Begitulah resam orang berjuang, tidak kenal erti sakit, tidak kenal apa itu luka, tidak kenal apakah itu darah, yang hanya mereka kenal ialah syahid. Inilah kata-kata yang dapat disimpulkan ketika mendengar 6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan.
Melihat senyuman mereka, memberi tiupan semangat kepada kami untuk bersama turut serta dalam misi keamanan mereka untuk Gaza. Suatu usaha yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Apabila ditanya, “Bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim Israel?” Jawapan mereka, “Sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah”. MasyaAllah… sungguh kuasa Allah itu, tiada siapa yang boleh menandingi.
Walaubagaimanapun, tumpuan saya teralih apabila mendengar cerita dari wartawan Astro Awani, Saudara Ashwad. Seorang wartawan berumur 25 tahun ini mengambil risiko untuk mengikuti konvoi kemanusiaan ini. Isu utama yang dibawa oleh beliau ialah berkenaan kawalan media (media control) yang dilakukan oleh zionis. Mendengar sahaja ucapan beliau, menguatkan lagi kepercayaan saya dan sahabat-sahabat betapa berita yang sampai kepada masyarakat dunia tidak akan sampai selain ianya telah dimanipulasi untuk memperlihatkan yang Israel tidak salah. Pelbagai cara digunakan untuk mencapai objektif tersebut. Media pro-barat hanya mengambil berita dan video dari sumber-sumber Israel yang tidak benar dan telah dimanipulasi. Antara media pro-barat ialah CNN, BBC, CNBC dan yang sewaktu dengannya.
Semua pita rakaman dirampas, telefon bimbit, dan segala gadjet perhubungan dirampas dan dimusnah. “Pada mulanya saya dan juru kamera saya tidak bagi, selepas dia (komando) mengacukan senjata tepat di atas dahi saya, apa yang saya boleh lakukan pada masa itu ialah beri sahaja”. Lihatlah betapa munafiqnya rejim Israel ini, bagaimana dalam International Law melarang dari mengapa-apakan ‘orang media’ tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya. PBB terus buat-buat tidak nampak dengan senario ini. Kata media pro-barat, sebab utama serangan dilakukan ialah kerana kapal-kapal itu telah memasuki 60 batu nautika perairan Israel, sedangkan cerita sebaliknya ialah kapal-kapal ini masih jauh untuk sampai ke jarak itu. Kata media pro-barat, mereka ini (aktivis) bersekongkol dengan terrorist dengan merakam gambar pisau pemotong sayur. Betapa jahatnya media kuffar ini mengekploitasi masyarakat dunia dengan berita-berita tipu. Apa pun, saya berasa lega kerana ucapan yang diberikan Saudara Ashwad mengenai media controlled itu menguatkan lagi hujjah saya terhadap perancangan Illuminati dalam proses penaklukan dunia. “Serangan ini lebih kepada peperangan media” kata En. Jamaluddin Ilyas ringkas, salah seorang dari 12 orang wirawan negara itu.
Masa yang hanya 2-3 jam itu, diperuntukan sebaiknya untuk berkongsi cerita-cerita benar dari mereka. Kisah benar, mangsa tembakan peluru hidup berbau kasturi, ini cerita yang dikongsikan oleh salah seorang dari mereka ketika mencium jenazah. Bau wangi yang sangat kuat. Cerita ini sekali lagi menyebabkan semangat jihad saya sekali lagi berkoba-koba. “kalaulah aku ada disitu”. Kalau ada rezeki, insyaAllah kami akan menjadi diantara mereka yang syahid di jalan Allah.
Gambaran detik-detik cemas ketika berada di dalam serangan itu terus dikongsi bersama lebih 200 orang pelajar Malaysia Jordan yang bertempat di Irbid tempoh hari. Kisah-kisah yang pada asalnya menggerunkan pada firasat kami, ternyata ia meleset apabila mendengar pengalaman mereka. Lebih-lebih lagi, wajah mereka yang terlalu ceria itu dapat kami tatapi bersama. Sungguh semangat, mereka ini sebenarnya baru sahaja menamatkan satu sesi talk bersama dengan Menteri Luar Malaysia, Dato’ Anifah Aman bersama Kedutaan Malaysia Ke Jordan Dato’ Abdul Malek Abdul Aziz, tetapi apa yang dapat kami saksikan pada petang bermakna itu, raut wajah mereka begitu benar-benar bersemangat tanpa kelihatan sedikitpun rasa penat. Sungguh kuat semangat mereka. Jiwa besar mereka ini seharusnya diketahui seluruh rakyat Malaysia. Sungguh membanggakan.
Sebagai konklusi, ternyata kisah yang diceritakan bersama kami ini ternyata memperlihatkan kepada kami bahawa Israel dan Yahudi-Zionis ini benar-benar bacul, penakut dan bapa segala pembohong, dan kaki melanggar janji. Jika kita membaca sirah pun, kita akan kenali siapakah yahudi ini. Bagaimana mungkin aktivis ini boleh digelar pengganas? Alasan mereka, mereka lihat terdapat beberapa aktivis menghalakan senjata api kepada mereka, padahal, juru kamera yang meletakkan kamera di atas bahunya menyasar video ke arahnya. Apa komando terlatih mereka ini tidak kenal antara kamera dan senjata api? Mana mungkin mereka boleh menyerang rakyat biasa, wartawan dan doktor sedangkan undang-undang antarabangsa melarang sebarang serangan ke atas ketagori-ketagori berkenaan. Ini yang saya katakan mereka ini sebagai pemungkir janji. Inilah yahudi yang berjiwa zionis, sifatnya kita cukup kenal.
Banyak lagi kisah yang dikongsikan bersama saya dan rakan-rakan. Tentunya sebuah kisah penaik semangat untuk terus berjuang mempertahankan bumi Palestin. Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala Sesuatu, Kau berilah kepada kami tiupan angin keberanian dan tiupan angin cintakan syahid ke jalan-Mu. Kami mahu mati dalam berjuang ke arah menegakkan agama-Mu. Makbulkanlah ya Allah..
Video temubual bersama 12 wirawan negara
Article by : Sufian Talib (Jejaki Tinggalan Rasul)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.