Thursday, March 1, 2012

Ceramah Hasan Ali mula tiada sambutan

Gambar di bawah adalah kehadiran ceramah Hasan Ali di Kampung Melayu Subang malam tadi.Memang pada mula Hasan Ali memulakan "tour" beliau, kelihatan ceramah beliau mendapat sambutan.

Mengikut laporan yang Tulang Besi dapat dari ceramah beliau di Paya Jaras tempohari, majoriti yang hadir dalam ceramah di Paya Jaras tempohari adalah terdiri dari penyokong dan pendokong PAS.

Tujuan mereka hadhir adalah semata-mata mahu mendengar sendiri manusia bernama Hasan Ali mengutuk dan menista PAS.

Apabila PAS dikhianati samada oleh bekas pemimpin ataupun parti kawan, maka ahli2 mahu pergi melihat dan mendengar sendiri orang yang mengkhianati PAS tersebut.

Tulang Besi berpengalaman waktu Semangat 46 dibubarkan serta Tengku Razaleigh mula menghentam PAS serta Tok Guru Nik Aziz.

Waktu itu Ku Li buat road show seluruh negara. Dan Tulang Besi hadhir salah satu ceramah Ku LI tersebut.

Tulang Besi lihat sendiri majoriti yang hadhir dalam ceramah itu adalah penyokong dan pendokong PAS. Perkara yang sama berlaku kepada Hasan Ali.

Namun, di dalam pusingan kedua siri ceramah Hasan Ali ini, kehendak mahu melihat sendiri ini sudah habis.

Maka, tinggalah beberapa kerat penyokong sebenar Hasan Ali yg masih mahu mendengar ceramah beliau seperti di bawah.Tak lama lagi, ceramah Hasan Ali akan sama ramai pendengarnya macam ceramah Zul Nordin.

Allah Maha Kaya.

-Tulang Besi








Sumber gambar : Era Pasca

4 comments:
Write comments
  1. selama mana tembirang akan bertahan? rakyat x selamanya bodoh...

    ReplyDelete
  2. Kalau ceramah dia saja yang ok orang semua tak ok,agaknya masalah tu berpunca dari siapa!

    ReplyDelete
  3. Ini macam punya orang tidak boleh pakai..dan tidak boleh buat kawan.

    ReplyDelete
  4. hasan ali kaki godam jer

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.