahang itu kerana tindakannya yang menyalahi Seksyen 26(1)(g) akta itu, yang membawa hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Pengerusi SPR Azhar Harun berkata pihaknya akan menyiasatan Manogaran mengikut seksyen itu "jika ada fakta yang menyokong dakwaan".

"Saya akan mendapatkan nasihat perundangan daripada jabatan perundangan kita berkenaan semua dakwaan kesalahan pilihan raya yang dalam pengetahuan kami.

"Tindakan sewajarnya mungkin dalam bentuk laporan terhadap badan penyiasat yang bertanggungjawab. Berikan kami sedikit masa untuk menelitinya," katanya menerusi pesanan teks kepada Malaysiakini, hari ini.
Pada hari mengundi Sabtu lalu, Manogaran yang berpakaian baju berlogo PH tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Senderut di Kuala Lipis. Beliau diminta pegawai SPR untuk beredar daripada situ.

Beliau kemudian memohon maaf dan berkata beliau tidak sedar memakai baju itu kerana sudah dua minggu berbuat demikian.

Thursday, October 9, 2014

Bakal Pengantin Diperkosa 2 Lelaki

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.

Saturday, September 20, 2014

Remaja Bersalin dalam tandas

BERA: Seorang ibu terkejut apabila anak perempuannya yang berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam sebuah tandas.

Kejadian yang di lapor oleh Bernama, berlaku dirumah dekat Felda Bandar 32 awal pagi semalam.

Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Menurut Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.

Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung.

Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

-FMT

Monday, September 8, 2014

Perogol dipenjara 55 tahun

Hukuman penjara selama 55 tahun enam bulan yang dikenakan kepada seorang lelaki atas kesalahan merogol 12 tahun lalu memberi pengajaran yang amat berharga buat dirinya.



Bagi Hamid, 56, walaupun dia menyesal dengan perbuatannya itu namun sudah terlambat dan kini dia reda menjalani hukuman di sebalik tirai besi di Penjara Penor.

Menurutnya, dia tidak akan mengimbau kisah hitam lalu bagi mengelak jiwanya tertekan dan apa yang berlaku sudah lama dilupakan selepas dia melangkah masuk ke dalam penjara.

“Selepas 12 tahun meringkuk di dalam penjara ekoran terbabit dengan kes rogol sebanyak tiga kali, saya kini semakin dapat menerima hakikat sebagai seorang banduan.

“Saya akui terlalu banyak pengajaran diperoleh sepanjang berada dalam penjara yang mampu membuka laluan kepadanya membina kehidupan lebih bermakna kira-kira 39 tahun akan datang apabila dibebaskan kelak,” katanya.

Hamid yang berasal dari Pekan berkata, dia bernasib baik kerana disebabkan faktor usia dia tidak dikenakan hukuman rotan.

“Bagaimanapun, pada peringkat awal dijatuhi hukuman penjara, saya seperti macam orang gila hingga terpaksa mendapat rawatan sebagai pesakit jiwa.

“Keadaan diri saya semakin pulih apabila mula mendalami agama Islam dan sentiasa mengaji,” katanya.

Hamid berkata, pengisian dalam aspek keagamaan disediakan pihak penjara berjaya mengembalikan semangatnya untuk meneruskan sisa hidup sebelum dibebaskan pada usia lebih 80 tahun nanti.

“Hukuman saya terima ini perlu dijadikan pengajaran yang mampu menimbulkan rasa gerun kepada lelaki yang bercadang untuk terbabit dengan jenayah rogol.

“Kalau umur saya panjang dan dibebaskan, saya mahu mengusahakan ternakan ikan sangkar. Itu pun kalau umur panjang, kalau tidak, saya reda mati sebagai banduan yang menghuni Penjara Penor,” katanya.

Hamid berkata, sebelum ini dia ada membuat rayuan memendekkan hukuman tetapi tidak diluluskan.

-sinar harian

Monday, June 23, 2014

Superman dan aktivis Australia di protes anti-Lynas

Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Antara mereka yang ditahan termasuk ketua Himpunan Hijau Wong Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.

Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.

Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.

Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis beruniform.

Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua pihak tidak mahu beralah, dengan peserta protes tidak mahu berganjak dan duduk di jalan tar itu.

Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.

Bagaimanapun Wong Tack dengan tegas berkata: "Kami tidak akan berganjak."

Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan dua orang ditangkap.

Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.

"Jika anda tidak mahu bersurai, saya tiada pilihan selain membuat tangkapan," umun beliau sebelum mengarahkan anggota polis membuat tangkapan.

Beberapa peserta protes yang sedang duduk kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan.

Peserta lain kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan protes, dengan setengahnya dipercayai menuju ke IPD untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Sebelum itu, Wong telah berikrar bahawa peserta protes tidak akan meninggalkan loji tersebut sehinggalah ianya ditutup.

-MK

Monday, December 9, 2013

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk, Jerantut Pahang sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba.



Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Menurutnya, dia yang berniaga kecil-kecilan di kampung itu perlu membuat rumah rakit itu kerana tidak sanggup mengalami kerugian besar setiap tahun akibat banjir.

“Apabila tiba musim tengkujuh saya akan simpan semua barangan rumah termasuk peralatan elektrik dalam rumah rakit ini. Alhamdulillah, usaha dan inisiatif saya ini mampu menyelamatkan harta benda daripada musnah akibat banjir." -  - Dunia Macam-Macam"