Friday, March 11, 2011

China Dilanda Gempa Bumi - 25 Maut, 250 Cedera

Gempa bumi memusnahkan lebih 1,000 rumah dan pangsapuri di barat daya China berdekatan sempadan Myanmar mengakibatkan sekurang-kurangnya 25 terbunuh dan menyebabkan 250 cedera, kata kerajaan hari ini.

Gambar kejadian itu menunjukkan gempa bumi yang melanda semalam menunjukkan bangunan melambung dan tingkat bawah retak teruk.

Polis, anggota boomba dan askar bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan orang ramai yang terperangkap termasuk seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan dalam bangunan empat tingkat, kata stesen China Central Television.

Bahagian sebuah pasaraya dan hotel turut roboh manakala laluan tepi jalan menyaksikan ramai yang mengalami kecederaan diberikan selimut dan diberikan payung bagi melindungi daripada terik matahari.

Kementerian Hal Ehwal Awam negara itu berkata, 25 orang terbunuh di wilayah Yunnan membabitkan daerah Yingjiang.

Dalam pada itu, kira-kira 250 orang mengalami kecederaan termasuk 134 cedera parah, kata kementerian itu dalam pengumuman menerusi laman web. - AP



12 comments:
Write comments
  1. Kebelakang ini kita dapat nampak pelbagai masalah yang melanda di negara lain. Ada fenomena alam yang dahsyat seperti gempa bumi, banjir, tsunami... Ada juga masalah daripada manusia sendiri, kekecohan, pembunuhan secara besar-besaran dan juga peperangan... sedih betul.

    ReplyDelete
  2. Kesian. Harap2 bantuan diberi kpd mereka ini.

    ReplyDelete
  3. Agree with Sabah asli. More and more destruction is happening all over the world. Could it be the beginning of the end of the world?

    ReplyDelete
  4. makin byk kejadian bencana alam berlaku, pada masa kini, berlaku juga kejadian tsunami di jepun.

    ReplyDelete
  5. bencana alam sukar untuk diramal, apa pun kita sentiasalah berdoa dan bersabar dengan apa dugaan yang diberikan kepada kita.

    ReplyDelete
  6. harap mereka akan bantuan yang sewajarnya. bencana alam seperti ini menjadi pengajaran agar kita sentiasalah bersedia.

    ReplyDelete
  7. harap mereka akan bantuan yang sewajarnya. bencana alam seperti ini menjadi pengajaran agar kita sentiasalah bersedia.

    ReplyDelete
  8. Ya Sabah Asli. Semakin banyak perkara buruk melanda bumi.. Sedihnya, tapi mungkin juga tanda2 akhir dunia:(

    ReplyDelete
  9. Sama2 lah kita berdoa agar dijauhkan dari sebarang malapetaka.

    ReplyDelete
  10. walaupun dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi canggih, tapi masih belum cukup untuk menandingi kuasa alam. kita cuma mampu berdoa dan bersedia untuk mengelak..

    ReplyDelete
  11. Kita tidak boleh menyalahkan kuasa alam, apa yang menyusahkan kita adalah akibat pembinaan kita sendiri juga..

    ReplyDelete
  12. Takziah kepada keluarga mangsa.. Bersyukur kita tidak pernah mengalami gempa bumi atau apa2 bencana alam besar di Malaysia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.