Tuesday, December 4, 2012

Tarikh Akhir Permohonan Online Kemasukan Ke Tingkatan Satu MRSM 2013 Dilanjutkan

Tarikh akhir permohonan online kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2013 dilanjutkan sehingga Rabu ini.

MARA dalam satu kenyataan di sini memaklumkan pemohon atau pelajar yang telah mendapat kata laluan di Pejabat MARA Negeri atau Pejabat MARA Daerah atau MRSM, boleh mengisi borang permohonan online pada alamat URL http://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp.

"Log masuk menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan sebagai id pengguna dan gunakan kata laluan yang diberikan," menurut kenyataan itu.

Para pelajar diminta menghantar permohonan secara online pada atau sebelum Rabu ini bagi memasuki MRSM, selain menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Tingkat 19 Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang maklumat mereka boleh menghubungi 03-26132000, 26134541, 26134542, 2613 4543, 2613 9070, 2613 9071 atau faks ke 03-2691 1658. - BERNAMA

Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor


Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin.

Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.

Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.




SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos

Semua petugas media yang diperakukan oleh majikan sebagai petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya, layak untuk mendapat kemudahan mengundi secara pos dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan mengundi secara pos adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada mereka kepada pegawai pengurusan bahagian pilihan raya di mana mereka didaftarkan.

Wartawan dan jurufoto ialah antara 112 kategori petugas yang disenaraikan layak mendapat kemudahan itu. Kategori lain antaranya pereka grafik, jurutera siaran luar, pengurus teknikal, juruteknik, juruelektrik, penerbit, pembantu skrip, pemandu dan pekerja am.

Kamaruddin berkata demikian pada sesi penerangan kepada media berhubung kemudahan itu di ibupejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tidak semua petugas media diberikan kemudahan tersebut, misalnya wartawan yang membuat liputan lain selain berkaitan pilihan raya di luar kawasan pendaftarannya tidak layak mendapat kemudahan itu.

"Hanya media yang memenuhi syarat-syarat tertentu layak diberikan kemudahan mengundi secara pos," katanya yang menambah, mereka juga mestilah berkhidmat dengan agensi-agensi yang berdaftar dalam Direktori Media Awam 2012 yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Kamaruddin berkata petugas media yang ingin memohon untuk mengundi secara pos hendaklah menggunakan Borang 1A yang akan diserahkan kepada agensi media atau dengan memuat turunnya dari lamanweb SPR.

Katanya tarikh akhir untuk menghantar Borang 1A tersebut ialah pada hari ketiga selepas hari penamaan Calon.

Kata beliau Borang 1A yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan melalui faks, pos atau menyerahkannya sendiri.

Beliau berkata pegawai pengurus boleh menolak sesuatu permohonan sekiranya Borang 1A tidak lengkap, bukan pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan dan Borang 1A diterima lewat daripada hari ketiga selepas Hari Penamaan Calon.

Beliau berkata para petugas media yang mengundi secara pos akan menerima sampul keutamaan yang di dalamnya antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sampul-sampul keutamaan itu akan dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan juga boleh dikembalikan melalui pos tanpa setem.

Kamaruddin turut menolak kemungkinan berlaku kelambatan kertas undi diterima kerana pihak Pos Malaysia telah memberi jaminan akan memberikan keutamaan kepada sebarang surat yang mempunyai logo SPR dalam masa pilihan raya.

Ditanya jumlah petugas media yang dijangka akan menggunakan kemudahan itu, Kamaruddin berkata beliau menjangka jumlahnya kurang daripada 10,000 orang.

Kemudahan itu diberikan selepas SPR bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat April lepas.

- Bernama

Monday, December 3, 2012

Awan Aneh Kelihatan Di Australia

Awan aneh di Teluk Carpentaria,Australian.Apa yang menyebabkan ia menjadi panjang, awan pelik? Tiada siapa yang pasti. Satu jenis jarang awan yang dikenali sebagai awan Glory Morning boleh bergulung sehingga 1,000 kilometer panjang dan berlaku pada ketinggian sehingga dua kilometer.

Walaupun awan gulungan yang serupa ini telah dilihat di tempat-tempat tertentu di seluruh dunia, penduduk di Burketown, Queensland Australia meramal ianya berlaku pada setiap musim bunga. Panjang, mendatar, yang bergulung seperti tiub udara mungkin terbentuk apabila mengaliran, lembab, penyejukan udara pertemuan lapisan penyongsangan, lapisan atmosfera di mana suhu udara atypically meningkat dengan ketinggian.

Tiub udara sekeliling boleh menyebabkan pergolakan berbahaya bagi kapal terbang jika ianya lebih berwarna terang. Awan Morning Glory dilaporkan boleh mencapai halaju 60 kilometer sejam di atas permukaan dengan angin agak perlahan.Gambar ini, jurugambar Mick Petroff telah mengambil gambar beberapa awan Glory Morning dari kapal terbang berhampiran Teluk Carpentaria, Australia.

PRU13. UMNO tanpa sokong Pemuda dan Puteri

Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, setelah 5 hari dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur, Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyanyi dengan nada yang sumbang disepanjang perhimpunan tersebut kerana tidak ada apa yang boleh dihayati oleh perwakilan sebagai ilmu bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

Wanita hanya sempat mengaitkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang PRU13 nanti, satu andaian yang sengaja dibuat untuk menarik perhatian dan mengalehkan isu daripada ahli-ahli persoalkan trajedi NFL yang melibatkan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta yang telah memaksa PM Najib tidak terus melantik Ketua Wanita UMNO, Sharizat Jalil sebagai menteri.

Sekiranya kerajaan betul2 tidak mahu rakyat negara ini terlibat dalam suasana yang tidak harmoni, sepatutnya Sharizat Jalil tidak perlu mengeluarkan isu yang sensiti diantara kaum itu sebagai perbandingan dengan keputusan PRU kerana isu tersebut seakan-akan sudah dilupakan oleh genarasi baru rakyat Malaysia. Tujuan apa isu tersebut diangkat oleh Sharizat Jalil dalam Perhimpunan UMNO sekiranya tidak ada niat menghasut.

Menghasut untuk rakyat bertempur tentulah salah dari segi undang-undang, oleh itu pihak Kerajaan hendaklah mendakwa Sharizat Jalil dalam akta hasutan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain yang cuba bangkitkan cerita supaya 'luka lama berdarah kembali' kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada kestabilan negara.

Lain pula dengan Pemuda, Khairy, oleh kerana mahu menutup kelemahan Pemuda UMNO dalam memikat genarsi muda supaya menyokong UMNO, beliau telah memanjat tangga universiti dengan membuat perbandingan keputusan pemilihan pemimpin pelajar. Yang nampak berpihak kepada pro Kerajaan.

Sedangkan hakikatnya banyak eleman yang boleh dipertikaikan dalam pemilihan pemimpin pelajar baru-baru ini terutamanya para pelajar tidak penting sangat kepada siapa yang patut menerajui tapi mereka lebih kepada memberi tumpuan kepada pelajaran kerana pelajar2 tahu bahawa PRU13 ini rakyat sudah berpihak kepada PR.

Manakala Ketua Puteri UMNO pula, entah apa-apa yang diperjuangkan, hanya suara meninggi Rosnah saja yang dapat didengar tapi isinya kosong, sebab itulah dalam ucapan penutup Presiden UMNO, Dato' Najib tidak memberi apa-apa respon kepada Puteri UMNO. Tidak seperti Wanita dan Pemuda yang mana Najib meluluskan pinjaman TEKUN daripada 50,000 kepada 100,000 dan suara pemuda pula didengar iaitu untuk mengkaji semula akta bangkrap supaya tidak membebankan kepada orang yang tidak meminjam seperti pejamin dan sebagainya.

Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri semuanya pulang ke Bahagian masing-masing dengan tidak berbekal, tidak ada apa-apa yang istimewa yang boleh dibawa pulang sebagai bekal yang berguna untuk diterima pakai bagi dilaksanakan semasa PRU nanti.

Malang bagi Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, berkampung diladang yang tak berbuah.

http://newkk.blogspot.com/

Naib Ketua Wanita Umno Sabah Keluar Parti



Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Semporna hari ini meletak jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Kalasahan Abdul Salam berkata, tindakannya itu kerana hilang sepenuhnya keyakinan terhadap pemimpin Umno.

“Saya mengambil keputusan ini kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan Umno, khususnya terhadap Ketua Umno Bahagian Semporna yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal.

“Terlalu banyak ketidaktelusan, skandal membabitkan wang rakyat dan moral serta budaya fitnah dalam pentadbiran Umno Bahagian Semporna,” katanya pada pengumuman itu dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini disaksikan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Menurut Kalasahan, kepimpinan Umno Semporna juga gagal membawa perubahan sebaliknya banyak masalah asas gagal ditangani.

“Lihat saja kebanjiran pendatang asing tanpa izin, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, jalan raya yang berlubang dan berlopak, malah paling teruk, pencapaian pendidikan sekolah yang tercorot di Sabah,” jelasnya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan luar bandar, Shafie gagal secara total dalam melaksanakan tanggungjawabnya memajukan Semporna,” tegas Kalasahan yang sedang mempertimbang untuk menganggotai KEADILAN.

“Peletakan jawatan beliau di kala Perhimpunan Agung Umno sedang berlangsung merupakan tindakan berani. Kita mengalu-alukan kebersamaan beliau dalam menolak Umno bersama Pakatan Rakyat,” kata Azmin. -GB

Bekas Pengerusi MRCB, Bekas CEO Felda Plantations Sertai PAS

Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.

Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.


(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)

Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.

Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.

(Haji Nasir serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

(Gambar: Haji Ramlan), Bekas Pengarah Pelajaran Johor

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.


Jangan pandang ringan kemampuan Umno, BN

Walaupun keyakinan yang tinggi ditunjukkan oleh para pemimpin DAP dalam konvensyen negeri hari ini, namun setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng mengingatkan ahli-ahli parti supaya jangan mengambil mudah potensi saingan politiknya.

2012 selangor dap convention 041112 lim guan engLim (kiri) mengingatkan mereka supaya jangan memandang ringan kemampunan BN dan Umno, bukan sahaja untuk memenangi majoriti dua pertiga di peringkat pusat tetapi juga untuk menawan semula Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau mengingatkan mereka supaya jangan memandang rendah keberkesanan pembohongan, ancaman dan politik wang serta sentimen perkauman dan melampau.

Berucap merasmikan konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini, Lim mendakwa bahawa Umno adalah pakar dalam taktik-taktik kotor tersebut.

Lim berkata, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak takut kalah tetapi tetapi tegasnya, rakyat Pulau Pinang tidak boleh kehilangan masa depan mereka kepada Umno dan BN.

"Jika kita kalah, rakyat juga akan rugi," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

Beliau menambah bahawa pilihan raya akan datang akan menentukan bukan sahaja nasib DAP tetapi nasib rakyat.

Lim memberi amaran jika BN kembali berkuasa di negeri itu, Umno akan memastikan semua "program emas" Pakatan Rakyat untuk rakyat serta peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah, akan tidak ada lagi.

Umno, dakwanya, akan memastikan pembaharuan demokrasi dan langkah-langkah integriti akan digantikan oleh rejim yang menindas dan zalim yang korup.

Umno juga, dakwanya, akan memastikan kerajaan yang mesra rakyat akan digantikan oleh kerajaan yang didorong oleh kroni. -MK

BN Goyang, Johor Mungkin Tumbang PRU-13?

Ribuan rakyat Johor memenuhi Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam ini.

Biarpun program malam ini bertembung dengan siaran langsung bola sepak piala AFF Suzuki 2012 antara Malaysia dengan Indonesia, namun kehadiran yang ramai malam ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program malam ini bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang memperjuangkan hak rakyat.

Ianya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Pada malam ini Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka hadir.

Mereka dijangka memberikan ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu yang berakhir hari ini.

Sedang berada dipentas ketika ini Pengarah Program Mohamad Sabu yang juga timbalan presiden PAS, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesurhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.

Terdahulu program malam ini dibuka dengan pertunjukan tarian singa dan kemudian dirasmikan pembukaannya oleh Mohamad Sabu. ~HD



Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan 2013

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mensasarkan sejuta orang turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur, 12 Januari tahun hadapan.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran itu, semua orang harus memainkan peranan menyampaikan maklumat berhubung himpunan yang merupakan kemuncak kepada himpunan-himpunan yang diadakan di setiap negeri.

"Grand finale himpunan kebangkitan rakyat, kita akan bersama-sama turun ke Kuala Lumpur bagi menuntut pilihan raya yang bersih.

"Yang ada depan saya ini, mesti sampaikan perkara ini kepada mereka yang tidak tahu, ajak mereka bersama-sama kita demi pilihan raya yang bersih," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini malam ini.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru perkara yang sama kerana mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus melakukan penipuan dalam pilihan raya bagi menyelamatkan Umno BN.

"54 tahun Umno menipu kita, tuntutan Bersih tidak dipedulikan. Pilihan raya ini adalah pilihan raya yang akan ditipu.

"Yang rakyat lawan bukan Umno atau BN tapi satu sistem yang dikeluarkan SPR untuk menipu rakyat.

"Selagi SPR yang ada ini wujud, selagi itu pilihan raya akan ditipu," katanya di hadapan lebih 30 ribu hadirin.

Himpunan malam ini merupakan himpunan yang ketiga selepas kali pertama di Seremban dan kali kedua di Kelantan. -GB