Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai wanita dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya Rabu lepas, melarikan wang tunai berjumlah RM450,000.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, maklumat itu disalurkan oleh pihak bank kepada polis.
Mengenai identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza itu, beliau berkata perkara berkenaan masih dalam siasatan.
"Polis sedang menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara," katanya.
Dalam kejadian 6.18 petang itu, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita.
Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. - Bernama
Saturday, October 26, 2013
Rompakan AMBANK: Suspek Larikan Wang Tunai RM450,000
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bah kasi IC lagi sama PTI dan ambil lagi kerja berdasar kan raut muka yang alim kunu....selagi kerajaan tidak bertindak dengan telus dalam pengambilan kerja alamat banyak rakyaat malaysia akan mati
ReplyDeletePak gad tu dah x boleh nak fikir..yg dia duk fikir duit je time tu..takziah pd keluarga mangsa..semoga arwah ditempatkan bersama golongan org2 yg beriman..Al-fatihah.
ReplyDeleteYang sebenarnya ialah “Harapkan pegar, pegar makan padi”. Untuk sesiapa yang tak tahu, pegar merupakan sejenis burung yang menyerupai ayam dan terdapat di dalam hutan.
ReplyDeleteSatu lagi hasil dari pemberian IC palsu kepada PATI. Baguslah sekurang-kurangnya keresahan penduduk Sabah dengan projek IC palsu ini kini semakin dekat dengan Putrajaya yang Nazri Aziz kata masalah PATI tidak mendatangkan masalah!
ReplyDeleteJika betul guard haramjadah tu asal Sulawesi,sah itu TATOR. Kalau asal dr Sel Filipin, kaum Sulu' tu. Sejarah telah mncerita susur galur dua etnik tu spt yg sesiapa berada di Tawau,Sabah..dia akan tau lah. Apa lagi jika ada ic...tentu UMNO/BERJAYA dulu yg tolong bagi jalannya. Kesan ? Lihat le apa yg telah dan sedang berlaku..!!
ReplyDeleteSalah siapa?........Inilah akibatnya kerajaan UMNO/BN. Pemimpin UMNO bg IC projek dn palsu kpd org asing!!! Pemimpin UMNO rasuah tak peduli apa akibatnya bg IC kpd org asing...... akhirnya rakyat biasa org tmptn juga yg mnjadi mgsa!!!!
ReplyDelete