Bekas perdana menteri Biritain Gordon Brown memuji wartawan Clare Rewcastle, yang juga adik iparnya kerana berusaha mendedahkan penebangan hutan besar-besaran di Sarawak dan peminggiran penduduk minoriti pribuminya.
Dalam satu ruangan komentar yang disiarkan oleh akhbar tabloid berhaluan kiri Britain, The Independent semalam, Brown mengungkap sejarah pembabitan Rewcastle dengan Sarawak yang suatu ketika dulu adalah hutan hujan khatulistiwa yang dianggap tidak diganggu.
Katanya, pendedahan Rewcastle adalah “kemungkinan jenayah alam sekitar terbesar zaman ini” dan meluahkan sokongan ke atas usahanya mengendalikan laman blog Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang berpangkalan di London.
Artikel Brown dikeluarkan dua hari selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Radio Free Sarawak, yang disiarkan melalui gelombang pendek sedang disiasat.
Artikel itu bermula dengan pengenalan Rewcastle dan kaitannya dengan Sarawak - ia menceritakan wanita itu menghabiskan lapan tahun pertama persekolahannya di negeri itu sebelum berpindah ke IK bagi memulakan kerjaya kewartawanannya.
"Kerana hubungannya dengan negara itu dan latar belakangnya membuat liputan isu alam sekitar, beliau dijemput berucap pada sidang alam sekitar di Sarawak pada 2005.
"Selepas ucapannya, beliau dikerumuni oleh wartawan tempatan dan juga orang ramai yang merayu bantuannya bagi mendedahkan kepada dunia berhubung apa yang berlaku di negara mereka.
"Beliau sedar penebangan balak secara besar-besaran berlaku di Sarawak - negeri itu kehilangan satu batu persegi hutannya setiap hari. Beliau tahun kadar penebangan balak itu adalah antara yang paling laju dan terburuk di dunia,” kata Brown.
Friday, March 11, 2011
Clare Rewcastle mendedahkan penebangan hutan besar-besaran di Sarawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hutan sarawak harus dilindungi. kita boleh biarkan penebangan hutan dilakukan sewenang-wenangnya.
ReplyDeletebenarkah dakwaan ini?? mana buktinya??
ReplyDeleteRupanya Clare Rewcastle adalah ipar Gordon Brown.
ReplyDeletePenebangan harus rancang jika tidak akan memberik padah kepada diri sendiri pada akan datang.
ReplyDelete"..penebangan balak itu adalah antara yang paling laju dan terburuk di dunia?
ReplyDeletejika Taib tidak mampu menafikan atau menjelaskan dakwaan ini, beliau patut dengan rela hati melepaskan jawatan beliau.
Na dedahkan saja sebanyak mana yang mampu didedahkan. Biar rakyat tahu apa yang sedang berlaku..
ReplyDeleteTerpulanglah pada rakyat utk menilai perkara ini.
ReplyDeleteLagi dan lagi... rakyat kehausan maklumat... pemimpin penuhkan poket..
ReplyDeleteMereka apa kisah... Banyak masa bukan tinggal di Sarawak pun..
ReplyDelete