Tuesday, December 4, 2012

SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos

Semua petugas media yang diperakukan oleh majikan sebagai petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya, layak untuk mendapat kemudahan mengundi secara pos dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan datang.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata kemudahan mengundi secara pos adalah berdasarkan permohonan yang diterima daripada mereka kepada pegawai pengurusan bahagian pilihan raya di mana mereka didaftarkan.

Wartawan dan jurufoto ialah antara 112 kategori petugas yang disenaraikan layak mendapat kemudahan itu. Kategori lain antaranya pereka grafik, jurutera siaran luar, pengurus teknikal, juruteknik, juruelektrik, penerbit, pembantu skrip, pemandu dan pekerja am.

Kamaruddin berkata demikian pada sesi penerangan kepada media berhubung kemudahan itu di ibupejabat SPR di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tidak semua petugas media diberikan kemudahan tersebut, misalnya wartawan yang membuat liputan lain selain berkaitan pilihan raya di luar kawasan pendaftarannya tidak layak mendapat kemudahan itu.

"Hanya media yang memenuhi syarat-syarat tertentu layak diberikan kemudahan mengundi secara pos," katanya yang menambah, mereka juga mestilah berkhidmat dengan agensi-agensi yang berdaftar dalam Direktori Media Awam 2012 yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Kamaruddin berkata petugas media yang ingin memohon untuk mengundi secara pos hendaklah menggunakan Borang 1A yang akan diserahkan kepada agensi media atau dengan memuat turunnya dari lamanweb SPR.

Katanya tarikh akhir untuk menghantar Borang 1A tersebut ialah pada hari ketiga selepas hari penamaan Calon.

Kata beliau Borang 1A yang telah lengkap diisi boleh dihantar kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkenaan melalui faks, pos atau menyerahkannya sendiri.

Beliau berkata pegawai pengurus boleh menolak sesuatu permohonan sekiranya Borang 1A tidak lengkap, bukan pemilih berdaftar dalam bahagian pilihan raya yang berkenaan dan Borang 1A diterima lewat daripada hari ketiga selepas Hari Penamaan Calon.

Beliau berkata para petugas media yang mengundi secara pos akan menerima sampul keutamaan yang di dalamnya antara lain mengandungi kertas undi untuk calon kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Sampul-sampul keutamaan itu akan dihantar kepada pengundi melalui surat berdaftar dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad dan juga boleh dikembalikan melalui pos tanpa setem.

Kamaruddin turut menolak kemungkinan berlaku kelambatan kertas undi diterima kerana pihak Pos Malaysia telah memberi jaminan akan memberikan keutamaan kepada sebarang surat yang mempunyai logo SPR dalam masa pilihan raya.

Ditanya jumlah petugas media yang dijangka akan menggunakan kemudahan itu, Kamaruddin berkata beliau menjangka jumlahnya kurang daripada 10,000 orang.

Kemudahan itu diberikan selepas SPR bersetuju dengan syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang diluluskan tanpa dibahaskan di Dewan Rakyat April lepas.

- Bernama

17 comments:
Write comments
  1. Majlis Peguam bagi nasihat kepada SPR agar menyertakan NGO ke dalam Suruhanjaya tersebut bagi memastikan SPR lebih telus dan lebih adil. Sekaligus semakin jelas menunjukkan badan tersebut sudah sampai ke tahap matang untuk didaftarkan sebagai PARTI LOYA MALAYSIA.

    ReplyDelete
  2. Kecenderungan berpolitik Majlis Peguam sememangnya sangat ketara. Majlis Peguam sudah hilang kebebasan dan tema untuk menjaga kepentingan ahli yang terlibat dalam bidang guaman. Sebaliknya Majlis Peguam menjadi salah satu entiti yang bercakap bagi pihak Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. SPR senjak menjak diserang bertubi2..dan bersungguh2 pula SPR buat penerangan dan penafian!!Lepas satu , satu isu yg ditimbulkan..blogger2, media2, dan pempin2 pembangkang keluarkan artikel dan isu2 yg kemudian dapat dipatahkan..kenapa perlu buang masa bertungkus lumus buat penerangan..

    ReplyDelete
  4. Apabila munculnya pilihanraya, tak kiralah kecil atau umum, isu yang paling SERONOK untuk ditimbulkan oleh puak-puak pembangkang adalah PENGUNDI HANTU.

    ReplyDelete
  5. Tony Pua mengamuk sakan apabila SPR mengarahkan agar penolong pendaftar dari parti-parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

    ReplyDelete
  6. sekarang nak mengundi lebh mudah.

    ReplyDelete
  7. pastikan pengundian dilakukan dgn bersih dan adil.

    ReplyDelete
  8. Manipulasi undi pos adalah talian hayat umngok dari SPR!!!

    Psst... Cai umngok kata bukti SPR tidak berpihak membolehkan pembangkang menang 5 negeri..kahkahkah... Aku pulak katakan jika SPR tak tipu, dh lama BN jadi pembangkang dlm parlimen hehe...

    ReplyDelete
  9. pesal lah bengong sangat... petugas media tu bukan kerja kerajaan.. sambilan SPr pun bukan..... kalu camtu makcik jual kuih, abng jual air pakcik bawak teksi masa pilihanraya nnti pun boleh leh undi pos... salah satu lagi idea yg melengkapkan kebodohan SPR Malaysia.....

    ReplyDelete
  10. Ini undang2 mana plak datang ni undi pos askar dan polis orang nak masuh datang plak bala baru, tak cukup lagi ke undi pos yang menipu untuk tampung menteri2 yang bakal kalah? bukti cukup bagai bahawa undi pos memang menipu sehingga ada pihak polis dan askar pro PR tak turun mengundi, kenapa? kalau undi PR kompom kena warning ada baik jgn mengundi. inilah kejahatan kerajaan BN hari ini kalau adik kakak abang nak tahu.

    ReplyDelete
  11. PENCACAI punya alasan:

    Kalau SPR tipu, kenapa PR boleh menang 5 negeri?

    Jawapannya, tak semestinya PR menang 5 negeri SPR tak tipu.

    Untuk pengetahuan PENCACAI, kalau BN tak menjadikan SPR & JPN sebagai 'parti kompenen' mereka, dah lama BN BERKUBUR!!!!

    AYUH RAKYAT!!!! SPR & JPN telah membuktikan mereka adalah SAYAP KANAN BN!!!

    BN suka2 jadikan Bangla, Myanmar, Nepal, Indonesina sebagai BANTUAN HAYAT mereka menjelang PRU ke 13.

    Tarikh 12/1/13 adalah TARIKH yang korang perlu INGAT!!!

    Kalau korang sayang Malaysia, tak nak tengok GENERASI korang MEREMPAT dimasa hadapan!!! Tinggal dirumah2 sempit!!!! Agama kemana, bangsa kemana, sekolah kemana!!!!

    KITA TURUN DATARAN MERDEKA!!!!!

    HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH UNTUK RAKYAT!!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!!

    ReplyDelete
  12. Betul juga. Kalau BN betul main tipu pasti semua Negeri yang dimenangi oleh PR itu tidak akan wujud.Maka sebab BN adillah PR boleh menang dengan senang.

    ReplyDelete
  13. Baguslah juga kita tahu sedikit info yang mana PR perlu sedar BN tidak pernah menipu rakyat seperti apa yang mereka dakwa.

    KITA TURUN DATARAN MERDEKA..

    HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT ADALAH UNTUK RAKYAT..

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT..

    Ceh tidak perlulah terpedaya dengan semua ini. Kalau benar-benar sayang malaysai nanti masa mengundi pangkahlah BN untuk masa hadapan kita. hehe

    ReplyDelete
  14. Aku bising dgn SPR skarang bukan lagi pasal pngundi hantu,tapi trlalu ramai individu yg dikategori layak mngundi pos,jalin hubungan dgn jpN bagi ic segera pd warga asing utk ddaftar sbg pengundi(dah tentu jadi warga negara),banyak senarai2 nama pengundi dragui ( wujud tanpa bantahan) dan banyak lagi le. aku bisig pasal kedaulatan negara le bukan apa. Jgn kita brpanjangan ditipu dan djajah oleh UMNo selepas kita djajah oleh British.

    Tetuan Wales & Petruss.

    ReplyDelete
  15. December 5, 2012 3:52 PM :

    "BN x pernah menipu rakyat"?...pertambahan ajaib populasi sabah itu disumbangkan oleh org utan, bakas n manuk???

    ReplyDelete
  16. siapa lagi yang boleh mengundi secara pos?

    ReplyDelete
  17. Undi secara pos merupakan salah satu yang dibangkitkan oleh Bersih. rasanya mereka masih belum puas hati dengan tindakan yang dibuat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.