Saturday, October 2, 2010

Pelajar Tingkatan Satu nyaris jadi mangsa rogol

KENINGAU: Seorang pelajar perempuan tingkatan satu di salah sebuah sekolah menengah di daerah ini nyaris-nyaris menjadi mangsa rogol kira-kira jam 2.00 pagi pada Selasa lepas.

Pengadu yang berusia 13 tahun beralamat di Kg. Patikang Ulu tiba-tiba didatangi oleh seorang warga Indonesia semasa tidur.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed berkata, semasa pengadu sedang tidur, dia terasa belakang badannya diraba lalu terjaga dari tidur.

“Setelah terjaga, pengadu nampak seorang lelaki di sebelahnya yang memegang pisau dan memberi amaran dengan kata-kata “kalau kau menjerit, saya bunuh kau” sambil lelaki itu mahu cium mulut pengadu,” kata Zahari kepada media di sini kelmarin.

Namun kata Zahari tindakan berani pengadu yang cuba merebut pisau dari tangan lelaki tersebut dan menendang kemaluannya menyebabkan lelaki itu lari keluar dalam bilik melalui jendela sambil menarik pisau membuatkan ibu jari pengadu luka kecil.

Zahari berkata, berdasarkan laporan pelajar itu, suspek dipercayai warga Indonesia, berbadan kurus dan rambutnya di warna dengan warna coklat/oren.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dibuat namun polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan lelaki tersebut.

Kes disiasat melalui Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan kejadian itu, Zahari menasihatkan golongan remaja agar memastikan bilik tidur dalam keadaan selamat.

“Pastikan pintu berkunci dan jendela rumah ditutup pada sebelum tidur bagi mengelakkan rumah diceroboh masuk oleh penjenayah,” katanya. -NST

13 comments:
Write comments
  1. sentiasalah berhati-hati. pastikan pintu dan jendela berkunci ketika hendak tidur.

    ReplyDelete
  2. Perkara ini amat membimbangkan, walaupun berada di rumah sendiri tapi tidak berasa selamat.

    ReplyDelete
  3. This is one of the reason why we need to ship those illegal indons back to where they come from!

    ReplyDelete
  4. Pelajar tersebut memang bernasib baik. Kita haruslah berhati-hati malah tidak bolehlah membiarkan pintu dan tingkap terbuka untuk menyambutkan pencuri atau perogol masuk ke rumah.

    ReplyDelete
  5. Diharapkan pihak polis akan meningkatkan usaha untuk membanteras jenayah dan juga menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.

    ReplyDelete
  6. syukurlah pelajar tersebut terselamat dari dirogol PATI tersebut, kita kena pastikan semua pintu dan tingkap dalam keadaan bertutup agar tidak mudah dicerobohi penjenyah. kawalan keselamatan rumah perlu ditingkatkan.

    ReplyDelete
  7. Inilah masalah terlalu ramai PATI di Sabah. Banyak masalah berlaku oleh mereka ini. Harap masalah PATI ini akan dapat diselesaikan. Bagi menggurangkan masalah di negara ini.

    ReplyDelete
  8. kita dapat lihat sendiri, sehinggakan PATI ini sanggup mengugut dengan menggunakan benda tajam seperti pisau. PATI sekarang sungguh berani bertindak dengan sesuka hati. Harap kita haruslah lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  9. Sebelum tdur kena pastikan semua pintu dan tingkap rumah bertutup dan berkunci. Ini adalah basic yang sangat penting bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku....

    ReplyDelete
  10. kita mampu mengelakannya jika sentiasa berhati2 dan menitik beratkan ciri2 keselamatan. pihak polis perlu berusaha menjejaki penjenayah itu sebelum dia melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

    ReplyDelete
  11. Entah sampai bila masalah PATI diselesaikan. Sekarang sudah berani memijak orang tempatan.

    ReplyDelete
  12. Menakutkan. Jangan ingat kawasan rumah anda itu sentiasa selamat..

    ReplyDelete
  13. sudah tiba masanya kita bekerjasama dan bersatu padu untuk membanteras pti di sabah..ayo..kita banteras..kalau tidak pti yang naik kepala...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.