Monday, October 4, 2010

Tengku Razaleigh Tolak Jadi Calon Di Pilihanraya Kecil Galas?

Menurut laporan daripada Kwong Wah Daily, Tengku Razaleigh atau dikenali Kuli tidak akan menerima cadangan untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Galas.

Tetapi beliau mungkin akan menjadi ketua dalam kempen pilihan raya kecil tersebut.

Seorang yang dekat dengan Kuli telah memberitahu pembrita bahawa kebarangkalian Kuli akan menerima pencalonan tersebut adalah hampir tidak mungkin. Hal ini kerana beliau sanggup untuk memberikan peluang kepada mereka yang lebih muda. Selain itu, beliau juga dipilih sebagai Ahli Parlimen Gua Musang sebanyak 9 kali.

Selian itu, penolong khas bagi Tengku Razaleight juga memberitahu pemberita bahawa beliau akan membuat pengumuman penting di KLIA pada 9 September 2010.

Berita ini diterjemahkan daripada www.kwongwah.com.my
http://www.kwongwah.com.my/news/2010/10/03/9.html


sumber: gomalaysian

SHAFIE MENUJU KE PUNCAK KUASA?

MENURUT maklumat sahih daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN), Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin berjaya dalam percubaan keduanya untuk mengambil alih pucuk pimpinan Sabah dan penduduk semporna mengalu-alukan persetujuan Perdana Menteri.

“Kita memang berharap benar agar Datuk Shafie Apdal dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada awal tahun hadapan setelah diadakan pilihanraya kecil DUN Sulabayan,” ujar seorang mantan pemimpin UMNO bergelar datuk yang menjelaskan perkembangan mutakhir ini akan memberikan kelebihan BN untuk menawan semua kerusi parlimen dan DUN pada pilihanraya umum akan datang, apatah lagi Bajau merupakan komponen terbesar pengundi Sabah dan mula membuka mata rakyat Semporna agar kembali ke pangkal jalan menyokong UMNO.



Datuk tersebut menjelaskan, menurut perancangan awal, Adun Sulabayan, Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai akan dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 31 Disember 2010 menggantikan Tun Ahmad Shah yang setelah tamat tempoh perkhidmatannya.

“Kita mendapat maklumat bahawa nama Nasir telah dikemukakan untuk persetujuan Perdana Menteri baru-baru ini,” kata Datuk tersebut yang menjelaskan bahawa Najib telah bersetuju untuk melantik Shafie sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah selepas Perhimpunan Agung UMNO tidak lama lagi.

Tegas Datuk itu lagi, tempat Shafie di Kedah akan digantikan oleh Datuk Mukhriz Mahathir; sementara DatukMusa Aman akan terus kekal sebagai Pengerusi BN Sabah sehingga Shafie ditabalkan sebagai Ketua Menteri Sabah selepas memenangi pilihanraya kecil berkenaan.

Bagaimanapun, mengikut maklumat, Kerajaan Negeri Sabah belum menamakan siapa yang akan dilantik sebagai TYT. Namun antara nama yang diwar-warkan untuk dicadangkan termasuklah Tan Sri Hamid Egoh, Yahya Hussin, Syed Abbas, Illyas Ibrahim, Juhar Mahiruddin, Baharim Titingan, Ghani Gilong dan Sufian Koroh; namun semua nama ini mungkin terbatal sekiranya Najib menerima pakai Formula Shafie.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

Saturday, October 2, 2010

PERKHIDMATAN SESB DI KUDAT TERUK

Saudara Pengarang,

DENGAN penswastaan SESB yang dahulunya dikenali sebagai LLS dengan harapan dapat memperbaiki mutu perkhidmatan, malangnya keadaan sebenar tidak terjadi begitu. Sebagai contoh kelmarin, (khamis, 9:30 pagi sehingga 5:00 pagi hari berikutnya) bekalan elektirk di kampung Tinangol telah terputus.

Sebagai pembayar bil yang tetap setiap bulan, kami amat kesal dengan kejadian ini.

Paling menyedihkan, pemutusan sementara bekalan elektrik ini dibuat begitu sahaja tanpa pengumuman surat khabar atau sebarang notis bertulis kepada penduduk kampung Tinangol.

Marah dengan keadaan kerana tiada bekalan elektirk beberapa orang kampung menghubungi SESB Kudat. Mereka difahamkan, gangguan bekalan itu disebabkan ada operasi pemindahan tiang elektrik di kampung Bavaggazo dan bukannya ‘breakdown’.

Saya bingung dan bertanya apakah ‘standard operation procedure’ (SOP) yang digunakan oleh SESB kerana melakukan pemotongan bekalan sementara tanpa membuat sebarang notis. Paling menyedihkan kejadian serupa selalu terjadi sejak kampung Tinangol mendapat bekalan elektrik pada sekitar tahun 1999.

Sebagai penduduk kampung Tinangol, kami berharap agar SESB kudat dapat memperbaiki perkhidmatannya. Apa susahnya memberi notis supaya orang ramai boleh membuat persediaan, lainlah kalau sistem ‘breakdown’, orang kampung boleh terima.

Sekian, Salam Hormat,

ORANG TINANGOL

Sumber : Sabahkini

Dua wanita dirotan di Aceh



BANDA ACEH, Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.

Ratusan orang berhimpun untuk melihat Murni Amris, 27, dirotan sebanyak tiga kali manakala Rukiah Abdullah, 22, menerima dua rotan di sebuah masjid di bandar Jantho, tenggara Banda Aceh.

"Dua wanita itu ditemui menjual nasi di sebuah gerai pada waktu tengahari semasa Ramadan. Undang-undang syariah melarang makanan dijual semasa bulan puasa dalam Ramadan," kata seorang ketua polis syariah, Marzuki Abdullah.

Gambar: MURNI AMRIS dipimpin oleh seorang anggota polis sebelum dia dirotan semalam.

Murni memiliki sebuah gerai makanan manakala Rukiah menjual nasi.

Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatera merupakan antara beberapa wilayah yang melaksanakan undang-undang syariah.

Dalam bulan Ramadan, penganut Islam berpuasa dari awal pagi sehingga senja yang bermula pada Ogos dan berakhir awal September tahun ini.

Turut dirotan ialah Fakhruddun Harun sebanyak lapan kali di pekarangan sebuah masjid di Aceh Besar kerana kesalahan berjudi. - Agensi

Laman web untuk lelaki curang



Satu laman web yang menggalakkan suami berlaku curang kini telah melanda Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Sebelum ini laman web itu, ashleymadison.com. telah mempunyai tujuh juta ahli di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Australia.

Pemilik laman web itu, Noel Biderman yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berharap, seramai sejuta orang di Britain diharap akan mendaftar menjadi ahli menjelang Krimas tahun ini.

Menurut Biderman: "Ashleymadison seperti satu laman temu janji tradisional tetapi ia hanya untuk orang yang telah mempunyai hubungan (dengan isteri atau kekasih)."

Dia berkata, lelaki yang mahu menipu pasangan mereka kini menggunakan laman tradisional seperti Facebook dan match.com tetapi menyembunyikan fakwa bahawa mereka sudah berkahwin.

"Penyelidikan saya menunjukkan 30 peratus daripada mereka menanggalkan cincin perkahwinan apabila menggunakan talian (Internet)," katanya.

"Justeru, saya tidak mewujudkan kecurangan tetapi saya mendapati saya boleh menggunakannya dengan menjauhkan orang dari laman temu janji tradisional dan membiarkan mereka mengetahui bahawa terdapat komuniti lain yang membolehkan kedua-dua pihak menjadi lebih jujur dengan apa yang mereka lakukan," tambahnya.

Laman itu yang mengggunakan slogan Hidup Ini Singkat telah mendapat liputan di AS dan rangkaian televisyen termasuk CNN dan Fox News.

Anggota-anggota laman itu dikenakan bayaran £49 (RM239) dan mereka boleh saling menghantar e-mel, bersembang di Internet, memasuki bilik tidur maya dan menghantar hadiah maya. - Agensi

Pelajar Tingkatan Satu nyaris jadi mangsa rogol

KENINGAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di daerah ini nyaris-nyaris menjadi mangsa rogol kira-kira jam 2.00 pagi pada Selasa lepas.

Pengadu yang berusia 13 tahun beralamat di Kg. Patikang Ulu tiba-tiba didatangi oleh seorang warga Indonesia semasa tidur.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, semasa pengadu sedang tidur, dia terasa belakang badannya diraba lalu terjaga dari tidur.

“Setelah terjaga, pengadu nampak seorang lelaki di sebelahnya yang memegang pisau dan memberi amaran dengan kata-kata “kalau kau menjerit, saya bunuh kau” sambil lelaki itu mahu cium mulut pengadu,” kata Zahari kepada media di sini kelmarin.

Namun kata Zahari tindakan berani pengadu yang cuba merebut pisau dari tangan lelaki tersebut dan menendang kemaluannya menyebabkan lelaki itu lari keluar dalam bilik melalui jendela sambil menarik pisau membuatkan ibu jari pengadu luka kecil.

Zahari berkata, berdasarkan laporan pelajar itu, suspek dipercayai warga Indonesia, berbadan kurus dan rambutnya di warna dengan warna coklat/oren.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat namun polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan lelaki tersebut.

Kes disiasat melalui Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan kejadian itu, Zahari menasihatkan golongan remaja agar memastikan bilik tidur dalam keadaan selamat.

“Pastikan pintu berkunci dan jendela rumah ditutup pada sebelum tidur bagi mengelakkan rumah diceroboh masuk oleh penjenayah,” katanya. -NST

UMNO BN Nak Calonkan Ku Li Di PRK Galas

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah boleh dipertimbang sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Perdana Menteri berkata BN sedia membincangkan perkara itu kerana beliau percaya Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat dan sesuai berdasarkan pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang.

Namun, katanya, soal sama ada Tengku Razaleigh mahu bertanding atau terdapat calon yang lebih sesuai untuk dicadangkan kepada pucuk pimpinan, terpulang kepadanya.

"Sebagai mana biasa kita beri lebih ruang pada beliau (selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional bagi kerusi) untuk senaraikan (calon) dan kalau fikir ada nama paling tepat, sesuai dan boleh beri kemenangan cemerlang di situ, kita akan berikan keutamaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Majlis Sosial Negara pada hari Jumaat.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian supaya Tengku Razaleigh mampu merampas semula kerusi DUN berkenaan daripada Pas jadi menjadi calon.

Mengenai dakwaan PAS kononnya pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi kerusi Galas memberi kelebihan kepada PAS kerana beliau turut menyokong tuntutan royalti minyak, Muhyiddin berkata PAS sebenarnya sedang "gundah-gulana".

"Dia (PAS) kata beri kelebihan pada dia sebab isu royalti sebenarnya mereka gundah-gulana dengan pengaruh besar yang ada pada Tengku Razaleigh sebagai pemimpin parti yang cukup berpengalaman, sudah sebati dan sinonim dengan Gua Musang.

"Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat Melayu, Cina dan India kerana sudah biasa mengenalinya secara peribadi, soal isu royalti kita boleh jelaskan lebih-lebih lagi Tengku Razaleigh pastiya bukan sahaja faham tapi pakar dalam soal itu," katanya.

Muhyiddin berkata sebenarnya PAS sangat tertekan selepas mengetahui Tengku Razaleigh merupakan calon paling tepat yang dipilih sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Galas.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Galas, Chek Hashim Sulaiman, 46, daripada PAS akibat barah usus.-- BERNAMA

Umno Pulau Pinang Lebih Islamik?

SYABAS diucapkan kepada 50 warga emas di negeri Pulau Pinang yang telah mengembalikan semula wang yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan negeri menerusi projek membantu kemiskinan kerana ia disyaki dari hasil judi. Sesiapa pun tidak mahu makan wang haram. Kata orang tua-tua kalau memakan rezeki atau wang haram menyebabkan pintu hati akan gelap.

Warga emas itu itu masing-masing diberi RM100 seorang. Ini bermakna sebanyak RM4,000 wang bantuan kemiskinan itu dikembalikan. Apakah hanya 40 orang itu saja berbuat demikian dan yang lain menerima dan memakan wang berkenaan?

Apa yang dilakukan oleh warga emas itu menunjukkan pendirian umat Islam. Mereka tidak mahu bersubahat dalam apa saja yang boleh merosakkan akidah mereka. Segala amal ibadat lain akan terbatal kalau diri seseorang itu masih bergelumang dengan maksiat dan judi. Jadi langkah warga emas itu setidak-tidaknya merupakan protes bahawa perjudian harus ditentang kerana ia haram dari sisi agama Islam.

Bagaimana pun tindakan itu tidak cukup setakat dilakukan warga emas berkenaan saja. Itu adalah permulaan. Kalau ia serius tindakan lanjut perlu dilakukan oleh mereka. Dalam hal ini pihak yang menguruskan pengembalian wang itu iaitu Umno. Dan bukan saja warga emas harus menolak wang judi golongan muda juga wajib berbuat demikian.

Sampai masanya Umno bukan saja prihatin mengenai hal itu di Pulau Pinang saja. Sebalik ia harus diperluaskan ke negeri-negeri lain juga, termasuk Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan ataupun Sabah dan Sarawak. Perlu diingat perjudian bukan berlaku di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain juga wujud perjudian. Kena pastikan wang judi tidak tersalah disedekahkan kepada umat Islam.

Di Pahang, Genting adalah pusat perjudian terbesar dan tertinggi di negara ini. Molek kalau MB Pahang, Adnan Yaacob turut memantau apakah wang dari Genting itu jangan sampai turun ke bawah dan diberikan kepada warga emas atau kanak-kanak di Bentong atau Pekan. Umno Pahang kena pasti dan intai apakah ada wang Genting sampai dimakan oleh orang Islam Pahang atau tidak.

Begitu juga dengan institusi perjudian yang cambah di segenap bandar dan pekan negara ini. Kedai toto, lumba kuda, empat nombor ekor, pelacuran dan macam-macam lagi juga perlu dipantau. Umno kena bertindak dan berusaha agar segala institusi judi itu dihapuskan. Jangan hanya tegas dan serius di Pulau Pinang saja tetapi di negeri lain dibiarkan bermaharajalela.

Umno sebagai parti yang memerintah bertanggungjawab terhadap akidah umat Islam sdeluruhnya. Dalam hal ini molek juga kalau modus operandi membenteraskan wang haram dilaksanakan oleh Umno Pulau Pinang itu diajar kepada Umno negeri-negeri lain. Umno kena ingat bukan Melayu di Pulau Pinang saja ingin masuk syurga, tetapi Melayu lain juga.

Kalau perlu Umno boleh lantik Umno Pulau Pinang menjadi ketua dalam membenteraskan judi di negara ini. Adalah kesal kalau usaha Umno di Pulau Pinang itu bermotifkan politik semata-mata nak burukkan kerajaan Lim Guan Eng saja.

http://msomelayu.blogspot.com

Friday, October 1, 2010

Planet digelar Bumi Baru ditemui


LAKARAN artis menunjukkan planet Gliese 581g.

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

Aksi berani cuci tingkap di tingkat 34


GAMBAR yang lebih jelas menunjukkan pekerja lelaki mencuci tingkap tingkat 34 tanpa memakai peralatan keselamatan.

DUBAI - Seorang pekerja lelaki mencuci tingkap di tingkat 34 sebuah bangunan apartmen di Pantai Jumeirah di sini tanpa memakai peralatan keselamatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja itu mencuci tingkap tersebut pada ketinggian ratusan meter dalam keadaan selamba dengan berdiri di tepi tingkap untuk mencuci cermin.

Pembangunan yang pesat di Dubai menyebabkan ia menjadi tumpuan ramai imigran asing untuk bekerja di dalam industri pembinaan. - Agensi