“SUDAH 20 tahun kami dijanjikan oleh calon BN untuk membuat kedai baru di Pekan Melalap, Tenom ini tapi ‘janji tinggal janji’ sahaja. Kami menunggu janji bagai menunggu buah yang 'tidak pernah masak' dan tidak 'mahu gugur',” kata seorang wanita Cina, tuan punya kedai di pekan kecil DUN Melalap Tenom yang hanya mahu disebut namanya, Puan Chin sahaja.
Kata Puan Chin, apabila tiba musim pilihanraya umum, mereka dirayu dan dipujuk malah wanita-wanita UMNO Tenom datang ke kedai dan kampung mereka kami untuk meraih undi dengan taktik baru ‘memeluk dan mencium muka mereka walaupun belum mandi dan berbau masam.
Program mendekati rakyat telah dianjurkan oleh PKR Cabang Tenom untuk mengenal pasti apa yang selama ini menjadi 'masalah rakyat DUN Melalap' dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan BN, kalaupun mereka mahu tunaikan ‘cuma janji’ dekat pilihanraya umum sahaja.
Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom mengecam keras kepada ADUN Melalap, Datuk Raden Maleh mewakili DUN Melalap kerana lalai menjalankan tugas untuk menunaikan janji pilihanraya BN dalam pilihanraya 2008 yang lalu.
“Semua rakyat Tenom faham janji-janji BN hanya untuk meraih undi sahaja dan jika ADUN di kawasan tersebut meninggal dunia baru BN berhabis-habisan menunaikan janji mereka, kalau tidak ada yang meninggal dunia, habuk pun tidak ada. Rakyat tunggu lima tahun lagi, ketika PRU, ada lagi janji-janji kosong dari calon-calon BN,” tegur Halik dengan marah.
Oleh: MEDIA PKR TENOM
Sunday, March 6, 2011
RAKYAT TUNGGU BUAH TIDAK GUGUR?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pandai-pandailah rakyat mengundi nanti.
ReplyDeletewakil rakyat melalap seharusnya menunaikan janji mereka, isu ini akhirlah menjadi bahan politik pembangkang.
ReplyDeletepenjelasan perlu diberikan...janji yang diberikan perlu ditunaikan.
ReplyDeleteAik, kenapa sampai sekarang calon BN belum lagi menunaikan janji tersebut???
ReplyDeleteMungkin tengah dalam perancangan dilakukan. Fikirlah juga, jika pembangkang yang memimpin adakah pasti mereka akan menjaga hak penduduk. Kalau benar pembangkang mahu lakukan. Bagus suruh buat surat hitam putih dengan mengatakan penduduk akan dapat apa yang mereka minta.
ReplyDeleteDiharapkan calon BN tersebut menunaikan janji tersebut secepat mungkin. Jangan kecewakan mereka yang telah undi BN.
ReplyDeletesementara rakyat di negeri dan daerah lain mula menolak PKR malah pemimpin utama mereka sendiri juga telah menolak dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR, penduduk Tenom pula semakin kuat menyokong parti ini. takpa, pilih la mana2 parti yang boleh memberikan apa sahaja kepada penduduk.
ReplyDeleteapa2pun, bukan salah rakyat beralih kepada parti lain, tetapi salah pemimpin kerana mengabaikan rakyat yang telah mengundi mereka.
ReplyDeleteWell, this shows that the people should vote capable leaders rather than vote based on the promises made.
ReplyDeleteUndilah dengan bijak, para pengundi sekalian.
ReplyDeleteKenapa tidak menjalankan tanggungjawab? Bila hampir pilihanraya baru tunjuk muka kah?
ReplyDeleteSiapa wakil rakyat kawasan tersebut? Kenapa tidak war2 kan saja?
ReplyDelete