Wednesday, September 10, 2014

Bayi baru lahir ditinggal atas siling tandas

Seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di atas siling tandas di sebuah hospital di Kota Bharu hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supt Idris Ab Rafar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden berkenaan dari pihak hospital pada pukul 7 pagi.

"Bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu ditemui tukang cuci tandas yang melakukan kerja-kerja pembersihan dalam tandas berkenaan selepas terdengar tangisan bayi.

"Bayi itu ditinggalkan dalam kesejukan di atas siling tandas berkenaan," katanya ketika dihubungi.

Idris berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

-Bernama
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Bayi baru lahir ditinggal atas siling tandas "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx