Thursday, September 11, 2014

UPSR: 30 Sept tarikh baharu kertas BI

Lembaga Peperiksaan hari ini membatalkan kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 kerana didapati turut bocor.



Dalam kenyataannya, badan peperiksaan itu mengumumkan 30 Sept sebagai tarikh baharu untuk kertas peperiksaan berkenaan, bersekali dengan pengambilan semula kertas Science 018, 028 dan 038 yang ditangguhkan sebelum ini kerana kebocoran kandungan soalan yang dikesan.

"Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Peperiksaan telah menerima laporan bahawa kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2 bagi UPSR 2014 telah didapati bocor.

"Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini benar," kata kenyataan itu.

Semalam, ia mengumumkan kertas peperiksaan Science 018, 028, 038 ditangguhkan ke 30 September ini kerana kandungan soalannya didapati tersebar melalui media sosial.

Lembaga Peperiksaan berkata ia akan menyiasat semua dakwaan kebocoran kertas peperiksaan yang berlaku.

"Kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," kata badan itu. - Bernama

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.