Friday, March 2, 2012

PAS Kedah Terus Bergelut?

Pas kawasan Kuala Kedah memberi kata dua kepada Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah yang juga Timbalan Yang Dipertua Pas kawasan itu kerana didakwa melanggari keputusan mesyuarat jawatankuasa yang diadakan pada 17 Februari lalu.

Yang Dipertuanya, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, sebaik Amiruddin mengangkat sumpah jawatan Exco kelmarin, tindakannya itu menyalahi keputusan dan Amiruddin diberi dua pilihan dalam tempoh 14 hari.

“Kita beri kata dua kepada beliau, jika ingin bersama Pas Kuala Kedah, kena letak jawatan Exco dan kita anggap isu ini selesai. Jika Amiruddin ingin bersama Menteri Besar, beliau bukan lagi sebahagian daripada Pas Kuala Kedah,” katanya.

Menurutnya, ini bermakna Amiruddin tidak dibenarkan terlibat dalam gerak kerja parti atau pengurusan Pas kawasan itu, dan beliau perlu bergerak secara sendirian sebagai Adun Anak Bukit.

Bagaimanapun, Phahrolrazi berkata,tindakan yang akan diambil terhadap Amiruddin bergantung kepadanya dan beliau diberi tempoh 14 hari untuk menghantar surat jawapan.

“Apabila Amiruddin menerima tawaran sebagai Exco Kerajaan Negeri dan mengangkat sumpah jawatan, ini bermakna beliau ingkar arahan. Setiausaha Pas Kuala Kedah, Aris Awang akan menghantar surat rasmi kepada Amiruddin hari ini (semalam), tindakan selanjutnya akan diputuskan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Menurutnya, antara keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu adalah Pas Kuala Kedah sebulat suara menyokong pendirian Phahrolrazi untuk tidak menerima jawatan Exco bagi penggal seterusnya.

Arahan turut dikeluarkan kepada semua Adun dalam kawasan Kuala Kedah iaitu Phahrolrazi (Pengkalan Kundor), Amiruddin (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) supaya tidak menerima tawaran untuk dilantik sebagai Exco.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Phahrolrazi itu bagaimanapun tidak dihadiri Amiruddin yang ketika itu mempunyai urusan di luar kawasan manakala Mohd Nasir selaku Naib Yang Dipertua Pas Kuala Kedah hadir.

“Berkisar kepada keputusan mesyuarat inilah, tindakan diambil. Keputusan ini juga sudah dimaklum pada Amiruddin dan beliau memaklumkan tidak dapat terima arahan ini dan mengangkat sumpah jawatan Exco Selasa lalu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, walaupun Amiruddin sudah menjelaskan alasannya berbuat demikian, namun Pas Kuala Kedah menolak penjelasan itu.

Ditanya sama ada Amiruddin berdepan tindakan disiplin atau digantung keahliannya, Phahrolrazi berkata, hanya Pas Pusat yang layak memutuskan perkara itu. -SH

Thursday, March 1, 2012

Pertemuan Umno- Perkasa, Umno panik

Kita sudah tahu segalanya. Dua orang Islam dari UMNO berketurunan India, Perdana Menteri de-facto Mahathir Mohamad (Malayalee) dan Zainuddin Mydin (Tamil), bertemu secara rahsia di Putrajaya pada hari Isnin dengan 250 orang penyokong kuat Perkasa diketuai oleh si mulut laser Ibrahim Ali.

Mereka juga disertai oleh Sanusi Junid yang berketurunan Tamil, bekas Menteri Besar Kedah yang mendakwa dirinya orang Aceh, dan bekas timbalan menteri persekutuan Khalid Yunus.

Pertemuan yang bersifat rahsia itu menurut Mahathir kepada media, adalah untuk mengelakkan ia dilabelkan sebagai salah satu daripada agenda perkauman. Dia merasa kesal bahawa kini tidak boleh lagi menyebut perkataan Melayu tanpa dilabelkan sebagai rasis. Bagaimanpun, bagi ahli-ahli komuniti berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia - Mahathir umpamanya - bukanlah orang Melayu.

Lingua franca di nusantara ini adalah bahasa Melayu tetapi itu tidak bermakna bahawa bangsa Melayu wujud. Tidak ada pun sejarah menakrifan bangsa itu kecuali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Buat sekian kali, Mahathir mengeluh bahawa masyarakat berbahasa Melayu di Semenanjung Malaysia kini berpecah antara tiga parti politik iaitu Umno, PKR dan Pas. Dua yang terakhir adalah sekutu dalam Pakatan Rakyat, pakatan pembangkang, bersama-sama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Perkasa- satu kegagalan

Secara tertutup, Mahathir terpaksa mengakui realiti bahawa Perkasa, gagal. Perkasa mendapat kontrak bagi mewar-warkan agenda perkauman Umno tetapi mendapati ia sukar untuk mendapat sokongan bagi politik jenis kotor ini.

Walau bagaimanapun, memandangkan pembiayaan disediakan secukupnya, Perkasa akan terus memutar-belitkan setiap isu di Malaysia menjadi isu perkauman dan agama. Ideanya adalah untuk menjadikan Melayu dan bukan Melayu berantakan antara satu sama lain dan menakutkan kedua-dua kumpulan ini untuk bersatu padu di bawah satu platform politik - Umno - supaya golongan elit yang memerintah boleh hidup seperti sheikh di negara kaya dengan minyak dengan wang titi peluh rakyat.

Orang-orang Kristian, menjadi penganut agama ke-2 terbesar di Malaysia dan boleh menjadi sebuah kumpulan kuasa ke-3 yang berpotensi dalam politik, akan menjadi mangsa.

Pertemuan penuh rahsia ini penting bukan kerana apa yang telah dibincangkan secara rasmi tetapi lebih kepada apa yang dibincangkan secara tidak rasmi diluar perjumpaan itu.

Hindraf Makkal Sathi telah dipersetujui akhirnya sebagai satu rahmat tersembunyi kepada UMNO. Lebih banyak Hindraf berkokok mengenai perkauman,lebih ramai orang Melayu akan bersatu di belakang UMNO, ini adalah keputusan dari perjumpaan sampingan.

Taruhan besar dalam politik Umno inilah yang memecah-belahkan rakyat, ”supaya Umno boleh terus memecah dan memerintah seperti apa yang telah dilakukan pihak British”.

Shahrizat, MAS dan Sodomi 2 dibincangkan

Perjumpaan Perkasa yang diadakan adalah di kalangan mereka yang tidak teliti dan keliru. Tiba-tiba, masa depan kelihatan cerah. Ini adalah persetujuan bersama di perjumpaan Perkasa yang dipenuhi pengkomplot kerana ancaman kepada gaya hidup mewah mereka yang sebenarnya bersifat parasit.

Menteri Umno Shahrizat Jalil, yang menjadi dalang kejatuhan NFC RM250mil, menjadi perbualan dalam rundingan, mengikut maklumat dari dalam, ia telah menjadi terlalu bodoh sehingga membahayakan mereka semua, dan menjadikan yang lain menjadi nampak seperti penjahat juga.

Mahathir mengagumi pihak pengurusan yang membatalkan saman RM600 juta terhadap bekas bos Penerbangan Malaysia Tajuddin Ramli, tetapi tidak pula mendesak penarikan balik tuntutan balas Tajudin Ramli yang berjumlah beberapa ratus juta. Ini adalah sebahagian daripada sandiwara berterusan ynag diarah oleh Perbendaharaan negara. Pasti ada habuan untuk semua.

Soalan yang membimbangkan orang kuat Perkasa, secara rasmi dan tidak rasmi, adalah bagaimana untuk mengekalkan kuasa politik demi untuk memudahkan salah kuasa berterusan ke atas Perbendaharaan Negara jika masyarakat Melayu tidak lagi termakan politik tahi Umno, kerana mahu masa depan yang lebih baik.

Harapan tidak banyak yang diletakkan kepada rayuan Peguam Negara untuk kes Liwat 2 sebagai salah satu cara untuk mengoyah dan memusnahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan mengembalikan ia kepada Umno.

PAS, DAP dan PKR tidak memberi respon yang diharapkan oleh Dr M

Kerajaan Perpaduan dengan Pas mendapat sambutan di luar jangkaan mereka. Itulah kesilapan bodoh yang dibuat oleh Perdana Menteri yang tidak dipilih dan sekadar budak suruhan Mahathir sahaja, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Begitu juga DAP tidak berminat untuk mewakili kaum Cina dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya memilih untuk menjadi kuasa ke-4 dalam politik di negara ini untuk masyarakat berbahasa Melayu, selepas Umno, PKR dan Pas.

Mahathir mahu meyakinkan masyarakat Melayu sekali lagi bahawa mereka perlu buat-buat tak tahu dan masih lagi bodoh dan menyedihkan - "berpura-pura bahawa yang pintar tidak wujud" dan mereka tidak akan ada peluang berbanding India dan Cina - "terlalu pintar untuk tahu apa yang baik" dalam keadaan percuma-untuk-semua. Ringkasnya, India dan Cina memusnahkan masyarakat Melayu.

Jadi, Mahathir masih lagi menyanyikan lagu yang sama dengan tema sama iaitu masyarakat berbahasa Melayu mesti bersatu di bawah satu platform politik iaitu Umno supaya mereka boleh mendapatkan kuasa politik dan merebut semua peluang untuk berkongsi "dikalangan mereka yang munafik ".

Jika terdapat di kalangan masyarakat Melayu yang tidak mempercayai Mahathir, mereka boleh berhijrah ke Australia - kerana ia telah dilakukan orang India dan Cina.

Perkauman, nepotisma, korupsi dan opportunis

Hujah ringkas Mahathir adalah mereka yang bodoh dan rugi termasuk yang munafik melebihi orang lain dalam masyarakat dan perlu menggunakan kekuatan bilangan mereka "untuk memastikan bahawa yang cerdik pandai dan terbaik dari semua kaum India dan Cina, mengikut Mahathir – bukanlah pemimpin buat semua ".

Sudah tentu, peluang rampasan kuasa ini tidak akan jatuh kepada ahli-ahli masyarakat Melayu untuk sebahagian yang besar tetapi hanya pemerintah elit dan anak-anak mereka dan kroni di belakangnya. Nepotisme, rasuah dan pengambil kesempatan yang dikatakan rasis oleh Hindraf Makkal Sakthi - akan menjadi penggubal undang-undang.

Ideologi politik Mahathir menurut Perdana Menteri de facto ini, akan disokong oleh pemimpin-pemimpin kaum lain India, Cina, Dusun dan Dayak yang mempunyai kisah mereka tersendiri. Walau bagaimanapun, pengkhianat-pengkhianat ini tidak akan disia-siakan. Mereka akan mendapat beberapa cebisan habuan dari semasa ke semasa selepas pemimpin-pemimpin mereka (Umno) telah kenyang setelah makan sepuas hati, sendawa, menyahtinja serta muntah itu.

Perkasa cuba menawan ahli lompat parti selepas PRU ke 13

Walau bagaimanapun, pemimpin bukan Melayu ini mesti dikekalkan semiskin yang boleh seperti di Sabah dan Sarawak supaya mereka tidak mampu untuk memikirkan idea mewah seperti kebebasan dari segi kewangan dan membebaskan diri daripada cengkaman zalim pemerintah elit.

Jika semua gagal, Perkasa digunakan oleh Umno untuk menarik dari kalangan yang menang dalam pakatan pembangkang supaya melompat parti selepas Pilihan Raya Umum ke-13. Penekanan akan diberi kepada pemenang yang akan dikenal pasti oleh laporan perisikan kerana mempunyai kelemahan mereka sendiri.

Semua pilihan ada dihadapan mereka.

Pilihan akhir, dalam pemikiran Perkasa, mungkin suatu peristiwa ala 1969 untuk membina BN yang baru, musnahkan pembangkang - selepas ia diluluskan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) yang disokong oleh Majlis Perundingan Negara (NOC) dan Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MTEN).

Malaysia Chronicle

Land-Grab Incidents Due To Budaya Buaya

SABAH Progressive Party (SAPP) on Tuesday reiterated its pledge to reinstate the '999-year' land lease to private landowners as stated in its Land Reform Policy if it forms the new State Government after the 13th General Election.

Its President, Datuk Seri Yong Teck Lee, said this is achievable because he had accomplished this during his tenure as Chief Minister, where he granted it to more than 400 houseowners in Taman Seputeh, Luyang.

"There's no need to amend the laws. The Chief Minister has the power to do so," he said, adding that the State Government has nothing to lose by issuing the landowners with such title.

"In fact, it could generate more revenue through the collection of land revenue. Under the 99-year land lease, the property owners would always be at the losing end.

"Ninety nine years is too short for property owners to fully develop and utilise their property. The bank may not accept it for mortgage or refinancing," he said.

Insurance firms might not even want to insure it, especially when the land lease has only 20 years to go, which is a common dilemma facing many landowners in the State now.

He likened the present government's decision to reduce the land lease for private and commercial lands from 999 years to 99 years, last year, as another form of land grab.

He said the widespread land-grab incidents which affect the native people of Sabah are due to 'Budaya Buaya' (crocodile culture).

"What is the reason behind the many evictions of the villagers from their NCR (Native Customary Right) lands, especially when the said lands were not for public utilisation?

Speaking at a dinner organised by SAPP Kepayan, Yong claimed the land-grab problem has reached a crisis stage with more than 800 cases registered with the Malaysian Human Rights Commission (Suhakam) Sabah branch, where natives occupying their ancestral land for more than two generations have been evicted and their lands given to major peninsula-based plantation companies.

"Land grab incidents have been observed throughout Sabah in places like Sukau, Matunggong, Bangi, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Keningau, Tenom, Kota Belud and Papar and they are still happening now," he said.

Yong claimed that in one of the cases in Kg Sukau, Sandakan, a very senior State Umno leader has been implicated where the address of the company involved in the land-grab was traced to the latter's residence.

"If such a trend is not immediately stopped, in time to come the natives will become refugees in their own land," he said.

He also claimed other policies of the present BN State administration only benefited political cronies such as the river sand extraction business that generates RM150 million in turnover.

He claimed there were previous attempts to control the scrap iron and the bird's nest businesses.

The worst case was the controversial ceding of three million acres of oil-rich maritime territories off Sabah waters known as Block 'L' and Block 'M', to Brunei during the tenure of former Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi.

-Sabahkini

Ceramah Hasan Ali mula tiada sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadhir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadhir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadhir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS. Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

-Tulang Besi








Sumber gambar : Era Pasca

Mengundi wajib, sokong tegak Islam juga wajib

PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.

“Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.

“Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.

“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya.

Paksa Seks Atas Motosikal

Akibat terlalu percaya kepada teman lelaki, seorang pelajar Tingkatan Satu dirogol secara paksa oleh teman lelakinya yang berusia 19 tahun di sebuah lorong gelap, delat Gadong Jaya, Seremban. Gambar fail

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Yusof Awang berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di ibu negara itu dikatakan memaksa kekasihnya berusia 13 tahun itu melakukan seks atas motosikal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian pertama berlaku Ogos tahun lalu dan selepas itu, pasangan tersebut kerap berjumpa untuk melakukan seks sehinggalah pada 22 Februari lalu.

“Laporan asal dibuat keluarga wanita itu yang melaporkan anaknya tidak pulang ke rumah selama seminggu dipercayai mengikut teman lelakinya di Kuala Lumpur.

“Sejurus laporan polis dibuat, wanita tersebut pulang ke rumah. Setelah didesak keluarganya, wanita itu memberitahu bahawa dia dirogol. Sebaik sahaja mengetahui hal itu, ibunya membuat laporan di Balai Polis Nilai,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Yusoff berkata, polis berjaya menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol. -SH

Apabila rakyat mula sedar kekuatan mereka

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/02/MG_1984.jpgRakyat Malaysia pada hari ini bukan lagi seperti dulu. Dahulu mereka mudah dibuli, ditipu dan diperbodohkan.Hari ini, apabila mereka mendapat maklumat, mereka tidak akan menerima bulat-bulat. Mereka akan semak ke sumber-sumber lain seperti media-media alternatif and di Internet.

Dalam erti kata lain, pemerintah atau bakal pemerintah di Malaysia tidak akan menikmati “kuasa” seperti era-era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Di zaman Dr Mahathir, pemerintah benar-benar berkuasa. Yang melawan sudah pasti akan menerima padahnya. Lihatlah apa yang berlaku kepada ahli politik pembangkang dan pimpinan NGO dalam Operasi Lalang. Beratus terpenjara.

Di akhir kekuasaan Dr Mahathir, 10 aktivis pro Reformasi ditahan dibawah ISA.

Begitu juga dengan dua pimpinan mahasiswa yang menentang penahanan 10 aktivis Reformasi tersebut, turut ditahan dibawah ISA.

Pada ketika itu juga, media-media yang bersikap kritikal terhadap pemerintah berhadapan dengan risiko ditamatkan permit penerbitan.

Itulah yang berlaku terhadap akhbar Eksklusif yang memainkan peranan dalam memberi kesedaran terhadap pengundi-pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke 10.

Malaysia hari ini

Hari ini keadaan Malaysia sudah berubah. Rakyat mahukan perubahan.

Perubahan ini bukan bermakna semata-mata menggantikan parti yang memerintah, akan tetapi yang dituntut adalah perubahan struktural.

Perubahan yang dimahukan bukanlah hanya menggantikan parti yang memerintah semata-mata akan tetapi perubahan terhadap dasar-dasar yang menindas orang ramai baik dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam erti kata lain, parti yang menjadi alternatif kepada Barisan Nasional (BN) seperti Pakatan Rakyat (PR) juga tidak boleh memerintah secara sesuka hati.

Mereka harus membuktikan bahawa perubahan benar-benar sedang dilakukan.

Lihatlah bagaimana kerajaan Kedah pimpinan PR dikritik hebat apabila tidak melakukan apa-apa dalam kes lima pelajar yang dijatuhkan hukuman di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) oleh Kolej Universiti Insaniah, sebuah kolej dibawah kerajaan negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus-terusan menerima kritikan oleh mahasiswa dan rakyat akibat daripada keangkuhannya itu.

Pimpinan tertinggi PR terus didesak untuk menyelesaikan isu KUIN 5 oleh kerana Buku Jingga — tawaran PR kepada rakyat Malaysia jika mereka diberi peluang untuk memerintah menjanjikan pemansuhan AUKU.

Lynas

Hari Ahad, puluhan ribu rakyat Malaysia ke Kuantan, Pahang bagi membantah kelulusan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada Lynas untuk membina kilang bagi memproses nadir bumi.

Walaupun TV3 pernah menyiarkan “siaran khas” bagi membersihkan imej Lynas, rakyat Malaysia tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda kerajaan itu.

Perhimpunan serentak juga diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Sabah.

Rakyat Malaysia sudah faham apa itu “people power” atau kekuatan rakyat. Setelah semua saluran digunakan dan kerajaan masih berdegil untuk terus membenarkan Lynas beroperasi, maka “jalan raya” dipilih oleh rakyat.

Adalah satu perkara yang membanggakan apabila rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama sanggup turun ke jalan raya bagi menyelamatkan bumi Malaysia.

Akhirnya “benih-benih” yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu sudah menampakkan hasil. Rakyat Malaysia kearah masyarakat Madani atau “civil society”.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

The Star sudah buat kesalahan kali ketiga

Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.

"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.

"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.

The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.

Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.

Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik. -HD

Tuntutan Palsu: MP Sabak Bernam Bersalah

Ahli Parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri hari ini didapati bersalah terhadap lapan pertuduhan tuntutan palsu yang berjumlah RM80,000, tiga tahun lalu.

Abdul Rahman, 46, didakwa melakukan kesalahan itu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar mewakili Barisan Nasional (BN).

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mengemukakan bukti tanpa keraguan munasabah.

Selain itu, mahkamah turut mendapati pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 43, bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dalam melakukan semua lapan kesalahan yang didakwa.

Hakim bagaimanapun bersetuju untuk menjatuhkan hukuman terhadap Abdul Rahman dan Rosli pada pukul 11 pagi esok.

Ini berikutan permintaan peguam bela mewakili kedua-dua tertuduh Affifuddin Hafifi dan Lim Kon Keen yang mahukan sedikit masa untuk menyediakan mitigasi serta rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan.

Tuntutan palsu

Selaku ejen kerajaan Malaysia, Abdul Rahman didakwa dengan niat untuk memperdaya prinsipalnya dengan menggunakan surat Adun yang mengandungi butiran palsu membuat tuntutan ke atas program atau aktiviti yang sebenarnya tidak dilaksanakan.

Antaranya pembelian hadiah dan cenderamata serta penganjuran jamuan Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di kawasannya.

Beliau juga didakwa membuat tuntutan menggunakan butiran palsu mengenai Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga KRT di Dun Sungai Air Tawar, Program Forum Perdana Peringkat Mukim Bagan Nakhoda Omar, program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-guru Kemas serta Program Mesra Rakyat serta sambutan Maulud Nabi.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan jumlah RM10,000 setiap satu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh antara 21 Januari hingga 12 Februari 2008 di Pejabat Daerah Sabak Bernam.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 Akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa. Kes sebelum ini dibicarakan di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam. -FMT

MAS & PROTON Alami Kerugian Lagi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHCgPF87EtGVF_gYexrcDuYTlrEVD6wR_cvA3fc1bI1odBoQp6-vl_7RiewAcBpGUxZntkmTZFAMknv18YlDn-iE3C-_Tuxe0-HwY1pAehIW8FsDwB6M83ycb7UNgYT4WnscdMz4P_ljiH/s200/MALAYSIA+AIRLINES.gifMalaysian Airline System Bhd (MAS) mencatat kerugian bersih RM2.52 bilion hasil daripada RM13.9 bilion perolehan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bagi tempoh suku keempat, syarikat penerbangan negara itu merekodkan RM1.28 bilion kerugian bersih, hasil pusing ganti sebanyak RM3.68 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata kerugian kumpulan bagi tahun 2011 menunjukkan pentingnya syarikat penerbangan itu segera melaksanakan usaha untuk mengekang "kerugian" itu.

"Ini termasuk penempatan semula petugas, meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kawalan kos dan membuat kajian selanjutnya.

"Kami juga melaksanakan strategi pemasaran dan jualan agresif," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ahmad Jauhari berkata prestasi setahun penuh kumpulan itu terjejas teruk akibat peningkatan 21 peratus perbelanjaan berjumlah RM16.2 bilion, berbanding RM13.41 bilion pada 2010.

Beliau berkata perbelanjaan tinggi itu disebabkan oleh peningkatan 33 peratus kos bahan api sebanyak RM5.85 bilion dan peningkatan 15 peratus perbelanjaan bukan minyak sebanyak RM10.43 bilion.

Peningkatan perbelanjaan bukan bahan api itu sebahagian besarnya disebabkan peruntukan berjumlah RM1.09 bilion yang dibuat pada suku keempat untuk pelupusan saham, penyerahan semula pesawat dan kekurangan pesawat kargo.

Ahmad Jauhari berkata akaun bagi tahun dalam kajian memperakui peruntukan dan kos operasi yang semakin meningkat, yang walaupun sukar, memberikan pendekatan hoslitik organisasi dan pengetahuan penuh kedudukan sebenar syarikat.

Bagi setahun penuh, Malaysia Airlines menyaksikan peningkatan kapasiti (tempat duduk setiap kilometer) sebanyak tujuh peratus, trafik penumpang meningkat lima peratus, namun faktor kerusi yang rendah berkurangan kepada 75 peratus.

Beliau berkata perolehan dan purata tambang bagi semua kelas menunjukkan peningkatan sepanjang tahun, terutama kabin depan.

Bagaimanapun terdapat penurunan keseluruhan faktor kerusi memandangkan syarikat penerbangan itu berusaha untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Mengikut asas prestasi serantau, perkhidmatan domestik dan jarak pendek, perkhidmatan sesama Asean menjadi pasaran utama syarikat itu, dengan segmen berkenaan melaporkan pertumbuhan positif mengikut sukuan selain mengikut asas setahun setakat ini, katanya.

Sementara itu, bahagian kargo mengalami penurunan, selari dengan penurunan industri berkenaan di dunia.

Perolehan susut 14 peratus, kapasiti susut sembilan peratus manakala hasil pulangan dua peratus.

Ahmad Jauhari juga berkata MASkargo mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM19 juta pada 2011 berbanding keuntungan RM141 juta pada tahun sebelumnya ekoran kos bahan api yang tinggi dan kekurangan barisan pesawat A330.


Proton rugi RM84j dalam suku ketiga 2011

Kerugian pracukai syarikat pembuat kereta negara, Proton Holdings Bhd telah meningkat kepada RM84.054 juta untuk suku ketiga berakhir 31 Dis, 2011 berbanding kerugian pracukai RM51.535 juta dalam tempoh yang sama 2010.

Dalam satu kenyataan, syarikat berkata prestasi yang lemah itu adalah disebabkan penurunan dalam jualan akhir tahun yang menyaksikan pelarasan jumlah pengeluaran dalam usaha untuk menguruskan kos dengan lebih baik.

Pendapatan merosot kepada RM1.432 bilion daripada RM1.833 bilion sebelumnya.

Sementara itu, pendapatan untuk sembilan bulan pertama turut susut kepada RM5.92 bilion daripada RM6.36 bilion sementara kerugian sebelum cukai ialah RM36.530 juta berbanding keuntungan pracukai RM134.3 juta yang dicatatkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.

Pengerusi kumpulan Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata keuntungan yang rendah itu dikaitkan sebahagian besarnya kepada pendapatan yang lemah yang dicatatkan daripada jualan domestik.

Bagaimananpun, kesan kurang memberangsangkan daripada pendapatan yang rendah itu telah ditampung oleh penurunan dalam overhed pembuatan dan perbelanjaan pentadbiran yang rendah yang ditanggung dalam tempoh kewangan yang sama, kata beliau.

"Selain daripada itu, keputusan itu turut terjejas oleh jumlah jualan yang rendah kereta-kereta Lotus di Eropah pada suku yang lepas," tambah beliau.

Mohd Nadzmi juga berkata yang penangguhan pelancaran model terbaru Proton turut menjejaskan unjuran jualan.

"Bagaimanapun, penangguhan itu perlu bagi memastikan semua isu dapat ditangani dan pengguna akan mendapat yang terbaik daripada model itu," katamya.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia, jumlah jualan kenderaan susut 25 peratus kepada 40,948 unit pada bulan Januari daripada 54,781 unit dalam tempoh yang sama 2010 ekoran syarat kelulusan pinjaman sewa beli yang ketat, bulan kerja yang lebih singkat dan kesan daripada bencana banjir di Thailand.

Mohd Nadzmi berkata berikutan prestasi lembap industri berkenaan, Proton menjangkakan tempoh yang mencabar ke hadapan dengan jumlah jualan yang rendah selepas Bank Negara baru-baru ini mengekalkan yang ia tidak akan menyemak kembali atau menyelaraskan garis panduan pinjaman baru.

Mengenai strategi peluasannya di persada global, beliau berkata kumpulan itu pada masa ini sedang memuktamadkan rancangan untuk mengeksport unit CBU pemanduan sebelah kiri model-model yang dipasang di China ke pasaran sasaran terpilih.

Selain itu, PROTON Iran, yang merupakan anak syarikat 100 peratus kumpulan, baru-baru ini telah dilancarkan dengan objektif memenuhi permintaan selepas jualan pengguna-pengguna sedia ada, kataya.

"Langkah seterusnya ialah untuk memulakan jualan kereta di Iran sekali lagi menggunakan CBU pemanduan kiri.

Selepas kejayaan membuka bilik pameran pertama Proton Platinum di Medan, Sumatera, jenama kereta negara itu akan membuka satu lagi bilik pameran Platinum di Jakarta Barat untuk menyokong permintaan yang kian meningkat di pasaran Indonesia.

Bergerak ke hadapan, kumpulan itu akan terus meninjau lebih banyak peluang untuk meningkatkan dan menjana pendapatan daripada perniagaan lain, terutamanya menerusi perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti.

Setakat 31 Disember 2011, imbangan bank tunai Proton ialah pada RM1.18 billion.

-MK