Pakatan Rakyat dijangka merampas sekurang-kurangnya 15 kerusi dewan undangan negeri Sarawak pada pilihan raya negeri yang bakal diadakan, kata Profesor Madya Shaharudin Badaruddin.
Daripada 15 kerusi itu, 12 adalah kerusi yang akan ditanding oleh SUPP, katanya membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Lanskap Politik Semasa Menjelang PRU Ke-13: Analisis Sabah Dan Sarawak di Universiti Malaya hari ini.
“Jika berdasar trend pengundian masyarakat Cina dalam pilihan raya kecil di Sibu tahun lalu berterusan kemungkinan BN akan tewas di 12 kerusi DUN yang terdiri daripada masyarakat Cina,” katanya.
Selain gagal merampas kembali tujuh kerusi yang ditumbang kepada DAP dan PKR pada pilihan raya negeri 2006, Shaharudin berkata kerusi di Repok, Dudong, Pelawan, Batu Kawah dan Bawang Assam juga berkemungkinan dikuasai pembangkang.
Terlalu lama
DAP kini menguasai Bukit Assek, Pending, Meradong, Batu Lintang, Kidurong dan Kota Sentosa manakala PKR pula menduduki kerusi Padungan. Ngemah pula dimenangi oleh wakil Snap yang kemudiannya berpaling tadah ke Parti Cinta Malaysia.
Sarawak mempunyai 71 kerusi DUN.
Menurut Shaharudin, beberapa isu tempatan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat khususnya berkaitan dengan kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mula memberi kesan
"Siapa yang mengganti Abdul Taib, akan menjadi isu besar. Jika BN tidak berjaya merungkai masalah ini, BN akan menghadapi masalah.
"(Beliau) menjadi liabiliti dalam pilihan raya kecil Sibu. Dan beliau akan menjadi isu besar dalam pilihan raya (negeri) akan datang," katanya.
Program ini dianjurkan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial.
Kerusi Melayu
Mengulas lanjut, Shaharudin tidak menolak kemungkinan tiga kerusi kawasan Melayu yang kini dimilik oleh PBB yang diketuai oleh Taib juga diramal tumbang kepada Pakatan.
Kerusi itu ialah di Beting Maro, Sadong Jaya dan Saribas.yang majoriti pengundinya terdiri daripada masyarkat Melayu.
Ini kerana pada pilihan raya negeri yang lalu, ketiga-tiga kerusi itu dimenangi undi kurang daripada 1,000.undi.
Menurut Shaharudin, tempoh pemerintahan Taib yang terlalu lama, iaitu berkuasa selama 30 tahun dan isu dinasti turut menjadi duri dalam daging kepada BN.
Apatah lagi katanya, manifesto DAP turut diterima oleh masyarakat Cina dan ini diperlihatkan semasa pilihan raya kecil Sibu tahun lalu, termasuk protes senyap di kalangan masyarakat tersebut.
Pilihan raya April ini?
Beliau juga turut menunjukkan slide yang menunjukkan beberapa kain rentang yang muncul ketika pilihan raya kecil Sibu seperti Vote for SUPP =Vote for Taib sebagai contoh isu itu akan dimainkan.
"Selagi ada Taib, mereka tidak akan mengundi BN," katanya ketika ditemui selepas pembentangan itu.
Shaharuddin juga menjangkakan pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada bulan April.
Namun, dalam pembentangan ini juga, Shaharudin berkata Pakatan Rakyat di Sabah dan Sarawak masih belum bersedia untuk membentuk kerajaan negeri.
Ini katanya, terutama bagi PKR di Sabah yang masih mempunyai masalah mencari pemimpin dan gabungan Pakatan di Sarawak pula dikatakan "tidak sekukuh" seperti BN.
"Kerajaan (BN) sudah bersedia, banyak pembangunan di sana," katanya. -MK
Keputusan terletak dalam tangan rakyat.
ReplyDeleteUndilah dengan bijak pada PRU-13 nanti.
ReplyDeleteapa pun, ianya terpulang dengan pilihan rakyat. terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan bila tiba masanya nanti.
ReplyDeleterakyat akan menentukannya. kta lihat sahaja nnti.
ReplyDeleteItu hanyalah jangkaan semata. Sebelum peristiwa itu berlalu semuanya boleh diubah.
ReplyDeleteBN harus bekerja keras dan lakukan apa yang boleh mimikat hati para pengundi.Tapi seharusnya tidak tersasar dengan matlamat untuk kemajuan rakyat.
ReplyDeleteramalan tidak semestinya tepat, namun BN perlu berhati2 dan menerima ramalan ini untuk melihat dimana sebenarnya kelemahan mereka.
ReplyDeleteKita tunggu saj pilihanraya Sarawak nanti. Adakah benar BN akan hilang banyak kerusi tunggu dan nantikan..
ReplyDeleteIt's the people who will decide whether BN government stays in Sarawak.
ReplyDeleteLet's just wait and see how accurate is the prediction.
ReplyDeleteianya hanya andaian awal..
ReplyDeletekeputusan terletak di tangan pengundi..
ReplyDeleteMasih awal lagi, kita akan tengok keputusan PRU-13 selepas ini.
ReplyDeleteThis is just an initial speculation, anything can happen between now and the elections.
ReplyDeleteApa saja akan terjadi selagi keputusan mengundi belum diumumkan.
ReplyDeleteHarap proses pengundian akan berjalan dengan lancar nanti.
ReplyDelete