Saturday, October 26, 2013

Rompakan AMBANK: Suspek Larikan Wang Tunai RM450,000

Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.

Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.

"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.

Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama

Pakatan Rakyat akan bantah GST besar-besaran

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (dua dari kiri) menunjukkan laporan Bajet 2014 selepas selesai membentangkannya di Parlimen petang tadi. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Oktober, 2013.Pakatan Rakyat (PR) ternyata tidak senang dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kini sedang merancang untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata mesyuarat segera akan diadakan membabitkan semua parti komponen PR iaitu PAS, PKR dan DAP bagi membincangkan isu GST dan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi membantah pelaksanaan itu.

“Saya bersetuju untuk mengadakan bantahan secara besar-besaran. Kita mungkin akan mengadakan demonstrasi.

“Seperti yang dijangka GST akan dikenakan untuk tampung belanja kerajaan. Sepatutnya kerajaan mulakan dengan perangi ketirisan seperti dalam Laporan Audit Negara 2012 kerana pembaziran berlaku di sana sini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, berkata PR akan memperjuangkan suara 52 peratus rakyat Malaysia yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

“Majlis Presiden PR akan membincangkan pendekatan bantahan terhadap GST.

“Selain berhujah di Dewan Rakyat, pendekatan lain dalam membantah pelaksanaan itu akan diadakan termasuk mengadakan perhimpunan aman atau cara lain yang mampu untuk mencapai objektif,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, PR akan memberikan penerangan kepada rakyat terutama golongan bawahan mengenai impak pelaksanaan GST dalam kehidupan mereka.

“Jika ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) ada sikap mementingkan nasib golongan bawahan, mereka pasti akan menolak GST,” katanya.

Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke, berkata PR membantah GST dan gabungan itu akan melakukan bantahan bagi memperjuangkan nasib rakyat.

“DAP bersama PR akan bantah GST, kita akan putuskan bersama,” katanya.

Selepas beberapa tahun spekulasi, kerajaan akhirnya memperkenalkan GST yang akan bermula secara rasmi pada April 2015, dalam pembentangan Bajet 2014 oleh Najib yang juga menteri kewangan petang tadi.

Najib berkata, GST akan menggantikan dua jenis cukai iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dan ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal di paras dua peratus. – TMI

Ego dan jiwa-jiwa kecil berdiri di antara PAS dan UMNO

Sejak negara mengadakan pilihanraya, Sg Limau adalah sinonim dengan PAS. Negara telah mengadakan pilihanraya sebanyak 13 kali dan PAS telah berjaya di kawasan ini sebanyak 9 kali sementara UMNO memenangi kawasan ini hanya 4 kali.

Sekarang ini PAS merupakan penyandang kepada kerusi ini, dan pilihanraya kali ini ramai yang masih beranggapan yang PAS akan tetap memenangi kerusi ini walaupun dengan majoriti yang lebh mengecil.

Dalam pilihanraya 2013, Allahyarham Tan Sri Uztaz Azizan telah mengalahkan lawannya dengan majoriti undi sebanyak 2774.

Jika di nilai dari untung ruginya memenangi kerusi ini, kedua-dua belah pihak tidak menokok dan mengurangkan tahap kehadiran parti masing-masing. Kemenangan PAS di sini tidak menambah apa-apa, sekadar menunjukkan bahawa PAS tetap mempunyai pengaruh dan sokongan di kawasan ini. BN tetap menjadi kerajaan negeri Kedah. Kemenangan BN sekadar menunjukkan pada ramai yang Mukhriz mempunyai sedikit ‘consequence’ kerana beliau baru sahaja mengetuai kerajaan BN selepas PRU yang lalu. Kalau BN kalah di kawasan ini UMNO tetap berkuasa ke atas kerajaan negeri itu.

Dalam pilihanraya ini masih lagi peperangan ego yang besar dan segala usaha yang di sebutkan oleh setengah pihak akan ada perpaduan di antara kedua parti Melayu itu hanya tinggal cerita dongeng semata-mata. PRU ini masih lagi di tahap ‘siapa kuat dia menang’ tetapi tidak nampak unsur untuk meningkatkan perpaduan di antara kedua-dua belah pihak. Tidak ada lagi unsur yang boleh meyakinkan kita yang kedua-dua belah pihak mahu menjalin kerjasama yang baik dan telus untuk kepentingan umat melayu yang masing-masing bersetuju sedang dalam kegelapan.

Hakikatnya apa dan siapa sahaja yang memenangi kerusi ini tidak membawa apa keuntungan kepada sesiapa. Calon UMNO (BN) berdepan dengan media dengan begitu kerap memberikan segala perancangan beliau untuk kawasan ini. Kata-kata itu sememangnya kata-kata biasa dalam mana-mana pilihanraya. Maudhuknya tetap menjanjikan kemudahan asas dan pembangunan ekonomi dan sebagainya. Ini kita dengar dalam setiap pilihanraya sejak dari dulu lagi tetapi kawasan-kawasan itu masih lagi tidak mempunyai cukup pembangunan.

Sudah 56 tahun merdeka, keadaan Melayu Islam tetap sama sedangkan janji-janji dalam setiap pilihanraya adalah janji yang sama. Seandainya janji setiap calon BN dilaksanakan sejak merdeka dahulu, masakan negeri Kedah tetap sebuah negeri yang miskin berbanding dengan negeri-negeri lain? Kedah bukannya miskin sejak PAS memerintah sahaja. Kali ini berjanji lagi seolah-olah jika mendapat kemenangan semua rakyat dan pengundi di Sungai Limau itu akan maju dan menyumbang untuk mencapai matlamat negara maju menjelang 2020.

Baik pemimpin pusat dan negeri apabila berjanji seolah-olah dunia ini hendak dialihnya. Matahari yang terbit dari timur hendak di terbitkannya dari barat. Najib berjanji seolah-oleh beliau mampu mengalirkan sungai dari muara naik kebukit, serta menukar malam menjadi siang dan siang menjadi malam.

Sesungguhnya pemimpin UMNO yang selama ini meminta PAS menghulurkan salam persahabatan hanya berada di bibir sahaja tetapi tidak menunjukan kesungguhannya. PAS dikatakan degil dan sombong oleh UMNO kerana keras kepala kononnya. Tetapi dalam isu ini PAS tidak boleh dipersalahkan kerana PAS pernah mengalami di pecat oleh UMNO dan parti itu terkeluar dari BN suatu ketika dahulu.

Oleh yang demikan jika UMNO yang menyebut dan meminta PAS mengulurkan salam persahabatan maka UMNO mesti serius dan menunjukan bukti nyata yang mereka (UMNO) serius meminta PAS bersahabat dan bekerjasama dengan mereka bagi menjamin kepentingan orng Melayu itu. Jika PAS kekurangan keyakinan terhadap niat UMNO itu, UMNO perlu tunjukkan bukti kerana PAS tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Bagi saya isu ini timbul selepas PRU yang lalu apabila BN merasakan yang mereka telah kehilangan sokongan yang jelas dari rakyat. Pilihanraya Sungai Limau ini sepatutnya menjadi titik permulaan bagi UMNO untuk menunjukkan bukti keikhlasannya dengan memberikan kerusi ini secara percuma kepada PAS dan membiarkan PAS untuk mengekalkan kerusi ini.

Jika ini telah dilakukan oleh UMNO, PAS akan terikat dengan kejujuran UMNO itu dan tidak akan lagi dapat memberikan alasan yang lain untuk tidak berkompromi di kalangan umat Melayu ini. Rakyat akan memerhatikan kejujuran UMNO itu dan PAS pula tidak akan mampu untuk mengeji UMNO di mana-mana lagi.

UMNO tentunya mendapat markah yang tinggi di mata rakyat dengan menghantar mesej jelas yang parti itu adalah serius untuk bersatu atau bekerjasama. Kali ini giliran PAS pula untuk menunjukan keikhlasan. Memberikan bukti keikhlasan seperti ini tidak akan ada lagi elemen-elemen yang boleh menggangu gugat penyatuan kedua-dua parti ini, dan yang tinggal hanyalah interaksi di antara pemimpin-pemimpin kedua-dua parti untuk menyempurnakan matlamat baik itu.

Tetapi untuk melakukan kerja baik seperti ini akan mendapat halangan pihak-pihak dan individu yang tidak mahu kerjasama ini terlaksana. Ini di sebabkan selalunya perpaduan itu akan membunuh politik mereka yang berpentingan peribadi dikalangan parti-parti itu.

Individu dan pihak-pihak ini mungkin berada dalam PAS dan UMNO sendiri dan lebih-lebih lagi dari parti-parti komponen BN dan Pakatan Rakyat sendiri. Penyatuan ini akan membebankan politik setengah pihak dan individu lain.

Oleh kerana politik kita dipimpin oleh mereka yang bercita-cita besar tetapi mempunyai jiwa yang kecil dan kenit, melakukan kerja dan perkara seperti ini merupakan usaha yang tidak munasabah kerana mereka melihat dalam kontek kepentingan peribadi mereka. Kita mesti ingat ada orang yang mahu menggunakan perpecahan ini untuk menutupi kelemahan dan kerendahan moral mereka.

Ada pihak yang tidak inginkan kedua-dua belah pihak Melayu ini bersatu kerana mereka sedang megelirukan orang Melayu dengan laungan multiracialism nya. Sebenarnya mereka semata-mata berusaha memecah belahkan orang Melayu bagi kepentingan kelompok dan kaum mereka semata-mata.

Apa yang perlu bagi UMNO ialah pemimpin yang berjiwa besar dan menunjukan betapa seriusnya mereka mahu melihat perpaduan di kalangan kelompok Melayu Islam yang merupakan kelompok terbesar dalam negara ini.

Yang kita nampak dengan jelas hanya ego berada di antara kedua-dua belah pihak sekarang ini.

Oleh Aspan Alias

VIDEO Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan babak sebelum Norazita Abu Talib, pegawai operasi Ambank, ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan telah dimuat naik di laman YouTube.

Rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan keadaan ruang pejabat dengan pintu bilik kebal terbuka, di mana mangsa yang memakai baju kurung berwarna merah dilihat berdiri bersebelahan dengan seorang lagi rakan sekerjanya yang memakai baju berwarna putih.

Kedua-dua mereka dilihat membelakangi kamera dan berhadapan dengan pintu bilik kebal.

Pada rakaman durasi 0:03 saat, kelibat Norazita tiba-tiba jatuh ke lantai, dan rakan sekerjanya dilihat menutup muka dan telinga mereka daripada bunyi tembakan.

Difahamkan mangsa ditembak muka dengan jarak kurang daripada 5 meter.

Suspek kemudiannya dilihat berlari ke arah yang selamat dan mengheret seorang rakan sekerja mangsa daripada bilik berkenaan.

Dia kemudiannya berjalan ke arah mayat Norazita dan terus mengambil wang yang diambil daripada bilik kebal bank berkenaan dan memasukkannya ke dalam sebuah beg.

Rakaman CCTV bertukar gelap selama beberapa saat dan kembali berfungsi dengan memaparkan aksi seorang lelaki memasukkan wang ke dalam sebuah beg sebelum melarikan diri.

Daripada rakaman video tersebut, lelaki berkenaan di lihat sangat fokus dan tenang dalam insiden rompakan tersebut. -mstar

Wednesday, October 23, 2013

PRK Sg Limau bakal memaniskan siapa?

11 hari lagi penduduk di kawasan Dun Sungai Limau akan mendapat wakil rakyat baru bagi menggantikan Azizan Abdul Razak yang telah kembali ke Rahmatullah 26 September lepas. Pada hari itu (4 Oktober) seramai 27,287 pengundi berdaftar di Dun Sungai Limau akan membuat pilihan di antara dua calon pengganti Azizan; Mohd Azam Abdul Samat, 37 dari Pas dan Ahmad Sohaimi Lazim 52 dari UBN.

Kedua nama itu telah diumumkan layak bertanding oleh SPR pagi ini. Hanya mereka berdua sahaja menyerahkan borang penamaan calon. Dua calon bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya lalu tidak berbuat demikian, mungkin kerana tidak cukup wang deposit.

Sebagai kerusi miliknya, Pas menyandarkan harapan besar kepada Azam rupakan seorang guru sekolah agama. Manakala Umno dalam mencari ruang untuk menambahkan bilangan kerusi di Dun Kedah telah memilih seorang pensyarah di IPTA, Sohaimi sebagai pencabar kepada Azam.

Dari segi saiz kedua mereka cukup sifat dan hampir sama sahaja. Kedua-duanya anak tempatan di dalam Dun Sungai Limau. Mereka juga kebetulan merupakan aktivis atau pun penjawat parti. Azam ketua Pemuda Pas, manakala Sohami ahli jawatan kuasa Umno bahagian Jerai. Kalau dibeza pun dari segi fizikal, seorang bermisai dan berjanggut tebal manakala seorang tidak. Ini berdasarkan kepada gambar terbaru mereka hari ini.

Di atas kertas Pas diramalkan mampu mengekalkan kerusi berkenaan. Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas sejak berdekad lalu. Kemampuan Azizan Razak yang ketika itu sudah uzur syarie dan berdepan dengan berbagai kritikan atas kelemahan dan keegoaanya sebagai MB Kedah mempertahankan kerusi itu membuktikan Sungai Limau merupakan 'limau manis' buat Pas ketika itu apabila Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi. Azizan mendapat 13,294 undi manajala calon UBN Mohd Fadzilah Mohd Ali mendapat 10,520 undi manakala dua calon bebas hilang wang pertaruhan.

Jadi insya-Allah Azam akan mampu mengekalkan kerusi itu dan menyambung khidmat kepada rakat yang tertinggal oleh Azizan Razak. Pastinya Pas Kedah yang kini dipimpin oleh Mahfuz Omar telah membuat semakan dan pilihan tepat dengan memilih Azam. Perhitungan dari semua sudut dibuat sebaik mungkin.

Azam juga dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah. Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh melendikkan keadaan di Kedah. Phahrolrazi yang sebelum ini menjawat jawatan timbalan pesuruhjaya Pas Kedah bertindak melepaskan jawatan itu apabila Pas Pusat melantik Mahfuz Omar menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan Azizan. Pelepasan jawatan oleh Phahrolrazi itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

Memang tepat kalau Azam dipilih menjadi calon. Kalau Phahrolrazi ada menyimpan rasa terkilan atau ada apa-apa 'sampah' di dalam matanya, beliau akan pulih dengan pemilihan Azam. Kata orang walaupun sebusuk-busuk daging bila dibasuh, direbus akhirnya dicecah garam dan asam dimakan juga. Pas Kedah tentu berharap sangar Phahrolrazi ang dilihat menjadi penentang kepada Azizan Razak semasa kerajaan Kedah wujud akan memberi sokongan padu kepada Azam

Sokonagn padu dan kerjasama erat sesama sendiri cukup penting dalam pilihan raya kecil seperti Sungai Limau itu. Walaupun Pas menerusi Azizan Razak menang besar tetapi ia bukan sesuatu yang boleh dibanggakan. Semua terletak kepada kerjasama dan kemantapan sokongan Pas Kedah sendiri. Apa lagi sokongan kepada Azizan itu katanya kerana keperibadiannya di situ. Sokongan ramai, petugas dan pembantu dari luar tidak akan memberi apa-apa kesan, retak kecil tidak dapat ditampal dengan gam dari luar.

Insya-Allah kalau keadaan ini dapat diatasi Pas akan menang walaupun dengan majoriti sekitar 300 hingga 500 undi.

Isu dan masalah Umno

Pilihan raya kecil itu bukan saja menjadikan Pas dalam situasi tertekan, tetapi ia ia juga berlaku kepada Umno. Begitu juga dengan masalah di dalam Pas juga berlaku di dalam Umno. Pilihan raya kecil itu menjadi ujian kedua buat Mukhriz Mahathir, yang kini menjadi Pengerusi Umno Kedah dan juga MB Kedah yang baru. Beliau baru sahaja kalah dalam merebut jawatan naib presiden Umno. Kelahan itu menjadi phobia kepada anak bekas PM itu. Namun dia akan menggunakan Sungai Limau sebagai medan untuk menebus kekalahan itu.

Mukhriz mahu menjadikan kemenangan itu sebagai penawar. Tetapi itu bukan gampang kerana seperti dinyatakan tadi, Umno juga menghadapi masalah dalaman seperti Pas juga. Mukhriz termasuk bapaknya mahukan kemenangan. Untuk itu mereka akan melakukan apa sahaja. Bagi Mukhriz kejayaanya menambah kerusi di Dun Kedah satu lagi nilai untuk dirinya. Manakala kekalahan menjadikan kekalahan tripple untuk Mukhriz di dalam Umno. Sebelum ini dia kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jwatan Ketua Pemuda, baru lalu kalah lagi apabila gagal merebut kerusi naib presiden. Dan kekalahan di Sungai Limau nanti akan mengenapkan kekalahan ketiga.

Mukhriz mungkin dapat merasai dia tidak begitu konfiden dalam menghadapi pilihan raya kecil itu. Dalam keadaan beliau diasak oleh para pencemburunya, sukar untuk dia meloloskan diri. Sekurang-kurang ada tiga individu di dalam Umno yang kurang selesa dengan kemaraan Mukhriz yang ditopang oleh bapaknya itu. Bagi individu-individu ini walaupun Mukhriz kelihatan kecil tetapi ia diragui kerana ia bersifat macam virus yang boleh berkembang dalam masa singkat.

Mereka yang dimaksudkan itu ialah Zahid Hamidi, Hihsmuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin. Mungkin Zahid tidak merasa sebimbang Hishmuddin dan Khairy dalam menghadapai Mukhriz bersama Mahathir ini. Kerana itu Hishmuddin dan Khairy perlu berhati-hati. Mereka pasti sedang memerhati langkah dan tindakan Mukhriz seterusnya.

Justeru kerana Sungai Limau ini bakal memberi penambahan nilai politik (political mileage) buat Mukhriz maka mereka harus berbuat sesuatu. Senario itu kalau mengikut sifir politik kemenangan bagi Ubn di Sungai Limau tidak memberi kebahagiaan kepada Hishmuddin dan Khairy. Kemenangan itu adalah kemenangan Mukhriz yang boleh mengubati kesakitannya untuk terus melanggar mereka berdua dan tidak merasaikan kegagalan memenangi kerusi naib presiden sebagai kekalahan. Perlu diingat cita-cita Mukhriz bukan saja ternokhtah dengan menadi MB tetapi ke puncak jawatan perdana menteri.

Makanya hendak tidak hendak, suka atau tidak, Hishmuddin dan Khairy harus membentengi Mukhriz. Caranya dengan menjadikan piliha raya kecil Sungai Limau sebagai kekalahan ketiga buat Mukhriz. Untuk melakukan ini Hismuddin dan Khairy tidak perlu bergerak secara nyata. Beliau hanya memberi semangat sahaja. Sudah ada jentera di Kedah sendiri yang tidak seronok dengan tindak tanduk Mukhriz yang kelihatan naik berdecun macam jet. Mereka yang kesal ini boleh bertindak menjadi petugas rahsia kepada Hishmuddin dan Khairy.

Itu hakiat apa yang dapat dikesani di sebalik semangat atau roh pilihan raya berkenaan. Hakikat inilah yang menyebabkan Mukhriz merasa sakit untuk menghadapi pilihan raya kecil itu. Beliau akan merasakan Sungai Limau bakal menghanyutkan jasad kekalahan dalam merebut jawatan naib presiden.

Tetapi bagaimana pula dengan isu-isu yang akan dimainkan di sepanjang pilihan raya itu. Dalam konteks ini Pas agak kurang bernasib baik sedikit kerana keadaan memberi kelebihan kepada UBN. Banyak isu-isu menarik di pihak UBN. Bagaimana pun isu-isu berkenaan hanya sampingan saja sebab ia merupakan isu nasional yang dikira tidak begitu mempengaruhi pengundi tempatan.

Antaranya ialah isu, kalimah Allah, akta pencegahan jenayah, syiah, kemelut dalaman Pas di Kelantan dan cadangan dewan ulamak agar Pas mengkaji semula kerjasama politik dengan PKR. Isu-isu itu adalah isu utama yang pasti akan diguna UBN untuk menjadi tuba kepada pengundi di Sungai Limau. Pastinya juga beberapa individu yang telah keluar Pas menyertai Umno di Kedah akan mengambil bahagian aktif dalam menyebarkan isu-isu ini.

Manakala isu-isu yang akan digunakan oleh Pas pula seperti isu kalimah Allah di mana Pas akan membawanya secara songsang dengan memimbulkan isu itu bukan kepentingan agama tetapi politik apabila ia dihalang di Semenanjung tetapi dibenarkan di Sabah dan Sarawak. Isu-isu lain tentang kenaikan harga minyak 20 sen, jenayah sosial, isu TTPA dan lain-lain. Isu-isu nasional ini juga dikira tidak memberi kesan besar kepada Pas dalam pilihan raya Sungai Limau ini.

Seperti disebut tadi isu-isu nasional itu tidak banyak mempengaruhi kedua-dua pihak. Sebaliknya isu tempatan yang bakal memberi dan menguntungkan di antara kedua pihak. Dan sekiranya Pas dapat mengekalkan 90% pengundi diperolehi Azizan Razak, calon Pas Azam akan menang. Dan untuk ini Pas sedikit kekok sebab yang memuji Azizan bukan saja Pas, tetapi Umno juga. Gambar Mahathir menyirami air mawar di kuburan Azizan pasti akan digunakan sebagai kempen secara berleluasa.

Manakala ketiadaan Nik Aziz Nik Mat pada hari kematian Azizan Razak sudah pasti akan dimanipulasikan secukupnya oleh Umno. Kita tunggu 11 hari dari sekarang Sungai Limau akan memaniskan siapa?

-http://msomelayu.blogspot.com/

80 rumah hanyut di Cameron Highlands akibat air empangan dilepaskan

Kira-kira 80 rumah di pinggir Sungai Bertam dekat Cameron Highlands dihanyutkan arus deras apabila air di empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet yang dilepaskan, melimpah secara mendadak awal hari ini.

Kejadian pada 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing maut manakala seorang lagi masih hilang.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa yang dijumpai lemas dikenali sebagai Jahangir, 30-an warga Bangladesh dan seorang wanita Indonesia dikenali sebagai, Kesmat, 46 tahun.

"Usaha mencari seorang lagi wanita Indonesia berusia 17 tahun yang hilang masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuantan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian awal pagi ini, air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Beliau berkata dianggarkan 100 kenderaan turut rosak teruk dalam kejadian itu.

"Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan menyebabkan banjir kilat," katanya.

Mohd Zahari berkata seramai 20 keluarga di kawasan berkenaan telah dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Ringlet.

"Kedua-dua mayat mangsa kejadian itu dihantar ke Hospital Sultanah Kalsom, Cameron Highlands," katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan seawal jam 7.30 pagi ini selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu.

"Seramai 243 anggota penyelamat terdiri daripada polis, pasukan bomba dan penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi itu," katanya.








Cuepacs tuntut bonus dua bulan dalam Bajet 2014

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyarankan kerajaan memberi bonus dua bulan gaji kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014 yang akan dibentangkan pada Jumaat.

Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda, berkata pemberian bonus tersebut wajib diberikan kepada penjawat awam kerana kos sara hidup semakin meningkat kini.

"Bonus memang wajib, setiap tahun kita akan minta peruntukan kerana kita tahu persekolahan akan bermula maka ia sedikit sebanyak akan meringankan beban."Kali ini kita minta lebih kerana kadar peningkatan kos di bandar sebagai contoh gaji RM3,000 masih dikategorikan miskin bandar," katanya ketika dihubungi di The Malaysian Insider semalam.

Menerusi Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bonus sebanyak sebulan setengah gaji kepada kakitangan kerajaan.

Azih berkata, Cuepacs bimbang akan berlaku peningkatan harga barangan keperluan asas kerana jika ia berlau, pasti akan membebankan penjawat awam terutama dengan kadar pendapatan yang diperolehi ketika ini.

"Kita risau bakal menyaksikan beberapa kenaikan harga barangan bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai pendapatan RM3,000 ke bawah. Bukankah ia akan meningkatkan kos bagi rakyat sedangkan kadar upah tidak meningkat langsung," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Cuepacs berharap kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar gaji penjawat awam supaya selari dengan peningkatan kos sara hidup di bandar.

Selain itu, katanya, Cuepacs berpendapat kerajaan perlu menurunkan kadar peratus pinjaman perumahan daripada empat peratus kepada satu peratus.

"Kebanyakan mereka tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal. Kita mahu kerajaan mengurangkan kadar peratus pinjaman dan membina lebih banyak rumah mampu milik," katanya.

Katanya, Cuepacs turut menyarankan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Azih berkata, adalah lebih wajar bagi kerajaan menerangkan secara mendalam mengenai cukai GST agar difahami rakyat terlebih dahulu.

"Rakyat perlu diberi penerangan secara terperinci mengenai keperluan dan kelebihan GST kerana kita tidak mahu rakyat terpaksa membayar cukai berganda yang tentu membebankan.

"Meskipun tidak semua barangan yang perlu dibayar namun jika melihat cukai tersebut dengan pendapatan penjawat awam sekarang, lama kelamaan pasti timbul perasaan kurang senang kerana kita terpaksa membayar lima peratus daripada apa yang dibelanjakan,” katanya.

Kalimah Allah Milik Seluruh Umat Manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi

Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama’ yang diiktiraf oleh ulama’-ulama’ seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah ‘ustaz’ atau ulama’ mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.

Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: “الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين”.

وتابع قائلا: “ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين”.

وأوضح أن “اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)”.

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: “الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق”، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: “يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب”، وتساءل مستفسرا: “لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!”.

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة “الله” للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة “الله” لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

“Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya:

“Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..

Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Ustazengineer

Kos kempen Naib Presiden Umno RM13 juta ?

PERBELANJAAN yang dikeluarkan untuk membolehkan seseorang pemimpin Umno memenangi kerusi naib presiden parti itu dianggarkan sehingga RM13 juta, itu pun hanya untuk mendapatkan undi daripada 64 bahagian.

Seorang calon Majlis Tertinggi Umno, Dato’ Nur Jazlan Mohamed menjelaskan, anggaran itu dibuat berdasarkan anggaran kos untuk selamat yang dikeluarkan bagi sesebuah kawasan bernilai RM200,000.


Menurut Nur Jazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kiRa Wang Negara (PAC), bagaimanapun, “kos jentera” lebih besar ekoran keputusan menunjukkan bahawa kemenangan di 64 kawasan sahaja tidak cukup untuk selamat di jawatan itu.

Katanya, beliau hanya membuat andaian, tetapi akhirnya nyata sekali calon-calon perlu lebih daripada 64 bahagian, manakala beliau pula kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan.

“Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi,” katanya.

Mendedahkan perkara itu menerusi media tempatan 21 Oktober lalu, beliau menjelaskan, kos yang dimaksudkan oleh beliau itu bukan membabitkan masalah pembelian undi atau imbuhan untuk undi, tetapi merupakan kos menggerakkan jentera untuk kempen.

Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai, yang tewas dalam menduduki kerusi Majlis Tertinggi pada pemilihan parti itu 20 Oktober lalu turut mengakui, di bawah sistem sekarang sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana “kos masuk” tinggi.

Dalam pemilihan tersebut, tiga penyandang untuk jawatan naib presiden, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Shafie Apdal dan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, yang dilihat disokong Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak, dapat mengekalkan kedudukan.

Sementara itu, seorang calon Ketua Umno Bahagian Serdang, Dato’ Mohd Zaidi Md Zain kesal kerana tawaran perubahan kepimpinan yang dibawa oleh beliau dalam Umno bahagian itu “telah dikalahkan dengan tawaran duit dalam sampul oleh pihak lawan pada saat akhir sebelum persidangan bermula”.

“Maaf jika saya simpulkan bahawa rasuah politik masih membelenggu kewarasan akal fikiran perwakilan Umno,” katanya menerusi akaun Facebooknya pada 19 Oktober lalu.

Manakala bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah pula mengakui kegagalannya mengekalkan jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Temerloh pada 19 Oktober lalu kerana tidak mengamalkan politik wang.

Dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan itu, Saifuddin memperolehi 204 undi, berbanding Nor Azmi Mat Ludin 248 serta Dato’ Akbar Abu yang mendapat 188 undi. “Saya mengucapkan tahniah kepada Azmi Mat Ludin yang dipilih Timbalan Ketua Umno Temerloh yang baru. Saya akur dengan keputusan perwakilan. Saya akur redha sebab saya tak main politik wang,” katanya melalui akaun twitternya, Twitter@saifuddinabd pada 20 Oktober lalu.

Bekas Timbalan Ketua Umno Temerloh sejak 2009 itu turut bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, tetapi hanya lima bahagian sahaja yang memilihnya.

Oleh AZIZ MUDA

Satu Lawan Satu Di Sungai Limau

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu.

Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding. Pengumuman dibuat pada jam 10.15 pagi ini.

Calon PAS Ustaz Azam Abd Samat menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 minit pagi manakala calon BN Ahmad Sohaimi pada jam 9.04 pagi.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995.

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.